Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Rabu, 18 Disember 2013

Lembap macam Barisan Nasional

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim bahawa pengurusan banjir di Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara ternyata hanya propaganda untuk membohongi rakyat Malaysia. Zaman di mana makLumat cuma di hujung jari, rakyat dapat membuat perbandingan dengan pantas sekali. 
Di media sosial, tersebar foto pengurusan banjir di Thailand di mana khemah dan sekatan disediakan untuk setiap mangsa banjir. Baca Seterusnya......

Sabtu, 21 September 2013

100 hari: Mukhriz tunjuk 'kuku' ayah

Oleh AZAMIN AMIN

Hari pertama angkat sumpah Dato' Mukhriz Mahathir, konco-konco Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato' Ahmad Bashah sudah mula menampakkan rasa tidak senang. Ada yang berpiket dan mahu bos mereka, orang paling lama yang menjadi wakil rakyat, diangkat sebagai Menteri Besar Kedah.

Bagi menutup mulut bising itu dan pergolakan yang makin membarah, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, terus membawa Bashah ke Pusat sebagai Timbalan Menteri meskipun belum pun mengangkat sumpah sebagai Senator.
Baca Seterusnya......

Isnin, 22 Julai 2013

Ramadan sarat ganjaran

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang gembira dengan datangnya bulan Ramadan, Allah haramkan jasadnya daripada sentuhan api neraka."

Safwak Sa'adallah al-Mukhtar menceritakan, pada suatu hari ada sepasang suami isteri yang kaya raya sedang makan bersama-sama di rumah mereka.Tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang. Setelah dibuka ternyata seorang pengemis meminta-minta.

Melihat pengemis itu, isterinya sangat kasihan dan hiba dan ingin memberikan sesuatu.

Dia meminta izin daripada suaminya bolehkan dia memberikan sesuatu kepada pengemis itu.

Suaminya dengan suara kasar berkata: "Usir sahajalah, tutup pintu itu dan mari makan."

Setelah masa berlalu, kehidupan keluarga itu mengalami masa suram. Perusahaan makin merosot dan menanggung banyak hutang. Keluarga itu jatuh miskin, rumah tangga mereka kelam kabut sehingga berlaku perceraian.

Kata Safwak, suaminya sangat menderita dan bekas isterinya itu berkahwin pula dengan seorang pengusaha kaya dari daerah lain.

Pada suatu hari, ketika pasangan suami isteri yang baharu itu sedang makan bersama-sama, tiba-tiba pintu rumah diketuk.

Setelah dibuka, ternyata yang datang itu seorang pengemis yang meminta belas kasihan.

Wanita (isterinya) masuk dan meminta izin pada suaminya: "Bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis itu?"

Lalu dijawab suaminya: "Boleh, boleh... berilah dia makan. Mana tahu dia sangat lapar dan berjalan dari daerah yang jauh."

Setelah pengemis itu diberi makan, alangkah terkejutnya si isteri, kerana ternyata yang dia beri makan itu adalah bekas suaminya.

Dia menangis kerana merasa prihatin dan hiba. Melihat keadaan itu, si suami dengan hairan lalu bertanya: "Mengapa engkau menangis isteriku, adakah saya salah kalau menyuruhmu memberi makan kepada pengemis itu?"

Isterinya menggeleng kepala dengan nada sedih teresak-esak lantas berkata: "Saya sangat beruntung mendapatkan suami yang baik sepertimu. Namun saya sedih melihat perjalanan takdir hidup bagi seseorang yang sungguh menakjubkan hati, maafkan saya."

Akhirnya si isteri berkata: "Tahukah engkau suamiku, siapa pengemis yang kita beri makan di luar itu? Dia adalah bekas suamiku yang pertama dahulu."

Mendenar kata-kata itu, suaminya terkejut namun tetap memperlihatkan sikap arif.

Beberapa saat kemudian, suaminya bertanya: "Tahukah engkau, siapa saya yang saat ini menjadi suamimu ini?" Isterinya menjawab, "Tidak tahu."

Kemudian suaminya berkata: "Suamimu ini adalah pengemis yang pernah diusir dahulu oleh bekas suamimu dan Allah berikan kepadaku rezeki hingga aku punya harta dan memberi pula rezeki-Nya hingga kita pun dipertemukan Allah dalam satu ikatan akad sebagai suami isteri yang insya-Allah mawaddah wa rahmah."

Kisah di atas mengajar kita bahawa hidup dan kehidupan ini sesungguhnya seperti roda.

Kerap kali kita menyangka bahawa apa yang kita peroleh hari ini tidak akan berubah esok atau lusa tetapi tidak mustahil juga hilang dalam sekelip mata.

Hanya kerana kecuaian dan keangkuhan kita terhadap sesama insan, kita menutup pintu pada orang yang miskin dan kelaparan. Natijahnya, tertutup pintu rezeki rezeki kita.

Dalam al-Quran dinyatakan: "Dalam harta kamu ada hak peminta-minta (sedekah)."

Ibadat puasa mendidik kita bahawa sesuatu yang diberikan, waima seteguk air, sesuap nasi atau seulas kurma akan menjadikan kita tetap kaya dalam erti nilaian pahala berlipat kali ganda di sisi Allah SWT.

Ibadat puasa dapat menambah apa yang ada, menutupi kekurangan serta membuka pintu rahmat, rezeki, berkat dan hikmah Allah SWT.

Untuk mendapatkan apa yang kita perlukan, maka berpuasalah untuk mendapat kemaafan Allah. Berpuasalah untuk memperoleh syurga. Bahkan untuk memohon segala hajat kepada Allah maka berpuasalah.

Ibnu Abbas RA berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud 'andai umatku tahu tentang rahsia yang terkandung dalam Ramadan, pasti mereka mengharap seluruh bulan dalam setahun menjadi bulan Ramadan, sebab Ramadan menghimpun segala kebaikan, doa-doa yang mustajab (dipenuhi), dosa mereka diampunkan dan syurga merindukan mereka."

Baca Seterusnya......

Selasa, 18 Jun 2013

Memahami kebangkitan anak muda

Oleh Abd Shukur Harun

Tidak terlalu sukar untuk memahami kebangkitan anak muda, termasuk pelajat sekarang, terutama menjelang dan selepas PRU yang lalu. Oleh itu, sebarang kegagalan memahaminya, sama ada pihak individu atau pemimpin parti politik dan pendukungnya, akan mengundang masalah yang sangat besar.

Ini kerana, sama ada kita bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemikiran dan sikap generasi baru ini, mereka tetap hadir dalam masyarakat, bahkan mewarnai kehidupan masyasrakat, khususnya jalur politik tanah air.

Sebab itu Pakatan Rakyat sangat perlu terus berada di tengah-tengah golongan anak muda, dalam masa yang sama juga berada di tengah masyarakat biasa.

Memang ada sesetengah anggota masyarakat merasa jengkel atau mencebik melihatkan demikian ramai anak-anak muda di samping golongan veteran yang menyertai Himpunan Bersih 0.2 dan 0.3 serta pelbagai himpunan lain sebelum PRU, baik di Kuala Lumpur mahupun di seluruh negara.

Malah selepas PRU, juga himpunan berterusan - yang dinamakan Himpunan Black 505 – di mana anak-anak muda dan golongan pelajar ini menuntut tiga perkara:

Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13. Kedua: Menuntut ditubuh SPR baru. Ketiga: Mengadakan pilihan raya semula di kawasan apa yang didakwa berlaku penipuan.

Puluhan ribu anak muda telah menyertai himpunan tersebut. Mereka terdiri dari pelbagai kaum dan agama dan pelbagai latar belakang keluarga serta pendidikan. Menunjukkan kebangkitan anak muda ini tidak dilatari sebarang elemen perkauman dan sebagainya. Mereka datang secara sukarela dengan kenderaan dan belanja sendiri.

Sebelum itu, para hari mengundi, 5 Mei yang bersejarah itu, anak-anak muda semua bangsa – terutamanya di bandar-bandar besar dan semi bandar – telah berbaris panjang di saluran enam dan tujuh, di tempat mengundi. Ini menunjukkan anak-anak muda telah full-force pergi mengundi dan ini adalah manifestasi kesungguhan mereka untuk menentukan haluan politik negara di mana menurut kajian, anak muda ini kebanyakkannya menyokong Pakatan Rakyat.


Mengapa mereka menyokong Pakatan, justru kerana mereka melihat Pakatan mampu membawa perubahan jika menang.

Sementara itu ratusan ribu, terutama anak muda (perantau) yang bekerja di bandar besar, seperti di Kuala Lumpur, telah pulang mengundi di negeri masing-masing, malahan ada pendapat yang mengatakan bahawa calon Pakatan Rakyat yang menang sebahagian besarnya adalah disebablan undi anak muda perantau, seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Dari Singapura, ratusan ribu anak muda Malaysia, pelbagai bangsa, yang bekerja di negara itu, telah pulang ke Malaysia untuk mengundi menyebabkan selama dua hari kesesesakan di Tambak Johor dan Link-Kedua di Gelang Patah.

Apa yang menyebabkan berlaku phenomena kebangkitan anak muda ini yang dilihat jarang sangat berlaku dalam sepanjang sejarah PRU di negara ini.

Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin dalam tulisan di blognya The Scribe berkata, antara isu besar yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan undi Cina, undi bandar dan undi pemilih muda ialah kerana isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mana imej BN semakin dipertikaikan, sama ada kerana persepsi atau realiti.

Menurutnya, dengan bertambahnya bilangan wakil pembangkang dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri, cabaran terhadap Kerajaan BN berkaitan isu ini akan meningkat. Tetapi ‘peperangan’ terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukanlah untuk menyelamatkan Kerajaan BN, tetapi adalah untuk menyelamatkan negara.

Kepada saya, ini pandangan yang sangat objektif dan sewajarnya diterima oleh semua pihak, iaitu suatu pandangan berdasarkan pengamatannya yang tajam.

Sebuah lagi pandangan yang menarik, ialah dari bekas Ketua Polis Negara (KPN) dari Tan Sri Musa Hassan, yang menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut dari berlarutan.

Menurut Musa, apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.

Pada pendapat saya, bukan saja masyarakat Cina yang menentang rasuah dan penyelewengan, bahakan bangsa Melayu yang prihatin juga menentang rasuah dan penyelewengan. Lebih-lebih lagi Islam sangat tegas menentang rasuah, atau mengumpul harta secara haram.


Di sinilah anak muda prihatin, yang tidak tenggelam dengan segala macam program hiburan di TV dan yang ada di tengah masyarakat, telah menzahirkan penentangan yang nyata terhadap pelbagai kemungkaran yang berlaku.

Ramai di kalangan anak muda beragama Islam yang turut serta solat berjamaah di tengah padang sebelem perhimpunan, sesuatu yang sangat mengharukan.

Mereka ini adalah anak semua bangsa yang cinta damai, tetapi dalam masa yang sama menentang rasuah, penyelewengan, penipuan, perkauman dan segala bentuk kemungkaran.

Oleh itu, adalah sangat wajar pemimpin politik, khususunya dari Pakatan Rakyat serta pelbagai golongan masyarakat memahami phenomena anak muda ini dengan menyedari bahawa mereka ini adalah generasi masa depan negara.

Sekiranya Pakatan rakyat, secara sedar atau tidak sedar, menjauhkan diri atau berjauhan dengan generasi muda ini, maka mereka akan kehilangan sokongan dari suatu angkatan yang penting dan ini sangat merugikan.

Dari itu dekatilah golongan anak muda ini, belajar mengenal aspirasi mereka, cita-rasa mereka. Pakatan Rakyat sangat memerukan sokongan berterusan golongan anak muda ini kerana mereka adalah pengundi masa depan, di mana suara mereka adalah penting dalam menentukan kuasa dan masa depan negara.
Baca Seterusnya......

Isnin, 10 Jun 2013

Umno kembali dengan ragam lamanya

Oleh Aspan Alias

Presiden Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno, Tan Sri Aziz Shamsuddin, berkata Najib dan Muhyiddin tidak perlu ditandingi sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Pandangan beliau selari dengan pandangan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin baru-baru ini. Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi juga berpendapat begitu. 

Tan Sri Aziz berkata kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden itu sudah elok dan yang perlu hanya untuk diperbaiki Umno itu sahaja. Bagi jawatan-jawatan selain dari Presiden dan Timbalan Presiden itu, bolehlah dipertandingkan. Saya pula berpendapat elok semua kerusi jangan dipertandingkan jika itu menjadi masalah kepada semua yang sedang menyandang jawatan dalam parti. Senang, tidak payah bergaduh-gaduh lagi.

Elok kita bertanya kepada TS Aziz, apa yang perlu diperbaiki dalam Umno itu? Persoalannya lagi siapa yang hendak memperbaiki Umno itu? Apakah Tan Sri Aziz tahu apakah yang hendak diperbaiki itu? Saya tidak yakin ada diantara pimpinan hari ini tahu apakah yang perlu diperbaiki kerana merekalah yang menyebabkan Umno itu menjadi kucar-kacir pada hari ini. Bagaimana mereka yang melakukan kucar-kacir itu boleh memperbaiki keadaan parti itu?

Melakukan kucar-kacir itu bukan kehendak mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar yang segala yang mereka lakukan dalam Umno itu adalah penyebab kepada kucar-kacir itu. Itu sebab Umno sudah dianggap tidak relevan lagi dan ramai yang bercakap hari ini, yang parti itu akan hanya mampu bertahan selewat-lewatnya sehingga pilihanraya ke14 sahaja.

Memperbaiki Umno itu bukan seperti memperbaiki ‘remos’ dikepala. Kalau memperbaiki remos sahaja maka cukup jika kita bawa sikat dan minyak rambut sahaja. Umno sekarang ibarat kepala yang sudah tidak ada remos lagi. Jadi apa yang hendak diperbaiki keatas remos itu kerana remosnya pun sudah tiada.

Bagi setengah persepsi orang, Umno sudah tidak lagi boleh diperbaiki dan parti itu hanya menunggu waktu untuk jatuh secara rasmi sahaja. Jadi kalau Umno masih dengan kepimpinan yang sama dari acuan yang sama, maka ia bukan perubahan atau penambah-baikan.

Tindakan mengekalkan kerusi Presiden kepada Najib dan Timbalan Presiden kepada Muhyiddin itu pun betul jika kita hanya mahu mengekalkan Umno itu setakat sampai pilihanraya yang akan datang sahaja. Kalau itu matlamatnya, maka langkah mengekalkan kerusi-kerusi Presiden dan Timbalan Presiden itu kepada penyandang sekarang adalah tindakan yang tepat.

Lagi pun jika diganti Najib dengan Muhyiddin atau dengan sesiapa pun dikalangan pimpinan Umno di Majlis Tertinggi sekarang, keadaannya bukannya ada perubahan pun. Jika Pakatan Rakyat masih wujud semasa pilihanraya nanti dan PR mengambil langkah untuk menukar imej pucuk pimpinannya maka bukan lagi kerja susah untuk menggantikan BN itu. Jika PR tidak melakukan kesilapan seperti yang mereka lakukan semasa pilihanraya yang lalu, BN akan tetap menghadapi kekalahan dalam PRU 14 yang akan datang.

Saya selalu berkata Umno dan pimpinannya bercakap tentang perubahan ini seolah-olah perubahan itu boleh dilakukan oleh mereka yang sedang menduduki MT pada hari ini. Itu sahaja sudah menunjukkan yang mereka mahu melakukan perubahan tetapi tidak tahu apa yang hendak diubahnya.

Tan Sri Aziz sendiri tidak menyatakan apa yang perlu diubah itu. Siapa yang hendak mengubahnya dan bila hendak dilakukan perubahan itu? Kenyataannya, jika pun tahu siapa yang hendak mengubahnya serta apa yang hendak diubah itu, semuanya mesti dilakukan sekarang jika hendak menghadapi pilihanraya lima tahun yang akan datang.

Ini juga adalah kemestian, kerana jika ada pun perubahan yang pada ramai tidak akan berlaku itu, ia mesti dilakukan secara drastik sekarang juga. Ia akan memakan masa untuk menampakkan kesan kepada perubahan itu.

Jika tanggungjawab untuk melakukan perubahan itu kepada yang ada pada hari ini maka hasilnya adalah ‘predictable’. Ia akan diibaratkan sebagai ‘tikus memperbaiki labu’. Justeru Umno tidak akan berubah dan yang akan berlaku nanti akhirnya ialah Umno itu akan diubah oleh rakyat.

Jika ada pun sedikit harapan untuk BN kekal ialah jika Pakatan Rakyat berada dalam keadaan hari ini. Jika PR masih seperti hari ini kemungkinan BN boleh kekal ada sedikit kebarangkaliannya.

Jika selama ini blog ini selalu menekankan betapa pentingnya perubahan berlaku dalam BN, kali ini blog ini juga menyarankan PR untuk melakukan transformasi juga jika ia masih berkeinginan untuk mempunyai ‘consequence’ yang jelas dalam apa yang di sebut mereka untuk melaksanakan slogan ‘ubah’ yang dicanangkan dengan begitu hebat pada hari ini.

Pakatan Rakyat masih tidak dapat mencari ‘point of reconciliation’ dalam beberapa hal penting. Perhubungan diantara parti diperingkat pertengahan dan bawahan masih lagi ‘fluid’ dan tidak ada penyatuan yang betul-betul jitu antara mereka. PR hanya dilihat sebagai pihak yang mahu mengalahkan BN semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Walaupun mereka faham yang mereka perlukan kekuatan untuk menundukkan BN tetapi ia masih lagi tercari-cari kebersamaan dalam siapa atau parti mana yang mempunyai keupayaan untuk mengepalai kumpulan itu. Ini penting kerana rakyat terutamanya yang diatas pagar masih mempunyai keraguan samada Anwar benar-benar pemimpin alternatif yang secocok dengan kehendak perubahan itu.

Alasan untuk merasa ragu terhadap Anwar itu bukan sahaja jelas ada dikalangan rakyat dan ia juga ada dikalangan pimpinan PKR sendiri dan juga diantara parti-parti dalam ‘coalition’ itu sendiri. Walaupun ramai diantara pengikut beliau membentak dengan kenyataan ini, tetapi masa akan menentukan kebenaran dengan apa yang dikatakan ini hanyalah fenomena sementara sahaja.

Perlu diingat walaupun isu yang dihangatkan tentang rasuah dan berbagai-bagai terhadap BN hari ini, hanyalah isu yang ‘expedient’ buat sementara sahaja. Walaupun isu itu BENAR, tetapi belum lagi mencukupi untuk membawa PR kepada kuasa kerana banyak lagi ‘variables’ kepimpinan yang baik yang masih belum nyata berada dipihak Pakatan Rakyat.

Tidak kuasa saya untuk memberikan alasan atau sebab-sebabnya kerana ia memakan ruang yang panjang untuk menulisnya. Tulisan yang panjang selalunya tidak digemari oleh pembaca terutamanya dikalangan kita orang Melayu ini. Biarkan sahaja masa menentukannya. — aspanalias.blogspot.com

Baca Seterusnya......

Khamis, 6 Jun 2013

Rampas Harakah: Zahid lega dan puas, tertunai hajatnya!

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Operasi rampasan Harakah, Suara Keadilan dan Roket tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Tindakan primitif itu bukan saja perlu dikecam keras tetapi mesti ditangani secara proaktif, khususnya melihat isu kebebasan akhbar dalam konteks lebih luas.


Jelas sekali, langkah represif yang bercanggah dengan amalan demokrasi itu -- apatah lagi slogan transformasi Najib Razak -- sarat dengan motif politik ekoran keputusan mengecewakan PRU13 bagi Umno-BN. Sama ada ia dipengaruhi perwatakan bebal Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi, yang mahu menunjukkan dia lebih layak menjadi pewaris takhta daripada Najib, saya tidak berminat mengulasnya. Baca Seterusnya......

Isnin, 3 Jun 2013

Penipuan pilihanraya atau kepincangan demokrasi?

Oleh Zulkifli Yahaya
Penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi agenda penting dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13. Sejak mula dicadangkan sehinggalah perkara itu termaktub dalam manifesto, frasa 'hapus PTPTN' menjadi fokus utama oleh Pakatan. Frasa itu juga yang dikutip oleh BN sebagai modal untuk terus mengelirukan rakyat.

Dalam media massa, ceramah, perang saraf dan gerak kempen BN mereka menempelak cadangan Pakatan itu dalam bentuk persoalan yang sangat pandir, "Jika PTPTN dihapuskan, macam mana anak Melayu yang miskin nak meneruskan pengajian di IPT?". Mungkin kita akan ketawa dengan kedunguan mereka memahami maksud 'hapus PTPTN' namun jangan menolak hakikat bahawa kedunguan yang disengajakan oleh para pemimpin Umno untuk memanipulasi isu tersebut telah berjaya menipu jutaan pengundi Melayu. Baca Seterusnya......

Selasa, 21 Mei 2013

Adam Adli Dizalimi!

1. Sewaktu Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan perkauman jijik dan penuh hasutan " apa lagi orang cina mahu ? " kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas untuk menahan editornya , membatalkan permit penerbitannya serta mereka yang bertanggungjawab mengungkapkan kenyataan tersebut ?
. Semasa Datuk Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan melampau berbau hasutan apabila beliau mendesak pihak yang menentang penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya, keluar dari negara ini ... dimana pihak berkuasa ? Kenapa tidak tahan dan soal siasat pemimpin yang dangkal ini ?
Baca Seterusnya......

Isnin, 20 Mei 2013

PRU13, kemenangan milik siapa?

Oleh AHMAD LUQMAN HAKIM AHMAD LUTFI 


HARAPAN lebih 50 peratus rakyat Malaysia secara umumnya tidak kesampaian pada 5 Mei lalu apabila keputusan PRU13 memihak Barisan Nasional (BN) pada peringkat Persekutuan apabila memperoleh majoriti mudah 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang mendapat 89 kerusi Parlimen.
Baca Seterusnya......

Ahad, 19 Mei 2013

Pemuda: Susun Saff, Atur Langkah dan Kukuhkan Tarbiyah

1. Pilihanraya umum ke 13 baru saja berlalu. Keputusannya sangat memberangsangkan meskipun kita belum berjaya capai target ke Putrajaya apabila 53 peratus undi atau sokongan rakyat adalah bersama kita Pakatan Rakyat.

2. Jelasnya perjuangan kita belum selesai. Perjuangan kita belum tamat. Kejayaan yang kita buru dan kemenangan yang kita dambakan bukan hanya sekadar Putrajaya yang terhenti di sempadan dunia tetapi apa yang kita buru dan dambakan ialah Syurgajaya yang melepasi hingga ke sempadan akhirat.

3. Justeru itu raikanlah kemenangan atau kejayaan dengan sederhana. Penuh tawadhu' dan insaf terhadap amanah kepimpinan yang terbeban ke atas kita. Raikan kemenangan dengan bertasbih kepada Allah dan istighfar mohon ampun kepadaNya. Jangan biar kelekaan mempengaruhi dan kelalaian menguasai diri kita. Kita adalah pejuang !
Baca Seterusnya......

Jaguh-jaguh perdebatan baru di Parlimen

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pastinya sidang parlimen penggal ke-13 yang dijangka bersidang bulan depan tidak akan kalut dengan juahan dan bangkangan membuta tuli dari beberapa bekas orang ahli parlimen yang dianggap pengacau sidang dan sekaligus menjadikan parlimen riuh randah laksana pasar ikan.
Orang seperti Inchek Ibrahim Ali, orang itu, bekas MP Kulim ― Bandar Baru, Zaharain Hashim, Gobalakrishan atau Wee Chee Keong adalah bekas ahli parlimen yang mahu menjadi hero dan alat kepada UBN. 

Mereka asalnya mewakili Pakatan Rakyat tetapi separuh jalan “menungging punggung” kepada Pakatan Rakyat bahkan membaling tahi kepada mereka yang berjasa dan berbudi kepada mereka termasuk memberi laluan dan restu bertanding atas lambang parti. Apa dilakukan mereka adalah untuk mengambil hati Najib Razak dan UBN agar memberi sesuatu habuan kepada mereka. Baca Seterusnya......

Loceng amaran dan Melayu dikhianati?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Saya di Kota Bharu ketika menulis catatan pendek ini. Bersama wartawan kanan, Wan Nordin Wan Yaakob, saya cuba menghayati dan menikmati kemenangan berganda Pakatan Rakyat di Kelantan meskipun hebat diasak Umno-BN. Tidak mudah juga PAS mempertahankan Serambi Makkah selepas 23 tahun berkuasa semula, selepas dikalahkan pada 1978.

Meskipun BN dapat merebut tiga kerusi Parlimen yang ditandingi KeADILan di Machang, Tanah Merah dan Ketereh -- selain mempertahankan Jeli dan Gua Musang, keputusan mempertahankan 33 kerusi Dun dalam PRU13 itu boleh dianggap satu pencapaian membanggakan.
Baca Seterusnya......

Zahid orang Melayu yang pongoh

Oleh Rossem
Orang Melayu menurut Munysi Abdullah ialah bangsa yang pongoh, cepat naik darah dan mudah hilang pertimbangan. Ketika marahnya mendidih mengelegak seperti air dalam cerek, perkataan pertama keluar dari rahang mulutnya ialah “Keluar engkau dari sini…” 


Maka berlakulah sepertimana pernah kita dengar, si ayah menghalau anaknya keluar dari rumah, dan tak mengaku sebagai anak. Suami menghalau isterinya keluar rumah dan tak izin kembali lagi. Kemarahan hanya bisa diredakan dengan cara bertindak seperti itu. Baca Seterusnya......

Kabinet Najib Bakal Tersungkur?

Oleh Shahbudin Husin
Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora. Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang jawatan yang ditawarkan Najib. Baca Seterusnya......

Ahad, 14 April 2013

Bukan nak lawan Utusan Malaysia tapi mahu ....

Oleh H FANSURI

“Saya difahamkan daripada seorang profesor, BN peruntukkan hampir RM10 juta untuk sisipan Utusan Malaysia dalam minggu kempen PRU13,"  kata Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Ahmad Lutfi Othman

 Dari satu sisi, contoh kecil ini, menurutnya, membuktikan penyebaran bahan bercetak masih penting dan relevan untuk mempengaruhi pengundi.“Walaupun media baru seperti Facebook, Twitter, Blog cukup popular, tapi jangan abaikan bahan bercetak,” katanya lagi.

Tambahnya, peruntukan BN itu bukan hanya untuk Utusan tetapi juga meliputi pelbagai makalah lain lagi, sama ada yang bersifat rasmi atas nama dan logo BN, seperti menjelaskan "manifesto ciplakan" itu, dan juga menyamar untuk memfitnah Pakatan, yang banyak disebarkan terus ke rumah pengundi.

 

Itu yang boleh kita dengar daripada pelbagai sumber mengenai cerita-cerita Umno, BN mengguna media pada hari ini. Khabar seperti ini membuatkan beliau terfikir tentang kepentingan bahan-bahan bercetak.

“Walaupun Pakatan mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam media baru, misalnya klip video Youtube, tetapi saya kira pengundi Melayu, terutama di kawasan kampung tradisi dan tanah rancangan, masih bergantung rapat dengan informasi daripada TV dan akhbar, dan di situlah kawasan yang bakal ditandingi PAS,"  katanya lagi.

Pagi Isnin lalu, 8 April,  Ahmad Lutfi bertemu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din untuk melancarkan dana penerbitan (bahan bercetak) KAMI bersempena langkah persediaan sebagai bahan kempen dalam PRU13.

Difahamkan Dr Haron menyokong usaha berkenaan, terutama untuk menyebarluaskan maklumat dan informasi bermanfaat, sekali gus dapat menyanggah fitnah yang berleluasa. Beliau menyeru sumbangan semampu mungkin dapat disalurkan bagi meneruskan usaha jihad menegakkan kebenaran.

Majlis sederhana dan santai itu dibuat di kediaman Dr Haron, di Bandar Baru Bangi. Kata Arif Atan, wartawan Harakah, yang turut bersama Ahmad Lutfi, sambil minum teh O panas dan menjamah martabak yang rangup, Dr Haron kelihatan cukup prihatin dengan gerakerja penerangan PRU13, khususnya melibatkan bahan bercetak, dan mengharapkan usaha KAMI itu mendapat sokongan ramai. 


Sebenarnya Ahmad Lutfi sudahpun menjelajah banyak negeri bagi mengedarkan secara percuma sisipan lapan halaman Bangkit. Walaupun jumlahnya tidaklah dapat menampung permintaan akar umbi, selain dikembarkan dalam naskhah Harakah, namun ia dianggap memadai bagi memperkenalkan bahan penerbitan yang sesuai untuk berkempen agar pengundi mendapat perspektif lebih jelas.

"Dana yang terkumpul masih kecil dan hanya mampu mengongkosi lebih kurang 10,000 Bangkit. Secara jujur, bagi saya, bilangan sebanyak itu hanya untuk satu kawasan Parlimen sahaja. Kita perlukan lebih banyak sokongan kewangan bagi memastikan Bangkit dapat mengetuk rumah setiap pengundi di kawasan pilihan raya yang menjadi target.

"KAMI juga mempunyai beberapa bahan penerbitan lain, ada berbentuk buku mini dan ada juga berbentuk poster, yang dikira perlu diagihkan pada waktu kempen PRU13 ini. Cuma misi ini tersekat disebabkan halangan kewangan," tambah Ahmad Lutfi dalam pertemuan dengannya di pejabat editorial Harakah, petang Isnin lalu.

Kesediaan Dr Haron untuk sama-sama mempromosi dana penerbitan KAMI itu amat disanjung tinggi Ahmad Lutfi. "Tak tahulah sama ada gambar saya ini dapat menarik minat penyumbang," kata Timbalan Pengerusi Harakah itu, menunjukkan bunting yang mempamerkan wajahnya, sambil ketawa kecil, seperti diceritakan kembali oleh Ahmad Lutfi.


"Kita perlu sedar bahawa ada pengundi dan pembaca yang masih setia dan selesa membaca laporan bercetak ini,” kata seorang pemerhati politik, seorang pensyarah. "Yang penting, bagi saya, biar semaju mana pun kaedah komunikasi, kita jangan remehkan apa jua pendekatan, termasuk akhbar, majalah, risalah, buku dan sebagainya."

"Tapi janganlah sampai kita sesak nafas berdepan cabaran hebat daripada akhbar dan siaran TV yang ditaja BN itu. Utusan, Berita Harian, The Star, NST memang media talibarut BN yang mendapat sokongan sepenuhnya kewangan BN semasa kempen PRU13 ini dan ada juga akhbar-akhbar ini yang diedarkan percuma. Itu kerja mereka, yang mustahak bagaimana dengan Pakatan Rakyat?" pensyarah politik itu bertanya lanjut, menandakan kerisauannya kemungkinan pengundi tidak mendapat informasi lengkap.


"Kalau Utusan dikatakan dapat RM10 juta untuk sisipan khas, bagaimana pula dengan akhbar lain, dan juga TV3 yang hebat berkempen, dengan klip video lagu-lagu propaganda di tengah waktu puncak?" tanya saya pula kepada Ahmad Lutfi.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah menjawab dengan tersenyum: "RM10 juta itu setakat lekat di celah gigih sahaja, sikit aja tu."

Secara peribadi, saya lebih melihat pengaruh besar akhbar The Star. Ada laporan menyebut bahawa sebanyak 24 peratus daripada pembaca The Star terdiri daripada kaum India meskipun kaum itu hanya 7.5 peratus sahaja jumlahnya dinisbahkan kepada penduduk negara ini.

Saya menekankan soal pengundi India ini disebabkan ada pihak mengatakan sokongan mereka kepada Pakatan mungkin mengalami kemerosotan. Justeru, usaha mendekati masyarakat India, termasuk melalui bahan-bahan penerbitan, tidak boleh dipandang ringan.

Namun, yang kekal jadi tanda soal,  apakah kita ingin manfaatkan setiap ringgit yang ada bagi menyebarluaskan risalah kempen ke tempat pedalaman yang masih juga tandus daripada aliran maklumat di internet itu?

Dan jangan "terlepas pandang" bahawa dalam wilayah kota raya sendiri, masih ramai pengundi yang tidak sempat mengikuti perkembangan semasa melalui media baru dan mereka perlu didekati secara bersemuka, sambil menghulurkan bahan bacaan.

Untuk bersama-sama  menjayakan kempen penerbitan KAMI ini, sumbangan orang-ramai dialu-alukan dan boleh disalur ke akaun Maybank KAMI MEDIA 514075606399.

Baca Seterusnya......

PRU13: Titik perubahan sebenar

Oleh Hafizul Faiz

Kehangatan gelombang PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) hampir dirasai di seluruh lapisan masyarakat, yang kecil mahupun yang besar, yang tua dan muda, yang tahu dan tidak tahu, atau yang baru atau lama.

Untuk mereka yang lahir pada tahun 1991 dan 1992, fatrah ini barangkali sangat istimewa, pertama kali mengundi dan mungkin pertama kali menukar kerajaan sedia ada. Gelombang PRU13 ternyata telah banyak menghasilkan kesan yang sangat baik.

Daripada sikap tidak peduli kepada peduli, tidak tahu kepada tahu, begitu juga sikap boikot pilihan raya kepada berfikir semula untuk mendaftar sebagai pengundi. Di mana-mana pihak, mahupun di sebelah kerajaan yang pernah memerintah kerana khuatir akan kalah buat kali pertama, atau pihak pembangkang selama ini sebagai ejen kemenangan untuk menaiki takhta kerajaan, masing-masing sedang digasak hebat dengan gelombang PRU13 yang sebarannya melangkaui umur dan batas tempat.

Simulasi PRU13 boleh dicatur dengan menilai, mengkaji, dan menganalisa corak gelombang ini. Gelombang yang tiada siapa boleh sekat dan tiada siapa yang mampu mengawalnya. Kecanggihan teknologi dan maklumat, media sosial yang bebas terbuka, juga suasana dan mood rakyat yang lewat ini, seperti cenderung untuk menggalas konsep sebenar demokrasi yang selama ini dirosakkan dengan ideologi-ideologi simpang. Maka, PRU13 boleh diperhati corak yang dibentuk kerana ia (walaupun tidak tepat) merupakan kelogikan yang boleh diterima. Apabila gelombang ini semakin disahut, disebut dan disambung-sambung, ini menandakan bahawa masa depan untuk sesebuah parti yang digagas gelombang ini cerah dan perlu bersiap dia menggalas masa depan yang lebih berat. Kemenangan itu suatu pintu baru kepada sebuah kehidupan.

Perbincangan pasti berkisarkan dengan nuansa fikir anak muda, gelombang yang disahut positif dan juga perancangan sedia ada. Bekas kerajaan, BN (Barisan Nasional) sewajarnya bakal tumbang jika masih berada di dalam perasaan selesa dengan kewujudan gelombang ini. PRU13 dan gelombangnya telah mencelikkan mata anak-anak muda dengan kelajuan maklumat disebar dan kecanggihan program direka. Sebelum ini, barangkali ada anak muda yang tidak tahu apa itu pilihan raya dan bagaimana prosesnya. Bahkan, masih ada yang tidak tahu bahawa sebelum pilihan raya dijalankan, parlimen perlu dibubarkan. Namun, gelombang PRU13 telah menyerap ke semua lapisan masyarakat. Kajian mendapati, suatu sumber yang paling memainkan peranan ialah media sosial. Media soaiallah yang menyebar maklumat, mempertemukan manusia dan menerangkan kenapa perlu pilih ini dan itu. Seperkara, media sosial tidak dipadam datanya dan tidak boleh dikawal orang-orang tertentu.

PRU13: Titik Perubahan

Pengharapan jika pengundi muda, dengan populasi yang kian bertambah dan ramalan yang wajar, memanfaatkan PRU13 sebagai platform perubahan dengan mengubah tampuk pemerintahan supaya Malaysia ini kembali mendokong gagasan sebenar demokrasi. Turning point bererti suatu titik yang telah mengubah sesuatu, antara garisan atau kejadian dan tragedi. Dan inilah, PRU13 yang disifatkan sebagai pilihan raya terhangat setakat ini. Kebijakan berfikir dan kewajaran menerima sesuatu pendapat merupakan faktor utama kenapa pengundi muda adalah kelompok terbesar yang akan membuat perubahan.

Mahu tidak mahu, fikiran manusia berpaksikan logik dan kecenderungannya ialah kebenaran. Fikiran siapapun pasti menuju kepada kebenaran. Jika masih menuju kepada sebuah keburukan, ia bukan lagi berpaksikan logik melainkan ada objektif tertentu dan rasukan nafsu berkepentingan. Kelogikan ini menjadikan orang muda menimbang, membanding dan menganalisa apakah kepentingan sesuatu undi. Satu undi, satu nyawa.

Ini kalilah, perubahan itu mesti disegerakan, disepadukan dengan kebijakan dan masa depan yang lebih cerah, menimbangtara barisan pemimpin yang berwibawa dan menyayangi sistem dengan usaha memperbaikinya.

Maka PRU13 sebagai suatu titik perubahan yang bakal didominasi pengundi muda yang berfikir berpaksikan logik.
Baca Seterusnya......

Perangi politik fitnah habis-habisan

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS)  menuntut semua rakyat tidak kira penyokong mana-mana ideologi politik supaya tidak bertolak ansur dan melancarkan perang habis-habisan terhadap politik fitnah dan politik lucah .

Seperti yang telah diungkapkan bahawa PRU  ke 13 ini adalah “ibu segala pilihanraya” tanda politik kotor untuk melancarkan serangan secara peribadi terhadap kepimpinan sesebuah parti nampaknya menjadi realiti.

Serangan terbaru dengan menghasilkan dan mengedar video lucah kini adalah serangkai lagi strategi politik kotor yang berada dalam simpanan mereka yang menjadi  tentera upahan untuk mencelar peribadi seorang pemimpin parti lawan.

Untuk kali ini strategi ini dianggap sebagai senjata paling berkesan untuk menanam kesangsian dikalangan rakyat kepada seseorang pemimpin. Kami percaya dalang yang sama juga telah melakukan asasinasi peribadi yang telah dilancar sebelum inj.

Yang pasti semada masyarakat percaya atau tidak bukan menjadi keutamaan. Mereka hanya bermotif untuk menimbulkan kecurigaan kepada pemimpin yang dimusuhi.

Tindakan mahkamah tidak digeruni kerana objektif utama ialah menimbulkan kecurigaan . Cukup orang awam dimanipulasi untuk menanam syak kepada seorang musuh politik. Dalang itu tidak mengambilkira proses undang-undang kerana tujuan asal sudah dicapai.

Kelonggaran undang-undang sivil inilah yang sedang diesploitasi. Oleh kerana  enakmen jenayah syariah mengenai qazaf tidak dikuatkuasakan maka siapa sahaja boleh melakukan jenayah menyebarkan fitnah zina dan liwat.

Kami sudah berkali-kali menegaskan bahawa politik murahan dan tidak bertamadun ini sepatutnya diperangi sehingga ke akar umbinya.

Akan tetapi jelas pihak berkuasa maseh menunjukkan sikap tidak mengendahkan gejala ini. Sebab itu , nampaknya jenayah qazaf terus dilakukan tanpa khuatir kerana mereka terlepas dari didakwa.

Kini kami menyarankan rakyat bangkit untuk memberi mesej jelas kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan gejala jijik ini dan mendedahkan golongan ini kepada khalayak ramai .

Kami menegaskan jika politik fitnah dan lucah ini yang bermula sejak 1998 tidak dibenteras , budaya ini akan dilihat sebagai  wajah politik Malaysia yang sangat memalukan.

Kami berpendapat hanya dengan mengguna pendekatan pengemblengan rakyat, gejala ini akan dapat dihapuskan. Keputusan rakyat merubah penguasa dalam PRU ke 13 sahaja yang dapat memberi jawapan muktamad untuk menghentikan politik murahan seperti ini.

* Mohd Azmi Abdul Hamid ialah presiden TERAS

Baca Seterusnya......

Ketua Pemuda, Wanita, Puteri, Ulama tak winnable?

KUALA LUMPUR: Mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno-BN, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding. Baca Seterusnya......

Ahad, 20 Januari 2013

Ini kali-lah akan berakhir sebuah rejim...

Oleh Lanh

KETIKA duduk bersesak-sesak bersama puluhan ribu hadirin di pangkin Stadium Merdeka pada hari Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari lalu, fikiran saya jauh melayang mengenangkan pengalaman saya pada suatu hari kira-kira 20 tahun lalu (pada April 1994) menyaksikan kebangkitan rakyat Afrika Selatan yang berhimpun di Stadium First National Bank (FNB) di Soweto, sebuah perbandaran kulit hitam terbesar tidak jauh dari Johannesburg. 

Perhimpunan 100,000 rakyat bagi mendengar amanat pejuang Nelson Mandela di stadium itu adalah sebahagian acara menjelang pilihan raya pelbagai kaum pertama yang bersejarah kerana ia menamatkan dasar aparteid selama berabad-abad di Afrika Selatan. Ya, saya dapat rasakan ada ciri-ciri persamaan antara apa yang saya saksi dan rasakan di Stadium Merdeka dan FNB Soweto!

Pengalaman saya di Stadium FNB ada dicatatkan dalam buku saya ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ yang kemudian diterbitkan semula dan diubah tajuk kepada ‘Travelog Wartawan Islam’ oleh penerbit Kemilau Publika.

Dalam bab ‘Di Afrika Selatan’ antara lain saya mencatatkan: “Terhimpit di celah-celah ribuan orang ramai itu (ya, ada persamaannya dengan 'terhimpitnya' saya di ‘tangga kambing’ Stadium Merdeka) adalah saya – seorang wartawan kerdil dari Malaysia, negara yang terletak beribu-ribu kilometer jauhnya. Saya membayangkan sambutan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Ketika itu saya belum lahir lagi. Saya mencongak tentulah suasana meriah itu sama seperti yang berlaku di Stadium FNB itu.

“Kami menyertai ribuan penyokong memasuki stadium ini pada sebelah pagi – menunggu ketibaan Mandela pada waktu petang. Suasana dalam stadium begitu gamat. Laungan ‘Viva ANC’ (Kongres Kebangsaan Afrika pimpinan Mandela) dan ‘Viva Mandela’ memekakkan telinga.

“Orang kulit hitam Afrika Selatan kelihatan begitu bersemangat, daripada wajah mereka terbayang masa depan gemilang di bawah sebuah kerajaan baru...Seperti diketahui umum, ANC memenangi pilihan raya itu dengan lebih 60 peratus undi, sekali gus membolehkan Mandela menjadi orang hitam pertama sebagai Presiden Afrika Selatan...”

Pilihan raya bersejarah Afrika Selatan itu membawa pengakhiran kuasa sebuah rejim – Parti Kebangsaan (NP) pimpinan presiden kulit putih terakhir, FW de Klerk. Rejim aparteid ini akhirnya tersungkur dengan jutaan rakyat memangkah parti ANC dalam pilihan raya, memberi kemenangan kepada Mandela yang sebelum itu terpenjara dalam buangan di Pulau Robbins selama berpuluh-puluh tahun lamanya.

Tanggal 12 Januari lalu juga menyaksikan kebangkitan rakyat, di dalam stadium saya anggarkan ada sekurang-kurangnya 50,000 orang manakala di luar puluhan ribu lagi. Antara lain mereka menuntut sebuah pilihan raya bersih dan adil.

Pada pilihan raya pelbagai kaum pertama Afrika Selatan yang saya ditugaskan membuat liputan 20 tahun lalu, pengendalinya adalah Suruhanjaya Pillihan Raya Bebas (IEC) yang mengundang ratusan badan pemerhati dan pemantau serta individu antarabangsa. Dari Malaysia, saya ketemui pemantau Tan Sri Ghazali Shafie (bekas Menteri Luar yang kini allahyarham) dan Zainah Anwar (saya tak pasti pihak diwakili tokoh daripada Sisters in Islam ini).

Pilihan raya bebas dan adil menyaksikan kebangkitan ANC yang sebelumnya diharamkan dan pemimpinnya dihumban ke dalam penjara. Menjelang pilihan raya pada 27 April 1994, IEC memastikan ketelusan perjalanan pilihan raya termasuk mengamanahkan tugas pemantau kepada tokoh seperti Ghazali dan Zainah. Malah, wartawan kerdil seperti saya juga berpeluang menyaksikan hari-hari dan detik bersejarah Afrika Selatan itu.

Demikianlah antara lain saya membuat catatan dari Stadium FNB Soweto pada suatu hari dalam bulan April 1994. Tanggal 12 Januari 2013, alangkah hampir sama suasananya – saya menyaksikan wajah-wajah bersemangat rakyat yang terlalu rindukan kedamaian, keadilan dan segala yang baik-baik di negara tercinta ini.

Sekalipun menang, ANC gagal mendapat majoriti dua pertiga menyebabkan ia terpaksa bekerjasama dengan NP dan Parti Pembebasan Inkatha (IFP) bagi membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan Kebangsaan dengan Mandela sebagai Presiden.

Tercatatlah sejarah bagaimana parti-parti yang sangat berbeza ideologinya (ANC, NP dan IFP) menyampaikan cita-cita membentuk sebuah kerajaan baru Afrika Selatan. Amat jelas Mandela bukanlah seorang yang gila kuasa, selepas sepenggal memerintah, beliau melepaskan kepimpinan ANC kepada Thabo Mbeki yang kemudian menjadi Presiden Afrika Selatan pada 1999.

Jika ANC, NP dan IFP dapat menjayakan cita-cita besar rakyat Afrika Selatan yang menghadapi dugaan lebih berat daripada rakyat Malaysia, tidak ada sebab untuk PAS, DAP dan KeADILan tidak dapat berkorban (bertolak ansur) dalam membina sebuah ‘Malaysia Baru’ demi kepentingan dan masa depan rakyat yang merintih didera puluhan tahun lamanya. Rakyat terlalu rindukan ‘kemerdekaan kedua’ seperti diucapkan salah seorang pemimpin Pakatan! Ya, INI KALI-LAH untuk rakyat membenamkan Umno-BN seperti dilakukan rakyat Afrika Selatan yang mengakhiri sebuah rejim aparteid 20 tahun lalu!

Baca Seterusnya......

Jumaat, 18 Januari 2013

Najib sudah tahu UMNO kalah

Oleh sakmongkol AK47

Saya sedang duduk diluar Stadium Negara pada 12 Januari yang lalu. Ye, mahu cakap lagi. Sebab perhimpunan ini menimbulkan ketakutan yang amat sangat dalam hati pemimpin UMNO.

Masa ini tentu semua orang sudah tahu karakter Naib Tun Razak- anak bangsawan yang gembira tengok ramai rakyat miskin. Sebab jika ramai yang masih miskin, barulah sah rasa seorang feudal melihat rakyat menadah tangan meminta pertolongan. Baru ada rasa kick melihat seorang insan lain merayu rayu. 

 Ketika saya sedang duduk di bingkai pavement stadium merdeka, seorang berbangsa India, warga negara kita datang menghampiri saya. Dia memperkenalkan diri. Orang dari Perak, dari Sungai Siput. Kita gelar dia Mr Sungai Siput. Encik SS.

Dia pembaca blog saya. Terima kasih lah- kenalah baca sebab blog ini kepada blogging adalah seperti stadium Lumpini kepada Muay Thai, Madison Square Garden kepada boxing dan Wimbledon kepada pertandingan tennis. Tidak perlu setuju dengan apa yang saya tulis. Hanya kongsikan bersama dengan kawan2. Bawa mesej ini. Ini kalilah kita singkirkan UMNO. UMNO berketuakan Najib macam Ayam berak kapur. Teringat saya kata2 Tun Daim- Najib hasn’t got what it takes to run the country.

Encik SS cerita pada saya. Pertemuan dengan seorang Ketua UMNO Bahagian. Ketua Bahagian meminta dia menggembelingkan sokongan masyarakat India Sungai Siput untuk UMNO. Encik SS kata- ini kali, orang Yindia mahu dengar denyut hati rakyat.

Maka jika ketua UMNO tidak bingung, dia mesti sedar bahawa orang India bukan lagi berlari mendapatkan dakapan maut UMNO. Takde orang nak layan UMNO dah. Padan muka.

Apa dah jadi? Apa nak jadi? Sampai sekarang masih memilih? Masaalah UMNO bukan masaalah ahli. Yang membawa celaka dan malapetaka kepada UMNO ialah pemimpin mereka. Tunku Abdul Rahman pernah berkata- hampa tengoklah nanti- yang akan bawak kehancuran kepada UMNO dan merosakkan orang Melayu adalah Dr Mahathir. Lebih baik orang Melayu berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Ertinya, lebih baik bersahabat dengan orang jahat daripada berkawan dengan orang baik dan mulia? Emak bapak jenis apa yang beri nasihat sedemikian?

Sifat syaitan ialah (1) ingkar (2) sombong (3) takabbur (4) berbangga kerana asal usul. Bila Najib ingkar hadir ke Parlimen setelah membentangkan bajet terbaik nya sejak zaman nabi Adam, dia ikut perangai siapa? Iblis dan syaitan. Bila dia pergi ke Pulau Pinang cakap besar bahawa bajet Pakatan Rakyat tidak senilai kertas ianya dicitak- Najib ikut perangai siapa? Sombong dan takabbur- perangai syaitan. Bila orang UMNO berlagak kerana ahli mereka 3 juta dan mereka berasal usul golongan yang berjuang untuk merdeka- mereka ikut perangai siapa? Syaitan.

Sebab itu dalam AlQuran kita ada sebut yang ikut syaitan dan iblis ialah mereka yang bernaung dibawah syaitan dan golongan yang musyrik.

Semua pemimpin UMNO dari atas sampai kebawah, semua korap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata. Dr Mahathir bercakap mengenai rasuah sedangkan dia dikatakan bernilai USD44 billion atau RM 132 billion? Gila kita orang Melayu nak dengar cakap orang seperti ini.

Bagaimana nak benteras rasuah jika wang dan merangkak, merayap, berlari dan memanjat sehingga nombor 1? Bukan saya kata. Tun Daim beritahu. Yang nombor satu ada skendel beli kapal selam. RM5 billion beli kapal selam dapat komisyen RM500 juta. Terima sogokan dari kontraktor negeri Cina buat landasan berkembar Gemas-JB. Ada pula dakwaan dengan skendel Altantuya.

Isiu Altantuya tidak akan reda. Jangan kita mengentengkan pembunuhan ini kerana Altantuya bukan orang Melayu, agama Islam atau wanita yang dianggap tidak mulia. Ketika isiu pembunuhan ini mula2 timbul dulu, orang UMNO kata apa sangat nak kisahkan seorang kafir dan pelacur dibunuh? Sebab yang meniduri wanita itu ialah Melayu, Islam dan yang dibunuh itu manusia. Jadi kita kena kisahkan.

Rakyat naik berang dan tanya. Apa yang susah sangat nak buat Razak Baginda cerita kepada rakyat Malaysia? Razak Baginda terang2 mengaku wanita Mongolia girlfriend dia dan dia bercucuk tanam dengan bumi Mongolia. Balasubramaniam sebut, gadis Mongolia itu Najib Razak yang kenanalkan kepada Razak Baginda. Najib Razak suruh dia jaga Altantuya baik2. Kalau nak pakai boleh. Depan atau belakang pun boleh.

Padan muka orang UMNO kena tipu- Razak Baginda seronok bersuaka di England bawak kereta Ferari, bawak Aston Martin. Hidup Melayu. Hidup UMNO. Kamu berkeringat membanting tulang semata mata membiayai kehidupan pemimpin kamu yang mewah.

Apa yang susah sangat nak buat dua orang polis tertuduh, cerita siapa suruh mereka tembak dan bom Altantuya? Mustahil suka2 dan seronok, bangun pagi- hari ini aku nak tembak, rogol dan bom? Apa yang susah nya pendakwa raya mendedahkan ini semua? Mereka ni lulus university mana? Betulkah ada sijik peguam?

Yang merunsingkan orang Melayu hari ini ialah kedudukan orang Melayu? Pertama nya, soalan ini tidak perlu ditanya pun. Jumlah orang Melayu dalam Negara ini ialah majority. 18 juta dari 28 juta. Ahli UMNO , 3 juta. Mati semua ahli UMNO pun, ada 15 juta orang Melayu terus hidup tanpa perlukan ujudnya UMNO. Jadi apa perlu pemimpin UMNO yang rasuah dan korap? Kita tak boleh jadi jurucakap sendiri menjuarai kepentingan kolektif bangsa Melayu?

Kedudukkan, keistimewaan dan kepentingan orang Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang. Undang2 kekal. UMNO sifat nya sementara. Kedudukan dan kepentingan orang Melayu tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Mesti dapat persetujuan Majlis Raja2 Melayu. Hanya jika Majlis Raja2 Melayu tiba2 jadi Majlis Raja Kapur- maka ketika itu, mungkin kita orang Melayu akan rasa cemas. Itu pun mungkin, sebab fakta nya ialah kita ni majority. Dan kita boleh mempertahankan dan menjuarai kepentingan kita secara sendiri tanpa memerlukan bantuan UMNO yang bingung itu.

Kenapa perlu kita beri Najib mandate untuk 5 tahun lagi? Apa yang boleh dia lakukan dalam masa 5 tahun yang dia tidak lakukan dalam masa 55 tahun? Kamu beri satu undi kepada UMNO bererti kamu melanjutkan usia parti dan pemimpin yang merompak dan melanun negara ini atas nama agama, bangsa dan tanah air? Kamu ingat orang UMNO yang membela agama Islam? Orang UMNO berebut nak jadi pengerusi masjid dan surau. Yakni berebut jawatan. Bukan berbakti dan memberi maksud kepada jawatan tersebut.

Budaya berkerja ikhlas dan jujur tidak ada dalam budaya atau piagam hidup orang UMNO. Sebab itu, pemimpin besor UMNO Tanya- lu tolong gua, wa tolong lu yang sekarang dah jadi, lu tolong gua dulu, baru wa tolong lu.

Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com

Baca Seterusnya......

Makna Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka

Oleh Beruang Hijau

Ketegasan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat supaya acara itu diadakan di Stadium Merdeka dan tidak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 Januari mempunyai makna tersendiri.


Sememangnya dari segi logistik, strategik dan historikal, Stadium Merdeka adalah lebih baik daripada Stadium Nasional sebagai venu perhimpunan rakyat. Namun di sini hendak diceritakan lebih mendalam lagi makna Stadium Merdeka berbanding Stadium Nasional.
Pertamanya, nama stadium itu sendiri mempunyai keistimewaannya. Merdeka adalah perkataan keramat yang bukan saja bermaksud terlepas daripada penjajahan tetapi bebas dalam kehidupan dan pemikiran. Kata-kata merdeka itu adalah inti demokrasi.
Baca Seterusnya......

Tabik kepada wira HKR 112

Oleh Lim Hong Siang
Saya andaikan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 telah diulas dari hampir semua sudut. Apapun pandangan yang diutarakan, secara keseluruhannya HKR 112 merupakan satu kejayaan rakyat Malaysia, membuktikan kematangan masyarakat majmuk ini untuk berhimpun tanpa sebarang rasa "ketegangan" - apabila polis buat kali pertama memperlihatkan sikap yang lebih terbuka untuk mengendalikan perhimpunan rakyat, berbanding pengalaman silam.
Maka tak usahlah untuk saya mengulangi apa yang telah dikemukakan, memandangkan segala-galanya telah terjawab, terutamanya siapa pencetus "pertembungan" dalam perhimpunan raksasa BERSIH yang lalu. Cuma saya ingin mengambil kesempatan di sini, merakamkan penghargaan terhadap beberapa individu, yang untuk saya, menyumbang ke arah kejayaan gerakan politik dan sosial di Malaysia. Dua hari sebelum 12 Januari, satu notis di bawah Seksyen 12(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah ditampal di sekitar Stadium Merdeka. Bertajukkan "Pemakluman Kepada Orang Yang Mempunyai Kepentingan", ACP Zainuddin Ahmad selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi membuka ruang kepada mereka yang berkepentingan untuk memaklumkan kebimbangan atau bantahan mereka secara bertulis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan oleh Mohamad bin Sabu.
Sememangnya "rakyat" yang menjayakan HKR 112, kerana tanpa kehadiran "rakyat", kita gagal merakamkan gambar lautan manusia yang begitu "menakjubkan". Tetapi saya menganggap kita perlu mengiktiraf sumbangan penganjur, yang berani memikul tanggungjawab itu. Bayangkan, seandainya agen provokasi ditempatkan di kalangan kita untuk menimbulkan kekacauan, maka insan bernama Mat Sabu akan dipertanggungjawabkan. Malah jikalau sesiapa dari kalangan kita melakukan sesuatu yang negatif dari pandangan umum, sama ada meninggalkan sampah yang bersepah-sepah, atau mengganggu lalu lintas, maka Mat Sabu akan dituding jari. Tohmahan mungkin hanya serangan secara lisan, namun jikalau melibatkan tindakan undang-undang, maka bersedialah Mat Sabu turun naik mahkamah untuk beberapa tahun.
Demikianlah harga yang perlu dibayar demi kebebasan, kerana kebebasan datang bersama tanggungjawab. Dalam suasana di mana kebebasan masih disekat dalam negara kita, tanggungjawab ini berganda beratnya. Namun saya melihat kesediaan memikul tanggungjawab ini menguji sejauh manakah seseorang pemimpin yakin dengan perjuangannya. Tiada yang sanggup mengambil risiko untuk perjuangkan kebebasan seandainya tidak yakin bahawa masyarakatnya mampu menggunakan kebebasan sebaiknya. Kita yang lantang melaungkan slogan dan retorik pun tidak semestinya sanggup menyerahkan nama kita kepada polis sebagai jaminan untuk menggunakan peluang itu. "Gua caya sama lu," demikianlah ungkapan Mat Sabu dengan nada berseloroh seperti lazim, ketika mengakhiri ucapannya.
Saya membangkitkan hal ini kerana saya menganggap kita memerlukan pemimpin yang berani bertanggungjawab, dan bukan sekadar hebat dengan retorik. Seringkali kita terpesona dengan karisma sesetengah pemimpin yang berapi-api berceramah, tajam kritikan ketika berforum, atau mendalam maksud teorinya apabila berkuliah. Namun apabila kembali kepada realiti, berdepan dengan masalah teknikal yang sebenar, terlalu kurang yang sanggup bertanggungjawab. Bayangkan, seandainya Mat Sabu, atau pimpinan lain dalam jawatankuasa penganjur HKR 112 enggan menyerahkan nama diri sebagai penganjur, maka perhimpunan ini mungkin tidak berakhir sebagaimana yang kita alami pada 12 Januari.
Manusia kedua yang ingin saya sebut namanya ialah Hishamuddin Rais. Namanya mungkin mencungkil ketidakselesaan sesetengah orang, yang sentiasa "tercabar" dengan ideanya. Namun saya menganggap masyarakat demokrasi yang matang bukan sekadar bertoleransi sesama kaum, tetapi juga idea-idea yang berbeza.
Hishamuddin Rais, pemimpin mahasiswa pada zaman 1970-an, dan kini masih memakai gelaran tersebut dengan imbuhan berbunyi "bekas" di depannya. Beliau memperlekehkan hampir semua parti politik, malah tidak percaya dengan sistem ini. Kebanyakan masa beliau ketengahkan hujah yang tajam, sehingga mereka yang tidak bersetuju dengannya, gagal menyanggahnya. Lantaran identitinya sebagai "NGI", (non-governmental individual), beliau melanggar setiap zon sensitif yang pantang diusik, terutamanya orang politik.
Saya kira kewujudan Hishamuddin Rais harus kita raihkan sebagai aset dalam masyarakat kita, sekurang-kurangnya beliau sentiasa memastikan saraf otak kita bersenam. Beliau tidak berkuasa, tetapi beliau berpengaruh. Saya bukan mencadangkan bahawa kita terima semua ideanya, tetapi saya mengajak kalian untuk merenung. Puluhan tahun dalam hidupnya, beliau tidak berganjak dari perjuangannya. Ya, beliau pernah melarikan diri dari tangkapan pada zaman 1970-an, tetapi apabila beliau kembali ke tanahair pada 1990-an, beliau tetap turun ke jalan raya semula dalam gerakan "Reformasi". Dan sebagaimana yang kita tahu, beliau akhirnya ditahan di bawah ISA pada tahun 2001.
Hisham pernah mengakui secara terbuka, bahawa makna kewujudannya adalah untuk menumbangkan UMNO. Ramai di kalangan kita yang berkongsi pandangannya, bahawa UMNO memperbodohkan rakyat. Persoalannya, adakah kita bersedia bekerja seperti Hisham ke arah matlamat itu?
Saya ternampak susuk Hisham di Stadium Merdeka. Berpeluh-peluh beliau memberi arahan di bawah matahari untuk kendalikan keadaan. Saya amat bersyukur kerana Malaysia memiliki insan-insan yang sehebat ini.
*Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com
Baca Seterusnya......

Pengikut