Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Ahad, 19 Julai 2009

Konsert 60an, Festival Kedah Sejahtera Adalah Kerja Mungkar

Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu mendesak pihak penganjur Festival Kedah Sejahtera supaya membatalkan hasrat mengadakan Konsert 60an seperti yang dijadualkan pada 25 Julai depan.

“Walaupun tidak ketahui secara jelasnya siapakah penganjurnya, namun kerana ia telah diluluskan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Kedah di bawah pakatan rakyat sudah pasti ia menimbulkan pelbagai persoalan, kata seorang aktivis PAS.Festival Kedah Sejahtera tersebut akan berlangsung di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani pada 22-28 Julai depan.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu, Kaman Jaapar, “ kami rasa amat pelik dan terkejut.... bagaimana konsert 60an boleh diselitkan dalam acara Festival Kedah Sejahtera tersebut. Pada hal sebelum ini, PAS juga merupakan kumpulan ataupun parti yang mewakili rakyat menentang sebarang bentuk konsert yang bersifat melalaikan orang ramai”.

“Lebih memalukan..kami dari Dewan Pemuda kawasan-kawasan seluruh Kedah di minta untuk berkerjasama menyebarkan handbill-handbill tentang program tersebut kepada rakyat dalam kawasan masing-masing, katanya.

Katanya lagi, Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu telah memutuskan melalui Dewan Hariannya bahawa tidak mengedarkan handbill tersebut, di samping akan memboikot program Festival Kedah Sejahtera jika ia tidak mengikut lunas-lunas yang selari dengan ajaran Islam”.

Kaman berkata, walaupun tidak dinafikan ada juga program-program lain yang disediakan oleh penganjur di anggap baik serta berfedah kepada rakyat dan tidak melanggari ketetapan syarak, namun bukan bermakna program berunsur maksiat seperti itu boleh diadakan. Mencampur aduk antara tindakan baik dan tidak baik adalah sesuatu yang lari dari asas Islam”.

Sementara itu, Hj Hashim Abu berkata, Kerajaan Kedah tidak sepatutnya meluluskan ataupun tidak mengambil peduli langsung tentang program yang akan dijalankan. Sepatutnya sebelum mereka meluluskan sebarang program yang hendak dianjurkan oleh kerajaan ataupun pihak swasta hendaklah terlebih dahulu di lihat dari kacamata agama Islam”.

“Adalah kerajaan Kedah tidak ada peraturan-peraturan berkaitan hiburan supaya menjadi garispanduan oleh pihak penganjur, soalnya.

Katanya lagi, saya rasa amat kecewa dan malu, jika program konsert 60an ini diteruskan juga kerana ia boleh mencalarkan imej PAS sebagai sebuah parti yang memperjuang Islam, di samping ia gagal untuk membendung budaya yang tidak Islamik yang selama ini menjadi punca kerosakkan moral rakyat seperti yang dilaksanakan oleh Umno/Bn”, katanya.

Mengikut maklumat yang tertulis di dalam handbill yang diedarkan petang tadi bahawa pada 25 Julai akan diadakan Konsert 60an yang turut disertai oleh penyanyi di zaman tersebut yang terdiri A.Halim, L.Ramlie, J. Sham dan Live Band.

Hj Hashim menambah, dimanakah kewajarannya pihak penganjur Festival Kedah mengadakan program tersebut. Apakah mereka juga termasuk golongan yang masih keliru ataupun telah dikelirukan untuk membezakan yang mana satu hiburan yang dibenarkan oleh syarak ataupun sebaliknya”.

“Jangan kerana terdesak nak tarik orang ramai datang, pihak penganjur sudah terlupa antara yang halal dan haram. Mereka yang seperti ini perlu ditegur oleh Menteri Besar Kedah supaya ia tidak memalukan kerajaan dan PAS itu sendiri, katanya lagi.

Sementara itu Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu mendesak supaya pihak penganjur mengkaji semula semua program yang berunsur hiburan di Festival Kedah Sejahtera serta tampil memberi penjelasan tentang kewajaran mereka mengadakan konsert 60an tersebut.

“Kami (Dewan Pemuda) sama sekali tidak akan memberi kerjasama dan merestui program bersifat mungkar tersebut diteruskan, Kaman berkata.

2 ulasan:

syahril berkata...

saya bersetuju dengan kepimpinan pemuda kbg pasu,mereka telah membuat satu tindakan yang berani untuk menegakkan kebenaran.

amdang81 berkata...

Assalamualaikum...

Sedikit 'terasa' dengan apa yang dicoretkan di sini. Bukan terasa dengan konsert 60-an yang dikatakan itu, tetapi terasa dengan sikap KENYATAAN TERBURU-BURU yang dikeluarkan.

Apa salahnya sekiranya diselidiki dulu bagaimana bentuk programnya, apakah lagu-lagu lama yang disampaikan itu dan sebagainya.

Rasanya tidak sukar untuk diselidiki bagi PIMPINAN PEMUDA KAWASAN yang KETUA PEMUDA biasanya adalah AJK PEMUDA NEGERI. Berhubunglah, bertanyalah, tegurlah jika perlu. Tetapi bukan secara melulu tanpa USUL PERIKSA sudah membuat KEPUTUSAN.

Jagalah ADAB berjamaah

Wallahua'lam.

Pengikut