Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Rabu, 7 Disember 2011

Umno sekongkol dengan MCA hina hukum Islam

Oleh Raja Ahmad Al Hiss

Dewan Pemuda PAS merasa kecewa kerana Umno sanggup menjadikan  pentas forum untuk bersekongkol dengan MCA bagi memburukkan Islam dan PAS.Bahkan dalam forum tersebut yang dianjurkan oleh Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (Insap), wakil Umno turut ‘tumpang sekaki’ membelasah hukum Islam itu.

 DPP Malaysia khuatir, aqidah beliau dan Umno akan rosak kerana membiarkan agama Islam diperlekeh oleh mereka yang memusuhi Islam

Pemuda PAS tidak sangka wakil Umno iaitu Mohd Kamal Sadin tanpa segan silu mempertikai hukum Allah dan mendakwa hukum Hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Jika demikian, Pemuda PAS Malaysia ingin bertanya apakah hukum hudud yang mengikut syariat Islam yang sebenarnya? Kemukakan dalil, bukti serta nas yang berkaitan sebagai panduan kepada PAS dan umat Islam mengenai hukum Islam yang sebenar.

Pemuda PAS mencabar Umno untuk kemukakan hukum hudud dengan versi Islam ala-Umno. Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam, hukum hudud yang manakah paling menepati syariat Islam untuk PAS dan negeri Kelantan contohi jika hukum hudud yang dibawa oleh Kelantan tidak menepati syariat Islam?

Pemuda PAS percaya kepimpinan dan ahli PAS bahkan seluruh umat Islam di Malaysia ternanti-nanti apakah hukum Islam yang sebenarnya yang akan dibawa oleh Umno. Itupun jika mereka masih berfikir mahu melaksanakan Islam.

Namun sehingga ke hari ini, tiada usaha sedikitpun oleh Umno untuk melaksanakan hukum Islam. Kerana itulah mereka membiarkan sahaja hukum hudud dipersenda. Bagi mereka hudud adalah perkara kecil yang tidak penting kepada umat Islam.

Sedangkan hudud yang difahami oleh semua umat Islam, adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan. Ia adalah penawar kepada penyakit masyarakat dan ubat bagi melahirkan masyarakat dan negara yang makmur dan diberkati.

Jika Umno gagal kemukakan contoh hukum Islam versi Umno, Pemuda PAS meminta agar Umno jangan pertikai usaha yang ingin dibuat oleh PAS. Jika ada cadangan atau kiritikan, perlu dibuat penambahbaikan, bukan mempertikaikannya.

Pemuda PAS juga sanggup menawarkan kepada Mohd Sadin dan semua ahli Umno kelas syariah bagi mempelajari asas-asas Islam supaya mereka mengetahui hukum Islam yang mana wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Umno perlu mendalami Islam supaya mereka turut sama bangkit membela Islam dan tiada lagi insiden penghinaan Islam dalam forum terbuka seperti semalam.

Dengan kejadian ini, Pemuda PAS memohon campurtangan Majlis Raja-raja bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam. Pemuda PAS menganggap ia suatu isu yang besar dan boleh melibatkan kepentingan agama Islam di negara ini.

Ini juga sebagai pengajaran keras buat penganjur agar lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti umat Islam. Sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, Majlis Raja-raja berhak campurtangan  bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Penulis adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS
Baca Seterusnya......

Isnin, 21 November 2011

Bahaya ‘ekstremis kanan’ pertahan kerajaan?

Oleh MOHAMAD SABU

SELEPAS berlakunya muafakat antara partiparti politik PAS, DAP dan KeADILan dan situasi pertandingan satu lawan satu semasa menghadapi Barisan Nasional dalam pilihan raya umumhttp://4.bp.blogspot.com/_a_FV5lG7fWI/TSj2LtYTneI/AAAAAAAAGCg/F9XB8XdRzhE/s400/mohamad_sabu1.jpg (PRU) ke-12 pada Mac 2008, kita melihat di atas muafakat itu maka BN sudah kecundang di Semenanjung.

Undi popular diperolehi Pakatan Rakyat lebih kurang 52 peratus dan BN pula sejumlah 46 peratus, sementara dua peratus undi rosak.Pergantungan BN untuk memerintah adalah undi di Sabah dan Sarawak. Untuk mengekalkan kuasa Umno-BN, pergantungan utama mereka sekarang ini adalah kepada empat sumber yang utama iaitu Melayu luar bandar, peneroka Felda dan Felcra, undi pos dan undi Bumiputera miskin di Sabah Sarawak. Mengapa empat sumber ini?

Penduduk bandar walaupun Melayu sudah majoriti menolak Umno-BN seperti di lembah Klang, kawasan berhampiran bandar seperti Alor Setar, Kota Bharu dan Ipoh. Oleh itu garis pertahanan Umno-BN ialah hanya kepada empat faktor ini sahaja iaitu Melayu luar bandar, peneroka Felda dan Felcra di mana ia suatu kelompok penduduk yang dikawal dan dikongkong oleh Umno-BN, undi pos yang boleh dimanipulasi serta undi Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dalam kemiskinan yang mana bumiputera ini mudah disogokkan dengan janji pembangunan.

Saya menjangkakan berdasarkan keputusan pilihan raya lalu (2008), bandar-bandar seperti Kuching Sibu dan Miri dan selainnya tidak lagi menyokong BN. Begitu juga di Sabah.

Oleh itu, kebergantungan bumiputera di Sabah dan Sarawak yang miskin menyebabkan Umno-BN boleh eksploitasi janji pembangunan untuk mendapatkan undi golongan ini.

Oleh itu, menjelang PRU13 untuk meningkatkan undi luar bandar dan undi pos serta bekas tentera dan polis, semuanya orang Melayu; maka isu perkauman dan Raja-Raja Melayu dan agama (Islam) dimainkan isu ini terutamanya sekali di Pulau Pinang, Perak, Selangor.

Perak telah ditawan melalui rampasan kuasa 2009 sebelum itu mereka memainkan perkauman yang hebat kononnya MB Perak telah gadai tanah kepada orang Cina iaitu berikan geran kepada tapak tempat orang-orang Cina duduk sejak zaman darurat.

Kemudian di Pulau Pinang isu ini juga dimainkan iaitu dengan menuduh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng anti-Islam cuba meminta alim ulama mendoakan nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong ketika berdoa.

Di Selangor sedemkian rupa juga dengan isu pengharaman azan, kuil Hindu dan murtad dimainkan oleh Umno-BN secara besar-besaran untuk menarik sokongan Melayu dengan mereka menyedari bahawa undi bukan Melayu sudah pasti tidak memihak kepada mereka terutamanya di kalangan kaum Cina dan India. Hanya tinggal undi Melayu sahaja.

Itupun tidak berjaya dimainkan oleh mereka dan rakyat agak kurang terpengaruh dengan isu-isu itu. Kemudian oleh kerana bekas tentera dan polis di luar bandar amat benci dengan komunis atas peranan komunis sebelum dan selepas Tanah Melayu merdeka, mereka (komunis) meneruskan tindakan komunisme terhadap kerajaan Tanah Melayu dan Malaysia hingga perdamaian pada tahun 1989 menyebabkan kebencian Melayu terhadap komunis tinggi.

Memutarbelitkan Oleh itu, Umno khasnya telah mengambil kesempatan memutarbelitkan ucapan saya terhadap sejarah kemerdekaan terutama cuba meletakkan pejuang kemerdekaan termasuklah Mat Indera dalam Sejarah Pengukir Nama Johor keluaran Warisan Johor dan ditandatangani oleh Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan disemak oleh Prof Dato’ Ramlah Adam dan Prof Abu Bakar Hamid menyebabkan isu itu dimanipulasi Umno besarbesaran untuk tarik sokongan orang Melayu bekas polis tentera dan Melayu luar bandar kepada Umno-BN.

Isu inipun kurang memberi kesan menarik orang Melayu menyokong Umno. Mereka kini cuba memainkan pula isu Raja-raja Melayu dengan isu kadar jenayah yang tinggi yang disebut Guan Eng dalam majlis sembang-sembang di Singapura bukan rasmi diputarbelit hingga menyebabkan Sultan Johor terguris.

Ini perbuatan untuk menimbulkan rasa kononnya pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Begitu juga isu terhadap yang dihadapi Prof Abdul Aziz Bari seorang pakar undang-undang khususnya perlembagaan dan memang ahli akademik mengiktiraf Aziz ini memiliki keupayaan dan pakar dalam hal perlembagaan.

Pandangan Sultan Selangor dan mana-mana sultan yang membuat pandangan boleh diolah dan diberi pandangan oleh pihak lain tetapi perkara ini diambil kesempatan oleh Umno- BN sehingga berlakunya tindakan penggantungan ke atas Azizi Bari dan penentangan daripada pelajar yang adakan himpunan aman bantah kerajaan gantung Aziz Bari dan kemudian ditarik balik.

Apa yang saya mahu tekankan dalam penulisan saya kali ini ialah bukan soal pertarungan memberikan hujah, pertarungan menghujahkan minda tetapi mungkinnya tindakan di luar garisan demokrasi seolah-olah direstu oleh kerajaan. Ini amat berbahaya berlaku dalam trend politik Malaysia sekarang ini.

Misalnya perbezaan pendapat yang diputar belit Utusan Malaysia terhadap sejarah kemerdekaan Tanah Melayu hingga saya dapat ancaman daripada pelbagai pihak yang mencadangkan kerakyatan saya ditarik; ada yang mencadang saya dibuang ke Laut China Selatan; juga ada ugutan untuk melenyapkan saya daripada muka bumi Malaysia; ada juga yang mengugut saya dan keluarga untuk menyimbah asid dan kemuncaknya tindakan cubaan bakar pintu pagar rumah saya bulan lalu.

Soalnya mengapa pertarungan pertentangan fikiran dan hujah ini seolah-olah diizinkan tindakan fizikal terhadap orang yang beri pandangan berbeza? Kerajaan harus serius dalam hal ini kerana tindakan fizikal ini amat berbahaya kepada masa depan negara dan suasana politik negara jika kerap berlaku pada masa akan datang.

Begitulah juga apa yang berlaku ke atas Aziz Bari sepatutnya hujah beliau terhadap titah Sultan ini dijawab oleh pakar perlembagaan atau profesor secara hujah, dan memberi pandangan berlainan.

Namun trendnya Aziz Bari digantung khidmat (walaupun telah ditarik semula) dan lebih malang lagi hingga ada yang kririm peluru mengancam Aziz Bari dan ancam nyawanya.

Inilah trend politik di Malaysia berada dalam keadaan tidak sihat. Sekarang ini saya melihat muncul golongan ekstremis kanan. Kita nampak seolah-olah kerajaan tidak membendung kebangkitan ekstremis ini yang boleh memberi ancaman nyawa keselamatan masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri dan polis mesti bertindak segera supaya memainkan peranan untuk meredakan keadaan daripada ancaman fikizal ini. Biarlah digalakkan pertarungan politik atau hujah dengan hujah bukannya kekerasan.

Baca Seterusnya......

Ahad, 20 November 2011

Umno-BN huru-harakan sistem pendidikan

Oleh Penulis Khas

Kali ini kita ingin menyentuh isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ihttp://1.bp.blogspot.com/-X59G18PA08g/TaAr7XUl_mI/AAAAAAAADNY/5fTpVCZKqKw/s730/mahyudin.jpgnggeris (PPSMI) yang menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hanya dimansuhkan sepenuhnya di sekolah rendah pada 2016 manakala di sekolah menengah pada 2021.

Apa yang kita ingin ulas di sini pendekatan ‘soft landing’ yang dikatakan oleh Muhyiddin yang memberi sekolah kebebasan penuh untuk menentukan sama ada untuk terus menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dalam pelaksanaan program PPSMI yang terakhir tamat pada 2015 (sekolah rendah) dan 2020 (sekolah menengah).

Muhyiddin yang dilihat sebagai tunduk kepada kedua-dua pihak yang menentang dan menyokong PPSMI, mungkin bagi kepentingan politik diri dan partinya; seolaholah memberikan situasi menang-menang (win-win situation) yang diharapkan dapat memuaskan Gerakan Menentang PPSMI (GMP) yang terbabit dalam satu demonstrasi besar-besaran di ibu kota pada Mac 2009 yang turut disertai Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said dan juga kumpulan pro- PPSMI yang digerakkan oleh Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) yang diterajui oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim.

Pengerusi Page ini sebelum ini mengertak Muhyiddin bahawa pihaknya tidak akan memberi undi kepada Umno-BN jika desakan mereka tidak dipenuhi. Gertakan ini dipercayai menyebabkan Muhyiddin terpaksa mengambil pendekatan memanjangkan tempoh hayat PPSMI sehinggalah pada tahun 2021 dan bukannya serta-merta se perti dituntut GMP!

Jika diamat-amati akhbar harian bahasa Inggeris mereka menganggap keputusan Kementerian Pelajaran untuk terus membenarkan murid-murid diajar dalam bahasa Inggeris bagi subjek berkenaan sehingga lima tahun lagi bagi sekolah rendah dan 10 tahun bagi sekolah menengah, adalah kemenangan kepada pihak pro-PPSMI manakala akhbar Melayu yang dulunya bermati-matian memuji inisiatif PM (kini bekas) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memaksakan PPSMI di sekolah-sekolah mulai 2003, kali ini menyokong kuat pula inisiatif Muhyiddin mengikut dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berhubung PPSMI, semua sekolah diberi kebebasan penuh sama ada untuk menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan Muhyiddin berkata bahawa pihak sekolah lebih mengetahui keadaan pencapaian murid dan pelajar masing-masing selepas PPSMI dilaksanakan (2003). “Sekolah lebih mengetahui keadaan pelajar dan murid mereka, kerana sekarang pun sekolah sudah membuat keputusan sendiri.

Misalnya, sewaktu kita meminta mereka (sekolah) menggunakan bahasa Inggeris untuk PPSMI, tetapi mereka tidak berbuat demikian sebaliknya memilih bahasa Melayu kerana ada pelajar dan murid yang tidak faham, jadi mereka boleh teruskan.

Lagipun, kita (kementerian) tidak mahu mengganggu proses pembelajaran sedia ada, lebih-lebih lagi jika mereka (guru dan pelajar) sudah biasa dengan keadaan ini,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata.

Bagi kita, memberi kebebasan kepada sekolah (perlu diingat ada hampir 10,000 sekolah di tanah air kita), dalam perkara dasar seperti bahasa adalah ‘kerja gila’ yang secara terang memperjudikan masa depan generasi muda dan negara dan jika hal ini dibuat berdasarkan kepentingan untuk mendapatkan sokongan politik, ia tindakan paling jelek kerana menjadikan anak-anak sebagai mangsa.

Murid dan pelajar menjadi ‘guinea pig’ (tikus eksperimen) bagi memenuhi nafsu pemimpin yang rakus meraih undi sokongan demi untuk berkuasa dulu, kini dan selamanya.

Bagi kita tiada kompromi dalam soal pendidikan; jika dulu dan kini kita sudah mempunyai sistem pendidikan pelbagai dengan kewujudan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (hal ini tidak berlaku pun di negara lain seluruh dunia) dengan memberi kebebasan kepada sekolah untuk memutuskan apa bahasa yang sesuai akan mewujudkan ‘standard’ (piawai) yang berbeza-beza.

Kita amat khuatir jurang pendidikan akan semakin melebar; akan wujud sekolah-sekolah kelas satu, dua dan tiga.

Itulah, dunia pendidikan kita sudah dicemari oleh tangan-tangan kotor politikus, sewajarnya tiada campur tangan politik dalam pendidikan; biarkan mereka yang arif dalam bidang ini menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Mengikut maklumat yang kita terima, guru- guru sudah bosan dengan permainan politik ini kerana bukan saja anak murid yang menjadi ‘tikus eksperimen’, mereka berlebih lagi, ramai menggalami gangguan jiwa kerana terpaksa menanggung bahana akibat sudah huru-hara sistem pendidikan kita.

Masakan tidak tunggang-langgangnya dunia pendidikan kita kerana sekolah (siapa dia; pengetua, guru, murid atau PIBG?) berhak menentukan bahasa apa yang akan digunakan di sekolah mereka!

Baca Seterusnya......

Sabtu, 19 November 2011

Mahathir tak layak bercakap pasal bersatu

Oleh Subky Latif

ISU orang Melayu tidak bersatu bukan suatu yang baru. Ia telah diperkata oleh UMNO sejak Tunku Abdul Rahman Putra masih ada.

Masa itu http://1.bp.blogspot.com/_QZ6z7NdGoVo/SHuFAX0WEKI/AAAAAAAAATQ/lmFZ7QNP8X4/s400/mahathir%3D1.jpgParti Semangat 46 sedang bertenaga. Tunku dan Tun Hussein Onn terkeluar dari UMNO (Baru). Para pemimpin UMNO (Baru) menjaja isu apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu. Mereka kononnya amat bimbang. Sama seperti yang Dr. Mahathir masih bimbangkan hari ini.

Kalau sebelumnya dikatakan Melayu itu berpecah antara UMNO dan PAS saja, kita itu sudah dijadi tiga dengan adanya S46.

Menjawab Tunku yang naik pentas PAS masa itu, adanya orang Melayu dalam berbagai parti, bukan tanda perpecahan tetapi ia dibenarkan oleh demokrasi.

Dr. Mahathir mengulang lagi, sekarang orang Melayu bukan sekadar berpecah antara PAS dengan UMNO, malah ada pula KITA dan lain-lain.

Dulu PAS tak berkawan dengan DAP. Hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC. Tetapi UMNO kata ia bimbang. Sekang mungkin bimbangnya bertambah kerana PAS berkawan pula dengan DAP. Tetapi asas bimbang itu sama dulu dan sekarang.

Masa Dr. Mahathir berkuasa dulu, perpecahan orang Melayu bukan sekadar antara PAS dan UMNO. Melayu juga berpecah kepada Semangat 46, Berjasa yang ditaja oleh UMNO dan Hamim pimpinan Tan Sri Asri yang direstui oleh Dr. Mahathir.

Sama saja dengan sekarang ada KITA dan PKR. Tetapi adanya KITA itu samalah dengan adanya S46, Berjasa dan Hamim dulu. Adanya sekejap saja dan adanya seperti tak ada saja.

Beza sekarang ada PKR yang kedudukannya lebih kuat dari S46.

Katakanlah keadaan itu tidak baik pada orang Melayu, maka ia banyak disebabkan oleh politik Dr. Mahathir sendiri.

Apa untungnya PAS berada dalam BN? Perpecahan Melayu itu dapat diredakan, malah ia seperti hampir bersatu. Tetapi yang memecahkannya ialah Dr. Mahathir sendiri. Berseteru semula PAS dengan UMNO. Angkara siapa? Jika tidak baik, Dr. Mahathirlah yang menjadikan begiu.

Kemudian berpecah pula orang Melayu kepada Berjasa dan Hamim. Siapakah yang mendorongkan wujudnya parti itu? Jangan kata Dr. Mahathir tidak ada peranan.

Kemudian tinggal PAS dengan UMNO semula kerana Berjasa dan Hamim ada seperti tidak. Tetapi gara-gara politik Dr. Mahathir memecah belahkan UMNO, muncul pula S46. Orang Melayu terbagi tiga pula. Dari dua jadi tiga. Jangan kata ia bukan angkara Dr. Mahathir!

Selepas S46 hilang stamina Melayu kembali berpecah kepada dua semula. Tetapi Dr. Mahathir berkarinah lagi. Ditendangnya pula Anwar Ibrahim dari Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Ia menyumbang kepada keadaan yang ada sekarang. Anwar dan penyokong-penyokongnya dalam UMNO membentuk PKR. Apakah keadaan yang ada ini suatu yang tidak baik bagi orang Melayu?

Kalau ia satu malapetaka kepada bangsa Melayu, maka antara orang yang menjadikannya begitu ialah Dr. Mahathir. Punca besar perpecahan itu dalam setiap kejadian adalah dari Dr. Mahathir. Jika dia tidak tendang PAS dari BN, mungkin BN itu boleh menjelma mejadi sebuah parti dominan orang Melayu.

Tetapi kerana politik gilanya memperbodohkan Tun Hussein Onn, orang tua terpengaruh lalu menendang PAS. Dato Asri, Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz tidak boleh disalahkan. Mahathir mesti belajar menyalahkan dirinya sendiri.

Kalau dia marah orang Melyu jadi begitu, dia kena marah dirinya dulu. Kalau dia menangis, itulah tagis buaya. Tangis yang sudah tidak ada erti.

Katakanlah orang Melayu betul berpecah. Yang melebar dan memperkuat perpecahan itu ialah diskriminasi kerajaan UMNO terhadap orang PAS dan anak-anaknya. Orang Islam dan orang PAS yang tidak bersama UMNO dilihat sebagai orang Melayu kelas tiga.

Orang Melayu kelas satu ialah UMNO yang menyokong Perdana Menteri. Melayu kelas dua yang tidak menyokong Perdana Menteri dan Presiden UMNO. PAS adalah Melayu kelas tiga.

Amalan diskriminasi UMNO itu lebih memecahkan orang Melayu dibandingkan dengan kewujudan beberapa parti Melayu.

22 tahun dia berkuasa dia tidak dapat buat apa-apa untuk menyatukan orang Melayu. Sepanjang masa dia memecahkan orang Melayu. Yang layak baginya bukan menyesali perpecahan itu tetapi menyesali dirinya tidak buat apa-apa untuk menyatukan orang lain.

Baca Seterusnya......

Jumaat, 18 November 2011

Tuan Ibrahim: Usah puas hati dengan media baru

MEDIA  baru memang dilihat mampu mengimbangkan pengaruh dan propaganda media tradisional, malah mengatasihttp://1.bp.blogspot.com/_JqIvIKg-tiQ/RqgQm5YjwkI/AAAAAAAAAAc/52vCBp7d4pE/s1600/UstDTuanSmallC.jpgnya. Ia bukan lagi terhad di bandar-bandar besar, namun untuk PRU13 nanti, banyak lagi faktor lain yang mesti diambil kira. Kepada PAS, mampukah ia meyakinkan pengundi Melayu untuk turut sama membuat perubahan besar? Ikuti wawancara wartawan, AHMAD LUTFI OTHMAN dan SAIDAH HAIRAN, dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di pejabat Harakah, baru-baru ini.

HARAKAH: Sekarang banyak pihak bercakap soal pengaruh media baru dalam politik. Di Malaysia, dari satu segi, "padang permainan" semakin rata berbanding penguasaan mutlak pemerintah dahuludi. Namun, ada yang bimbang jika  aktivis parti (PAS) yang obses dengan kuasa siber ini secara tidak sedar mungkin meremehkan tugas-tugas tradisi, melalui medium biasa, tapi berkesan seperti pendekatan bersemuka dengan rakyat ...

TUAN IBRAHIM: Saya tengok dari sudut peranan media baru ada banyak yang mengubah persepsi masyarakat. Cuma ruanglingkup masih terhad. Terdapat jurang yang jauh di antara suasana di bandar, pinggir kota dan luar bandar. Pengaruh terhadap masyarakat bandar hebat sehingga mereka sanggup  membuat perubahan politik.

Namun, di kawasan luar bandar masih lagi kuat penggantungan pada media tradisi. Sememangnya media tradisi tidak boleh ditinggalkan. Kita masih kekalkan program ceramah, dialog dan pendekatan bersemuka.

Kita juga risau dengan media baru yang tiada kawalan. Dalam konteks ini, bagaimana kita boleh mengurus tenaga yang ada fikrah atau kesedaran untuk digembling, supaya kita boleh lebarkan penerimaan masyarakat. Tinjauan menunjukkan pengaruh media baru di kampung agak terhad. Jika boleh mencetaknya  daripada sumber itu, dan diedar, ia lebih berkesan.

Maknanya kalau orang baca internet, kemudian print-out dan boleh edar, maka ia lebih berkesan. Jadi, kita sedang berusaha wujudkan satu pasukan supaya mereka boleh manfaatkan sumber internet dengan berkesan. Kalau boleh, dalam setiap ceramah ada bahan  yang diedar kepada orang ramai untuk dibawa, dalam bentuk CD, bahan bercetak dan sebagainya. Ini amat berkesan untuk sasaran yang kita tumpu.

Mungkin yang datang dengar ceramah itu kebanyakannya ahli kita tetapi di rumah mereka mungkin bukan, jiran mereka mungkin bukan. 

Sekarang kita tengok di negeri Pakatan, seperti Kelantan. Kita ada banyak bahan, begitu juga di Selangor, di Kedah. Mereka terbit  buletin, cuma sejauh mana kita dapat manfaatkannya lebih meluas. Soal pengedaran mesti diberi perhatian besar. Ada kalanya cetak banyak tapi tak teredar.


 Dahulu ramai mengeluh soal maklumat tidak sampai kepada sasaran. Kini, dengan perkembangan pantas ICT dan maklumat di hujung jari, apakah senario politik dapat diubah dengan mudah?

Kalau kita tengok sirah Rasulullah, Islam datang dalam satu istilah "Alfathu", iaitu buka. Islam itu cukup menentang elemen menutup pandangan, pemikiran dan maklumat kepada rakyat. Islam datang untuk buka, bukan untuk paksa. Konsep buka itu menarik. Islam datang bukan untuk menjajah tetapi membuka. Supaya rakyat dapat buka minda, buka telinga. Dengan konsep buka itu rakyat dapat membuat perubahan.

Sebab itu kalau kita tengok aduan Nabi Nuh a.s. "Ya Allah, apabila aku menuju kepada mereka, mereka tutup telinga, tidak mahu mendengar." Sebab itu Islam datang untuk buka. Justeru, kita menentang apabila permit diberi secara terhad, tauliah ditarik.

Sebenarnya zaman Nabi pun ada tauliah. Misalnya,  Nabi temuduga Muaz  bin Jabal dahulu sebelum beliau mengajar. Jadi konsep temuduga itu ada. Nabi tanya dan apabila sudah yakin baru boleh mengajar. Sayidina Ali masuk satu masjid, melihat seorang lelaki sedang mengajar. Habis mengajar lelaki itu dipanggil dan ditanya soalan. Apabila Ali yakin dengan jawapannya, lelaki tersebut boleh meneruskan mengajar.

Tetapi Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Othman, orang seperti ini tidak perlu ditemuduga. Maknanya, ada orang yangkita yakin dengan ilmunya, kerajaan sepatutnya mendorong mereka mengajar. Apabila kita rasa bimbang dan ragu dengan ilmu mereka, panggil untuk ditemuduga.

Umumnya, bila berlaku pembukaan minda, saya yakin perubahan akan berlaku.

Begitu juga dengan pengaruh  model teladan. Di Makkah,  13 tahun Nabi berdakwah, tidak sampai  1,000 masuk Islam, tetapi di Madinah, hanya selepas  10 tahun berdakwah, lebih 300,000 masuk Islam.

Rakyat akan buat perubahan kalau mereka yakin. Jadi, macam mana kita hendak bina keyakinan? Orang mudah yakin kalau mereka tengok contoh. Justeru, kita kena pertahan kemenangan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan di Selangor, sebab kita nak tunjuk model.

Kedua, yakin dengan ilmu melalui proses kuliah, pengajian dan ceramah. Ada benda yang kita tidak perlu tengok, seperti yakin dengan dosa dan pahala serta alam akhirat. Sebab itu orang beriman mereka boleh yakin walaupun tidak ada model. Masyarakat awam tidak boleh, mereka perlukan model sebab mereka hendak tengok.

Sebab itu kita kena pertahankan kemenangan. Penggal pertama kita menang memang cabaran banyak kerana hendak bersihkan perkara yang Umno-BN tinggalkan. Bagaimanapun setelah kita tunjuk model, rakyat baru yakin dengan pencapaian ekonomi kita, insya-Allah.

 

Orang selalu membandingkan, kenapa tahun 1999, zaman reformasi, internet belum meluas, tetapi pencapaian kita baik, terutama di kalangan orang Melayu. Namun, pada  2004, perkembangan media baru jauh lebih maju, tetapi hasilnya BN mencapai keputusan pilihan raya paling membanggakan.
 

Faktor perubahan itu banyak, termasuk media baru.  Tapi pada  1999 ledakan itu adalah isu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudian kemarahan rakyat tinggi terhadap Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.  Apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan PM, sentimen orang marah kepada Dr Mahathir hilang. Rakyat kembali meletakkan harapan.

Ini ada kelemahan pada kita. Kita harus fokus pertembungan bukan kepada manusia tetapi dasar. Kita jangan letakkan pertembuangan dengan manusia sebab apabila individu itu tidak ada, rakyat rasa individu lain okey. Sebab itu kita bukan lawan faktor peribadi tetapi lawan Umno kerana dasar. Dasar tetap kekal.

Majoriti pengundi masih bergantung pada isu yang berlaku ketika itu. Umumnya di Malaysia, pengundi bandar dan luar bandar itu hampir seimbang. Pengaruh media baru boleh menguasai pengundi bandar dan pinggiran bandar tapi di luar bandar ia bergantung pada isu.

Misalnya,  tahun 1999 di Pahang kita menang enam kerusi. Enam kerusi termasuk kawasan Felda yang lojiknya payah kita menang. Saya bertanding di Dun Jengka, yang  ada 10 peti undi, 9 daripadanya Felda. Waktu itu, Ketua Umno dan AJK sokong kita. Saya pergi jumpa mereka dan mereka tidak boleh terima hakikat Mahathir pecat Anwar.

Jadi saya ingat perubahan itu bergantung pada isu. Mutakhir ini kita agak beruntung sebab kita boleh jawab lebih mudah. Bila timbul isu kita terus boleh jawab. Dulu, kalau muncul isu menyerang kita, terpaksa dibuat road show sampai dua bulan.  Sekarang apabila timbul isu, dalam sehari kita masuk youtube,  rakyat dapat akses dan mampu buat penilaian. Cuma mesti ada mekanisma lain agar penjelasan dapat sampai kepada orang yang tidak ada internet.

 

 

Mungkin daripada segi ICT, soal teknikal misalnya, kita sudah sudah setaraf dengan pesaing kita, tetapi bagaimana pula dengan pengisian dalam media baru itu. Sejauh mana persiapan  dibuat agar kandungannya bermutu dan boleh diyakini?

Memang kita ada beberapa mekanisma yang perlu diselesaikan. Pertama, ada blogger yang secara sukarela menjawab isu. Kedua, mekanisme dalam parti sendiri. Dan ketiga, ada ahli parti yang mengisinya, tetapi penyelarasan menjawab itu tidak berlaku

Ada ustaz yang naik ke pentas dan dalam kuliah, kadang-kadang jawapan mereka  tidak selaras dengan kehendak parti. Mungkin mereka hanya timbulkan isu agama dan tidak dalam konteks politik. Pertama, kita perlu wujudkan rangkaian di antara parti dengan simpatisan,  iaitu blogger kita.

Baru-baru  ini ada seminar ICT bersama Lajnah Penerangan dan Dakwah. Saya fikir ini satu pendekatan yang sangat baik. Timbalan Penerangan PAS Pusat, Dato' Seri Nizar Jamaluddin bertanggungjawab menguruskan bagaimana hendak mencari tenaga dan bahan, supaya bahan ini selaras dengan kehendak parti.

Kadang-kadang timbul sentimen melampau sehingga ada yang menulis dengan emosi. Memang kita akui hendak kawal individu agak payah tetapi perlukan penyelarasan dan kawalan. Kita ada Meja Penerangan Pakatan Rakyat. Diputuskan setiap bahan dari negeri mesti disalurkan ke Meja Pakatan Rakyat. Senang untuk semua pihak membuat rujukan.
 
Kita tak mahu perubahan di Kelantan misalnya tidak diketahui di negeri lain, misalnya Johor.  Perubahan itu mesti dapat dikongsi oleh lebih ramai khalayak. Di Selangor banyak  bahan tetapi bukan terhad untuk Selangor sahaja. Bila Kedah buat perubahan, negeri lain mesti mendapat maklumat.

Jadi, Meja Pakatan Rakyat ini sebagai penyelaras. Cuma halangan kita adalah kekangan kewangan untuk menyebarkan bahan-bahan itu, misalnya Buku Jingga.

Seterusnya, apa yang ditimbulkan blogger Umno. Kita mesti pastikan orang ramai tidak terpengaruh dengan fitnah mereka. Untuk menjawab fitnah itu, kita kena ada satu jawatankuasa khas.

 


Masa 1999 dahulu, semangat kesukarelawanan untuk menyebarkan maklumat begitu tinggi. Tanpa disuruh, masing-masing ghairah mengedarkan bahan, walaupun terpaksa mencetak daripada internet dengan kos sendiri. Rasanya, hal seperti itu agak merosot sekarang ini, masing-masing mengharapkan pihak atasan, yang berautoriti melakukannya.

Saya tengok apabila masing-masing buat, semua orang perlu fikir ada penyelerasan. Cuma perlu mewujudkan beberapa orang penting yang boleh menjadi penyelaras dan boleh mengumpul tenaga. Sebagai contoh, kita ada blogger yang hebat dan apabila kita buat pertemuan, mereka gembira. 

Masalah kita adalah dana. Kalau kita boleh wujudkan satu jawatankuasa, kita kena bagi peruntukan untuk mereka, terutama untuk menyelaraskan isu. Kita ada beberapa orang yang boleh membantu hal ini, dan ia mesti disegerakan.

 

Ya Dato', masa cukup suntuk sekarang, segala masalah termasuk dana mesti diselesaikan segera.

Pertama, dari sudut media baru kita kenal pasti beberapa tenaga penggerak melalui rangkaian Lajnah Penerangan dan Dakwah. Apabila timbul isu, mereka boleh ambil dan sebarkan dengan cepat. Insya-Allah, cuma mampu atau tidak untuk kita menjawab dengan baik.

Kita perlu manfaatkan tenaga kita, misalnya blogger yang mendapat sambutan baik seperti cukup baik. Pengalaman mereka perlu dikongsi bersama dengan blogger lain. Blog yang baik itu mesti dihubungkan dengan blog lain.

Musuh juga akan melakukan perancangan yang sama, malah mereka dibayar gaji khusus untuk membawa cerita mengarut.  Sekarang adalah perlawanan untuk menguasai dunia maklumat. Namun, kita masih yakin kita perlu yang berakhlak, bermaklumat, bertanggungjawab dan berhemah.

Saya tengok masyarakat  Cina telah melakukan perubahan politik yang  besar kerana mereka hilang keyakinan terhadap pimpinan. Orang Melayu, walaupun laporan audit mendedahkan pelbagai ketirisan dan penyelewengan, sebahagiannya masih tidak berubah. Ini kerana Umno berjaya menanamkan, dalam  satu tempoh yang lama, pergantungan kepada pemerintah.

Sekarang, kita hendak ubah persepsi terutama di kalangan orang Melayu, bahawa PAS mampu mengambil peranan Umno, malah dapat mentadbir jauh lebih baik, serta mampu menyelesaikan banyak masalah rakyat.

 

 


Rasanya, di antara masyarakat Melayu dan Tionghua, tidak banyak perbedaan dari segi penerimaan atau pendedahan terhadap maklumat. Bagaimanapun, persepsi sebahagian orang Melayu masih sukar diubah. Mengapa jadi begitu, ya? 

Pendekatan agama tidak boleh ditinggalkan kerana harapan orang Melayu dari segi agama tinggi kepada PAS. PAS yang akan membela Islam. Apabila timbul isu agama, orang hendak tengok pendirian PAS.

Isu kalimah Allah misalnya, orang tidak tanya kepada Umno, orang tanya PAS. Maknanya, penggantungan rakyat terhadap isu agama kepada PAS amat tinggi. Ini kita kena urus dengan baik dan cermat. Sebab itu, dalam kita bertahalluf, ada syarat yang kita cermati dan kita kena pelihara. Kita kena istiqamah dengan prinsip dan orang sensitif hal ini.

Begitu juga Isu ekonomi, saya perhati pada tahun 1999 apabila saya bertanding ada sembilan Felda dan lima daripadanya kelapa sawit. Kawasan getah saya kalah semua. Faktornya, kerana orang miskin takut hendak buat perubahan kerana penggantungan mereka kepada kerajaan amat tinggi.

Orang Cina kurang penggantungan terhadap kerajaan. Mereka tidak kisah untuk belajar tinggi kerana mereka bukan hendak kerja dengan kerajaan. Mereka perlu sijil dan selepas itu boleh melakukan apa sahaja kerja. Orang Melayu sukar hendak berubah sebab penggantungan mereka terhadap Umno kuat.

Saya ambil congoh menarik, misalnya dalam Buku Jingga, di antara program 100 hari Pakatan Rakyat memerintah adalah membatalkan Felda Plantation bagi membuka ladang yang akan diuruskan oleh generasi kedua dan ketiga peneroka Felda. Kita edar borang. Sambutan luasa biasa. Kita cetak 6,000 habis dan cetak semula. Walaupun yang  berjanji itu kita masih belum memerintah. Maknanya persepsi orang Melayu masih lagi bergantung.

Saya tengok dalam setiap pilihan raya, Umno menggunakan pendekatan sama iaitu berjanji hendak bagi rumah kepada rakyat dan edar borang, rakyat berebut tetapi selepas pilihan raya, tiada. Rakyat mahukan perubahan dan kita akan laksanakan janji-janji kita itu.


Dalam pada itu, kita juga patut beri perhatian kepada golongan yang tidak sensitifdengan perkembangan semasa. Misalnya menurut satu tinjauan, 20 peratus mahasiswa tidak kisah dengan politik. Ini sangat bahaya. Mereka kecewa apabila ahli politik yang menang dan melompat. Ada juga yang menang tetapi tidak peduli pada rakyat, hanya ambil kesempatan. Golongan yang kecewa ini mendakwa, serupa sahaja PAS atau Pakatan dengan BN apabila menang. Kedua, mereka tengok pertembungan besar dalam politik. Mereka celaru dan ambil sikap malas layan.

Bagi saya, PAS berjaya istiqamah. Cuma kelemahan yang ada kita kena atasi. Kita tunjukkan kepada rakyat, sikap bertanggungjawab dan ambil berat masalah mereka.

 

 

Dato' sebut soal pengiktirafan kepada agama pada PAS tinggi. Dan itulah yang hendak dirobohkan Umno bagi menanamkan keraguan rakyat terhadap kekuatan PAS. Ditimbulkan, apabila PAS  bergabung dengan kerajaan campuran KeADILan dan DAP, banyak prinsip PAS dikorbankan. PAS juga ditohmah menjadi kuda tanggungan DAP. PAS dikatakan semakin tamak untuk berkuasa dan rela mempertaruhkan dasar Islam?


Propaganda Umno dalam soal ini menggambarkan kerisauan Umno. Punca besar kerana keputusan pilihan raya 2008. PAS gagal mencapai kemenangan besar, berbeda dengan DAP. Jadi orang tengok yang menjadi ketua adalah DAP. Dalam politik, orang ukur dengan kemenangan, orang tidak ukur dengan dasar, seperti berapa ramai ahli dan cawangan.

Apabila timbul sesuatu isu, orang tengok siapa menjuarai isu itu. Yang menjuarainya dilihat hero. Sebab itu PAS kena menjuarai setiap isu yang berlaku dan orang hendak tengok komitmen kita. Apabila timbul isu, orang tengok kecenderungan kita kepada DAP walhal sebenarnya kita bukan cenderung pada DAP tapi kita berpegang kepada nas.

Contoh, isu kalimah Allah, kita berdasarkan hujah ilmiah dan nas, bukannya terikat dengan DAP. Memang Quran dan hadis sebut begitu. Apabila Umno timbul isu macam ini, sasaran mereka  satu kelompok sahaja. Kelompok itu ialah orang yang tidak ada maklumat, selain  TV dan akhbar harian. Sasaran mereka adalah pengundi Melayu.

Tahun 1999, kita manfatkan situasi di Lembah Klang yang besar pengaruhnya terutama kepada   keluarga  di kampung-kampung. Pilihan raya 2004 mereka angkut semua pengundi bawa ke Kelantan. Apabila Tok Guru buat solat hajat, dan mereka berasa simpati dengan PAS, maka mereka balik bukan undi BN, tengah jalan mereka tanggal baju dan sokong PAS.

Kini kesempatan perlu diambil oleh negeri-negeri yang tidak ditumpu Umno. Apabila kita menang empat negeri, seluruh jentera tertumpu ke empat negeri ini. Ini kesempatan yang baik, yang perlu diambil negeri yang tidak menang, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Supaya ruang kosong serangan dapat dimanfaatkan semaksimumnya.

Dulu serangan teruk hanya kepada Kelantan. Semua pengundi dibawa ke Kelantan dan kita menang empat negeri. Sekarang negeri yang belum menang kena buat kerja betul-betul sebab sasaran mereka berpindah.

 

 

Semua akui dalam PRU13 nanti, iaitu pilihan raya paling sengit bakal disaksikan, penentunya adalah pengundi Melayu, terutama di luar bandar. Kebetulan PAS banyak bertanding di kawasan itu. Maknanya, kejayaan Pakatan menguasai Putrajaya bergantung kepada kejayaan PAS dalam pilihan raya berkenaan. Dalam tempoh singkat ini, apa yang boleh diusahakan PAS?

Secara ikhlas, masih banyak kita kena buat dalam masa terhad. Persiapan  pilihan raya masih banyak perlu diperbaiki terutama dari segi jentera, daftar keahlian, organisasi, dana dan lain-lain. Memang sengit dna tidak mustahil akan berlaku perkara di luar jangka, termasuk kekerasan fizikal.

Kita letak harapan bahawa kalau kita boleh tingkatkan sikit peratus sokongan kepada kita, ia cukup positif. Dalam konteks Felda, nampak  ada perubahan, insya-Allah. Terutama dalam isu saman Felda, menang. Dulu peneroka nak saman Felda, tidak masuk dalam kepala pun. Nak tubuh cawangan takut.

Bagi pengundi kampung pula kita boleh manfaatkan kesedaran anak-anak mereka tanpa menafikan di kampung-kampung sendiri sudah perubahan  besar. Yang penting jaringan maklumat perlu disebarluaskan.
 

Kita juga berharap kepada kekuatan calon yang rapat dengan rakyat, yang rajin ziarah dan sebagainya. Begitu juga dengan undi pos, kalau ini kita boleh dapat sedikit, saya rasa insya-Allah kita boleh menang. Apa pun, kerja masih banyak.

 

 

Pengerusi BN,  Dato' Seri Najib Razak  secara terbuka, melalui TV kita dapat saksikan, telah mengkritik dan menegur pimpinan parti itu, agar tidak sombong dan mesti mendekati rakyat, turun ke akar umbi. Kita jarang dengar kritikan sama daripada pimpinan tertinggi PAS kepada wakil rakyat dan pimpinan negeri yang berkuasa.

 

Isu calon dalam PAS, Alhamdulillah. Mungkin melalui proses tarbiyah dan kita tekankan jangan berebut soal jawatan kerana ia menyusahkan di akhirat nanti. Pengalaman saya sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang, tidak ada orang berjumpa hendak jawatan. Bahkan yang kita minta bertanding, merayu-rayu minta diberi kepada orang lain. Mungkin kita belum menang, jika sudah menang mungkin berbeza.

Di Kelantan, eleman itu mungkin ada tetapi tidak besar. Umno berdepan masalah apabila mereka buat polisi baru. Polisinya tidak semestinya ketua bahagian menjadi calon, jadi masing-masing melobi. Disember nanti Umno ada perhimpunan walaupun tidak ada pemilihan. Perhimpunan ini dijadikan medan melobi untuk jadi calon.  Masing-masing bergantung dengan pemimpin. 

Apa pun kita ambil mudah isu ini dalam PAS. Misalnya, zaman Nabi, selepas perang, Nabi dapat banyak harta rampasan. Tapi waktu mengagihkan harta, Nabi bagi kepada orang Makkah. Ini menyebabkan orang Madinah berkecil hati.

Nabi panggil mereka dan berkata, "Aku dengar orang Madinah tidak puas hati." Sahabat kata, "Ya Rasulullah, dalam perang kami di depan, tapi bila dapat harta kami tak dapat." Nabi berkata,"Orang Makkah akan balik ke Makkah dan bawa kambing tapi mereka tidak bawa Nabi. Kamu balik ke Madinah, memang kamu tidak ada kambing tapi kamu ada Nabi. Apakah kamu rasa aku lebih murah daripada kambing?"

Jadi, ini soal tarbiyah. Nabi sebut soal jawatan ini pada mulanya menyesal, pertengahan berdukacita, dan di hujungnya dihumban di neraka. Nabi pesan, jangan minta tapi kalau orang beri jawatan jangan lari. Siapa-siapa yang orang beri jawatan tapi dia lari, aku tidak mahu jumpa di padang Masyar nanti, kata Nabi.

Sebab itu saya letakkan syarat bahawa pimpinan mesti ada usrah; ahli tidak apa, pimpinan hendak jadi calon mesti ada usrah, hadir tamrin dan kena faham dasar parti. Pimpinan yang  tidak ada usrah, tidak ada tamrin apabila datang ujian mereka tidak tahan.

Baca Seterusnya......

Khamis, 17 November 2011

Berusaha keras tumbang BN

Oleh Anti Jerung

PAKATAN RAKYAT tidak mustahil melakukan kejutan di Pahang, Johor dan memperolehi majoriti dua pertiga kerusi di Parhttp://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2009/10/pakatan-rakyat.gif?w=219&h=146limen.Umno tunjang BN hanya bersandar kepada pengundi yang kurang pendedahan dan penjawat awam yang tertekan.

Tempoh berhujah di dewan negeri BN, dewan negara atau mahkamah tidak lagi bermakna kerana sekarang adalah tempoh melancarkan boikot majlis kerajaan dan berkempen awal.

Modalnya adalah kos, masa dan penerangan sistematik.

Pimpinan Pakatan Rakyat berjawatan atau berpendapatan harus bertebaran jauh ke pandalaman dan berkorban memberi ruang pada barisan pelapis memangku tugas sementara. Pakatan Rakyat seharusnya cukup bersedia berdepan karenah SPR yang memanipulasi peti undi, sabotaj dewan pengundian dan pernah berlakunya salah umum pemenang.

Semasa PRN10 Sarawak menampakkan kematangan kempen menarik DAP dan ketidakseragaman strategik Pakatan. PAS sebagai penamat Umno seharusnya menguasai tiga isu Melayu. Iaitu hakikat sejarah kemerdekaan, defisit negara dan kesyumulan syariat berlandaskan martabat ulama yang antaranya meliputi mata wang dinar dan hudud.

Setelah Mat Sabu mendedahkan peranan ulama sebagai pejuang kemerdekaan kini masanya Melayu didedahkan pula siapakah dalang di sebalik penasihatpenasihat raja. Mereka hanyalah berorientasikan kutipan zakat, aset dan tabungan Islam.

Sekiranya fokus, nekad dan perancangan pakatan yang selaras Pakatan Rakyat hanya selangkah membentuk kepimpinan baru negara, dilimpahi khazanah hasil bumi-NYA, begemerlapannya syiar Islam, menapak maju di persada global dan BN terkubur sendiri selamanya.

Baca Seterusnya......

Bentuk skuad siber hadapi PRU13

Oleh DR MOHD FADZLI HASSAN

KEPERLUAN PAS masa kini adalah satu pasukan pendukung parti yang mampu memanfaatkan ICT dan Media Baru sebagai satu ‘alat’ memperkasakan kerja-kerja peneranghttp://4.bp.blogspot.com/_mFe4nvV0PXc/TMlHRejRabI/AAAAAAAAAGc/5ixROMuECWY/s400/internet.jpgan dan dakwah dalam dunia moden sekarang ini.

Kehadiran teknologi internet yang ditunjangi ICT seperti web, blog, Facebook, Twitter, YouTube, webtv dan berbagai lagi media sosial yang lain telah memberikan kesan yang besar terhadap penyebaran maklumat yang selama ini sentiasa berat sebelah kepada parti pemerintah.

Bagi menjadikan ICT dan Media Baru ini lebih dihargai dan dibudayakan di dalam parti, siaran web radio dan webtv ceramah dan kuliah pimpinan PAS harus dijadualkan secara lebih agresif tidak terhad kepada kuliah Tok Guru Mursyidul Am dari Dewan Zul, Kota Bharu dan Tok Guru Presiden dari Masjid Rusila sahaja.

Bagi tempat yang tiada capaian kepada internet, dicadangkan kaedah mengadakan tayangan ‘Wayang Pacak’ dengan menggunakan teknologi VCD (video compact disc). Berita yang disiarkan oleh TVPAS hendaklah diperbanyakkan.

PAS sebuah organisasi yang telah mencapai tahap kematangan setelah lebih 60 tahun mengharungi perjuangan tentunya kaya dengan pelbagai data dan maklumat yang tidak disimpan dan diuruskan secara bersepadu.

Bagi memenuhi hasrat ini, proses kerja dan konsep pengurusan moden seperti Total Quality Management (TQM), pengurusan pengetahuan (knowledge management), Organisation Learning, Organisational Restructuring, Process Innovation, Business Process Improvement (BPI), Business Process re-engineering (BPR) dan lain-lain perlu diimplementasikan dan menjadi sebahagian daripada agenda pengurusan ICT.

Inisiatif strategik kepada pembangunan ICT di Kelantan sebagai contoh negeri yang diperintah oleh PAS adalah untuk untuk menjadikan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama sebagai negeri berpengetahuan atau knowledge state (k-state) dirancang menjelang tahun 2015.

Ketiga-tiga elemen ini disasarkan kepada 3 sektor iaitu Sektor Awam (Kerajaan), Sektor Swasta (Perniagaan) dan Sektor Komuniti (Rakyat) Kerangka Strategik Pembangunan ICT Kelantan dibentuk untuk menyediakan satu halatuju strategik pembangunan ICT di Kelantan untuk mencapai visi Membangun Bersama Islam dengan menekankan kepada 3 elemen; iaitu Government to Government (G2G); Govenrment to Community (G2C) dan Government to Business (G2B) di bawah kepimpinan ulama untuk merealisasikan model good governance.

Saya ingin menyarankan Lujnah Penerangan perlu mengusahakan dana yang mencukupi bagi bersaing dalam mendapatkan teknologi media baru ini. PAS mempunyai tenaga manusia yang ramai di semua peringkat negeri dan kawasan serta Dun untuk menjayakan sesuatu tujuan termasuk dalam bidang ICT dan Media Baru ini.

Sungguhpun begitu, tenaga petugas dalam bidang ICT dan Media Baru ini perlu dilatih secara terancang dan sistematik termasuk pimpinan tertinggi parti.

Dalam merealisasikan objektif ICT dan Media Baru, proses-proses pelaksanaannya perlu diambil secara menyeluruh dan konsisten.

Di antara proses perlaksanaan yang dicadangkan adalah melaksanakan Pengurusan Perubahan (change management) untuk mewujudkan budaya kerja yang berasaskan ICT (ICT oriented).

Selain itu, PAS perlu mempromosikan budaya perkongsian maklumat dan ilmu dengan penggunaan teknologi ICT dan Media Baru (contoh: e-mel, FB, Twitter dan lain-lain) sebagai alat untuk berkomunikasi bagi mewujudkan persekitaran dan pembudayaan ICT di kalangan anggota parti.

Jentera Penerangan dan Jentera ICT adalah dua jentera yang berbeza sebagaimana yang diamalkan sekarang ini, iaitu Lujnah Penerangan dan Dakwah (LPD) dan Lujnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (LICT).

Perkara ini pernah dibincangkan dalam satu Resolusi Bengkel Pemerkasaan e-Media PRU12 pada tahun 2007 yang lepas dengan mencadangkan pembentukan Cyber Squad.

Satu pelan perancangan kerja untuk persediaan PRU13 yang bersepadu dan menyeluruh serta praktikal yang berorientasikan hasil kerja dan realistik dengan mengambil kira tempoh yang ada sebelum PRU13 untuk; i. Menyediakan Petugas (Squad)

ii. Mengenalpasti kemahiran/ kepakaran ICT dan Media yang diperlukan (Squad)

iii. Mengukur kesediaan perkakasan, teknologi dan akses saluran komunikasi (Cyber) Penyebaran maklumat dan bahan-bahan PAS berkaitan PRU- 13 secara bersepadu;

i. Melalui kerjasama yang mantap antara LICT/JITP (penyedia teknologi) dan LPD (penyedia maklumat/bahan sebaran);

ii. Melakukan strategi penyampaian yang tersusun/ tersepadu dari Pusat kepada Negeri dan Kawasan secara formal dan terbuka (kaedah penerangan) serta tidak formal dan tertutup (kaedah saraf) – pelbagai format media (eg. teks, grafik, audio, video, multimedia); pelbagai saluran (eg. Internet,SMS, MMS, CD,
DVD).

DR MOHD FADZLI HASSAN Exco Penerangan Pengurusan Maklumat Sains & Teknologi Kelantan 

Baca Seterusnya......

Meramaikan jaringan penyokong dan simpatisan PAS

Oleh USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN

BEBERAPA fakta terkini menekankan betapa revolusi teknologi maklumat melalui sepuluhhttp://makemoney24hour.com/wp-content/uploads/2009/01/internet.jpg teknologi-teknologi strategik sedang merubah landskap perniagaan, kerajaan, kehidupan dan seterusnya gerakerja dakwah dan politik.

Organisasi dakwah dan politik seperti PAS sudah pasti terkesan, perlu bersiap siaga, mengambil peluang dan memanfaatkannya.

Kini, penggunaan telefon bimbit pintar dan tablet telah melebihi komputer meja dan riba.

Seperkara yang penting ialah telefon bimbit pintar adalah sebenarnya sebuah komputer yang dimampat dan dipadatkan dan semuanya boleh dibuat dengan menggunakannya.

Dengan pemerkasaan media baru melalui penggunaan ICT, kini, penguasaan media adalah terletak kepada setiap individu manusia, yang ada perkakasan seperti telefon bimbit pintar,ada capaian internet, menjadi ahli media sosial seperti Facebook dan aktif menghasil dan menyebarkan maklumat.

Pengguna kini ada pilihan maklumat yang mereka mahu, boleh berkongsi dengan mudah dan pantas, tidak mudah terikat dan terpengaruh, dan akhirnya, mereka membuat keputusan yang terbaik mereka rasakan.

PAS sebagai sebuah organisasi dakwah dan politik tidak mahu ketinggalan dengan peluang untuk memperkasakan organisasi dan ahlinya, serta keupayaan mencapai lebih ramai sasaran dakwah dan pengundi dengan pantas dan mudah.

Melalui laman-laman rasmi portal dan Facebook PAS, rakyat jelata di luar dan dalam negara kini diberi pilihan untuk mendapat maklumat yang tepat dari organisasi PAS sendiri.

Ceramah-ceramah PAS kini tidak lagi tertumpu di markas sahaja, malah boleh dicapai dari mana-mana sahaja di dunia melalui WebTV PAS.

Meraih kekuatan dan pemerkasaan melalui ICT dan Media Baru juga memerlukan pengorbanan daripada semua penggerak, daripada semua lapisan kepimpinan dan penggerak bawahan.

Sebagai merumuskan usaha-usaha memperkuat dan memperkasakan organisasi dan gerakerja PAS untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU 13), langkah-langkah berikut mestilah dimulakan dari sekarang:

1. Manfaatkan Prasarana dan Teknologi Berasaskan Cloud Computing – Dengan cara ini, tidak perlu lagi penggerak teknikal dan IT PAS memiliki dan menyenggarakan perkakasan kerana sumber perkomputeran (computing services) telah boleh disewa dan dibayar secara bulanan dengan harga berpatutan. Jabatan IT PAS Pusat akan mempelopori dan menerokai penggunaan servis-servis cloud yang memperkasakan organisasi PAS, seperti penggunaan Google Apps, Cloud Flare dan Cloud P2P yang meramaikan lagi penonton video-video PAS melalui internet;

2. Manfaatkan Media Sosial untuk Menyebarluaskan Maklumat dan Pengarahan Tugasan Jentera Parti – Sehingga bulan April 2011, lebih 10 juta rakyat Malaysia adalah pengguna aktif Facebook. Kewujudan (presence) organisasi dan fikrah PAS melalui Facebook adalah amat strategik.

PAS Pusat, Negeri dan Dewan-dewan perlu memanfaatkan Facebook dan media sosial lain seperti Twitter dan Google Plus untuk meramaikan jaringan penyokong dan simpatisan PAS.

Pengarahan tugasan gerakerja umum PAS, seperti meramaikan kehadiran ke rapat-rapat umum, adalah lebih cepat dan efektif disalurkan melalui wahana media-media sosial ini;

3. Menggalakkan Ahliahli dan Penggerak PAS Melabur untuk Memiliki dan Memanfaatkan Telefon Bimbit Pintar (smartphones) Berserta Capaian Internet Bergerak (3G) – Inilah senjata maklumat dan komputer kecil yang perlu dimiliki dalam dunia yang kian terjaring dan pantas bergerak. Maklumat-maklumat dari SSDP, SPOKAS, SMSPRO dan SISPRO kini benar-benar berada di dalam tangan;

4. Memiliki Skil dan Kemahiran Baru untuk Keluar Dari Zon Selesa dan Berinteraksi Dengan Generasi Muda dan Rakyat Pelbagai Bangsa Melalui Media Baru Skil dan kemahiran baru untuk berinteraksi dengan jutaan generasi muda dan rakyat pelbagai bangsa adalah diperlukan dengan menggunakan media-media baru.

USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN adalah Pengerusi Lujnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS Pusat

Baca Seterusnya......

Bn Berdepan Kebangkitan Pelajar

Oleh Ahmad Zawawi

Keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada 4 Pelajar Fakulti Sains UKM adalah satu Petunjuk baru kepada masyarakat pelajar yang hak Kebebasahttp://demamalaysia.files.wordpress.com/2010/04/auku-akta-zalim-3.jpgn Bersuara adalah hak mutlak mereka sebagai rakyat Negara ini dan tidak boleh dinafikan dengan Akta-Akta sampingan seperti AUKU 1971. Ini merupakan satu Landmark Decision.

Sebagai seorang pelajar Jarak Jauh yang juga terikat dengan AUKU tersebut saya mengucapkan syabas kepada keempat-empat Wira Pelajar Muhammad Hilman Idham, Wong King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza. Anda mengubah landskap politik Malaysia.

Saya percaya bermula sekarang masyarakat pelajar merasa sangat lega dan tidak takut lagi kepada kekanggan-kekanggan yang menghantui mereka selama ini.

Bercakap mengenai PRU 13 saya percaya Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

Jika Pilihanraya Umum mahu diadakan mengikut tempoh matang besar kemungkinan student forces akan lebih besar jumlahnya dibelakang puak Reformis.

Kita semua maklum ujudnya AUKU hanyalah untuk menyekat Student Power. Ramalan popular yang Parlimen akan dibubar pada 11.11.11 mungkin menjadi kenyataan.

http://ahmadzawawi.wordpress.com

Baca Seterusnya......

Catatan cemerlang Audit Kedah digelapkan TV3

Oleh Zulkifli Yahaya

BULETIN Utama TV3 melaporkan kononnya Ketua Audit Negara telah menegur Kerajaan Negeri Kelantan kerana amalan perbelanjaan yang tidak berhemah. Siaran berita yhttp://4.bp.blogspot.com/-Nknpw67L9DU/Tk8kyjHMlgI/AAAAAAAABBs/90YsXNxZLqk/s1600/logo+buletin+utama+baru.JPGang sama juga mengecam Kerajaan Negeri Selangor kerana berdasarkan laporan audit itu juga, hasil negeri Selangor merosot sebanyak 20 peratus dari sebelumnya.

Banyak juga pendedahan kepincangan dalam pengurusan kewangan oleh agensi kerajaan Pusat yang berlaku tetapi TV3 tidak menyiarkannya. Itulah kaedah penyiaran berat sebelah dan penuh propaganda oleh siaran televisyen yang bekerja keras untuk menyelamatkan kuasa kerajaan BN di pusat.

Cuma ramai yang tertanyatanya, apa pula halnya dengan laporan audit berhubung pengurusan kewangan di Kedah?

Jika wujud mustahil TV3 serta media-media talibarut BN akan mendiamkan saja. Rupanya semakan terhadap laporan audit tersebut mendapati tiada kepincangan yang boleh dimanipulasi oleh BN.

Tentulah BN Kedah sangat kecewa kerana siang malam mereka ‘mendedahkan penyelewengan’ di media kononnya kerajaan negeri menyalahgunakan wang peruntukan Pusat berhubung penyelenggaraan jalan, tetapi tiada pula dalam laporan audit.

Maka terserlahlah kejahilan mereka selama ini yang telah bertindak membuat lapora polis dan SPRM.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.

Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia ‘setahun jagung’ iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang,” ujar Ketua Penerangan DPPNK yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

Katanya, DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendukung pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat.

Ahli Parlimen Padang Terap itu telah membuat kajian terhadap laporan audit, khususnya terhadap pentadbiran di Kedah. Banyak catatan cemerlang yang direkodkan.

Antaranya, Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta.

Pencapaian ini yang terbaik di dalam masa lima tahun. Kerajaan Negeri Kedah juga telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta.

Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus.

Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri.

Laporan tersebut telah memperakui peningkatan penerimaan hasil cukai tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus. Kerajaan negeri berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut.

Kutipan ini yang kedua tertinggi di dalam tempoh lima tahun. Peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa lima tahun.

Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta.

Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta. Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa lima tahun. Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus.

Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa lima tahun terakhir. Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus.

Baca Seterusnya......

Khamis, 26 Mei 2011

Ingat ,Jangan Ada Politik Cantas Di Kalangan Kita!

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Selagi PAS dilanda gelora dan kini isu berkait dengan politik cantas atau "cas keting" . Dalam erti kata lain ialah politik saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain dari kalangan anggota sepasukan atau s ejamaah .

Ianya jelas kelihatan sangat negatif malah bertentangan dengan disiplin dan akhlak berjamaah justeru intima' [ penyertaan ] kita ke dalam jamaah Islam ini adalah untuk mencari keredhaan Allah swt. bukan nama , kedudukan , pangkat dan jawatan .

3. Jawatan hanyalah amanah yang mesti dipikul dengan penuh tanggngjawab . Tiada kebanggaan dari jawatan yang disandang melainkan beban yang akan dipersoal oleh Allah swt kelak . Memahami realiti ini , sewajarnya politik cantas mencantas sesama sendiri tidak berlaku sebaliknya apa yang selayaknya ialah Fastabiqul khairat [ berlumba - lumba membuat kebajikan ] .

4. Tindakan saling jatuh menjatuhkan sesama anggota jamaah Islam adalah satu pelanggaran disiplin dan akhlak jamaah yang serius . Ianya dibayangi oleh nafsu yang tidak baik dan dipengaruhi pula oleh unsur yang negatif [ mazmumah ] seperti hubbu Jaah [ gila kemasyhuran ] dan hubbu Riyasah [ gila jawatan ] .

5. Apa yang mahu dikejar dalam perjuangan ini sehingga sanggup cantas mencantas ? sedang tugas dan tanggungjawab terlalu banyak untuk dilaksanakan . Gerakan Islam bukan medan untuk mencari kemasyhuran dan bukan pula medan memburu kekayaan . Sayugianya kita bahu membahu bukan siku menyiku dan kita kuat menguat antara satu sama lain bukan cantas mencantas .

6. Jangan kita terpengaruh dengan cara musuh berpolitik dan jangan biarkan nafsu menguasai diri . Berjuanglah dengan tenang dan ikhlas . Hiasi diri dan jamaah ini dengan disiplin , akhlak dan adab berjamaah sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnah perjuangan yang diasaskan oleh baginda Rasul saw .

7. Suka saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatan adalah beban yang mesti dipikul bukan direbut dan tanggungjawab adalah amanah yang mesti ditunai bukan untuk dibanggakan . Jangan lihat sahabat seperjuangan seperti menjeling ke arah musuh . Jangan biarkan pra sangka mendahului husnu zaan ketika kita menilai sahabat seperjuangan . Kalau hanya berbeza pandangan dan pendapat , tidak seharusnya dibaca sebagai permusuhan sehinggakan mewajarkan kita mencantas atau menjatuhkannya .

8. Sewajarnya kita memperkayakan jamaah ini dengan semangat kasih sayang [ ukhuwwah filah ] , hormat menghormati , harga menghargai , faham memahami malah percaya mempercayai antara anggota sesama anggota demikian juga pimpinan sesama pimpinan . Katakan tidak kepada curiga mencurigai dan hasad dengki atas kejayaan , kemajuan dan kehebatan sahabat seperjuangan yang lain .

9. Andai terdapat sesuatu tindakan anggota yang dianggap membawa kerosakan dan kebinasaan kepada jamaah , kita mempunyai Jawatan kuasa Disiplin parti yang menilai dan menguruskannya . Kita juga ada muktamar di semua peringkat parti untuk mengukur prestasi dan reputasi anggota . Kita juga ada majlis mesyuarat dipelbagai peringkat untuk membuat keputusan . Asaskan segala tindakan melalui prinsip amal Islami yang meletakkan syura sebagai satu mekanisme membuat keputusan dan mengawal parti .

10. Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh .

a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah
b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang .
c] Tutup segala ruang buat syaithan menguasai minda
d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah .
e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah .
f] Dengar dan taat arahan pimpinan .
g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri .
h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan
i ] Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur .
Baca Seterusnya......

Sabtu, 7 Mei 2011

Anak syarikat kerajaan Kedah tanggung Puteri Umno

Oleh Mohd Shubihi Muhamad Zain

Sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) didakwa telah menymbangkan dana tetap kepada Puteri Umno ketika Kewdah ditadbir oleh BN sebelum ini.Ia melibatkan sumbangan dana syarikat milik kerajaan (GLC) itu kepada Pergerakan Puteri Umno Kedah yang berjumlah RM30,250 bagi tempoh Julai 2003 hingga Februari 2004

Pendedahan ini dibuat melalui laman blog prokerajaan 'Kedah La Ni' dan turut disebarkan melalui laman sosial 'facebook' penyokong-penyokong kerajaan termasuk Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.

Turut disenaraikan adalah butiran lengkap sumbangan syarikat kepada sayap Umno itu yang menyalahi matlamat penubuhan syarikat dan dikategorikan sebagai perbelanjaan tidak berkepentingan ketika pergerakan tersebut diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Suraya Yaakub (gambar).

Mengikut rekod perbelanjaan syarikat 2003, pergerakan itu menerima sumbangan cek berjumlah RM1,000 (27 Julai), RM7,000 (5 Ogos) dan RM1,000 (22 Disember). Manakala pada 2004 pula, mereka menerima RM7,000 (5 Januari), RM4,250 (24 Februari) dan RM10,000 (25 Februari).

Sidang Dun Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan dana GLC berjumlah hampir RM8 juta oleh pengurusan terdahulu hingga mengakibatkan STDC mengalami kerugian.

Susulan pendedahan itu Pemuda PAS Alor Setar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 April lalu dan menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan bagi membantu siasatan.
Baca Seterusnya......

Memilih pemimpin semasa muktamar

Oleh Khalid Samad

Ada yang bertanya saya berhubung pemilihan yang akan diadakan semasa Muktamar tahun ini. Mereka bertanya, “atas dasar apa perlu kami memilih dan siapa patut kami sokong?” Saya menjawab secara umum, “pilih yang boleh menunaikan tanggungjawab yang datang bersama jawatan tersebut”.

Seperti yang sering diingatkan, jawatan adalah tanggungjawab dan bukan penghormatan. Atau dalam istilah yang digunakan Ketua Pemuda PAS Pusat, ‘takhlif laa tasyrif’. Ini bermakna, kita pilih seseorang itu dengan tujuan utama supaya dia memainkan sesuatu peranan, bukan sebagai pengiktirafan terhadap kehebatan dirinya. Ini adalah lebih-lebih lagi sekiranya jawatan tersebut bersifat ‘eksekutif’ atau untuk ‘execute’ iaitu melaksanakan sesuatu tugas atau peranan.


Dalam PAS, semua jawatan AJK PAS Pusat adalah bersifat ‘executive’. Mungkin itu sebabnya ianya disebut sebagai Jawatankuasa KERJA PAS Pusat. Penekanan diberi kepada perkataan KERJA! Maknanya, seseorang yang dipilih untuk menyandang mana-mana jawatan dipilih kerana dipercayai dia boleh membuat kerja yang perlu dibuat oleh seseorang yang menyandang jawatan tersebut. Sekiranya kemudiannya dia didapati tidak mampu atau tidak sesuai untuk kerja berkenaan, maka dia boleh ditukar.

Ini sebenarnya semangat disebalik kata-kata ‘takhlif laa tasyrif’. Sekiranya atas dasar penghormatan, atau ‘tasyrif’, ianya penganugerahan atas sebab kehebatan seseorang dalam bidang tertentu. Maka anugerah itu adalah atas sebab apa yang telah dan sedang dilakukan dan ianya tidak menuntut sesuatu prestasi atau perlaksanaan selain dari apa yang telah dicapai. Sebagai contoh, tokoh perniagaan untuk tahun 2011 adalah berdasarkan pencapaian seseorang peniaga pada tahun berkenaan dan walau apa sekalipun yang berlaku selepas itu, beliau yang dianugerah tokoh perniagaan 2011 tetap merupakan tokoh pada tahun tersebut, walaupun pada 2015 katakan, dia bankrupt! Dalam erti kata lain penganugerahan itu tidak mewajibkan beliau melakukan sesuatu, termasuk meneruskan prestasi cemerlang dalam perniagaan beliau.

Pemilihan atas dasar ‘takhlif’ pula mengambil kira kerja yang perlu dilakukan dan orang yang dianggap paling mampu untuk melakukannya. Oleh itu, dua aspek penting perlu diambil kira semasa membuat pilihan. Yang pertama kerja atau tanggung jawabnya dan yang kedua kemampuan calon-calon yang dicadangkan.

Dalam soal kerja untuk setiap jawatan, ianya dijelaskan secara umum di dalam perlembagaan. Sebagai contohnya, kerja atau tanggung jawab Presiden dinyatakan dengan jelas sebagai 5 tugas utama, iaitu, secara ringkas:

1. Melaksana pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan
2. Bertanggung jawab atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas JK PAS Pusat
3. Melantik SUA, Penolong SUA, Bendahari dan lain-lain di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat JK PAS Pusat.
4. Mengambil apa-apa jua langkah demi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli JK PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing
5. Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat JK PAS Pusat dan Jk Harian PAS Pusat.

Adalah jelas dari yang di atas bahawa jawatan Presiden menuntut peranan tertentu dan bukan sekadar anugerah atas kehebatan atau ketokohan seseorang. Ianya adalah jawatan yang bersifat eksekutif atau untuk membuat kerja tertentu.

Begitu juga semua jawatan yang terdapat di dalam JK PAS Pusat!

Setelah dipilih maka prestasi mereka yang dipilih dipantau selama tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh itu, apa-apa kekurangan dan kelebihan perlu disuarakan dengan ikhlas dan terbuka dalam muktamar tahunan atau apa-apa program muhasabah parti yang diadakan. Teguran dan kritikan ini tidak wajar dianggap sebagai bersifat tidak hormat atau tidak wala’ kerana seperti yang dijelaskan, mereka dipilih untuk melaksanakan sesuatu tugas, bukan sebagai penganugerahan sesuatu penghormatan atau darjat. Maka sekiranya perwakilan beranggapan tugas tersebut tidak dilaksanakan dengan baik oleh mana-mana pemimpin, maka perwakilan berhak untuk menegurnya.

Sekiranya selepas segala teguran dan nasihat, prestasi tidak berubah atau tidak mampu ditingkatkan, maka pada Muktamar tahun kedua, pejawat-pejawat yang tidak menyerlah dan tidak berprestasi baik boleh ditukar. Pengguguran dari jawatan tidak bererti seseorang itu tidak baik, tidak mantap imannya atau kurang ‘alim, tetapi hanya bererti bahawa dia tidak sesuai untuk jawatan berkenaan.

Inilah sebabnya mengapa pilihan tidak wajar dilakukan semata-mata atas dasar menghormati ketokohan seseorang tanpa mengambil kira kemampuannya untuk memainkan peranan seperti yang diperlukan bagi jawatan tersebut. Sekiranya dia tidak berprestasi dengan baik, maka dia tidak akan ditukar atau ditegur disebabkan dia dipilih atas sebab ketokohan tertentu yang tetap dimilikkinya. Ketokohan seorang pemidato, ulama’, professional atau penulis tidak hilang di atas sebab dia bukan seorang pelaksana (executive) yang baik. Ketokohan tersebut tetap kekal pada dirinya tetapi dia tidak merupakan orang yang sesuai untuk jawatan pelaksana yang diinginkan dan diperlukan parti.

Orang yang dipilih dibebankan dengan tanggungjawab yang berat dan oleh itu, tidak wajar kita menzalimi seseorang yang kita tahu tidak mampu tetapi oleh kerana suka dan hormat, kita meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahunya. Itu bukan ‘suka’ atau ‘hormat’ pada seseorang. Sebaliknya ianya sesuatu penganiayaan. Namun, lebih zalim lagi, setelah kita membebannya dengan tanggungjawab sebegitu berat, kita tidak pula membantunya.

Oleh itu saya menyeru kepada semua yang akan ke Muktamar PAS tahun ini untuk memahami apa yang kita lakukan semasa kita membuat pilihan. Semoga pilihan itu adalah yang terbaik bagi jawatan berkenaan dengan kita memberikan amanah itu kepada yang ahli padanya atau yang mampu melaksanakannya. Kedua saya menyeru semua untuk menerima keputusan Muktamar dengan hati terbuka dan siapa sahaja yang terpilih, mereka hendaklah diberi sokongan yang padu dan tidak berbelah-bagi. Namun sekiranya walaupun dengan sokongan ini ada yang gagal menunjukkan prestasi yang diinginkan, maka ditukarnya selepas 2 tahun!

Selamat bermesyuarat Agung Tahunan dan seterusnya bermuktamar.

---------------------------------------------------------

Penulis adalah anggota Parlimen Shah Alam dan juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat
Baca Seterusnya......

Isnin, 4 April 2011

Fitnah: Senjata Tertua di Dunia

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi


Meskipun senjata ini adalah senjata yang paling tua dan klasik, namun ia adalah senjata yang bahaya dan berbisa malah kesan radiasinya lebih dahsyat membawa kemusnahan berbanding letupan loji nuklear. Ia bukan sahaja mampu membunuh jasad manusia bahkan fitnah adalah senjata yang mampu membunuh jiwa manusia dan peradabannya. Firman Allah swt :


و الفتنة أكبر من القتل و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا

dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya.

Surah Al Baqarah Ayat : 217

Bermula dari zaman pertarungan antara Qabil dan Habil yang bermula dengan api fitnah merebut seorang perempuan untuk dicintai akhirnya meletus satu kesan radiasi yang membawa kepada berlakunya pembunuhan dan itu adalah pembunuhan manusia pertama direkodkan di atas muka bumi dan ianya bermula dari fitnah serta dendam. [boleh rujuk kisahnya di dalam surah al Maaidah ayat 27 hingga 32].


3. Nabi Yusuf as terpaksa meringkuk di dalam penjara angkara fitnah. Nabi Yusuf as dituduh bermukah dengan Zulaikha, isteri kepada seorang pembesar istana. Plot dan drama fitnah itu dirancang selicik mungkin oleh orang - orang dalam istana yang bermula dari api fitnah Zulaikha akhirnya Nabi Yusuf as diseret ke penjara sementara Nabi Yusuf as sedia ke penjara demi mempertahankan maruah dan kesucian dirinya. Firman Allah : [boleh rujuk kisahnya di dalam surah Yusuf ayat 21 - 36]

قال رب السجن أحب إلي مما يدعونني إليه

Ia [ nabi Yusuf as ] telah berkata : Tuhanku , Penjara lebih aku suka berbanding apa yang mereka suruh aku lakukanya

Surah Yusuf. Ayat 33

4. Senjata fitnah sebagai senjata yang tiada nombor siri ini terus digunakan secara berleluasa di sepanjang zaman sehinggalah ke zaman Nabi kita Muhammad saw. Apabila Isteri Nabi saw, Aisyah rha. difitnah dan dituduh berzina dengan Sofwan bin Mua'attal al Sulami. Plot cerita yang disusun rancang oleh Abdullah bin Ubai bin Salul cukup meyakinkan sehingga sebahagian sahabat Rasulullah saw mencadangkan agar Nabi saw menceraikan sahaja Aisyah rha sementara sebahagian yang lain mempertahankannya. Malah Nabi saw diam tidak terkata, tambahan pula wahyu terhenti kira - kira sebulan lamanya. Sehinggalah akhirnya turun wahyu membebaskan keluarga Rasulullah saw dari belenggu fitnah yang direka.

5. Allah swt berfirman di dalam surah an Nuur ayat 11, bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu.

6. Melalui sejarah tamadun moden hari ini juga dapat disaksikan bagaimana kuasa manusia di dunia ini, biarpun mereka telah memiliki peluru berpandu, jet pejuang, kereta perisai, bom nuklear dan 1001 jenis senjata canggih termasuk pesawat tanpa pemandu, namun mereka tetap menggunakan senjata tanpa nombor siri [fitnah] ini untuk menjatuhkan lawan mereka samaada musuh mereka dalam persaingan ekonomi atau musuh mereka dalam pergolakan politik.

7. Malah kuasa besar dunia sekalipun lengkap dengan segala kekuatan tentera dan senjata, demi menjayakan misi penaklukan mereka ke atas negara - negara lain turut menggunakan fitnah bagi mencetus huru hara dan perang saudara serta pergolakan politik dalaman sebelum mereka menjadi "super hero" yang datang kononnya untuk misi menyelamat dan damai.

8. Dunia disepanjang zaman diletakkan dalam persaingan dan pertarungan fitnah. Manusia walaupun baik, lebih - lebih lagi manusia buruk memang berpotensi untuk menjadi mangsa senjata fitnah ini. Namun kebiasaannya manusia yang jahat [faajir] akan menggunakan senjata ini untuk diacu kepada lawannya. Justeru manusia yang baik [soleh] sekali - kali tidak akan bermain dengan senjata tanpa tuan ini.

9. Bukan sahaja individu akan derita sebaik sahaja terkena kesan radiasi fitnah ini, malah rumahtangga akan runtuh, masyarakat akan huru hara, negara akan binasa malah dunia hilang pertimbangan. Jika dunia mengutuk sekeras - kerasnya mana - mana negara yang membina dan menggunakan senjata nuklear kerana menyedari kesan buruknya, maka saya kira dunia wajar mengutuk berganda kali penggunaan senjata fitnah yang membawa kesan buruk dan dahsyat berlipat ganda.

10. Bagi kita ummat Islam malah juga perlu diambil iktibar [pengajaran] oleh non muslim akan nasihat dan panduan nabi kita Muhammad saw dalam menghadapi zaman penuh fitnah, krisis dan konflik ini. Terutama kepada mereka yang sering menjadi mangsa fitnah tanpa mengira apa tujuan atau objektifnya, wajar sekali menghayati wasiat dan pedoman Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw :

أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة و إن تأمر عليكم عبد فأنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ و أياكم و محدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة

Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah swt dan dengar serta taat sekalipun yang dilantik pemimpin ke atas kamu hanyalah seorang hamba. maka sesungguhnya, sesiapa yang masih hidup dari kalangan kamu, nescaya ia akan melihat berlakunya ikhtilaf [ krisis, konflik dan fitnah ] yang begitu berleluasa , maka wajiblah ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk dari Allah swt dan hendaklah genggam sunnah itu seerat - eratnya dengan geraham kamu. Waspadalah akan perkara yang direka cipta maka sesungguhnya setiap perkara baru yang direka cipta [ dalam urusan agama kamu ] adalah sesat.

Hadis riwayat : Abu Dawud dan at Turmuzi dan katanya Hadis ini Hasanun Sohih.

Penutup : Hanya taqwa serta keiltizaman kita kepada syariat dan sunnah Rasulullah saw akan menjadi perisai berkesan dalam menghadapi peluru fitnah dan kesan radiasinya. Meskipun fitnah itu melanda diri dan keluarga kita, insyaallah ketaqwaan akan menjadikan kita mendapat lindungan Allah swt dan kita berjaya mengatasinya dengan jaya.

Bersabarlah insan yang terfitnah dan semoga mereka yang menabur fitnah mendapat petunjuk Allah swt untuk kembali ke jalan yang benar, memohon ampun dan diredhai Allah swt.
Baca Seterusnya......

Khamis, 31 Mac 2011

Jumaat, 11 Mac 2011

Judi Muhyiddin tunjuk sikap sebenar Umno

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan Judi Loteri dinegeri Serambi Mekah itu. Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran.

Sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri beliau sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama dinegara ini yang mengharamkan judi.

PAS juga kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam. Mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka.

PAS juga yakin, kenyataan itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian dinegara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno-Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihanraya. Beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan. Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi.

PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi dinegara ini dan meminta maaf kepada Penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi. PAS juga memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang dibawah bidang kuasa mereka. Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja.

PAS menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi dinegara ini. Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Baca Seterusnya......

bob lokman: isabella di gerbang taubat

Oleh Nik Abduh

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman adalah seorang selebriti terkenal tanah air. Baru-baru ini, di dalam program ‘Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS’ anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di Kedah, beliau telah mengejutkan dunia politik tanah air dengan mengisytiharkan penyertaannya ke dalam perjuangan PAS selepas menyerahkan borang keahlian kepada menteri besar negeri Kedah, YAB Dato Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak.

Sebelum itu, Bob Lokman sebenarnya telah melakukan suatu tindakan yang lebih besar di dalam hidupnya yang juga telah mengejutkan dunia hiburan tanah air dengan melakukan ‘hijrah paling profesional’ iaitu melangkah ke gerbang besar paling penting dalam kehidupan manusia iaitu gerbang taubat.

Pintu taubat seperti dikisahkan oleh nabi kita Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam, keluasannya adalah memanjang dari timur hingga ke barat. Luas yang tiada taranya. Ia pula dibuka terus tanpa ditutup sehinggalah hari kiamat. Setiap manusia masing-masing akan menempuh kiamat kecilnya sendiri iaitu mati. Selagi kiamat tidak berlaku atau maut tiada menjemput, selagi itulah anak Adam berhak berjalan memasuki pintu taubat.

Taubat adalah nikmat dan rahmat yang agung. Nikmat kerana pentaubat akan menikmati suatu kehidupan baru yang sungguh kudus dan menenangkan yang tiada lagi kecapan manis semanis melangkah dan bersimpuh di gerbang taubat. Rahmat kerana betapa kasih, sabar dan lapangnya Allah menerima kembali hambaNya walaupun telah begitu jauh hanyut dilambung badai maksiat dan dosa sepanjang hidupnya.

Tetapi seluas mana gerbang taubat, selama mana ianya terbuka dan seindah mana tamannya, tidak ramai manusia melihatnya sebagai destinasi yang mesti dituju. Justeru setiap kali ada yang menuju dan memasukinya, maka dia akan menjadi begitu penting dan diraikan. Penting kerana dia akan menjadi sandaran buat yang lain mengenali gerbang ini. Diraikan kerana ahli taubat sebelumnya akan segera mengerumuninya, mendengar daripadanya pengalaman pahit dan menakutkan saat hanyut dibawa arus jahiliyah yang sentiasa lahap menyambar mangsanya yang lalai. Maka mereka saling kuat menguat untuk terus mengagumi nikmat dan rahmat taubat yang dikurniakan Allah kepada para hambaNya yang terpilih.

Saya sempat berjabat tangan dengannya dalam majlis perhimpunan pemuda PAS yang sungguh hebat itu, tetapi tiada tuah masa untuk lebih mengenalinya. Beribu anak muda begitu kepingin untuk bergambar dengannya atau sekurang-kurangnya bersalaman dengannya. Saya melihat suasana kasih sayang dan kemeriahan yang begitu menenangkan jiwa. Bob Lokman telah berjaya menjadikan kehadiran dan penampilannya pada hari tersebut begitu menarik keyakinan anak-anak muda terhadap kebenaran perjuangan PAS memperjuangkan Islam yang syumul.

Apa pun, menarik juga, melalui temuramah dengan beliau yang disiarkan oleh beberapa akhbar dan laman web yang memberikan gambaran ringkas pengalaman beliau melalui kehidupannya sebagai seorang insan seni sehinggalah beliau tiba dan menemui pintu taubat dengan izin Allah, untuk saya menitipkan beberapa butiran yang berguna untuk kita kongsikan bersama. Jika Bob Lokman membaca titipan ini, harapnya beliau dapat menyempurnakan lagi pengalaman berharga ini untuk dinikmati bersama oleh kita.

Beliau memberikan sekurang-kurangnya tiga sebab penting penghijrahannya. Pertama, pembukaan akal yang dialaminya semasa beliau jatuh sakit. Kedua, keperitan hidup berkeluarga yang goyah akibat keruntuhan tahap kesihatan dan kewangannya. Ketiga, kematian mengejut rakan karib beliau. Ketiga-tiga faktor tersebut telah memberinya pembukaan akal, masa dan peluang yang lumayan untuk beliau mula berfikir secara lebih serius dan tenang mengenai kehidupan dunia yang begitu singkat dan terumbang-ambing ini.

Cuba kita perhatikan, kesemuanya adalah musibah yang melanda yang ditakuti kehadirannya oleh setiap kita. Tetapi takdir Allah siapa dapat menahan. Dunia dan kehidupan adalah milikNya dan Dialah pemandu dan pengaturnya. Jika begitu, bagaimana seharusnya kita melayani kekuasaan agung ini?

Jika setiap musibah yang ditakuti dan dibenci kehadirannya itu dikira sebagai satu kezaliman dan penganiayaan, maka sungguh manusia dan dunia sedang diatur oleh seorang tuhan yang zalim! Jika begitu, dalam sekelip mata, manusia akan hilang keyakinannya untuk menempuh kehidupan yang berani dan bermaruah. Mengapa harus menjadi insan mulia jika kemuliaan itu dipasung oleh kehendak tuhan yang zalim dan tiada mengenal peraturan yang adil?

Perhatikan bagaimana orang yang ditimpa musibah kesakitan, kehilangan dan kesedihan, kemudian dia merasakan dirinya telah dianiaya dan tidak diadili dengan benar oleh kehidupan atau takdir atau tuhannya, dia akan ditimpa pula oleh seburuk-buruk penyakit di dalam diri iaitu barah putus asa.

Apabila seseorang mula berputus asa dalam menempuh kehidupan, dia akan melakukan dua tindakan yang semakin malang; hidup berdendam terhadap kehidupan atau lebih malang, dia membunuh diri. Apabila dia menyimpan dendam, dia tidak lagi sedih untuk melakukan kejahatan seterusnya seperti mencuri, merompak, menipu, minum alkohol dan sebagainya. Baginya, apa untung hidup bermaruah jika tuhan telah tidak adil terhadapnya.

Kemuncaknya, jika dia terus buntu dan tiada lagi harapan walau sebesar hama, dia akan membunuh diri. Dan anda tahu betapa buruknya membunuh diri hatta di sisi mereka yang enggan menerima kewujudan hari pembalasan.

Akidah kita umat Islam, Allah adalah tuhan yang maha adil. Dengan kekuasaanNya yang mutlak, siapa yang dapat menghalangNya melakukan apa saja termasuk kezaliman? Tetapi Allah mengharamkan ke atasNya berlaku zalim. Dia adalah maha adil seadilnya. Maka Allah adalah zat yang paling sempurna sifatnya.

Kerana itu, segala perbuatan Allah dalam segala kejadian alam yang tersaksi dan terlindung adalah diselubungi hikmah yang mendalam. Hikmah penuh siratan keadilan yang tersaksi dan terlindung juga.

Manusia hanya mahukan kesenangan dan keseronokan nafsu nafsi sahaja. Dia meninggalkan akal, ruh, fitrah, jiwa raga dan hati sanubari yang mendiami kamar kemuliaan di dalam dirinya untuk membiarkan nafsu buasnya merajai dirinya mengaut segala apa keinginannya. Apabila dia gagal memperolehinya, apatah ditimpa pula dengan bala dan musibah, nafsunya mula memberontak seperti orang gila mencabar kehidupan di sekelilingnya.

Kita, sepertilah Bob Lokman, tiada mengingini selain kesihatan, kemewahan, kebahagiaan dan kenikmatan berpanjangan. Tetapi bayangkan betapi kehendak Allah adalah melampaui segalanya. Dia melingkari kehidupan dengan kerahmatanNya agar sang hamba mendapat kenikmatan yang tak tergambar oleh nafsunya yang kerabunan sifatnya itu.

Sekarang tiba masanya Allah memberikan akal dan hati untuk mengambil peranan nafsu yang dirajakan oleh manusia. Kesakitan, kehilangan orang tersayang dan porak peranda kehidupan adalah peperangan terhadap nafsu. Nafsu terdampar lemah dan kesakitan. Saat itu akal dan fitrah hati mengambil alih teraju diri. Manusia dan Bob Lokman mula melihat dari ruang pandang yang baru dan segar.

Ada dunia baru yang sungguh harmoni dan menenangkan. Ia disendal dua tiang kukuh yang membentuk gerbang besar bernama taubat. Ia perjalanan yang sukar. Tetapi kesukaran diiring kemudahan apabila ianya di jalan Allah.

Begitulah keadilan Ilahi. Rahmat Allah melampaui kemurkaanNya. Allah tiada berlaku zalim, tetapi manusialah yang sentiasa menzalimi dirinya. Jika hijab ghaflah dan lalai telah tersingkap, manusia tiada ingin selain bersujud di bawah duli tuhan.

Sungguh bagus untuk terus mendengar daripada saudara Bob Lokman. Tazkirah adalah tentera Allah, seperti kata para hukama’. Bagaimana pula beliau boleh bersama PAS? Beliau memberitahu, tetapi ruang ini terhad untuk saya mengulas. Anda bolehlah ke blog saya untuk tambahan santai yang berguna.

(Artikel ini adalah untuk kolum ‘agama dan kehidupan’ akhbar Siasah)

http://nikabduh.wordpress.co/


Baca Seterusnya......

Kemenangan Sebenar Di Sisi Allah

Oleh Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Apa sahaja perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yang lepas, PAS telah gagal untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut daripada UMNO. Saya akur dengan kekalahan tersebut. Di mana-mana perlawanan sekalipun, pihak yang menang berhak untuk gembira dan pihak yang kalah berhak untuk kecewa dan bersedih. Tinggal lagi, berapa lamakah kegembiraan dan kekecewaan itu akan bertahan?

Sesiapa sahaja akan gembira jika menang. Seorang pelajar akan gembira jika mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga seorang pencuri akan gembira jika berjaya melakukan jenayah mencuri harta benda orang lain hatta jika dapat membunuh mangsanya, itu lebih menggembirakan. Bahkan Allah SWT merakamkan bagaimana gembiranya orang-orang musyrikin yang memusuhi agamaNya ketika berada di dunia. Firman Allah SWT :

وَإِذَا انقَلَبُواْ إِلَى أَهْلِهِمُ انقَلَبُواْ فَكِهِينَ

Yang bermaksud : Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada pengikutnya, mereka kembali dengan gembira. – Surah al-Muthaffifin, ayat 31.

Demikianlah kegembiraan yang dinikmati oleh orang-orang yang berdosa ketika berada di dunia. Dan dukacita kegembiraan itu tidak sedikitpun menyelamatkan mereka apabila berada di akhirat kelak. Bahkan kegembiraan itu akan ditukar menjadi kehinaan yang amat dahsyat di hadapan Allah SWT.

Salahkah bergembira? Jawabnya tidak salah. Sesiapa yang diberikan nikmat oleh Allah SWT berhak untuk bergembira dan begitu juga sebaliknya. Namun kegembiraan dan kesedihan di dunia bukanlah suatu yang hakiki di sisi Allah SWT. Bahkan beleklah sejarah perjuangan Rasulullah SAW, di Mekah baginda ditolak selama 13 tahun sekalipun sebelum dilantik menjadi nabi, baginda diiktiraf sebagai seorang yang jujur (al-Amin). Sedih pilu perjuangan yang dilalui oleh baginda tercermin melalui doanya sewaktu kembali dari Thaif :

اللهم انى اشكو اليك ضعف قوتى و قلة حيلتى و هوانى على الناس انت رب المستضعفين

Yang bermaksud : Ya Allah, aku mengadu kepadaMu betapa lemahnya kekuatan aku, dan betapa kurangnya kepandaian aku berhujah, dan betapa hinanya aku pada pandangan mata manusia, Engkaulah Tuhan golongan yang ditindas.

Doa ini tidak akan diungkapkan oleh lidah suci baginda kecuali dalam keadaan baginda dirundung kesedihan dan kekecewaan. Jika sedih dan kecewa pun pernah melanda Rasulullah SAW, apatah lagi pendokong Islam pada hari ini. Sesungguhnya pada kekalahan, kesedihan dan kekecewaan inilah tersimpannya ganjaran yang besar yang disediakan oleh Allah SWT.

Apa yang penting, asas hidup ialah Islam. Menang atau kalah tidak menjadi ukuran. Lihatlah penulis buku The Satanic Verse, Salman Rushdie yang diberikan gelaran terhormat oleh Barat sebagai Sir, sedangkan penghormatan itu diberikan kerana tindakannya mengina Islam. Adakah bernilai gelaran itu di sisi Allah? Jawabnya tidak. Demikian juga kemenangan, jika diperolehi dengan cara khianat, langsung tidak bernilai di sisi Allah SWT.

Di Kerdau dan Merlimau, PAS telah kalah. Ia perlu diakui. Namun, penipuan dan fitnah serta penggunaan jentera kerajaan secara besar-besaran juga perlu diakui telah dilakukan oleh UMNO. Saya diserang bertubi-tubi tanpa diberikan peluang yang sama untuk membela diri. Kalau di dalam akhbar, serangan ke atas saya diletakkan di muka hadapan manakala jawapan saya disudutkan di hujung muka surat dalam. Pengarah pilihanraya kami di Kerdau, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dituduh membeli tanah dari peneroka Felda sedangkan tuduhan itu merupakan satu fitnah, dan ia ternafi sebelumpun tenggelamnya matahari pada hari yang sama. Adakah penafian itu disiarkan sebagaimana fitnah itu disiarkan? Jawabnya tidak. Atas nama kebebasan demokrasi pincang, itulah senjata yang ada pada UMNO pada hari ini.

Utusan Malaysia (8 Mac 2011) melalui Senyum Kambingnya melabelkan saya tidak dapat menerima kekalahan. Sebagaimana namanya, demikianlah tahap pemikirannya. Saya hanya mahu menyatakan ayat yang telah diungkapkan oleh tukang-tukang sihir Firaun yang beriman kepada Nabi Musa tatkala diancam bunuh oleh Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

Yang bermaksud : Maka buatlah keputusan apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja. – Surah Thaha, 72.

Baca Seterusnya......

Pengikut