Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Sabtu, 26 Februari 2011

Meledak Kebangkitan Mahasiswa

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Mendepani situasi rencam politik dunia dengan skala ricthernya yang agak tinggi serta menyaksikan kebangkitan anak - anak muda yang mendominasi iklim politik dunia hari ini dan rata - rata mereka adalah mahasiswa, nyata tidak ketinggalan rupanya negara kita turut mengalami gegarannya.

2. Berurutan dengan kejayaan Dewan Pemuda PAS menghimpunkan 30 ribu kekuatan tenaga pemudanya dari seluruh negara di negeri Kedah Darul Aman sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang, kini kita digemparkan dengan kejayaan Pro Mahasiswa di UM, UIA, UKM, UMK, USIM, UMS, UMSKAL, USM Kubang Kerian dan UPSI walaupun Pro Mahasiswa kalahdi UTM, USM Penang dan UPM.

3. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan selamat melaksanakan tanggungjawab serta menunaikan amanah kepimpinan buat adik - adik dari Pro Mahasiswa yang telah memenangi pilihanraya di kampus masing - masing. Semoga kejayaan gemilang itu akan terus membawa mahasiswa bangkit berjuang sekaligus menggalas kecemerlangan ilmu sebagai asas utama kejayaan.

4. Mahasiswa adalah agent penting bukan sahaja untuk lingkaran politik kampus tetapi juga dalam menentu arah masa depan negara di semua lapangan termasuk politik, ekonomi, budaya dan sosial. Saya mengharapkan kemenangan Pro Mahasiswa dalam arena politik kampus kali ini, benar - benar telah berjaya membebaskan minda mahasiswa dari kongkongan kerajaan sekalipun realitinya mereka masih dikongkong oleh AUKU dan pelbagai peraturan tempatan universiti.

5. Selepas ini, Mahasiswa diharap mempertingkatkan prestasi kebangkitan mereka untuk terus berjuang menentang AUKU disamping turut memperjuangkan kecemerlangan akademik guna mengangkat izzah mahasiswa sehingga mereka tidak lagi dianggap sebagai boneka kepada mana - mana pihak sebaliknya mempunyai idealisme perjuangan tersendiri , memperjuangkan kebenaran, keadilan dan masa depan negara yang maju dan sejahtera.

6. Kejayaan ini mesti diterjemahkan dengan kerja gigih, semangat, berani, nekad membawa perubahan dan memimpin idealisme mahasiswa dalam kehidupan mahasiswa di kampus dan juga di luar kampus. Malah penglibatan mahasiswa dalam arus kebangkitan anak muda dewasa ini untuk menentu masa depan negara dan kepimpinannya juga sangat di alu - alukan.

7. Kami telah lama memperjuangkan agar masyarakat mahasiswa dibenarkan untuk berpartisipasi dengan politik luar kampus agar sentuhan mahasiswa turut mewarnai landskap politik tanahair dan pastinya corak dan frame politik negara lebih menarik terutama golongan mahasiswa adalah mewakili golongan intelek yang matang dan berwibawa.

8. Telah sampai masanya negara memberi kepercayaan kepada mahasiswa dan menghargai ilmu jua karisma mereka biarpun usia mereka masih muda. Justeru dunia dan politiknya hari ini adalah milik orang muda. Kesuburannya dan Kebangkitan rakyat hari ini juga dipacu oleh orang muda. Malah suara orang muda seperti mahasiswa mula didengar dan dihargai oleh semua.

9. Sekalung tahniah sekali lagi dari saya dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia buat kejayaan anda semua dari kalangan mahasiswa yang nyata tidak pernah mengizinkan diri kalian dipengaruhi oleh mana - mana pihak terutama golongan yang sering mahu memangsakan mahasiswa dengan pelbagai peraturan yang mengongkong minda dan tumbesar jiwa seorang yang mahu bergelar intelektual.

10. Tahniah !
Baca Seterusnya......

Isnin, 21 Februari 2011

Mesej Pemuda Pas: Mereka Sedia Bergerak!

Oleh Mohd Sayuti Omar

KOTA Sarang Semut Batu 9 di Kedah telah bertukar menjadi lautan manusia apabila himpunan 30,000 pemuda Pas berjaya mencapai sasaran. Katanya kompleks Pas Kedah hari ini dipenuhi dengan anak-anak muda dan digemai laungan takbir penuh semangat.

Sayang saya tidak dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri gelombang Pemuda itu. Alangkah indahnya kalau dapat tengok sendiri, ia akan menambah waja dan semangat dan menjadikan catatan ini lebih realistik.

Apapun syabas diucapkan kepada segenap Pemuda Pas Malaysia kerana berjaya menghimpun dan menunjukkan kekuatan kalangan mereka.

Kejayaan himpunan hari ini ternyata, darah pemuda Pas masih merah dan masih mengalir laju menuruni lembah mencari puncak kemenangan. Mereka tidak mudah goyah atau terkoyak dengan segala dakyah dan tohmahan buruk ke atas parti dan pemimpin mereka.

Saya yakin kalau mereka dibangkit dan dikerah untuk bergerak ke Putrajaya hari ini, dalam jumlah seramai itu mereka akan mara tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Dalam himpunan seramai itu semangat mesti berkobar. Mereka akan bergerak hatta berjalan kaki melalui lebuh raya Utara Selatan hingga ke Putrajaya. Saya yakin..

Katanya himpunan di Kota Sarang Semut hari ini lebih berjaya daripada himpunan yang sama dibuat di Kota Bharu empat tahun lepas. Kalau di Kota Bharu himpunan disertai 15,000 tetapi kali ini angkanya meningkat sekali ganda. Boleh disifatkan himpunan di Kota Sarang Semut hari ini adalah kesenimbungan himpunan di Kota Bharu. Perlu rasanya himpunan seumpama ini dijadikan tradisi kepada Pemuda Pas dan bukan pada waktu-waktu tertentu saja. Saya juga yakin kalau himpunan ini sekali lagi diadakan menjelang pilihan raya jumlahnya makin bertambah.

Dengan apa yang dipersaksikan di Kedah hari ini UBN Kedah tidak boleh memandang remeh kepada Pas. Khabarnya apa yang memberi aspirasi kepada himpunan berkenaan kerana Pas melihat akan kesungguhan UBN untuk merampas Kedah dalam pilihan raya akan datang. Kehadiran lebih 20,000 pemuda Pas itu laksana benteng yang akan mempertahankan tahkta kekuasaan Pas di Kedah.

Kejayaan himpunan hari ini memberi signal bahawa Pas akan sedia mengerahkan tenaga dan segala keupayaaan bagi mempertahankan kerajaan Pas Kedah dengan apa saja sekalipun. Apa yang berlaku hari ini membuktikan akan kesiapsiagaan para Pemuda Pas.

Himpunan raksasa itu dirasmikan oleh MB Kedah, Azizan Abdul Razak. Dua Naib Presiden Pas turut hadir dan menyampaikan ucapan menyuntik semangat. Mereka Sallahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Bekas-bekas ketua pemuda juga turut sama hadir antaranya ialah Abu Bakar Chik dan lain-lain.

Mungkin Pas boleh berbangga dan berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh Pemuda mereka itu. Setidak-tidaknya Pas dapat mengambilnya sebagai petunjuk bahawa Pas kian kuat dan semangat ahlinya semakin tinggi. Bayangkan tanpa semangat himpunan itu tidak akan berjaya kerana kehadiran mereka nun jauh di Kedah satu cabaran bagi mereka di Selatan, Timur atau Pantai Barat. Hanya mereka yang digelegakki semangat saja untuk turun ke Kedah.

Justeru himpunan hari ini adalah bersejarah. Dalam sisi lain ia seolah bagaikan menjawab persoalan lain dalam Pas, di mana pada masa sama berlangsung konvensyen Pas di Petaling Jaya untuk mencari nilai baru bagi Pas untuk menyakinkan Melayu terus menyokongnya. Konvensyen hari ini diadakan setelah Pas bermahasabah dan menemui jawaban yang ada petunjuk Melayu melarikan diri dari Pas kerana Pas dilihat begitu akrab dengan rakan Pakatan lain.

Dan dalam Pas tercari-cari apakah penawar dan janji baru untuk Melayu, himpunan Pemuda hari ini memberi jawaban bahawa Pas masih utuh dan kukuh. Bahawa Pas masih mengingat Melayu dengan meletakkan agama sebagai agenda utamanya. Himpunan Pemuda itu yang tidak dicampur dengan pemuda kaum lain menjelaskan bahawa komitmen dan iltizam Pas kepada perjuangan asal mereka.

Dari sudut lain himpunan Pemuda ini jelaslah menunjukkan kekuatan Pas sebenarnya. Dengan kehadiran seramai itu Pas mampu berdiri di atas kakinya sendiri. Sudah pasti jumlah lebih 20,000 yang hadir hari ini tidak termasuk pemuda PKR dan juga Pemuda DAP. Himpunan hari ini adalah genuine mempamirkan kekuatan Pas yang sebenarnya.

Bagaimana pun apa yang dipamerkan hari ini masih belum mencukupi bagi Pas memperakui yang mereka kuat sehingga mampu merampas Putrajaya, walaupun Pas khasnya Pemuda boleh berbangga dengan apa yang berlaku. Makanya Pas memerlukan satu lagi show bagi memperlihatkan kepada rakyat Malaysia yang Pas kini dalam ladumam azam untuk memerintah negara ini.

Mungkin selepas ini Muslimat Pas boleh membuat himpunan yang sama. Kita mahu tengok pula sejauh mana komitmen muslimat Pas dan kesediaan mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk parti. Mungkin sukar bagi muslimat hendak menghimpunkan seramai itu kerana pergerakan wanita perlu dihadkan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi setidak-tidaknya muslimat harus menganjurkan himpunannya sendiri bagi mengembelingkan kekuatan.

Tegasnya apa yang tercipta di Kedah hari ini ia memberi semangat dan kekuatan baru kepada penyokong Pas di seluruh negara. Yang jelas kepada mata saya bahawa Pas semakin menghijau dan semakin subur. Dengan berkembangnya tunas-tunas baru yang ditunjukkan di Kedah hari ini Pas tidak akan 'kekasikan' untuk melahirkan sebarisan pemimpin yang dinamik untuk masa depan Pas. Pemuda adalah pemimpin masa depan. Kejayaan himpunan hari ini juga menunjukkan kewibawaan pemimpin Pemuda masa kini. Untuk itu segulung syabas dan tahniah kepada Nasruddin Hassan dan seluruh jawatankuasa.

Sekali lagi ditanyai, apakah dengan kekuatan para pemudanya Pas masih memerlukan pergantungan kepada rakan-rakan politik yang lain? Kita tidak mahu pemuda Pas menjadi kuda pada pilihan raya untuk ditunggangi oleh wazir-wazir yang tidak sehaluan dengan langkah dan nawaitu perjuangan kita. Biarlah pemuda menjadi kuda kepada mujahidinnya sendiri kerana seorang mujahidin sedia syahid dalam sangsaraan, mereka tidak tersilau kepada wang ringgit. Perkara ini rasanya perlu diberi perhatian sama oleh Pas

http://msomelayu.blogspot.com/


Bob Lokman Tengah Berapi Memberi Ucapan Semangat Kepada Para Pejuang PAS


Penyerahan Borang Keahlian PAS Kepada MB Negeri Kedah Darul Aman






Baca Seterusnya......

Sabtu, 19 Februari 2011

Tahniah kepada Pemuda PAS





19 Feb 2011 merupakan hari bersejarah bagi DPPN Kedah sebagai tuan rumah dapat mengendali HImpunan 30k dengan jayanya. DPP Kawasan Kubang Pasu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat mengerakkan jentera peringkat cawangan, UPU, dan MKK membawa Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu seramai 100 yang berdaftar ke Himpunan 30K. Ribuan kemaafan kepada pemuda yang tidak mendapat baju Himpunan 30K semasa pendaftaran.

DPPKKP menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya membuat perubahan dan Allah memberi kekuatan kepada kita semua. "Bob Lokman dah masuk PAS, tok imam di kampung dok tunggu apa lagi" Baca Seterusnya......

Contohi Pemudi Mesir lakukan Revolusi


'Aku salute Asmaa Mahfouz. Asmaa Mahfouz bersungguh-sungguh mencabar kelakian pemuda Mesir. Asmaa Mahfouz gadis berusia 26 tahun, gadis muda yang aktif dalam gerakan pembaharuan di Mesir. Serikandi ini terkenal dalam gerakan pro demokrasi pembebasan Mesir di dalam jaringan sosial. Asmaa adalah salah seorang pengemudi group “Gerakan Pemuda 6 April” di dalam facebook. Group ini di bentuk untuk menyokong pekerja buruh di El-Mahalla El-Kubra–pusat industri di utara kota Cairo semasa pekerja buruh mogok pada 6 April 2008.

Akibat terlalu aktif menentang kerajaan rejim Mubarak, seperti di Malaysia juga beliau tidak terlepas dari ugutan pemerintah rejim pro APCO Israel itu. Beliau dan keluarga menerima tekanan dari pemerintah rejim itu. Kerjaya Asmaa sebagai akauntan juga diragut oleh pemerintah. Akibat aktiviti politiknya itu, Majikannya Al-Shaimaa memecat Asmaa.

Dalam tempoh waktu 19 hari revolusi Mesir, Asmaa bertindak aktif menyuarakan gerakan pro demokrasi dalam laman sosial seperti Youtube, twitter dan facebook dalam usaha menjatuhkan diktator Mubarak. Usahanya menyuarakan suara demokrasi cukup berkesan sehingga pemerintah baru Mesir ingin berjumpa dengannya tetapi pelawaan itu ditolak Asmaa. Diharap rakan-rakan blogger pro Pakatan Rakyat dapat menjadikannya sumber inspirasi untuk berblogging lebih mantap dalam usaha menumbangkan kerajaan rejim UMNO BN.

Video Asmaa dimuat turun ke laman youtube pada 16 Januari mampu menggerakkan rakyat keluar rumah turun ke jalan raya. Dalam rakaman video itu Asmaa menceritakan tentang empat warga Mesir yang membakar dirinya sendiri sebagai bentuk protes terhadap kemiskinan, kelaparan, dan kezaliman yang dilakukan pemerintah. Ini satu idea yang baik untuk diaplikasikan di Malaysia. Awek-awek cun sekalian ayuh luahkan ketidakpuashatian anda terhadap kekejaman, kezaliman yang telah diperlakukan terhadap rakyat oleh UMNO BN di dalam laman sosial youtube. Pasti para pemuda bangun melawan. Bunyi macam lawak bodoh. Bodoh-bodoh pun ia adalah perkara yang serius bagi UMNO BN sehingga kerajaan rejim mahu memperluaskan akta mesin cetak meliputi facebook, twitter dan youtube. Semestinya individu seperti Asmaa adalah berbahaya kepada kerajaan bersifat diktator.

Sambung cerita awek cun si Asmaa tadi. Setelah video tersebut dimuat turun ke dalam youtube, Asmaa datang ke Dataran Tahrir secara bersendirian sambil memegang poster yang tertera nombor telefonnya dan mengajak mereka yang lalu lalang di Dataran Tahrir bergabung dengannya untuk protes tetapi hanya tiga pemuda sahaja bersamanya ketika itu. tetapi malangnya, seperti amalan negara-negara diperintah oleh rejim macam Malaysia juga, mereka berempat ditangkap oleh polis Mesir.

Setelah dilepaskan, Asmaa bertambah semangat dan menyeru rakyat turun protes. "Orang-orang yang mengorbankan dirinya sendiri ini (empat orang Mesir yang membakar diri) tidak takut mati. Tapi kita takut kepada pihak berkuasa. Bayangkan! Apakah Anda juga seperti itu?"

"Saya tidak akan membakar diri. Jika pihak berkuasa yang akan membakar saya, biarkan mereka datang dan melakukannya. Kalau Anda lelaki sejati, datang dan bergabunglah dengan saya pada tanggal 25 Januari." Asmaa betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir. Di Malaysia belum ada lagi awek mencabar kelakian pemuda Malaysia.

"Kalau ada kaum perempuan tidak ikut protes kerana mereka akan kena pukul, biarkan lelaki yang menunjukkan kehormatan dan martabatnya dengan bergabung dengan saya pada tanggal 25 Januari," demikian ajakan Asmaa dalam rekaman videonya. Betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir! ayuh awek Malaysia!

"Kehadiran Anda bersama kami akan membuat satu perubahan. Ajaklah jiran, teman dan keluarga untuk datang. Jangan hanya duduk di rumah dan menonton berita atau berfacebook yang hanya akan merendahkan kita."

"Jika anda lelaki terhormat, anda perlu datang, melindungi kami dan kaum perempuan semasa protes. Kalau anda hanya diam di rumah, anda akan merasa menyesal pada negara dan rakyat. Anda bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi pada kami di jalan ketika anda cuma duduk saja di rumah," ujar Asmaa. Salute Asmaa!

Ternyata warga Mesir bersemangat, puluhan ribu turun ke jalan raya pada 25 Januari. Dunia menyaksikan sebuah gerakan rakyat yang berubah menjadi revolusi Mesir. Malangnya di Malaysia, awek-awek di sini popular di youtube hanya dengan bakat nyanyian sahaja.

Hari-hari rakyat susah 2.0 (video Asmaa)
Baca Seterusnya......

Jumaat, 18 Februari 2011

JOM PAKAT P HIMPUNAN 30K (SABTU 19HB FEB 2011)

Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu menyeru semua pemuda yang berada di kawasan kubang Pasu untuk menyertai Himpunan Pemuda PAS 30K di Kompleks PAS Batu 9, Jln Kota Sarang Semut pada 19/2/11 (Sabtu)

Pendaftaran : 8 -9 pagi (RM10 seorang termasuk baju himpunan)
Peserta Kubang Pasu sila hubungi Sdr Zaki untuk pendaftaran : 0195704855 Baca Seterusnya......

Ahad, 13 Februari 2011

Sabtu, 12 Februari 2011

Ahmed Maher adalah salah seorang pengasas kepada Gerakan Pemuda 6 April.

Kaherah, Asharq Al-Awsat – Ahmed Maher adalah salah seorang pengasas kepada Gerakan Pemuda 6 April. Dia adalah koordinator utama dan pengarah kepada protes. Gerakan Pemuda 6 April bermula sebagai kumpulan Facebook Mesir (Egyption Facebook) pada 2008, yang menyokong para pekerja di bahagian utara bandar industri Mahalla al-Kubra dan menyeru diadakan piket pada 6 April tahun tersebut.

Gerakan protes ini yang disertai kebanyakkannya oleh golongan muda terpelajar Mesir, telah memainkan peranan yang semakin signifikan dalam protes yang sedang berlangsung di Mesir, memanfaatkan teknologi dan internet untuk menyebarkan mesej, dari Facebook kepada Twitter kepada Flickr.

Ahmed Maher, berusia 30, adalah seorang jurutera awam yang lulus dari Fakulti Teknik Kaherah pada tahun 2004, dan sekarang ini sedang mengambil Master dalam bidang Pengurusan Projek di Universiti Kaherah.

Ia juga salah seorang senior gerakan pemuda popular di Mesir, dan ahli kepada "Gabungan Revolusi Pemuda" yang dikatakan bertanggung jawab atas protes utama di Dataran Tahrir, Kaherah. Maher telah 4 tahun berkahwin dan mempunyai seorang putri berusia 3, dan tak sabar-sabar menunggu kelahiran anak kedua.

Dalam wawancara dengan Asharq Al-Awsat, Maher bercakap tentang persiapan untuk protes 25 Januari 2011, atau dikenali sebagai Mesir "Hari Kemarahan", serta cara-cara bagaimana gerakan protes berusaha untuk mengelakkan usaha pihak berkuasa untuk menghentikan demonstrasi, dan peserta demonstrasi Medan Tahrir Square bersungguh-sungguh untuk terus memprotes sehingga Presiden Mesir Hosni Mubarak berundur dari kekuasaan.

Berikut ini adalah teks lengkap wawancara:

[Asharq Al-Awsat] Anda bertanggung jawab atas apa yang telah digambarkan sebagai "bilik operasi" protes Mesir sebelum dan semasa protes "Hari Marah" 25 Januari , boleh anda ceritakan sedikit tentang apa ini sebenarnya?


[Maher] Saya ditubuhkan "bilik operasi" ini sekitar 15 hari awal sebelum protes, dan kita akan bertemu setiap hari untuk membincangkan butiran rutin termasuk mengadar liputan panggilan kita untuk protes yang berkaitan dengan laman internet, melihat data dan maklumat yang sedang diberikan kepada masyarakat, dan mempelajari mekanisma inovatif protes yang bertujuan untuk mengatasi kaedah yang selalu gunakan oleh pihak perkhidmatan keselamatan negara untuk mencegah demonstrasi dan protes.

Dua hari sebelum demonstrasi kami menerapkan modus baru operasi yang melihat aktivis yang dibahagi menjadi kumpulan-kumpulan yang berasingan, dengan masing-masing kelompok yang terdiri dari antara 30 dan 50 aktivis yang akan dihantar ke pusat dan tempat awam untuk menghasut protes sementara pemimpin setiap kumpulan hanya akan diberitahu mengenai lokasi yang tepat di mana protes dijadualkan untuk bermula ... pertemuan kumpulan di lokasi pra-pilihan sebelum protes bermula, dan kemudian membimbing kumpulan ini ke tempat pertemuan utama.

[Asharq Al-Awsat] Adakah semua ini rahsia kerana bimbang pasukan keselamatan mengesan kedudukan anda?

[Maher] Alasan utama kerahsiaan ini adalah kerana pengalaman kami sebelumnya dengan pasukan keselamatan dan kaedah-kaedah mereka untuk menggagalkan protes.

Tidak ada pelanggaran keselamatan, kami hanya cuba untuk lebih berhati-hati dari sebelum ini, kerana salah satu kaedah keselamatan untuk menggagalkan kami adalah dengan menangkap aktivis sehari sebelum protes.

Inilah sebabnya mengapa sebuah jawatankuasa kecil dibentuk, dengan hanya ahli jawatankuasa ini mengetahui butiran organisasi dari protes, terutama mengenai lokasi di mana protes dijadualkan akan bermula.

[Asharq Al-Awsat] Anda telah bertemu dengan Dr Ahmed Zewail [hadiah Mesir pemenang Hadiah Nobel Mesir] dan Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Musa. Boleh memberi tahu kami apa yang dibincang dalam pertemuan tersebut dan apakah Gerakan Pemuda April 6 bermaksud untuk menyokong mereka-mereka ini sebagai calon presiden?

[Maher] Tujuan dari pertemuan ini adalah untuk melihat kemungkinan mereka memainkan peranan dalam peristiwa terkini, tanpa melihat samaada kita akan menyokong mana-mana calon presiden tertentu atau tidak.

Semasa pertemuan kami dengan Amr Musa, kami mendapati dia berdepan dengan sesuatu permasalahan dengan cara yang sangat diplomatik - ini adalah sesuatu yang mungkin disebabkan oleh kedudukannya sebagai Setiausaha Liga Arab Jeneral - [namun] ini adalah cara yang sesuai dengan keadaan semasa, yang memerlukan banyak revolusi [kepercayaan], bukan diplomasi.

Manakala pertemuan kami dengan Dr Ahmed Zewail, kami percaya bahawa dia adalah yang paling dekat dengan sudut pandang dan keinginan kami saat ini, dan bahkan ketika dia mengadakan sidang akhbar ia berhati-hati untuk sengaja memisahkan sudut pandangnya dari sudut pandang para pendemonstrasi.

Hasilnya, kami percaya dia adalah salah satu tokoh yang paling penting dan kami menyokong pencalonan dirinya untuk menjadi anggota "dewan presiden" yang kita mencadangkan untuk mengatur urusan negara semasa proses peralihan.

[Asharq Al-Awsat] Adakah ini bermakna bahawa Gerakan Pemuda 6 April akan menjanjikan sokongannya kepada Dr Ahmed Zewail sebagai calon presiden pada pemilihan presiden akan datang?

[Maher] Masalah penyokong calon di pemilihan presiden diketepikan untuk saat ini, kerana ada keutamaan untuk tahap pertama saat ini yang harus dihadapi berkaitan dengan masa peralihan, dan kami akan mengkaji isu menyokong calon pemilihan presiden di akhir tempoh [peralihan] ni.

[Asharq Al-Awsat] Anda juga seorang anggota dari "Gabungan Revolusi Pemuda", boleh anda ceritakan lebih lanjut mengenai organisasi ini?

[Maher] Tujuan gabungan ini adalah untuk menguruskan semua aspek utama hal-hal di Tahrir Square, dari pembentukan jawatankuasa untuk memberikan makanan kepada pemprotes, untuk melihat kaedah meningkatkan protes, dan membincangkan tuntutan kami.

[Asharq Al-Awsat] Sehubungan dengan meningkatkan protes, adakah anda percaya bahawa rejim Mesir akan merespon permintaan utama anda, iaitu pengunduran diri Presiden Hosni Mubarak?

[Maher] Rejim Mesir mengerahkan segala usaha untuk tetap berkuasa, terutama kerana rejim ini bukan hanya sebuah rejim politik, ia juga merupakan pengelompokan pegawai dan pengusaha yang mengendalikan segala sesuatu dalam negeri, oleh kerana itu biasanya mereka akan membela kepentingan kewangan mereka selagi boleh. Namun kami tidak akan meninggalkan Tahrir Square sampai langkah Mubarak berundur, dan kami mempunyai kaedah baru meningkatkan aksi protes, dan kita telah mulakannya beberapa hari lepas, seperti menganjurkan beberapa protes di lokasi yang berbeza di luar Tahrir Square.

[Asharq Al-Awsat] Akhbar telah melaporkan tentang kemungkinan Presiden Mubarak mencari rawatan perubatan di luar negeri di Jerman, bagaimana ini mempengaruhi protes?

[Maher] Jika Mubarak pergi ke Jerman atau negara-negara lain, ini hanya akan meningkatkan kelajuan aksi protes.

[Asharq Al-Awsat] Apa pendapat anda tentang dialog yang dilakukan oleh Naib Presiden Mesir Omar Suleiman yang baru dilantik dengan [pembangkang] kuasa-kuasa politik?

[Maher] Masalah terbesar yang berkaitan dengan dialog dengan Omar Suleiman adalah bahawa dia membincang hal terpeinci sebelum membincang topik utama, kerana tidak ada gunanya berbincang tentang janji perubahan perlembagaan dan reformasi politik sebelum pengunduran Mubarak dan regimnya.

Saya tidak percaya dialog ini akan berhasil, untuk saat ini satu-satunya legitimasi adalah legitimasi revolusi popular yang telah mengenalpasti keperluan utamanya iaitu pengunduran sepenuhnya Hosni Mubarak dan regimnya.

Sumber: Asharq Al-Aswat Baca Seterusnya......

Jatuhnya Hosni Mubarak

Tanggal 11 Februari 2011 sejarah Mesir melakarkan kejatuhan sebuah kepmpinan yang penuh kekejaman terhadap pejuang gerakan Islam. Hosni Mubarak telah membunuh ratusan ulamak yang bangun menentang kerajaan beliau selama 30 tahun pemerintahan kuku besi. Kuasa orang muda dan ICT menyumbang kejatuhan Mubarak. Jadikan teori domino yang berlaku di Tunisia dan Mesir merebak ke Malaysia. Ayuh bangunkan jiwa yang tidur dengan semangat Syahid tegakkan Islam di Malaysia Baca Seterusnya......

Rabu, 9 Februari 2011

MAKLUMAN TERKINI

TAKLIMAT PRU 13
TARIKH :8 FEB 2011 (SELASA)
MASA : 9.00MLM - 12.00 MLM
TEMPAT : MARKAZ PAS CAWANGAN ALOR RAMBAI

PENCERAMAH :
1. YB UST FIRDAUS JAAFAR
PENGARAH PILIHANRAYA PEMUDA PAS PUSAT
AHLI PARLIMEN JERAI

2. YBHG. UST ABU KASIM B. ABDULLAH
PENGERUSI TETAP PAS PUSAT

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA BERSAMA PR
TARIKH :9 FEB 2011 (RABU)
MASA : 9.00MLM -12.00 MLM
TEMAPAT : DEWAN TO'KONG LENG HENG MEOW, JLN KELUBI, JITRA

PENCERAMAH :
1. YBHG. AHMAD FADZLI B. MOHAMED YEOP
PKR CABANG KUBANG PASU
2. YBHG. KOO CHU LIANG
PKR CABANG KANGAR
3. YB. LEE GUAN AIK
PENGERUSI DAP KEDAH/PERLIS
ADUN KOTA DARULAMAN(KEDAH)
4. YB. NASIR B. MUSTAFA
AHLI PERHUBUNGAN PAS KEDAH
ADUN KUBANG ROTAN (KEDAH)

JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR Baca Seterusnya......

Selasa, 1 Februari 2011

Himpunan Solidariti Ummah Jumaat Ini.

Ketua DPP Pusat

1.Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan seluruh Ngo antaranya ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain [ 71 Ngo ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lainnya akan menganjurkan satu himpunan besar - besaran iaitu :


Himpunan Solidariti Ummah pada hari Jumaat jam 2 petang [ 4 Feb 2011 ] di hadapan Kedutaan Amerika sebagai sekutu rapat kepada rejim Husni Mubarak .


2. Hari ini satu memorundum telah diserahkan kepada kedutaan Mesir tetapi malang pihak kedutaan enggan menerima memorundum kami dan akhirnya memorundum tersebut terpaksa dimasukkan kedalam peti surat kedutaan itu.


3. Saya mewakili seluruh pihak penganjur mengharapkan semua ummat prihatin tanpa mengira bangsa dan agama untuk hadhir menyatakan semangat solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Mesir yang kini sedang bangkit menuntut perubahan di negara mereka .


4. Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita.


5. Tempat berhimpun ialah di 2 lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan yang akan disuarakan oleh pimpinan - pimpinan kita seperti Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda sebelum berarak ke kedutaan Amerika.


Pertama : Isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.


Kedua : Isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita .


6. Berikut lampiran Memorundum Dewan Pemuda PAS Malaysia yang telah dihantar ke kedutaan Mesir:


MEMORANDUM DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
KEPADA KEDUTAAN MESIR DI MALAYSIA
BERHUBUNG PERGOLAKAN POLITIK DAN AGENDA REVOLUSI MESIR


31 JANUARI 2011
PERGOLAKAN POLITIK MESIR


Ekoran daripada kejatuhan rejim pemerintah Zein Al-Abidin di Tunisia, kebangkitan rakyat di Timur Tengah telah menjalar ke beberapa buah negara jiran yang lain antaranya Yaman, Oman, Algeria, Jordan dan termasuklah Mesir. Kami menjangkakan teori domino ini akan terus berantai sehingga memberikan kesan revolusi keadilan sedunia.


Melihat perkembangan pergolakan politik hari demi hari di Mesir, Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat situasi semakin kritikal apabila pihak pemerintah tidak mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan perkara pokok dan sebenarnya. Sebaliknya, melakukan pembantaian terhadap peserta demonstrasi seperti menembak dengan menggunakan gas, air dan pukulan terhadap mereka. Malah, lebih parah lagi apabila hubungan komunikasi melalui media baru dan telefon disekat untuk memadamkan kemaraan rakyat.


Jelas, sikap yang ditunjukkan ini telah mencabul hak asasi manusia dan memburukkan wajah demokrasi di Mesir. Berdasarkan pendedahan-pendedahan media antarabangsa, pihak berkuasa Mesir telah mengambil pendekatan kekerasan untuk mengawal dan meredakan keredaan. Walaubagaimanapun, desakan terhadap agenda reformasi, kestabilan, demokrasi dan kebebasan tetap menjadi agenda utama dan kami menyokong usaha tersebut.


PENDIRIAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa sokongan dan komitmen solidariti kebangkitan rakyat Mesir menentang regim autokratik Hosni Mubarak. Penentangan rakyat Mesir adalah manifestasi penolakan prinsip ketidakadilan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah sejak beberapa dekad yang lalu.


2. Kami juga mengucapkan tahniah khususnya kepada golongan muda yang berani dan aktif menyertai agenda revolusi bagi menuntut keadilan dan pembaharuan di Mesir. Malah, kami mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban mahupun tercedera dalam saingan revolusi ini.


3. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sebarang usaha ke arah pembubaran Parlimen Mesir dan penganjuran Pilihanraya Umum yang telus dan bersih. Pihak penganjur pilihanraya mestilah bebas daripada sebarang campur tangan parti politik disamping menjamin kebebasan media untuk melaporkan perkembangan dan hasrat rakyat kepada pengundi dan masyarakat luar.


4. Kami mengutuk sebarang bentuk keganasan dan kekasaran yang dilakukan terhadap peserta demonstrasi serta menuntut agar desakan mereka dilayan secara profesional dan adil. Ini termasuklah membebaskan kesemua tahanan peserta demonstrasi dan pengamal media kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.


5. Dewan Pemuda PAS Malaysia berdiri teguh bersama pihak-pihak di Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahankan kedaulatan negara, memperbaiki kestabilan politik dan ekonomi serta mengembalikan kesejahteraan rakyat.


6. Kami juga menolak sebarang bentuk pengaruh daripada Amerika Syarikat dan Israel dalam pembentukan polisi Mesir. Kami amat berharap agar pemerintahan baru Mesir dapat membantu negara umat Islam di Palestin secara konsisten dan menjadi asas kepada kesatuan negara-negara Arab di Timur Tengah.


Hasrat Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disuarakan melalui memorandum ini diharap dapat disampaikan kepada pihak-pihak simpatisan dan pejuang revolusi kebangkitan rakyat di Mesir.


Disediakan oleh,
Nasrudin Hasan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Baca Seterusnya......

Pengikut