Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Isnin, 6 Julai 2009

NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU BUAT LAPORAN POLIS

Bandar Darulaman – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) sebuah badan kerajaan aktif di Kedah, tengahari kelmarin (5 Julai) yang diwakili oleh Presidennya dan Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu telah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, kononnya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah meluluskan meroboh kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina seperti yang dilaporkan oleh media online dan cetak.

Presiden Pembela, Ir. Mohd Jamal Nasir berkata, laporan polis di buat supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan ke atas Thomas Su selaku Pengerusi DAP Kedah/Perlis yang mendakwa MBAS telah meluluskan untuk merobihkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina yang disifatkan berbaur perkauman

Katanya, Pembela dan Pemuda Pas Kubang Pasu melihat ia suatu dakwaan yang berat dan dan berbaur perkauman. Ini kerana, dakwaannya tidak diserta dengan sebarang fakta dan bukti yang jelas.

Sehubungjan itu, Pembela mendesak supaya Thomas Su memberikan bukti secara ‘hitam-putih’ dan bertanggungjawab di atas dakwaannya tersebut.

Turut sama rombongan membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Kubang Pasu tersebut ialah Mohd Kaman Jaapar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu, dan beberapa AJK Dewan pemuda Pas Kubang Pasu serta Ahli Majlis Eksekutif Pembela.

Berdasar maklumat diperolehi Pembela, sejak kerajaan Kedah diambil alih oleh Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Menteri Besar, Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abdul Razak belum ada satu kes pun yang dilaporkan bahawa rumah ibadat kaum bukan Islam seperti kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina di sekitar Alor Setar dirobohkan, katanya..

Mohd Jamal berkata, dakwaan Pengerusi Dap Kedah/Perlis tersebut bersifat provokasi dan boleh disabitkan di bawah Akta Hasutan. Di samping ia bertujuan untuk mengalih perhatian golongan bukan Islam supaya tidak menyakini kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

“Dia (Thomas Su) cuba mengelirukan orang bukan Islam, khususnya Kedah dan Perak, katanya.

“Pembela nampak, Pengerusi Dap Kedah/Perlis ini cuba melakukan ‘serangbalas’ politik ke atas kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abd Razak, Menteri Besar Kedah di atas kekecewaan partinya mempertahankan tindakan MBAS merobohkan pusat sembelihan babi minggu lalu, katanya.

Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini, khususnya di negeri Kedah, maka Pembela mengambil ketetapan di dalam Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutifnya yang diadakan tengahari semalam supaya suatu laporan polis di buat pada kadar segera bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Di samping itu, Pembela juga mendesak Thomas Su memberhentikan kenyataan-kenyataan yang bersifat provokatif terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah kerana ia bukan sahaja mengeruhkan suasana politik, bahkan dibimbangi melarat sampai tercetus pergaduhan antara kaum dan agama.

Sehubungan itu, Pembela sekali lagi menegaskan akan berdiri teguh dibelakang kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, katanya lagi.

“Insyaallah… dalam masa terdekat Pembela akan berkerjasama dengan Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu menganjurkan forum untuk memberi penjelasan kepada masayarakat bukan Islam dalam daerah Kubang Pasu berhubung isu ini, katanya.

Sumber : Kedahlanie.blogspot.com

Tiada ulasan:

Pengikut