Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu dan Jerlun akan menganjurkan Himpunan Membantah Pencerobohan Israel ke atas bumi Palestin yang telah memasuki hari ke-12.
Program tersebut akan dihadiri oleh pimpinan PAS Negeri Kedah Darul Aman serta Ngo-Ngo seperti ABIM, JIM, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu bahawa, Himpunan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat, khususnya umat Islam tentang kezaliman, kebidapan dan kebinatangan regim Yahudi-Zionis yang telah menceroboh masuk ke bumi Palestin.
"Sesungguhnya Pemuda PAS merasakan bahawa tindakan regim Zionis yang bertindak di luar batas kemanusiaan membunuh melalui pengeboman tempat-tempat awam seperti sekolah, universiti, hospital, kawasan perumahan dan bandar Gaza perlu dikutuk serta ditentang dengan sekeras-kerasnya oleh penduduk muka bumi melihat kejadian ini", ujarnya.
Ustaz Yusof menambah, "Dewan Pemuda Kubang Pasu dan Jerlun yang menjadi penganjur bersama program ini menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya supaya dapat hadir di dalam himpuan yang diadakan pada 9 Jan (Jumaat) seperti poster di atas sebagai bukti rasa kasih sayang kita terhadap umat Islam Palestin yang seAkidah dengan kita"
.Di samping, himpunan bantahan tersebut pihaknya akan membuat kutipan derma kilat untuk di sumbangkan terus kepada rakyat Palestin serta kumpulan Jihad Islam dan Hamas yang sedang gigih berjuang di sana.Dalam program tersebut, Pemuda akan membakar bendera Israel dan sekutu karipnya iaitu Amerika Syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan