Oleh ZULKIFLI YAHAYA
KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim bahawa pengurusan banjir di Malaysia
adalah yang terbaik di Asia Tenggara ternyata hanya propaganda untuk
membohongi rakyat Malaysia. Zaman di mana makLumat cuma di hujung jari,
rakyat dapat membuat perbandingan dengan pantas sekali.
Di media sosial, tersebar foto pengurusan banjir di Thailand di mana khemah dan sekatan disediakan untuk setiap mangsa banjir.
Thailand bukan negara majoriti umat Islam tetapi mereka tahu
menghormati hak persendirian. Malaysia sebuah negara Islam yang akan
meletakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam perlembagaan, mangsa
banjir diuruskan ala kadar oleh kerajaan BN. Lelaki, perempuan, kecil,
besar, tua, muda dihimpunkan dalam satu dewan – langsung tidak mengikut
Sunnah.
Masalah bagi kaum wanita hendak menyalin pakaian atau
menyusu anak. Kalau wanita Muslim diasingkan pada satu tempat, boleh
juga mereka membuka tudung.
Bagi yang mahu mempertahankan syariat
terpaksalah menutup aurat 24jam sepanjang berada di pusat penempatan
banjir. Kerajaan BN tidak sempat untuk memikirkan itu semua, Mungkin
kerana menganggap semua itu bukan masalah besar. Isteri Perdana Menteri
pun sentiasa berbogel kepalanya.
Banjir melanda lima buah negeri kali ini iaitu Johor, Melaka, Pahang, Terenggau dan Kelantan.
Hampir 70 ribu terpaksa dipindakan di seluruh negara merupakan jumlah yang sangat besar.
Pahang dan Terengganu adalah dua buah negeri yang paling terkesan. Ada
kawasan air banjir hingga mencecah bumbung. Kawasan yang jarang ditimpa
banjir turut mengalaminya untuk kali pertama.
Ada yang berpindah
ke pusat penempatan yang juga dinaiki air. Pelbagai kerumitan dialami
oleh mangsa banjir. Mereka tidak dipindahkan segera dengan bantuan
pelbagai unit dalam kerajaan. Ramai yang terpaksa menyelamatkan diri
dengan inisiatif sendiri.
Foto seorang ibu mengharung air paras
dada sambil mendukung bayi sangat menyayat hati. Ramai yang menitiskan
air mata melihatnya, lalu bertanya apa kerajaan buat untuk bantu mangsa
banjir?
Dalam keadaan mangsa banjir keputusan bekalan makanan,
terdapat pusat penempatan yang tidak dapat menyediakan makanan dengan
segera dan mencukupi. Keadaan diburukkan lagi dengan ketiadaan bekalan
air dan elektrik. Bayangkan anakanak kecil yang kelaparan dan kesejukan.
Jika tidak kerana bantuan NGO dan Unit Amal PAS yang turut membantu,
mungkin terdapat mangsa yang kebuluran.
Dilaporkan pada peringkat awal hanya Jabatan Pertahanan Awam yang turun membantu.
Masalah kekurangan bot, lori dan pacuan empat roda menghantui gerakan
membangtu mangsa di peringkat awal. Selepas hari ketiga baru tentera
turut serta.
Seperti diduga kerajaan akan memberi alasan bahawa
banjir yang berlaku adalah di luar jangkaan, justeru berlaku kelemahan
di sana sini. Alasan seperti itu jangan diberitahu kepada rakyat yang
cerdik kerana mereka tahu bahawa ia cuma alasan untuk menutup kelembapan
kerajaan BN.
Pengerusi Majlis Keselamatan Negara adalah Perdana
Menteri sendiri. Beliau mempunyai jentera yang cukup untuk menangani isu
banjir tetapi mengapa tidak buat persediaan dari awal?
Di negara
lain, melalui kajian saintifik mereka mampu mengesan ancaman ribut yang
bakal berlaku lalu membuat persediaan. Di Malaysia sudah termaklum
setiap hujung tahun terdapat ancaman banjir.
Dengan kadar air
hujan yang turun sepatutnya, banjir sama ada kecil atau besar sudah
mampu diramal. Apakan daya kerajaan kerajaan Malaysia terlalu lembap.
Perkara semudah itupun tidak mampu diuruskan.
Jika ada
pertandingan kerajaan paling lembap di dunia dari segi menghadapi
bencana, mungkin Malaysia boleh dapat tempat teratas.
Sewaktu
mangsa banjir bertarung nyawa dan alami penderitaan akibat kemusnahan
harta benda, para pemimpin Umno sibuk bergelak ketawa di perhimpunan
agung, sibuk memaki hamun pembangkang dan menabur fitnah.
Sibuk pula memuja-muji ‘Wanita Pertama Malaysia’ hingga ada kalangan rakyat yang termuntah-muntah.
Nyawa rakyat seolah-olah bukan keutamaan lagi bagi para pemimpin Umno.
Banyak perkara sudah yang Allah tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa
BN bukanlah kerajaan yang baik untuk mengurus kebajikan rakyat.
Banjir besar kali ini adalah satu dari bukti kelembapan BN itu.
Soalnya berapa ramai rakyat yang sedar bahawa BN adalah peneraju kerajaan yang lembap dan perlu ditukarkan?
Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini
Rabu, 18 Disember 2013
Lembap macam Barisan Nasional
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan