Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Sabtu, 28 Februari 2009

Siapa Exco Kedah derhakai Raja?

Oleh Zulkifli Yahaya

Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat muncul bersama gerombolan ‘nangoi-nangoi’ Umno umum akan membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah kononnya Exco tersebut menghina Sultan.


Ia berdasarkan surat layang yang mendakwa Exco tersebut menghina Sultan. Begitulah rendahnya mutu berfikir Pemuda Umno, membuat dakwaan berasaskan surat layang.


Jika polis dibenar untuk dibebankan menyiasat isi kandungan surat layang maka eloklah semua surat layang perihal kebejatan pemimpin yang tersebar luas waktu pilihanraya umum dan sewaktu pemilihan Umno sekarang ini dirujukkan ke balai polis. Terpaksalah pula polis mewujudkan sebuah unit khas untuk menyiasat surat layang

Apa yang dilakukan oleh Haris dan gerombolannya adalah senario semasa yang sedang melanda Umno di seluruh negara iaitu wabak ‘report polis’. Atas pelbagai isu, pemimpin dan ahli Umno berulang-alik ke balai polis di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.

Secara bergurau seorang sahabat berkata, “Dulu, masa jadi kerajaan Umno sibuk dok hurung projek, bila jadi pembangkang sibuk hurung balai polis, aku ingat simbol keris pada Umno patut diganti dengan simbol balai polis.”

Kebetulannya isu derhaka yang dicetuskan oleh Pemuda Umno Kedah itu berlaku sehari selepas calon Timbalan Presiden Umno, Dato’ Ali Rustam mencetuskan kontroversi dengan mengadakan ‘ceramah politik’ di hadapan Tuanku Sultan Kedah dalam majlis Pelancaran Buku Semangat Keris Melayu. Agak memalukan kerana dia hadir berucap sebagai Presiden Dunia Melayu Dunia Islam, tetapi memberi ucapan seolah-olah berkempen untuk memenangi jawatan penting dalam Umno. Apabila Ali berucap di hadapan Sultan Kedah yang terkenal sebagai seorang raja yang bersikap adil terhadap rakyatnya, maka ucapannya jadi sumbang serta tidak disenangi oleh ramai hadirin.

Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ismail Salleh yang turut hadir mewakili Menteri Besar antara yang tidak senang dengan ucapan Naib Presiden Umno itu lalu membidas, “Memang realiti semasa dalam Umno menunjukkan bahawa Ali telah ketinggalan dari segi sokongan terhadapnya, tapi amat tidak wajar untuk dia ‘meracau’ dalam program seperti ini untuk menaikkan saham dirinya.”

Di samping menyiarkan kecaman Dr. Ismail dalam laman web Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, saya turut menyiarkan petikan tulisan Mohd Fadli Ghani perihal perderhakaan Presiden Umno yang pertama, Dato’ Onn Jaafar terhadap Sultan Kedah iaitu Tunku Badlishah ayahanda kepada Sultan Abdul Halim yang memerintah Kedah sekarang.

Fadli menulis, “Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah (Tunku Badlishah) dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union.

“Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Presiden Umno, Dato’ Onn sekali lagi menderhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan.

“Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato’ Onn menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

“Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai ‘kacang lupakan kulit’ dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949.”

Rupanya, kisah sejarah yang disiarkan dalam laman web rasmi Urusetia Penerangan itu mendapat sambutan sangat baik dari pembaca. Mereka mencadangkan supaya catatan perderhakaan Umno disenarai dan disebarkan seluas-luasnya. Biar mereka tahu dalam catatan sejarah Umnolah yang paling banyak menderhakai Sultan.

Haris Che Mat dan para Pemuda Umno masih di alam kanak-kanak sewaktu Dr. Mahathir dan Umno mengadakan road show ke seluruh negara pada tahun 1983 bagi meminda perlembagaan untuk membuang kuasa raja-raja. Mereka tidak tahu perihal Tengku Ibrahim ‘ditabalkan sebagai Sultan Kelantan’ oleh Umno setelah BN kalah kesemua kerusi di Kelantan pada pilihnraya umum ke lapan. Mereka masih ‘kanyak’ untuk memahami tindakan Umno meminda perlembagaan pada tahun 1993 bagi membuang kuasa raja-raja. Ia didahului dengan perang saraf yang bertalu-talu oleh media talibarut BN mendedahkan keaiban raja-raja Melayu. Berminggu-minggu pihak istana dilondehkan.

Sultan Kedah antara yang teruk diaibkan. Almarhum Dato’ Fadzil Noor antara tokoh yang lantang menentang tindakan biadap Umno terhadap raja-raja. Ke mana Sultan Kedah pergi, orang PAS datang berpusu-pusu bertemu baginda. Dalam satu majlis di Masjid Zahir, Alor Setar, keberangkatan baginda disambut ribuan penyokong PAS dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku. Baginda sampai menitiskan air mata terharu. Sebab itulah tidak pelik jika Ustaz Fadzil satu-satunya tokoh yang menerima anugerah Dato’ sewaktu menjadi pembangkang.

Hari ini jika isu derhaka diputarkan oleh piring hitam karat Umno, ia hanya mampu membakar semangat Pemuda dan Puteri Umno yang tidak pernah menelek kitab sejarah. Veteran Umno yang jujur dan tidak memutarbelitkan peristiwa lalu seperti Tengku Razaleigh dan Tun Dr. Mahathir, setakat ini masih berani bercakap benar sekalipun terdapat ramai pemimpin Umno yang berpura-pura lupa. Melayu Umno mungkin mudah lupa, tetapi sejarah tidak pernah berbohong.
Baca Seterusnya......

PAS Jangan Khianati Pakatan Rakyat

Oleh Rahim Kassim

Dalam kecelaruan Pakatan Rakyat berdepan dengan tindakan membabi buta Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri seperti Perak, Kedah dan Selangor, terdapat pula "tangan-tangan cabuk" dari anggota Pakatan Rakyat cuba bermain silap mata untuk menarih menafaat dari kemelut tersebut.

Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, mengingatkan ahli-ahli PAS dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily, mengingatkan supaya ahli-ahli PAS jangan cuba menjadi tangan-tangan ghaib BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR).


Begitu juga kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam ucapan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, yang juga disiarkan dalam Harakahdaily menyatakan, "ikatan Pakatan Rakyat cukup padu tetapi cuba dirungkai oleh sekumpulan pihak yang mempunyai kepentingan politik murahan".


Bakaq Hak, dalam blognya http://penarikbeca.blogspot.com/ telah menulis, "Bau busuk dari Selangor", membayangkan adanya konspirasi itu tetapi tidak menyatakan dengan jelas. Saya pun hairan juga, kenapa Bakaq menulis perkara itu secara selindung dan berkias-kias. Biasanya Bakaq, kalau bab-bab macam ini, dia "tibai" cukup-cukup.


Bagaimanapun tulisan dalam www.malaysiawave.com/ telah melakarkan dengan jelas dan terang bahawa terdapat dikalangan pimpinan PAS Selangor yang jadi anggota Dewan Undangan Negeri, sedang memasang angan-angan untuk menggantikan tempat Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, sekiranya dakwaan SPRM itu lekat.


Tidak cukup dengan pasang angan-angan, mereka lambakkan nafsu busuk itu dalam satu kenyataan resmi yang dikeluarkan oleh PAS Selangor. Mereka menyatakan simpati yang amat sangat terhadap musibah yang menimpa Tan Sri Khalid akibat laporan SPRM itu. Seolah-olah nampak macam betul-betul Tan Sri Khalid akan tersingkir dari jawatan Menteri Besar; sedangkan mereka itu semua tahu bahawa tindakan SPRM itu tidak lebih dari peluru kosong yang ditembak oleh UMNO dan BN.


Masa saya baca kenyataan PAS Selangor itu, yang disiarkan dalam satu halaman blog (saya lupa nama blog itu), saya tutup muka saya kerana malu membacanya.


Saya tidak tahu apalah perasaan orang yang mengeluarkan kenyataan itu? Lebih-lebih lagi bila Baginda Sultan Selangor telah mengeluarkan kenyataan yang tidak menampakkan menyalahkan Tan Sri Khalid dalam kes tersebut.


Dalam perkara ini bukan sahaja soal malu dan aib yang timbul bila perancangan telah terbongkar, tetapi yang paling utama ialah soal "khianat". Kalaulah benar seperti yang didakwa oleh Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor, ahli-ahli PAS jangan jadi tangan ghaib untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat, perkara ini harus diambil peduli secara serius oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama pimpinan PAS.


Ini melibatkan soal maruah PAS. PAS setakat ini dipandang tinggi oleh masyarakat kerana tidak terlibat dalam hal-hal yang memburu kepentingan diri. PAS harus bertindak segera untuk mentiadakan pemimpin-pemimpin yang besifat sedemikian.


Sebelum ini saya juga ada menulis, PAS bebas untuk berkerjasama dengan siapa sahaja yang difikirkannya boleh membawa kebaikan kepada Islam. Tetapi membuat khianat terhadap ikatan yang telah dipersetujui, adalah satu perbuatan yang sangat jahat

Baca Seterusnya......

Arah Pemuda PAS hadir 'Himpunan Bantah PPSMI' 7 Mac ini

Oleh Salmiyah Harun

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda-pemuda seluruh negara untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI pada 7 Mac, Sabtu nanti.

Katanya, ahli yang mengaku mereka adalah pemuda PAS haruslah memastikan kehadiran mereka sebagai komitmen terhadap perjuangan mengembalikan serta memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar PPSMI.

"Kita juga akan memastikan pemuda-pemuda PAS negeri dan kawasan supaya hadir dan menyertai perhimpunan membantah PPSMI itu nanti," katanya semasa dihubungi.

Malah, katanya, antara usaha Pemuda PAS menyokong himpunan 100,000 yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) iaitu mengadakan 'road show' seluruh negara sebagai penerangan jelas kepada rakyat bawaha dasar itu tidak boleh diteruskan.

Salahuddin juga memberi jaminan, kekecohan tidak mungkin akan berlaku jika tidak ada provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya jamin perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan mereka yang datang tidak akan buat kacau melainkan ada pihak yang sengaja melakukan provokasi," katanya.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr Hassan Ahmad yang dianggotai kumpulan NGO, sayap-sayap Pemuda PAS dan KeADILan akan menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Agong.- azm/mks.



Baca Seterusnya......

Kitar Semula Plastik Dan Orang Politik

Oleh A Kadir Jasin

KITAR semula tidak begitu berleluasa di Malaysia. Kempen-kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kurang mendapat sambutan.

Banyak pusat kitar semula terbengkalai dan dipenuhi sampah sarap. Sifat pengotor dan tidak disiplin rakyat Malaysia menyebabkan botol dan beg plastik serta tin aluminium bersepah di merata tempat.

Majoriti rakyat Malaysia Muslim. Islam mengajar umatnya bersih, berdisiplin dan beradab. Tetapi kedai dan gerai makan milik orang Islam jarang mengutamakan kebersihan.

Di Terengganu, saya terbaca papan tanda berbunyi “kebersihan sebahagian daripada iman”. Tetapi tandas di banyak masjid dan surau kotor sehingga kita tidak tergamak menggunakannya.
Kitar semula bahan-bahan buangan baik untuk alam sekitar dan boleh membantu menjaga kebersihan di samping memberikan pendapatan tambahan. Jadi kita perlu meneruskan kempen kesedaran alam sekitar, kebersihan dan kitar semula ini.

Tetapi kitar semula yang tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan adalah kitar semula orang politik atau orang pentadbiran awam.

Kalau diperlukan pun, biarlah kitar semula setakat untuk menjadi penasihat, ahli nujum, pawang buaya dan penghalau hantu raya sahaja. Jadi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tak payahlah.

Ketika saya membesar di pinggir Sungai Pendang pada tahun 1950-an, buaya masih banyak. Justeru itu, pawang buaya atau sesiapa saja yang memperkenalkan diri sebagai pawang buaya pasti dihormati.

Satu kepercayaan orang kampung mengenai buaya ialah jangan sekali-kali membasuh kelambu dalam sungai. Kononnya buaya cukup marah kelambu dibasuh di dalam sungainya. Agaknya bau manusia pada kelambu mudah dikesan oleh buaya.

Berbalik kepada kitar semula, jenis kitar semula yang kita tidak mahu adalah kitar semula untuk menjadi peneraju parti politik atau Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan jawatan-jawatan seumpamanya.

Ada orang kata ramai calon Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan bulan depan adalah calon kitar semula. Kalau kitar semula emas atau tembaga tak apalah. Tapi kalau setakat plastik dan botol buruk tu tak payahlah kot.

Saya ada seorang member teh tarik di Raju yang bergiat dalam industri kitar semula. Dia budak muda Melayu berkelulusan kejuruteraan. Katanya dia lebih banyak kitar semula tembaga dan logam-logam yang bernilai tinggi.

Baru-baru ini dia rugi besar. Harga besi buruh merudum daripada RM1,800 setan kepada RM800 dan tembaga daripada RM27 sekilogram kepada RM11.50. Sekarang dia buat eksperimen bela ayam turki di Bukit Gantang, Perak.

Saya tidak berani hendak kata calon kitar semula Umno itu daripada jenis plastik, kaca, aluminium, besi waja, tembaga atau emas. Papan litar komputer (printed circuit board) kalau dilebur boleh menghasilkan emas.

Kita semua tahu antara calon MT Umno tu ada bekas Menteri, bekas Ketua Menteri dan Menteri Besar, bekas Menteri Besar yang dikitar semula menjadi Menteri, Menteri Besar yang hilang negeri dan banyak jenis mantan lagi.

Rasa-rasanyalah banyak yang sudah tidak boleh digilap dan digunakan semula. Pakailah banyak mana Brasso pun tidak bersih dan berkilat lagi. Orang kampung kata dah lebam. Sudah sampai masa dilebur atau dimasukkan ke dalam loji pelupusan sebagai bahan bakar.

Dalam itu pun, elok juga kita berhati-hati bila membuang barang-barang lama. Sekarang barang-barang lama yang tergolong dalam kategori antik sangat berharga.

Di rumah ayah dan emak saya ada sebuah katil besi pusaka yang sudah berusia hampir 100 tahun. Bila digilap dengan Brasso masih berkilat. Tapi kalau digunakan dengan lasak, ia berbunyi sana sini. Maklumlah katil lama. Nak kurangkan bunyi, jangan tidur lasak atau selalu masukkan pada celah-celah penyambungnya minyak pelicin Singer.
Brasso untuk mengilat logam

Saya rasa setelah melihat apa yang terjadi kepada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional selepas persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, parti-parti seperti Pas dan DAP tidak akan tergesa-gesa membersarakan veteran mereka macam Nik Abdul Aziz Nik Mat (78 tahun), Lim Kit Siang (68) dan Karpal Singh (67).

Orang tua kita kena hormat. Jadi saya tidak setujulah orang tua cacat macam Karpal dikasari apatah lagi di Parlimen.

Maaf cakaplah orang kita, khasnya yang muda-muda tu, nampaknya tidaklah matang seperti yang didakwa.

Harap-haraplah Parlimen kita tidak jadi macam Parlimen Taiwan di mana mereka nampaknya lebih kerap bertinju dan berkuntau daripada berdebat secara waras dan bijaksana.

Akhir kalam, sokonglah kempen kitar semula bahan-bahan buangan, terutamanya plastik. Plastik amat buruk kepada alam sekitar. Saya harap dalam masa terdekat ini kita

Baca Seterusnya......

Selasa, 24 Februari 2009

Umno Menanti Di Talqinkan !

Oleh Suhaimi Taib

Umno sudah kehabisan modal untuk beretorik dengan rakyat di saat dunia dilanda krisis ekonomi yang teruk.

Mewujud kemelut politik di Perak dan menyerang wakil rakyat Pakatan Rakyat secara peribadi dengan membongkar kehidupan peribadi mereka antara satu cara mengalihkan perhatian rakyat kepada isu sebenar parti itu.

Sebenarnya Umno sudah berada di penghujung jalan mati berhadapan dengan lubang puaka yang dalam.

Umno menunggu masa untuk dihumbankan dalam lubang itu oleh rakyat. Apabila Umno berhadapan dengan keadaan demikian, parti itu akan dan sedang berusaha dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara kejam dan jahat untuk menarik simpati rakyat mendokong semula parti itu dengan tindakan seumpama itu.

Perjuangan untuk mempertahankan Melayu, Raja-raja Melayu, ekonomi orang Melayu dan apa-apa lagi berkaitan dengan Melayu sudah lama gagal di telan zaman.

Sejarah membuktikan orang-orang Melayu tidak kedepan dalam semua aspek berbanding dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Kayu pengukur kekuatan orang Melayu hanyalah apabila Umno cuba menjadikan dirinya sebagai parti dominan dan berkuasa di negara ini tetapi parti itu tidak akan kekal selama-lamanya begitu selepas ini apabila semua bangsa bersatu menolak Umno.

Percikan kemaraan bangsa Malaysia menolak Umno atau Barisan Nasional (BN) sudah membara sejak pilihan raya umum ke 12, 8 Mac 2008, diikuti pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini.

'Mood' ini suatu perkembangan positif kepada negara Malaysia untuk melihat kehidupan politik, sosial dan ekonomi negara diterjemahkan dan digambarkan pada tahap realistik sebenarnya bukan hanya retorik dan propaganda sebagaimana dipersembahkan Umno/BN selama ini.

Dan 'mood' inilah yang mahu dihentikan Umno.

Justeru, rakyat perlu diberi kesedaran pada tahap manakah kedudukan politik, sosial dan ekonomi mereka dewasa ini dan apakah sumbangan mereka untuk memperbetulkan perjalanannya sehingga impaknya rakyat merasai keadilan, kemakmuran, keseimbangan hidup yang sebenarnya.

Umno/BN sebelum ini telah menutup kelemahan politik, sosial dan ekonomi negara kepada umum demi menyelamatkan kuasanya sebagai peguasa tetapi dengan adanya media bebas seperti blog dan internet, pekong Umno tidak berupaya lagi dibendung.

Inilah peluang rakyat dan suaranya berkumandang tetapi mesti sentiasa berpihak kepada kebenaran untuk mempastikan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini melalui peralihan kuasa dari Umno/BN kepada Pakatan Rakyat.

Rakyat perlu mengambil kira undang-undang dalam membuat pertimbangan sewajarnya untuk perubahan kuasa itu di samping rakyat perlu juga memperbetulkan undang-undang yang tidak adil melalui wakil mereka di parlimen dan dewan undangan negeri apabila mereka memperolehi kuasa dari Umno tidak lama lagi.

Bagaimanapun kuasa rakyat jangan sekali-kali dibenarkan berada lebih tinggi dari kuasa Tuhan kerana inilah apa yang dinamakan mengerakkan negara ke arah sebuah negara sosialis kerana sosialis mengajar suara rakyat lebih tinggi dari kuasa Tuhan.

Dalam erti kata lain semua aspek perlu dilihat dari sudut kebenaran dan kebenaran sebenarnya terkandung dalam al-Quran yang tidak pernah tercabar dan tergugat kebenarannya dari dahulu sehingga hari kiamat.

Beginilah penilaian yang perlu dibuat oleh rakyat, melihat pergolakan dalaman negara dewasa ini.
Baca Seterusnya......

Nasib YB Si Katak Lompat -Jamaluddin

Oleh Ketua Penerangan DPPKP

Pada ketika penulis balik kampung (DUN Pasir Panjang) baru-baru ini, setelah sekian lama melihat dari jauh suasana yang berlaku di Perak, terasa akan suatu perubahan yang besar dalam suasana politik Perak. Inilah yang mungkin dikatakan 'rahmat disebalik dugaan' yang Allah turunkan. Kalau dulu di kedai-kedai kopi, warung-warung waima kedai-kedai makan semuanya akan berbual perkara-perkara yang kurang berfaedah atau hanya berbual kosong.

Namun apa yang berlaku kini, kebanyakan 'penghuni-penghuni' tetap warung-warung dan kedai-kedai kopi ini akan bercakap berkisar apa yang berlaku terutamanya tentang Politik Perak.

Bercakap soal Perlembagaan Nagara, Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan ntah apa-apa perlembagaan lagi yang menjadi topik perbincangan mereka. Ada diantaranya yang tak pernah tahu dan dengar pun apa itu perlembagan-perlembagaan tersebut. Namun atas apa yang berlaku pada ketika ini, secara tak langsung mereka menjadi arif soal Perlembagaan Negeri terutamanya Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Inilah yang dikatakan pertolongan Allah, selama ini terutamanya para pemimpin Pakatan Rakyat cuba menerangkan kepada rakyat apakah kerosakan-kerosakan yang telah dilakukan oleh pimpinan UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun mereka memerintah Malaysia khususnya di Negeri Perak.

Berbalik kepada cerita si Jamaludddin lompat ni, baru-baru ni penulis terserempak dengan salah seorang kawan yang tinggal di dalam DUN Behrang.

Mengikut ceritanya, sejak bermulanya krisis politik di Perak, para penduduk di DUN Behrang tertungu-tunggu kepulangan Jamaluddin lompat ni. Maklumla orang dah terlebih popular. Asyik keluar surat khabar aje, bila pulak nak jengok kawasan kan. Namun demikian, dari cerita yang penulis dengar, kebanyakan para penduduk Behrang menunggu kepulangan Adun lompat mereka ini dengan perasaan marah.

Agak-agaknyalah dengan apa ye penduduk Behrang ni tunggu Adun lompat mereka ni? karpet merah? (agak-agaknya lah). Tapi yag penulis takutkan ada dari kalangan pendudk DUN Behrang ni yang tunggu kepulangan si lompat ni dengan parang panjang. Inilah akibatnya kalau ikut kemahuan syaitan dan utamakan nafsu berbanding tanggungjawab yang perlu dipikul. Kalau takutkan manusia lebih pada takutkan Allah dan adakalanya tak takut Allah langsung inilah yang mereka hadapi. Nauzubillah. Semoga keluarga mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Insya Allah.

Inilah yang dikatakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat, jangan mengharap sesuatu yang terlalu manis dalam perjuangan ini. Ini adalah kerana kebenaran memang amat berat untuk ditegakkan. Rasulullah juga menghadapi perkara yang sama sewaktu berdakwah ke ta`if. Semua lebih maklum berkaitan sirah tersebut. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Melihat kepada senario yang berlaku terhadap si Jamaluddin lompat ni, maka dapat diandaikan bagaimanakah nasib 3 ekor katak yang lain. yang tentunya mengalami nasib yang sama. YB Yee misalnya masih gagal dikesan, Datuk Nasharudin juga tidak kelihatan dikawasan beliau (Bota) begitu juga dengan Osman jailu yang tak nampak di Changkat Jering.

Menurut cerita sahabat penulis lagi, jika selepas PRU 12 yang lalu YB Jamaluddin menjadi wira kepada tanah air beliau (Felda Behrang). Senario yang akan berlaku bagi kebanyakan wakil-wakil rakyat yang baharu menjadi wakil rakyat

Baca Seterusnya......

Isnin, 23 Februari 2009

Lucu Dan Kelakar Kata Umno

Oleh Wan Hamidi Hamid

Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak, melalui rampasan kuasa pada 4 Februari lalu, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah menasihatkan rakyat supaya tidak mengadakan demonstrasi jalanan untuk meluahkan perasaan dan rasa marah.

Sebagai pemimpin negeri Umno dan Barisan Nasional yang tewas dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu, beliau mengajak rakyat Malaysia di Perak supaya menyelesaikan masalah melalui perbincangan atau saluran mahkamah.

"Jika ada ruang perundangan bagi menyelesaikan apa-apa ketidakpuasan hati, gunakanlah ruang perundangan itu untuk menyelesaikan apa-apa jua masalah," katanya kepada pemberita pada 7 Februari lalu.

Mungkin atas nasihatnya, Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah mengemukakan permohonan di mahkamah untuk mengisytiharkan perlantikan Zambry sebagai tidak sah.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar yang dilantik oleh DUN yang dibentuk selepas kemenangan sah Pakatan Rakyat tahun lalu turut menggunakan peraturan yang sah untuk merujuk Zambry dan enam Exco kerajaan negeri baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN semalam.

Keputusan Sivakumar mengejutkan banyak pihak. Beliau telah menggantung Zambry dari menghadiri sidang DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco selama 12 bulan atas alasan wujud kes prima facie terhadap mereka.

Menurut laporan media, Sivakumar menjelaskan: "Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan (Rabu)."

Menurut sumber-sumber Pakatan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak mempunyai hak untuk bertindak terhadap mana-mana Adun yang diputuskan telah melanggar peraturan tetap dan undang-undang tubuh kerajaan negeri, sama ada di dalam atau di luar DUN.

Tergamam Zambry dibuatnya kerana hujung minggu lalu beliau telah pun dipetik sebagai berkata: "Ini sungguh melucukan dan saya pun tak tahu semuanya ini tentang apa," walau pun beliau bersama enam Exconya tetap menghadiri mesyuarat khas itu semalam bagi memberi keterangan di hadapan Speaker DUN.

Sehari sebelum itu, Zambry telah memberitahu pemberita di Ipoh bahawa DUN Perak di bawah pimpinannya akan memilih Speaker baru yang akan ditentukan mengikut peraturan negeri.

"Buat masa ini, dia (Sivakumar) masih lagi Speaker DUN Perak. Tujuan saya datang ke pejabat beliau ini juga adalah kerana saya menghormati beliau sebagai Speaker. Saya juga mahu menunjukkan bahawa saya menghormati institusi DUN Perak itu sendiri," katanya.

Semalam, perkataan "lucu" didengar sekali lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Sivakumar sebagai dan kelakar seperti satu episod komedi yang tak masuk akal.

"Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu. Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod. Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN BN hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi."

Kini krisis di Perak dengan kisah satu kapal dua nakhoda semakin berlarutan.

Zambry sendiri mungkin tidak lupa dengan nasihatnya kepada Nizar minggu lalu apabila dia menyatakan: "Sudah berkali-kali saya nyatakan bahawa jangan kita berebut hendak jadi Menteri Besar hanya kerana mahu memiliki kediaman besar atau kereta besar. Saya pasti lama-kelamaan rakyat Perak akan faham dan tahu apa yang sebenarnya berlaku. Biarlah rakyat menilai."

Tambahnya, Nizar juga tidak patut berperangai seperti budak-budak dan harus tunduk kepada keputusan Sultan Perak yang telah melantik beliau (Zambry) sebagai Menteri Besar.

Masalahnya, siapa yang berebut hendak menjadi Menteri Besar dan siapa pula kebudak-budakan? Siapa pula yang merampas kuasa dan siapa pula yang menggulingkan kerajaan negeri yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia di Perak dalam PRU 8 Mac tahun lalu?

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula hari ini menyifatkan tindakan Speaker DUN Perak sebagai tidak menghormati keputusan Sultan serta satu usaha untuk mengguling kerajaan BN di negeri itu.

"Kita tahulah apa dia punya rancangan dan muslihat sebenarnya. Apabila Dewan bersidang dan jika Exco tidak boleh hadir, bermakna pihak BN tinggal 21 ahli, dan jika ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ia satu muslihat. Tidak ada niat baik, cuma niatnya untuk menggulingkan kerajaan BN yang telah diwujudkan," katanya kepada pemberita di Putrajaya pagi ini.

Mungkin bagi Abdullah, cara Pakatan mahu menggulingkan BN di Perak dianggap lebih buruk daripada mengumpan wang dan kedudukan kepada Adun-Adun Pakatan untuk melompat bagi menyokong BN atau pun memohon perkenan Sultan membubarkan DUN bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Nampaknya jika krisis ini berlarutan, mungkin Zambry pula yang terpaksa mohon derhaka merayu Sultan membubarkan DUN.

Sudah pasti jika DUN Perak dibubarkan dalam masa terdekat ini, Umno sememangnya menyokong penuh keputusan Sultan kerana ia sudah pun menjunjung kasih taat setia tak berbelah bagi kepada Raja-Raja Melayu.

Pembubaran DUN adalah antara keadah terbaik yang bukan sahaja demokratik tetapi adil serta memenuhi kehendak umum dan keperluan undang-undang. Jika tidak, setakat bertikam lidah, bertegang urat dan bercakaran seperti anjing dengan kucing akan mengabaikan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

Semoga Abdullah yang mempunyai kebijakan tersendiri tidak akan memilih jalan-jalan yang boleh menghitamkan legasi yang ingin ditinggalkannya sebagai perdana

menteri untuk semua serta pemimpin yang berperibadi mulia.
Ehsan>http://www.themalaysianinsider.com



Baca Seterusnya......

Kenyataan Media Speaker DUN Yb Sivakumar

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 11.00 malam tadi. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan tersebut:

Salam sejahtera. Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam.

Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan …”. Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. Ketika Dato' Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihanraya ke 12.

Fasal itu juga memperuntukkan “hendaklah ia” yang dengan jelas merujuk kepada Menteri Besar yang ada pada masa itu iaitu Dato' Seri Nizar. Oleh itu, yang layak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan ialah Dato' Seri Nizar. Selain daripada Menteri Besar yang sedang dalam perkhidmatannya, tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan bagi maksud Fasal itu.

Sekarang timbul satu lagi masalah atau krisis perlembagaan. Saya adalah ketua legislative iaitu ketua badan perundangan negeri Perak. Persoalan mengenai hak seperti yang saya nyatakan tadi telah dirujuk kepada saya. Maka apa yang perlu saya lakukan? Saya telah menerima aduan bersurat daripada YB Wong Kah Woh iaitu ADUN Canning Garden. Surat itu menyatakan bahawa masalah yang telah berlaku adalah in house problem, state assembly problem. Ia perlu diselesaikan di peringkat kuasa Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Oleh itu saya sebagai Ketua Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Ini adalah beban yang perlu saya pikul. Ini adalah kewajiban saya. Rakyat telah bertanya, dan banyak pihak lagi yang akan mempersoalkan saya sebagai ketua legislative. Apakah tindakan yang telah saya ambil? Maka saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa mengikut peraturan.

Apabila saya terima surat aduan daripada YB Wong Kah Woh, saya terpaksa bertindak. Saya telah membawa surat itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Jawatankuasa ini telah berbincang dan kami dapati memang wujud kes prima facie dalam isu yang dibangkitkan. Maka jawatankuasa itu telah membuat keputusan untuk memanggil YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam orang YB yang lain untuk berjumpa dengan jawatankuasa tersebut. Dalam perjumpaan yang berlangsung semalam, memang jelas bahawa tujuh ADUN itu telah melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Mesyuarat bertanggungjawab membuat satu keputusan, kerana kes ini merupakan isu yang amat serius. Demi mempertahankan badan perundangan negeri ini, kami tidak ada pilihan lain kecuali membuat satu keputusan yang terbaik untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan badan perundangan di negara kita, terutamanya negeri Perak yang kita cintai ini.

Masalah yang dibangkitkan oleh banyak pihak kepada saya ialah persoalan peruntukan manakah di dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan “orang atau pihak yang tiba-tiba mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri, boleh atau hendaklah mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mohon membentuk kerajaan”? Sebenarnya tidak ada mana-mana peruntukan yang menyatakan begitu. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menyatakan Menteri Besar yang sedang dalam mandat pada satu-satu masa itu, jika mendapati majoritinya dalam Dewan Undangan Negeri telah hilang, maka adalah tanggungjawabnya (Menteri Besar yang sedang dalam mandat itu) untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan dan boleh memohon supaya dewan dibubarkan.

Saya tidak mempertikaikan bahawa Tuanku mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN sekiranya sidang DUN telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perkara ini tidak dibincangkan dalam sidang DUN maka ia menjadi isu. Sekarang masalah itu terbeban ke atas saya selaku Speaker DUN apabila ada ADUN yang merujuk kepada saya. Orang ramai pun bertanya dan merujuk kepada saya. Apakah tindakan Speaker?

Kes ini adalah soal dalaman Dewan Undangan Negeri. Seperti masalah dalaman rumahtangga, ketua keluarga perlu menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah hal ehwal badan perundangan negeri yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Sebagai ketua legislative, saya perlu memberi perhatian dan menjalankan tanggungjawab saya supaya keadilan dapat ditegakkan dan kedaulatan undang-undang terjamin. Itu adalah tugas saya. Itu juga adalah tanggungjawab saya. Saya tidak bertindak melebihi bidang kuasa saya seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Saya hanya menjalankan tugas supaya kedaulatan badan perundangan negeri Perak tidak dicabuli. Itu saja.

Saya tidak berniat untuk menderhaka. Isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana kepentingan politik. Ia juga diputarbelit oleh media perdana dan kumpulan tertentu yang mahukan rakyat menghukum saya sebagai penderhaka kepada DYMM Tuanku. Tuduhan itu adalah tidak benar. Mereka cuba mempolitikkan isu ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang intention untuk menderhaka. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Speaker setelah mendapati perkara ini adalah perkara yang serius dan saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN bukannya menggantung YB Ahli-Ahli DUN tersebut daripada menjadi ADUN. Tidak begitu. Saya bersama Jawatankuasa itu hanya menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN. Itu saja.

Mengenai kelayakan mereka sebagai ADUN, saya tidak sentuh langsung. Tiada kenyataan saya berkenan status mereka sebagai wakil rakyat atau ADUN bagi kawasan masing-masing. Itu saja yang perlu saya beritahu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak. Apa yang saya lakukan ini adalah mengikut Fasal 16(6) Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan ianya dilakukan demi kedaulatan undang-undang supaya institusi dan badan perundangan ini tidak dicemari oleh mana-mana pihak.

Sekian terima kasih
19hb Feb 2009
Baca Seterusnya......

Sabtu, 21 Februari 2009

Memelihara Ketulenan Perjuangan

Oleh Ustaz Nasaudin Tantawi

Perjuangan tidak hanya berasaskan semangat malah penglibatan kita bersama PAS sebagai sebuah parti politik juga bukan kerana memenuhi tuntutan demokrasi .

Sebaliknya penglibatan [ intima' ] kita adalah berpaksi kepada Iman dan Islam .

Apa yang kita mahu tegakkan ialah Iman dan apa yang kita mahu daulatkan ialah Islam .

Inilah cita - cita murni yang sekali - kali tidak boleh kita benarkan ianya dipengaruhi oleh nafsu dan dikuasai oleh aqal yang terpisah dari wahyu . Justeru cita - cita ini terlalu suci untuk dipengaruhi selain Iman yang tidak berbelah bahagi dan Islam sebagai risalah as samawi .

Malang sungguh apabila perjuangan ini dicampur aduk dengan desahan nafsu yang memburu ruang untuk menyerlah populariti dan publisiti malah membina indentiti diri tanpa memperduli ketulenan manhaj rabbani .


Barangkali kita akan ketemui apa yang diburu biarpun hanya mengatas namakan perjuangan Islam ini . Persoalannya , berbaloikah perjudian itu ?


Siang malam bergelut menghadapi ancaman . Saban waktu pula meredah rintangan . Bersama perjuangan ini dengan mengambil pelbagai risiko yang mungkin membinasakan diri , hanya semata - mata untuk menggapai cita - cita peribadi yang berpaksi kepuasan naluri .


Ketulenan Perjuangan


Perjuangan yang disertai ini adalah untuk sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam . Laksana pengembaraan Nabi saw bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah . Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah . Sengsara dan deritanya didepani dengan sabar . Perit jerih atas segalanya menjadi ibadah yang ditekuni tanpa mengalah .


Malang 1001 kali malang andai perjuangan ini tidak ubah seperti batu loncatan untuk memenuhi cita - cita politik . Mencari pengaruh , jawatan dan gelaran . Sukar kita memelihara ketulenan perjuangan yang didokong ini jika kita gagal membebaskan diri sepenuhnya dari pengaruh nafsu dan kepentingan duniawi .


Ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara dari anasir yang merosakkannya . Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi .


Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skima amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul saw. dan diperkemas kini oleh ulama' al a'milin al mujahidin yang memimpin ummah .


Satu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj perjuangan an nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi . Lebih malang apabila perjuangan ini dipacu berlandaskan teori politik untuk mencapai matlamat tanpa berteraskan akhlak Islami .


Demi memburu kemenangan dalam pilihanraya sebagai contoh , walaupun tiada siapa menafikan kemenangan itu penting namun sekali - kali kita tidak boleh meminggirkan akhlak Islami dalam percaturan politik .


Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis atau lainya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik mahupun perjuangan mereka . Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya dengan cara dan gaya mereka berpolitik .


Politik Islam kaya dengan akhlak , moral dan prinsip yang tidak memungkin ianya di beli apalagi dirasuah lantaran paksinya ialah Iman dan Islam .


Ketulenan manhaj perjuangan jua tidaklah dinilai semata - mata dipentas politik pilihanraya tetapi juga melihat bagaimana kita membuat keputusan jamaah , bagaimana kita memimpin jamaah dan menangani ahli , bagaimana kita beraksi di medan dakwah , bagaimana kita mendepani musuh , bagaimana kita bertahaaluf dan sebagainya .


Pasti sahaja adab dan akhlak berjamaah seperti syura , dengar dan taat , thiqah , istiqamah , wala' , ukhuwwah , ikhlas dan lainnya mewarnai diri , sikap dan aksi kita sebagai seorang pejuang .


Kita adalah Sebuah Gerakan Islam . Ini satu realiti yang mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin jamaah walau dimana posisinya . Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini , kita tidak boleh mencairkan nilai atau standard value bagi sebuah gerakan Islam .


Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak dan amanah perjuangan . Tetapi saya tegaskan sekali lagi , ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara . Jangan kita abaikan ketulenannya semata - mata mahu melihat strategi kita berjaya dan politik kita menang .


Ingat ! menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah . Justeru itu awas jangan palsukan manhaj perjuangan suci ini .Pemalsuan manhaj perjuangan adalah satu jenayah !


Baca Seterusnya......

Mukhriz yang berahi dengan ISA

Oleh Afrar Yunus

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1960 ketika Malaysia baru tiga tahun menerima kemerdekaannya.

Akta 'dracula' yang banyak menyusahkan masyarakat di Malaysia telah disyor untuk dimansuhkan. Parti-parti politik pembangkang seperti PAS, Keadilan dan DAP serta banyak pertubuhan sukerala kebajikan (NGO) telah sekian lama memperjuangkan supaya 'undang-undang zalim' ini ditiadakan

ISA memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri menangkap dan menahan sesiapa sahaja tanpa bicara di mahkamah selama enam puloh hari, disambung dua tahun dan untuk selamanya.

Kini, parti-parti komponen Barisan Nasional, Gerakan, MCA dan MIC serta parti di Sabah dan Sarawak juga sudah bersuara agar ISA dikaji semula.

Selepas BN kalah agak teruk dalam pilihanraya keduabelas yang lalu, jelas isyarat telah disampaikan kepada kerajaan bahawa anak-anak muda sudah meluat dengan retorik kerajaan berkaitan ISA ini.

Kenyataan Mukhriz Mahathir calon ketua pemuda UMNO tentang Akta ISA ini amat mengejutkan banyak pihak.

Ketika Malaysia sedang dikritik bukan sahaja oleh rakyatnya mengenai akta ini tetapi juga oleh negera-negara di dunia, anak kepada mantan Perdana Menteri ini yang dikira sama seperti bapanya, masih berahi dengan sesuatu yang majoriti rakyat sudah tidak mahu.

Saya bersetuju Mahathir banyak membawa perubahan untuk rakyat dan negara tetapi dalam hal-hal lain termasuk ISA, saya sangat-sangat membangkang tindakannya.

Dalam rancangan Hujah, Mukhriz melahirkan kehairanan kenapa ISA tidak digunakan kepada penunjuk perasaan terutama sekali dalam peristiwa membabitkan istana di Kuala Kangsar.

Saya tidak akan hairan jika usia Mukhriz lewat 60-an kerana majoriti mereka yang seangkatan dengan usia itu sampailah pada usia bapanya, adalah pecinta akta yang tidak dikehendaki oleh sistem demokrasi atau Islam.

Tetapi lain halnya dengan Mukhriz.

Apa boleh buat, bapa borek anak ...



Baca Seterusnya......

Umno Penderhaka Kepada Sultan.

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Media cuba memutar belitkan perkataan derhaka yang diucapkan oleh YAB Ir Datuk Seri Haji Nizar Menteri Besar Perak ketika mengadap sembah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada 5hb Feb 2009.

Apabila YAB Ir Datuk Seri Haji Nizar tidak bersetuju supaya beliau meletak jawatan, sebaliknya mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan maka inilah istilah yang kena disebut iaitu “sembah patik sembah derhaka”.


Ini bahasa istana. Bukan bahasa percakapan dengan Saad jual putu mayong. Kenapa media dan pemimpin Umno di negara ini pekak badak sangat sampai tidak reti bahasa yang perlu digunakan dalam istiadat dengan istana. Mereka ini tidak lulus Bahasa Malaysia ka? Sampai tidak faham penggunaan bahasa rasmi di istana.

Sebenarnya Umno dan beberapa pemimpin Umno penderhaka kepada sultan di negara ini. Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah bagaimana pemimpin Umnolah penderhaka dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu bukan pemimpin Pakatan Rakyat.

1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?

8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?.

12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

13.Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.

14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpahDato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009.

15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Sebab itu kita lihat dalam Media Pro Umno sudah tidak lagi membangkit isu derhaka, kerana mereka silap. Rakyat sekarang bukan zaman purba hidup di dalam gua, tetapi rakyat sudah ada maklumat melalui langit terbuka. Maklumat rakyat boleh korek melalui hujung jari sahaja.



Baca Seterusnya......

Tempoyak Berbau Lagi

Oleh Mohd Sayuti Omar

TEMPOYAK yang hampir kering dan meleket dipinggan dan mangkuk tiba-tiba berbau kembali. Rupanya baunya masih belum terhapus, pantang kena air atau cecair ia meruap semula. Begitulah anologi yang boleh diberikan kepada apa yang berlaku dalam kancah politik di Perak kini.

Pergolakan politik di negeri itu terkuak semula ekoran tindakan speaker DUN Perak V Sivakumar telah bertindak menggantungkan Menteri Besar dan enam Exco baru selama 18 bulan daripada menghadiri sidang Dewan.


Kalau penggantungan itu berkuatkuasa dan sah ini bermakna kedudukan MB, Zambry Abdul Kadir dan Exconya itu tidak berfungsi, mereka tidak dapat menghadiri persidangan dewan. Keputusan-keputusan berhubung pentadbiran negeri yang dibawah bidang kuasa masing-masing juga tidak boleh dilakukan dan tidak akan bergerak. Bermakna kerajaan yang dibentuk 6 Februari itu adalah kerajaan boneka.

Tindakan Sivakumar itu dipertikaikan oleh banyak pihak. Para-pakar perlembagaan dan undang-undang sekali lagi terpaksa bergegas ke perpustakaan membelek semula perlembagaan dan mencari jurnal undang-undang untuk memastikan apakah keputusan Sivakumar itu betul atau sebaliknya.

Seperti biasa berlaku pro kontra. Ada pakar yang mengatakan boleh dan yang mengatakan Sivakumar tidak ada kuasa. Yang jelas vokalnya ialah di pihak UBN mencari apa saja alasan untuk menghentam dan membantah tindakan speaker itu.

Para pendekar UBN pun lompat ke pentas-pentas media cepat-cepat mengaitkan tindakan Sivakumar itu sebagai melanggar perlembagan, menghina sultan dan menderhaka. Perkataan derhaka menjadi perkataan paling banyak disebut di negeri Perak Darul Ridzuan tahun ini.

UBN sekali lagi berselindung di sebalikm istana dan meneruskan rancangan membodek raja dan istana. Tindakan UBN itu tidak memperlihatkan mereka tidak ada kekuatan sendiri untuk berhadapan dengan pihak Pakatan dan terpaksa menggunakan nama raja dan istana.

Sepatutnya UBN tidak mengaitkan nama raja dan istana. Raja dan istana bukan pisau tumpul yang boleh diacu-acukan kepada orang lain. Sikap bermainan dengan pisau tumpul adalah perangai budak kecil yang penakut dan tidak cerdik.

Sepatutnya pemimpin UBN membawa kes itu ke mahkamah. Kalau Nizar Jamaluddin boleh bawa ke mahkamah bagi menentukan kedudukannya dan keabsahan Zambry sebagai MB kenapa tidak dengan UBN. Manja sangat UBN dengan raja.

Zambry dilaporkan akan membawa soal penggantungan beliau dan Exco itu ke mahkamah. Mahu mahkamah menentukannya. Itulah cara sebaik-baiknya, bertengkar dengan menggunakan kain dan berlindung di sebalik belakang raja dan istana itu orang pengejut dan tidak dapat menyelesaikan isu itu dengan fikiran sendiri. Selagi UBN menggunakan raja selagi itu rakyat tidak akan merasa puas dan adil. Tempoyak juga akan terus berbau di negeri itu.

Biarlah mahkamah menentukannya. Selepas mahkamah membuat keputusan hendaklah diterima dan jangan pula ada yang tidak berpuas hati dan menuduh mahkamah berat sebelah dan sebagainya. Dan mahkamah dalam hal ini biarlah adil, saksama dan berjalan betul jangan pula jadi macam mahkamah beruk. Hakim jangan pakai tali macam beruk yang boleh disenjah oleh tuannya dari bawah!

Saya percaya Sivakumar tahu sejauh manakah kuasa beliau sebagai speaker. Rasanya Sivakumar bukan bodoh sangat. Kenapa beliau lakukan begitu ialah untuk mengacau kerajaan yang ada saja. Kalau orang kacau kerajaan dia, kenapa dia tidak boleh usik kerajaan orang? Sebenarnya tindakan Sivakumar itu untuk menguji sejauh mana kebijaksanaan kerajaan baru Perak itu.

Sivakumar dan Pakatan Rakyat ingin melihat bagaimana UBN menyelesaikan masalah itu dan merasai apa yang mereka rasakan kini. Maka bagi saya apa-apa tindakan bakal diambil selepas ini, adalah wajar. Biarlah pergolakan politik Perak terus bergolak dan tempoyak merebak ke mana-mana saja. Sebab semua orang di Perak nampaknya mahu orang luar tahu rahsia rahsia makanan kegemaran mereka itu.

Baca Seterusnya......

Pemimpin Umno-BN buka laluan saman Sultan

Oleh LanH

Sekarang kerap berlaku tunjuk perasaan (demonstrasi) dan laporan polis. Jika dulu demonstrasi sinonim dengan apa didakwa kumpulan pembangkang, kini orang Umno daripada sayap Pemuda (termasuk Putera) dan Puterinya pun sudah pandai menunjuk perasaan.

Mereka menunjuk perasaan dalam pelbagai isu daripada tol dan kehilangan kuasa (seperti di Pulau Pinang) dan kini dalam soal kedaulatan raja iaitu isu derhaka dan saman ke atas Sultan Perak yang diuar-uarkan akan dikemukakan Pengerusi DAP, Karpal Singh.


Dalam soal ini, pemuda dan pemudi (puteri) Umno cepat melenting, tetapi maafkanlah mereka sebab mereka berdarah panas kerana begitulah adat muda, pantang dicabar sudah naik angin untuk melawan.

Baguslah, sebab ia menunjukkan mereka ada harga diri, mempertahankan sesuatu yang mereka lihat wajar dipertahankan.

Tetapi sebagai golongan muda yang masih banyak masa untuk merenung dan berfikir serta mentelaah, mereka sewajarnya mengkaji sebaik-baik dan mendalam apa yang diperkatakan oleh Karpal Singh, peguam tersohor itu. Penulis bukan mahu mempertahankan Karpal, tetapi mahu tahu apa landasan menyebabkan beliau berani bertindak menyaman Sultan.

Dalam satu sidang akhbarnya (selepas banyak laporan polis dibuat terhadapnya), yang sempat penulis lihat dalam ruangan berita TV3, Karpal Singh yang berkerusi roda, antara lain berkata, dia mempunyai premis yang baik untuk menyaman Sultan Perak.

Kata Karpal, sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan faham apa yang dia perkatakan, dan dia (Karpal) meminta wartawan bertanyakan sendiri perkara itu kepada Sultan.

Penulis sendiri tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Karpal; dan setakat ini belum lagi membaca laporan (wartawan) berkaitan apa yang disuruh Karpal Singh tanyakan kepada Sultan.

Bagaimanapun, atas perasaan ingin tahu, dan selepas bertanyakan rakan-rakan, penulis berpeluang menyemak buku teks sekolah yang membicarakan Perlembagaan Negara.

Buku itu adalah; Teks Pengajian Am STPM Kertas 1 dan 2 (Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd ? Oxford)

Penulisnya adalah Wong Khek Seng; Raminah Haji Sabran; dan Kok Meng Kee.

Dalam Bab 6: Sistem Kehakiman Malaysia ditulis:

Mahkamah Khas (muka surat 183)

1. Mahkamah-mahkamah Khas membicarakan kesalahan oleh pihak-pihak tertentu sahaja.

2. Mahkamah ini tertutup (kecuali Mahkamah Syariah) dan tidak terbuka kepada orang ramai.

Jadual 6:4 (Jenis-jenis Mahkamah Khas di Malaysia) Mahkamah Khas Raja-Raja ? kes-kes kesalahan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan.

Mahkamah lain adalah Mahkawan Juvenil; Mahkamah Syariah; Mahkamah Tentera; Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Perusahaan.

Mahkamah Khas Raja-Raja (muka surat 185-186)

1. Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993.

2. Mahkamah ini membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan mana-mana negeri atas sifat peribadinya.

3. Bidang kuasa mahkamah ini sama seperti Mahkamah Awam yang lain melalui Perlembagaan atau Undang-Undang Persekutuan dan pejabat pendaftarannya adalah di Kuala Lumpur.

4. Prosiding Mahkamah Khas Raja-Raja diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamat.

5. Tindakan atau prosiding mahkamah ini hanya mula dimulakan oleh Peguam Negara.

Keanggotaan Mahkamah Khas Raja-Raja

Perkara 182, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keadilan mahkamah ini:

1. Dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

2. Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi.

3. Dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan/Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Bidang Kuasa Mahkamah Khas Raja-Raja

1. Mahkamah Khas ini mempunyai bidang kuasa membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan negeri-negeri di dalam Persekutuan.

2. Mahkamah Khas memiliki bidang-bidang kuasa sam seperti mahkamah-mahkamah awam yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

3. Semua prosedur sivil dan jenayah di mahkamah-mahkamah awam boleh dilaksanakan di Mahkamah Khas Raja-Raja.

4. DYMM atau Sultan terpaksa turun takhta jika dipenjara sehari atau lebih.

Demikianlah, selepas membaca bahagian ini, barulah penulis faham mengapa Karpal Singh begitu berani mahu menyaman Sultan Perak. Dia yakin dia ada hak berdasarkan kewujudan Mahkamah Khas Raja-Raja ini.

Berdasarkan catatan buku itu dinyatakan, Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993. Jadi apa sebenarnya yang berlaku pada tahun ini?

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Kapal tidak akan dapat menyaman Sultan Perak tanpa Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja?Raja) yang turut disokong oleh Timbalan Perdana Menteri (sekarang ini) Najib Razak dan ramai menteri dan ahli Parlimen BN yang masih berkhidmat sehingga hari ini.

"Pindaan itulah yang mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu," katanya, sambil menambah adalah menghairankan ahli-ahli Umno menunjuk perasaan membantah Karpal.

"Sepatutnya mereka menunjuk perasaan di depan pejabat Najib membantah tindakan beliau dan para pemimpin Umno dan BN lain yang menyokong dan meluluskan rang undang-undang yang membolehkan raja-raja Melayu disaman," katanya.

Karpal, katanya, tidak akan mendapat laluan jika pemimpin Umno dan BN tidak menyediakan laluan dengan pindaan Perlembagaan 1993 itu. "Adalah kelakar jika orang menggunakan laluan untuk menyaman raja-raja Melayu sahaja dimarahi sedangkan orang yang menyediakan laluan itu tidak dimarahi," katanya.

Berdasarkan FAKTA buku Pengajian Am itu, adalah penting untuk penunjuk perasaan Umno terutama pemuda dan puterinya yang berpendidikan tinggi (sekurang-kurangnya lepasan STPM yang sudah belajar Pengajian Am) untuk memikirkan rasional mereka menunjuk perasan.

Janganlah menunjuk perasaan berdasarkan sentimen emosi sebaliknya bertindaklah berdasarkan MAKLUMAT dan ILMU. Janganlah diingkari ilmu yang ditimba di sekolah dan universiti dulu! - Suara Keadilan



Baca Seterusnya......

Siapa lagi mangsa serangan hendap Najib?

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Belum pun Dato' Seri Najib Razak secara rasmi mengambil alih teraju pemerintahan negara daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, pelbagai tragedi politik berlaku dalam tempoh yang cukup singkat. Semasa berucap di kediaman rasmi Menteri Besar Perak baru-baru ini, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan 30,000 orang yang hadir, merujuk terus kepada Najib: "Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, hancur negara nanti kalau jadi PM."


Mengenali Ustaz Abdul Hadi, bukan mudah untuk beliau meluahkan "amarahnya" jika tiada sebab kuat untuk berbuat demikian. Najib dikaitkan dengan peristiwa "rampasan kuasa" di Perak sehingga meletakkan negeri itu dalam krisis perlembagaan yang turut mencederakan imej Sultan Azlan Shah. Beberapa percubaan untuk "membeli" beberapa Adun KeADILan di Kedah juga dikaitkan dengan Najib. Tidak pasti sama ada episod malang yang menimpa Adun Bukit Lanjan, yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, trutut akan dikaitkan dengan "tangan-tangan ghaib" Najib.

Beban yang diheret Najib menuju Seri Perdana memang berat. Bagasi sejarahnya yang belum pun panjang itu sudah cukup untuk melukakannya. Mungkin beliau dilihat mempunyai personaliti politik yang lebih kuat berbanding Abdullah, namun persepsi umum terhadapnya begitu buruk. Kehilangan tiga Adun Pakatan Rakyat dan seorang Adun Umno yang berhijrah sebentar menyertai KeADILan, sehingga "tumbangnya" kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, tidak dapat dipisahkan dengan faktor Najib. Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah yang sama dengan Ustaz Abdul Hadi menyifatkan Najib sebagai "suka melarikan suami orang" dan bertanggungjawab "mengghaibkan beberapa orang yang lain".

Ramai menjangkakan, sebaik sahaja Najib berkuasa penuh Mac ini, Malaysia bakal menyaksikan lebih banyak insiden politik yang mungkin jauh lebih tragis. Penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth - yang dirakam secara curi semasa tidur di rumahnya sendiri - mungkin amaran awal bahawa setiap pimpinan Pakatan Rakyat bakal menjadi sasaran serangan hendap kumpulan "penembak tepat" Najib. Eli menyedari bahawa target sebenar adalah partinya sendiri, yang dipimpin Anwar, tokoh yang dilihat sudah "berkerat rotan" dengan Najib.

Justeru, tindakannya menawar diri meletakkan jawatan wajar dipuji. Beliau tidak mahu masalah peribadinya mengheret parti dan kerajaan Selangor ke dalam gelanggang musuh.

Dalam satu kenyataan kemudiannya, Eli menegaskan: "Negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius. Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih berleluasa. Saya berharap perbincangan umum hendaklah tertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisis kehidupan peribadi saya."

Kes Eli, seorang wanita yang belum berkahwin, jauh berbeza dengan Chua Soi Lek atau VP Vijandran walaupun masih berlaku perdebatan tentang batas-batas kehidupan privasi seseorang tokoh masyarakat. Ada pihak mahu penjelasan mengenai isu-isu moral antara seorang Muslim dengan bukan Muslim, apatah lagi gambar Eli itu diambil di dalam rumahnya. Polis masih menyiasat siapa dalang penyebaran gambarnya dan kita masih menunggu keputusan pimpinan KeADILan terhadap tawaran Eli untuk meletakkan jawatan.

Sehari dua ini kita dapat melihat sandiwara politik pihak tertentu yang tiba-tiba sahaja menjuarai isu moral dan agama selepas sibuk dengan isu derhaka kepada raja. Anwar awal-awal lagi melontarkan soalan: "Apakah benar isu akhlak dan moral utama buat mereka? Jika benar, bagaimana mungkin dilenyapkan bukti berkaitan kes pembunuhan, dipadamkan lapuran siasatan awal dakwaan kes Port Dickson, dilesapkan wang ribuan juta habuan istimewa dari pembelian peralatan senjata?"

Seorang pembaca dengan nada marah menelefon saya: "Sampai bila kita harus menjawab tuduhan musuh, bila pula Harakah nak menyerang? Bukannya kita tidak ada isu, melambak!" Saya tergamam seketika. Memang agak ramai yang mendesak Harakah lebih agresif menyerang Najib dan Umno-BN supaya Pakatan Rakyat tidak lagi berada dalam kedudukan defensif. Saya tidak dapat mengulas panjang selain meminta mereka bersabar: "Sampai masanya nanti posisi itu akan bertukar, tunggulah ...."

Dalam pada itu, kolumnis Harakah yang hanya mahu dikenali sebagai Banteng Hijau mengirim SMS kepada saya, di kala hening malam Rabu lalu: "Mungkinkah Pakatan, khususnya KeADILan, kini disusupi agen Najib?" Tanpa mengambil masa lama untuk menjawab, saya membalas: "Tanda-tandanya ada, Najib mahu malukan Anwar sebelum masa terlambat. Tapi PAS pun taklah kebal mana. SB juga banyak menyusup ke pejabat PAS."

(Bagaimanapun, saya tertarik dengan tulisan Toh Kin Woon, dalam The Edge. "Mungkin kita tidak bersetuju dengan ideologi PAS, tapi kita perlu tahu bahawa semua mereka yang menyertai PAS komited untuk memperjuangkan matlamat parti tersebut," katanya. Hal ini, tulis Toh Kin Woon, dapat menjelaskan mengapa kerajaan PAS mampu bertahan di Kelantan biarpun dengan kemenangan tipis mengatasi Barisan Nasional, yakni dengan majoriti satu kerusi dari 2004 hingga 2008. "Saya yakin terdapat usaha untuk membuatkan beberapa orang Adunnya untuk melompat parti tetapi tidak seorang pun didapati termakan umpan tersebut," sambungnya.)

Banteng Hijau kemudiannya menulis tentang penyusupan yang berjaya melemahkan Parti Komunis Malaya (PKM), melalui Setiausaha Agungnya sendiri, Loi Tek. Beliau berketurunan Vietnam yang menjadi agen British dan Jepun sekali gus, dan berjaya mengkhianati aktivis komunis dalam PKM hinggakan parti itu kehilangan pemimpin berkaliber akibat dibunuh British dan Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II.

Saya difahamkan "skuad penembak tepat" bagi menghancurkan keutuhan Pakatan Rakyat bukan sahaja dianggotai ahli dan pimpinan Umno, malah mendapat kerjasama sepenuhnya pegawai kanan kerajaan, khususnya di negeri-negeri yang mana BN kalah dalam pilihan raya umum lalu. Dan mereka dibayar upah lumayan.

Malah beberapa agensi kerajaan persekutuan, misalnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, difahamkan telah menempatkan anggotanya di pejabat-pejabat kerajaan negeri yang strategik dalam usaha membabitkan pimpinan kerajaan negeri berkenaan dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa. Satu bukti nyata SPRM terus diperalatkan Umno-BN.

Situasi sulit ini memang nampak merimaskan, namun sekiranya Pakatan dapat meloloskan diri dari perangkap Najib dan Umno-BN itu, pertarungan seterusnya belum pasti memihak siapa. Kemelut dan krisis perlembagaan di Perak misalnya tidak mudah untuk dijangka nokhtah akhirnya. Isu derhaka raja yang sengaja digembar-gemburkan media agak senang untuk "dikepak" kerana rakaman Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri begitu jelas.

Satu lagi perkembangan menarik mencelah. Tindakan Speaker Dun Perak, Sivakumar yang menggantung serta-merta Menteri Besar "haram" Perak, Dr Zambry Abdul Kadir dan melarangnya daripada menghadiri sesi Dun Perak selama 18 bulan manakala enam Exco Perak yang lain digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dun tentu mempunyai implikasi politik dan undang-undang yang luar biasa.

Ini semua makin meletakkan Dun Perak pada kedudukan yang lebih hampir dengan pembubaran, sesuatu yang ditunggu-tunggu rakyat tetapi "lambat" dikabulkan Tuanku Sultan. _


Baca Seterusnya......

"Saya bukan manusia boleh digertak sesuka hati"

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas.



Menurut Khalid taktik mengenakan rasuah ke atas beliau merupakan tindakan terdesak daripada kerjaaan Barisan Nasional (BN) yang mahu merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.


"Saya tidak takut dengan desakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membantu rakyat yang susah dan bukan untuk diri sendiri.


"Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur di sini malam tadi.


Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.


Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati.


“Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan lebih baik daripada BN yang telah memerintah negera ini selama 51 tahun.


“Kita tahu kerajaan BN akan tumbang jadi mereka akan guna apa-apa cara sekali pun untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor,” katanya.


Tambah beliau, rakyat akan dapat menilai taktik kotor BN seperti itu untuk menguasai negeri ini namun tegasnya kerajaan PR akan terus membela nasib rakyat di negeri itu.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Prof. Dr. Syed Husin Ali; Naib-naib Presiden PKR, Azmin Ali dan R. Sivarasa serta Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.



Baca Seterusnya......

Khamis, 19 Februari 2009

Kalau HINDRAF di haramkan, kenapa SIS tidak - ni lagi satu puak yang perlu dihapuskan selain UMNO

Oleh attakiri

"Sister In Islam(SIS) telah menganjurkan program Musawah yang mempertemukan tokoh Islam Liberal dari 40 buah negara bertempat di Price Hotel, Kuala Lumpur. Menurut Persatuan Ulamak Malaysia cawangan Pulau Pinang, Pertemuan 5 hari ini yang berakhir hari ini membincangkan soal kesamarataan antara lelaki dan wanita dalam hal faraid, poligami, aurat dan sebagainya


SIS merupakan pertubuhan yang kononnya ditubuhkan bagi memperjuangkan hak kesamarataan, keadilan dan martabat wanita . Contohnya apabila SIS mempertikaikan undang-undang kekeluargaan wilayah persekutuan berhujjahkan bahawa undang-undang tersebut menzalimi wanita. SIS juga menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam dan khatib pada hari jumaat berhujjahkan bahawa wanita perlu mendapat hak seperti lelaki.

Ini semua adalah sebahagian perjuangan SIS dalam memartabatkan wanita. Bagi penulis, perjuangan SIS sebenarnya mengkhianati fitrah seorang wanita.

Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah menciptakan lelaki dan wanita yang mempunyai infrastruktur yang agak berbeza samada dari sudut penciptaan, perasaan dan fitrah. Namun Allah SWT menjadi ganjaran pahala untuk setiap lelaki dan wanita adalah sama walaupun amalan yang dilakukan adalah berbeza.

Sebagainya contoh, apabila seorang suami diberi keistimewaan mendapat pahala berjuang di medan perang, isteri pula akan mendapat pahala yang sama jika menjaga kehormatan dan harta benda suami ketika suami pergi berperang. Bahkan jika diteliti dengan setelitinya, begitu banyak limpahan pahala yang Allah kurniakan kepada seorang wanita walaupun dengan amalan yang sedikit.

Ini adalah bukti bahawa Islam ini datang membawa rahmat kepada semua manusia samada lelaki atau wanita. Tidak pernah timbul isu wanita direndahkan martabat kerana hak untuk penafsiran Al-Quran dilakukan secara ekskelusif oleh ulamak lelaki. Bahkan ramai ulamak-ulamak tabien mengambil ilmu penafsiran Al-Quran daripada isteri-isteri nabi. Bukahkah isteri nabi seorang wanita.?. ulamak tidak pernah zalim dalam menafsirkan Al-Quran. Bahkan disiplin untuk menafsirkan Al-Quran amatlah ketat dan berpandukan kepada apa yang diajar oleh Hadis Nabi SAW.

Keadilan Islam bukan bermakna kesamarataan. Keadilan Islam ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Islam meraikan wanita dengan tidak mewajibkan mereka mencari nafkah untuk keluarga. Islam meraikan wanita dengan tidak mewajibkan mereka pergi berperang menentang musuh. Islam meraikan wanita dengan membenarkan bagi wanita yang menyusu untuk berbuka puasa. Begitu banyak kelebihan yang diberikan kepada seorang insan yang bernama wanita.

Sebelum kedatangan Islam, wanita hanya dipandang objek sex semata-mata. Tubuh wanita diperdagangkan. Wanita tidak mendapat hak daripada harta suami, bahkan wanita menjadi harta pusaka yang boleh diwarisi. Pernah satu ketika, perbincangan dibuat bagi menentukan status wanita samada mereka ini manusia atau binatang.? Ini merupakan sebilangan kecil contoh-contoh tentang hinanya wanita pada masyarakat jahiliyyah.

Apabila datangnya Islam, wanita telah diletakkan pada kedudukan yang sebenarnya. Wanita mula dihormati, hak-hak wanita yang dikatakan tidak adil oleh SIS merupakan satu keadilan kalau hak tersebut dikaji dengan lebih teliti.

Isu poligami, faraid, aurat dan pelbagai lagi adalah untuk memberi keadilan kepada semua pihak samada wanita atau lelaki. Islam bukan sekadar meraikan wanita, bahkan lelaki juga.

Penentangan SIS dilihat sebagai cara untuk mengembalikan wanita ke zaman jahiliyyah dalam bentuk yang lebih moden. isu poligami, adakah SIS lebih rela seorang suami menyimpan perempuan simpanan.? Bahkan istilah perempuan simpanan lebih menghinakan wanita daripada istilah seorang isteri. Isu poligami selalu dipermain-mainkan. Islam telah meletakkan pelbagai syarat untuk membolehkan poligami dilakukan. Adil menjadi syarat yang paling utama.

Begitu juga dengan isu-isu lain. Yang penting semua umat Islam perlu meyakini, Syariah Islam yang diturunkan kepada manusia merupakan satu keadilan yang tidak berbelah bahagi.

Oleh itu, apa perjuangan SIS yang sebenarnya. Kalau betul SIS membela wanita, sepatunya SIS menentang pengeksplotasian wanita dalam iklan-iklan yang tidak berkaitan. Isu penyebaran gambar bogel adun bukit lanjan, isu norita, isu altantuya dan pelbagai isu yang dilihat menghina wanita perlu diperjuangkan oleh SIS. Termasuk isu pelacuran, rumat urut, GRO yang jelas merendahkan martabat wanita.

Tapi semua ini tidak dilakukan oleh SIS. SIS hanya membincangkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan idelisma yang menyimpang dari Islam. ini semua akan memecahkan perpaduan umat Islam. oleh itu, kalau kerajaan mengharamkan Hindraf kerana menggangu ketemteraman awam, SIS lebih wajar diharamkan. SIS bukan sekadar menggangu ketenteraman awam, bahkan SIS telah mencabar sensitiviti umat Islam seluruhnya.

www.attakiri.blogpot.com Baca Seterusnya......

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din

Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri. Iklan

Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.


"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.

"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks.


Baca Seterusnya......

Osman dan jamaluddin muncul di mahkamah Ipoh - mana mai ni!!!!!

IPOH, 19 Feb. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu hadir di Mahkamah Seksyen Ipoh, jam 8.50 pagi tadi bagi membatalkan waran tangkapnya kerana gagal hadir di mahkamah, Selasa.Beliau ditemani Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.Kelmarin, ADUN Titi Serong melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) supaya siasatan rapi dilakukan keatas mereka berdua termasuk ADUN Jelapang, Hee Yit Fong kerana disyaki terlibat dengan sogokan sejumlah wang sehingga mereka melompat parti.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:12:00

p/s
penulis berpandangan mereka menyorok di celah-celah . tu yang payah nak jumpa tu. tetapi pasai nak kene tangkap ni die keluar la kejap. lepas ni die nyorok la balik. ish...ish...ish.... banyak duit, (ye la kot) tapi tak hidup cam orang banyak duit...





Baca Seterusnya......

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Oleh Azamin Amin

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)
Baca Seterusnya......

Anggap Tindakan Speaker Komedi,Nazri Buta Undang -Undang :kata2 menteri takdak menteliti

Oleh YB KHALIL IDHAM LIM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengeluarkan ulasan awal mengenai penggantungan Zambry dan 6 Exco yang melakukan rampasan kuasa di Perak dengan berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, melarang yang terlibat daripada menghadiri sesi Dewan sebagai satu komedi.
Sebetulnya ulasan dari Nazri lah satu komedi dan menunjukkan kejahilannya mengenai peraturan dewan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak.

Sambil menyifatkan perlakuan Speaker itu juga mempersendakan Dewan berkenaan, tetapi realitinya Nazri lah yang buta undang-undang dan mempersendakan peraturan dewan yang ada di Perak.

Nazri juga mempersendakan tindakan V.Sivakumar dengan berkata, "Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu" .

satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab dan tidak menghormati langsung undang-undang sesebuah negeri.

Pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini Nazri sepatutnya terlebih dulu merujuk dengan teliti asas dan peraturan yang ada sehingga Jawatankuasa hak dan kebebasan bertindak terhadap Zambry dan 6 Exco kudeta.

Kenyataan akhbarnya dengan menggunakan perkataan "komedi",dan "beliau langsung mempunyai bidang kuasa itu" adalah kalimat yang sengaja memperkecilkan tindakan yang dilakukan Speaker dan ahli jawatankuasa hak dan kebebasan yang sah menurut undang-undang.

Baca Seterusnya......

Rabu, 18 Februari 2009

Antara Paksa @ Rela .

Oleh YUSSAINE YAHYA

Kecoh benar akhbar hari ini dengan cerita ADUN Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan PR Selangor yang gambar beliau sedang tidur tersebar luas. ADUN dari PKR yang khabarnya masih bujang itu telah bertindak membuat laporan Polis dan mendakwa gambarnya telah dirakamkan secara curi dengan menggunakan telefon bimbit. Katanya lagi tindakan ini adalah tindakan tidak bermoral dan berunsur penganiayaan terhadap dirinya dan merupakan pencerobohan terhadap hak peribadinya.

Lebih menghairankan ada pihak yang menggesa YB Elizabeth Wong supaya segera meletakkan jawatan kerana maruah yang sudah tercalar ; sedangkan pihak yang membuat gesaan tersebut pernah suatu ketika dahulu di dakwa dan dibuat laporan polis ke atasnya kerana berpuluh kes rasuah. Walaupun pelbagai pihak mendesak supaya dia meletakkan jawatannya, haram tidak dipedulinya desakan tersebut, tiba-tiba sibuk pulak dia mendesak orang lain meletak jawatan.

Saya tak pasti apakah agama yang menjadi anutan YB ADUN Bukit Lanjan, namun daripada namanya saya pasti dia bukan seorang Muslim. Saya juga sangat pasti bahawa tidak ada satu agama pun di muka bumi ini yang membenarkan perbuatan merakam gambar bogel seorang wanita ataupun lelaki yang sedang tidur kemudiannya disebarkan secara meluas kepada umum. Ini adalah perbuatan keji lagi terkutuk.

Yang sangat menyedihkan saya ialah apa yang telah didedahkan oleh akhbar pada hari ini terutamanua akhbar KOSMO yang melaporkan perlakuan seks antara sepasang kekasih Melayu Muslim yang sedang kemaruk cinta. Aksi zina mereka dilakukan di sebuah pusat X-ray dan dirakam dengan alat perakam kononnya sebagai bukti cinta antara mereka. Masing-masing buka seluar dan selak kain dengan sukacitanya dan melakukan perbuatan zina tersebut dengan tanpa rasa segan silu.

Beza antara dua cerita panas ini adalah gambar bogel YB Elizabeth di rakam secara sedangkan aksi pasangan melayu muslim pula adalah dengan paksa dan tanpa sedarrela dan redha.Perbezaan berikutnya pula, YB Elizabeth adalah tidak muslim sedangkan pasangan kekasih melayu tadi adalah muslim.

Saya sangat bersetuju dengan saranan YB Sdr Salahudin Ayub supaya kes YB Bukit Lanjan disiasat secara adil dan telus sementelah dalam kes pasangan zina melayu ini pula, jika cukup bukti; maka menjadi kewajipan pemerintah melaksanakan hukuman Allah ketas mereka. Hukum hudud tidak terkena ke atas YB Bukit Lanjan atas alasan yang paling kuat bahawa dia bukan muslim. Namun atas pasangan zina tadi, maka wajib disebat seratus rotan jika belum berkahwin dan jika sudah berkahwin maka wajib direjam hingga mati.

Jika pemerintah Islam Hadhari tidak melaksanakan hukum ini keatas pasangan zina tadi, maka sahlah Islam Hadhari anutan pemerintah negara kita ini sesat dan terseleweng dari agama Allah yang benar. Entah kitab mana yang diikut mazhab Hadhari ini hendaklah kita pastikan betul-betul. Jika Al Quran dan As Sunnah pegangan mazhab baru ini, maka sudah tentulah seperti di ataslah hukumannya.

Al ‘Iz ibn Abdissalam pernah berkata di dalam kitab al Qawa’id dan Muamalat al Hukkam :

“Pemimpin dan pemerintah yang adil mendapat ganjaran yang sangat besar jika dibandingkan dengan semua makhluk berdasarkan pendapat yang disepakati oleh majoriti umat Islam, kerana mereka memikul bebanan menjaga kebaikan sejagat dan membenteras kerosakan yang menyeluruh”

Katanya lagi :

“Ganjaran pemimpin tertinggi melebihi ganjaran mufti dan qadhi, kerana manafaat yang diperoleh dan kemudaratan yang dihindari lebih sempurna dan menyeluruh”

Begitulah sebaliknya....

Baca Seterusnya......

UMNO Semakin Tertekan

Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi

Tidak sukar untuk mengesan tekanan yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN .
Apabila Harakah dan Suara Keadilan dirampas , ceramah umum tidak benarkan , polis dikerah untuk menangkap pemimpin pembangkang dengan pelbagai alasan di bawah pelbagai akta pula seperti akta hasutan , akta cetak , akta polis dan lain - lain termasuk menggunakan ISA . TV pula menggila dengan laporan dan ulasan sebelah pihak .

Ini bermaksud UMNO dan BN telah kehilangan daya dan kehabisan upaya untuk berdialog dan berdepan secara intelektual berasaskan hujjah dan berpaksi pula kepada kebenaran .

Laksana Namrud a'laihi laknatullah yang pernah menggunakan kekerasan dengan menangkap dan kemudiannya melempar Nabi Allah Ibrahim as. ke dalam unggun api yang besar setelah gagal menimbulkan kekeliruan dan tewas hujjah dengan Nabi Ibrahim as.

Langkah yang sama biasa diambil oleh penguasa - penguasa zalim di sepanjang zaman . Mereka sering menggunakan mantiqul quwwah [ hujjah kekuatan ] berbanding quwwatul mantiq [ kekuatan hujjah ] .

Bayangkan betapa UMNO dan BN yang menguasai media cetak dan elektronik dalam negara malah mampu menyebarkan maklumat kepada hampir 30 juta penduduk dengan begitu pantas masih bertindak bodoh dan liar dengan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta menghalang ceramah umum anjuran PAKATAN .

Jika mereka benar - benar kuat dan yakin rakyat bersama mereka sebagaimana yang di dakwa , untuk apa mereka menggunakan kekerasan dan menjadikan polis serta pelbagai institusi bagi melindungi kepentingan mereka . Malainkan sebenarnya UMNO dan BN lemah dan kini dalam keadaan tertekan .

Trauma menghadapi keputusan pilihanraya umum ke 12 yang dialami oleh UMNO dan BN masih belum pulih sepenuhnya . Bahkan ia membuatkan UMNO dan BN mudah hilang pertimbangan dan cepat pula hilang kawalan .

Hasil kajian saintifik , mereka yang belum pulih sepenuhnya dari trauma teruk yang dialami biasanya terdedah kepada perlakuan - perlakuan ganjil malah mampu mendatangkan mudarat kepada dirinya sendiri . Mereka boleh bertindak nekad dan mengganas tanpa sebarang nilai peri kemanusiaan dalam jiwa mereka .

Saya lihat inilah yang sedang dialami oleh UMNO dan BN sebuah parti yang telah mengalami trauma yang teruk dan kini dalam proses pemulihan yang sukar . Tengku Rithaudeen sendiri pernah mencadangkan agar wanita , pemuda , putera dan puteri UMNO di bubarkan demi merawat atau memulihkan UMNO . Jika tidak , UMNO akan binasa .
Baca Seterusnya......

Pengikut