Oleh Mohd Sayuti Omar
Pastinya sidang parlimen penggal ke-13 yang dijangka bersidang bulan depan tidak akan kalut dengan juahan dan bangkangan
membuta tuli dari beberapa bekas orang ahli parlimen yang dianggap
pengacau sidang dan sekaligus menjadikan parlimen riuh randah laksana
pasar ikan.
Orang seperti Inchek Ibrahim Ali, orang itu, bekas
MP Kulim ― Bandar Baru, Zaharain Hashim, Gobalakrishan atau Wee Chee
Keong adalah bekas ahli parlimen yang mahu menjadi hero dan alat
kepada UBN.
Mereka asalnya mewakili Pakatan Rakyat tetapi
separuh jalan “menungging punggung” kepada Pakatan Rakyat bahkan
membaling tahi kepada mereka yang berjasa dan berbudi kepada mereka
termasuk memberi laluan dan restu bertanding atas lambang parti. Apa
dilakukan mereka adalah untuk mengambil hati Najib Razak dan UBN agar
memberi sesuatu habuan kepada mereka. Mereka ini adalah orang-orang
yang boleh “diciskan”. Mereka bukan saja tidak ada moral politik tetapi
sebenarnya tidak pernah menghormati demokrasi dan amanah rakyat kepada
mereka. Cis 44 kali.
Ada yang juga yang terpaksa berpaling tadah
kerana dikejar jenayah yang mereka lakukan sendiri. Jadi untuk
menyelamatkan diri mereka sanggup menjilat ludah dan “menggetel telor”
pemimpin UBN. Ada juga yang sanggup menggunting lidah sendiri di
akhirat besok semata-mata untuk mempertahkan kedudukan sebagai ahli
parlimen. Sidang parlimen kali ini tanpa mereka. Mereka semua kalah
dalam pilihan raya lalu atau tidak diberi peluang bertanding langsung.
Inchek Ibrahim Ali yang kononnya bisanya sampai ke telinga, dihumban
pengundi Pasir Mas, kalah sehinggakan makan pasir kepada lawan yang
dianggap sebagai “anak kera Pulau Melaka” dengan kekurang undi sebanyak
8,047.
Selain bekas-bekas MP cabuk itu sudah tidak ada lagi di
dewan, beberapa MP Umno mulut berus dan cakap besar juga sudah tidak
ada lagi. Dari Umno Abdul Aziz Mohamad wakil Seri Gading, Johor sudah
tidak ada. Tajuddin Rahman pula yang sering menunjukkan muka bengis dan
hidung “bercengik” juga tidak akan galak lagi kerana beliau dinaikkan
pangkat menjadi timbalan menteri. Begitu juga Rahman Dahlan yang
dijadikan peluru untuk serang Anwar Ibrahim tidak akan dapat dijadikan
bullet lagi kerana dia dinaikan pangkat menjadi menteri. Kedudukan itu
agak canggung untuk mereka bertindak menjadi penjerkah atau pengampu
yang penuh lemak dan perut labuh di parlimen.
Yang ada hanya Bung Mokhtar Radin dari Kanabatangan Sabah.
Mungkin
kehilangan mereka itu kita tidak terasa bahkan mujur. Mudah-mudahan
sidang parlimen tanpa mereka tidak akan jadi kalut dan membentuk
parlimen menjadi sarkas. Mudah-mudahan parlimen akan datang benar-benar
terjaga akan kemuliaanya. Tetapi ketiadaan orang-orang seperti
Sallahuddin Ayub, Saifuddin Abdullah, Saifuddin Nasation Ismail, Azan
Ismail menjadikan sidang kali ini kurang bertenaga. Kita tidak dapat
mendengar lagi perbahasan mereka yang sarat dengan fakta dan berkualiti
dan senantiasa dinanti-nanti oleh pegawai kerajaan dan pengikut sidang
parlimen.
Ketiga-tiga mereka tews dalam pilihan raya lalu.
Salahuddin yang sebelum ini menjadi anggota parlimen Kubang Kerian,
Kelantan tewas di parlimen Pulai, Johor. Manakala Saifuddin Nasution
Ismail bekas anggota Parlimen Machang pula tewas di Kulim ― Bandar
Baru. Begitu juga Azan Ismail yang tidak lagi bertanding di kerusi
parlimen, berpindah ke kerusi state Terengganu, menang.
Sayang
sekali. Tetapi apa boleh buat, semua terletak ditangan pengundi.
Pengundilah yang menentukan apakah mereka masuk atau tidak ke parlimen.
Betapa pun mereka diperlukan untuk menjadi pembahas dan kritikus
parlimen yang baik tetapi kerana kehebatan mereka itu tidak dinilai
pengundi, maka mereka tertinggal. Kekalahan mereka sedikit sebanyak
menghilangkan keceriaan parlimen kali ini.
Bagaimana pun kata
orang, yang hilang akan berganti, yang patah akan tumbuh. Ketiadaan
mereka pasti akan berganti. Beberapa muka baru yanhg mulai melangkah ke
perlimen sebagai anggota dewan diharap dapat menyambung tugasan dan
tanggungjawab kekawan mereka yang tiada dalam dewan. Kehangatan dewan
dengan suara mereka yang membawa suara dan aspirasi rakyat akan dapat
diteruskan oleh muka-muka baru.
Antara muka baru yang dirasakan
akan menjadi ahli parlimen berwibawa ialah Mohd Rafizi Ramli (Padan),
Hanifa Maidin (Sepang) Takiyuddin Hassan (Kota Baru), Idris Jauzi (Batu
Pahat), Idris Ahmad (Bukit Gantang) dan juga Shamsul Md Akin (Bukit
Katil). Kebetulan kesemua mereka adalah profesional. Rafizi merupakan
pengarah Strategfi PKR kelulusan sebagai akauntan yang banyak
mendedahkan isu penyelewengan UBN. Salah satu isu yang sebati dengan
Rafizi ialah pendedahan projek NFC.
Idris Jauzi bekas pegawai
kerajaan begitu juga Idris Ahmad bekas pensyarah dan pendakwah. Kedua
mereka banyak pengalaman. Manakala Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul
Iskandar pula ketika-tika mereka adalah peguam yang berpengalaman.
Teruyamanya
Takiyuddin bekas anggota Exco Kelantan akan menggunakan pengalamannya
sebagai anggota Exco untuk berhujah dan membawa idea-idea baru di
parlimen. Sebagai peguam sudah tentu Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul
akan menegakkan keadilan dan kebenaran di parlimen. Mereka akan menjadi
pengkirtik berwibawa terhadap mana-mana tindak tanduk kerajaan yang
tergelecah dari perundangan dan perlembagaan.
Sudah tentu
kehilangan Sallahuddin, Saifuddin Nasution dan Azan akan diganti oleh
mereka. Mereka yang baru ini akan memperkuatkan barisan pembangkang
dengan ahli parlimen yang sedia ada seperti Mohamed Azmin Ali, Mahfuz
Omar, Tony Pua, Tian Chua, Nurul Izzah dan lain-lain. Sudah pasti Nurul
Izzah yang menang menewaskan menteri akan menjadi heroin di parlimen.
Selain
mereka berlima terdapat beberapa muka baru yang lain. Mereka ialah Nik
Mohamad Abduh Nik Aziz, (Pasir Mas) Marzub Shaari (Bachok) dan juga
Nasdaruddin Hassan. (Temerloh). Kebetulan mereka adalah dari Dewan
Pemuda PAS. Mereka sudah dikenali sebagai penceramah dan da”i di dalam
PAS tetapi kewibawana mereka sebanarnya akan diuji di dalam parlimen.
Apakah
mereka akan hadir ke parlimen setakat mendengar dan angguk, ataupun
membaca beberapa hadith dan ayat-ayat Quran untuk mematahkan hujah
pihak kerajaan dari konteks agama? Atau mengemukakan pandangan
berupakan konsep atau pun idea-idea progresif dari akar Islam untuk
membangun agama dan negara?
Kita berharap mereka bukan beretorik
atau pun sekadar memberi ingatan dan pesan agar solat, jangan
tinggalkan puasa ataupun sekadar menceritakan hikmah dan filsafah Haji
dan Umrah ataupun membentangkan kehebatan syaksiyah para Rasul dan Umur
Ibnu Aziz seperti di pentas-pentas ceramah fardu ain atau kuliah
Maghrib. Kita mahu mendengar apakah pandangan mereka untuk
membaik-pulih pentadbiran negara, ataupun lebih diharapkan mengemukakan
formula konkrit ke arah perpaduan sejagat. Hujah dan idea mereka untuk
mengatasi masalah sosial juga diperlukan. Dalam masa sama, apakah
mereka dapat bertindak menjadi pembangkang yang bijak dan kreatif.
Lain-lain
muka baru seperti Dr Izani Hussein dari Pengkalan Chepa, atau Wan
Hassan dari Dungun Terengganu dan lain-lain juga diharap jangan setakat
mengambil bahagian sekadar mengemukakan soalan bertulis tetapi yang
lebih diharap akan mengemukakan soalan tambahan yang boleh
menggoncangkan pihak kerajaan.
Sama-sama kita tunggu dan ambil perhatian atas apa yang saya perkatakan ini.
Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini
Ahad, 19 Mei 2013
Jaguh-jaguh perdebatan baru di Parlimen
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan