Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Khamis, 20 Ogos 2009

Mohon sumbangan bantu warga emas, ibu tunggal dan saudara baru Islam

Bandar Darulaman – Sempena ketibaan bulan Ramadhan 1430/2009 ini, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) Kubang Pasu kerjasama Lajnah Kebudayaan dan Perpaduan Islam (LKPI) Kubang Pasu dan Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu akan menganjurkan program Ihya Ramadhan dan Aidil Fitri selama 2 bulan.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi penghayatan roh bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada makhluknya yang melakukan pelbagai ibadah seperti kebajikan di bulan ramadhan, di samping menunaikan kewajiban melakukan amalan puasa wajib.

Menurut Pengerusi LKPI, Yusof Hj Ahmad bahawa, sebuah urusetia telah dibentuk bagi menjayakan program Ihya Ramdhan dan AIdil Fitri di peringkat kawasan Kubang Pasu. Di mana pelbagai aturcara telah disusun yang melibatkan gerak kerja menghulurkan bantuan kebajikan, program ceramah serta aktiviti lain yang melibatkan komuniti setempat.

“Objektif program ini diadakan adalah untuk membangkitkan kesedaran kepada setiap individu muslim dalam masyarakat supaya berlumba-lumba melakukan kerja kebajikan di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, di samping menjalani ibadah puasa yang telah diwajibkan ke atas mereka, katanya.

Katanya lagi, program lain yang telah disusun oleh pihaknya ialah memberi sumbangan berupa bahan makanan seperti beras, minyak masak, buah kurma dan ayam segar kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan saudara baru Islam pada hari esok (21 Ogos). Di mana sumbangan tersebut akan disalurkan melalui Majlis Ketua Kampung (MKK), Ketua Pas Cawangan serta pimpinan Pas kawasan di tempat masing-amasing, katanya..


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Asri Baharom berkata, dianggarkan sebanyak RM 60 ribu diperlukan bagi menjayakan program tersebut. Sumbangan tersebut dikumpulkan dari orang ramai yang ingin membuat kebajikan melalui PAS Kubang Pasu".

“Di samping sumbangan berupa kewangan, pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk bahan makanan, pakaian serta kueh-mueh, katanya.

Asri berkata, pihaknya telah menerima sumbangan berupa beras sebanyak 300 kampit dari seorang usahawan yang bermurah hati untuk melihatkan usaha yang kami rancang dapat dijayakan dengan sempurna”.

“ Pihaknya juga telah akan menganjurkan majlis berbuka puasa peringkat Dun Jitra dan Bukit Kayu Hitam, bantuan makanan dan wang kepada saudara baru Islam, ceramah Nuzul Quran, penghayatan 10 malam terakhir Ramadhan dan juga program Ukhwah AIdil Fitri Peringkat Kubang Pasu, katanya.

Sehubungan itu juga, pihaknya merayu kepada mana-mana individu, syarikat, korporat, hartawan maupun jutawan yang ingin turut menyumbangkan bagi menjayakan program tersebut supaya dapat menghubungi pihaknya di talian : 012-5445084 (Asri), 019-4106863 (Hj Hashim) dan 019-5260745 (Ustaz Yusof).
Baca Seterusnya......

Pengikut