Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Rabu, 2 Januari 2008

Kenapa Ketua Umno Labis pertahankan Chua Soi Lek?

Akhirnya teka-teki yang mengaitkan video seks di Johor dengan seorang ahli MCA yang juga menteri dalam kabinet Abdullah Badawi diakukan.

Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan Malaysia tidak seperti menteri-menteri dalam UMNO dan MIC . Ia akhirnya terpaksa membuat pengakuan terbuka bahawa beliaulah orangnya yang berpasangan dengan "kawan'nya.

Semua manusia melakukan kesilapan. Itulah sebabnya isteri dan anak-anak telah memaafkan Chua dan masih menerimanya sebagai ketua keluarga.

Biarlah Chua sebagai seorang yang bukan Islam mempertahankan tindakannya itu. Biarlah dia berusaha membebaskan dirinya mungkin dengan keampunan agamanya. Itu adalah haknya.

Walau apapun, beliau tidak dapat lari dari tanggungjawabnya sebagai salah seorang pemimpin di negara timur.

Namun apa yang menghairankan kita adalah gelagat beberapa pemimpin UMNO termasuk Ketua UMNO Bahagian Chua sendiri yang begitu bersemangat mempertahankan Chua.

Apakah nilai yang diambilkira oleh kepimpinan UMNO bahagian berkenaan ?

Budaya mengatasi hukum atau hukum mengatasi adat ?

Pada saya, sudah tentu sikap dan tindakan Chua itu akan dipuji. Bukan sahaja ia mengaku perbuatannya yang dikira melanggar tatasusila kebudayaan timur, malah ia memohon maaf kepada keluarga dan berjuta rakyat Malaysia.

Cumanya, ia masih ingin mengekalkan jawatannya dalam kepimpinan negara . Alasannya adalah sama sahaja seperti yang sering diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain. Iaitu perlantikan mereka dilakukan oleh Perdana Menteri walaupun rakyat yang mengundi mereka. Jadi, selagi PM mahu, mereka akan kekal.Apakah PM Abdullah akan mengekalkan Chua ? Pilihanraya sudah semakin hampir. Abdullah sudah tentu tidak mahu kelihatan terpalit dengan ‘drama MCA’ itu.

Walaupun Abdullah mempamerkan dirinya terbaik dan mendapat nama sebagai cucu ulama, namun rakyat sudah hilang kepercayaan kepadanya. Abdullah sedar akan perkara ini. Abdullah bikin tak serupa cakap.

Pastinya Abdullah akan cuba mempamer dan menyakinkan rakyat sekali lagi bahawa dia adalah yang terbaik. Pertama kerana pilihanraya sudah semakin dekat. Kedua, biar ia mengorbankan Chua yang memang tidak berapa disenangi oleh beberapa kumpulan dalam MCA.

Ketiga, jika Chua diarahkan meletakkan jawatan, penggantinya akan diisi dalam waktu terdekat. Keempat, video ‘aksi’dan pengakuannya sudah membuatkan rakyat marasakan Chua sepatutnya dihukum. Kelima, PM akan menggunakan alasan bahawa rakyat sudah tahu dan sesuatu perlu dilakukan. Sudah terang lagi bersuloh.

Puas hati PM dan puas juga hati sekerat puak dalam MCA tidak timbul.

Nilai-nilai kerohanian sudah berpisah dari jasad. Ibarat singa dan harimau yang dipertontonkan bukan di zoo, tetapi di muzium-muzium.

MCA berat melepaskan Chua. Abdullah pun begitu. Tetapi Abdullah mesti kelihatan bersih kerana pilihanraya.

Inilah demokrasi ala Malaysia. Semuanya bergantung kepada PM. PM menyelamatkan kabinet dan kroninya, dan mereka pula menyelamatkan PM.Dalam hal ini, jalan tengahnya ialah Chua mesti dikorban dan di'muzium'kan.

Tiada ulasan:

Pengikut