Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2008

Umno Selangor turut mahu Abdullah undur segera


GELOMBANG desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno nampaknya berterusan ke Selangor.

Negeri itu termasuk antara empat negeri yang kini ditadbir barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Dalam pilihanraya tersebut, barisan pembangkang memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu mempertahankan 20 kerusi DUN sahaja.

Pembangkang juga berjaya merampas 17 daripada 22 kerusi parlimen di Selangor.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua-ketua bahagian di negeri berkenaan.Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.Mereka juga menyatakan sokongan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk jawatan nombor dua kerajaan dan parti.

Salah satu kain rentang tersebut berbunyi "kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno".

Manakala yang satu lagi berbunyi "segerakan peralihan kuasa! Datuk Seri Najib - presiden, Tan Sri Muhyiddin - timbalan presiden".


Peralihan kuasaSeperti di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, pemimpin-pemimpin bahagian Umno Selangor - dalam pertemuan dengan Najib petang tadi - turut mendesak Abdullah supaya berundur.Seorang pemimpin Umno Selangor yang menghadiri perjumpaan tersebut berkata sebahagian besar soalan yang dibangkitkan ialah mengenai perancangan Abdullah dan Najib mengenai peralihan kuasa.Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata perkara tersebut telah dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut.

Bagaimanapun, Najib seperti biasa berkata "terserah kepada presiden parti untuk memutuskannya".

Ditanya sama Abdulah telah berbincang mengenai jangka masa peralihan kuasa, Najib menjawab:"tidak ada sebarang perancangan masa ditetapkan... bila sampai masa, kita akan beri panduan yang lebih jelas," katanya.

Ditanya mengenai pentingnya mempunyai ketetapan tempoh masa bagi melaksanakan pelan peralihan itu, Najib berkata:
"Diri saya tidak begitu... saya tidak akan mendesak, lebih baik jika ia ditentukan oleh presiden sendiri." Mengenai perjumpaan hari ini, Najib berkata ia berjalan dalam suasana yang baik dan para hadirin komited terhadap perjuangan Umno.

Perkara lain yang dibincangkan menyentuh soal pemilihan calon, bagaimana Umno akan berurusan dengan parti-parti komponen BN dan langkah untuk menarik sokongan pengundi Cina dan India.Menurut Najib, mereka mahu pemilihan calon dibuat berasaskan penilaian yang tepat dan terdiri daripada kalangan mereka yang boleh menang dan mendapat sokongan akar umbi.
Reaksi ahli


Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditanya mengenai respons ahli Umno secara keseluruhan mengenai keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatan presiden Umno, Najib berkata mereka hanya akan membuat keputusan itu apabila tiba masanya.


"Ahli hanya akan memutuskannya bila tiba masanya, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk kami kekal bersatu kerana parti perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan survival Umno. Kita tidak boleh berpecah-belah," katanya.


Bagi memantapkan lagi BN, katanya, jawatankuasa pengurusan BN akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan mekanisme itu akan digunakan bagi membincangkan pelbagai isu dalam parti.


"Kita akan amalkan pendekatan untuk berunding dengan lebih kerap dan rapat dengan parti komponen BN," katanya.

Bagi mendapatkan sokongan parti lain pula, Umno akan merumuskan strategi bagi mencapai maksud itu, katanya, tetapi enggan mengulas berhubung cara yang akan dilaksanakan.

Sementara itu, ketua pergerakan Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata Abdullah harus memutuskan sendiri bila beliau mahu berundur.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata pendirian pergerakan tersebut ialah menyokong ketua. Malaysiakini

Baca Seterusnya......

Rabu, 2 April 2008

Najib juga lemah...

Oleh Nash Rahman
Malaysiakini

Kini tersebar berita mengenai wujud sebuah kumpulan yang sedang bergerak cegas di semua peringkat, mempelopori reformasi dalam Umno, menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu Disember ini.

Malaysiakini difahamkan, gerakan ini ditunjangi barisan pemimpin Umno di peringkat akar umbi yang begitu kecewa dengan prestasi parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Dalam pilihanraya tersebut, Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen, apabila hanya mampu pertahankan 140 daripada 222 kerusi parlimen.Barisan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen, iaitu PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).

BN juga kehilangan tiga negeri yang dikuasai Umno sebelum ini - Kedah, Perak dan Selangor. Barisan pembangkang juga merampas Pulau Pinang dari Gerakan dan PAS kekal menguasai Kelantan.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa barisan pemimpin peneraju kumpulan tersebut kecewa kerana Umno sudah hilang kekuatannya dan terpaksa bergantung kepada parti komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk menang dalam pilihanraya umum kali ini.

Daripada 54 kerusi yang dimenangi BN di Sabah dan Sarawak, 42 kerusi dimenangi oleh parti-parti komponen lain daripada Umno.

'Najib lemah'Umno sendiri kehilangan 31 kerusi apabila yang menang 78 kerusi parlimen, berbanding 109 kerusi sebelumnya.

Prestasi parti-parti komponen BN di Semenanjung juga buruk apabila MCA hanya menang 15 kerusi parlimen, Gerakan (2) dan MIC (3).

Kumpulan ini juga difahamkan tidak senang dengan sikap timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mereka, terlalu mementingkan kedudukannya dalam parti.

Menurut mereka, Najib tidak memainkan peranannya untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara berkesan.

"Najib dilihat lebih mementingkan kedudukannya dalam parti,dan sering mengelak daripada mengulas apa-apa keputusan dan tindakan Pak Lah yang dilihat tidak baik untuk parti dan kerajaan," kata sumber-sumber yang rapat dengan gerakan tersebut.

"Kalau Pak Lah dituduhkan lemah dalam pentadbirannya, Najib lagi lemah kerana beliau tidak berani membuat teguran.

"Sebaliknya beliau dilihat lebih mahu menjaga supaya beliau tidak dilihat seperti melawan Pak Lah. Akibatnya, Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu," kata sumber-sumber itu lagi.

Di samping itu, tegas mereka, Abdullah tidak seharusnya 'berbangga' dengan pencapaian Barisan Nasional (BN), khususnya Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Punca alih sokongan"Saya tidak faham mengapa Pak Lah kata BN masih kuat dan hanya kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga.

"Kalah sudah gagal mendapatkan majoriti dua pertiga, itu kalah teruk, kerana BN gagal menguasai Dewan Rakyat," kata sumber-sumber itu lagi.

Menurutnya, walaupun ramai pihak yang menyalahkan Abdullah, tetapi Najib juga tidak boleh "dilepaskan" daripada tanggungjawab tersebut.

"Sejak dilantik menjadi timbalan perdana menteri, Najib tidak kritikal langsung terhadap pentadbiran Abdullah, walaupun rakyat membantah seperti kenaikan harga minyak, kadar tol dan kos hidup yang semakin tinggi.

"Malah, sebelum pilihanraya umum lalu, tersebar berita bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak, kadar tol dan barangan lain selepas pilihanraya umum.

"Saya rasa ini merupakan punca utama rakyat memberi sokongan besar kepada pembangkang, kerana para pemimpin Umno sendiri, termasuk Najib tidak dapat berbuat apa-apa," katanya.Sebaliknya, kata sumber-sumber itu, pemimpin Umno, termasuk Najib, mesti menasihatkan Abdullah tentang implikasi tindakan seumpama itu, tetapi sebaliknya turut "mendendangkan" irama yang sama, bahawa 'barangan di Malaysia, termasuk harga petrol" adalah terendah di dunia.

Baca Seterusnya......

Pengikut