Beberapa hari yang lalu saya berkesempatan berbual dengan dua orang ADUN dari Kedah.
Kisah V Arumugam ADUN Bukit Selambau yang kerap hilang, Menteri Besar Kedah dipanggil mengadap istana, cubaan mengepung ADUN di Kedah terutama sekali dari PKR oleh parti pembangkang, pilihanraya kecil dan beberapa isu menarik di sebelah sini diperbualkan.
Saya berpandangan bahawa isu Aru berkahwin dengan wanita kedua tanpa berdaftar adalah satu perkara biasa di Malaysia bagi kaum Cina dan India. Sepertimana biasanya bagi mereka bermain mahjung dan dibolehkan meminum arak.
Mereka akan memberontak apabila timbul krisis dalam institusi kekeluargaan. Begitu jua dengan sikap kerajaan Malaysia yang menghalalkan 'judi halal' dan 'arak halal'.
Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 membenarkan mana -mana perkahwinan secara adat sebelum tahun 1993 dan dikira sebagai sah dari segi undang-undang.
Sebenarnya Akta ini mengekang lelaki bukan Islam dari berpoligami. Tetapi secara amnya semua orang tahu, bahawa ramai lelaki bukan Islam yang berkemampuan akan memiliki isteri kedua dan seterusnya secara tidak berdaftar.
Bukan satu kes. Saya pernah menganggotai jawatankuasa Tribunal Perkahwinan. Boleh dikatakan isu dan masalah rumah tangga hampir tujuh puloh peratus pasangan ditribunal berpunca dari 'orang ketiga' ini.
Malah ada lelaki Cina dan India pernah mencadangkan supaya pendaftaran untuk berkahwin isteri kedua dan ketiga dibenarkan sepertimana poligami dibolehkan dalam Islam.
Dalam keadaan tertentu, masyarakat bukan Islam kelihatan merindui juga falsafah disebalik berpoligami.
Bukan sahaja individu biasa, hatta politikus, ahli akademik, ahli perniagaan, peguam, pegawai perubatan dan sebagainya pernah ditemui ada "isteri" kedua tanpa didaftar.
Dari segi undang-undang ianya salah apabila dibuktikan - sama seperti perkahwinan lelaki Islam di luar negara dan tidak didaftarkan di Malaysia.
Bezanya, Islam memberikan hak itu untuk melakukannya secara adil tetapi masyarakat bukan Islam tidak mempunyainya.
Dalam kes Aru - apakah ia berkahwin secara adat sebelum 1993 atau ia terpalit dengan isu lain.
Apapun Aru tidak senasib dengan Behrang, Changkat Jering, Jelapang dan Bota. Aru dipuji dan mendapat simpati.
Mereka berempat pula diibaratkan, 'harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan