Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Sabtu, 27 Disember 2008

JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT :ANTARA YANG MESTI ANDA LAKUKAN

Jentera Pilihanraya Kecil P.036 Pemuda Pakatan Rakyat telah sempurna dilancarkan oleh Ayahanda Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS baru - baru ini di Markas PAS Kawasan Kuala Terengganu Kuala Ibai .

Pelancaran tersebut bukan bermakna segala gerakkerja memenangi pilihanraya baru bermula , tetapi ia lebih bermaksud sebagai satu isyarat bahawa kita kini berada di satu garisan atau pusingan yang memerlukan semua jentera , khasnya jentera pemuda melakukan pecutan akhir untuk memenangi pilihanraya kecil P.036 yang hanya diisytiharkan kekosongan kerusinya oleh SPR berikutan kematian al Marhum Dato' Razali Ismail baru - baru ini .

Jentera adalah mesin penggerak yang bertanggungjawab mengaktifkan seluruh organ parti agar tidak sekadar berfungsi tetapi mampu mencetus gerakkerja berkesan , menumbuh kesedaran ahli , meraih sokongan pengundi dan membawa pulang 'tropi' kemenangan .

Jentera menjadi sandaran parti dan harapan ummah yang mahukan agenda perubahan berjaya dilaksanakan dengan baik . Pendek kata , sebahagian dari faktor kemenangan parti dalam pilihanraya bergantung kepada sejauh mana keupayaan dan kemampuan jentera melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka dengan amanah dan istiqamah .

Apa yang paling penting , ia turut bergantung kepada tahap prestasi diri setiap individu jentera , apakah ia menepati piawaian jentera yang ikhlas , taqarrub Ilallah , soleh , benar dan sebagainya yang mampu meraih redha Allah swt. sehingga turun nusrah atau mau'nahNya .

Syarat Menang Mestilah Berjuang

Saya mengharapkan Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan 'memberi' yang terbaik . Tampil dengan himmah yang tinggi , syaksiyyah yang solehah dan perwatakan yang meyakinkan sebagai duta parti .

Ingatlah , bahawa kita menyertai pilihanraya bukan kerana tuntutan demokrasi jauh sekali untuk beriman dengan demokrasi , tetapi kita menyertainya justeru mengambil peluang yang ada untuk membawa risalah perjuangan suci yang kita dokong selama ini iaitu syariat Islam dan seluruh syiarnya .

Ertinya kita mesti bekerja gigih dan tekun , serta teliti tanpa peduli apa halangan yang terpaksa kita hadapi sebagaimana kita bekerja keras dan rajin , serta tegas tanpa menghiraukan apakah keputusan yang akan kita perolehi , menang atau kalah .

Berkali telah saya tegaskan bahawa perjuangan kita tidak syarat menang , tetapi untuk mencapai kemenangan syaratnya mestilah kita berjuang .

Sekurang - kurang perkara yang perlu dilakukan oleh Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat ialah :

1. Spiritual Yang Akrab .

Maksudnya : Jentera jangan turun beraksi tanpa mempersiapkan diri dengan kerohanian yang akrab atau erat hubungan dengan Allah swt. Turunlah dengan nama Allah swt. bersama iringan doa memohon restu Allah swt agar apa jua bidang tugasan yang kita lakukan beroleh kejayaan dan hasil yang gemilang .

Janganlah kerana tugas kononnya , kita abaikan tanggungjawab asas kita sebagai seorang hamba Allah swt dan menjarakkan hubungan kita denganNya . Sebagai contoh , mengabaikan solat 5 waktu dan meringan - ringan solat berjamaah atas alasan keletihan setelah berjaga malam dengan kerja dan tugasan yang banyak .

Konsisten dengan munajat dan solat hajat adalah suatu yang sentuhan terbaik jika dilakukan oleh jentera sendiri berbanding orang lain tanpa menafikan orang lain juga perlu terus bermunajat .

2. Akhlak Mahmudah.

Merujuk kepada syakhsiyyah atau peribadi yang terpuji . Bukan hanya terhenti kepada perilaku tetapi juga tutur bicara , penampilan , pakaian , interaksi dan segalanya mestilah lunak , berhemah dan menawan hati .

Saya percaya , jentera adalah orang yang paling letih dan penat sepanjang tempoh pilihanraya ini. Kekadang mereka tidak sempat makan dan tidak cukup tidur demi memastikan segala urusan dan gerakkerja berjalan lancar mengikut jadual . Waktu - waktu beginilah emosi mudah terganggu dan kesabaran mudah tercabar .

Jentera mesti tabah dan berjiwa besar . Bekerjalah dengan tenang dan senantiasa bertindak sambil mengorak senyuman yang menggamit damai setiap orang yang berurusan dengan jentera pemuda . Sabarlah menghadapi karenah orang ramai yang pastinya pelbagai ragam . Anggaplah segalanya adalah ujian dan kita tanganinya dengan hikmah dan sakinah .

Tambahan pula berdepan provokasi musuh , jentera pemuda mestilah bijak mengawal keadaan dan awasi situasi agar tidak terperangkap .

3. Dengar dan Taat .

Suasana pilihanraya seringkali meletakkan jentera berhadapan dengan arahan yang bersifat ad hoc atau tugasan diluar garis pandu dan bidang tugas yang telah diputuskan . Jentera mesti sabar dan tabah menghadapi keadaan ini . Jangan merajuk apalagi menunjuk sikap protes terhadap pimpinan . Sekalipun jentera tidak mampu melakukan arahan tersebut , maklumkanlah keuzuran dengan beradab dan baik .

Laksanakan tugas atau arahan sebaik mungkin dengan hati yang mengharapkan redha Allah swt dan mengharapkan keputusan yang positif serta hasil kerja yang terbaik . Jangan sekali - kali melaksanakan tugasan secara sambil lewa atau sekadar melepaskan batuk ditangga .

Bekerja dan berjuanglah dengan rasa bangga bukan rasa bersalah meskipun kita berhadapan dengan penguasaan musuh . Selesaikan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan semampu mungkin sekalipun kita terpaksa mengorbankan kepentingan diri seperti masa , wang ringgit , tenaga malah darah dan nyawa jika perlu .

4. Faham dan Ikhlas

Jentera mestilah terlebih dahulu menguasai satu - satu bidang atau perkara yang diamanahkan kepadanya sebelum dilaksanakan agar menghasilkan keputusan yang baik . Jangan segan untuk bertanya dan jangan rasa rendah diri untuk menerima tunjuk ajar walau dari sesiapa . Apatah lagi menerima tunjuk ajar dari pimpinan atau mereka yang berpengalaman .

Jentera mestilah faham matlamat dan objektif sesuatu tanggungjawab yang digalaskan kepadanya dan laksanakannya kerana Allah swt bukan kerana manusia atau lainnya. Setiap masaalah yang timbul mestilah segera dirujuk kepada pihak yang berhak membuat keputusan .

Lantaran ikhlas kita kepada Allah swt , maka kerja yang kita lakukan jangan mengharap imbuhan apalagi pujian manusia . Saya tidak nafi bahawa setiap kerja perlukan peruntukan kewangan , namun kita menyedari bahawa peruntukan tidak semesti cukup dan memadai . Kita memerlukan pengorbanan untuk berjaya dalam perjuangan ini .

. Tindakan berasaskan Syura.

Elakan sikap bertindak sendirian , demikian juga keputusan sendiri mestilah dihindarkan sebaliknya merujuk kepada keputusan bersama yang diputuskan melalui mesyuarat samaada diperingkat jentera dalam bidang kuasa tertentu atau keputusan yang telah diambil oleh kepimpinan parti .

Mungkin sesuatu keputusan itu tidak menepati selera dan kemahuan kita . Maka kita mestilah bertanggungjawab dengan keputusan tersebut dan laksanakan amanah tanpa sebarang rasa ralat di dalam hati .

Contohnya calon yang bertanding . Besar kemungkinan calon yang diputuskan oleh pimpinan kelak bukanlah calon favourite kita , maka kita tidak perlu gundah jauh sekali berpaling tadah meninggalkan jamaah atau tutup pos sebagai protes .


Kita berjuang kerana Allah swt bukan kerana calon dan bukan kerana sesiapa . Keputusan syura insyaallah akan membawa kebaikan kepada kita , jamaah dan perjuangan Islam itu sendiri insyaallah .


Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh jentera , namun cukuplah dulu saya membawa beberapa noktah yang perlu perhatian serius dan segera oleh semua peringkat jentera . Akhirnya saya harap kita semua berjuang gigih dan bersungguh - sungguh . Berkorban apa jua yang mampu menyumbang kepada kemenangandan tentu sekali kemenangan ini amat bermakna buat perjuangan kita selama ini .

Selamat berjuang kepada semua jentera pilihanraya pemuda Pakatan Rakyat dari saya dan Yb Salahudin selaku Ketua DPPP serta seluruh exco DPPP .

Saya juga merakamkan setinggi - tinggi rasa syukur kepada Allah swt. dan terima kasih sebanyak - banyaknya kepada Sdr Shamsul Iskandar Mohd Aqil dan seluruh EXCO AMK yang gigih bersama turun menguatkan jentera demi meburu kemenangan .
Selamat Berjuang dari saya .

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua DPP Pusat

Baca Seterusnya......

Selasa, 23 Disember 2008

Jambori Amal Negeri Kedah

Oleh Izwan Abd Halim
Seiringan dalam tema 'Memelihara Kemenangan', penganjuran Jombori Amal Negeri Kedah baru-baru ini memberi fokus kepada meningkatkan keupayaan anggota Unit Amal Kedah dalam gerakerja mengisi kemenangan.

Malah Jabatan Amal Negeri Kedah dalam kerangkanya menjadi badan kebajikan terpenting untuk membantu parti dan kerajaan negeri akan menyiapkan petugas-petugas sepenuh masa melalui Akademi Bina Amilin yang akan diwujudkan tidak lama lagi.

Pada jambori yang diadakan di Merbok Chalet, di sini 18 hingga 20 Disember lalu itu, lebih 100 peserta mewakili 13 daripada 15 kawasan hadir.


Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program khususnya pertandingan antara unit meliputi pertandingan simpulan ikatan, membina gajet, kawad kaki, nasyid dan 'jungle tracking'. Peserta turut didedahkan dengan aktiviti 'survival' seperti memasang khemah, memasak dan rawatan, selain penekanan kepada disiplin masa. Kuliah dan tarbiah ruhiyah dengan mengadakan zikir di surau dan kawasan perkuburan serta qiyamullail juga menjadi pengisian utama program tiga hari itu.


Menurut Pengarah Jabatan Amal Negeri Kedah, Ustaz Zelani Nik Chik, jambori merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan mengumpulkan tenaga anggota Unit Amal dan mengerat persaudaraan serta menyediakan pelapis pemimpin PAS.

Dalam usahanya merealisasikan Unit Amal sebagai badan kebajikan utama kepada parti dan Kerajaan Negeri Kedah, beliau melahirkan harapan agar pergerakan yang sama diaktifkan juga diperingkat kawasan.

"Apa yang kita harapkan dari peserta, semua yang diperolehi sepanjang jambori ini akan dilaksanakan pula diperingkat kawasan-kawasan untuk kita menggerak agenda kita di peringkat kawasan," ujarnya ketika ditemubual Harakah.

Jambori Kali Ke-9 itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan, Kebudayaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib manakala maajlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri kedah, Ustaz Ahmad Yahya.

WEBMASTER:Unit Amal Kubang Pasu telah menghantar 12org menyertai Jambori ini dan telah mendapat Johan dalam pertandingan gajet,Naib Johan :Jungle Traking,Ketiga :Pertandingan Nasyid.TAHNIAH

Baca Seterusnya......

Kedah "Negeri Ilmu:

Oleh Izwan Abdul Halim
Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mahu Kedah dikembalikan semula peranannya sebagai 'Negeri Ilmu' melalui pertumbuhan pusat-pusat pengajian dan aktiviti pendidikan kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada program Himpunan Pelajar Dan Mahasiswa Kedah di Dewan Seri Mentaloon, 11 Disember lalu.

Menurut beliau, sebelum adanya universiti, Kedah asalnya ialah negeri ilmu termasuk juga Kelantan dan Pattani hingga melahirkan ramai ilmuan agama.

"Sekarang ini ilmu itu berpindah merata-rata dah. Kita nak ilmu itu kembali kepada masyarakat. Kita tidak mahu dalam pondok lahirkan ulama, tetapi di luar (institusi pendidikan) manusianya macam penyamun," katanya.

Menjelaskan peranan institusi pendidikan, beliau menjadikan Universiti Cambrigde yang berasal dari sebuah perkampungan sebagai contoh, di mana penduduknya terdiri daripada golongan petani telah berjaya menjadikan mereka intelektual hasil lelehan ilmu.

Katanya, konsep seperti itu akan digunakan dalam melaksanakan usaha menjadikan Kedah sebagai 'Negeri Ilmu'.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut merasmikan Jawatankuasa Penaja Persatuan Mahasiswa Kedah Darul Aman (Persada). Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan, Kebudayaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib.
Baca Seterusnya......

17 Pasangan Pengantin Bersanding Di Kediaman Rasmi Menteri Besar


Sebanyak 17 pasangan pengantin termasuk satu pasangan keturunan India disandingkan serentak di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, di Seri Mentaloon di sini sempena program 'Mahligai Sejahtera' anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri.

Pengerusi jawatankuasa itu, Siti Aisyah Ghazali berkata program bersanding secara besar-besaran itu dianjurkan kerajaan negeri untuk membantu golongan kurang berkemampuan mengadakan majlis kenduri perkahwinan.

Beliau berkata bagi menyertai program itu, individu yang layak ialah golongan berpendapatan RM1,000 ke bawah, pengantin lelaki adalah anak jati Kedah dan merupakan perkahwinan pertama."Ikatan perkahwinan dapat mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja dan majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pemimpin," katanya ketika ditemui pada majlis itu di sini hari ini.

Siti Aisyah berkata,sebahagian pasangan yang disandingkan pada hari ini menerima tajaan pakaian pengantin bagi meringankan beban dalam menyediakan kos untuk perkahwinan mereka.

Lebih 500 jemputan yang terdiri daripada keluarga terdekat pasangan pengantin hadir meraikan majlis bersejarah yang julung kali diadakan dan akan dijadikan acara tahunan pada masa depan.-- BERNAMA



Baca Seterusnya......

Rabu, 5 November 2008

Menteri Kewangan Tidak Hormat Dewan Rakyat

Oleh Anwar Ibrahim

Parlimen Malaysia merupakan salah satu tiang seri utama kepada institusi demokrasi di Malaysia. Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah pentas bagi wakil-wakil yang dipilih untuk menyuarakan hasrat hati serta menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya. Di atas semangat inilah Parlimen bukan sekadar bongkah batu kosong, akan tetapi kukuh terbina sebagai sebuah institusi.

Oleh itu menjadi tanggungjawab ahli-ahli dua dewan perundangan tersebut untuk memastikan kepentingan rakyat dan negara menjadi pertimbangan utama, bukannya kepentingan politik kepartian.

Hari ini ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dari Dewan yang mulia sewaktu Menteri Kewangan menggulung perbahasan belanjawan 2009. Tindakan ini terpaksa diambil kerana YB Menteri secara jelas bertindak di luar dari batasan semangat Parlimen Malaysia.


Selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu sedar ucapan penggulungan beliau akan memberi kesan kepada negara, justeru amat penting ucapan tersebut dibahaskan dengan teliti oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.


Namun, keengganan YB Menteri Kewangan untuk membenarkan sebarang celahan, pertanyaan dan penjelasan sewaktu beliau menggulung perbahasan Belanjawan 2009 amat dikesali kerana beliau sanggup membelakangkan kepentingan umum. Satelah berulangkali menuntut jawapan, dan menunggu selama satu jam, Menteri Kewangan tetap berdegil dan enggan memberikan laluan.


Sejarah Parlimen Malaysia yang sudahpun menjangkau usia separuh abad, buat pertama kalinya, menyaksikan Menteri Kewangan enggan dan gagal melayani perbahasan belanjawan. Adalah malang sekiranya Dewan Rakyat yang menjadi tempat undang-undang dibentuk dan polisi nasional dibentangkan tidak lagi dihormati.

Baca Seterusnya......

PAS pun turut terpengaruh dengan hantu raya perkauman Umno

Oleh Oleh Muhammad Abu Zahra

Ketepikan dahulu sentimen perkauman yang menjadi nyawa politik UMNO".

"Mulakan satu era baru politik Malaysia yang benar-benar berteraskan kepada Islam".

"Terjemahkan slogan PAS Untuk Semua".

"Bina keyakinan orang Melayu bahawa hanya Islam yang boleh menjamin survival mereka".

Demikianlah beberapa ungkapan yang meletakkan harapan setinggi gunung kepada PAS untuk merealisasikan keadilan Islam. Harapan itu datang dari semua lapisan rakyat sama ada Melayu, Cina atau India.

Tidak dapat dinafikan bahawa PAS lah satu-satunya parti politik di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, justeru harapan untuk melihat keadilan Islam itu terletak di bahu PAS.

Bagaimanapun setelah lebih setengah setahun diberi kesempatan yang agak terbatas itu, PAS kelihatan masih teragak-agak untuk melaksanakan Islam yang diperjuangkan olehnya.

Sebaliknya PAS mengambil alih peranan UMNO yang terbawa-bawa dengan politik perkauman yang tidak mempunyai asal-usulnya daripada Islam.

Sebelum PAS memperolehi kesempatan ini, pimpinan-pimpinan PAS selalu menyebut "sekiranya Islam memerintah, maka Malayu, Cina dan India akan selamat

Malangnya prinsip politik seperti itu sehingga kini masih dihantui oleh keresahan politik perkauman ala UMNO.

Sehingga kini rakyat masih tertunggu-tunggu di mana janji-janji manis PAS itu untuk melaksanakan keadilan Islam.

Sebelum mempunyai kuasa yang terbatas ini, PAS sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa Islam pada bila-bila masa sesuai dengan masyarakat majmuk.

Model masyarakat majmuk di Madinah ketika pemerintahan Rasulullah saw dijadikan sebagai jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu ini. Sebaliknya selepas PAS berkuasa penuh sekurang-kurangnya di dua negeri dan berkongsi kuasa di dua buah negeri yang lain, jawapan yang dikemukakan sebelum ini seperti dirasakan tidak lagi sesuai. PAS kelihatan terus tertekan dengan 'hantu raya' semangat perkauman UMNO sehingga teragak-agak untuk melaksanakan model masyarakat Madinah tersebut.

Masyarakat bukan Islam tiada masalah apabila Pemuda PAS Selangor menentang konsert Ella semasa sambutan 100 hari Pakatan Rakyat. Mereka juga tiada masalah ketika Kerajaan Kelantan mengharamkan premis judi suatu ketika dahulu. Kaum Cina tiada masalah ketika PAS memperjuangkan supaya mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda. Kaum India tiada masalah sewaktu PAS memperjuangkan nasib sekolah agama rakyat yang ditekan oleh UMNO. Kesemua isu-isu ini adalah selari dengan perjuangan PAS dan mereka menghormati prinsip perjuangan PAS tersebut.

Mereka cuba memahami bahawa PAS tidak boleh bertolak ansur dalam perkara yang berkaitan dengan prinsip-prinsip Islam.Bagaimanapun mereka mula mempersoalkan, mengapa Kerajaan Kedah menetapkan kuota 50% untuk bumiputera bagi projek-projek perumahan.

Mereka mula bertanya mengapa Exco Negeri Selangor daripada PAS menentang perlantikan seorang wanita Cina memangku pengurusan PKNS.

Apakah pendirian PAS tentang perkara-perkara ini berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam yang didukung oleh mereka.

Adakah PAS berpegang dengan prinsip Islam berkaitan dengan keperluan perumahan rakyat dalam isu kuota 50%? Adakah PAS berpegang dengan prinsip Islam berkaitan dengan perlantikan bukan Islam dalam perkara yang berkaitan wilayah al-tanfiz seperti dalam isu PKNS?Sistem politik Islam sememangnya syumul dan adil. Islam telah mendahului Barat dalam memastikan hak-hak kemanusiaan dan hak-hak rakyat dalam bernegara. Kesemua pekara itu telah dihadam oleh pimpinan-pimpinan dan ahli-ahli PAS dalam program-program usrah, tamrin, liqa dan sebagainya. Hari ini prinsip-prinsip yang telah dihadamkan itu menuntut kepada pelaksanaan. PAS perlu yakin dengan keadilan prinsip-prinsip itu dan melaksanakan 'without fear and favor'. Biarkan 'hantu raya' semangat perkauman UMNO mati bersama-sama dengan UMNO yang sudah siap sedia untuk dikuburkan. Yakinlah, sekiranya Islam dilaksanakan semua kaum akan terjamin hak-hak mereka.


Kesempatan yang tidak sampai lima tahun ini perlu direbut oleh PAS untuk menunjukkan keadilan sistem politik Islam dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Usaha ini akan menjadi dakwah bil hal yang terpenting, yang akan membuka hati-hati golongan bukan Islam untuk memeluk Islam. Sejarah telah membuktikan khususnya ketika Islam memerintah di Andalus, manusia berbondong-bondong memeluk Islam setelah melihat sistem sendiri sistem politik yang adil. Setelah lebih 50 tahun UMNO menghijabkan hati golongan bukan Islam terhadap Islam, maka kesempatan 5 tahun ini sangat-sangat perlu dimanfaatkan oleh PAS. Sekiranya tidak, kemungkinan PAS akan kembali semula kepada 'zero' selepas ini.


Seminar berkaitan dengan Siyasah Shar`iyyah yang diusahakan oleh Pemuda PAS baru-baru ini diharapkan bakal menjadi 'turning point' kepada usaha ini. Pemuda PAS merupakan harapan baru untuk mendesak pelaksanaan sistem politik Islam dalam negeri-negeri yang PAS mempunyai kuasa. Setiap tindakan kerajaan Negeri perlu disuluh dengan Siyasah Shar`iyyah, bukannya bisikan 'hantu raya' politik perkauman UMNO. Sesungguhnya sistem politik Islam telah terbukti lebih 1400 tahun yang lalu memberi keadilan kepada semua manusia. Beban untuk memperlihatkan keadilan itu kini terletak di bahu PAS, manakala Pemuda PAS adalah tulang belakangnya.

Baca Seterusnya......

Selasa, 15 Julai 2008

Ibu Aina Mardiah tidak maafkan Syed Hamid Albar

oleh Norlaila Othman

Pada hari Sabtu 12 Julai, saya melawat Pn Fatma lagi. Saya dapati, setiap hari, ramai orang yang membaca kesah kematian Aina melalui Harakah, pergi menziarahinya.

Beliau tidak pernah letih untuk bercerita mengenai tragedi yang menyayat hati itu. Beliau mengakui, segala penceritaan semula itu, membantu beliau mengubat duka dihatinya.

Beliau akan menceritakan setiap detik /peristiwa susah-senang, sedih- indah yang berlaku sepanjang beliau membesarkan Aina kepada tetamu yang hadir.

Semua album gambar yang tertera wajah ceria Aina, dikongsi dengan tetamu....hinggakan saya sendiri turut merasakan, Aina bukan kembali ke alam baqa' tetapi beliau cuma tidak pulang ke rumah kerana ada program di tempat lain, untuk beberapa hari....Namun di sebalik perasaan rindu yang semakin hari makin bertamu di hatinya , Pn Fatma maklum bahawa Aina tidak akan kembali buat selama-lamanya...


Pada saya, beliau sempat menyatakan bahawa kini, beliau benar-benar dapat merasakan kewujudan GMI yang sememangnya menjadi ruang untuknya "membalas dendam" terhadap kejahatan dan kezaliman ISA, terutamanya Menteri Dalam Negeri, penguasa ISA yang kejam itu.

Beliau bertanya, "bila GMI akan membuat sesuatu samada sidang akhbar atau pergi ke Putrajaya untuk berjumpa Hamid Albar dan minta penjelasan sendiri, kenapa beliau menggunakan kuasanya untuk menganiaya tahanan ISA, hingga tiada ehsan/perikemanusiaan langsung walaupun kes itu melibatkan hidup dan mati!!!"

Beliau sedang bersemangat untuk mendedahkan kes ini dan kalau boleh menjadikannya sebagai satu isu utama untuk membuktikan kezaliman dan kejahatan ISA pada mangsanya dan rakyat Malaysia amnya.

Hari ini, anak beliau telah menjadi mangsa kelembapan prosedur Menteri Dalam Negeri-Bukit Aman-Kemta, esok lusa, entah siapa lagi yang turut merasai kesan buruk dari "perbuatan tidak berperikemanusiaan" mereka itu.

Menurut Pn Fatma lagi, beliau tidak dapat memaafkan semua yang terlibat dengan kelewatan dan kelembapan itu dan segala-galanya akan dituntut pada Menteri Dalam Negeri.

Baca Seterusnya......

Arak: Pemuda PAS harap kerajaan Selangor tidak ulangi kesilapan

Oleh Saidah Hairan

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor perlu menilai serta meneliti kehadiran pasukan Kelab Bola Sepak Chelsea pada majlis tajaan syarikat arak, Heineken sempena kunjungannya ke Malaysia.

Penganjur ProEvents International Sdn Bhd akan mengadakan perlawanan persahabatan antara Kelab Chelsea dengan pasukan bola sepak Malaysia di Stadium Shah Alam pada 29 Julai nanti.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap kerajaan negeri meneliti dan mengkaji terlebih dahulu program sampingan yang akan dijalankan sebelum membenarkan kehadiran Kelab Bola Sepak Chelsea.

Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, sama ada kerajaan negeri sudah maklum atau belum, ketegasan untuk membenarkan perlawanan itu diadakan perlu dilaksanakan.

Menurut beliau, jika benar berlaku bukan saja premis negeri Selangor terlibat bahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor.

"Kita akan mendesak kerajaan negeri melakukan sesuatu untuk membatalkan beberapa program yang akan dijalankan oleh penganjur yang bertentangan dengan Islam," tegasnya.

Beliau yang ditemui di SUK menegaskan, soal perlawanan bola sepak itu tidak menjadi masalah kerana sejak dahulu lagi PAS melihat ia merupakan kegiatan yang menyihatkan.

Apatah lagi katanya, pelawanan bola sepak yang diadakan dengan kelab antarabangsa sudah tentu dapat menjalin hubungan baik di peringkat global termasuk hubungan diplomatik.

"Kita tidak mahu antara program yang dijalankan sebelum pertandingan, diadakan majlis dengan menghidangkan minuman keras," tegasnya.

Jika perkara itu berlaku tambah beliau, ia perlu dibatalkan sebab amat tidak wajar dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang mana rakyat Selangor sudah tentu mahu melihat perbezaan pentadbiran di bawah pimpinan Umno-BN dengan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, ia juga amat tidak sesuai dengan konteks adanya PAS dalam Pakatan Rakyat yang ada komitmen dan komited dengan perjuangan daripada dulu hingga sekarang.
Katanya, jika ada majlis makan dengan hidangan minuman keras ia amat bertentangan bukan saja dalam Islam tetapi budaya Melayu.

Beliau yang sebelum ini menghantar memorandum kepada Menteri Besar terhadap kehadiran artis dangdut Mas Idayu dan ratu rock, Ella berharap pihak penganjur mempunyai sensitiviti terhadap kerajaan negeri Selangor sekarang.

"Jika pihak penganjur mengambil kesempatan di peringkat awal penyusunan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu ia akan mengganggu proses pentadbiran negeri," tegasnya.

Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS Selangor tidak akan teragak-agak menghantar memorandum bantahan secara rasmi kepada kerajaan negeri Selangor jika perkara itu berlaku. -lanh _

Baca Seterusnya......

Tindakan polis melampau, bohongi rakyat dua kali

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin menyelar tindakan pihak polis dan anggota keselamatan yang menjalankan sekatan jalan raya dengan kawalan yang menyusahkan orang ramai. -->

Menurutnya, pihak polis telah mengadakan kawalan ketat sekitar Pasar Seni atau Central Market sejak pagi tadi sehingga menimbulkan rasa takut dan kurang senang peniaga serta orang ramai yang berkunjung di sana.

"Ini merupakan tindakan intimidasi atau gangguan yang dibuat pihak polis secara melampau terhadap proses perjalanan demokrasi di negara ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut menafikan bahawa wujudnya perancangan bagi mengadakan perhimpunan oleh Pakatan Rakyat khususnya KeADILan dalam usaha menyokong usul tidak percaya ke atas Perdana Menteri di Parlimen.

"Tiada sebarang perancangan mahupun usaha untuk mengadakan perhimpunan mengenai isu terbabit," katanya.

Katanya, ini secara tidak langsung membuktikan pihak polis sengaja mengada-adakan cerita bahawa KeADILan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan.

Bercakap kepada media di pekarangan Pasar Seni, beliau melahirkan kekesalan yang bertindak secara tidak profesional dengan menghalang beliau bercakap dengan pihak pemberita.

"Saya amat kesal dengan tindakan melampau pihak polis bagi menangani hal ini, mereka tidak profesional dan tidak demokratik," tegasnya.

Beliau turut menafikan bahawa wujud usaha mengadakan juga perhimpunan tersebut meskipun kononnya ia gagal diadakan di parlimen pagi tadi.

"Kita mendapat arahan daripada OCPD Dang Wangi, serta notis-notis yang ditampal di sekitar Pasar Seni ini melarang sebarang anjuran perhimpunan di kawasan tersebut," ujarnya.

Bahkan, beliau hanya datang bertiga ke lokasi yang didakwa akan dibuat perhimpunan tersebut.
Sejak pagi tadi, sekitar kawasan Pasar Seni dikawal ketat oleh tidak kurang daripada 100 pegawai polis berpakaian uniform serta lebih 100 anggota berpakaian preman daripada bahagian depan, sisi dan belakang bangunan tersebut.

Beberapa trak polis, FRU, motosikal, van dan kereta peronda berbaris panjang di sepanjang jalan dan sisi pasar seni mengundang tanda tanya orang ramai yang lalu-lalang.
Malah, pihak media juga diminta oleh pihak polis untuk segera meninggalkan lokasi Pasar Seni setelah Shamsul beredar dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, salahuddin Ayub pula menempelak tindakan pihak polis yang secara keterlaluan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke bandaraya Kuala Lumpur.

"Tiada sebarang perhimpunan yang dianjurkan, ini merupakan pembohongan kali kedua oleh pihak tertentu.

"Takkan kita sebagai pimpinan Pakatan Rakyat tidak mengetahui mengenai perancangan untuk melaksanakan perhimpunan ini," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut mendakwa apa yang dilakukan pihak polis adalah untuk mengharu-birukan situasi seolah-olah ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa sekiranya usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat, keadaan akan menjadi tidak stabil.

"Kita kesal dengan kemarahan rakyat dengan tindakan polis yang sengaja mengundang keresahan di hati mereka.

"Apa yang jelas, kerajaan Umno-BN mahu menakut-nakutkan rakyat dalam situasi pelabur telah hilang keyakinan terhadap negara," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Whip Parlimen, turut melahirkan rasa tidak puas hati apabila para pengamal media alternatif tidak dibenarkan membuat liputan di Dewan Rakyat khususnya mengenai usul undi tidak percaya oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - mks._
Baca Seterusnya......

Negara Kita Sudah Darurat? Polis Mengawal Hantu!

Oleh Mohd Sayuti Omar


ENTAH berapa ribu bakul maki hamun yang disumpahkan oleh pengguna jalan raja di sekitar ibu Kota Kuala Lumpur hari ini khasnya mereka yang terpaksa melewati jalan-jalan yang menghala atau melalui jalan ke Parlimen.

Orang yang bertanggungjawab mengadakan sekatan jalan raya itu perlu menerima sumpahan itu.

Kesesakan teruk berlaku berjam-jam sejak dari awal pagi hingga ke saat ini - 4:14 pm.

Keadaan bertambah buruk apabila sebelah petang hujan turun dengan lebatnya.

Semua jalan melewati bangunan Parlimen dipenuhi kereta ada kalanya tidak bergerak langsung. Suasana ini sungguh merimas dan memualkan.

Kesesakan yang sedia ada ditambah dengan apa yang berlaku hari ini!Semuanya berlaku kerana sekatan jalan raya dilakukan oleh polis.

Semua jalan, lorong dan denai menunju ke Parlimen dikawal rapi oleh polis.

Bangunan Parlimen sudah menjadi seperti zoo yang mana seolah-olah di dalamnya menghuni binatang buas yang membahayakan kepada orang ramai.

Orang ramai juga tidak dibenarkan sama sekali memasuki ke bangunan Parlimen. Sepanjang jalan dari simpang memasuki ke Parlimen dipenuhi anggota polis. Sekatan jalan raya lengkap dengan trak dan anggota polis baik yang berpakaian seragam atau pakaian biasa berbaris dan bergelewatan di sepanjang jalan menuju ke bangunan Parlimen. Sekatan jalan raya berlapis-lapis.

Kalau tengok kepada kawalan rapi dan begitu ketat, semut pun tidak boleh lolos masuk ke Parlimen hari ini.

Apakah tujuan dan maksud sekatan itu sebenarnya?Gara-gara itu bukan saja orang ramai terhalang, para petugas, ahli Parlimen dan wartawan juga terseksa dengan tindakan polis itu. Bahkan Speaker sendiri turut disusahkan oleh sekatan itu apabila ditahan seketika oleh anggota polis.

Wartawan pula tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke perkarangan Parlimen dan terpaksa jalan kaki sejauh hampir satu kilometer untuk masuk ke bangunan Perlimen.

Kawalan ketat dan sekatan jalan raya diadakan kononnya akan berlaku satu himpunan tunjuk perasaan di perkarangan Parlimen pada hari ini. Entah dari mana maklumat yang diperolehi oleh pihak polis.

Malangnya tunjuk perasaan yang didakwa itu tidak ada sama sekali.

Yang ada hanyalah anggota polis dengan segala peralatan termasuk pasukan FRU, trak water cannon yang disembunyikan di suatu tempat tidak jauh dari Parlimen.

Yang berdemon hari ini bukan orang ramai tetapi anggota polis!Apa yang berlaku hari ini sesuatu yang anih.

Polis berkawal tanpa ada sebab yang jelas.

Menjaga keselamatan yang tidak ada apa-apa kemungkinan berlaku ancaman. Mungkin juga polis mengawal hantu, tidak pula dapat dipastikan. Tetapi tengok gayanya begitulah.Selalunya polis sangat bijak dalam mengesan apa-apa bakal berlaku, tetapi hari ini meleset.

Hari ini polis menjadi pandir dan membuat kerja sia-sia!Jadi apakah tujuan dan faedah kawalan itu diadakan.

Ataupun ianya hanya gimik pihak polis saja. Apakah polis ingin mengugut orang ramai agar tidak berhimpun. Sampai minta perintah mahkamah sekali, pelik.

Melihat caranya seperti serius benar. Seolah-olah nyawa negara dalam bahaya.

Justeru berbagai tanggapan mengenai tindakan polis itu. Ada yang mengatakan ia sebagai satu gurauan disamping untuk menakut-nakutkan orang saja.

Ada juga yang berangapan sasaran polis bukan perhimpunan hari ini tetapi hari-hari seterusnya.

Dan paling munasabah sekatan dan kawalan itu diadakan ialah mengenai desas desus polis akan menahan Anwar Ibrahim hari ini.

Apa kaitan sekatan dan kawalan itu dengan penahanan Anwar?Mungkin kawalan itu bagi mengelakkan berlaku perarakan beramai-ramai penyokong Anwar ke Parlimen sekiranya Anwar terus ditahan sewaktu hadir ke balai polis untuk diambil kenyataan.

Apapun alasan dan tujuannya tindakan polis itu menyusahkan orang ramai. Ia tidak seharusnya menyulitkan rakyat hanya disebabkan oleh satu warganegara sahaja.

Baca Seterusnya......

Pemuda desak siswa IPT Pakatan dibenar dekati politik

oleh Jimadie Shah Othman

Pemimpin-pemimpin Pemuda menggesa Pakatan Rakyat membenarkan para pelajar mereka di institusi pengajian tinggi (IPT) - yang dimiliki kerajaan negeri - mendekati politik seperti kelulusan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pergerakan Pemuda PKR, PAS dan DAP pada dasarnya menyokong usaha membuka ruang kebebasan di kampus di negeri Pakatan seperti UniMAP yang ditadbir Kementerian Pengajian Tinggi.

Angkatan Muda PKR berhasrat menulis surat kepada semua naib canselor dan menteri besar di negeri Pakatan minggu ini, kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin apabila diminta mengulas gesaan persatuan-persatuan siswa minggu lepas.

"Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menulis surat kepada semua naib canselor dan menteri besar di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuka ruang kepada mahasiswa terlibat dalam politik di kampus," katanya.

Awal bulan ini, naib canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.

Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU.

"Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata.

Susulan itu, Jumaat lepas, persatuan-persatuan mahasiswa memberitahu Malaysiakini, mereka menyeru kerajaan di negeri Pakatan mengikut jejak langkah UniMAP.PKR, DAP dan PAS - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Parti Mahasiswa Negara (PMN), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan UniMAP. Shamsul mengambil contoh pengamalan di negara-negara maju yang berbuat demikian dan membolehkan penuntut mereka mencapai "kematangan idea dan pemahaman tentang demokrasi".

"Di negara-negara maju seperti di United Kingdom, ada pemuda Parti Buruh, ada pemuda Parti Konservatif sebagai sayap Pemuda.

Ada juga cawangan-cawangan parti politik di kampus.

Pendedahan itu akan mematangkan idea dan pemahaman tentang demokrasi di kalangan mahasiswa," katanya kepada Malaysiakini hari ini.Beliau bagaimanapun berpendapat, mahasiswa tidak harus melibatkan politik kepartian semata-mata tetapi "politik baru dan ilmiah".

"Bukan sahaja (terlibat dengan) politik kepartian, sebaliknya wacana politik ilmiah, politik baru - (keadaan) ini tidak berlalu di universiti.

"(Perdebatan) isu nasional seperti harga minyak, sepatutnya dianjurkan oleh mahasiswa, (sebaliknya) kena dibuat oleh Agendadaily.com.

"Ia menunjukkan mahasiswa sudah sekian lama ditakutkan."Esok laman web berita itu akan menganjurkan debat berhubung isu kenaikan harga minyak antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek dan dijangka disiarkan secara langsung di dua saluran televisyen.

Timbalan ketua penerangan Pemuda PAS, Abdullah Abdul Karim turut meminta kerajaan Selangor memberi kelonggaran kepada mahasiswa di dua IPT yang dimilikinya supaya memberi kelonggaran kepada mahasiswa terlibat dalam politik.

"Yang diperlukan adalah ketelusan dan keberanian (Selangor). Ada ruang (melaksanakannya). Saya mohon, saya minta Selangor memberi kelonggaran dalam hal ini.

"Tindakan ini bukan bermakna membuka cawangan parti politik dalam universiti, bukan bermakna partisan.

"Tetapi (dengan) membenarkan mahasiswa terlibat dalam persatuan, berdebat, pastikan pilihanraya kampus adil, boleh membuka minda mahasiswa.

Dan hak ini dijamin oleh Perlembagaan (Persekutuan)," katanya.

Menurutnya, Selangor belum membuka ruang berpolitik kepada mahasiswa, berbanding UniMAP, kerana Pakatan "belum mempunyai pengalaman mentadbir"Menurut bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, banyak lagi reformasi akan diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan Pakatan. "Beri sedikit ruang.

Banyak pandangan dikemukakan, akan ada perubahan," katanya.

Setiausaha Pemuda DAP Loke Siew Fook berkata menyerahkan keputusan mendekati mahasiswa dengan politik kepada kerajaan negeri."Terpulang kepada dasar kerajaan negeri," katanya.

Mengulas peruntukan dalam AUKU yang membenarkan naib canselor memberikan kelonggaran kepada mahasiswa mendekati politik, Loke berkata "perkara itu adalah hak pelajar sebagai warganegara dan tidak perlu meminta kebenaran naib canselor".

Penglibatan mahasiswa untuk terlibat dalam politik kepartian, walaupun itu haknya, tetapi bukanlah objektif akhir, tambahnya."Yang penting, suasana kebebasan di universiti.

Kebebasan akademik, kebebasan membuat kajian walaupun kritikal, pemilihan dekan dikembalikan kepada golongan akademik tanpa campur tangan pemerintah. "Itu yang penting," tambahnya, yang juga ahli parlimen Rasah.

Baca Seterusnya......

Jumaat, 27 Jun 2008

Jom Contact "Kekasih"... ^_^

Jom Contact "Kekasih"... ^_^


"Ibnu Mas'ud ra berkata : Telah disebutkan seseorang lelaki di sisi Rasulullah saw yang sentiasa tidur sahaja sampai waktu subuh sehingga tidak pernah mendirikan solat malam. Maka Rasulullah saw telah bersabda : Bahawa lelaki itu telah dikencingi syaitan di telinganya.."
(BUKHARI MUSLIM & AN-NASA'I)

Satu cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan.

Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat.

Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi. Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil.

Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya.

"Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." (al-Isra: 79)

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat." Kurniaan di dunia ialah:-

  1. Jauh daripada segala penyakit
  2. Lahir kesan takwa pada wajahnya
  3. Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  4. Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)


Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

  1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  2. Dipermudahkan hisab
  3. Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.'

http://afzanurrahman.blogspot.com/
Read more!
Baca Seterusnya......

Khamis, 15 Mei 2008

SUMBANGAN DIPERLUKAN UNTUK HIMPUNAN PEMUDA SEMPENA MUKTAMAR TAHUNAN DPPNK KE 42

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan menganjurkan Himpunan Pemuda Memelihara Kemenangan PAS Kedah sempena Muktamar Tahunan DPPNK ke 42 yang akan diadakan pada 13 &14 Jun 2008 bertempat di Kompleks PAS Kedah, Km 13, Jln Alor Star-Sg.Petani, Simpang Empat Alor Star, Kedah.

Himpunan ini akan mengumpulkan seramai 3000 orang pemuda PAS dari seluruh Kedah pada malam tersebut dengan tujuan untuk :-

  • Menghimpun amilin pemuda disemua peringkat berikrar untuk mengisi dan memelihara kemenangan dan menerima taujihat pimpinan.
  • Menjadikan pemuda berdaftar menjadi ahli pemuda
  • Meraikan pemuda kedah dalam kemenangan pilihanraya

Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Ust Hj Azizan bin Abd. Razak, Menteri Besar Kedah dan Ucapan daripadaUst Nasaruddin Hassan Tantawi Timbalan Ketua DPP Pusat.

Sehubungan dengan itu pihak DPPNK membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan bagi menjayakan himpunan dan Muktamar ini.

Sebarang sumbangan boleh dihantar kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jln Alor Star- Sg. Petani, Simpang Empat 06650 Alor Star, Kedah atau di Bank in ke akaun DPPNK no akaun BIMB 2011010009300.

jika ada sebarang maklumat lanjut sila hubungi pejabat DPPNK 04 7481120 Fax : 04 7481123 atau emel : dppnkedah@yahoo.com.Harap maklum.

Baca Seterusnya......

Sabtu, 10 Mei 2008

"Program Gotong Royong Bersama Rakyat"

Sukarelawan Pemuda PAS Kubang Pasu Bersama Dengan Penduduk Kampung Tebing Bergotong Royong bersihkan kawasan kubur.
Pada 9hb Mei 2008
Jam 8.30 pagi
Di Kampung Tebing,Napoh Jitra














Baca Seterusnya......

Jumaat, 2 Mei 2008

Politeknik perlu utamakan pengajian agama

JITRA 1 Mei - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah, pengajian dalam bidang agama seperti Syariah dan Usuluddin perlu diperluaskan ke politeknik-politeknik dengan dijadikan bidang minor di samping pengkhususan yang sedia ada.

Baginda bertitah, pengkhususan dalam bidang-bidang teknikal yang tertentu seperti perakaunan, multimedia dan sebagainya akan lebih bermakna dan efisien jika digabungkan dengan minor dalam bidang agama.

"Usaha dan langkah sesetengah institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan program-program berkembar sebagai major dan minor perlu dicontohi politeknik.

"Ini penting bagi melahirkan graduan yang serba boleh dan berakhlak mulia serta menguasai ilmu dunia dan akhirat," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-22 Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Dewan Wawasan di sini kelmarin.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun dan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.

Sultan Abdul Halim bertitah, sebagai permulaan politeknik-politeknik boleh menawarkan program Diploma Syariah dan Perakaunan atau Diploma Usuluddin dan Multimedia.

"Dengan adanya program berkembar seperti ini, ia bukan sahaja dapat mewujudkan kepelbagaian disiplin ilmu tetapi dapat memberi peluang kepada pelajar aliran agama meneruskan pengajian dalam bidang teknikal.

"Beta yakin melalui program seperti ini, pelajar-pelajar daripada luar negara akan berminat untuk meneruskan pengajian mereka di sini dan inilah antara agenda kita untuk mengantarabangsakan institusi pengajian tinggi negara," titah baginda.

Baginda juga mengingatkan, graduan-graduan agar menggunakan ilmu dan kepakaran yang mereka peroleh dengan sebaik-baiknya serta menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diberikan dengan amanah dan bertanggungjawab.

"Curahkan apa yang ada demi untuk kemajuan agama, bangsa dan negara dan jangan berpuas hati dengan ilmu yang sedia ada.

"Teruskanlah menerokai ilmu kerana sejarah tamadun manusia menunjukkan bahawa bangsa yang berjaya adalah mereka yang sentiasa menerokai ilmu," titah baginda.

Baca Seterusnya......

Ahad, 27 April 2008

Program Himpunan Sukarelawan Pemuda Kubang Pasu Di Perkelahan Bukit Wang

Himpunan Sukarelawan(REMAJA)Pemuda PAS Kubang Pasu
Tarikh : 26hb April 2008
Hari : Sabtu
Tempat : Perkelahan Bukit Wang
Masa : 8.30 pagi sehingga 6.00 ptg















Baca Seterusnya......

Khamis, 17 April 2008

Pemuda PAS Kedah gerakkan usaha tarik keahlian baru

Izwan Abdul Halim

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) akan menggiatkan usaha untuk menarik golongan muda menyertai PAS melalui kempen keahlian Pemuda.

Menurut Setiausaha DPPNK, Ustaz Mohd Rosli Azmi, pihaknya akan bergerak seiring dengan gelombang penerimaan kepada PAS yang semakin menggalakkan akhir-akhir ini.

Katanya, DPPNK mempunyai sistem pendaftaran sistematik melalui Skim Perlindungan Pemuda (SPP) yang diasaskan sejak tahun 2001.

Jelasnya lagi, DPPNK percaya gelombang penerimaan sekarang ini sebagai peluang menambah seramai mungkin keahlian Pemuda.

"Kami akan 'push' (gerakkan) usaha mendaftarkan seramai mungkin keahlian Pemuda. Kita berharap penyertaan golongan muda kepada PAS sebagai ahli Pemuda berdaftar," ujarnya selepas mengadakan mesyuarat antara Jawatankuasa Harian DPPNK dengan Setiausaha dan Pengerusi SPP Kawasan-kawasan di Kompleks PAS Kedah baru baru ini.

Sementara itu, Pengerusi SPP Kedah, Ibrahim Sofian menjelaskan bahawa beliau sedang menimbangkan cadangan daripada Jawatankuasa Pemuda kawasan untuk mengadakan sistem pendaftaran secara 'online'.

"Kita sebenarnya sudah bangunkan pangkalan data berkomputer, tetapi kita masih meneliti urusan teknikal dengan Lajnah IT," jelasnya.

Menurut beliau, DPPNK sudahpun memiliki sistem sebaran maklumat secara khidmat pesanan ringkas (SMS). Oleh itu ujarnya, Jawatankuasa Pemuda di peringkat kawasan perlulah memastikan butiran yang lengkap pendaftaran sahaja yang dihantar ke Sekretariat DPPNK di samping mengemas kini nombor telefon bimbit ahli Pemuda.

"Sistem SMS yang kita pakai sekarang sangat berkesan. Lepas ini jaringan hubungan antara Pemuda akan menjadi semakin baik.

"Kita juga berharap (jawatankuasa) pemuda kawasan tidak hanya tumpu mencari keahlian baru tetapi memastikan 'renew' (memperbaharui) ahli lama dengan menjelaskan yuran tahunan," tegasnya.

Untuk rekod, Pemuda Kedah berjaya menghimpunkan 5,000 ahlinya pada Ijtima? 5,000 Pemuda (H5K) pada Jun tahun lalu menggunakan sistem tersebut. -

Baca Seterusnya......

Umno Selangor turut mahu Abdullah undur segera


GELOMBANG desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno nampaknya berterusan ke Selangor.

Negeri itu termasuk antara empat negeri yang kini ditadbir barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Dalam pilihanraya tersebut, barisan pembangkang memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu mempertahankan 20 kerusi DUN sahaja.

Pembangkang juga berjaya merampas 17 daripada 22 kerusi parlimen di Selangor.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua-ketua bahagian di negeri berkenaan.Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.Mereka juga menyatakan sokongan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk jawatan nombor dua kerajaan dan parti.

Salah satu kain rentang tersebut berbunyi "kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno".

Manakala yang satu lagi berbunyi "segerakan peralihan kuasa! Datuk Seri Najib - presiden, Tan Sri Muhyiddin - timbalan presiden".


Peralihan kuasaSeperti di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, pemimpin-pemimpin bahagian Umno Selangor - dalam pertemuan dengan Najib petang tadi - turut mendesak Abdullah supaya berundur.Seorang pemimpin Umno Selangor yang menghadiri perjumpaan tersebut berkata sebahagian besar soalan yang dibangkitkan ialah mengenai perancangan Abdullah dan Najib mengenai peralihan kuasa.Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata perkara tersebut telah dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut.

Bagaimanapun, Najib seperti biasa berkata "terserah kepada presiden parti untuk memutuskannya".

Ditanya sama Abdulah telah berbincang mengenai jangka masa peralihan kuasa, Najib menjawab:"tidak ada sebarang perancangan masa ditetapkan... bila sampai masa, kita akan beri panduan yang lebih jelas," katanya.

Ditanya mengenai pentingnya mempunyai ketetapan tempoh masa bagi melaksanakan pelan peralihan itu, Najib berkata:
"Diri saya tidak begitu... saya tidak akan mendesak, lebih baik jika ia ditentukan oleh presiden sendiri." Mengenai perjumpaan hari ini, Najib berkata ia berjalan dalam suasana yang baik dan para hadirin komited terhadap perjuangan Umno.

Perkara lain yang dibincangkan menyentuh soal pemilihan calon, bagaimana Umno akan berurusan dengan parti-parti komponen BN dan langkah untuk menarik sokongan pengundi Cina dan India.Menurut Najib, mereka mahu pemilihan calon dibuat berasaskan penilaian yang tepat dan terdiri daripada kalangan mereka yang boleh menang dan mendapat sokongan akar umbi.
Reaksi ahli


Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditanya mengenai respons ahli Umno secara keseluruhan mengenai keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatan presiden Umno, Najib berkata mereka hanya akan membuat keputusan itu apabila tiba masanya.


"Ahli hanya akan memutuskannya bila tiba masanya, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk kami kekal bersatu kerana parti perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan survival Umno. Kita tidak boleh berpecah-belah," katanya.


Bagi memantapkan lagi BN, katanya, jawatankuasa pengurusan BN akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan mekanisme itu akan digunakan bagi membincangkan pelbagai isu dalam parti.


"Kita akan amalkan pendekatan untuk berunding dengan lebih kerap dan rapat dengan parti komponen BN," katanya.

Bagi mendapatkan sokongan parti lain pula, Umno akan merumuskan strategi bagi mencapai maksud itu, katanya, tetapi enggan mengulas berhubung cara yang akan dilaksanakan.

Sementara itu, ketua pergerakan Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata Abdullah harus memutuskan sendiri bila beliau mahu berundur.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata pendirian pergerakan tersebut ialah menyokong ketua. Malaysiakini

Baca Seterusnya......

Lompat parti: Najib tak percaya 'perang saraf' Anwar


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak andaian kerajaan akan ditumbangkan dalam waktu terdekat ekoran ‘perang saraf’ yang dijalankan oleh pihak pembangkang yang kononnya ada kalangan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti.

Katanya, sehingga kini tidak ada bukti atau petanda perkara berkenaan akan berlaku.

“Ini adalah permainan perang saraf mereka tetapi kita tidak mengambil mudah mengenai perkara ini, kita tidak akan ditumbangkan, saya tidak percaya itu akan berlaku,” jelasnya kepada para pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu yakin kerajaan BN akan ditumbangkan kerana ada ahli-ahli Parlimen BN yang akan menyertai mereka tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengadakan pertemuan dengan UMNO Selangor di Subang Jaya petang Rabu.

Ditanya adakah kerajaan akan mengadakan pilihan raya mengejut jika keadaan tersebut berlaku Najib dengan pantas berkata, perkara itu tidak timbul.

Menjawab soalan tentang Anwar begitu yakin dengan kenyataanya, Najib berkata, itu adalah kenyataan politik.

“Itu kenyataan politik…awak tidak boleh menyalahkannya dengan membuat kenyataan itu,” ujarnya.


Baca Seterusnya......

PAS anjur "Perhimpunan Pekerja 2008" sempena 1 Mei

Menteri-menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat dijangka akan menyampaikan visi dan perancangan rakyat kepada pekerja pada Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 PAS Pusat.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, keliam-lima ketua kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menjayakan program sambutan pesta rakyat sempena Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei akan datang.

"Mereka akan mendedahkan polisi dan perancangan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat melalui gerak kerja sistematik oleh kerajaan-kerajaan baru setelah mendapat sokongan dan mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu," katanya.

tegasnya, angin perubahan yang ditunjukkan rakyat berlaku akibat kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak mesra pekerja selepas tidak mengendahkan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan.

"Pada keseluruhannya, para pekerja di negara ini tidak mendapat perhatian kerajaan apabila tuntutan mereka untuk mendapat gaji minima dan COLA dinafikan mentah-mentah dengan sombong oleh kerajaan yang memaksa Kongres Kesatuan Pekerja Kebangsaan (MTUC) berpiket," ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Bahkan ujarnya, peneroka bandar atau penghuni kawasan perkampungan setinggan dianggap sebagai sampah oleh kerajaan.

"Rakyat sepatutnya disantuni, diperbaiki nasib mereka dalam keadaan negara sedang meningkat dari sudut kemajuannya," katanya.
Justeru, kata Anuar lagi, PAS dengan kerjasama parti-parti Pakatan Rakyat akan menganjurkan Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 PAS Pusat di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam.
Ia akan dimulai dengan pidato yang akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan pada 3 Mei jam 9 malam.

"Kemuncaknya adalah Wacana Kebangsaan yang akan menampilkan Menteri-menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah pada keesokan harinya, 4 Mei iaitu sepanjang hari," ujarnya lagi.

Menurutnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah bersetuju untuk menjadi penaung bersama program tersebut selain Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Antara yang turut dijemput adalah kesemua Ahli Parlimen PAS, KeADILan, DAP termasuk BN, juga pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang meliputi kesemua sayap pemuda, wanita, muslimat dan ulama'.

Seluruh kesatuan pekerja, badan-badan bukan kerajaan, pemimpin-pemimpin pelajar dan aktivis pekerja juga diundang untuk memeriahkan sambutan hari pekerja ini.
"Malah kita juga menjemput Presiden MTUC, Syed Syahir Mohamad," katanya lagi.
Dengan tema 'Memperkasakan Kaum Pekerja' pihak penganjur mensasarkan kehadiran seramai 15,000 orang dengan harapan pihak Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) juga akan turut serta.

Jelasnya, penyertaan kerajaan-kerajaan pakatan rakyat dalam perayaan ini adalah untuk memperlihatkan sikap mereka yang mesra kepada rakyat.

"Bahkan dalam program ini, kita menyediakan ruang yang terbuka kepada pekerja-pekerja untuk bebas menyampaikan pandangan untuk berinteraksi secara terus dengan pihak pemerintah.

"Konsep perbincangan kita adalah bersifat dua hala," ujarnya.
Sungguhpun begitu, pada 2 April lalu, Cuepacs mengumumkan akan memulaukan sambutan Hari Pekerja yang dianjurkan Kementerian Sumber Manusia pada 3 Mei dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Mei ini jika kerajaan gagal memenuhi lima permintaannya.

Permintaan itu antara lain, tuntutan sagu hati RM2,000 untuk kira-kira 1.2 juta kakitangan kerajaan.

Dalam perkembangan terbaru, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan turut menyertai Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memulaukan sambutan Hari Pekerja. - mns

Baca Seterusnya......

BN Kedah, Selangor hilangkan fail sebelum Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan

Oleh Intan Abdullah
Isu pejabat kerajaan negeri yang kosong sebaik diterajui kerajaan Pakatan Rakyat pernah hangat seketika seawal keputusan pilihan raya umum diketahui.

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata pejabat kerajaan-kerajaan negeri telah pun dikosongkan sebelum pilihan raya umum lagi.

"Bahkan saya mendapat maklumat bahawa proses pemindahan fail di pejabat Wisma Darul Aman berlaku sejak 4 Mac iaitu beberapa hari sebelum pilihan raya umum," ujarnya ketika Himpunan Pakatan Rakyat dan Ceramah Perdana 5 Menteri Besar di Stadium Perak 14 April lalu.

Tambahnya, bukan sahaja fail-fail hilang di pejabat bahkan meja, kerusi dan permaidani juga turut dicabut daripada pejabat-pejabat kerajaan negeri.

"Bila karpet pun dicabut, tidak hairanlah jika tiada sehelai kertas pun yang ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Ini perangai yang pelik," ujarnya sambil disambut sorakan orang ramai yang hadir.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr Hassan Ali turut mendakwa situasi yang hampir sama berlaku di Selangor sebaik ia diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

"Sebaik kita mengambil alih kerajaan Selangor, tiada satu fail pun yang ditinggalkan di pejabat kerajaan negeri," katanya.

Beliau menyelar tindakan pihak kerajaan negeri di bawah teraju kepimpinan BN sebelum ini yang bersikap tidak profesional.

"Apa makna kepada semua tindakan mereka ini? Apa kesimpulan yang boleh dibuat dengan sikap yang diambil pihak BN?

"Ia seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu daripada kita," katanya kepada kira-kira 50,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Program tersebut yang dimulai dengan solat maghrib, Isya' dan solat sunat Hajat diimamkan oleh AJK PAS Perak, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Malah, rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum juga turut sama hadir bagi mengenali Menteri-menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat dengan lebih dekat.
"Kita belum pernah lihat dia secara dekat, jadi hari ini kita mahu melihat dan dengar apa yang ingin disampaikan selepas dilantik menggantikan Menteri Besar sebelum ini, Dato' Seri Tajol Rosli,"ujar Rajeswary, 47 yang juga merupakan penduduk kawasan sekitar Ipoh.

Sementara itu, temannya Jaya Letchumi, 47, yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan kelibat pemimpin utama negeri itu, turut teruja dengan sambutan rakyat pada ceramah tersebut yang mengalahkan kemeriahan pesta bola sepak.

Beliau juga meletakkan keyakinan bahawa Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin akan dapat menjalankan amanahnya sesuai dengan pendekatan beliau yang disenangi rakyat.

"Beliau telah turun menemui orang bukan Islam di beberapa buah kuil dan gereja sebelum ini," katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, Exco Kerajaan Selangor, Dato' Dr Hasan Ali yang mewakili Menteri Besar Selangor, Ketua Pemuda DAP Pusat, Ngo Kor Ming, yang mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Kelantan.
Turut sama, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Parti Keadlan Rakyat Negeri Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan Pengerusi DAP Perak, yang juga Adun Sitiawan, Nge Ko Ham. - mr

Baca Seterusnya......

Selasa, 15 April 2008

Black 14: Lebih 20 ribu banjiri Kelab Sultan Sulaiman

Oleh M Khaleel Kas

Selasa, 15 April 2008

KL: Walaupun pihak polis tidak memberikan permit, namun faktor 'Anwar' dilihat masih mampu untuk menarik lebih 20,000 dalam perhimpunan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tepat jam 9.15 malam, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim muncul dengan menyampaikan ceramah di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir malam tadi.

FotoPerhimpunan yang digelar ""Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" telah dianjurkan oleh KeADILan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap Anwar hari ini.

Dalam ceramahnya itu, Anwar meminta semua untuk menunggu dua minggu dari tarikh hari ini untuk mengetahui sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya kecil atau tidak.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Anwar tidak dapat bertanding akibat larangan berpolitik namun, beliau dapat berkempen untuk calon-calon yang bertanding.

Sementara itu, dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut, Anwar tidak menjangkakan seramai itu yang hadir kerana pada jangkaan awal pihak penganjur hanya menjangkakan sekitar 10,000 sahaja.

Namun, kehadiran orang ramai sememangnya luar biasa apatah lagi diadakan di luar musim cuti serta di waktu malam pula.

Dalam perhimpunan tersebut, juga kelihatan pelbagai media yang terdiri di kalangan tempatan mahupun luar negeri.

Ketika Harakahdaily membuat tinjauan, seorang peserta yang hadir dalam perhimpunan malam tadi menjelaskan bahawa, inilah kali pertama beliau dapat mendengar ucapan Anwar secara dekat.

Sulaiman Murad, 43, yang bertugas di sebuah agensi kerajaan menjelaskan, ucapan yang didengarnya pada malam itu mengingatkannya pada zaman reformasi.

"Himpunan sebegini ramai, walaupun tidak setanding di zaman reformasi tetapi sekurangnya ia menimbulkan kesan dan memberikan ingatan pada kita tentang peristiwa ketika itu. Siapa kata 'faktor Anwar' tiada. Pilihan raya lalu sudah cukup untuk membuktikannya,"jelasnya sambil memberitahu bahawa beliau hadir bersama rakan-rakan sepejabatnya.

"Tapi saya agak kecewa dengan tindakan pihak berkuasa. Mengapa halang Anwar dari teruskan ucapan. Kami (rakyat) mahu mendengar apa yang ingin disampaikan. BUkankah ini adalah premis persendirian.

"Pihak polis tiada kuasa dan hak.Mana perginya profesionalisme pihak polis yang sering dilaungkan?"tegas Suraya Ahmad, 27, yang turut sama berada di lokasi perhimpunan.

Menurutnya, pihak polis sepatutnya profesional. Perlu memahami dan sedar situasi politik ketika ini tidak sama. Rakyat mula sedar dalam perkembangan yang berlaku terhadapat arus politik negara.

Tambahnya, apakah pihak berkuasa bersekongkol dengan pemerintah dan pemerintah pula masih tidak serik dengan penangan yang diterima mereka daripada rakyat dalam pilihan raya lalu?

Dalam pada itu, sebelum ini Ketua polis Kuala Lumpur Dato' Muhammad Sabtu Osman berkata pihak KeADILan tidak memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Menurutnya, walaupun perhimpunan itu dibuat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu. [ VIDEO ]

Baca Seterusnya......

Isnin, 7 April 2008

Pemuda PAS berhimpun membantah Geert Wilders

PDF Print E-mail
Friday, 04 April 2008
KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Umat Islam di Malaysia membantah sekeras-kerasnya tindakan ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang menerbitkan filem pendek yang menghina kesucian al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri.

Ketua Pemuda PAS Pandan,Ustaz Zulkifli berkata, seluruh umat Islam di dunia ini sekali-kali tidak akan meredai tindakan Wilders yang menyalahgunakan toleransi dalam negara.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem 'Fitna' yang sengaja mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia tanpa mempedulikan perasaan dan sensitiviti penganutnya yang akan mempertahankan agama ini," ujarnya dalam perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda, berhampiran bangunan Ampwalk selepas solat Jumaat petang tadi.

Dalam ucapannya, beliau mengecam tindakan pihak kerajaan Belanda yang tidak sensitif akan perasaan dan prinsip toleransi beragama di negara ini yang telah dimanipulasikan.

Meskipun hanya lebih 200 sahaja yang hadir, namun laungan semangat mereka di tengah gerimis dan siraman hujan yang semakin lebat itu ternyata membakar semangat orang ramai yang lalu lalang sambil memerhatikan gelagat demonstran sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor menyatakan perarakan yang sama juga diadakan oleh pemuda PAS di peringkat negeri seluruh negara.

"Antara tindakan yang drastik kita jalankan ialah memboikot semua produk keluaran Belanda sebagai tanda protes terhadap industri mereka untuk memberi pengajaran mengenai kesalahan yang dilakukan," katanya.

Perarakan aman yang bermula seawal jam 2.15 petang dikawal dengan baik oleh pihak polis dan anggota trafik ibukota sambil diperhatikan oleh anggota unit simpanan persekutuan (FRU) sehingga mereka tiba di bangunan kedutaan tersebut.

Bantahan peserta demonstrasi aman tersebut dirakamkan menerusi poster dan sepanduk yang dipamerkan kepada orang ramai semasa mereka sedang berarak.

Antara sepanduk dan poster tersebut berbunyi, 'jangan hina kesucian Islam', Boikot produk Belanda', Pemuda PAS bantah sekeras-kerasnya penerbitan 'Fitna' dan 'Don't insult Islam'.

Turut berucap di hadapan kedutaan tersebut, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad, dan wakil mahasiswa Islam, Mohamad Syazwan.

Selain itu, ia turut mendapat liputan yang meluas daripada media dalam dan luar negara memandangkan ia adalah inisiatif dibuat pemuda PAS selepas siri perhimpunan dianjurkan pemuda Umno.

"Kita memperjuangkan isu ini bersama semua pihak yang mempunyai hasrat yang sama tanpa mengira perbezaan kaum dan sempadan politik kerana ia adalah tanggungjawab bersama," tegasnya.

Bahkan, pada 30 Mac lalu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Dalam kenyataan tersebut, beliau merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Justeru, beliau menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.

Bantahan yang sama turut disuarakan pada 31 Mac lalu oleh Ketua Pemuda PAS, salahudin Ayub menerusi memorandum yang diserahkan kepada kepada Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, Kedutaan Belanda

Dalam memorandum tersebut, jelas Salahudin beliau mendesak kerajaan Belanda menghentikan sebarang bentuk provokasi agar dapat mengekalkan suasana aman dan makmur di seluruh negara.

Katanya, beliau bertanggungjawab untuk menyerahkan memorandum tersebut agar menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak kerana tindakan menghina sesuatu agama itu tidak bertamadun serta tidak berbudaya.

Dua hari selepasnya, Exco Pemuda Umno Pusat, Dato' Pirdaus Ismail pula telah mengambil langkah yang sama sebagai tanda bantahan dan protes terhadap kebiadapan Geert Wilders dalam penerbitan filem kontroversi 'Fitna' yang mengundang rasa tidak senang seluruh umat Islam.

Kemudian, Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria pula menggesa para pendakwah Islam agar segera bangkit menjelaskan kekeliruan dalam filem pendek 'Fitna' yang ditayangkan di internet sejak 27 Mac lalu.

"Adalah menjadi tanggungjawab kepada pendakwah Islam untuk menjawab segala fitnah yang telah dilemparkan oleh penerbit filem tersebut, Geert Wilders menerusi internet memandangkan ia kini sedang giat ditayangkan melalui medium tersebut.

"Kita kesal dengan kerajaan Belanda yang membenarkan filem tersebut ditayangkan meskipun kini mereka mahu mengambil tindakan ke atas Geert.

"Kenapa daripada awal mereka tidak mengambil tindakan yakni mengenakan sekatan ? Kenapa dibiarkan juga mereka meneruskannya, sebab itu kita mengambil keputusan untuk memboikot produk Belanda sebagai protes," katanya.

Filem pendek yang mempunyai dua versi ditayangkan selama 16 minit 48 saat dan 10 minit itu memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam. - mks.

Baca Seterusnya......

Sabtu, 5 April 2008

Himpunan Sukarelawan Pemuda PAS

4/4/08-merupakan satu tarikh keramat kepada Pas Pemuda Kubang Pasu bila berjaya menggumpulkan melebihi seratus orang pemuda untuk menjadi sukarelawan di bawah Pemuda Pas Kubang Pasu dan sekali gus menjadi mata dan telinga kepada pimpinan negeri khususnya.
Antara objektife penubuhan adalah untuk merapakan hubungan antara pemuda-pemuda untuk membuat satu gerak kerja yang lebih sistematik dan juga professional.

Majlis tersebut dihadiri oleh ketua pemuda kubang pasu dan wakil dari kawasan kubang pasu. Majlis disempurnahkan oleh YB. Ust. AHMAD IZZAT SHAUKI(adun bukit lada) dan juga merupakan wakil dewan pemuda pas negari kedah. Antara lain yang di sentuh oleh YB adalah perjuagan kita, tidak sama dengan umno. Sifir umno adalah, tabur duit program jalan(itu pun kadang tidak jalan) tapi kita Pas lain. Kita berada dalam perjuangan/Pas adalah untuk mendapat keredaan Allah SWT, itu kita punya matlamat utama. Beliau memberi contoh, kita datang program malam ini juga dapat pahala(tidur datang program pun dapat pahala) tetapi matlamat kita kena jelas untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.

Dari maklumat yang diperolehi dari ketua pemuda, (Ust YusofAhmad) beliau yakin satu berubahan yang besar akan berlaku, selepas kemenangan yang tidak di duga di negeri Kedah khususnya di Kubang Pasu. Walaupun kubang pasu tidak berjaya di tawan oleh pakatan rakyat namun kesan dari momentem pilihan raya ke-12 dan sekiranya pemuda kita Istiqomah seperti malam ini, kita tunggu pada tahun yang akan datang iaitu 2013, InsyaAllah Kubang Pasu jadi milik kita. Itulah kata-kata dari beliau yang penuh bersemangat.

muaz
Baca Seterusnya......

Rabu, 2 April 2008

Fitnah Filem Fitna!-satu cara berfikir yg lebih tepat

Fitnah Filem Fitna!

April 1st, 2008 | by Abu Saif | 4,876 Views | Print This Post Print This Post | Email this post Email this post |

fitna.gif

Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?

Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.

Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita.

Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?

Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!

ministerie-az.jpg

Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:

On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.

The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.

The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.

We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.

Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.

We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.

The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’ [www.government.nl]

REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA

Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.

Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.

Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.

Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.

ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.

Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.

PAKAI KASUT MUSLIM EROPAH

bic.jpg

Sebagai bekas Imam yang pernah bertugas beberapa tahun di Eropah, saya tidak akan sama sekali bertindak melulu mengambil jalan mudah dengan melancarkan boikot, hatta demonstrasi. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan, termasuklah mempersoalkan peranan Muslim dalam membina imej Islam itu sendiri di mata rakyat Eropah dan dunia umumnya.

Sejauh manakah integrasi Muslim di Belanda, di Eropah dan di dunia umumnya dengan masyarakat non Muslim di sekitarnya? Selarikah ajaran Islam yang tercatat di dalam al-Quran, dengan perlakuan Muslim di sana sini? Rasa hormat orang kepada kita tidak perlu dipaksa-paksa. Ia datang sendiri. Apabila kita layak menerimanya.

Saya mengendalikan Belfast Islamic Centre pasca kejadian September 11. Masjid kami dibaling batu, umat Islam dimaki hamun, tetapi ia hanya seketika. Sikap tenang dan keterbukaan kami dalam menyediakan dialog dan ruang belajar serta mengajar, telah banyak merawat persepsi buruk terhadap Muslim.

Ayat-ayat tentang peperangan yang dipetik oleh Geert Wilders itu sememangnya ada di dalam al-Quran. Tetapi ia perlu dihuraikan mengikut konteks yang betul. Apakah wajar misalnya Muslim berhujah, banyaknya tuduhan zina terhadap Nabi di dalam Bible sebagai punca kepada seks bebas di Belanda dan Barat? Hal-hal seperti ini memerlukan kepada engagement dan bukannya isolation atau segregation apatah lagi konfrontasi yang tidak kena tempat.

ASAS PERTIKAIAN

Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.

Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan ancaman Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.

Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.

Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?

REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH

Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.

Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:

hadithmarah.jpg

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”

Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.

Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.

Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Alami nikmat menjadi pemberi, biar pun hanya secawan kopi. Terima kasih

Baca Seterusnya......

Pengikut