Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Sabtu, 21 November 2009

Kubang Pasu : Hendak lari malu, nak hambat tak lalu

Oleh Afrar Yunus

Jika tiada halangan atau campur tangan pihak tertentu dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap permohonan Speaker DUN Kedah, dikira pilihanraya Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh akan diadakan dalam waktu terdekat ini.Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba datang khabar bahawa Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu tidak mahu Johari Baharom dikekalkan di Parlimen Kubang Pasu.

Sumber dalaman pemudanya berbisik, "kita mahu Mukhriz Mahathir mewakili bapanya di parlimen berkenaan sebagai ketua bahagian"

Johari dikatakan sudah kurang aktif. Selepas isu rasuah RM5 juta yang dibabitkan sama Musa Hassan dan Polis Di Raja Malaysia tempoh hari, Johari seperti 'koma politik'.

Kata wakil pemuda itu, banyak majlis-majlis yang diadakan tidak mendapat sambutan. Wakil peribadinya di Jitra Hj Shuib juga sudah mandom.

Begitu juga dengan Cik Gu Zul yang menjadi wakilnya di Kementerian, seperti sudah tidak bertenaga dan kelihatan bersedia ke garisan untuk 'cabut'.

Apakah bisikan ini betul di saat UMNO Jerlun yang bersempadan dengan Kubang Pasu bersiap menghadapi pilihanraya Kota Siputeh ?

Jika betul, ia bakal merupakan 'advantage' pertama kepada PAS di Kota Siputeh. Keduanya, Abu Hassan Sarif ADUN sekarang dikatakan sudah bersedia untuk 'mencantas' calon penggantinya. Ketiganya, ramai pemimpin UMNO Kedah mahu Abu Hassan pergi meninggalkan DUN tersebut.

Keempatnya, banyak muka-muka baru ternganga mahu mereka dicalonkan di tempat itu. Sudah tentu akan berlaku perebutan.

Kelima, Shafie Apdal Pengerusi UMNO Kedah pula dihebohkan akan terlibat dalam rombakan kabinet.

Keenam, Ahmad Bashah Timbalan Pengerusi disifatkan oleh ahli UMNO ada serupa tiada.

Apapun, keputusan Suruhanjaya Pilihanraya pasti dinantikan biarpun Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menjadi senjata pemusnah terakhir membersihkan Abu Hassan Sarif.

"Bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu"

Siapa ?

Orang Kedah kata, "siapa lagi jika bukan UMNO"

http://alkerohi.blogspot.com/
Baca Seterusnya......

Khamis, 12 November 2009

Cabaran Besar Buat Pemuda PAS

Oleh Al-Bakistani

Sebelum ini, aku sering bertanya kepada anak-anak muda yang aku temui di pelbagai tempat, apakah mereka mengenali tokoh-tokoh politik dari kalangan pemuda PAS? Menyedihkan, boleh dikatakan hampir semua tidak mengenali tokoh bernama Nasaruddin Tantawi, hatta bekas ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Itu sekadar pertemuan biasa yang apabila aku berjumpa dengan sebilangan anak muda, maka sengaja aku lontarkan soalan sebegitu. Ekoran itu, sebelum ini aku sering mengkritik pemuda agar melakukan perubahan dalam sudut mendekatkan dengan anak muda, seperti tidak bersifat menghentam program-program hiburan dan sebagainya, sebaliknya bersifat mencadangkan alternative demi meraih pengaruh anak muda kepada PAS.

Mungkin aku tidak mengulas lagi, bagaimana wujudnya sebilangan anak-anak muda yang menyebut PAS sebagai ’parti taliban’, dan yang paling sering kedengaran adalah ’parti surau dan masjid’ dan ’parti poyo’.

Aku secara peribadi pun, sudah mendapat maklumat dari beberapa kajian tentang penerimaan dan penolakan non-Muslim terhadap PAS, terutama selepas terwujudnya isu Kerajaan perpaduan dahulu. Perkara ini, telah aku nukilkan secara rambang dalam ruangan blog ini, tetapi dinafikan dan tidak mahu diambil serius oleh sebilangan kecil pembaca yang kononnnya sayangkan PAS.

Aku tidak memaksa mereka menerima tulisanku itu, kerana perkara yang wajib diimankan hanyalah al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Pun begitu, padaku, PAS perlu melakukan satu tindakan yang bijak dan berhikmah dalam usaha hendak menarik pengaruh rakyat Malaysia untuk mereka menerima PAS dalam era Pakatan Rakyat ini, seterusnya PAS berjaya melaksanakan Islam yang menjadi dasar yang diperjuangkan oleh PAS sejak sekian lama.

Walaubagaimana pun, dalam seminar Khas yang dianjurkan oleh PAS baru-baru ini, memberikan satu ’getaran jiwa’ bagi pendokong-pendokong PAS, terutama pemuda. Ini kerana, data kajian yang dikemukakan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah itu, menggambarkan betapa PAS terlalu kurang diterima oleh anak-anak muda.

Dr Abu Hasan Hasbullah menyebut, PAS disokong oleh golongan muda dari umur 21-30 adalah 63 orang, berbanding yang melawan PAS seramai 633 orang; umur 31-40 pula yang menyokong PAS adalah 181 orang, berbanding yang melawan PAS seramai 519 orang.

Tidak mengapa untuk menafikan data ini, tetapi jangan menyesal jika PAS kalah dalam PRU akan datang. Ataupun, jangan sekali-kali menyalahkan tuhan secara mutlak, dikala terbukti PAS kalah dalam mana-mana PRU.

Justeru, data yang dibentangkan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah ini, sepatutnya menjadi satu peringatan bagi pemuda PAS agar bertindak lebih berhikmah dalam menarik minat anak muda kepada PAS.

Dalam keadaan sebegini pula, aku amat pelik apabila ada kenyataan sebilangan pemimpin PAS yang mahu melakukan kajian lain untuk memastikan kebenaran data Dr Abu Hasan Hasbullah tersebut. Apakah tujuan dilakukan kajian lain itu? apakah untuk menutup kelemahan?

Jika tidak berpuas hati dengan kajian Dr Abu Hasan Hasbullah, apa perlunya melakukan kajian lain, bagi memastikan kebenaran data Dr Abu Hasan tersebut? Bukankah itu, membanyakkan kerja? Bukankah lebih baik, kalau terus merancang dan wujudkan plan tindakan dalam usaha hendak menarik minat pengundi kepada PAS. Jika, mahu dilakukan kajian sekali lagi, dibimbangi sebuk dengan kajian itu, sehingga terlalai terus dari bertindak untuk menarik minat pengundi?

Selalunya, orang yang sibuk dengan satu kerja, mereka akan terlalai dengan kerja yang lain. Perkara ini sebenarnya wujud dalam budaya PAS.

Aku bimbang, kerana PRU hanya tinggal 2 tahun sahaja. Malah, mungkin tidak sampai 2 tahun lagi. Kalau tidak bertindak dari sekarang, kemungkinan besar, sejarah 2004 berulang kembali.

Jika kita menjengok sekejap sejarah kejatuhan PAS pada tahun 2004, kita dapat melihat isu negara Islam dan perlaksanaan hudud terbukti menjadikan PAS gagal mempertahankan pemerintahan di Terengganu. Ekoran itu, bekas Menteri besar Terengganu ketika itu berucap;

”Justeru itu, isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat federal. Peruntukan mengenai islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan seperti yang diamal kini di peringkat federal

”seandai menang dalam Pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat federal atau pusat yang mendukung perlembagaan persekutuan yang ada” (buku Sejarah Sebagai hakim muktamad : 122)

Mungkin ketika itu, tidak ada mana-mana pakar atau ahli akademik pun yang menegur PAS atas kesilapan yang berlaku, menyebabkan PAS kalah teruk, seterusnya melahirkan ucapan sebegini.

Pun begitu, diharapkan ucapan yang beraliran sebegini tidak terpancul pula pada kali kedua, iaitu setelah kita tidak mahu mendengar luahan dan kajian yang telah diberikan oleh ahli akademik, ataupun kita ego dalam menerima kritikan orang bawahan atau orang luaran dalam mempertahankan kemenangan yang ada.

Padaku, sekarang bukan masanya untuk kita buat kajian kali kedua, bagi memastikan kebenaran data Dr Abu hasan hasbullah, sebaliknya, bermula dari sekarang PAS perlu merancang program-program mesra rakyat, disamping membina balik kepercayaan rakyat terhadap PAS demi melihat kemenangan PAS dalam PRU akan datang.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

http://g-82.blogspot.com/

Baca Seterusnya......

Selasa, 3 November 2009

Jangan Terperangkap Dengan Agenda Musuh

Seluruh petugas parti diingatkan agar jangan terperangkap dengan agenda musuh dengan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang remeh temeh dengan menimbulkan polimik sesama sendiri, sehingga mengabaikan tangungjawab kepada usaha memenangi pilihanraya ke 13.Kita mesti ingat bahawa selepas PRU ke 12 dan beberapa PRK yang kita lalui menyebabkan UMNO/BN berada pada tahap yang sangat kritikal.

Sokongan rakyat kepada PR menyebabkan mereka beralih kepada strategi baru iaitu menimbulkan pergolakan dalaman parti-parti dalam gabungan PR dan mencetuskan agenda perbezaan pandangan dalaman parti PR. Strategi ini ternyata berkesan sehingga tiba-tiba sahaja muncul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza sehinga mencetuskan kegawatan dalaman berlaku pada semua parti dalam PR. Sedangkan isu sebenar ialah pergolakan dalaman BN.

Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya. Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan.

Kita mesti kembali kepada landsasan kerja persiapan menghadapi pilihanraya:

Berapa ramai pengundi baru yang kita sasarkan dapat dicapai,
Bagaimana persiapan bilik gerakan,
Semakan daftar pemilih terkini
Semakan rang yang dibentangkan,
Bantahan yang perlu dibuat
Cadangan persempadanan pilihanraya, jawatankuasa persempadanan pilihanraya,
Permasalahan kewangan setiap dun, parlimen, dan UPU.

Apa tidakan kita untuk memastikan segalanya berjalan dengan cukup lancar? Ini yang perlu diberi tumpuan. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita. Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah.

Dulu ada satu kisah enam orang pelabur berbincang untuk menjalankan ternakan kambing, cadangan sangat baik. Tetapi bila sampai kepada bagaimana pembahagiaan keuntungan, suasana mula tegang. Masing-masing rasa dia sepatutnya mendapat lebih banyak berbanding yang lain. Keadaan makin tak terkawal sehinggalah seorang yang lebih banyak berdiam diri dalam mesyuarat sejak awal berkata:

“Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”.

Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja.

Sekarang kita perlu sedar sebelum terlewat. Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang ‘musuh’ kita sebenar. Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita. Saya yakin tanpa kita sedar sebenarnya kita sedikit demi sedikit telah termasuk dalam perangkap musuh.
Baca Seterusnya......

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kita Berbeza............


Oleh Aris Awang

Pemuda dan pemudi ku,
Kita berbeza, yang aku maksudkan 'kita' ialah, jamaah kita, perjuangan kita, halatuj u kita, pembawaan kita, cara berfikir kita berbanding dengan organisasi lain, lebih-lebih lagi parti politik lain di atas muka bumi Malaysia ini.

Ini penting ditekankan semula kepada aku dan kamu semua pemuda dan pemudi ku agar kita tidak terjebak dengan penafsiran yang dilakukan oleh berbagai pihak sehingga kita berfikir bahawa perjuangan kita ini adalah sama seperti parti-parti politik lain yang tidak ada apa-apa tujuan melain untuk tujuan keduniaan dan paling tinggi ialah untuk tujuan kemanusiaan semata-mata.

Ingin aku tegaskan bahawa kita tidak begitu perjuangan kita ialah akan membawa merentasi dari dunia ini sehinggalah ke alam kehidupan selepas kematian yang kekal abadi.

Pemimpin boleh datang dan boleh pergi, tetapi perjuangan yang telah di gariskan didalam perlembagaan kita, yang kita yakini ia disusun dan di bina tanpa ada tujuan lain selain dari menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Kesalahan, keganjilan, kefasadan adalah dilakukan oleh manusia yang memimpin atau manusia yang menyertai sesebuah jamaah ini, jamaah tetap mulia dan dihormati selagi perlembagaannya meletakkan asas utama itu.

Pemuda dan pemudiku, rujuklah perlembagaan jamaah, bertanyalah kepada diri sendiri adakah kita masih berada dilandasan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan ataupun kita telah turun dari landasan perlembagaan. Apakah usaha-usaha yang diarahkan oleh perlembagaan telah dilaksanakan oleh kita dengan penuh kesungguhan demi mencapai matlamatnya.

Lihat sahaja usaha yang pertama: Fasal 6. (1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. dan (2) Memperjuangankan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Renungilah diri kita sendiri secara sedar dan insaf, setakat manakah 2 usaha diatas telah kita lakukan secara yang maksimum berdasarkan kemampuan kita? Pepatah Melayu mengatakan, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Apakah kita masih bertahan untuk hidup seratus tahun lagi, atau seribu tahun lagi untuk mengelak dari berhadapan dengan Rabul Jalil dan akan ditanya tentang usaha yang telah disepakati bersama sejak 1951, tetapi ianya hanya terabai didalam perlembagaan jamaah seperti terabai ayat-ayat suci Al-Quran di mushafnya sejak penjajahan dunia barat ke atas negara umat Islam, dengan hancurnya tamadun Islam.

Ya, kita berbeza dari organisasi politik lain, jangan hiraukan cubaaan mereka-mereka yang ingin menyamakan perjuangan kita dengan perjuangan parti-parti politik lain, jangan hiraukan mereka yang cuba melunakkan agar kita meninggalkan perjuangan asasi ini, iaitu perjuangan menyambung tugas para nabi dan rasul a.s yang tercatat dalam sejarah amat sedikit bilangan mereka ini yang berjaya memerintah di atas muka bumi ini. Ada yang digergaji sehingga terbelah kepalanya, ada yang dihalau dari negeri asal, ada yang dibunuh mati, ada yang dihina, dicerca dituduh gila, bodoh, tidak bijaksana dan sebagainya.

Dasar PAS ialah Islam, seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR. teruskan perjuangan walaupun kita dilihat berbeza dari mereka dengan suatu pandangan anih serta ganjil!

http://arisawang.blogspot.com/
Baca Seterusnya......

Selasa, 27 Oktober 2009

Pemuda Mesti Ada "umph"

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi
Sejak sekian lama , kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph" . Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan . Dulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerakkerja amal jamaei , amal fardi dan amal ijtimaei .. Masih saya ingat , selain usrah saban minggu , jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhaiyyam , namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis . Tiada lagi qiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala' tidak berbelah bahagi .

4. Ukhuwwah cukup erat dan intim . Sering sahabat seperjuangan menyapa kita dengan " Ana Uhibbuka fillah Ya akhi " sebaik memberi salam dan berpelukan menemukan pipi - pipi merah yang menahan getir perjuangan ini . Ziarah dan bertanya khabar menjadi rutin yang cukup halus kesannya kepada kita sesama jamaah . Menangis kita apabila mendapat khabar sahabat seperjuangan sakit atau ditimpa musibah .


5. Cepat kita menolak segala tohmahan yang cuba dilemparkan kepada sahabat seperjuangan . Nilai ukhuwwah antara kita sungguh mantap . Tak siapa mampu merobeknya dan tak mungkin lahir perasaan cemburu antara kita . Manakan tidak ..... Makan setalam , tidur sebantal dan musafir sekenderaan , bersulam doa rabitah yang diaminkan bersama sejurus selesai melazimi wirid al ma'thurat saban pagi dan petang .
6. Buku - buku haraki senantiasa di tangan , sementara bibir pula rajin melazimi usul isyrin agar lancar di lidah sesudah dihafal untuk menjadi kaedah dalam berjuang menyelesaikan kekusutan berfikrah . Tugasan dakwah dilaksana penuh dedikasi sebaik sahaja menghabisi kertas kerja dan amanat pimpinan dalam pertemuan - pertemuan bulanan seperti Liqa' Fikri atau seminar penerangan .


7. Semangat jihad berkobar - kobar , merasakan setiap gerakkerja jamaah biarpun di medan siasah adalah ibadah yang menghasilkan pahala . Ceramah para pimpinan banyak berkisar erti perjuangan atau pemantapan aqidah dan akhirnya barulah disudahi dengan perkembangan isu semasa . Audien menerima secara seimbang antara kesedaran isu semasa dengan fikrah dan aqidah perjuangan .


8. Timbul masaalah , segera kita cari naqib atau terus kepada pimpinan untuk mengatasinya. Masing - masing menutup masaalah dan aib saudara masing - masing kerana mengutamakan kekuatan jamaah dan tugas perjuangan yang lebih besar . Cepat melupakannya serta segera memaafkan . Masaalah tidak menjadi kudis gatal kepada pejuang kerana ukhuwwah islamiyyah yang tebal segera merawatnya .


9. Mesyuarat dengan penuh mesra . Menghargai pandangan sahabat seperjuangan malah sering mendahulukan pandangan sahabat dan pimpinan sekalipun kita mempunyai pandangan yang berbeza . Rasa bangga apabila pandangan sahabatlah yang diterima dan fikrah perjuangan menjadi seia sekata . Walau berbeza dan berselisih pandangan sesama sendiri , tidaklah meninggi suara jauh sekali untuk memperbodohkan sahabat dan pimpinan sendiri . Mesyuarat menjadi pertemuan yang cukup menyeronokkan malah dinanti - nanti . Sebulan dirasakan setahun untuk bertemu kembali dengan sahabat seperjuangan .


10. Semua itu menjadi "umph" dalam perjuangan ini . Ia adalah nostalgia indah disemi pula oleh alunan nasyid jihad dan perjuangan . Sekali sekala asma'ul husna memecah kesunyian dan menjadi muqaddimah kepada setiap pertemuan dan mesyuarat .


11. Sedihnya hari ini rasa "umph" itu telah hilang . Zaman semakin canggih malangnya ukhuwwah semakin dhoif . Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api . Nak bercakap rasa tak kena , tak bercakap rasa salah . Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan . Rasa sukar untuk mendekap pipi , sebab masing - masing sibuk memburu waktu entah nak kemana .... kalau peluk semua ahli mesyuarat , terpaksa mengambil masa yang agak lama . Ada yang rasa janggal dan geli geleman .....


12. Makan secara layan diri kemudian berasingan melayan perasaan . Memandang sahabat seperti musuh . Ya ... musuh dan saingan politik kerana kita tidak lagi berjamaah tetapi berpolitik . Menyertai PAS bukan lagi menyertai Gerakan Islam tetapi menyertai parti politik yang berjuang atas nama Islam .

13. Hadhir mesyuarat seperti menghadhiri parlimen untuk berdebat dengan musuh . Pantang keluar pandangan berbeza ditingkah segera agar ditarik balik kenyataan layaknya seperti diparlimen bukan dalam mesyuarat yang penuh kasih dan sayang . Tidak lagi bermula dengan al mathurat dan doa rabitah . Asmaul Husna tidak kedengaran langsung. Jiwa menjadi kasar dan keras . Mudah terasa dan sangat sensitif yang menghela ke arah sengketa .

14. Adab bermesyuarat dan mengemuka serta berbeza pandangan telah hilang entah di dalam buku haraki mana yang tidak lagi dibaca kini . Nak baca macam mana , usrah pun sudah 5 tahun tidak hadhir . Terma - terma jamaah yang selalu disebut dalam usrah dulunya kini UMNO pula yang pakai kerana kita telah tidak lagi menggunakannya seperti wehdatul fikri , wehdatul amal dan sebagainya .

15. Mesyuarat sebelum mesyuarat , mesyuarat dalam mesyuarat dan mesyuarat lepas mesyuarat sudah jadi rutin . Akhirnya tidak tahu keputusan mesyuarat mana sebenarnya yang original dan valid untuk dilaksanakan sebagai kata putus . Sebab , sebelum masuk mesyuarat , perkara yang nak dibincangkan sesama kita sahabat seperjuangan sudah dibincang oleh entah komiti mana lalu masuk membawa keputusan yang telah direncanakan . Jika putus sesuatu pula dalam mesyuarat itu , ia seperti boleh dirombak oleh mesyuarat yang bakal menyusul selepas mesyuarat tersebut biar pun hanya di kedai kopi .

16. Memang aneh cara kita berjamaah di zaman moden ini . Hilang "umph" dan yang timbul ialah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain . Suasana senantiasa tegang dan panas . Bila - bila masa boleh mencetus perbalahan . Masing - masing dok tunggu tuning point sebagai masa nak bertindak .

17. Hati kita menjadi jauh walau kita sepejabat . Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra . Seperti merenung musuh , kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita . Ada sahaja yang tidak kena dan hati senantiasa tidak puas .

18. Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur . Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja . Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa , kalau pun masih terasa hanya sekadar manis - manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka .

19. Terma - terma asas perjuangan Islam seperti jihad , negara Islam , hudud , mukhayyam tarbawi , usrah , harakah Islamiyyah , naqib , ukhuwwah fillah dan lain - lain kini sukar untuk dilafaz kepada umum . Kalau menyebutnya juga akan dikatakan tidak bijak , tidak kena timing , keterlaluan , non muslim tidak akan mengundi kita , kolot dan macam - macam lagi sms akan masuk menempelak .

20. Kini "umph" dalam berjamaah dan berjuang tidak terasa lagi . Seperti menghirup Tom Yam yang tawar tanpa garam dan rencah . Habis semangkuk , perut boleh kenyang tetapi umphnya tiada . Bagaimanalah kita nak mengembalikan semula umph dalam perjuangan ini ?

Harapan saya , agar pemuda dapat menikmati semula umph tersebut . Untuk itu , pemuda mesti ada "umph" iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat [ UMPH ] .
Baca Seterusnya......

Tafsiran 'pergi jahanam Umno'

Oleh Abu Firdaus

Dalam bahasa Melayu, ada dua makna perkataan jahanam, iaitu pertama, neraka. Kedua, rosak. Jadi apabila disebut 'pergi jahanam', ia bermaksud 'go to hell', maksudnya 'pergi ke neraka'. Tetapi bukanlah bermaksud pergi ke neraka sebenar. Ini kerana bukan manusia yang menentukan siapa yang pergi ke neraka atau syurga. Tetapi maksudnya, 'kamu akan terseksa dan menderita akibat perbuatan kamu'.

Sementara satu lagi, iaitu apabila disebut umpamanya, kereta itu jahana, maka apa yang dimaksudkan ialah kereta berkenaan telah rosak. Justeru, jika disebut Umno pergi jahanam.

Maka ia boleh membawa kepada dua makna. Pertama, Umno akan terseksa dan menderita akibat perbuatan mereka selama ini. Selain itu, ia juga bermakna Umno sudah rosak.

Adakah Umno terseksa dan menderita sekarang? Jawapannya, ya. Banyak perkara yang dilakukannya menjadi serba salah, tidak menentu dan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan. Itulah penderitaan yang ditanggung sekarang. Mereka amat berharap dapat kerjasama daripada PAS, malah diusahakan dengan sungguh-sungguh, walaupun dimalukan di depan rakyat. Semua ini merupakan penyeksaan.

Sementara pernyataan bahawa Umno rosak, mudah difaham. Parti itu sememangnya telah rosak dan pemimpinnya sedang berusaha emperbaikinya. Mereka mencari jalan bagaimana hendak memperbaikinya.

Antaranya, dengan turut mengajak PAS bekerjasama. Tetapi usaha-usaha ini tidak semestinya berjaya. Tetapi mnereka sedang berusaha memperbaikinya.

Apa yang menyebabkan Umno rosak? Paling utama, wang. Politik wang, korupsi dan penyelewengan, sama ada betul atau tidak, tetapi rakyat berjaya diyakinkan bahawa Umno telah rosak akibat wang. Maka kalau hendak memperbaiki Umno, apa yang perlu dilakukan ialah mengatasi masalah yang berkaitan dengan wang ini.

Tetapi hakikatnya, bukan wang yang mendatangkan penyakit itu. Apa yang berlaku ialah sikap sebahagian ahli Umno, pemimpin dan penyokong yang menyebabkan wang itu merupakan punca kerosakan parti mereka. Maka di sinilah pula boleh dikaitkan dengan perkataan jahanam itu sendiri.

Namun begitu, apabila disebut perkara ini, ahli-ahli PAS dan penyokongnya janganlah pula rasa tinggi diri daripada Umno. Ini kerana penyakit yang terkena pada Umno ini boleh juga dijangkiti kepada PAS. Apa-apa peringatan yang ingin diberikan kepada Umno ini hendaklah dijadikan contoh teladan kepada ahli PAS.

Maka sikap buruk mengenai wang ini termasuklah dalam bentuk ketidakjujuran, tamak haloba, pecah amanah dan pelbagai perbuatan buruk dan tidak beretika.

Sedangkan sikap inilah yang merupakan dosa dan apabila terhimpun sebegitu rupa, boleh membawa seseorang ke dalam neraka. Jahanam adalah nama neraka yang paling dalam. Neraka jahanam itu bermaksud neraka yang terletak pada tahap paling rendah.

Sememangnya untuk mempercayai neraka dan syurga secara sepenuhnya adaah sukar kecuali dengan Keimanan yang tinggi. Jika kekuatan kepercayaan seseorang itu terhadap syurga dan neraka, maka ia menerapkan pegangannya tentang konsep dasa dan pahala.

Perhatian besar terhadap pahala dan dosa itu boleh membawa kepada pembentukan sikap bersih dan benar. Kebersihan sikap ini membawa kepada amalan dan perbuatran yang terpuji dan selanjutnya membolehkan seseorang menambahkan pahala, dan memberi peluang kepada mereka yang bertuah ini memasuki syurga.

Apalah lagi makna kewujudan bagi manusia jika tidak menginginkan hidup abadi dalam syurga? Memang tidak banyak orang lebih-lebih lagi pada zaman ini untuk menghayati apa itu syurga dan neraka. Justeru apabila disebut 'pergi jahanam', maka maksudnya ialah ingatan bagi semua tentang bahaya neraka.

Inilah yang sepatutnya berlaku apabila keluar kenyataan 'Umno pergi jahanam'. Ia sepatutnya menjadi iktibar kepada semua orang Islam, tidak kira sama ada Umno atau PAS. Semua mereka yang terlibat dengan politik wajar bertaubat dalam soal-soal yang membabitkan amanah. Jika tidak, bukan saja parti mereka rosak, tetapi juga masyarakat dan negara. Tidak kiralah Umno atau PAS.

Cuma, Umno yang memerintah negara ini lebih 50 tahun tentunya menanggung banyak beban yang merosakkan parti itu sendiri, di samping kesannya turut mengenai masyarakat dan negara. Kalau perkataan neraka itu ditafsirkan sebagai suasana penderitaan, apa yang Malaysia mungkin terpaksa melalui adalah suatu yang patut ditakuti.

Bayangkan rasuah dan perbuatan tidak amanah begitu berleluasa, maka negara akan rosak dan selanjutnya rakyat yang menanggung penderitaan. Impian supaya negara ini makmur akan musnah dan sebaliknya suatu keadaan neraka boleh muncul jika tidak ada usaha bagi mengatasinya.

Selain itu, keadaan jahanam kepada parti, masyarakat dan negara ini berpunca daripada rosaknya hati. Bukanlah hati organ manusia, tetapi hati dari sudut agama. Hati dari sudut agama ini sebenarnya terletak di otak dan bukannya hati sebagai organ. Apabila hati ini jahanam maka ia tidak dapat membuat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.

Untuk memahaminya, wajar kembali kepada bab tasauf dalam pengajian agama. Bayangkan kalau ahli-ahli parti diajak mengaji semula mengenai tasauf, khususnya apa yang diajar Imam Ghazali.

Kalaulah semua ahli parti politik yang beragama Islam, baik dalam Umno, PAS atau KeADILan mengaji balik mengenai tasauf, mungkin dunia akan berubah dan berbeza. Sememangnya tulisan lebih mudah daripada mengamalnya. _
Baca Seterusnya......

Kemelut PAS,Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil Noor Masih Hidup.

Oleh: WFAUZDIN NS

SESUNGGUHNYA kepada Allah jua kita akan kembali. Alfatihah, buat Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang telah menemui Allah dan tidak akan kembali lagi kepada kita yang amat merinduinya. Di saat parti yang pernah dibentuk oleh Almarhum dari sebuah parti kekampongan sehingga menjadi parti yang amat digeruni dan kini mengalami berbagai masalah dan kemelut, kita terlalu merindui Almarhum untuk kembali bersama kita. Biar tenggelam bumi negara ini dek air mata kita kerana merindui beliau untuk memperbetulkan kekalutan di dalam PAS ketika ini, namun jasadnya tetap akan bersemadi setenang-tenangnya

Seandainya Ustaz Fadzil di alam Barzakh diberi perkhabaran tentang apa yang telah menimpa PAS sekarang, adakah Ustaz Fadzil akan menangis seperti kita sekarang? Tentunya tidak. Almarhum tidak lagi terikat dengan kerja-kerja di dunia lagi bahkan beliau kini tidak lagi terikat dengan kewajipan terhadap Allah SWT sepertimana kita masih hidup. Sudah cukup beliau meninggalkan PAS ini kepada kita untuk terus diperjuangkan sehingga kita mampu menunaikan amanahnya iaitu ingin melihat PAS memerintah negara ini dengan Islam. Apakah kita lupa akan amanah itu?

PAS sekarang tidak segagah dan sepadu kekuatannya seperti di zaman Almarhum. Meskipun di zamannya PAS tidak berada dalam 5 negeri yang dapat ditawan dari Umno/Bn seperti sekarang, tetapi kekuatan dan perpaduan PAS amat kuat ketika itu. Kebijaksanaan Almarhum yang dapat mengenali mana satu kawan dan lawan tidak dapat ditandingi oleh kepimpinan PAS sekarang. Di zaman Almarhum, semua pimpinan PAS diajar untuk menghormati dan bersetia dengan rakan seperjuangan. Tetapi sekarang di dalam PAS, pimpinan sering bertelagah dengan pimpinan dari rakan-rakan mereka sendiri. Semasa susah mereka bersama, tetapi bila sudah senang sedikit dan berjaya, ketamakan menguasai diri. Akal yang dulunya cerdik bila berbicara tetapi semakin beku.

Contoh seperti yang berlaku di Selangor. Peristiwa `rundingan dalam kelambu' bersama Umno tatkala PR baru mengambil kuasa di Selangor menjadi kudis buat PAS. Kudis itu dibiarkan terus oleh pimpinan tertinggi PAS sehinggakan kudis itu semakin merebak. Apabila kudis itu cuba diubati dengan rawatan yang salah, pastinya kudis itu tidak akan sembuh. Sebaliknya semakin dirawati dengan rawatan yang salah, kudis itu merebak dan semakin berani. Mereka gagal berbohong dengan isu `rundingan dalam kelambu', mereka menukar cara yang lain pula. Kerajaan PR di Selangor terus diganggu dengan alasan untuk meng`Islam'kan Selangor. Kesempatan terus diambil jika terdapat isu yang boleh mereka ambil kesempatan. Sehinggakan di dalam isu Selcat pun, PAS Selangor mahu menunjukkan gagahnya mereka membela puak-puak penyeleweng yang dulunya pernah memijak kepala PAS itu sendiri. Mereka tidak percaya rakan mereka dalam PR boleh berlaku adil dan telus selain dari mereka.

Di dalam Muktamar PAS baru-baru ini pun, terdedah bagaimana pemimpin PAS berusaha untuk bersama Umno di Perak setelah menyedari mereka berpeluang untuk menjadi MB Perak jika bergabung dengan Umno. Itulah yang terjadi di Selangor dan itulah kudis PAS sebenarnya. Sikap membiarkan pemimpin seperti ini menjadikan kudis itu merebak sehingga kini menjadi kudis buta yang amat merbahaya. Bencana awal akibat kudis buta ini dapat dikesan setelah pilihanraya kecil di Manek Urai sehingga PAS hampir terduduk. Masih pimpinan tertinggi PAS gagal berbuat apa-apa, sehinggalah penyakit ini berjangkit pula di Bagan Pinang. Di Bagan Pinang, PAS mulai merasa betapa gatalnya kudis buta yang disimpannya selama ini.

Suka atau tidak, kudis buta ini mesti dirawat segera. Mursyidul Am PAS punya kaedah untuk merawatnya tetapi beliau tidak mampu berseorangan. Maka beliau mengharapkan semua ahli PAS membantunya terutama di peringkat pimpinan. Malangnya, baru Mursyidul Am menyebut kaedah rawatan yang boleh dibuat oleh PAS, beberapa pemimpin menolaknya dengan angkuh dan sombong dengan menyebut kononnya PAS tidak pernah berpenyakit. Pada Mursyidul Am, jika PAS di ibaratkan seperti jasad manusia, sebelah kaki PAS kini berpenyakit kudis buta. Kaki yang berpenyakit itu perlu dipotong segera agar tidak melarat ke serata tubuh badan sehingga boleh membawa ajal. Bukan tidak sayang kepada kaki yang ingin dipotong itu, tetapi demi untuk menyelamatkan jasad yang lain kaki yang berkudis buta itu terpaksa dikorbankan.

Mursyidul Am tidak memaksa untuk diadakan kaedah rawatan itu. Beliau cuma mencadangkan sahaja. Sekiranya pimpinan PAS merasakan kaedah itu baik, maka lakukanlah. Jika tidak, carilah kaedah lain asalkan kudis itu boleh dirawati. Tetapi jika masih sayangkan kepada kudis buta itu, bersedialah kita untuk dikuburkan sepertimana kita ingin menguburkan Umno. Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil masih ada
Baca Seterusnya......

Hindari Politiking dalam Jamaah

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia .Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini .

3. Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab , akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah . Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan . Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS .


4. Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik . Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami , PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah [ pemikiran ] , syakhsiyyah [ peribadi ] dan ruuhiyyah [ spiritual ] masyarakat .


5. Justeru itu , kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah .


6. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerakkerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan . Tidak hanya menumpukan isu - isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerakkerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah .


7. Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan . Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam .


8. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang telah mengabaikan solat berjamaah , menjauhkan diri dari majlis - majlis ilmu , tidak lagi melazimi usrah . Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras . Tindakannya gelojoh , egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai . Gemar bertelingkah dan suka memfitnah . Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt . Sebagai contoh mudah , apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut , tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal . Sebaliknya berlumba - lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara .


9. Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu [ saingan politiknya ] kerana ia tidak sependapat dengan aku [ atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi " demi kebaikan jamaah ...." @ " demi masa depan jamaah ..." dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar " demi kebaikan aku ..." @ " demi masa depan politik aku ......." ]


10. Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak . Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang ! bagaimana nak dapatkan undi melayu dan non malay ! tetapi malang , sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka , bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam ! Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non muslim akan menjauhi kita .


11. Sebagai anggota Gerakan Islam , kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam . Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat , justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia . Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam . Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam .


12. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka . Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan . Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh , liar dan tidak cermat . Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal .


13. Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya . Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya . Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua , ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga - lagakan mereka . Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar .


14. Berjuang biarlah dapat pahala , jangan berjuang untuk menambah dosa . Berjuang biarlah ramai sahabat , jangan berjuang meramaikan musuh . Berjuang biarlah tenang , jangan berjuang menambah serabut . Berjuang biarlah damai , jangan berjuang untuk bergaduh . Berjuang lah jangan tidak berjuang ....


15. Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam . Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material . Lantaran itu , tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini . jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik .
http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Baca Seterusnya......

Bubar Dun Perak, Pakatan Rakyat jangan tersalah langkah

Oleh Anak Sengat,Perak

One Malaysia dilancarkan di Perak. Negeri bergelora sejak Mac 2008. Gelora di Perak dirasai tempiasnya seluruh dunia.Pemerhati politik dan wartawan antarabangsa menjadikan Perak sebagai destinasi persinggahan hinggakan pokok yang dah lama bertapa di Medan istana disiar ke seluruh dunia gara gara sidang bawah pokok. PR telah lama mendesak agar DUN Perak dibubar susulan rampasan kuasa kerajaan Kudeta BN . Kuasa rakyat dirogol dengan ganas tanpa simpati terhadap rakyat.

Kerajaan kudeta yang berslogan Rakyat diutamakan itu tahu sengsara rakyat Perak angkara perbuatan rakus mereka namun nafsu serakah gila kuasa telah menguasai mereka. Slogan rakyat diutamakan adalah topeng puaka yang dipakai najib bagi menutup wajah hodoh kerajaan pimpinannya.

Ketika One Malaysia dilancarkan di Ipoh, rakyat keliru adakah ianya anjuran kerajaan atau umNO kerana lambang umNo tertera jelas.

Namun wang yang digunakan mustahil milik umNO. 1500 buah bas disewa khas ke pelusuk kampung untuk mengangkut warga Perak. Ketika melalui Tol Ampang saya tersekat gara gara bas yang bersusun walaupun ketika itu maghrib telah masuk. Saya terlepas takbir awal gara gara bas sewa.

Di fahamkan setiap pelajar yang diangkut akan dibayar rm 10 setiap seorang. Saya terlepas detik malam tadi kerana ada dua program yang terpaksa dihadiri. Kalau tidak tentu himpunan raksasa robot upahan akan saya kongsi bersama. itulah yang difahami sebagai gelombang pilihanraya Perak yang akan berlangsung bila bila masa.

Ada yang meramalkan melalui mangkuk putih tarikhnya ialah 28 November... Saya juga cuba meramal, namun belalang yang saya cari di padang tidak saya temui...

Mengikut maklumat yang diterima umNo negeri telah bersedia menghadapi pilihanraya yang dituntut. Ketika PR melalak menuntut pilihanraya negeri, umNo buat perangai lembu kenyang. Kita menyangka mereka tak peduli, rupa rupanya mereka merancang dan bekerja. Sebahagian kita sibuk melalak mencabar tanpa kerja namun mereka membina kekuatan.

Difahamkan dari senarai terbaru yang dipamerkan SPR, lebih kurang 50 ribu pengundi baru telah di daftar. Hebat!!! Maklumat PR menyatakan kita hanya mendaftar sekitar beberapa ratus orang melalui agen yang dilantik. Siapa yang mendaftar mereka... itulah kerja licik umNO dengan tangan SPR.

Apapun perkembangan ini semakin menarik perhatian. umNO telah mencurah projek dari kerajaan pusat. Belanjawan negeri akan dibentang 28 Oktober ini. PR mesti waspada dengan perangkap 28 oktober.

Saya sangat yakin peristiwa 28 oktober akan dicatur dengan pengarahan terbaik bagi memberi gambaran buruk PR di Perak.

Di harapkan PR memberi perhatian persidangan kali ini bukan hanya untuk tunjuk kita berani, tetapi MESTI WASPADA dengan perangkap yang telah sedia di pasang begitu rupa... Percayalah... 28 Oktober akan menjadi detik bersejarah permulaan pembubaran DUN Perak...jika PR tersalah langkah menangani situAsi di hari tersebut. _
Baca Seterusnya......

'Mukjizat palsu media'

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Media memang dianggap berpengaruh besar, malah ada yang melihatnya sebagai penentu, dalam persaingan merebut kuasa. Dalam konteks politik Malaysia, persaingan itu begitu berat sebelah, terutama apabila media tradisi dikawal dan dikongkong sepenuhnya oleh pemerintah.

Pelbagai akta dan peraturan digubal bagi encengkam pemilik media, seterusnya 'memenjarakan' para wartawan dan editor. Seringkali faktor 3M (media, money, machinery) dianggap membantu BN mengekalkan kemenangan "di padang permainan yang tidak pernah sama rata".

Kemunculan media baru bermula dalam pilihan raya 1999 telah memecahkan hegemoni BN terutama apabila ruang maya menyediakan persaingan yang lebih saksama. Pengenalan internet secara besar-besaran pada 1997, seperti penggunaan emel dan laman web, diikuti kemudiannya oleh blog, youtube, Twitter, Facebook dan seumpamanya, bukan saja memberi peluang rakyat Malaysia untuk akses kepada kepelbagaian sumber maklumat, malah mencabar kedudukan BN yang berdekad lamanya hegemonik dalam membentuk pemikiran dan budaya politik masyarakat.

Bagaimanapun, pensyarah sains politik UKM, Mohamad Nadzri Mohamed Noor (Politik Malaysia di Persimbangan, 2009) mengingatkan, merujuk tiga pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, "kita dapat melihat jatuh bangun pakatan parti oposisi meskipun mereka menggunakan dan menguasai ruang maya secara konsisten dan lebih menyeluruh berbanding BN, dan BN pula agak ketinggalan dalam penggunaan media online, namun BN tetap berupaya mengekalkan majoriti dua pertiga dalam PRU 1999 dan mencapai kemenangan terbesarnya dalam PRU 2004. Oleh itu, kempen efektif dalam ruang siber semata-mata kelihatan tidaklah memadai dalam menarik pola pengundian yang signifikan ..."

Sengaja saya tekankan hal ini memandangkan ada tanggapan daripada aktivis Pakatan Rakyat bahawa kemenangan mereka untuk pilihan raya akan datang, di zaman langit terbuka ini, agak terjamin disebabkan masyarakat semakin meninggalkan media tradisi seperti akhbar, hatta TV, dan beralih sepenuhnya kepada media baru.

"Jika media benar-benar bebas, atau kita tidak diserang bertubi-tubi oleh media yang dikawal mutlak oleh BN, nescaya rakyat akan menyokong kita," begitulah kira-kira hujah mereka.

Mereka yakin BN jauh ketinggalan dalam usaha memanfaatkan kepesatan teknologi maklumat ini. Dengan itu pengundi akan mendapat maklumat lebih seimbang daripada media alternatif dan tidak mudah tertipu lagi dengan propaganda murahan BN. Mereka juga percaya bahawa sesiapa yang menguasai informasi - kini dilambahkkan dalam media baru - maka automatik ia akan menerajui kuasa.

Maka apabila Pakatan kalah dalam mana-mana pilihan raya misalnya, yang dipersalahkan adalah kegagalan jentera penerangan untuk berfungsi dengan berkesan, terutama bagi menyanggah serangan lawan, sekali gus melakukan pujukan.

Propaganda media BN pula dikatakan begitu berjaya mempengaruhi pengundi seolah-olah mempunyai kuasa luar biasa hebatnya, meskipun parti itu dan calonnya bergelumang dengan rasuah, salahguna kuasa dan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral. Tukang spin dilihat berupaya menjadikan "yang hitam itu putih" pada kacamata pengundi dan membuatkan kebenaran terus tertimbus dan tidak dipedulikan.

Tidak dinafikan bahawa media (sama ada tradisi mahupun baru) perlu dikuasai selok-beloknya, bukan saja dari aspek teknikal tetapi juga pengisiannya. Namun yang tidak kurang penting - malah mungkin lebih mustahak - adalah menguasai isu sebenar, merasai penderitaan rakyat, menyelesaikan masalah masyarakat, menjuarai usaha membela golongan bawahan, menampilkan kualiti kepimpinan, serta membentuk keyakinan kita mampu melakukan perubahan dan tidak mengulangi kebobrokan sistem lama. Usah remehkan kemampuan rakyat untuk menilai dan menghakimi pretasi parti dan calon yang telah diberikan kepercayaan dalam pilihan raya lalu.

Benar, politik itu permainan persepsi tetapi media juga semakin sukar memikul tugas sebagai "tukang putar". Hari ini mungkin rakyat terkeliru dan tertipu dengan kelicikan media, namun ia tidak kekal lama. Kebatilan akhirnya terbongkar jua.

Justeru, jika kita tersungkur, ia bukan semata-mata diperangkap media musuh, tetapi juga berpunca dari kelemahan sendiri, yang disaksikan secara nyata oleh pengundi.

Lihat saja pilihan raya 2004 - BN tetap jauh ketinggalan dari segi penguasaan media baru tetapi kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Dr Mahathir Mohamad berjaya "menyihirkan" tanggapan umum.

Oleh itu, pertama, usah terlalu yakin dengan "sakti" media baru, dan kedua, jangan memandang rendah pihak lain yang cuba mempamerkan diri mereka sebagai "telah berubah".

Malah, dengan dakwaan hegemoni pembangkang di alam siber kian terhakis, ditambah kritikan pengkaji media - merujuk semasa kempen Bagan Pinang - bahawa Pakatan Rakyat gagal memanfaatkan sebaiknya internet untuk menyanggah serangan BN, maka ia menuntut kesungguhan untuk memperbaiki kekurangan dan kealpaan itu.

Sebagai wartawan, saya lebih cenderung untuk mengingati diri tentang kelemahan dalam operasi menjuarai jihad pena ini, selain membetulkan salah tanggap ahli dan pemimpin Pakatan terhadap "mukjizat" media.

"Padang yang sama rata" pun tidak akan membawa kemenangan jika pemain tidak berketrampilan, jurulatihnya tidak kreatif dan pengurus pula tidak hiraukan kebajikan! _

Baca Seterusnya......

Media Blog Mengatasi Media Konvensional?

Tidak dinafikan blog, sebahagian daripada media baru, mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia dan mempunyai pengaruh yang agak besar terhadap rakyat Malaysia.Atas sebab tertentu secara perlahan ia menafikan pengaruh media konvensional seperti televisyen, radio dan akhbar sebagai sumber utama maklumat.

Kehadiran media baru memupuk proses ketamadunan sesuatu negara melalui pengwujudan masyarakat yang peka dan berinformasi, namun ia juga membuka ruang manipulasi oleh pihak tertentu.

Situasi ini menimbulkan persoalan sejauh mana cabaran media baru kepada masyarakat dan negara dan apakah impaknya terhadap pemikiran masyarakat dan masa depan negara.

Pensyarah Fakulti Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata media baru ialah satu bentuk “kepercayaan baru” yang merentasi sempadan politik, ekonomi, budaya, kaum dan agama.

“Ia dianuti hampir semua masyarakat dunia,” katanya kepada Bernama di sini.

Media baru amat berpengaruh dalam kalangan generasi muda kerana mereka rata-ratanya celik IT dan memiliki sikap ingin tahu yang tinggi.

Atas fakta ini, wujud kebimbangan dalam kalangan pemerintah sekiranya media baru itu dimanipulasi dan dijadikan alat subversif oleh kelompok berkepentingan.

Contoh paling dekat ialah bagaimana blog tertentu digunakan untuk mengeruhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia berhubung beberapa isu berbangkit baru-baru ini.

Sekalipun perkara ini tidak dipaparkan di media tempatan, mereka yang aktif dalam dunia siber tahu mengenainya.

Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat multietnik, cabaran media baru dilihat lebih kritikal.

BUKAN BEBAS MUTLAK

Di Malaysia media baru berpusat kepada Internet ini tidak ditapis.

Rakyat di negara ini diberikan hak untuk mengakses apa saja maklumat dan memaparkan pandangan mereka sama ada di blog dan portal berita online mengikut garis panduan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Akta ini turut memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta polis mengambil tindakan sewajarnya jika pengamal media baru ini melampaui undang-undang ditetapkan.

Antara peruntukan terbabit ialah Seksyen 211 dan Seksyen 233 AKM 1998 terhadap pemberian kandungan jelek dan mengenai penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian.

Antara yang dilarang mengikut seksyen di atas ialah komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelek sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Sehingga Julai tahun ini, 52 kes disiasat di bawah Seksyen 233/211 melibatkan emel dan laman web.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, sebanyak 11 kes didakwa di mahkamah antarnya kes membabitkan lapan individu yang menghantar komen menghina Sultan Perak.

Malah di Amerika Syarikat, terdapat penulis blog didakwa di mahkamah kerana melanggari undang-undang negara itu.

ANCAMAN SIBER

Di Malaysia, ancaman siber dilihat semakin berbahaya dan hakikat itu juga diakui Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Malah Dr Rais menyifatkan “ancaman” siber itu sebagai amat berbahaya daripada musuh nyata seperti komunis kerana ia boleh memasuki kamar serta pemikiran generasi muda tanpa disedari.

Hakikat itu turut disokong Prof Dr Musa Abu Hassan yang berkata generasi muda mudah terpengaruh kerana mereka tidak dapat membezakan antara fakta, maklumat dan fitnah.

“Akses kepada Internet luas. Kalau dulu sebuah TV setiap rumah tetapi Internet ada pada setiap orang,” kata profesor Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang itu.

“Blog buat orang rasa bebas dan tidak terikat. Mereka lebih percaya media baru ini berbanding media konvensional yang ada kekangannya sendiri,” kata Prof Musa.

Beliau berkata proses “media convergence” (contohnya Youtube.com) yang menggabungkan teks dan visual) juga menyebabkan kenapa golongan muda meminati media baru yang lebih dinamik.

“Apa yang bermula sebagai blog yang bersifat peribadi menjadi perkongsian sosial,” kata Prof Musa sambil berhujah media baru lebih diminati generasi muda selepas televisyen, radio dan akhbar dianggap mereka sebagai mewakili suara kelompok tertentu sahaja.

Saiful Nujaimi Abdul Rahman dalam buku “Kewartawan Malaysia: Praktis dan Cabaran” menulis bahawa antara dilema dalam blog ialah pembaca tidak dapat membezakan antara maklumat dan fakta.

Pensyarah komunikasi daripada UPM itu menyatakan bahawa maklumat, asasnya ialah perkhabaran benar, palsu dan keliru dan bergumpal bersama manakala fakta ialah maklumat yang melalui beberapa proses saringan.

“Logiknya, bolehkah kita mempercayai keseluruhan maklumat yang datang dari sumber yang tiada lesen penerbitan, tiada kewibawaan pemberitaan yang jelas, dan tiada agensi yang dapat dipertanggungjawab atas maklumat dipaparkan?,” kata Saiful Nujaimi dalam bukunya itu.

PENGARUH KEPADA REMAJA

Kemunculan media baru juga dikaitkan dengan golongan remaja, di mana menurut satu kajian baru-baru ini, golongan itu menghabiskan masa selama 16 jam seminggu untuk melayari Internet, dengan atau tanpa disedari ibu bapa masing-masing.

Ruang inilah yang membuka kepada pornografi di Internet yang kini menjadi tumpuan kerajaan menerusi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Namun apa yang penting keterbukaan kerajaan kepada pengamal media seharusnya tidak dijadikan lesen untuk menabur dakyah dan fitnah kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Dalam konteks ini generasi muda harus bijak memilih apa yang disaji di Internet, sekalipuan kajian umum menunjukkan hanya 23 peratus pembaca blog yang percaya bulat-bulat dengan apa yang mereka dapati secara online.

“Kita perlu sedar sensitiviti pihak terlibat ketika memberi komen atau berhujah,” kata Prof Musa sambil berkata akta sedia ada sudah memadai untuk memantau dunia siber di negara ini.

Sepertimana kata Dr Abu Hassan, “media adalah etika ibarat irama dan lagu ia tidak boleh dipisahkan”, kerana itu ia seharusnya dimanfaat ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya.

– BERNAMA
Baca Seterusnya......

EGM PAS: Nasihat Untuk Pejuang Islam

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.

Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.

Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.

Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!

Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.

Sumber: Nik Abduh
Baca Seterusnya......

PAS Tidak Pecah, UMNO Gigit Jari?

APA yang disifatkan oleh UMNO sebagai perpecahan dalam parti dan kepimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan atau apa-apa juga istilah yang dicipta oleh UMNO bagi menggambarkan seolah-olah PAS kini bergolak, sebenarnya hanya lebih mendedahkan sikap munafik serta rosaknya akhlak para pemimpin UMNO itu sendiri.

Lebih parah dari itu, UMNO sebenarnya MASIH TIDAK BERUBAH DAN TIDAK AKAN BERUBAH. Buatlah banyak manapun persidangan UMNO, terpekik terlolonglah macam orang kerasukan dan mabuk todi, UMNO tetap tidak akan berubah!

UMNO semakin menuju perubahan ke arah kehancuran yang bakal melenyapkan UMNO dari lipatan sejarah politik tanah air. UMNO sangat berharap kepada pergolakan kepemimpinan dalam PAS kerana dengan cara itu sahaja UMNO dapat meneruskan agenda mempertahankan kerakusannya untuk kelangsungan kuasa bagi membolot lebih banyak harta negara yang terhasil dari keringat rakyat jelata.

UMNO sudah rapuh, semakin tenat, tidak punya kekuatan dalaman, membolot kuasa melalui jalan yang tidak bertamaddun sebagaimana insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak baru-baru ini, perisytiharan MAGERAN di Kelantan pada 1997 yang akhirnya menyaksikan kelahiran BERJASA bagi menumbangkan kerajaan PAS Kelantan, rampasan kuasa di Sabah pada 1994 melalui pembelian YB-YB yang sanggup menggadai maruah mereka untuk kesenangan dan gaya hidup mewah yang sementara didunia fana ini.

UMNO merampas kerajaan yang diterajui PAS di Terengganu pada 2004 melalui jalan paling jijik menggunakan pengundi-pengundi hantu yang dibawa dari Selangor. Kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya adalah kerana bertongkatkan SPR, PDRM, jentera-jentera serta agensi kerajaan dibawah Kementerian yang diterajui UMNO/BN dan bukan kekuatan UMNO secara ‘genuine’.

Kemuncak kepada kerakusan untuk membolot serta kekal berkuasa sehingga umat Islam Sabah sekarang ini hidup dalam keadaan mundur dari sudut ekonomi serta kehilangan banyak tanah-tanah NT kepada Anak Negeri palsu ialah dengan mencipta pelbagai isu dan menyebar siri-siri fitnah bahawa kononnya Tun Mustapha mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia serta tuntutan royalti minyak sehingga 20% yang akhirnya dijadikan alasan untuk penubuhan sebuah parti baru yang didalangi oleh Tun Razak, Ghazali Shafei dan beberapa figura lain dari kalangan UMNO.

Dalam pilihanraya yang diadakan pada 1976, Tengku Razalaleigh berperanan besar untuk meyakinkan golongan peniaga Cina di Sabah bahawa Kerajaan Persekutuan merestui penubuhan Berjaya melalui sumbangan cek bernilai RM500,000 kepada Berjaya.

Saya cukup yakin tidak ada mana-mana pemimpin PAS yang mahu menjalinkan apa-apa hubungan yang boleh membawa kepada kerajaan campuran atau perpaduan dengan UMNO kerana mereka mengambil ikitibar dari sejarah Yasser Arafat dan Mahmud Abbas yang tak sudah-sudah diperbodohkan oleh Amerika dan Yahudi serta menjadi bahan tertawa dunia seluruhnya kerana perundingan yang tidak ada penghujungnya dengan entiti haram Israel.

UMNO mungkin tidak boleh disamakan dengan Israel, tetapi perangai hampir-hampir serupa. Israel robohkan rumah rakyat Palestin, UMNO pun robohkan rumah rakyat Sabah di BDC dan beberapa tempat lain di Sabah dan Semenanjung.

Kepada para pemimpin UMNO, islahkan diri kamu supaya menjadi manusia yang berakhlak dan bertamaddun. Ertinya, apabila Setiausaha Agung PAS sudah menjelaskan bahawa isu kerajaan perpaduan sudah ‘tutup buku’, maka hormatilah kenyataan dan keputusan tersebut.

Tidak perlulah heboh lagi dengan membuat pelbagai andaian dan tohmahan yang kesemuanya itu membawa kepada dosa semata. Jangan sampai nanti diistilahkan sikap degil kamu sebagaimana gambaran yang dibentangkan dalam Al-Quran seperti seekor anjing yang sentiasa menjulurkan lidahnya.

Al-Quran menyatakan janganlah kamu seperti seekor anjing yang mana ia sentiasa menjulurkan lidahnya sama ada kamu beri dia makan atau tidak. Insyaallah PAS yang bertunjangkan kepada perjuangan berlandaskan syariat Islam tidak akan pecah. Kalau UMNO mengharap PAS pecah, akhirnya UMNO gigit jari kerana harapan UMNO untuk melihat PAS pecah akan hancur berkecai!

Oleh: HAMZAH ABDULLAH (sabahkini)
Baca Seterusnya......

Bajet yang mengelabui mata rakyat

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Apakah persepsi rakyat terhadap Umno-Barisan Nasional, yang selama ini gagal menguruskan ekonomi negara, boleh dipulihkan hanya dengan pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak? Bagaimana rakyat boleh mempercayai ketulusan dan ketelusan semua janji yang dikemukakan dalam Bajet 2010, jika kerajaan tidak mempunyai asas bagaimana hendak menjana pendapatan negara?

Jika kita melihat kepada laporan Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan yang 2008, hampir kesemua negeri-negeri yang ditadbir oleh BN hasil gabungan Umno, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya, dipertikaikan dengan begitu teruk sekali.

Asas yang paling besar akibat daripada kelemahan negeri-negeri di bawah pentadbiran BN ialah, kegagalan menambahkan hasil negeri, sebaliknya membuat perbelanjaan luar jangka dan pembaziran, sehingga melebihi pendapatan.

Di kebanyakan negeri di bawah pentadbiran BN, semuanya menanggung hutang yang besar kepada Kerajaan Persekutuan, di samping mempunyai belanjawan atau bajet yang tidak seimbang atau defisit.

Akibatnya, BN yang mencanang kehebatan pemerintahan selama 50 tahun, semakin tidak dipercayai rakyat, kerana sebagai besar daripada Menteri Besar atau Ketua Menteri mereka, gagal menguruskan negeri dengan baik.

Perkara ini sama seperti di peringkat Pusat, jika kerajaan PM Najib tidak mampu menjana pendapatan, bagaimana kerajaan mahu melunaskan janji-janji pelbagai peruntukan dan insentif kepada rakyat?

Yang paling jelas data-data menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan yang tidak stabil sebenarnya.

Selain daripada hasil minyak yang menguncup akibat kejatuhan ekonomi dunia, kadar eksport barangan keluar negara yang terjejas akibat kejatuhan Dollar Amerika Syarikat, pelabur-pelabur asing juga enggan memasuki pasaran Malaysia.

Dalam sesebuah negara yang demokratik dan berdaulat, pengaliran masuk pelaburan asing atau Foreign Direct Investment (FDI) amat penting, kerana ia melambangkan keyakinan pelabur ke atas sistem dan ketelusan kerajaan yang memerintah.

Sebaliknya di Malaysia, FDI terus menjunam. Data-data menunjukkan pelabur asing masih tidak mempunyai kepercayaan terhadap kerajaan BN walaupun PM sudah bertukar.

Berpunca daripada kegagalan menjana pendapatan negara, maka pendapatan negara semakin merosot. Akibatnya kerajaan terpaksa mengurangkan belanjawan pembangunan, yang terpaksa diturunkan sebanyak 11.2 peratus.

Situasi ini sebenarnya, harus diperhatikan kerana ia amat membimbangkan. Jika pendapatan negara merosot, belanjawan tidak meningkat, ini bermakna kerajaan tidak dapat mempertahankan pertumbuhan pembangunan.

Justeru janji-janji pembangunan koridor, insentif dan sebagainya, masih lagi bersifat kosmetik, yang digunakan hanya untuk mencetuskan persepsi baik rakyat terhadap pemerintahan Kerajaan BN.

Salah satu aspek yang dicurigai rakyat ialah, bagaimana pemimpin-pemimpin Umno-BN, menggunakan kesempatan hasil daripada bajet yang memberi peruntukan kepada projek pembangunan, digunakan untuk diagihkan kepada kroni dan anak-beranak mereka.

Itulah yang berlaku sebenarnya. Di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, anak beranak beliau mempunyai beratus-ratus syarikat seperti yang tertera pada rekod Pendaftar Syarikat.

Di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, syarikat milik anak menantunya dan adik beradiknya, mendapat laba yang cukup besar daripada hasil kekayaan negara, sehingga anaknya Kamaludin Abdullah tersenarai antara bumiputera yang kaya di Malaysia.

Juga sekarang ini Najib memerintah, rakyat melihat syarikat yang dimiliki adik beradik dan sanak saudara beliau, sedang mengulangi apa yang berlaku di zaman Mahathir dan Abdullah.

Pada waktu ini, agak mustahil bagi Najib, untuk memastikan slogan 1Malaysia dapat terlaksana dengan baik, jika kerajaan pimpinannya masih bergelamang dengan elemen rasuah, mengekalkan perasuah sebagai pemimpin parti dan negara serta menyalahgunakan jentera kerajaan untuk pendakwaan terpilih?

Oleh itu jika pelabur enggan memasuki pasaran negara kerana tidak yakin ekonomi Malaysia akan dipulihkan oleh kepimpinan yang korup, maka rakyat juga harus berfikir banyak kali sama ada hendak mempercayai BN atau tidak.

Jawapannya, tinggalkan sahaja BN, pilihlah Pakatan Rakyat!_
Baca Seterusnya......

Rabu, 16 September 2009

CERAMAH NUZUL QURAN : KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN PAS




CERAMAH NUZUL QURAN : KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN PAS

Pulau Pisang Jitra, Kedah. Ustaz Mohd Taib b. Ahmad mengingatkan para petugas, amilin dan aktivis PAS supaya menjadi Al Quran sebagai panduan untuk melaksanakan aktiviti dakwah di peringkat cawangan kawasan dan negeri dan meletakkan Islam ditempat yang tertinggi dalam setiap bidang kehidupan. Beliau juga menegaskan supaya jangan dibuai mimpi kemenangan PR di Kedah di bawah tadbiran Dato seri Azizan Razak dan kena berhati-hati dengan tindakan yang diambil supaya PAS tidak dipandang serong oleh masyarakat. Selain itu belau mengesa supaya perangai UMNO/BN jangan diikuti setelah PAS berjaya memerintah Kedah selama 18 bulan, “Kalau dahulu ceramah PAS diikuti dengan puluhan ribu orang tetapi kini hanya beberapa orang sahaja datang mendengarnya dan jangan jadi macam ceramah yang dianjurkan oleh UMNO. Ceramah Nuzul Quran dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu dengan kerjasama Urusetia Ihya Ramadhan PAS Kawasan Kubang Pasu. Dewan Pemuda telah membantu PAS Cawangan Pulau Pisang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat. Program tersebut juga disertai oleh YB Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap dan dalam ucapannyamenyeru ahli-ahli PAS berhati-hati dengan sentiment perkauman yang dimainkan oleh UMNO/BN untuk meraih sokongan orang Melayu diakar umbi. Beliau juga menegaskan bahawa UMNO/BN tidak relevan dengan perjuangan orang Melayu dan menanti masa untuk berkubur.






Baca Seterusnya......

Jumaat, 11 September 2009

PROGRAM SAHUR BERSAMA SAUDARA BARU II




Program Gerak Sahur Dewan Pemuda Bersama Aktivis PAS Kubang Pasu di Kg Telaga Batu.



Baca Seterusnya......

Isnin, 7 September 2009

Program Sahur Bersama Saudara Baru




Dewan Pemuda telah menganjurkan Program Singgah Sahur Bersama Saudara Baru. Objektif program untuk mengeratkan Saudara Baru dengan saf kepimpinan Dewan Pemuda dan bekerjasama dengan PEMBELA dan Pengerusi Persatuan Saudara Baru Kedah/Perlis Sdr. Ibrahim Lai. Rombongan seramai 20 orang disertai Ketua Pemuda, Setiausaha, Bendahari, AJK Dewan Pemuda, AJK PAS Kawasan Kubang Pasu, Pengerusi PEMBELA, SU Agung PEMBELA dan AJK PEMBELA. Rombangan pada 7hb Sept 09 (17 Ramadhan 1430H) itu singgah sahur di rumah Saudara Baru Pn. Norhayati bersama suami dengan panggilan mesra Abg Din. Baca Seterusnya......

Umno Tertekan Dan Terdesak!

Oleh Intan Abdullah

Ibarat senjata makan tuan itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan keadaan yang menimpa Umno dan parti-parti komponen BN mutakhir ini.ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution ketika diminta mengulas mengenai pergolakan dua parti utama BN iaitu MCA dan MIC.

"Dalam keadaan Umno mengharapkan MCA dan MIC untuk mendapatkan semula sokongan daripada masyarakat bukan Melayu kembali kepada BN, mereka pula hampir tenggelam dengan masalah dalaman masing-masing," katanya

Umno yang menurutnya kini dalam keadaan tertekan dan terdesak dengan masalah krisis kepercayaan dan kemerosotan sokongan ahli dan rakyat bergantung kepada kedua-dua parti komponen utama BN itu untuk mengembalikannya.

Namun, ahli parlimen Machang itu berpandangan daripada tiga asas parti perikatan itu Umno yang sahaja yang kelihatan seperti sedang bertahan.

Bagaimanapun katanya, ketika BN memainkan sentimen perkauman Melayu atau agama, belum tentu sokongan Melayu kembali kepada mereka.

"Tetapi dalam pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun ini analisa daripada keputusannya mendapati sokongan orang Melayu kepada Umno tidak bertambah.

"Ini membuktikan pendekatan yang mereka gunakan menyebabkan mereka kehilangan undi bukan Melayu kerana masyarakat bukan Melayu sekarang ini sudah boleh menilai sendiri tindakan Umno yang semakin ekstrim dan ini sekaligus menjauhkan lagi sokongan mereka," ujarnya.

Malangnya, Umno sekali lagi melakukan kesilapan apabila menyandarkan harapan kepada MCA dan MIC yang berada dalam krisis.

"Inilah dilema yang sedang dialami Umno," katanya lagi.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai masalah dalaman MCA, Saifudin berkata keadaan yang berkecamuk itu di kalangan pemimpin parti itu seperti retak menanti belah.

Jelasnya, pertikaian yang timbul antara pemimpin nombor satu dan dua parti itu memaksa satu mesyuarat agung luar biasa atau EGM diadakan dalam masa terdekat.

"tidak kira sama ada Chua Soi Lek atau Ong Tee Keat menang ia tidak akan mampu membendung perpecahan daripada terus berlaku.

"Keadaan ini memberi gambaran parti kedua komponen BN itu kini berada pada tahap yang paling buruk dan lemah," tegasnya.

Pada masa yang sama, Umno pula dianggap beliau tidak boleh memberikan nasihat bagi memulihkan masalah ini.

"Umno tiada kelayakan kerana sejarahnya sendiri menunjukkan bahawa bekas Timbalan Presidennya juga dipecat dengan alasan yang diada-adakan.

"Walaupun ada bukti tetapi dalam kes ini Umno tidak mempunyai kredibiliti moral untuk bercakap mengenai isu moral," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, keadaan ini memberikan pengajaran yang besar kepada Umno ketika mereka memberi gambaran kepada rakyat dengan cara menguasai media arus perdana.

"Umno menghadapi ujian kekalahan dalam tujuh pilihan raya kecil yang diadakan sebagai petanda menunjukkan rakyat tetap memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya BN yang berbangga dengan 14 parti komponennya berada dalam keadaan porak peranda apabila parti-parti utamanya mengalami krisis dalaman yang terburuk," tegasnya lagi.

Tambahnya, jika MCA menyaksikan pertembungan antara dua orang pemimpin utamanya, MIC pula mempunyai presiden yang paling lama memegang jawatan nombor satu parti itu sejak tahun 1979.
Baca Seterusnya......

Jumaat, 4 September 2009

SPR Perlu Berani Berubah

Oleh Jebat Sarawak

Sudah tibanya masanya pihak SPR selaku badan induk yang mengurus serta menjaga intergriti proses pemilihan wakil rakyat menjadikan apa yang terjadi kepada senario keluar parti sebagai salah satu tanggungjawab sepenuhnya yang harus dimiliki oleh pihak SPR.

Jika kita renung akan senario wakil rakyat yang menang pilihanraya tetapi mengambil langkah keluar parti yang diwakilinya tetapi terus kekal sebagai wakil rakyat nampaknya senario ini tidak memberi apa-apa kebaikan kepada pihak SPR. Malah tindakan wakil rakyat seperti ini seakan mempermainkan proses pilihanraya yang telah diusahakan dengan begitu rumit oleh pihak SPR.

Walaupun pihak SPR hanya bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu pilihanraya namun pihak SPR juga kini harus memperbaharui tugas dan tanggungjawab mereka dengan mengawal senario yang sungguh jijik di kalangan wakil rakyat ini. Di tinjau daripada aspek manapun tindakan keluar parti oleh wakil rakyat ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada pihak terbabit. Malah jika dinilai secara jujur dan penuh intergriti tindakan wakil rakyat yang keluar parti ini sesuatu yang melanggar amanah pengundi yang telah mengundi seterus memenangkan mereka. Sesungguhnya tindakan ini tidak adil kepada rakyat. Justeru itu untuk memastikan hak pengundi terjaga dan terjamin maka pihak SPR harus menangani perkara ini melalui kuasa yang ada pada mereka.

Demi menjamin proses pilihanraya Malaysia dihormati oleh semua pihak dan negara luar maka pihak SPR seharusnya mempunyai ketetapan khas bagi mengosongkan mana-mana kerusi wakil rakyat yang keluar parti atau melompat parti ini. Perkara ini bukanlah bermakna SPR cuba untuk menyekat kebebasan mana-mana pihak untuk memilih tapak perjuangan mereka tapi tindakan keluar parti setelah meneng pilihanraya adalah sesuatu yang buruk dan boleh mencemarkan peranan serta intergriti pihak SPR dalam menguruskan hal berkaitan pilihanraya dan wakil rakyat.

Tindakan keluar parti serta melompat parti sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjadi jalan terakhir untuk seseorang wakil rakyat menyelesaikan masalah dalaman dalam parti mereka. Seharusnya pihak SPR mempunyai undang-undang untuk mencegah mana-mana wakil rakyat daripada keluar parti yang diwakili mereka. Jika mereka mahu juga keluar parti maka kerusi yang dimenangi oleh mereka seharusnya dikosongkan. Dengan ini bererti seseorang wakil rakyat tidak semudah untuk menodai amanah pengundi sekaligus mencemarkan institusi pilihanraya di negara kita. Jika pihak SPR mampu melaksanakan peraturan ini sudah pasti perbuatan pecah amanah serta mengkhianati pengundi ini mampu disekat sekaligus institusi SPR sebagai badan yang mengawal sistem pilihanraya negara ini akan lebih dihormati dan disegani oleh rakyat serta masyarakat luar.

Menilai tindakan keluar parti oleh beberapa wakil rakyat seperti di Perak dan ADUN Lunas ini nampaknya intergriti seseorang wakil rakyat negara kita terlalu rendah sekali. Pihak wakil rakyat yang telah dipilih rakyat dengan penuh susah payah serta kesusahan pihak SPR menguruskan sesuatu pilihanraya itu seakan tidak mempunyai nilai apa-apapun kepada wakil rakyat ini. Segala kepercayaan rakyat selaku pengundi yang memilih mereka serta kredibiliti proses pilihanraya yang termaktub dalam Perlembagaan itu seakan sampah yang tidak mempunyai nilai apa-apa kepada wakil rakyat ini. Selain itu juga tindakan keluar parti ini seolah-olah pihak SPR tidak mampu mewujudkan sebuah sistem pilihanraya yang mampu membentuk serta melahirkan wakil rakyat yang bertanggungjawab kepada rakyat serta penuh intergriti.

Sesungguhnya tindakan keluar parti seperti yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat di Perak serta yang terbaru oleh ADUN Lunas ini adalah sesuatu tindakan yang cukup memalukan sistem demokrasi pilihanraya di negara kita. Tindakan ini benar-benar tindakan yang tidak bermoral dan bermaruah yang ada pada wakil rakyat tersebut. Jika senario ini tidak dibanteras sekarang maka mungkin suatu hari nanti akan ada wakil rakyat yang akan menjadi yo-yo serta katak sarkas dalam institusi wakil rakyat kita. Apa tidaknya seseorang wakil rakyat itu boleh keluar dan masuk sesuatu parti mengikut kehendak hati mereka. Jika mereka suka mereka menyertai parti tersebut. Jika tidak suka mereka akan keluar pula. Jika rasa berpengaruh mungkin mereka akan jadi bebas dan seterusnya akan menubuhkan PARTI KATAK. Sesungguhnya perkara ini boleh terjadi kerana intergriti wakil rakyat kini semakin rendah dan berkepentingan peribadi semata-mata. Potensi untuk menubuhkan PARTI KATAK ini pastinya cerah kerana banyak calon yang menunggu peluang untuk keluar parti yang mereka wakili sekarang. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai bergantung kepada nasib mereka dalam parti masing-masing.

Mana-mana parti tidak usahlah takut sekiranya pihak SPR mengenakan peraturan menyekat wakil rakyat keluar parti seterusnya mengosongkan kerusi mereka jika mereka keluar parti kerana sesiapa saja wakil rakyat boleh keluar parti jika mereka mahu. Samada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional perkara ini boleh terjadi. Tidak ada sesiapa boleh menghalangnya selagi tidak ada peraturan yang mencegah perbuatan HINA, BANGSAT DAN TIDAK BERMORAL ini. Demi menjaga intergriti serta mengangkat martabat SPR di mata rakyat maka sewajarnya pihak SPR perlu melaksanakan tanggungjawab ini dengan segera. Tidak guna adanya sistem pilihanraya atau memilih wakil rakyat jika wakil rakyat yang dipilih itu tidak menghormati sistem yang mengangkat mereka sebagai pemimpin.

SPR punya kuasa. SPR punya tanggungjawab. Dan SPR punya keupayaan untuk mengubah senario HINA, BANGSAT DAN TIDAK BERMORAL ini. Jangan jadikan SPR hanya tempat melahirkan wakil rakyat sebaliknya apa yang dilahirkan itu tidak memberi apa-apa makna kepada hak rakyat di sudut Perlembagaan. SPR harus bertanggungjawab membina dan membentuk sebuah institusi wakil rakyat yang lebih baik penuh intergriti kepada rakyat bagi diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Baca Seterusnya......

Pengikut