Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Rabu, 18 Februari 2009

Apa makna demokrasi jika 'rampasan kuasa' dihalalkan?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Hanya 11 bulan sahaja kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat bertahan.Gelodak politik dan silap mata yang dimainkan Najib nyata memporakperandakan keutuhan kerjaan yang dipilih secara sah pada 8 Mac 2008.

Kemasukan Adun Bota, Dato Nasharudin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) langsung tidak membantu malah beliau sendiri sebaliknya kembali semula ke dalam Umno dengan pelbagai alasan tidak seperti semasa menyertai Keadilan
Teka teki permainan silap mata yang bermula dengan kehilangan Adun Behrang dan Adun Changkat Jering terjawab dengan pantas apabila tidak sampai 24 jam mengumumkan menjadi Adun Bebas, mereka menyokong Umno.

Memulangkan semula kata-kata Najib ketika isu lompat parti Adun bota, bahawa ketika itu adun bota dikatakan 'mengkhianati' amanah pemngundi yang mengundi BN, mungkin kes Adun Behrang dan Changkat Jering ini bolehlah dikatakan sama.

Malamngnya kali ini skrip Najib amat berbeza, lompat baginya satu kaedah halal kerana Anwar juga menghalalkannnya sebelum ini ketika kononnya mahu mengambilalih kerajaan pada 16 September 2008.

Kata-kata Anwar diulang siar oleh media arus perdana meskipun sebenarnya 'kondisi' lompat yang berlaku di Perak yang diusahakan Najib cukup berbeza.

Terdengar beberapa laporan menyatakan bahawa adanya suapan berjuta ringgit, janji manis hingga kepada penyelesaian masalah yang dihadapi Adun-adun yang melompat.

Dua Adun Bebas yang sebelum ini mewakili KeADILan, Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu mempunyai kes rasuah di mahkamah yang sememangnya menjadi umpan kepada BN untuk mengheret mereka ini 'menjadi sasau' seketika.

Perihal pelawaan lompat ini masih berterusan, seperti kata Guang Eng bahawa BN masih lagi mengumnpan untuk Adun-adun Pakatan Rakyat menyertai BN.

Kali ini selepas membentuk kerajaan BN di Perak, mereka dengan sengaja mengosongkan empat lagi jawatan Exco yang masih kosong dengan harapan bahawa jika adun-adun PR menyertai kerajaan haram BN ini 'akan dapat' salah satu jawatan tersebut.

Guang Eng secara sinis menempelak tindakan kerajaan haram BN Perak yang dilihat sebenarnya tidak mampu mentadbir dengan hanya enam anggota exco, sebaliknya ia satu perangkap.

Seperkara yang menarik perhatian, ada dakwaan dari beberapa penulis blog mengenai perihal umpan lompat dan pembentukan kerajaan BN ini ada kaitan dengan usaha orang-orang Presiden Umno untuk memerangkap Najib.

Mungkin perihal ini satu perangkap yang tanpa disedari Najib, tatkala Timbalan Presiden Umno itu kini dilihat Umno sebagai 'wira' kepada parti kerana berjaya kembalikan pemerintahan Umno di Perak.

Namun, rakyat rata-ratanya melihat tingkah laku sebenar Najib yang rakus dalam melakukan sebarang tindakan tatkala namanya semakin pasti sebagai pengganti Perdana Menteri selepasMac ini.

Persoalan moral lansung tidak diendahkan Najib memandangkan pemimpin 'kaki ampu' mula memuji tindakan Najib ini,walaupun rakyat meluat dengan permainan jahat ini.

Kini seluruh mata tertumpu kepada Kedah dan Selangor yang mula diinjak kelompok yang tidak meletakkan 'kuasa rakyat sebagai tanda aras kepada sokongan membentuk kerajaan.

Mungkin benar Anwar yang menghalalkan 'lompat', namun perihal lompat yang dihalalkannya berbeza dengan usaha lompat yang dihalalkan Najib dan seluruh kepimpinan Umno/BN.

Cuma ujian yang menimpa Pakatan Rakyat di Perak bolehlah menjadi iktibar kepada empat lagi kerajaan negeri yang dipetrintah Pakatan Rakyat untuk lebih berhati-hati dari melakukan kesilapan kerana 'mungkin' ada pembelot di kalangan Adun atau Exco yang sudah terkena
jerat' umpan BN.

Demokarsi kini sudah mula tiada, nilai undi rakyat mudah-mudah dipermainkan Adun yang pandai melompat walaupun rakyat secara umumnya mahukan pembentukan kerajaan dikembalikan dengan suara rakyat memilih dalam pilihan raya kecil.

Rata-rata pemerhati politik yang bebas seperti Pensyarah Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mencadangkan pilihan raya kecil bagi menentukan kerajaan pilihan rakyat.

Namun suara mereka ini dibayangi 'penganalisis dan pensyarah politik kangkung' yang sering menjadi tamu media arus perdana dengan kenyataan amnpuisme.Erti demokrasi hanya mengikut selera mereka tatkala massa memihak kepada mereka.

Seketika sebelum ini penguasa menempelak sistem beraja hingga ada usaha untuk menghadkan kuasa raja, malah ada juga perihal seperti di Terengganu dan Perlis di kalangan pemimpin Umno 'me'natang' kan' raja-raja, namun kini merekalah kononnya pembela raja demi untuk menutup usaha 'celaka' yang memanipulasi sentimen bangsa.

Benar kata Tun Mahathir Mohamad,Melayu mudah lupa,lupa yang Umnolah yang mencetus kepada raja, dan kini mereka mula bermuka-muka.

Rakyat pastinya tidak akan lupa tinfdakan Umno/BN ini yang mengundang kepada penyusutan 'demokrasi'.Rakyat perlu menilai sebijaknya dalam pilihan raya umum ke-13 untuk menghukum perosak demokrasi ini.

Tiada ulasan:

Pengikut