KUALA LUMPUR: Mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno-BN, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.
Ketua
Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu
kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot
Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding.
Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah membayangkan bahawa beliau juga
tidak akan bertanding. Nama beliau juga sudah mendapat 'gap order' agar
tidak keluar dalam media yang dikawal BN.
Ketua Puteri Umno
Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pula diura-urakan sebagai
bukan calon winnable untuk pilihanraya umum ke 13 ini.
Ketua
Putera Umno, Abdul Azeez Rahim dikatakan bukan 'winnable candidate'
untuk Parlimen Baling. Ia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh
orang kanan Mahathir, Rocky Bru.
Ketua Ulama Muda Ustaz Fathul
Bari dilaporkan ditolak oleh Umno Perlis yang tidak mahukan calon
payung terjun di negeri tersebut.
Perkara ini dilaporkan Malay
Mail beberapa hari lepas yang menceritakan pertembungan antara
ahli-ahli Umno Kangar dan Arau di PTWC.
Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bertanding.
Di belah MIC pula, tidak diketahui samada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan bertanding.
Palanivel
pernah ditolak menjadi calon di pilihanraya kecil Hulu Selangor, di
mana P Kamalanathan dipilih untuk menjadi calon yang mengatasi Datuk
Zaid Ibrahim, yang mewakili PKR.
Kelakarnya,
bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu muncul dan menyatakan beliau
ialah 'winnable candidate' bagi BN di Sungai Siput.
Lebih
mengejutkan, satu insiden di mana seorang pemimpin kanan Umno yang
didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki di Putrajaya minggu lepas
dikatakan akan menyebabkan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor tidak bertanding mempertahankan Putrajaya kali ini.
Ini
pula diikuti desas-desus bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
bakal menggantikan Tengku Adnan yang bakal berdepan dengan Naib
Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Program pertama Husam di Putrajaya disambut hangat sehingga mengejutkan Umno sendiri.
“Ya.
Sambutan program pertama Husam di Putrajaya adalah di luar jangkaan
Umno. Bagi Umno, itu adalah luar biasa. Kini mereka terpaksa mencatur
semula. Kemungkinan Mahathir turun kembali bertanding ada walaupun
beliau menafikannya. Tingkat 2 B4 sedang mengatur strategi,” kata sumber
Umno kepada Harakahdaily lewat malam tadi.
Umno-BN, katanya, kali ini menghadapi masalah besar dalam menentukan calon.
“Pemillihan
calon kali ini ialah pertembungan Mahathir dengan Rosmah Mansor.
Kedua-duanya ingin memastikan calon mereka yang dikemukakan terpilih.
Mereka juga ingin memastikan jumlah calon Umno yang menang adalah dari
kem mereka,” kata sumber itu.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan
semua ketua sayap Umno tidak bertanding dan kesannya, berikut ialah
jawapan sumber Umno tersebut:
“Jika Umno betul berbuat demikian,
Umno akan hancur secara dalaman. Ahli-ahli Umno nak letak muka di mana?
Nak jelaskan macam mana? Rakyat akan lihat Umno semakin tidak stabil
dan akan tumbang.
"Saya tak pasti orang Tingkat 2 B4 sedang
berfikir, tapi yang pastinya jika semua ketua sayap tidak bertanding,
bersama dengan Chua dan juga Palanivel – BN akan hancur. Sebab itu
Mahathir dan kroninya Samy Vellu dilaporkan seperti berminat
bertanding,” tegas beliau.
Jadi siapakan calon-calon winnable pada pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Harakahdaily bertanya kepadanya.
“Winnable
itu main cakap saja. Winnable itu berdasarkan kesukaan Rosmah dan
Mahathir. Mahathir dilihat cuba mencatur segalanya demi masa depan
anaknya. Rosmah pula ingin mengekalkan kuasanya.
"Pernah tak
terfikir kenapa Najib menyandang Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat? Siapa sebenarnya yang nak sangat jawatan itu?
"Sebenarnya,
jika rakyat celik politik, rakyat akan soal, Umno jadi macam hari ini
bukan ke kerana Mahathir yang ingin menghancurkan Pak Lah (Tun Abdullah
Badawi) dulu. Sekarang beliau pula kata nak datang repair.
"Kita
pun tak tahu apa beliau nak buat. Sekarang Mahathir kempen ikut skrip
beliau sendiri – sehingga menyebabkan war room Najib kelam-kabut nak
pertahankan kenyataan Mahathir,” kata sumber Umno tersebut.
Mengapa Najib biar Mahathir berkempen?
Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini
Ahad, 14 April 2013
Ketua Pemuda, Wanita, Puteri, Ulama tak winnable?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan