Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Sabtu, 19 Februari 2011

Contohi Pemudi Mesir lakukan Revolusi


'Aku salute Asmaa Mahfouz. Asmaa Mahfouz bersungguh-sungguh mencabar kelakian pemuda Mesir. Asmaa Mahfouz gadis berusia 26 tahun, gadis muda yang aktif dalam gerakan pembaharuan di Mesir. Serikandi ini terkenal dalam gerakan pro demokrasi pembebasan Mesir di dalam jaringan sosial. Asmaa adalah salah seorang pengemudi group “Gerakan Pemuda 6 April” di dalam facebook. Group ini di bentuk untuk menyokong pekerja buruh di El-Mahalla El-Kubra–pusat industri di utara kota Cairo semasa pekerja buruh mogok pada 6 April 2008.

Akibat terlalu aktif menentang kerajaan rejim Mubarak, seperti di Malaysia juga beliau tidak terlepas dari ugutan pemerintah rejim pro APCO Israel itu. Beliau dan keluarga menerima tekanan dari pemerintah rejim itu. Kerjaya Asmaa sebagai akauntan juga diragut oleh pemerintah. Akibat aktiviti politiknya itu, Majikannya Al-Shaimaa memecat Asmaa.

Dalam tempoh waktu 19 hari revolusi Mesir, Asmaa bertindak aktif menyuarakan gerakan pro demokrasi dalam laman sosial seperti Youtube, twitter dan facebook dalam usaha menjatuhkan diktator Mubarak. Usahanya menyuarakan suara demokrasi cukup berkesan sehingga pemerintah baru Mesir ingin berjumpa dengannya tetapi pelawaan itu ditolak Asmaa. Diharap rakan-rakan blogger pro Pakatan Rakyat dapat menjadikannya sumber inspirasi untuk berblogging lebih mantap dalam usaha menumbangkan kerajaan rejim UMNO BN.

Video Asmaa dimuat turun ke laman youtube pada 16 Januari mampu menggerakkan rakyat keluar rumah turun ke jalan raya. Dalam rakaman video itu Asmaa menceritakan tentang empat warga Mesir yang membakar dirinya sendiri sebagai bentuk protes terhadap kemiskinan, kelaparan, dan kezaliman yang dilakukan pemerintah. Ini satu idea yang baik untuk diaplikasikan di Malaysia. Awek-awek cun sekalian ayuh luahkan ketidakpuashatian anda terhadap kekejaman, kezaliman yang telah diperlakukan terhadap rakyat oleh UMNO BN di dalam laman sosial youtube. Pasti para pemuda bangun melawan. Bunyi macam lawak bodoh. Bodoh-bodoh pun ia adalah perkara yang serius bagi UMNO BN sehingga kerajaan rejim mahu memperluaskan akta mesin cetak meliputi facebook, twitter dan youtube. Semestinya individu seperti Asmaa adalah berbahaya kepada kerajaan bersifat diktator.

Sambung cerita awek cun si Asmaa tadi. Setelah video tersebut dimuat turun ke dalam youtube, Asmaa datang ke Dataran Tahrir secara bersendirian sambil memegang poster yang tertera nombor telefonnya dan mengajak mereka yang lalu lalang di Dataran Tahrir bergabung dengannya untuk protes tetapi hanya tiga pemuda sahaja bersamanya ketika itu. tetapi malangnya, seperti amalan negara-negara diperintah oleh rejim macam Malaysia juga, mereka berempat ditangkap oleh polis Mesir.

Setelah dilepaskan, Asmaa bertambah semangat dan menyeru rakyat turun protes. "Orang-orang yang mengorbankan dirinya sendiri ini (empat orang Mesir yang membakar diri) tidak takut mati. Tapi kita takut kepada pihak berkuasa. Bayangkan! Apakah Anda juga seperti itu?"

"Saya tidak akan membakar diri. Jika pihak berkuasa yang akan membakar saya, biarkan mereka datang dan melakukannya. Kalau Anda lelaki sejati, datang dan bergabunglah dengan saya pada tanggal 25 Januari." Asmaa betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir. Di Malaysia belum ada lagi awek mencabar kelakian pemuda Malaysia.

"Kalau ada kaum perempuan tidak ikut protes kerana mereka akan kena pukul, biarkan lelaki yang menunjukkan kehormatan dan martabatnya dengan bergabung dengan saya pada tanggal 25 Januari," demikian ajakan Asmaa dalam rekaman videonya. Betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir! ayuh awek Malaysia!

"Kehadiran Anda bersama kami akan membuat satu perubahan. Ajaklah jiran, teman dan keluarga untuk datang. Jangan hanya duduk di rumah dan menonton berita atau berfacebook yang hanya akan merendahkan kita."

"Jika anda lelaki terhormat, anda perlu datang, melindungi kami dan kaum perempuan semasa protes. Kalau anda hanya diam di rumah, anda akan merasa menyesal pada negara dan rakyat. Anda bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi pada kami di jalan ketika anda cuma duduk saja di rumah," ujar Asmaa. Salute Asmaa!

Ternyata warga Mesir bersemangat, puluhan ribu turun ke jalan raya pada 25 Januari. Dunia menyaksikan sebuah gerakan rakyat yang berubah menjadi revolusi Mesir. Malangnya di Malaysia, awek-awek di sini popular di youtube hanya dengan bakat nyanyian sahaja.

Hari-hari rakyat susah 2.0 (video Asmaa)

Tiada ulasan:

Pengikut