Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Sabtu, 19 Januari 2008

Hanya minyak boleh diturunkan, kata Anwar

Oleh Wartawan Malaysiakini


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaskan bahawa harga minyak boleh dikurangkan ekoran keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat minyak negara, Petronas.
"Selama lapan tahun saya menjadi menteri kewangan, harga selitar petrol hanyalah RM1.10.
Hanya sekali saya naikkan harganya sebanyak tiga sen tetapi diturunkan semula kepada harga lama bila saya dapati kerajaan mampu memberi subsidi, dan pada masa itu Petronas mencatat keuntungan kira-kira RM30 bilion setahun," katanya.
“Sekarang mereka untung RM70 hingga RM80 bilion setahun dan mereka mahu naikkan harga minyak," kata beliau dalam ceramahnya di Pantai Kundur dalam kawasan Parlimen Tangga Batu di Melaka.
Selain Pantai Kundur Anwar turut menyampaikan ceramahnya di kawasan perindustrian Cheng, juga dalam kawasan pilihanraya yang sama, dan di Paya Mengkuang dalam kawasan Masjid Tanah.
Di Paya Mengkuang, Anwar berucap kepada kira-kira 200 orang hadirin, sebahagian besarnya terdiri daripada penternak babi dan peniaga kecil.
Katanya, penduduk di situ telah menjalankan pekerjaan menternak babi sejak tiga hingga empat dekad yang lalu.Isu ternakan babiMenurutnya, jika langkah melindungi alam sekitar dapat dilakukan dengan baik, maka tidak perlu penternak babi di situ dihalang daripada meneruskan pekerjaan mereka selama ini.
“Jika mahu menghentikan ternakan babi di sini, anda mesti diberi kawasan alternatif. Islam tidak menghalang bukan Islam daripada mendapat punca pendapatan daripada pekerjaan yang telah mereka jalankan selama ini," katanya, disambut tepukan gemuruh para hadirin.Tahun lalu, kerajaan mahu menutup ladang ternakan babi di situ kerana mendakwa ia menjadi menjadi punca pencemaran akibat najis babi.
Bagaimanapun, ia mendapatkan tentangan hebat dari penternak terbabit, menyebabkan kerajaan terpaksa menghentikan tindakan tersebut dan memberi masa untuk mereka mengurangkan jumlah ternakan mereka.

Melaka dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN). Dalam pilihanraya 2004, BN memenangi kesemua kerusi Parlimen dan 26 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.
Bagaimanapun, para aktivis pembangkang yakin, dengan kedatangan Anwar berceramah di negeri tersebut, mereka akan dapat menembusi kubu-kubu kuat BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Tiada ulasan:

Pengikut