Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Ahad, 27 Januari 2008

Pilihanraya awal: "Bukan faktor Anwar" Abdullah beritahu CNN

Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan merupakan faktor untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum ke-12 lebih awal. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, banyak perkara lain perlu di fikirannya sebelum memutuskan untuk mengadakan pilihan raya itu.

Pada masa sama, beliau berpendapat, rakyat negara ini sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

''Itu (Anwar) bukan dalam fikiran saya... banyak perkara lain yang perlu saya fikirkan sebelum memutuskan membubarkan Parlimen dan seterusnya menetapkan tarikh untuk pilihan raya,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam temuramah ringkas oleh saluran televisyen antarabangsa CNN secara langsung ketika beliau berada di Davos, Switzerland malam ini.

Abdullah ditanya mengenai spekulasi bahawa Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal disebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu boleh bertanding dalam pilihan raya sekiranya ia diadakan selepas bulan Mei ini.

MandatAbdullah menjelaskan antara faktor yang membuatkan sekiranya beliau mengadakan pilihan raya awal adalah kerana Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat yang baik daripada rakyat untuk membenarkan kerajaan menangani pelbagai isu pada masa depan.

"Ada terlalu banyak perkara, kami mesti menghadapi pelbagai isu pada masa depan, (oleh itu) mendapat mandat daripada rakyat adalah sangat baik," katanya.

Ditanya sama ada pilihan raya akan diadakan pada pertengahan Mac ini, Abdullah menjawab beliau tidak dapat menjawab soalan itu.

"Saya tidak boleh beritahu awak tarikhnya kerana saya belum lagi membubarkan Parlimen," katanya.

Kepada satu soalan mengenai kebangkitan ekstremis Islam, Abdullah sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berkata, isu kemiskinan, peratusan tinggi buta huruf dan kemunduran dalam negara-negara Islam perlu ditangani dalam usaha memerangi keganasan.
"Ia perlu ditangani kerana apabila seseorang itu miskin, ia berasa disisihkan, dihalang mendapat sesuatu dan sebab itu mereka melakukan pelbagai tindakan agar mendapat perhatian," katanya

Tiada ulasan:

Pengikut