tag:blogger.com,1999:blog-8464261691830633932024-03-13T20:45:29.336+08:00DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASUDewan Pemuda PAS Kubang Pasuhttp://www.blogger.com/profile/13529585225690443149noreply@blogger.comBlogger302125tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-72614944174163896092015-10-27T22:05:00.000+08:002015-10-27T22:05:09.325+08:00Umno-BN boros, rakyat terpaksa tanggungOleh AHMAD AMZAD HASHIM

WAKIL kerajaan puji kerajaan kerana adanya GST dapat menampung kekurangan hasil dari turunnya harga petroleum mentah dunia dari USD100 setong ke bawah USD50 setong.atanya kerajaan bijak kerana sudah jangka hasil akan berkurang kerana kejatuhan harga petroleum dunia, maka kena tampung dengan punca hasil yang baru.

Harap jangan dilupa bahawa GST mula dibawa ke Parlimen hujung tahun 2009 ketika kita tiada masalah harga minyak dunia. Malah ketika itu harga minyak dunia semakin memuncak.

Apakah yang kerajaan telah buat dengan hasil yang bertambah-tambah daripada kenaikan harga minyak mentah dunia yang meningkatkan pendapatan negara begitu banyak ketika tempoh 2010 ke 2014 yang lalu?

Adakah kerajaan beringat dan cermat berbelanja?

Sediakan payung sebelum hujan?

Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun mendedahkan kesalahan dan pemborosan kerajaan.

Banyak isu berkait perbelanjaan berskala mega dengan angka berbillion sehingga isu projek lembu National Feedlot Centre (NFC) yang melibatkan wang rakyat lebih RM250juta pun tidak lagi dianggap besar kerana ditenggelamkan oleh terlalu banyak isu lain yang bukannya ratusan juta tetapi ribuan juta di sana sini dari projek KLIA2 yang sepatutnya boleh dibina lebih murah ditapak cadangan yang asal akhirnya mencecah sekitar RM4billion, atau isu penyelewengan PKFZ, projek infra MRT (RM42 Billion) yang ada sepatutnya pilihan yang jauh lebih murah untuk menyelesaikan isu yang sama, pembelian peralatan pertahanan pada harga yang sangat tinggi berbanding produk setara dibeli oleh negara lain, isu 1MDB RM42billion dan terlalu banyak yang lain.

Malaysia pernah dalam tempoh itu disenaraikan negara yang parah masalah pengaliran wang haram (illicit flows) dan rasuahnya.

Tabiat berbelanja boros pemimpin dan keluarganya diperkatakan sampai ke media antarabangsa. Isteri Perdana Menteri menjadi bahan gossip mengalahkan selebriti Hollywood.

Jho Low yang digambarkan berkawan rapat dengan anak DS Najib dan mengatur banyak urusan wang 1MDB digambarkan suka berfoya-foya bersama selebriti Hollywood.

Ketika Malaysia dikata punya hasil yang banyak, kerajaan menekan rakyat seolah-olah harga minyak dunia meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan naikkan harga petrol dan diesel sehingga memberi kesan rantaian dalam kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat yang semuanya pengguna akhir.

Ini sangat menyusahkan rakyat.

Apabila sekarang harga minyak dunia jatuh lebih separuh pula apakah kerajaan turunkan harga petrol dan gas? Tidak.

Makin naik adalah.

Baik kerajaan pusat, mahupun kerajaan negeri telah gagal menunjukkan sifat hemah, cermat dan amanah dalam pengurusan wang rakyat.

Malah isu isu yang berbangkit dengan nilai puluhan billion sekarang seperti skandal besar 1MDB RM42 Billion, Derma ke akaun peribadi RM2.6Billion, salah urus Felda yang merugikan berbillion kepentingan jutaan peneroka felda yang majoritinya melayu, pengambilan tanah tanah strategik milik orang melayu untuk diperniagakan untuk manfaat kelompok tertentu.

Wang Terengganu yang hampir setiap tahun sejak 10 tahun dibelanjakan lebih RM2 Billion mengatasi negeri negeri lain, tapi kekal kedudukannya sebagai antara negeri yang paling miskin rakyatnya.

Ini semua bukan lagi isu kebijaksanaan, cermat, kecekapan dan hemah dalam melaksanakan amanah rakyat

Ini sudah isu pecah amanah, kemungkinan wujud elemen jenayah komersil yang menggoncang tiang seri keteguhan negara.

Ini isu Barisan Nasional telah merosakkan negara.

Bukan lagi isu yang satu lebih cekap dari yang satu lagi. Tetapi isu pilihan antara mendokong pengkhianatan dan kejahatan dengan memilih untuk mencantas segala kejahatan tersebut.

Memang jahat dan khianat apabila perbuatan BN yang mengakibatkan kesusahan kepada negara, sekarang mahu rakyat pula yang membayar kerugian itu dengan menambah wang ke saku mereka melalui GST.

Penulis ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-5691989531295252932015-02-01T21:51:00.001+08:002015-02-01T21:51:13.153+08:00Putrajaya bukan tanah jajahan mahu pun ganjaran, tetapi amanah rakyatOleh Hazlan Zakaria
Dengan penuh bingung saya membaca, ada seorang MP parti pemerintah berkata bahawa semakan Bajet 2015 adalah langkah BN untuk mempertahankan Putrajaya.Seolah-olah pusat pentadbiran negara –tanah dan wilayahnya, adalah hak milik BN, dan perlu kekal begitu.

Syukur kepada Tuhan kerana beliau tidak menceritakan secara terperinci – babak perang penuh darah – bagaimana mereka akan mempertahankannya.

Hujah MP itu bersifat kewangan. Beliau bercakap tentang ekonomi dan statistik.
Namun saya mendapati ia hanyalah pedantic – menunjuk-nunjuk pandai – dan penuh retorik. Malah agak merbahaya, jika mengambil kira pandangannya tentang pentadbiran negara.

Ia bukanlah warisan untuk mereka mahu pun hak bapa mereka, untuk dipegang dan bertukar tangan di sekitar linkungannya.

Seolah-olah BN adalah Smaug dalam filem The Hobbit, yang terbaring tidur dan diam menyusup, manakala Putrajaya adalah “Lonely Mountain” di mana harta karun bertimbun dan bakal menjadi miliknya.

Ini bukanlah kali pertama retorik seperti ini muncul. Ia adalah isi utama dalam setiap ucapan politik BN.

Tentulah tidak membantu keadaan, apabila pakatan pembangkang juga ingin “menawan” Putrajaya. Seperti Dalesmen dalam filem yang sama, bersama-sama Men of the Dale dan sekutu Elven mereka yang turut mendambakan harta karun yang sama.

Nampaknya mungkin itulah Putrajaya bagi kedua-dua pihak, seperti “Lonely Mountain”. Hadiah untuk dimenangi dan ditawan, untuk mendapat kekayaan yang tertanam di dalamnya.

Kedua-dua pihak perlu mengerti, Putrajaya adalah mandat yang diberikan oleh pengundi. Bukan hadiah untuk ditawan, atau singgahsana untuk disimpan.

Ia bukannya anjung kuasa, mahu pun anak tangga ke syurga. Jika ditakdirkan berjaya mendudukinya, ia tidak mengurniakan kuasa, atau pun kedudukan lagaknya raja.

Walhal pihak yang menduduki kerusi panas itu adalah hamba kepada rakyat. Mereka yang berada di Putrajaya bukan memerintah, tetapi berkhidmat.

Putrajaya sepatutnya menjadi sangkar emas, memenjarakan mereka dengan rantai tugas. Bukannya taman istana untuk golongan elit dan bangsawan (yang diangkat sendiri) memenuhkan tembolok sendiri.

Sekurang-kurangnya inilah yang sebetulnya, bukannya kelentong dan cakap kosong, selepas lebih 50 tahun yang penuh sukar di bawah BN.

Malah Pakatan pun seakan begitu, dengan lagak mereka di negeri yang ditadbir, perang politik terbuka PKR yang tanpa rasa malu menjadikan Selangor sebagai medannya.

Putrajaya atau pun negeri; di mana sahaja kuasa hadir, peraturannya sama iaitu mentadbir dan berkhidmat.

Ia adalah tanda kepercayaan rakyat yang diberikan melalui mandat sementara. Maka sesiapa yang mendapatnya perlulah menghargai, bukannya meminta penghargaan.

Saya fikir ini juga salah kita, kerana kita telah membenarkan dan malah menelan sahaja apa yang mereka muntahkan.

Mungkin inilah masa untuk kita merampasnya kembali, dan berikannya kepada sesiapa yang kita inginkan. Barangkali yang punya keteguhan, tidak lagi kepada tirani.

Akhir kata, ini adalah pengajaran untuk kedua-dua BN dan Pakatan. Putrajaya bukanlah tanah atau hadiah untuk direbut, tetapi kepercayaan rakyat untuk dimenangi.

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-23865300135630243212014-10-08T21:28:00.002+08:002014-10-08T21:28:49.007+08:00Anak muda nantikan pelan kecemasan berdepan GSTOleh WAN NORDIN WAN YAACOB
BELANJAWAN 2015 akan dibentang dalam sidang Parlimen Oktober ini. Mahu tidak mahu Belanjawan 2015 adalah sangat penting dan terpenting berikutan negara akan berdepan satu lagi rejim ba haru dalam sistem percukaian iaitu dengan pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Pembelian (GST).
GST akan dilaksanakan pada April 2015. Terdapat de sas desus dan tanggapan bahawa GST adalah rejim yang kejam kepada mereka yang berpendapatan sederhana ke bawah.

Namun, ia amat mesra kepada golongan berpenda patan tinggi, peniaga dan ke lompok yang akan meng ambil kesempatan atas pe laksanaannya.
Pastinya pengenalan GST pada kadar enam peratus akan lebih membebankan golongan muda kerana 82.5 peratus daripada mereka mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah.

Kesan itu semakin dirasai golongan muda apabila kadar inflasi meningkat ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ketika pendapatan tidak banyak berubah.

GST akan menyebabkan golongan muda semakin ter tekan apabila banyak barang yang dikenakan cukai apabila dilaksanakan.

Apabila pelaksanaan GST tidak disusuli de ngan pelbagai mekanisme yang perlu disusuli pihak kerajaan untuk mengenalpasti cukai bertindih yang perlu dihapuskan, maka akan membebani golongan muda.

Permulaan kadar GST enam peratus adalah tinggi dan kerajaan harus memastikan mekanisme pelaksanaannya membawa kebaikan kepada negara tanpa perlu meningkatkan jumlah caj dari semasa ke semasa.

Hal ini kerana tarif cukainya tetap meningkat de ngan pelaksanaan GST.

Sebagai contoh, GST diperkenalkan kepada negara Singapura pada 1 April 1994 dengan kadar tiga peratus.

Namun, menjelang 1 Januari 2003, kadar tarif meningkat kepada empat peratus dan kemudiannya lima peratus, pada 2004 dan terkini tujuh peratus, sejak 1 Julai 2007.

Berdasarkan penga laman negara yang sudah melaksanakan GST, ka dar nya terus meningkat, namun persoalannya bagaimana ke rajaan dapat mengekalkan pada kadar munasabah untuk GST bagi 20 tahun akan datang.

Sebenarnya GST ini bukanlah suatu perkara baru jika dilihat dari konteks global. Negara kita sebenarnya telah beberapa kali menangguhkan pelaksanaan GST ini ke suatu masa yang lebih sesuai dengan suasana ekonomi semasa.

Ini disokong dengan buk ti bahawa GST ini atau nama lainnya VAT – Value Added Tax – telah lama dilaksanakan oleh lebih 160 buah negara di seluruh dunia termasuk India, Australia dan semua negara Asean kecuali Myanmar dan Brunei sahaja.

Pada pandangan ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, harus ada keprihatinan kerajaan terhadap kos sara hidup rakyat dan ia perlu menjadi agenda penting dalam pelaksanaan GST.

Kenaikan 1 peratus terhadap sebahagian barangan yang sebelum ini dikenakan cukai sebanyak 5 pe ratus nyata akan memberi kesan ketara terhadap pengguna di peringkat bawahan walaupun kerajaan mendakwa kononnya ia ti dak melibatkan peratusan jumlah barangan yang besar.

Pelaksanaan sistem percukaian GST ini dibimbangi tidak adil dan prihatin, malah akan pelaksanaannya nanti akan menyebab kan be banan kos sara hi dup rakyat selaku pengguna, terutamanya golongan muda.

Kononnya kerajaan men - jalankan GST akibat kelemahan yang dikenalpasti berpunca dari sistem percukaian sedia ada adalah elemen cukai atas cukai yang menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dan aktiviti pemindahan harga (transfer pricing) yang memberi kesan negatif kepada kutipan hasil negara di peringkat antarabangsa.

Sedangkan, kerajaan ga gal menjamin budaya rasuah, ketirisan, dan paling menyulitkan perangkaan oleh Global Financial Index (GFI), Malaysia adalah negara ketiga tertinggi yang menghadapi pengaliran wang haram, ketiga terbesar dunia se lepas China dan Mexico.

1. China: US2.74 trilion
2. Mexico: US476 bilion
3. Malaysia: US285 billion

Pengaliran wang haram yang menimpa Malaysia adalah sangat kritikal dan korupsi dan ketirisan pengurusan dana negara amat membimbangkan.

Ramai yang tertanyatanya, apakah pelan kerajaan dalam berdepan rejim GST yang mereka cipta ini. Peningkatan gaji tidak berlaku, laungan transformasi pentadbiran hanya sekadar laungan kosong, sedangkan laporan demi laporan ketirisan menjengah ke telinga rakyat.

Anak muda yang berani dan kreatif cuba bangkit me nentang dasar korup kerajaan, namun Akta Hasutan 1948 menjadikan kerajaan kini semakin kebal.

Apa yang pasti, pelaksaan GST tahun hadapan membuatkan anak muda mula berkira-kira untuk ber hijrah ke negara luar dan menikmati gaji di negara luar yang lebih tinggi sepadan dengan pelaksanaan GST yang diamalkan beberapa kerajaan di Eropah.

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-962994824913706242014-10-08T21:24:00.003+08:002014-10-08T21:24:36.560+08:00Berkorbanlah di jalan Allah bagi melerai kemelut kita hadapi...DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. “Dan serulah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang beramai-ramai mengunjungi (rumah Engkau, Baitul Lahil Haram) dengan keadaan ada yang berjalan kaki dan ada yang menunggang berjenis-jenis unta yang kurus disebabkan perjalanan yang datang dari segenap ceruk pelosok dan rantau yang jauh.” (Maksud Ayat 27 Surah al-Haj)

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orangorang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Maidah 5:08)
Kini kita di penghujung tahun Hijrah 1435. Pada bulan terakhir setiap tahun (Zulhijah) disyariatkan ibadat haji. Ketika ini jutaan umat Islam berada di Tanah Suci bagi melengkapkan Rukun Islam kelima. Haji adalah kemuncak manifestasi seseorang Muslim; ini dapat dilihat daripada bacaan talbiyah “Labbaika Allahomma Labbaik.

Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan- Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka” yang bermaksud: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba- Mu datang menyahut panggilan- Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu.

Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”

Ya, semua yang berkaitan dengan kehidupan ini kemuncaknya adalah penyerahan diri kepada Allah SWT. Hal ini mencakupi hal sekecil-kecilnya yang dianggap manusia seperti memasuki tandas sehinggalah sebesar-besarnya iaitu mengorbankan diri demi agama- Nya (syahid) semuanya perlu dilakukan berdasarkan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Jika dilakukan selain daripada jalan ini, semuanya tertolak dan menjadi sia-sia saja.

Berdasarkan ini, kita de ngan rendah diri menyeru kepada semua kembalilah ke jalan Allah dan Rasul-Nya bagi mencari jalan keluar daripada pelbagai kemelut yang kita hadapi hari ini sama ada dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, organisasi termasuk siasah, bangsa, negara seterusnya antarabangsa. Berkorbanlah berdasarkan jalan yang telah ditunjuki oleh Rasul s.a.w. yang telah diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat kepada sekalian alam agar kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Subhanallah, tidak guna kita mencapai kejayaan gemilang di dunia tetapi gagal di akhirat.

Inilah yang perlu difikirkan dan diusahakan jalannya keluarnya (penyelesaian) oleh setiap orang beriman – antaranya sentiasa menegakkan kebenaran dan berlaku adil dalam setiap tindak tanduk kita termasuklah dalam menerajui negara, negeri, organisasi malahan keluarga kita sendiri.

Sempena Aidiladha yang mulia ini, kita menyeru semua pihak berkorbanlah dalam segala segi termasuklah perasaan, harta benda hatta tubuh badan kita yang kemuncaknya adalah penyerahan nyawa seperti dilakukan oleh Nabi Ismail a.s. dan ayahandanya, Nabi Ibrahim a.s. demi bagi mendapatkan keredaan Yang Maha Kuasa.

Apabila direnung-renungkan (muhasabah) akan pengorbanan para anbiya dengan kemuncaknya oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang amat kita kasihi, apalah sangat ‘pengorbanan kita’ – ayuh kita lupakan segala sengketa untuk seiring di jalan lurus semata-mata bagi mendapatkan keredaan-Nya.

Allaahu akbar... Allaahu akbar... Allaahu akbar...Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd. Selamat Hari Raya Aidiladha; maaf zahir dan batin.

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-50215490462042791302014-08-05T10:51:00.000+08:002014-08-05T10:51:09.239+08:00Jangan biarkan Pakatan pecah
Oleh DR MUJAHID YUSOF RAWA

Ramai yang berbincang tentang masa depan Pakatan Rakyat dan pelbagai kontroversi yang menyelubungi keberlangsungan PR.

Sebagai orang kuat mempertahankan perlunya Pakatan Rakyat terus kukuh, saya ingin menegaskan beberapa perkara:

Politik Malaysia tidak pernah menyaksikan satu peralihan paradigma politik yang besar berlaku melainkan dengan Pakatan Rakyat apabila politik merentasi kaum benar-benar diterjemahkan dalam peti-peti undi. Pengundi tidak lagi mengecam calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.

Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara.

Pakatan Rakyat telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.

Pakatan Rakyat telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihan raya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo.

Pakatan Rakyat adalah penyaring kepada ahli politik yang jatidirinya teruji kerana terpaksa menongkah arus demi perubahan. Ada yang gugur dan ada yang tetap konsisten.

Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.

Saya mengakui Pakatan Rakyat mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar ini yang kadangkala ia tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri.

Tetapi saya tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika Pakatan Rakyat berpecah dan terus tiada di persada politik tanah air.

Saya juga ingin menyeru agar seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat agar menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya." (Ar-Ra’ad: 11)

Pakatan Rakyat Harapan Rakyat. Sekian.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ahli parlimen Parit Buntar dan anggota jawatankuasa PAS Pusat
Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-7737280896667798152014-04-14T21:20:00.003+08:002014-04-14T21:20:41.020+08:00Nasib malang institusi pendidikan di Kedah
OLEH ZULKIFLI YAHAYA

KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.
Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang tui’ mencari nama.
Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.

Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi? Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

Maktab Mahmud
Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.

Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.

Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.

Semua masih ingat, sebaik sahaja BN mengambil alih Kedah pada Mei 2013, kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hampir dilelong. Pusat pentadbiran dan beberapa buah fakulti penting sudah diarah pindah ke tapak asal di Alor Setar. Bahkan program perubatan sudah diserahkan kepada pihak lain. Mujur rektor yang baru dilantik ialah orang berjiwa akademik bukan orang politik, maka masa depan KUIN menjadi lebih baik.

Dalam manifesto BN bagi menghadapi PRU13, mereka mencanangkan mahu menjadikan Kedah sebagai hab pendidikan terulung di rantau ini. Sebaliknya selepas mendapat mandat, bidang pendidikan terpinggir.

Kisah AIU

Berita terbaru yang mengejutkan adalah sebuah universiti terkemuka di Bandaraya Alor Setar iaitu Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), akan ditutup pada pertengahan tahun ini.

AIU mempunyai 600 pelajar dari dalam dan luar negara yang kurang berkemampuan, mempunyai lebih 100 kakitangan termasuk pensyarah. Bagaimana nasib pelajar dan kakitangan? Tiada siapa dari kalangan pemimpin kerajaan Pusat atau negeri dapat menjelaskannya. Mukhriz jauh sekali mahu mengulas, seolah-olah tidak berminat bercakap mengenai isu pendidikan. Ini yang membezakan beliau dengan Almarhum Ustaz Azizan.

AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia. Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

AIU menawarkan tiga program termasuk diploma dan ijazah sarjana muda di Sekolah Perniagaan dan Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelajar AIU tidak dikenakan bayaran yuran pengajian malahan diberi biasiswa penuh oleh universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan itu di bawah konsep wakaf.

Naib Canselor AIU, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak juga dilaporkan telah mengosongkan jawatan tersebut. Isu sebahagian pensyarah KUIN yang didera dengan tidak dibayar gaji beberapa bulan masih belum dilupakan, apakah selepas ini akan muncul pula golongan pensyarah yang menderita kerana hilang pekerjaan?

Malang rakyat Kedah

Hendak dikatakan punca penutupan adalah disebabkan masalah kewangan, tidak munasabah. Syed Mokhtar yang banyak berinfaq kepada universiti tersebut sangatlah kaya. Menurut Forbes, dianggarkan nilai bersih syarikat korporat yang dimilikinya ialah berjumlah AS $3.1 bilion (RM10 bilion).

Selama ini pun beliau tidak pernah menjadikan AIU sebagai projek pelaburan atau perniagaan. Beliau menyumbang dengan murah hati dan pihak yang sepatutnya berfikir mengenai maju mundur universiti tersebut adalah pihak kerajaan. Maka penutupan AIU jika berlaku adalah terjemahan kepada kegagalan kerajaan BN dalam menangani isu pendidikan.

Bukan mudah untuk melihat tertegaknya sebuah institusi pengajian peringkat antarabangsa di negeri Kedah, namun setelah dibangunkan terpaksa ditutup pula. Kerajaan BN pula tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya. Malang sungguh rakyat Kedah mendapat sebuah kerajaan yang tidak prihatin mengenai isu pendidikan.

Macam kata Mukhriz setiap projek yang nak dibuat kerajaan negeri mesti ada untung. “Kita tak mahu curah air ke daun keladi,” katanya. Maksudnya jangan buang duit buat pelaburan yang tidak untung dari segi wang ringgit.

Tidak berkudis pun rasa hati pemimpin BN di Kedah apabila institusi pendidikan di negeri ini menjadi mangsa satu demi satu. Itulah BN.

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-27256441377722775252014-04-14T21:18:00.004+08:002014-04-14T21:18:45.969+08:00PAS: Tahaaluf siasi dan hudud
Oleh NASRUDIN BIN HASSAN

1.Tahaaluf Siasi ialah Kerjasama Politik. Ia dijalin dengan parti yang berbeza ideologi untuk bekerjasama dalam mendepani perkara yang disepakati bersama seperti membasmi rasuah, menentang kezaliman dan menolak penindasan. Terdapat di sana perkara yang tidak disepakati, maka ia urusan perjuangan dan tindakan parti masing-masing.

2.Tahaaluf Siasi adalah kerjasama politik. Justeru itu, ia hanya mencakupi urusan politik tanpa sekali-kali melibatkan dasar dan prinsip parti yang diperjuangkan. Masing-masing parti yang menjadi kompenan tahaaluf siasi tidak boleh mencampuri, memaksa apatah lagi menghalang dasar perjuangan yang dianut oleh parti-parti kompenan yang lain.

3.Tahaaluf Siasi adalah kerjasama politik bukan kerjasama dasar perjuangan, juga bukan kerjasama fikrah, ibadah dan akidah. Ia kekal menjadi parti yang berbeza dengan sempadan masing-masing namun bekerjasama di antara satu sama lain dalam perkara yang dimeterai bersama.

4.Hudud ialah Kanun Jenayah Syariah Islam yang adil dan bijaksana justeru ia adalah bersumber daripada Allah SWT Tuhan yang mencipta manusia dan sekelian alam. Suatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara muhkamat lagi muktamad di dalam al-Quranil Karim dan ia merupakan sebahagian daripada Syariat Islam yang wajib ditegakkan oleh hamba Allah SWT sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

5.Hudud adalah hukum Islam dan ia sebahagian daripada keseluruhan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS malah termaktub di dalam perlembagaan PAS bahawa Islam adalah dasar PAS. Benar, ia bukan agenda dan perjuangan Pakatan Rakyat tetapi ia adalah dasar dan agenda perjuangan PAS. Insya-Allah PAS akan mengemukakan Private Bill di Parlimen ke arah implementation Kanun Jenayah Syariah Islam II (Hudud) di Kelantan setelah sekian lama ia di luluskan di DUN Kelantan.

6.Hudud adalah juzuk Islam yang tidak boleh diperkecilkan. Ia adalah solusi kepada isu nasional yang sekian lama buntu ditangani oleh undang-undang dan peraturan manusia. Ini adalah masa terbaik untuk PAS mengemukakannya ke Parlimen, sementelah pula Menteri di Jabatan Menteri membuka laluan agar Private Bill dibentang pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Ahli Parlimen muslim sewajibnya menyokong demikian juga Ahli Parlimen non muslim diharapkan turut memberi sokongan kerana ia adalah undang-undang Allah SWT yang adil untuk semua.

7.Justeru, membentang "Private Bill" Kanun Jenayah Syariah Islam (Hudud) ke Parlimen tidak akan menjejaskan Tahaaluf Siasi atau kerjasama politik PAS dengan parti-parti rakan yang lain. Sebagaimana Tahaaluf Siasi juga bukanlah penghalang untuk PAS membentang Private Bill tersebut ke Parlimen.
Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-6205296644334422922014-04-14T21:16:00.002+08:002014-04-14T21:16:48.122+08:00Khairy membela tak bertempat, ‘salahkan’ anak mudaOleh RAYUSA

WALAUPUN
mungkin bukan kerana terlalu mengenang budi dilantik sebagai Menteri
Belia dan Sukan selepas rombakan Kabinet pasca PRU13, yang pasti,
Khairy Jamaluddin tetap keras membela Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib
Razak.

Memang Khairy mengakui tinjauan Merdeka Centre
bahawa rasa tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan Najib bertambah
sedikit, tetapi beliau mempertahan dan menegaskan kepercayaan pengundi
terhadap bosnya itu. Bagi Ketua Pemuda Umno itu, keyakinan responden
pada kecekapan kerajaan dalam mengendalikan pelbagai isu termasuk agama
dan antara kaum masih pada tahap yang tinggi. Katanya, sekadar beberapa
angka dan rumusan tidak boleh diambil untuk menyimpulkan bahawa sokongan
kepada BN telah merosot.

Khairy menganggap sedemikian kerana BN
turut menerima banyak reaksi positif dalam tinjauan tersebut. Beliau
memberi contoh dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang, 23 Mac lalu,
BN sedang melalui musim yang agak mencabar akibat kenaikan harga minyak,
tarif elektrik dan sebagainya yang pasti memberi kos politik terhadapnya.

Tegas beliau, BN telah menjangka hal tersebut, tetapi terpaksa melakukannya.

Soalnya, kalau sudah menjangka akan menerima kesan buruk, mengapa
melakukan juga? Adakah tiada pilihan sehingga terpaksa melakukannya?

Siapa yang memaksa kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan atau mengurangkan subsidi?

Tinjauan Merdeka Centre pada Mac lalu mendapati 44 peratus daripada
1,005 responden memberi jawapan tidak berpuas hati dengan kepimpinan
Najib. Ia menunjukkan peningkatan empat peratus berbanding hasil
tinjauan pada Disember tahun lalu. Namun begitu, kepercayaan pengundi
kepada Najib kekal pada tahap 52 peratus.

Mengenai sokongan
golongan muda kepada BN di Dun Kajang, Khairy mengakui kemerosotan
dialami akibat faktor nasional meskipun jentera mereka lebih baik
berbanding semasa PRK Dun Sungai Limau.

Menurut Ahli Parlimen
Rembau itu lagi, faktor kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan
penurunan sokongan telah dijangka. Namun begitu, katanya, strategi untuk
menaikkan semula sokongan sedang diusahakan.

Tidak menghairankan
kalau Khairy membela Najib. Walau bagaimanapun, pembelaan beliau itu
“tidak kena” dan sia-sia sahaja kerana imej Najib memang sedang merudum
dan akan bertambah tenat.

Apatah lagi, sebagaimana bosnya yang
memberi kenyataan bercanggah baru-baru ini dalam tragedi MH370, Khairy
menyebut perkataan “mungkin” seolah-olah masih belum pasti.

Katanya, “Mungkin musim politik sekarang melibatkan kos sara hidup,”
padahal beliau telah menganggap faktor tersebut suatu kepastian.

Khairy juga seperti belum pasti mengenai jalan penyelesaian. Beliau
menggunakan perkataan “mungkin” lagi. Katanya, Pemuda Umno mungkin perlu
meningkatkan penerangan terhadap generasi muda supaya mereka memahami
langkah kerajaan (untuk mengatasi masalah itu).

Beliau mendakwa
PRK Dun Kajang juga tidak memberi banyak peluang kepada BN kerana
“tempat” dipilih oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai sokongan ramai anak
muda.

Kata Khairy, Pakatan pasti memilih kawasan yang ramai pengundi muda menyokongnya.

Beliau berpendapat PRK Dun Kajang tidak memberi gambaran keseluruhan (kemerosotan pengundi muda) dan BN mengambil iktibar.

Bagaimana ayat sedemikian boleh terpacul dari mulutnya sedangkan selama
ini Khairy selalu mendakwa sokongan anak muda terhadap BN semakin
bertambah di seluruh negara? Nampaknya, sambil mengharap sokongan anak
muda, beliau seperti menyalahkan golongan tersebut.

Mereka seolah-olah dijadikan “kambing hitam” pula atas kekalahan BN itu.

Mengapa Khairy semacam mengeluh? Perkara tersebut tidak aneh kerana
kebijaksanaan strategi memang diperlukan dalam berpolitik. Tiada
salahnya jika masih bersih dan tidak melanggar peraturan. Beliau perlu
sedar kerajaan BN yang selama ini bermain politik secara kotor dan tidak
bermaruah.

Mengenai krisis sokongan anak muda, Pemuda Umno, kata
Khairy, akan menubuhkan makmal “BN Youth Lab 2.0” pada bulan ini bagi
mengenal pasti dan mengkaji kecenderungan pengundi muda terhadap BN.

Mengulas sokongan golongan muda dalam PRK Dun Balingian yang dimenangi
oleh calon BN, Khairy berkata sokongan mereka padu dan Pemuda Umno akan
memastikan hal itu berterusan agar Sabah dan Sarawak menjadi “simpanan
tetap” BN dalam PRU14 nanti. Jadi, Khairy tidak boleh “mendabik dada”
mengatakan anak muda seluruh negara semakin menyokong BN. Berdasarkan
keputusan PRK Balingian, hanya anak muda Sabah dan Sarawak sahaja yang
masih setia memilih BN.

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-13646009507389934022014-03-05T23:40:00.002+08:002014-03-05T23:40:18.438+08:00Kelaparan mampu membangkitkan rakyat
Alhamdulillah, setelah masuk bulan yang ketiga dalam tahun 2014 ini, kita masih terus diberi kesempatan untuk menikmati sebuah kehidupan yang walaupun sesak dan sarat dengan tekanan, namun apabila berada di landasan memperjuangkan agama Allah, pastinya kita akan berada dalam ketenangan.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sudah mula diedarkan kepada seluruh penerima yang layak menerimanya. Sejak 22 Februari lalu, ramai yang berpusu-pusu ke Mesin Wang Automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang BR1M.

Ada yang tersenyum riang kerana dapat bayaran BR1M berjumlah RM650, ada yang pulang dengan hampa kerana permohonan tidak diluluskan, dan ada juga yang mengeluh mengapa hanya menerima RM450.
Pelbagai persepsi, pelbagai ragam dan pelbagai watak, ada yang terlalu gembira (khasnya yang bujang), ada pula yang umpama tiada perasaan, kerana bagi mereka wang RM650 tidak ber tahan lama, paling tinggi sehari dua.

Dengan wang tersebut, mereka hanya boleh membeli belah dua atau tiga kali sahaja, itupun di pasaraya-pasaraya borong seperti Mydin dan Tesco. Kenaikan harga barangan menyusutkan nilai wang RM650.

Kenaikan harga barangan, ke san berantai kenaikan harga minyak usai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nyata mencetak satu kekangan kepada nilai wang dalam kantung rakyat.

Kemudian, rakyat berdepan pula dengan kenaikan tarif elektrik yang kini mencecah 15 peratus, yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran di kilang-kilang, dan menyebabkan harga barangan melambung sekaliganda.

Rakyat dikejutkan lagi dengan berita penurunan harga getah dari pada RM4.00 sebelum ini dan kini hanya sekitar RM2.30 sahaja.

Ramai di kalangan penoreh getah adalah penerima BR1M. Namun, apalaha sangat BR1M berjumlah RM650 jika harga pasaran getah kini turun mendadak.

Terdapat penoreh yang terpaksa mengikat perut berdepan de ngan penurunan harga getah ini. Di Kedah sendiri sudah dua kali himpunan aman digerakkan penoreh bersama PAS membantah penurunan harga getah dan mendesak kerajaan peduli isu harga getah.

Gerakan kebangkitan yang sedang berlaku hari ini di Baling dan di Kedah secara umumnya mengimbau semula kenangan lam pau. Harga getah yang turun menjunam menyebabkan penoreh getah semakin tertekan.

Mereka terpaksa mencatu segala macam belanja yang sebelum ini telahpun berlaku catuan akibat kenaikan harga barangan.

Apatah lagi malang mereka berganda kini musim panas yang agak berpanjangan menyebabkan pokok getah tidak mengeluarkan hasil yang banyak.

Dalam sehari mereka hanya berjaya mendapat hasil antara RM15 hingga RM20 sahaja, sedang kan keperluan mereka melebihi pendapatan yang semakin menyusut.

Mereka bimbang, hari demi hari kantung mereka akan terus kering, seumpama keringnya tanah- tanah kebun getah mereka.

Kelaparan mula menjengah perut mereka. Datangnya BR1M tidak membawa perubahan langsung ke pada pendapatan mereka.

Apatah lagi mereka sedar bantuan itu adalah hasil dari poketpoket rakyat dengan kutipan cukai, peningkatan harga barang an dan keperluan serta perkhidmatan.

Mereka sudah bijak menilai, apatah lagi terdapat anak-anak mereka yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mencambahkan benih kesedaran kepada mereka.

Lapar perut mereka tidak boleh ditahan seperti 10 tahun lalu ketika harga getah merudum hingga RM2.50 sen sekilogram. Lapar perut mereka kini lebih berat berbanding 10 tahun lalu akibat kenaikan harga barangan.

Justeru, mereka mula bangkit, bangkit untuk menyedarkan kerajaan agar peduli nasib mereka.

Kebangkitan golongan penoreh ini mengingatkan kita akan kebangkitan rakyat Baling suatu masa lalu yang memacu kebangkitan gerakan mahasiswa.

Ketika itu, anak muda khususnya mahasiswa melestarikan bi dikan semangat perjuangan de ngan menggerakkan bantahan awam akhirnya menjengah ke ibukota kuala Lumpur.

Ribuan anak muda kampus uni versiti yang berhimpun di Padang Kelab Selangor sekitar tahun 1975.

Himpunan mahasiswa seterusnya membawa tangkapan besar besaran pimpinan mahasiswa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan kemudiannya berlakulah pertempuran ideologi mahasiswa membantah kerajaan.

Peristiwa ini membawa kepada pindaan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Auku) pada tahun 1975, seterusnya mengheret zaman gelap gerakan mahasiswa berdekad-dekad selepas itu.

Baling juga menjadi titik tumpuan negara apabila berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985, di mana seramai 14 orang penyokong PAS telah terkorban dalam tragedi pertembungan akibat salah arahan rejim BN.

Baling juga boleh menjadi suatu sejarah moden andai kelaparan yang sedang dihadapi masyarakat penoreh getah hari ini mencapai tahap membangkitkan mereka yang dahulunya tidur kekenyangan, tetapi kini bangkit kelaparan...

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-87077839450720441052013-12-18T00:17:00.003+08:002013-12-18T00:17:52.397+08:00Lembap macam Barisan NasionalOleh ZULKIFLI YAHAYA

KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim bahawa pengurusan banjir di Malaysia
adalah yang terbaik di Asia Tenggara ternyata hanya propaganda untuk
membohongi rakyat Malaysia. Zaman di mana makLumat cuma di hujung jari,
rakyat dapat membuat perbandingan dengan pantas sekali.

Di media sosial, tersebar foto pengurusan banjir di Thailand di mana khemah dan sekatan disediakan untuk setiap mangsa banjir.
Thailand bukan negara majoriti umat Islam tetapi mereka tahu
menghormati hak persendirian. Malaysia sebuah negara Islam yang akan
meletakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam perlembagaan, mangsa
banjir diuruskan ala kadar oleh kerajaan BN. Lelaki, perempuan, kecil,
besar, tua, muda dihimpunkan dalam satu dewan – langsung tidak mengikut
Sunnah.

Masalah bagi kaum wanita hendak menyalin pakaian atau
menyusu anak. Kalau wanita Muslim diasingkan pada satu tempat, boleh
juga mereka membuka tudung.

Bagi yang mahu mempertahankan syariat
terpaksalah menutup aurat 24jam sepanjang berada di pusat penempatan
banjir. Kerajaan BN tidak sempat untuk memikirkan itu semua, Mungkin
kerana menganggap semua itu bukan masalah besar. Isteri Perdana Menteri
pun sentiasa berbogel kepalanya.

Banjir melanda lima buah negeri kali ini iaitu Johor, Melaka, Pahang, Terenggau dan Kelantan.

Hampir 70 ribu terpaksa dipindakan di seluruh negara merupakan jumlah yang sangat besar.

Pahang dan Terengganu adalah dua buah negeri yang paling terkesan. Ada
kawasan air banjir hingga mencecah bumbung. Kawasan yang jarang ditimpa
banjir turut mengalaminya untuk kali pertama.

Ada yang berpindah
ke pusat penempatan yang juga dinaiki air. Pelbagai kerumitan dialami
oleh mangsa banjir. Mereka tidak dipindahkan segera dengan bantuan
pelbagai unit dalam kerajaan. Ramai yang terpaksa menyelamatkan diri
dengan inisiatif sendiri.

Foto seorang ibu mengharung air paras
dada sambil mendukung bayi sangat menyayat hati. Ramai yang menitiskan
air mata melihatnya, lalu bertanya apa kerajaan buat untuk bantu mangsa
banjir?

Dalam keadaan mangsa banjir keputusan bekalan makanan,
terdapat pusat penempatan yang tidak dapat menyediakan makanan dengan
segera dan mencukupi. Keadaan diburukkan lagi dengan ketiadaan bekalan
air dan elektrik. Bayangkan anakanak kecil yang kelaparan dan kesejukan.
Jika tidak kerana bantuan NGO dan Unit Amal PAS yang turut membantu,
mungkin terdapat mangsa yang kebuluran.

Dilaporkan pada peringkat awal hanya Jabatan Pertahanan Awam yang turun membantu.

Masalah kekurangan bot, lori dan pacuan empat roda menghantui gerakan
membangtu mangsa di peringkat awal. Selepas hari ketiga baru tentera
turut serta.

Seperti diduga kerajaan akan memberi alasan bahawa
banjir yang berlaku adalah di luar jangkaan, justeru berlaku kelemahan
di sana sini. Alasan seperti itu jangan diberitahu kepada rakyat yang
cerdik kerana mereka tahu bahawa ia cuma alasan untuk menutup kelembapan
kerajaan BN.

Pengerusi Majlis Keselamatan Negara adalah Perdana
Menteri sendiri. Beliau mempunyai jentera yang cukup untuk menangani isu
banjir tetapi mengapa tidak buat persediaan dari awal?

Di negara
lain, melalui kajian saintifik mereka mampu mengesan ancaman ribut yang
bakal berlaku lalu membuat persediaan. Di Malaysia sudah termaklum
setiap hujung tahun terdapat ancaman banjir.

Dengan kadar air
hujan yang turun sepatutnya, banjir sama ada kecil atau besar sudah
mampu diramal. Apakan daya kerajaan kerajaan Malaysia terlalu lembap.
Perkara semudah itupun tidak mampu diuruskan.

Jika ada
pertandingan kerajaan paling lembap di dunia dari segi menghadapi
bencana, mungkin Malaysia boleh dapat tempat teratas.

Sewaktu
mangsa banjir bertarung nyawa dan alami penderitaan akibat kemusnahan
harta benda, para pemimpin Umno sibuk bergelak ketawa di perhimpunan
agung, sibuk memaki hamun pembangkang dan menabur fitnah.

Sibuk pula memuja-muji ‘Wanita Pertama Malaysia’ hingga ada kalangan rakyat yang termuntah-muntah.

Nyawa rakyat seolah-olah bukan keutamaan lagi bagi para pemimpin Umno.

Banyak perkara sudah yang Allah tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa
BN bukanlah kerajaan yang baik untuk mengurus kebajikan rakyat.

Banjir besar kali ini adalah satu dari bukti kelembapan BN itu.

Soalnya berapa ramai rakyat yang sedar bahawa BN adalah peneraju kerajaan yang lembap dan perlu ditukarkan?

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-27977099775722679922013-09-21T14:55:00.004+08:002013-09-21T14:55:48.831+08:00100 hari: Mukhriz tunjuk 'kuku' ayahOleh AZAMIN AMIN

Hari pertama angkat sumpah Dato' Mukhriz Mahathir, konco-konco Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato'
Ahmad Bashah sudah mula menampakkan rasa tidak senang. Ada yang
berpiket dan mahu bos mereka, orang paling lama yang menjadi wakil
rakyat, diangkat sebagai Menteri Besar Kedah.

Bagi
menutup mulut bising itu dan pergolakan yang makin membarah, Perdana
Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, terus membawa Bashah ke Pusat
sebagai Timbalan Menteri meskipun belum pun mengangkat sumpah sebagai
Senator.

Setelah disusun atur segala lawan dan kawan Mukhriz,
Empayar Mahathir mula menunjukkan kuku. Tapi sebelum itu, dengan
perwatakan yang sederhana, muda dan ditonjolkan sebagai dinamik cuba
mengaburi rakyat Kedah.

Mukhriz, serta-merta melawat bekas
Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Razak yang berada di Hospital. Ustaz
Azizan, memikirkan masa depan anak-anak Kedah, sanggup meluahkan kepada
Menteri Besar baru:"Tolong tengok-tengokkan Kolej Universiti Insaniah
(KUIN) dan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba."

Seperti mencurah air
di daun keladi, Mukhriz sedikit pun tidak mengendahkan. Nasib Pusat
Tahfiz itu, terhenti di tengah jalan manakala KUIN, masa depn sudah
kelihatan kabur.

Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya, sedikit
pun tidak ambil peduli keperitan 268 kakitangan anak syarikat KUIN yang
dilaporkan tidak menerima gaji sejak Umno mengambilalih Kedah 5 Mei
lalu. Cuba mencuci tangan, Mukhriz mendakwa KUIN adalah sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) apabila KUIN dijadikan badan berkanun
oleh kerajaan negeri.

Hakikatnya pendaftaran KUIN dibuat adalah
mengikut Akta IPTS 1996 dan sijil yang dikeluarkan mengesahkan bahawa
KUIN adalah IPTS dan bukan IPTA, walaupun kemudian KUIN jadi badan
berkanun.

Mukhriz kononya dilaporkan, tidak mahu lagi menduduki
Seri Mentaloon sebaliknya, masih menggunakan rumah ayahnya Tun Mahathir
di Titi Gajah. Satu lambang kesederhanaan namun sebaliknya rumah
kediaman ayahnya itu telah diubahsuai menggunakan duit kerajaan negeri
lebih RM200,000.00!

Itu belum lagi arahan menukar segera perabot
dan pinggan mangkuk baru di Kediaman Rasmi Seri Mentaloon berbanding
Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi tujuan berjimat cermat.

'Kesederhanaan'
Mukhriz mula terserlah, apabila bercuti bersama keluarga ke London
selepas 14 hari menjadi Mneteri Besar Kedah dan tiket kapal terbang yang
dibayar Wisma Darul Aman.

Tidak cukup dengan itu, untuk ke
Langkawi tidak seperti Permaisuri Agong dan isteri Ustaz Azizan, Datin
Faekah yang menggunakan feri biasa bersama rakyat biasa, isteri Mukhriz
menyewa bot mewah untuk ke sana.

Kemudian, bagi sebahagian
penduduk Yan mula tidak tidur aman. Apa tidaknya, projek Zon Industri
Petroleum Yan (ZIPY) yang ditangguh oleh Ustaz Azizan bagi mengelak
tanah dan lebih 1,000 kediaman penduduk menjadi mangsa sodokan jentolak
tetapi bakal diteruskan dengan bangga oleh Mukhriz dengan alasan
menjana ekonomi negeri.

Dalam masa 100 hari, buku Akujanji
Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah setebal 18 muka surat kepada
rakyat Kedah jika menang, disimpan dalam almari sudah pun mula berdebu.

Antara
Akujanjinya ialah menaik taraf semua pusat tahfiz dan memastikan
kebajikan warga KUIN seperti kemudahan tempat tinggal, gaji dan
sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf seperti mana
yang layak mereka nikmati.

Selain itu, melupuskan bayaran lesen
penjaja dan peniaga kecil dan menaik taraf jeti di Kuala Kedah dan
Langkawi untuk keselesaan para pelancong.

Sesuatu yang aneh dan
menyimpang daripada kisah sebenar.Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dun
Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah turut menyatakan kegagalan Mukhriz
melunaskan janji mudah kepada rakyat.

Amiruddin yang juga ADUN
Anak Bukit berkata janji BN untuk menghapuskan bayaran lesen penjaja dan
peniaga kecil, selain janji menyediakan kursus pra perkahwinan percuma
kepada belia berumur 21 tahun ke atas tidak dilaksanakan.

Katanya, perkara kecil seumpama itu tidak memerlukan kajian sebaliknya boleh diarahkan dan dilaksanakan dengan mudah.

Yang
kelihatan nampak 'sinar' apabila ianya melibatkan kroni sungguhpun
dengan nama menebus kembali kegemilangan bola sepak Kedah
Tanpa
lengah setelah memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah
(KFA), Mukhriz mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan kelab
Wales,Cardiff City.

Pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan
merupakan teman rapat ayahnya, Mahathir semasa dalam kerajaan dan
jutawan tersebut pernah mendapat lesen untuk judi sukan khususnya
melibatkan perlawanan bola sepak.

Pada 2010, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan.

Bagaimanapun
ketika itu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Kedah dan Pulau Pinang
telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan
sukan di negeri-negeri berkenaan.

Bukan sahaja tempias judi,
penduduk Kedah juga kurang senang dengan keterlibatan keluarga Mahathir
dengan syarikat Arak, San Miguel Corp yang berpengkalan di Filipina dan
terlibat dengan syarikat minyak Petron Corp.

Terbukti, slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," hanyalah wayang untuk menyedap hati rakyat khususnya di Kedah.

"Cara
hidup, ketrampilan dan kenyataan Mukhiriz hanya kelihatan sederhana
tatkala berada di bumi Kedah, tetapi lakonan mantap tanpa selindung
ditonjolkan bila kembali ke Kuala Lumpur.

"Tetapi semua itu sudah
menjadi rahsia umum. Kekayaan Mahathir dan ahli keluarganya termasuk
Mukhriz telah menggoncangkan negara apatah lagi negeri Kedah," kata
seorang veteran Umno.

Dalam satu wawancara, Mukhriz dilaporkan
berakata tidak akan melakukan struktur perubahan drastik jawatan
kakitangan khususnya Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS).

Namun itu
sekadar omongan kosong.Mukhriz telah menukar pegawai KCS, dalam masa
sebulan dan melantik 'orang pilihannya' kerana meragui kesetiaan pegawai
KCS yang lama.

Antara bukti,'memalukan' pegawai KCS yang telah
hadir raptai angkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri,
dengan menukar nama pegawai lain di saat akhir pada hari berlangsungnya
acara rasmi.Insiden ini turut mendapat teguran pihak Istana.

Kisah
ini tidak terhenti, 100 hari telah menjadi saksi. Selepas itu, Kedah
terus berubah sama ada retak menanti belah atau dibawah telunjuk ayah!

http://www.wartautara.com

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-65516808815111008712013-07-22T15:11:00.003+08:002013-07-22T15:11:59.132+08:00Ramadan sarat ganjaran
Oleh IBRAHIM ABDULLAH

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang gembira dengan datangnya bulan Ramadan, Allah haramkan jasadnya daripada sentuhan api neraka."

Safwak Sa'adallah al-Mukhtar menceritakan, pada suatu hari ada sepasang suami isteri yang kaya raya sedang makan bersama-sama di rumah mereka.Tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang. Setelah dibuka ternyata seorang pengemis meminta-minta.

Melihat pengemis itu, isterinya sangat kasihan dan hiba dan ingin memberikan sesuatu.
Dia meminta izin daripada suaminya bolehkan dia memberikan sesuatu kepada pengemis itu.

Suaminya dengan suara kasar berkata: "Usir sahajalah, tutup pintu itu dan mari makan."

Setelah masa berlalu, kehidupan keluarga itu mengalami masa suram. Perusahaan makin merosot dan menanggung banyak hutang. Keluarga itu jatuh miskin, rumah tangga mereka kelam kabut sehingga berlaku perceraian.

Kata Safwak, suaminya sangat menderita dan bekas isterinya itu berkahwin pula dengan seorang pengusaha kaya dari daerah lain.

Pada suatu hari, ketika pasangan suami isteri yang baharu itu sedang makan bersama-sama, tiba-tiba pintu rumah diketuk.

Setelah dibuka, ternyata yang datang itu seorang pengemis yang meminta belas kasihan.

Wanita (isterinya) masuk dan meminta izin pada suaminya: "Bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis itu?"

Lalu dijawab suaminya: "Boleh, boleh... berilah dia makan. Mana tahu dia sangat lapar dan berjalan dari daerah yang jauh."

Setelah pengemis itu diberi makan, alangkah terkejutnya si isteri, kerana ternyata yang dia beri makan itu adalah bekas suaminya.

Dia menangis kerana merasa prihatin dan hiba. Melihat keadaan itu, si suami dengan hairan lalu bertanya: "Mengapa engkau menangis isteriku, adakah saya salah kalau menyuruhmu memberi makan kepada pengemis itu?"

Isterinya menggeleng kepala dengan nada sedih teresak-esak lantas berkata: "Saya sangat beruntung mendapatkan suami yang baik sepertimu. Namun saya sedih melihat perjalanan takdir hidup bagi seseorang yang sungguh menakjubkan hati, maafkan saya."

Akhirnya si isteri berkata: "Tahukah engkau suamiku, siapa pengemis yang kita beri makan di luar itu? Dia adalah bekas suamiku yang pertama dahulu."

Mendenar kata-kata itu, suaminya terkejut namun tetap memperlihatkan sikap arif.

Beberapa saat kemudian, suaminya bertanya: "Tahukah engkau, siapa saya yang saat ini menjadi suamimu ini?" Isterinya menjawab, "Tidak tahu."

Kemudian suaminya berkata: "Suamimu ini adalah pengemis yang pernah diusir dahulu oleh bekas suamimu dan Allah berikan kepadaku rezeki hingga aku punya harta dan memberi pula rezeki-Nya hingga kita pun dipertemukan Allah dalam satu ikatan akad sebagai suami isteri yang insya-Allah mawaddah wa rahmah."

Kisah di atas mengajar kita bahawa hidup dan kehidupan ini sesungguhnya seperti roda.

Kerap kali kita menyangka bahawa apa yang kita peroleh hari ini tidak akan berubah esok atau lusa tetapi tidak mustahil juga hilang dalam sekelip mata.

Hanya kerana kecuaian dan keangkuhan kita terhadap sesama insan, kita menutup pintu pada orang yang miskin dan kelaparan. Natijahnya, tertutup pintu rezeki rezeki kita.

Dalam al-Quran dinyatakan: "Dalam harta kamu ada hak peminta-minta (sedekah)."

Ibadat puasa mendidik kita bahawa sesuatu yang diberikan, waima seteguk air, sesuap nasi atau seulas kurma akan menjadikan kita tetap kaya dalam erti nilaian pahala berlipat kali ganda di sisi Allah SWT.

Ibadat puasa dapat menambah apa yang ada, menutupi kekurangan serta membuka pintu rahmat, rezeki, berkat dan hikmah Allah SWT.

Untuk mendapatkan apa yang kita perlukan, maka berpuasalah untuk mendapat kemaafan Allah. Berpuasalah untuk memperoleh syurga. Bahkan untuk memohon segala hajat kepada Allah maka berpuasalah.

Ibnu Abbas RA berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud 'andai umatku tahu tentang rahsia yang terkandung dalam Ramadan, pasti mereka mengharap seluruh bulan dalam setahun menjadi bulan Ramadan, sebab Ramadan menghimpun segala kebaikan, doa-doa yang mustajab (dipenuhi), dosa mereka diampunkan dan syurga merindukan mereka."

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-1487858354704698322013-06-18T16:41:00.001+08:002013-06-18T16:41:15.741+08:00Memahami kebangkitan anak muda
Oleh Abd Shukur Harun

Tidak terlalu sukar untuk memahami kebangkitan anak muda, termasuk pelajat sekarang, terutama menjelang dan selepas PRU yang lalu. Oleh itu, sebarang kegagalan memahaminya, sama ada pihak individu atau pemimpin parti politik dan pendukungnya, akan mengundang masalah yang sangat besar.

Ini kerana, sama ada kita bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemikiran dan sikap generasi baru ini, mereka tetap hadir dalam masyarakat, bahkan mewarnai kehidupan masyasrakat, khususnya jalur politik tanah air.

Sebab itu Pakatan Rakyat sangat perlu terus berada di tengah-tengah golongan anak muda, dalam masa yang sama juga berada di tengah masyarakat biasa.

Memang ada sesetengah anggota masyarakat merasa jengkel atau mencebik melihatkan demikian ramai anak-anak muda di samping golongan veteran yang menyertai Himpunan Bersih 0.2 dan 0.3 serta pelbagai himpunan lain sebelum PRU, baik di Kuala Lumpur mahupun di seluruh negara.

Malah selepas PRU, juga himpunan berterusan - yang dinamakan Himpunan Black 505 – di mana anak-anak muda dan golongan pelajar ini menuntut tiga perkara:

Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13. Kedua: Menuntut ditubuh SPR baru. Ketiga: Mengadakan pilihan raya semula di kawasan apa yang didakwa berlaku penipuan.

Puluhan ribu anak muda telah menyertai himpunan tersebut. Mereka terdiri dari pelbagai kaum dan agama dan pelbagai latar belakang keluarga serta pendidikan. Menunjukkan kebangkitan anak muda ini tidak dilatari sebarang elemen perkauman dan sebagainya. Mereka datang secara sukarela dengan kenderaan dan belanja sendiri.

Sebelum itu, para hari mengundi, 5 Mei yang bersejarah itu, anak-anak muda semua bangsa – terutamanya di bandar-bandar besar dan semi bandar – telah berbaris panjang di saluran enam dan tujuh, di tempat mengundi. Ini menunjukkan anak-anak muda telah full-force pergi mengundi dan ini adalah manifestasi kesungguhan mereka untuk menentukan haluan politik negara di mana menurut kajian, anak muda ini kebanyakkannya menyokong Pakatan Rakyat.

Mengapa mereka menyokong Pakatan, justru kerana mereka melihat Pakatan mampu membawa perubahan jika menang.

Sementara itu ratusan ribu, terutama anak muda (perantau) yang bekerja di bandar besar, seperti di Kuala Lumpur, telah pulang mengundi di negeri masing-masing, malahan ada pendapat yang mengatakan bahawa calon Pakatan Rakyat yang menang sebahagian besarnya adalah disebablan undi anak muda perantau, seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Dari Singapura, ratusan ribu anak muda Malaysia, pelbagai bangsa, yang bekerja di negara itu, telah pulang ke Malaysia untuk mengundi menyebabkan selama dua hari kesesesakan di Tambak Johor dan Link-Kedua di Gelang Patah.

Apa yang menyebabkan berlaku phenomena kebangkitan anak muda ini yang dilihat jarang sangat berlaku dalam sepanjang sejarah PRU di negara ini.

Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin dalam tulisan di blognya The Scribe berkata, antara isu besar yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan undi Cina, undi bandar dan undi pemilih muda ialah kerana isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mana imej BN semakin dipertikaikan, sama ada kerana persepsi atau realiti.

Menurutnya, dengan bertambahnya bilangan wakil pembangkang dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri, cabaran terhadap Kerajaan BN berkaitan isu ini akan meningkat. Tetapi ‘peperangan’ terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukanlah untuk menyelamatkan Kerajaan BN, tetapi adalah untuk menyelamatkan negara.

Kepada saya, ini pandangan yang sangat objektif dan sewajarnya diterima oleh semua pihak, iaitu suatu pandangan berdasarkan pengamatannya yang tajam.

Sebuah lagi pandangan yang menarik, ialah dari bekas Ketua Polis Negara (KPN) dari Tan Sri Musa Hassan, yang menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut dari berlarutan.

Menurut Musa, apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.

Pada pendapat saya, bukan saja masyarakat Cina yang menentang rasuah dan penyelewengan, bahakan bangsa Melayu yang prihatin juga menentang rasuah dan penyelewengan. Lebih-lebih lagi Islam sangat tegas menentang rasuah, atau mengumpul harta secara haram.

Di sinilah anak muda prihatin, yang tidak tenggelam dengan segala macam program hiburan di TV dan yang ada di tengah masyarakat, telah menzahirkan penentangan yang nyata terhadap pelbagai kemungkaran yang berlaku.

Ramai di kalangan anak muda beragama Islam yang turut serta solat berjamaah di tengah padang sebelem perhimpunan, sesuatu yang sangat mengharukan.

Mereka ini adalah anak semua bangsa yang cinta damai, tetapi dalam masa yang sama menentang rasuah, penyelewengan, penipuan, perkauman dan segala bentuk kemungkaran.

Oleh itu, adalah sangat wajar pemimpin politik, khususunya dari Pakatan Rakyat serta pelbagai golongan masyarakat memahami phenomena anak muda ini dengan menyedari bahawa mereka ini adalah generasi masa depan negara.

Sekiranya Pakatan rakyat, secara sedar atau tidak sedar, menjauhkan diri atau berjauhan dengan generasi muda ini, maka mereka akan kehilangan sokongan dari suatu angkatan yang penting dan ini sangat merugikan.

Dari itu dekatilah golongan anak muda ini, belajar mengenal aspirasi mereka, cita-rasa mereka. Pakatan Rakyat sangat memerukan sokongan berterusan golongan anak muda ini kerana mereka adalah pengundi masa depan, di mana suara mereka adalah penting dalam menentukan kuasa dan masa depan negara.
Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-63426161684041961472013-06-10T16:20:00.003+08:002013-06-10T16:20:45.636+08:00Umno kembali dengan ragam lamanya
Oleh Aspan Alias

Presiden Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno, Tan Sri Aziz Shamsuddin, berkata Najib dan Muhyiddin tidak perlu ditandingi sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Pandangan beliau selari dengan pandangan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin baru-baru ini. Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi juga berpendapat begitu.

Tan Sri Aziz berkata kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden itu sudah elok dan yang perlu hanya untuk diperbaiki Umno itu sahaja. Bagi jawatan-jawatan selain dari Presiden dan Timbalan Presiden itu, bolehlah dipertandingkan. Saya pula berpendapat elok semua kerusi jangan dipertandingkan jika itu menjadi masalah kepada semua yang sedang menyandang jawatan dalam parti. Senang, tidak payah bergaduh-gaduh lagi.

Elok kita bertanya kepada TS Aziz, apa yang perlu diperbaiki dalam Umno itu? Persoalannya lagi siapa yang hendak memperbaiki Umno itu? Apakah Tan Sri Aziz tahu apakah yang hendak diperbaiki itu? Saya tidak yakin ada diantara pimpinan hari ini tahu apakah yang perlu diperbaiki kerana merekalah yang menyebabkan Umno itu menjadi kucar-kacir pada hari ini. Bagaimana mereka yang melakukan kucar-kacir itu boleh memperbaiki keadaan parti itu?

Melakukan kucar-kacir itu bukan kehendak mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar yang segala yang mereka lakukan dalam Umno itu adalah penyebab kepada kucar-kacir itu. Itu sebab Umno sudah dianggap tidak relevan lagi dan ramai yang bercakap hari ini, yang parti itu akan hanya mampu bertahan selewat-lewatnya sehingga pilihanraya ke14 sahaja.

Memperbaiki Umno itu bukan seperti memperbaiki ‘remos’ dikepala. Kalau memperbaiki remos sahaja maka cukup jika kita bawa sikat dan minyak rambut sahaja. Umno sekarang ibarat kepala yang sudah tidak ada remos lagi. Jadi apa yang hendak diperbaiki keatas remos itu kerana remosnya pun sudah tiada.

Bagi setengah persepsi orang, Umno sudah tidak lagi boleh diperbaiki dan parti itu hanya menunggu waktu untuk jatuh secara rasmi sahaja. Jadi kalau Umno masih dengan kepimpinan yang sama dari acuan yang sama, maka ia bukan perubahan atau penambah-baikan.

Tindakan mengekalkan kerusi Presiden kepada Najib dan Timbalan Presiden kepada Muhyiddin itu pun betul jika kita hanya mahu mengekalkan Umno itu setakat sampai pilihanraya yang akan datang sahaja. Kalau itu matlamatnya, maka langkah mengekalkan kerusi-kerusi Presiden dan Timbalan Presiden itu kepada penyandang sekarang adalah tindakan yang tepat.

Lagi pun jika diganti Najib dengan Muhyiddin atau dengan sesiapa pun dikalangan pimpinan Umno di Majlis Tertinggi sekarang, keadaannya bukannya ada perubahan pun. Jika Pakatan Rakyat masih wujud semasa pilihanraya nanti dan PR mengambil langkah untuk menukar imej pucuk pimpinannya maka bukan lagi kerja susah untuk menggantikan BN itu. Jika PR tidak melakukan kesilapan seperti yang mereka lakukan semasa pilihanraya yang lalu, BN akan tetap menghadapi kekalahan dalam PRU 14 yang akan datang.

Saya selalu berkata Umno dan pimpinannya bercakap tentang perubahan ini seolah-olah perubahan itu boleh dilakukan oleh mereka yang sedang menduduki MT pada hari ini. Itu sahaja sudah menunjukkan yang mereka mahu melakukan perubahan tetapi tidak tahu apa yang hendak diubahnya.

Tan Sri Aziz sendiri tidak menyatakan apa yang perlu diubah itu. Siapa yang hendak mengubahnya dan bila hendak dilakukan perubahan itu? Kenyataannya, jika pun tahu siapa yang hendak mengubahnya serta apa yang hendak diubah itu, semuanya mesti dilakukan sekarang jika hendak menghadapi pilihanraya lima tahun yang akan datang.

Ini juga adalah kemestian, kerana jika ada pun perubahan yang pada ramai tidak akan berlaku itu, ia mesti dilakukan secara drastik sekarang juga. Ia akan memakan masa untuk menampakkan kesan kepada perubahan itu.

Jika tanggungjawab untuk melakukan perubahan itu kepada yang ada pada hari ini maka hasilnya adalah ‘predictable’. Ia akan diibaratkan sebagai ‘tikus memperbaiki labu’. Justeru Umno tidak akan berubah dan yang akan berlaku nanti akhirnya ialah Umno itu akan diubah oleh rakyat.

Jika ada pun sedikit harapan untuk BN kekal ialah jika Pakatan Rakyat berada dalam keadaan hari ini. Jika PR masih seperti hari ini kemungkinan BN boleh kekal ada sedikit kebarangkaliannya.

Jika selama ini blog ini selalu menekankan betapa pentingnya perubahan berlaku dalam BN, kali ini blog ini juga menyarankan PR untuk melakukan transformasi juga jika ia masih berkeinginan untuk mempunyai ‘consequence’ yang jelas dalam apa yang di sebut mereka untuk melaksanakan slogan ‘ubah’ yang dicanangkan dengan begitu hebat pada hari ini.

Pakatan Rakyat masih tidak dapat mencari ‘point of reconciliation’ dalam beberapa hal penting. Perhubungan diantara parti diperingkat pertengahan dan bawahan masih lagi ‘fluid’ dan tidak ada penyatuan yang betul-betul jitu antara mereka. PR hanya dilihat sebagai pihak yang mahu mengalahkan BN semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Walaupun mereka faham yang mereka perlukan kekuatan untuk menundukkan BN tetapi ia masih lagi tercari-cari kebersamaan dalam siapa atau parti mana yang mempunyai keupayaan untuk mengepalai kumpulan itu. Ini penting kerana rakyat terutamanya yang diatas pagar masih mempunyai keraguan samada Anwar benar-benar pemimpin alternatif yang secocok dengan kehendak perubahan itu.

Alasan untuk merasa ragu terhadap Anwar itu bukan sahaja jelas ada dikalangan rakyat dan ia juga ada dikalangan pimpinan PKR sendiri dan juga diantara parti-parti dalam ‘coalition’ itu sendiri. Walaupun ramai diantara pengikut beliau membentak dengan kenyataan ini, tetapi masa akan menentukan kebenaran dengan apa yang dikatakan ini hanyalah fenomena sementara sahaja.

Perlu diingat walaupun isu yang dihangatkan tentang rasuah dan berbagai-bagai terhadap BN hari ini, hanyalah isu yang ‘expedient’ buat sementara sahaja. Walaupun isu itu BENAR, tetapi belum lagi mencukupi untuk membawa PR kepada kuasa kerana banyak lagi ‘variables’ kepimpinan yang baik yang masih belum nyata berada dipihak Pakatan Rakyat.

Tidak kuasa saya untuk memberikan alasan atau sebab-sebabnya kerana ia memakan ruang yang panjang untuk menulisnya. Tulisan yang panjang selalunya tidak digemari oleh pembaca terutamanya dikalangan kita orang Melayu ini. Biarkan sahaja masa menentukannya. — aspanalias.blogspot.com

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-91527359846631238602013-06-06T14:49:00.002+08:002013-06-06T14:49:07.687+08:00Rampas Harakah: Zahid lega dan puas, tertunai hajatnya!Oleh Ahmad Lutfi Othman

Operasi rampasan Harakah, Suara Keadilan dan Roket tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Tindakan primitif itu bukan saja perlu dikecam keras tetapi mesti
ditangani secara proaktif, khususnya melihat isu kebebasan akhbar dalam
konteks lebih luas.

Jelas sekali, langkah represif yang
bercanggah dengan amalan demokrasi itu -- apatah lagi slogan
transformasi Najib Razak -- sarat dengan motif politik ekoran keputusan
mengecewakan PRU13 bagi Umno-BN. Sama ada ia dipengaruhi perwatakan
bebal Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi, yang mahu menunjukkan dia
lebih layak menjadi pewaris takhta daripada Najib, saya tidak berminat
mengulasnya.

Belum sempat kes penipuan PRU13 dan ketempangan
menjolok mata dalam sistem pilihan raya kita selesai "dibentangkan"
dalam siri perhimpunan Blackout 505, kerajaan menambahkan lagi senarai
panjang siri aksi yang menjengkelkan. Suara rakyat mahu ditutup rapat
melalui Akta Hasutan (dakwaan terhadap empat aktivis) dan Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan (rampasan organ parti Pakatan Rakyat).

Sejak
dilancarkan pada Mac 1987, lebih 26 tahun lalu, pelbagai tekanan
dilakukan KDN terhadap Harakah, dengan mengenakan bermacam-macam syarat
dan peraturan "karut-marut. Bagaimanapun, pengurusan Harakah sedaya
upaya cuba memenuhi segala kehendak dan karenah Menteri Dalam Negeri
itu. Bagai bola, dilambung dan disepak sesuka hati.

Berbekalkan
AMCP, tindakan selektif dibuat KDN bukan hanya menurut selera dan
citarasa menterinya, tetapi dipandu oleh rangka kerja sistematik
strategis Umno-BN bagi menghalang pengaruh Harakah, khususnya kepada
masyarakat Melayu.

Selama ini, orang ramai mudah membeli Harakah
di pasaran bukannya kerana mereka berhak mendapatkan akhbar alternatif
itu, tetapi rupanya disebabkan oleh ehsan pemerintah. Apabila elit
penguasa merasakan jumlah cetakan Harakah semakin meningkat dan ia
berkesan untuk merubah pemikiran pembaca, agar menjadi lebih kritikal
kepada Umno-BN, maka ehsan tersebut akan ditarik balik.

Selagi
mana peruntukan menekan dan tidak demokratik dalam AMCP dikekalkan,
terutama berkaitan keperluan permit (Seksyen 5 dan 6), kuasa mutlak
menteri dan penyingkiran hak untuk didengar (Seksyen 13A dan 13B) serta
denda berat yang dikenakan (Seksyen 8), maka kita akan terus menyaksikan
fenomena penjualan Harakah hanya dibenarkan bebas ketika jumlah
cetakannya dikira tidak mampu menggugat keutuhan kerajaan BN.

Harakah
di zaman reformasi (1998-99) meningkat mendadak sehingga melebihi
350,000 naskhah. Regim Dr Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk
menghukum Harakah sebaik keputusan PRU1999 diumumkan. Kekerapan
penerbitannya dipancung daripada dua kali seminggu kepada dua kali
sebulan; satu langkah bacul, namun tidak diberikan reaksi yang munasabah
oleh pemimpin PAS dan pembaca Harakah sendiri.

Niat dan motif
KDN jelas sekali. Kita tidak akan menyaksikan operasi rampasan Harakah
besar-besaran dibuat setiap kali ia diedarkan di pasaran. Kita juga
tidak akan mendengar berita bahawa penguatkuasa KDN bertindak menangkap
ramai pengedar atau penjual untuk dihadapkan ke mahkamah, meskipun
mereka boleh berbuat demikian.

KDN tidak sedungu itu untuk
bertindak melampau, dengan melakukan siri operasi rampasan dan tangkapan
di seluruh negara, kerana ia hanya akan membuktikan bahawa kerajaan
Umno-BN langsung tidak bersikap toleran dengan pandangan berbeda.

Malah,
saya yakin bahawa KDN tidak akan mengharamkan permit penerbitan Harakah
disebabkan kewujudan akhbar seumpama Harakah boleh dijadikan testimoni
bahawa Najib Razak masih memberi ruang kepada suara-suara kritikan. Ya,
masih ada kebebasan akhbar di Malaysia!

Namun, dengan melakukan
operasi rampasan (dan selebihnya ugutan kepada rangkaian pengedar dan
penjual Harakah) di lokasi tertentu, tetapi meliputi hampir setiap zon
di negara ini, maka komuniti pengedaran akhbar akan merasa takut dengan
risiko tinggi menjual "bahan terlarang" kepada orang awam.

Ya,
tepat sekali, Zahid dan KDN hanya mahu mencampakkan rasa takut kepada
pengedar dan penjual Harakah, terutama yang terdiri daripada bukan
kalangan aktivis parti, bahawa mereka bakal menanggung kerugian besar
jika diambil tindakan undang-undang di bawah AMCP.

Kemerosotan
jualan Harakah yang mendadak -- sehingga hampir 20,000 naskhah ---
selepas operasi rampasan KDN itu mungkin membuatkan Zahid lega dan puas
.... Motif dan objektif sudah tercapai.

Justeru, isu sekatan
terhadap akhbar-akhbar parti politik, terutama syarat-syarat jualan
hanya untuk ahli parti dan dikhususkan di premis parti, wajib ditangani
dengan lebih serius dan bijaksana; sekali dan selamanya! Jangan hanya
kerana KDN mengendurkan operasi buat satu tempoh tertentu maka kita
berasa selesa.

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-17830376323737993832013-06-03T12:06:00.003+08:002013-06-03T12:06:38.634+08:00Penipuan pilihanraya atau kepincangan demokrasi?Oleh Zulkifli Yahaya

Penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) menjadi agenda penting dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk
PRU13. Sejak mula dicadangkan sehinggalah perkara itu termaktub dalam
manifesto, frasa 'hapus PTPTN' menjadi fokus utama oleh Pakatan. Frasa
itu juga yang dikutip oleh BN sebagai modal untuk terus mengelirukan
rakyat.

Dalam media massa, ceramah, perang saraf
dan gerak kempen BN mereka menempelak cadangan Pakatan itu dalam bentuk
persoalan yang sangat pandir, "Jika PTPTN dihapuskan, macam mana anak
Melayu yang miskin nak meneruskan pengajian di IPT?". Mungkin kita akan
ketawa dengan kedunguan mereka memahami maksud 'hapus PTPTN' namun
jangan menolak hakikat bahawa kedunguan yang disengajakan oleh para
pemimpin Umno untuk memanipulasi isu tersebut telah berjaya menipu
jutaan pengundi Melayu. Sejuzuk orang Melayu yang buta isu semasa (yang
hanya mendapat maklumat dari TV3 dan RTM semata-mata) khuatir sepenuhnya
terhadap cadangan Pakatan tersebut. Mereka yang segolongan itu,
sekalipun mungkin kurang cerdik, tetapi tetap memiliki hak mengundi.
Mereka adalah antara yang menyumbang kepada kemenangan BN.

Bukankah fokus yang sepatutnya dibuat Pakatan ialah memberi, pendidikan
percuma di peringkat pengajian tinggi - ganti PTPTN dengan biasiswa dan
tidak perlu bayar balik!

'Hapus PTPTN' sengaja dijadikan muqaddimah ulasan kali ini untuk berhujah bahawa, ada kalanya kita tersalah memberi fokus.

Pasca PRU13, rakyat Malaysia serta dunia dikejutkan dengan kegagalan
Pakatan menawan Putrajaya sekalipun semua petunjuk sebelum PRU
menjelaskan bahawa Pakatan sudah menguasai majoriti. Mood rakyat secara
tampak, dikuasai oleh Pakatan sepanjang tempoh PRU hinggalah di
saat-saat terakhir sebelum hari mengundi. Ditakdirkan Pakatan hanya
menang undi popular (tepat seperti kajian yang dibuat oleh beberapa
badan professional) tetapi kalah jumlah kerusi dimenangi yang dibuat
berasaskan sempadan pilihanraya.

Maka muncul gerakan baru selepas PRU, yang menyandarkan kekalahan
Pakatan di tangan BN disebabkan penipuan yang berlaku sepanjang proses
mengundi dan mengira undi. Antara yang dilibatkan ialah dakwat kekal
yang tidak kekal, penipuan daftar pemilih dan penipuan dalam pengiraan
yang dibantu oleh kejadian padam lampu sehingga gerakan membantah itupun
dinamakan sempena kejadian tersebut iaitu Blackout 505. Soalannya,
adakah fokus terhadap 'penipuan pilihanraya' itu betul sebagai punca
utama kekalahan Pakatan di Pusat?

Pengerusi SPR dan Timbalannya menegaskan bahawa tidak ada satu pun
kejadian lampu padam semasa mengira undi pada 5 Mei lalu. Namun beberapa
pemimpin Pakatan berjaya membuktikan memang berlaku tiga kejadian lampu
padam di tempat pengiraan undi di seluruh negara. Persoalannya, jika
lampu tidak padam di tiga tempat tersebut adakah Pakatan berjaya tawan
Putrajaya? Isunya, bukan lampu padam atau tidak tetapi bagaimana
penipuan itu dibuat. Setakat ini tiada siapa dapat beri penjelasan.

Pengarah Strategik KeADILan Rafizi Ramli mendedahkan bagaimana terdapat
kertas undi yang terdapat dalam tong undi di satu pusat mengundi, lebih
besar jumlahnya dari bilangan orang keluar mengundi. Kononnya angka
tersebut tercatat dalam Borang 14. Persoalannya, semasa proses kira undi
di mana agen mengira undi parti yang mewakili Pakatan? Agen tersebut
wajib membantah apabila berlaku lebihan kertas undi dan mendesak pihak
SPR membuang kertas undi tidak sah dengan merujuk kembali kepada nombor
siri kertas undi yang dikeluarkan. Kesalahan seperti itu hanya boleh
berlaku jika agen mengira undi parti tidak menjalankan tugas, 'dibeli'
atau tidak hadir sewaktu proses kira undi berjalan. Jika hal ini
berlaku, tidak guna menyalahkan musuh kerana musuh sentiasa mencari
peluang bermain kotor.

Saya tidak berhasrat memperincikan isu penipuan ini kerana sebahagian
besar isu yang dibangkitkan dapat dijawab dengan mudah oleh SPR. Jawapan
politik yang menyakitkan hati oleh SPR dan BN ialah jika berlaku
penipuan mengapa Pakatan boleh menang di tiga negeri dan menafikan
majoriti dua pertiga di Parlimen?

Akhirnya fokus terhadap penipuan pilihanraya akan diadili di mahkamah
melalui petisyen yang dibuat. Isu penipuan boleh jadi bola tanggung yang
kembali menempelak jika tidak banyak petisyen mampu dibuat atau
dimenangi.

Ulasan ini bukanlah bertujuan mencetuskan anti klimaks terhadap gerakan
membantah 'penipuan pilihanraya', teruskan! Tetapi bukankah fokus yang
paling tepat terhadap kekalahan Pakatan ialah kerana kepincangan
demokrasi. Kembali kepada intipati tuntutan Bersih. Itu fokus yang
paling tepat dan boleh dibuktikan.

Kepincangan demokrasi ialah apabila pembangkang dinafikan hak bersuara
melalui kesemua media elektronik lebih-lebih lagi RTM yang menjadi milik
rakyat, BN menggunakan jentera dan premis kerajaan untuk berkempen dan
menyalahgunakan dana kerajaan atau duit rakyat untuk gerakerja parti
politik BN. Pembangkang dilayan seperti musuh negara. Kakitangan
kerajaan dipaksa mendengar kempen BN yang dibuat atas nama program
jabatan. Rakyat yang menjadi penerima bantuan kerajaan melalui skim
tertentu dipaksakan menerima dakyah BN, sebelum bantuan dihulurkan.

Di saat Malaysia sudah aman sejahtera, anggota tentera, polis serta
isteri mereka yang bergaul dalam masyarakat awam dipaksa menjadi
pengundi pos. Undi pos tidak terus dikira pada hari yang sama undi
terkumpul, sebaliknya disimpan di balai polis beberapa hari tanpa
pengawasan agen calon yang sudah tentu terdedah kepada tindakan memadam
dan memangkah semula kertas undi tersebut. Undi pos sudah tidak relevan
di Malaysia.

Semua perkara tersebut terkandung dalam agenda tuntutan Bersih.
Penipuan pilihanraya cuma satu aspek hiliran dari kepincangan demokrasi,
jadi wajarlah kepincangan demokrasi di Malaysia itu yang sangat perlu
difokuskan.

http://notautara.blogspot.com
Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-27654227092516282952013-05-21T12:19:00.002+08:002013-05-21T12:19:13.338+08:00 Adam Adli Dizalimi!1. Sewaktu Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan perkauman jijik dan
penuh hasutan " apa lagi orang cina mahu ? " kenapa pihak berkuasa tidak
mengambil tindakan tegas untuk menahan editornya , membatalkan permit penerbitannya serta mereka yang bertanggungjawab mengungkapkan kenyataan tersebut ?

Semasa Datuk Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan melampau berbau
hasutan apabila beliau mendesak pihak yang menentang penyelewengan dan
penipuan dalam pilihanraya, keluar dari negara ini ... dimana pihak
berkuasa ? Kenapa tidak tahan dan soal siasat pemimpin yang dangkal ini ?

3.
Tatkala Menteri Besar negeri Terengganu mengeluarkan kenyataan penuh
emosi, berdendam dengan rakyat dan jelas menghasut serta mencetus
kebencian dikalangan rakyat apabila menteri besar cap ayam ini
mengatakan mana - mana kawasan yang sokong pembangkang atau tidak sokong
BN tidak akan diberi bantuan. Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak ?
Mengapa mereka tidak menangkap menteri besar yang tidak ada kelas ini ?

Sebelum
ini Ibrahim Ali Perkasa dan Zulkifli Nordin terlalu kerap mengeluarkan
kenyataan berkauman dan hasutan, kenapa mereka tidak pernah disentuh
oleh pihak berkuasa ?

4. Kenapa Adam Adli menjadi mangsa ? Kenapa
Adam Adli ditangkap ? Kelihatan UMNO dan BN sangat takut kepada Adam
Adli ? Mengapa Adam Adli disoal siasat ? Jelas tindakan pihak berkuasa
hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak
muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah.

5.
Inilah wajah sebenar pemerintah negara kita. Menjadi pemangsa ke atas
rakyat sendiri. Bukan sahaja suara rakyat tidak didengari malah rakyat
pula dibelasah hanya kerana mereka berkuasa dan terus mahu kekal
berkuasa.

Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia
mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir
perjuangan ini. Serentak itu kami mengecam sekeras - kerasnya tindakan
tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam
Adli.

Saya juga menyeru agar anak muda bangkit menolak kerajaan yang rakus dan zalim ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-51895735439707201042013-05-20T11:33:00.002+08:002013-05-20T11:33:17.182+08:00PRU13, kemenangan milik siapa?Oleh AHMAD LUQMAN HAKIM AHMAD LUTFI

HARAPAN lebih 50 peratus rakyat Malaysia secara umumnya tidak kesampaian pada
5 Mei lalu apabila keputusan PRU13 memihak Barisan Nasional (BN) pada
peringkat Persekutuan apabila memperoleh majoriti mudah 133 kerusi
Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang mendapat 89 kerusi Parlimen.

Begitu
juga di negeri-negeri seluruh Malaysia kecuali Sarawak (yang telah
mengadakan pilihan raya negeri sebelum ini) yang mempamerkan prestasi BN
mampu mengekalkan kuasa di sembilan buah negeri selain merampas semula
Kedah yang sebelum ini dikuasai oleh Pakatan, manakala Pakatan dapat
mengekalkan kemenangan bergaya di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau
Pinang dengan majoriti 2/3 di kesemua negeri yang dikuasai mereka.
Sekali imbas, BN dapat mengekalkan pengaruhnya di kebanyakan tempat di
Malaysia walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi dakwaan dakwat
kekal yang “tidak kekal”, pengundi Bangla, ‘blackout’ dan sebagainya
selain berdepan tentangan yang amat sengit daripada lawannya oleh
Pakatan melalui kempen-kempen yang telah dijalankan sepanjang 15 hari
kempen pilihan raya yang disifatkan sebagai “ibu segala pilihan raya”.

Namun hakikat yang perlu ditelan oleh BN ialah mereka sebenarnya
kerajaan tidak popular buat pertama kali dalam tempoh 56 tahun Malaysia
merdeka apabila statistik SPR menunjukkan undi popular BN hanya 46
peratus berbanding undi popular kepada Pakatan mencecah 50.3 peratus,
fakta yang sebenarnya amat mengejutkan majoriti rakyat Malaysia jika
dibandingkan dengan kekuasaan BN yang tetap kekal di puncak kuasa.

Pakatan akan mengemukakan petisen terhadap SPR di mahkamah selepas
keputusan PRU13 diwartakan kerana terdapat beberapa alasan yang
munasabah bagi mencabar kemenangan BN di beberapa tempat. Siapakah
sebenarnya menguasai PRU13 dan isuisu berkaitan yang menimbulkan kemelut
yang kian menampakkan bibit-bibit keraguan antara kaum mula
ditimbulkan.

Seperti biasa, akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang
sedia maklum merupakan akhbar “kempen” BN telah memainkan sentimen
perkauman hanya dua hari selepas PRU13 iaitu memaparkan tajuk “Apa lagi
Cina mahu?” dan “Pengundi Cina bersikap talam dua muka”. Hal ini
sebenarnya mencabul etika akhbar yang menjadi santapan rakyat setiap
hari.

Sewajarnya akhbar memainkan peranan sihat dan adil dalam
melaporkan sesuatu berita kerana rakyat berhak tahu akan situasi sebenar
yang berlaku, namun akibat sudah alah bisa tegal biasa, Utusan Malaysia
dan Kosmo sudah tidak peduli akan semua itu dan terus sahaja memperalat
perasaan rakyat Malaysia dengan menggunakan pendekatan prasangka buruk
dan serkap jarang dalam setiap laporan yang dipaparkan.

Umum
mengetahui sokongan pengundi Cina meliputi hampir 30% daripada komposisi
kaum di Malaysia tidak memihak kepada BN dan menyokong penuh Pakatan,
tetapi media di Malaysia yang pro-BN telah melaporkan kononnya “tsunami
Cina” dan dipengaruhi oleh fitnah Pakatan telah mengakibatkan BN tewas
di kebanyakan tempat.

Hal ini adalah auta dan disangkal sama
sekali. Sedikit fakta yang dipetik daripada kenyataan media oleh Lim Kit
Siang di Kuala Lumpur sebelum ini ingin disorot bagi menjelaskan
kedudukan sebenar pengundi Cina di Malaysia.

Daripada 222 kerusi
Parlimen, hanya 34 yang mempunyai komposisi pengundi kaum Cina sebagai
majoriti. Walaupun Pakatan berjaya memperoleh kesemua undi Cina dalam
kerusi-kerusi ini, ia hanya akan memenuhi 15% kerusi Parlimen.

Selain itu, di 55 kerusi Parlimen, pengundi Cina membentuk 30% hingga 50% bilangan pengundi.

Meskipun Pakatan mampu memperoleh 80% undi Cina dalam kerusi- kerusi
ini, ia masih memerlukan di antara 35% hingga 40% sokongan daripada
komuniti yang lain untuk memenangi kerusi-kerusi ini.

Secara
keseluruhannya, hanya ada 89 kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi
Cina yang membentuk 30% jumlah keseluruhan pengundi. Jika ditakdirkan
Pakatan memenangi kesemua kerusi Parlimen ini sekalipun, ia hanya akan
membentuk 40% jumlah kerusi Parlimen, yang jelas tidak cukup untuk
mencapai bilangan majoriti kerusi parlimen yang memerlukan minimum 112
kerusi untuk dimenangi.

Fakta PRU13 antaranya menyaksikan
Parlimen Kota Raja di Selangor mewakili suara rakyat pelbagai kaum (44%
Melayu, 25% Cina dan 29% India). Di sini melihatkan pertandingan empat
penjuru antara penyandang daripada Pakatan- PAS, Dr Siti Mariah Mahmud’;
BNMIC, Murugesan A/L Sinnandavar dan dua calon Bebas, Uthayakumar A/L
Ponnusamy dan Azman Idrus.

Keputusan pengundi Kota Raja
menunjukkan penyandang daripada Pakatan-PAS menang bergaya di kerusi
tersebut apabila menambah majoriti sebanyak 29,395 berbanding 20,751
pada PRU12 meskipun berhadapan dengan tiga lagi calon.

Jika
dianalisis mengikut trend “tsunami Cina” oleh Utusan Malaysia, mana
mungkin Pakatan boleh menang jika tidak mendapat sokongan pengundi
Melayu dan India secara bersama dan padu? Inilah fakta yang digelapkan
oleh media pro-kerajaan.

Secara mudah, dapat disimpulkan PRU13
ini merupakan tsunami rakyat Malaysia yang inginkan perubahan setelah 56
tahun berada di bawah cengkaman BN yang kian leka dan alpa dengan kuasa
yang ada, bukannya tsunami Cina semata-mata!

Kini rakyat di
bandar-bandar dan kawasan celik IT dan maklumat sudah bijak membuat
pilihan dan tidak menjadikan media nasional dan tradisional sebagai
wadah maklumat utama, cuma masyarakat di kawasan luar bandar yang masih
lagi dibutakan oleh BN tidak terdedah secara meluas dengan hal ini.
PRU13 menyaksikan BN menjadi kerajaan tidak popular 46% dan tidak
menjadi pilihan masyarakat bandar.

Percayalah, jika Pakatan
berjaya menerobos kawasan kampung dan luar bandar terutama di Sabah dan
Sarawak pada lima tahun mendatang, langkah BN akan berjaya dinoktahkan
dan Pakatan akan menjadi harapan baharu Malaysia pada PRU14 insya-Allah.

Generasi Y dan Z akan menjadi penentu keputusan PRU14 kelak.

Itulah generasi kami semua yang lahir pada tahun 1992. Suara rakyat suara keramat!

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-14299562166340328962013-05-19T16:36:00.005+08:002013-05-19T16:36:42.027+08:00Pemuda: Susun Saff, Atur Langkah dan Kukuhkan Tarbiyah

1. Pilihanraya umum ke 13 baru saja berlalu. Keputusannya sangat
memberangsangkan meskipun kita belum berjaya capai target ke Putrajaya
apabila 53 peratus undi atau sokongan rakyat adalah bersama kita Pakatan
Rakyat.

2. Jelasnya perjuangan kita belum selesai. Perjuangan
kita belum tamat. Kejayaan yang kita buru dan kemenangan yang kita
dambakan bukan hanya sekadar Putrajaya yang terhenti di sempadan dunia
tetapi apa yang kita buru dan dambakan ialah Syurgajaya yang melepasi
hingga ke sempadan akhirat.

3. Justeru itu raikanlah
kemenangan atau kejayaan dengan sederhana. Penuh tawadhu' dan insaf
terhadap amanah kepimpinan yang terbeban ke atas kita. Raikan
kemenangan dengan bertasbih kepada Allah dan istighfar mohon ampun
kepadaNya. Jangan biar kelekaan mempengaruhi dan kelalaian menguasai
diri kita. Kita adalah pejuang !

4. Tiada lagi masa rehat.
Perjalanan kita masih jauh. Bangkit segera untuk melunaskan amanah
perjuangan dan tanggungjawab kepimpinan ini. Berjuang untuk daulatkan
syariah Allah swt dan tinggikan izzah ummah serta makmurkan muka bumi
ini dengan akhlak mulia, keadilan dan nilai murni merentas kaum,
bangsa, warna kulit dan bahasa lidah.

5. Susunlah saff kita dengan rapat tanpa beri peluang kepada musuh masuk menyelinap.

Aturlah langkah kita dengan mantap dan pantas mendepani cabaran dan tribulasi tanpa mengeluh dan gelisah.

Kukuhkan pembinaan tarbiyah Amal Islami pada setiap anggota dan
kepimpinan pemuda sebagai pelapis perjuangan ini tanpa culas dan
mengelak diri dari proses pembentukan aqidah yang soheh [ benar ],
syakhsiah yang soleh [ baik ] dan fikrah yang soreh [ jelas ].

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPMEditor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-15619781516738132742013-05-19T16:35:00.002+08:002013-05-19T16:35:43.666+08:00Jaguh-jaguh perdebatan baru di ParlimenOleh Mohd Sayuti Omar

Pastinya sidang parlimen penggal ke-13 yang dijangka bersidang bulan depan tidak akan kalut dengan juahan dan bangkangan
membuta tuli dari beberapa bekas orang ahli parlimen yang dianggap
pengacau sidang dan sekaligus menjadikan parlimen riuh randah laksana
pasar ikan.

Orang seperti Inchek Ibrahim Ali, orang itu, bekas
MP Kulim ― Bandar Baru, Zaharain Hashim, Gobalakrishan atau Wee Chee
Keong adalah bekas ahli parlimen yang mahu menjadi hero dan alat
kepada UBN.

Mereka asalnya mewakili Pakatan Rakyat tetapi
separuh jalan “menungging punggung” kepada Pakatan Rakyat bahkan
membaling tahi kepada mereka yang berjasa dan berbudi kepada mereka
termasuk memberi laluan dan restu bertanding atas lambang parti. Apa
dilakukan mereka adalah untuk mengambil hati Najib Razak dan UBN agar
memberi sesuatu habuan kepada mereka. Mereka ini adalah orang-orang
yang boleh “diciskan”. Mereka bukan saja tidak ada moral politik tetapi
sebenarnya tidak pernah menghormati demokrasi dan amanah rakyat kepada
mereka. Cis 44 kali.

Ada yang juga yang terpaksa berpaling tadah
kerana dikejar jenayah yang mereka lakukan sendiri. Jadi untuk
menyelamatkan diri mereka sanggup menjilat ludah dan “menggetel telor”
pemimpin UBN. Ada juga yang sanggup menggunting lidah sendiri di
akhirat besok semata-mata untuk mempertahkan kedudukan sebagai ahli
parlimen. Sidang parlimen kali ini tanpa mereka. Mereka semua kalah
dalam pilihan raya lalu atau tidak diberi peluang bertanding langsung.
Inchek Ibrahim Ali yang kononnya bisanya sampai ke telinga, dihumban
pengundi Pasir Mas, kalah sehinggakan makan pasir kepada lawan yang
dianggap sebagai “anak kera Pulau Melaka” dengan kekurang undi sebanyak
8,047.

Selain bekas-bekas MP cabuk itu sudah tidak ada lagi di
dewan, beberapa MP Umno mulut berus dan cakap besar juga sudah tidak
ada lagi. Dari Umno Abdul Aziz Mohamad wakil Seri Gading, Johor sudah
tidak ada. Tajuddin Rahman pula yang sering menunjukkan muka bengis dan
hidung “bercengik” juga tidak akan galak lagi kerana beliau dinaikkan
pangkat menjadi timbalan menteri. Begitu juga Rahman Dahlan yang
dijadikan peluru untuk serang Anwar Ibrahim tidak akan dapat dijadikan
bullet lagi kerana dia dinaikan pangkat menjadi menteri. Kedudukan itu
agak canggung untuk mereka bertindak menjadi penjerkah atau pengampu
yang penuh lemak dan perut labuh di parlimen.

Yang ada hanya Bung Mokhtar Radin dari Kanabatangan Sabah.

Mungkin
kehilangan mereka itu kita tidak terasa bahkan mujur. Mudah-mudahan
sidang parlimen tanpa mereka tidak akan jadi kalut dan membentuk
parlimen menjadi sarkas. Mudah-mudahan parlimen akan datang benar-benar
terjaga akan kemuliaanya. Tetapi ketiadaan orang-orang seperti
Sallahuddin Ayub, Saifuddin Abdullah, Saifuddin Nasation Ismail, Azan
Ismail menjadikan sidang kali ini kurang bertenaga. Kita tidak dapat
mendengar lagi perbahasan mereka yang sarat dengan fakta dan berkualiti
dan senantiasa dinanti-nanti oleh pegawai kerajaan dan pengikut sidang
parlimen.

Ketiga-tiga mereka tews dalam pilihan raya lalu.
Salahuddin yang sebelum ini menjadi anggota parlimen Kubang Kerian,
Kelantan tewas di parlimen Pulai, Johor. Manakala Saifuddin Nasution
Ismail bekas anggota Parlimen Machang pula tewas di Kulim ― Bandar
Baru. Begitu juga Azan Ismail yang tidak lagi bertanding di kerusi
parlimen, berpindah ke kerusi state Terengganu, menang.

Sayang
sekali. Tetapi apa boleh buat, semua terletak ditangan pengundi.
Pengundilah yang menentukan apakah mereka masuk atau tidak ke parlimen.
Betapa pun mereka diperlukan untuk menjadi pembahas dan kritikus
parlimen yang baik tetapi kerana kehebatan mereka itu tidak dinilai
pengundi, maka mereka tertinggal. Kekalahan mereka sedikit sebanyak
menghilangkan keceriaan parlimen kali ini.

Bagaimana pun kata
orang, yang hilang akan berganti, yang patah akan tumbuh. Ketiadaan
mereka pasti akan berganti. Beberapa muka baru yanhg mulai melangkah ke
perlimen sebagai anggota dewan diharap dapat menyambung tugasan dan
tanggungjawab kekawan mereka yang tiada dalam dewan. Kehangatan dewan
dengan suara mereka yang membawa suara dan aspirasi rakyat akan dapat
diteruskan oleh muka-muka baru.

Antara muka baru yang dirasakan
akan menjadi ahli parlimen berwibawa ialah Mohd Rafizi Ramli (Padan),
Hanifa Maidin (Sepang) Takiyuddin Hassan (Kota Baru), Idris Jauzi (Batu
Pahat), Idris Ahmad (Bukit Gantang) dan juga Shamsul Md Akin (Bukit
Katil). Kebetulan kesemua mereka adalah profesional. Rafizi merupakan
pengarah Strategfi PKR kelulusan sebagai akauntan yang banyak
mendedahkan isu penyelewengan UBN. Salah satu isu yang sebati dengan
Rafizi ialah pendedahan projek NFC.

Idris Jauzi bekas pegawai
kerajaan begitu juga Idris Ahmad bekas pensyarah dan pendakwah. Kedua
mereka banyak pengalaman. Manakala Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul
Iskandar pula ketika-tika mereka adalah peguam yang berpengalaman.

Teruyamanya
Takiyuddin bekas anggota Exco Kelantan akan menggunakan pengalamannya
sebagai anggota Exco untuk berhujah dan membawa idea-idea baru di
parlimen. Sebagai peguam sudah tentu Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul
akan menegakkan keadilan dan kebenaran di parlimen. Mereka akan menjadi
pengkirtik berwibawa terhadap mana-mana tindak tanduk kerajaan yang
tergelecah dari perundangan dan perlembagaan.

Sudah tentu
kehilangan Sallahuddin, Saifuddin Nasution dan Azan akan diganti oleh
mereka. Mereka yang baru ini akan memperkuatkan barisan pembangkang
dengan ahli parlimen yang sedia ada seperti Mohamed Azmin Ali, Mahfuz
Omar, Tony Pua, Tian Chua, Nurul Izzah dan lain-lain. Sudah pasti Nurul
Izzah yang menang menewaskan menteri akan menjadi heroin di parlimen.

Selain
mereka berlima terdapat beberapa muka baru yang lain. Mereka ialah Nik
Mohamad Abduh Nik Aziz, (Pasir Mas) Marzub Shaari (Bachok) dan juga
Nasdaruddin Hassan. (Temerloh). Kebetulan mereka adalah dari Dewan
Pemuda PAS. Mereka sudah dikenali sebagai penceramah dan da”i di dalam
PAS tetapi kewibawana mereka sebanarnya akan diuji di dalam parlimen.

Apakah
mereka akan hadir ke parlimen setakat mendengar dan angguk, ataupun
membaca beberapa hadith dan ayat-ayat Quran untuk mematahkan hujah
pihak kerajaan dari konteks agama? Atau mengemukakan pandangan
berupakan konsep atau pun idea-idea progresif dari akar Islam untuk
membangun agama dan negara?

Kita berharap mereka bukan beretorik
atau pun sekadar memberi ingatan dan pesan agar solat, jangan
tinggalkan puasa ataupun sekadar menceritakan hikmah dan filsafah Haji
dan Umrah ataupun membentangkan kehebatan syaksiyah para Rasul dan Umur
Ibnu Aziz seperti di pentas-pentas ceramah fardu ain atau kuliah
Maghrib. Kita mahu mendengar apakah pandangan mereka untuk
membaik-pulih pentadbiran negara, ataupun lebih diharapkan mengemukakan
formula konkrit ke arah perpaduan sejagat. Hujah dan idea mereka untuk
mengatasi masalah sosial juga diperlukan. Dalam masa sama, apakah
mereka dapat bertindak menjadi pembangkang yang bijak dan kreatif.

Lain-lain
muka baru seperti Dr Izani Hussein dari Pengkalan Chepa, atau Wan
Hassan dari Dungun Terengganu dan lain-lain juga diharap jangan setakat
mengambil bahagian sekadar mengemukakan soalan bertulis tetapi yang
lebih diharap akan mengemukakan soalan tambahan yang boleh
menggoncangkan pihak kerajaan.

Sama-sama kita tunggu dan ambil perhatian atas apa yang saya perkatakan ini.

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-48358374792286159522013-05-19T16:34:00.004+08:002013-05-19T16:34:32.027+08:00Loceng amaran dan Melayu dikhianati?Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Saya di Kota Bharu ketika menulis catatan pendek ini. Bersama wartawan kanan, Wan Nordin Wan Yaakob, saya cuba
menghayati dan menikmati kemenangan berganda Pakatan Rakyat di Kelantan
meskipun hebat diasak Umno-BN. Tidak mudah juga PAS mempertahankan
Serambi Makkah selepas 23 tahun berkuasa semula, selepas dikalahkan pada
1978.

Meskipun BN dapat merebut tiga kerusi Parlimen
yang ditandingi KeADILan di Machang, Tanah Merah dan Ketereh -- selain
mempertahankan Jeli dan Gua Musang, keputusan mempertahankan 33 kerusi
Dun dalam PRU13 itu boleh dianggap satu pencapaian membanggakan.

Serangan
bertali-arus BN, terutama menggunakan senjata ampuh politik wang, juga
dilihat mempunyai kesan negatif kepada sokongan terhadap Pakatan,
terutama di kawasan membabitkan tokoh-tokoh utama Umno. Namun, saya
sempat dibisikkan bahawa keputusan di Kelantan tidak boleh dipandang
selesa, sebaliknya satu bentuk "loceng amaran" awal.

"Persaingan
adalah merebut sokongan pengundi atas pagar dan jumlah besar anak-anak
Kelantan di perantauan yang balik mengundi di kampung halaman, iaitu
hampir 200,000 pemilih," kata seorang rakan, yang terserempak di KLIA
semasa menunggu pesawat ke Kota Bharu. Beliau kelihatan agak bimbang
dengan kecenderungan mengundi anak tempatan.

Kebetulan sewaktu
tiba di hotel penginapan, Raudah, ada jamuan meraikan petugas pilihan
raya PAS Kelantan. Ditemani ketua wartawan Harakah negeri, Mazlan Jusoh,
kami menikmati makan malam yang enak, ditempatkan bersebelahan meja
utama Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan PAS,
Zulkifli Mamat, Pengarah Pilihan Raya Negeri, Wan Nik Wan Yusof.

Ustaz
Mad, dalam ucapannya, menyuntik semangat untuk aktivis parti menyusun
pendekatan terbaik dan membuat persiapan rapi menghadapi PRU14, "bermula
dari sekarang, sebaik keputusan PRU13 diumumkan". Beliau sempat
merakamkan penghargaan kepada NGO Royalti dan pihak yang menguruskan
pengundi luar, yang memberi sumbangan besar kepada kemenangan di
Kelantan.

Seusai majlis, Wan Nik menunjukkan analisis awal
keputusan PRU13 Kelantan. Agak menarik bila dibentangkan fakta tentang
"undi belah-bahagi"; ada pengundi memilih PAS di peringkat Dun tetapi
memangkah BN di peringkat Parlimen, misalnya di Machang, Tanah Merah dan
tidak terkecuali Kota Bharu. Namun begitu, ramai juga pengundi yang
menyokong BN di kerusi Dun tetapi memilih PAS di kerusi Parlimen,
seperti Tumpat dan Pasir Puteh.

Sebenarnya saya lebih terdorong
untuk menulis tentang percikan api perkauman dan sentimen persengketaan
antara kaum yang cuba dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab
(mungkin mengambil semangat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato'
Seri Najib Razak sendiri) dan media utama yang ditaja Umno.

Kecaman
melulu kepada DAP secara khusus dan pengundi Cina secara umum hanya
mendedahkan hipokrasi Umno berdepan situasi sulit yang dihadapinya.
Ramai pemerhati politik hairan bagaimana parti teras BN itu mengambil
sikap bebal, yang bukan hanya memerangkap diri sendiri, malah boleh
menjerumuskan negara ke lembah kebinasaan.

"Alhamdulillah, DAP
yang dikecam hebat dengan fitnah melulu tidak melenting. Begitu juga
dengan sikap bijaksana pemimpin PAS yang tidak mudah terperangkap dengan
ajakan perpaduan juak-juak Umno," kata seorang pensyarah sains politik.

Secara
peribadi, saya terganggu dengan kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan
dan Ahli Jawatankuasa Rayuan Disiplin UMNO, Dato' Mohd Noor Abdullah
yang mengugut masyarakat Cina supaya bersedia dengan tindak balas
masyarakat Melayu kerana "pengkhianatan" mereka dalam PRU13.

Dalam
ucapan di Seminar Pasca PRU-13 di ibu negara, Mohd Noor mempertegaskan
amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati.
"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang
Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam
kesumatnya tak sudah-sudah."

Malu saya untuk mengaku seorang
Melayu jika ciri-ciri kemelayuan termasuk "membalas dendam kesumat tak
sudah-sudah", seperti disebut Mohd Noor, yang sarat dengan elemen
perkauman, hasutan dan langsung tidak bertanggungjawab! Kenyataan yang
lazim didendangkan dalam kursus Biro Tata Negara ini seharusnya dikutuk.

Tempoh
lima tahun ini wajar dimanfaatkan oleh Pakatan Rakyat, terutama PAS,
bagi menawarkan budaya politik baru, untuk menjamin Malaysia yang dapat
meneduhi setiap warganya, selain menguburkan terus politik kuno yang
jahat dan hodoh itu.

Selepas memenangi hampir semua kawasan
bandar, yang ditandai dengan majoriti lebih besar, Pakatan sebenarnya
menguasai potensi masa depan yang cerah. Peningkatan kesedaran
berpolitik masyarakat desa dan penempatan Felda misalnya, dikira mampu
mengangkat kedudukan Pakatan, menjadikan impian ke Putrajaya lebih
realistik.

Masyarakat Tionghua mungkin saja boleh berpatah palik
memberi sokongan kepada BN dalam PRU14, tetapi dengan luka pedih dan
bisa perit tusukan perkauman Umno, saya percaya dalam tempoh lima tahun
ini, pengundi Cina tidak mudah memaafkan, apatah lagi melupakannya.

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-48415855173460746952013-05-19T16:34:00.000+08:002013-05-19T16:34:00.654+08:00Zahid orang Melayu yang pongohOleh Rossem

Orang
Melayu menurut Munysi Abdullah ialah bangsa yang pongoh, cepat naik
darah dan mudah hilang pertimbangan. Ketika marahnya mendidih
mengelegak seperti air dalam cerek, perkataan pertama keluar dari rahang
mulutnya ialah “Keluar engkau dari sini…”

Maka berlakulah
sepertimana pernah kita dengar, si ayah menghalau anaknya keluar dari
rumah, dan tak mengaku sebagai anak. Suami menghalau isterinya keluar
rumah dan tak izin kembali lagi. Kemarahan hanya bisa diredakan dengan
cara bertindak seperti itu. Itulah jatidiri bangsa Melayu! Kelmarin,
seorang menteri kabinet, iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid
Hamidi melakukan tindakan yang sama dengan mengesa rakyat Malaysia yang
enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara
ini dan berhijrah ke negara lain yang cocok dengan mereka.

Zahid
bertindak cara orang Melayu yang pongoh. Mungkin cara itu sesuai
dizaman orang Melayu berjalan mundar mandir besisipkan keris di pinggang
atau parang telanjang. Tapi tak sesuai di zaman facebook seperti
sekarang!

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-27636878516254810072013-05-19T16:33:00.002+08:002013-05-19T16:33:11.428+08:00Kabinet Najib Bakal Tersungkur?Oleh Shahbudin Husin

Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan
piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke
beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora.
Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS
menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti
itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang jawatan yang
ditawarkan Najib.

Ini bermakna, seorang lagi Ahli Parlimen PRS,
Joseph Entulu yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, turut dianggap menolak perlantikan itu berasaskan
keputusan yang dibuat oleh PRS itu.

Sebagaimana yang
dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Presiden PRS James Masing berkata,
majoriti pimpinan tertinggi parti menolak perlantikan yang dibuat oleh
Najib kerana berasa dianaktirikan dari segi pembahagian kerusi kabinet
berasaskan sumbangan enam kerusi Parlimen yang disumbangkan daripada
133 yang dimenangi oleh BN.

Berbanding MIC misalnya yang menang
empat kerusi Parlimen tetapi diberikan dua jawatan menteri dan tiga
timbalan menteri, pimpinan PRS merasakan pembahagian yang dilakukan
oleh Najib sebagai tidak adil dan mereka berhak mendapat lebih daripada
satu menteri dan satu timbalan menteri sepertimana yang diberikan oleh
Najib.

Hanya bermula dengan tindakan Joseph Salang Gandum yang
tidak puas hati kerana hanya diberikan jawatan timbalan sedangkan
beliau mengharapkan diberi jawatan menteri, tindakan PRS ini bakal
menimbulkan gelora yang lebih besar kepada Najib dan BN.

Walaupun bakal mengemukakan permintaan kepada Najib supaya diberikan
keadilan, James Masing masih enggan memberitahu tindakan yang bakal
diambil oleh PRS jika permintaan mereka gagal dipenuhi oleh Najib.
Hakikatnya PRS sudah mula mengemukakan ugutan kepada Najib dan pilihan
yang boleh diambilnya selepas itu tidaklah sukar difahami.

Dengan enam kerusi Parlimen yang dimilikinya, kuasa tawar-menawar yang dimiliki PRS bolehlah dikira bernilai tinggi.

Dalam masa yang sama sebuah lagi parti di Sarawak iaitu Parti Progresif
Demokratik Sarawak atau SPDP turut meluahkan rasa tidak puas hati
dalam pengagihan kerusi kabinet kali ini. Parti itu yang menang empat
kerusi Parlimen dalam pilihanraya lalu, langsung tidak diberikan
apa-apa jawatan oleh Najib.

Sumbangan empat kerusi Parlimen
seolah-olah langsung tidak dihargai oleh Najib dan kini sudah timbul
desakan agar parti itu menimbangkan kedudukannya dalam BN. Ia diakui
oleh Setiausaha Agung parti itu sendiri. Ini kerana parti itu sebelum
ini menjangkakan mereka sekurang-kurangnya akan ditawarkan satu jawatan
menteri dan satu timbalan menteri atau dua jawatan timbalan menteri,
lebih-lebih lagi salah seorang Ahli Parlimennya dari Bintulu, Tiong
King Sing adalah juga Pengerusi BNBBC dan tokoh yang agak dikenali
umum.

Sehingga ini dua parti dari Sarawak iaitu PRS dan SPDP
dengan jumlah 10 kerusi Parlimen sudah secara terbuka meluahkan rasa
tidak puas hati terhadap Najib berikutan perlantikan jawatan kabinet
yang baru berusia tiga hari. Apakah selepas ini ada pihak-pihak lain
lagi yang meluahkan perasaan yang sama? Atau mungkinkah kedudukan
kabinet Najib terus bergoncang lagi?

Di Semenanjung pula, rasa
tidak puas hati daripada kalangan UMNO terhadap kabinet Najib memang
banyak kedengaran di mana-mana. Selain Kedah yang menyumbang 10 kerusi
Parlimen tetapi hanya diberikan satu jawatan menteri dan dua timbalan
menteri, di Selangor juga kedengaran nada yang sama berikutan ketiadaan
langsung menteri daripada negeri itu, sebaliknya hanya seorang
timbalan menteri saja iaitu Noriah Kasnon.

Beberapa perlantikan
menteri dan timbalan menteri turut menjadi persoalan di kalangan
rakyat dan ahli UMNO sendiri berikutan terdapat perlantikan yang dibuat
Najib dilihat bukan berasaskan merit dan mahu melakukan peremajaan
dalam parti sebaliknya lebih berasaskan balas budi semata-mata.

Perlantikan Shahidan Kassim dan Idris Jusoh sebagai menteri nyata
menghalang proses peremajaan dan hasrat ingin memberi peluang kepada
tokoh-tokoh muda kerana keduanya dianggap sebagai pemimpin kitar semula
dan sudah berusia. Begitu juga Tajuddin Rahman sebagai timbalan menteri
turut tidak memberi makna kepada peremajaan parti kerana jawatan itu
sewajarnya diperuntukkan kepada tokoh-tokoh lain yang lebih muda.

Paul Low dari Transperancy International Malaysia pula dilantik sebagai
menteri semata-mata kerana balas budi berikutan tindakannya membawa
Najib menandatangi Ikrar Intergriti dipercayai telah melonjakkan
keyakinan rakyat dan memberi kelebihan kepada Najib memenangi
pilihanraya. Kerana beliau dianggap berbudi, maka ia dibalas dengan
jawatan menteri walaupun seharusnya Najib membawa tokoh korporat atau
profesional Cina yang lebih muda jika ingin memenangi hati pengundi
Cina.

Begitu juga dengan perlantikan pemimpin Hindraf P
Waythamoorthy, sebuah NGO mirip Perkasa, sebagai timbalan menteri
adalah juga kerana membalas budi berikutan sokongan terbukanya kepada
BN menjelang pilihanraya lalu sambil menandatangi perjanjian bersama
Najib mengenai kepentingan kaum India yang seharusnya mendapat
pembelaan daripada kerajaan. Kerana Najib percaya sokongan Hindraf itu
membukan laluan kepada sokongan pengundi India yang lebih ramai, maka
beliau diberikan ganjaran timbalan menteri.

Perlantikan
pemimpin Hindraf itu bukan saja mendapat bantahan daripada Pemuda MIC
yang merasakan IPF lebih baik jika ingin diberikan jawatan itu, malah
ia juga menyebabkan imej Najib dengan dasar 1Malaysianya telah
ditenggelamkan oleh perbuatannya sendiri.

Belum pun seminggu
usia kabinet yang dibentuk Najib, unsur-unsur penolakan sudah pun mula
kelihatan. Bermula dengan PRS dan SPDP yang merangkumi 10 kerusi
Parlimen, jika ia gagal ditangani dan ditambah pula dengan beberapa
Ahli Parlimen UMNO sendiri yang jelas rasa tidak puas hatinya di
sana-sini, andai ia juga gagal dibendung, kebarangkalian untuk BN terus
goyah dan tersungkur, tidak boleh dipandang mudah.

Jika ada diantara mereka ini memulakan langkah meninggalkan BN, yang lain hanya menunggu masa saja menuruti langkah yang sama.

Dengan PR mempunyai 89 kerusi Parlimen dan hanya kekurangan 23 kerusi
lagi untuk membentuk kerajaan baru, mereka yang tidak berpuas hati ini
barangkali hanya menunggu lamaran dan jika hantarannya bersesuaian,
mengapa tidak! Lagi pula, politik adalah seni yang serba mungkin.

http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-22285285798421851812013-04-14T16:16:00.001+08:002013-04-14T16:16:22.779+08:00Bukan nak lawan Utusan Malaysia tapi mahu ....
Oleh H FANSURI

“Saya difahamkan daripada seorang profesor, BN peruntukkan hampir RM10 juta untuk sisipan Utusan Malaysia dalam minggu kempen PRU13," kata Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Ahmad Lutfi Othman

Dari satu sisi, contoh kecil ini, menurutnya, membuktikan penyebaran bahan bercetak masih penting dan relevan untuk mempengaruhi pengundi.“Walaupun media baru seperti Facebook, Twitter, Blog cukup popular, tapi jangan abaikan bahan bercetak,” katanya lagi.

Tambahnya, peruntukan BN itu bukan hanya untuk Utusan tetapi juga meliputi pelbagai makalah lain lagi, sama ada yang bersifat rasmi atas nama dan logo BN, seperti menjelaskan "manifesto ciplakan" itu, dan juga menyamar untuk memfitnah Pakatan, yang banyak disebarkan terus ke rumah pengundi.

Itu yang boleh kita dengar daripada pelbagai sumber mengenai cerita-cerita Umno, BN mengguna media pada hari ini. Khabar seperti ini membuatkan beliau terfikir tentang kepentingan bahan-bahan bercetak.

“Walaupun Pakatan mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam media baru, misalnya klip video Youtube, tetapi saya kira pengundi Melayu, terutama di kawasan kampung tradisi dan tanah rancangan, masih bergantung rapat dengan informasi daripada TV dan akhbar, dan di situlah kawasan yang bakal ditandingi PAS," katanya lagi.

Pagi Isnin lalu, 8 April, Ahmad Lutfi bertemu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din untuk melancarkan dana penerbitan (bahan bercetak) KAMI bersempena langkah persediaan sebagai bahan kempen dalam PRU13.

Difahamkan Dr Haron menyokong usaha berkenaan, terutama untuk menyebarluaskan maklumat dan informasi bermanfaat, sekali gus dapat menyanggah fitnah yang berleluasa. Beliau menyeru sumbangan semampu mungkin dapat disalurkan bagi meneruskan usaha jihad menegakkan kebenaran.

Majlis sederhana dan santai itu dibuat di kediaman Dr Haron, di Bandar Baru Bangi. Kata Arif Atan, wartawan Harakah, yang turut bersama Ahmad Lutfi, sambil minum teh O panas dan menjamah martabak yang rangup, Dr Haron kelihatan cukup prihatin dengan gerakerja penerangan PRU13, khususnya melibatkan bahan bercetak, dan mengharapkan usaha KAMI itu mendapat sokongan ramai.

Sebenarnya Ahmad Lutfi sudahpun menjelajah banyak negeri bagi mengedarkan secara percuma sisipan lapan halaman Bangkit. Walaupun jumlahnya tidaklah dapat menampung permintaan akar umbi, selain dikembarkan dalam naskhah Harakah, namun ia dianggap memadai bagi memperkenalkan bahan penerbitan yang sesuai untuk berkempen agar pengundi mendapat perspektif lebih jelas.

"Dana yang terkumpul masih kecil dan hanya mampu mengongkosi lebih kurang 10,000 Bangkit. Secara jujur, bagi saya, bilangan sebanyak itu hanya untuk satu kawasan Parlimen sahaja. Kita perlukan lebih banyak sokongan kewangan bagi memastikan Bangkit dapat mengetuk rumah setiap pengundi di kawasan pilihan raya yang menjadi target.

"KAMI juga mempunyai beberapa bahan penerbitan lain, ada berbentuk buku mini dan ada juga berbentuk poster, yang dikira perlu diagihkan pada waktu kempen PRU13 ini. Cuma misi ini tersekat disebabkan halangan kewangan," tambah Ahmad Lutfi dalam pertemuan dengannya di pejabat editorial Harakah, petang Isnin lalu.

Kesediaan Dr Haron untuk sama-sama mempromosi dana penerbitan KAMI itu amat disanjung tinggi Ahmad Lutfi. "Tak tahulah sama ada gambar saya ini dapat menarik minat penyumbang," kata Timbalan Pengerusi Harakah itu, menunjukkan bunting yang mempamerkan wajahnya, sambil ketawa kecil, seperti diceritakan kembali oleh Ahmad Lutfi.

"Kita perlu sedar bahawa ada pengundi dan pembaca yang masih setia dan selesa membaca laporan bercetak ini,” kata seorang pemerhati politik, seorang pensyarah. "Yang penting, bagi saya, biar semaju mana pun kaedah komunikasi, kita jangan remehkan apa jua pendekatan, termasuk akhbar, majalah, risalah, buku dan sebagainya."

"Tapi janganlah sampai kita sesak nafas berdepan cabaran hebat daripada akhbar dan siaran TV yang ditaja BN itu. Utusan, Berita Harian, The Star, NST memang media talibarut BN yang mendapat sokongan sepenuhnya kewangan BN semasa kempen PRU13 ini dan ada juga akhbar-akhbar ini yang diedarkan percuma. Itu kerja mereka, yang mustahak bagaimana dengan Pakatan Rakyat?" pensyarah politik itu bertanya lanjut, menandakan kerisauannya kemungkinan pengundi tidak mendapat informasi lengkap.

"Kalau Utusan dikatakan dapat RM10 juta untuk sisipan khas, bagaimana pula dengan akhbar lain, dan juga TV3 yang hebat berkempen, dengan klip video lagu-lagu propaganda di tengah waktu puncak?" tanya saya pula kepada Ahmad Lutfi.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah menjawab dengan tersenyum: "RM10 juta itu setakat lekat di celah gigih sahaja, sikit aja tu."

Secara peribadi, saya lebih melihat pengaruh besar akhbar The Star. Ada laporan menyebut bahawa sebanyak 24 peratus daripada pembaca The Star terdiri daripada kaum India meskipun kaum itu hanya 7.5 peratus sahaja jumlahnya dinisbahkan kepada penduduk negara ini.

Saya menekankan soal pengundi India ini disebabkan ada pihak mengatakan sokongan mereka kepada Pakatan mungkin mengalami kemerosotan. Justeru, usaha mendekati masyarakat India, termasuk melalui bahan-bahan penerbitan, tidak boleh dipandang ringan.

Namun, yang kekal jadi tanda soal, apakah kita ingin manfaatkan setiap ringgit yang ada bagi menyebarluaskan risalah kempen ke tempat pedalaman yang masih juga tandus daripada aliran maklumat di internet itu?

Dan jangan "terlepas pandang" bahawa dalam wilayah kota raya sendiri, masih ramai pengundi yang tidak sempat mengikuti perkembangan semasa melalui media baru dan mereka perlu didekati secara bersemuka, sambil menghulurkan bahan bacaan.

Untuk bersama-sama menjayakan kempen penerbitan KAMI ini, sumbangan orang-ramai dialu-alukan dan boleh disalur ke akaun Maybank KAMI MEDIA 514075606399.

Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-846426169183063393.post-89079071747644341632013-04-14T16:13:00.003+08:002013-04-14T16:13:26.611+08:00PRU13: Titik perubahan sebenar
Oleh Hafizul Faiz

Kehangatan gelombang PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) hampir dirasai di seluruh lapisan masyarakat, yang kecil mahupun yang besar, yang tua dan muda, yang tahu dan tidak tahu, atau yang baru atau lama.

Untuk mereka yang lahir pada tahun 1991 dan 1992, fatrah ini barangkali sangat istimewa, pertama kali mengundi dan mungkin pertama kali menukar kerajaan sedia ada. Gelombang PRU13 ternyata telah banyak menghasilkan kesan yang sangat baik.

Daripada sikap tidak peduli kepada peduli, tidak tahu kepada tahu, begitu juga sikap boikot pilihan raya kepada berfikir semula untuk mendaftar sebagai pengundi. Di mana-mana pihak, mahupun di sebelah kerajaan yang pernah memerintah kerana khuatir akan kalah buat kali pertama, atau pihak pembangkang selama ini sebagai ejen kemenangan untuk menaiki takhta kerajaan, masing-masing sedang digasak hebat dengan gelombang PRU13 yang sebarannya melangkaui umur dan batas tempat.

Simulasi PRU13 boleh dicatur dengan menilai, mengkaji, dan menganalisa corak gelombang ini. Gelombang yang tiada siapa boleh sekat dan tiada siapa yang mampu mengawalnya. Kecanggihan teknologi dan maklumat, media sosial yang bebas terbuka, juga suasana dan mood rakyat yang lewat ini, seperti cenderung untuk menggalas konsep sebenar demokrasi yang selama ini dirosakkan dengan ideologi-ideologi simpang. Maka, PRU13 boleh diperhati corak yang dibentuk kerana ia (walaupun tidak tepat) merupakan kelogikan yang boleh diterima. Apabila gelombang ini semakin disahut, disebut dan disambung-sambung, ini menandakan bahawa masa depan untuk sesebuah parti yang digagas gelombang ini cerah dan perlu bersiap dia menggalas masa depan yang lebih berat. Kemenangan itu suatu pintu baru kepada sebuah kehidupan.

Perbincangan pasti berkisarkan dengan nuansa fikir anak muda, gelombang yang disahut positif dan juga perancangan sedia ada. Bekas kerajaan, BN (Barisan Nasional) sewajarnya bakal tumbang jika masih berada di dalam perasaan selesa dengan kewujudan gelombang ini. PRU13 dan gelombangnya telah mencelikkan mata anak-anak muda dengan kelajuan maklumat disebar dan kecanggihan program direka. Sebelum ini, barangkali ada anak muda yang tidak tahu apa itu pilihan raya dan bagaimana prosesnya. Bahkan, masih ada yang tidak tahu bahawa sebelum pilihan raya dijalankan, parlimen perlu dibubarkan. Namun, gelombang PRU13 telah menyerap ke semua lapisan masyarakat. Kajian mendapati, suatu sumber yang paling memainkan peranan ialah media sosial. Media soaiallah yang menyebar maklumat, mempertemukan manusia dan menerangkan kenapa perlu pilih ini dan itu. Seperkara, media sosial tidak dipadam datanya dan tidak boleh dikawal orang-orang tertentu.

PRU13: Titik Perubahan

Pengharapan jika pengundi muda, dengan populasi yang kian bertambah dan ramalan yang wajar, memanfaatkan PRU13 sebagai platform perubahan dengan mengubah tampuk pemerintahan supaya Malaysia ini kembali mendokong gagasan sebenar demokrasi. Turning point bererti suatu titik yang telah mengubah sesuatu, antara garisan atau kejadian dan tragedi. Dan inilah, PRU13 yang disifatkan sebagai pilihan raya terhangat setakat ini. Kebijakan berfikir dan kewajaran menerima sesuatu pendapat merupakan faktor utama kenapa pengundi muda adalah kelompok terbesar yang akan membuat perubahan.

Mahu tidak mahu, fikiran manusia berpaksikan logik dan kecenderungannya ialah kebenaran. Fikiran siapapun pasti menuju kepada kebenaran. Jika masih menuju kepada sebuah keburukan, ia bukan lagi berpaksikan logik melainkan ada objektif tertentu dan rasukan nafsu berkepentingan. Kelogikan ini menjadikan orang muda menimbang, membanding dan menganalisa apakah kepentingan sesuatu undi. Satu undi, satu nyawa.

Ini kalilah, perubahan itu mesti disegerakan, disepadukan dengan kebijakan dan masa depan yang lebih cerah, menimbangtara barisan pemimpin yang berwibawa dan menyayangi sistem dengan usaha memperbaikinya.

Maka PRU13 sebagai suatu titik perubahan yang bakal didominasi pengundi muda yang berfikir berpaksikan logik.
Editor Bebashttp://www.blogger.com/profile/14189105879213790475noreply@blogger.com0