Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Memaparkan catatan dengan label Ketua Penerangan DPPKP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua Penerangan DPPKP. Papar semua catatan

Selasa, 24 Februari 2009

Nasib YB Si Katak Lompat -Jamaluddin

Oleh Ketua Penerangan DPPKP

Pada ketika penulis balik kampung (DUN Pasir Panjang) baru-baru ini, setelah sekian lama melihat dari jauh suasana yang berlaku di Perak, terasa akan suatu perubahan yang besar dalam suasana politik Perak. Inilah yang mungkin dikatakan 'rahmat disebalik dugaan' yang Allah turunkan. Kalau dulu di kedai-kedai kopi, warung-warung waima kedai-kedai makan semuanya akan berbual perkara-perkara yang kurang berfaedah atau hanya berbual kosong.

Namun apa yang berlaku kini, kebanyakan 'penghuni-penghuni' tetap warung-warung dan kedai-kedai kopi ini akan bercakap berkisar apa yang berlaku terutamanya tentang Politik Perak.

Bercakap soal Perlembagaan Nagara, Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan ntah apa-apa perlembagaan lagi yang menjadi topik perbincangan mereka. Ada diantaranya yang tak pernah tahu dan dengar pun apa itu perlembagan-perlembagaan tersebut. Namun atas apa yang berlaku pada ketika ini, secara tak langsung mereka menjadi arif soal Perlembagaan Negeri terutamanya Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Inilah yang dikatakan pertolongan Allah, selama ini terutamanya para pemimpin Pakatan Rakyat cuba menerangkan kepada rakyat apakah kerosakan-kerosakan yang telah dilakukan oleh pimpinan UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun mereka memerintah Malaysia khususnya di Negeri Perak.

Berbalik kepada cerita si Jamaludddin lompat ni, baru-baru ni penulis terserempak dengan salah seorang kawan yang tinggal di dalam DUN Behrang.

Mengikut ceritanya, sejak bermulanya krisis politik di Perak, para penduduk di DUN Behrang tertungu-tunggu kepulangan Jamaluddin lompat ni. Maklumla orang dah terlebih popular. Asyik keluar surat khabar aje, bila pulak nak jengok kawasan kan. Namun demikian, dari cerita yang penulis dengar, kebanyakan para penduduk Behrang menunggu kepulangan Adun lompat mereka ini dengan perasaan marah.

Agak-agaknyalah dengan apa ye penduduk Behrang ni tunggu Adun lompat mereka ni? karpet merah? (agak-agaknya lah). Tapi yag penulis takutkan ada dari kalangan pendudk DUN Behrang ni yang tunggu kepulangan si lompat ni dengan parang panjang. Inilah akibatnya kalau ikut kemahuan syaitan dan utamakan nafsu berbanding tanggungjawab yang perlu dipikul. Kalau takutkan manusia lebih pada takutkan Allah dan adakalanya tak takut Allah langsung inilah yang mereka hadapi. Nauzubillah. Semoga keluarga mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Insya Allah.

Inilah yang dikatakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat, jangan mengharap sesuatu yang terlalu manis dalam perjuangan ini. Ini adalah kerana kebenaran memang amat berat untuk ditegakkan. Rasulullah juga menghadapi perkara yang sama sewaktu berdakwah ke ta`if. Semua lebih maklum berkaitan sirah tersebut. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Melihat kepada senario yang berlaku terhadap si Jamaluddin lompat ni, maka dapat diandaikan bagaimanakah nasib 3 ekor katak yang lain. yang tentunya mengalami nasib yang sama. YB Yee misalnya masih gagal dikesan, Datuk Nasharudin juga tidak kelihatan dikawasan beliau (Bota) begitu juga dengan Osman jailu yang tak nampak di Changkat Jering.

Menurut cerita sahabat penulis lagi, jika selepas PRU 12 yang lalu YB Jamaluddin menjadi wira kepada tanah air beliau (Felda Behrang). Senario yang akan berlaku bagi kebanyakan wakil-wakil rakyat yang baharu menjadi wakil rakyat

Baca Seterusnya......

Khamis, 19 Februari 2009

Kalau HINDRAF di haramkan, kenapa SIS tidak - ni lagi satu puak yang perlu dihapuskan selain UMNO

Oleh attakiri

"Sister In Islam(SIS) telah menganjurkan program Musawah yang mempertemukan tokoh Islam Liberal dari 40 buah negara bertempat di Price Hotel, Kuala Lumpur. Menurut Persatuan Ulamak Malaysia cawangan Pulau Pinang, Pertemuan 5 hari ini yang berakhir hari ini membincangkan soal kesamarataan antara lelaki dan wanita dalam hal faraid, poligami, aurat dan sebagainya


SIS merupakan pertubuhan yang kononnya ditubuhkan bagi memperjuangkan hak kesamarataan, keadilan dan martabat wanita . Contohnya apabila SIS mempertikaikan undang-undang kekeluargaan wilayah persekutuan berhujjahkan bahawa undang-undang tersebut menzalimi wanita. SIS juga menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam dan khatib pada hari jumaat berhujjahkan bahawa wanita perlu mendapat hak seperti lelaki.

Ini semua adalah sebahagian perjuangan SIS dalam memartabatkan wanita. Bagi penulis, perjuangan SIS sebenarnya mengkhianati fitrah seorang wanita.

Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah menciptakan lelaki dan wanita yang mempunyai infrastruktur yang agak berbeza samada dari sudut penciptaan, perasaan dan fitrah. Namun Allah SWT menjadi ganjaran pahala untuk setiap lelaki dan wanita adalah sama walaupun amalan yang dilakukan adalah berbeza.

Sebagainya contoh, apabila seorang suami diberi keistimewaan mendapat pahala berjuang di medan perang, isteri pula akan mendapat pahala yang sama jika menjaga kehormatan dan harta benda suami ketika suami pergi berperang. Bahkan jika diteliti dengan setelitinya, begitu banyak limpahan pahala yang Allah kurniakan kepada seorang wanita walaupun dengan amalan yang sedikit.

Ini adalah bukti bahawa Islam ini datang membawa rahmat kepada semua manusia samada lelaki atau wanita. Tidak pernah timbul isu wanita direndahkan martabat kerana hak untuk penafsiran Al-Quran dilakukan secara ekskelusif oleh ulamak lelaki. Bahkan ramai ulamak-ulamak tabien mengambil ilmu penafsiran Al-Quran daripada isteri-isteri nabi. Bukahkah isteri nabi seorang wanita.?. ulamak tidak pernah zalim dalam menafsirkan Al-Quran. Bahkan disiplin untuk menafsirkan Al-Quran amatlah ketat dan berpandukan kepada apa yang diajar oleh Hadis Nabi SAW.

Keadilan Islam bukan bermakna kesamarataan. Keadilan Islam ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Islam meraikan wanita dengan tidak mewajibkan mereka mencari nafkah untuk keluarga. Islam meraikan wanita dengan tidak mewajibkan mereka pergi berperang menentang musuh. Islam meraikan wanita dengan membenarkan bagi wanita yang menyusu untuk berbuka puasa. Begitu banyak kelebihan yang diberikan kepada seorang insan yang bernama wanita.

Sebelum kedatangan Islam, wanita hanya dipandang objek sex semata-mata. Tubuh wanita diperdagangkan. Wanita tidak mendapat hak daripada harta suami, bahkan wanita menjadi harta pusaka yang boleh diwarisi. Pernah satu ketika, perbincangan dibuat bagi menentukan status wanita samada mereka ini manusia atau binatang.? Ini merupakan sebilangan kecil contoh-contoh tentang hinanya wanita pada masyarakat jahiliyyah.

Apabila datangnya Islam, wanita telah diletakkan pada kedudukan yang sebenarnya. Wanita mula dihormati, hak-hak wanita yang dikatakan tidak adil oleh SIS merupakan satu keadilan kalau hak tersebut dikaji dengan lebih teliti.

Isu poligami, faraid, aurat dan pelbagai lagi adalah untuk memberi keadilan kepada semua pihak samada wanita atau lelaki. Islam bukan sekadar meraikan wanita, bahkan lelaki juga.

Penentangan SIS dilihat sebagai cara untuk mengembalikan wanita ke zaman jahiliyyah dalam bentuk yang lebih moden. isu poligami, adakah SIS lebih rela seorang suami menyimpan perempuan simpanan.? Bahkan istilah perempuan simpanan lebih menghinakan wanita daripada istilah seorang isteri. Isu poligami selalu dipermain-mainkan. Islam telah meletakkan pelbagai syarat untuk membolehkan poligami dilakukan. Adil menjadi syarat yang paling utama.

Begitu juga dengan isu-isu lain. Yang penting semua umat Islam perlu meyakini, Syariah Islam yang diturunkan kepada manusia merupakan satu keadilan yang tidak berbelah bahagi.

Oleh itu, apa perjuangan SIS yang sebenarnya. Kalau betul SIS membela wanita, sepatunya SIS menentang pengeksplotasian wanita dalam iklan-iklan yang tidak berkaitan. Isu penyebaran gambar bogel adun bukit lanjan, isu norita, isu altantuya dan pelbagai isu yang dilihat menghina wanita perlu diperjuangkan oleh SIS. Termasuk isu pelacuran, rumat urut, GRO yang jelas merendahkan martabat wanita.

Tapi semua ini tidak dilakukan oleh SIS. SIS hanya membincangkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan idelisma yang menyimpang dari Islam. ini semua akan memecahkan perpaduan umat Islam. oleh itu, kalau kerajaan mengharamkan Hindraf kerana menggangu ketemteraman awam, SIS lebih wajar diharamkan. SIS bukan sekadar menggangu ketenteraman awam, bahkan SIS telah mencabar sensitiviti umat Islam seluruhnya.

www.attakiri.blogpot.com Baca Seterusnya......

Anggap Tindakan Speaker Komedi,Nazri Buta Undang -Undang :kata2 menteri takdak menteliti

Oleh YB KHALIL IDHAM LIM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengeluarkan ulasan awal mengenai penggantungan Zambry dan 6 Exco yang melakukan rampasan kuasa di Perak dengan berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, melarang yang terlibat daripada menghadiri sesi Dewan sebagai satu komedi.
Sebetulnya ulasan dari Nazri lah satu komedi dan menunjukkan kejahilannya mengenai peraturan dewan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak.

Sambil menyifatkan perlakuan Speaker itu juga mempersendakan Dewan berkenaan, tetapi realitinya Nazri lah yang buta undang-undang dan mempersendakan peraturan dewan yang ada di Perak.

Nazri juga mempersendakan tindakan V.Sivakumar dengan berkata, "Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu" .

satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab dan tidak menghormati langsung undang-undang sesebuah negeri.

Pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini Nazri sepatutnya terlebih dulu merujuk dengan teliti asas dan peraturan yang ada sehingga Jawatankuasa hak dan kebebasan bertindak terhadap Zambry dan 6 Exco kudeta.

Kenyataan akhbarnya dengan menggunakan perkataan "komedi",dan "beliau langsung mempunyai bidang kuasa itu" adalah kalimat yang sengaja memperkecilkan tindakan yang dilakukan Speaker dan ahli jawatankuasa hak dan kebebasan yang sah menurut undang-undang.

Baca Seterusnya......

Rabu, 18 Februari 2009

Dimanakah Raja Ahmad ?

Kemelut yang berlaku di Perak dengan rampasan kuasa mendapat ulasan dari banyak pihak dan kejayaan rampasan kuasa ini memberi harapan kepada pimpinan UMNO yang senior untuk mendapat tempat dalam beberapa pelantikan penting dalam kerajaan Perak kudeta.

Paling penting sesudah jawatan Menteri Besar terdapat lagi jawatan Exco dan satu kejutan bila Zambry mewujudkan jawatan yang menyalahi undang-undang Perak yang sedia ada dengan melantik 4 orang penasihat bertaraf exco.

Setakat ini kita menyaksikan ADUN Kubu Gajah, Raja Ahmad Zainuddin masih tidak terlibat dengan apa-apa jawatan penting adakah Exco dan penasihat yang saya maksudkan.

Kemelut yang berlaku di kawasannya sendiri masih belum berakhir. Pemilihan Ketua bahagian Larut masih belum selesai.

Komen dan ulasan mengenai isu yang sedang berlaku di Perak nampaknya tidak memaparkan komen dari Raja Ahmad, adakah disengajakan atau dia tidak berminat hendak beri komen.

Dari Ahli Parlimen dia di bawa balik bertanding ke DUN, dengar khabar dialah antara exco yang akan dilantik sekiranya BN menang. Namun impian tidak menjadi kenyataan !

dipetik http://idhamlim.blogspot.com Baca Seterusnya......

Wahid angkat sumpah.


KUALA LUMPUR, 17 Feb :- Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohd. Abdul Wahid, 52, berpakaian baju Melayu berwarna gelap lengkap bersongkok, turut menerima kata-kata nasihat daripada Pandikar Amin, yang mahukan memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan dan negara serta dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Wakil rakyat dari PAS itu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,631 undi pada 17 Januari lepas.

Beliau memperoleh 32,883 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meraih 30,252 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lepas.

Sementara itu, Pandikar Amin turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Roslan Shaharum, Anggota Parlimen Bukit Gantang dari PAS yang meninggal dunia pada 9 Februari akibat diserang sakit jantung.

Beliau meminta anggota Dewan beragama Islam menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham manakala yang bukan beragama Islam bertafakur selama seminit, sejurus selepas upacara mengangkat sumpah itu.
Baca Seterusnya......

Jumlah anak tanpa bapa mencecah 257,411

OLeh DRS. KHALIL IDHAM LIM
BAYAN BARU, 16 Feb : - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi.Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya.

Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat. "Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia," tegasnya.
Menurut beliau, jika penyakit sosial kerajaan bertungkus lumus mencara formula inikan pula penyakit moral yang pastinya lebih mencengkam bila usaha ke arah itu tidak dijalankan segera.Justeru, kerajaan wajar mengemukan pelan terkini ekoran golongan terbabit merupakan golongan yang tidak maruah dan perlukan pemerhatian yang tinggi, katanya.
"Tidak berguna jika kita mempunyai pokok yang mati sedangkan kita memerlukan pokok hidup yang boleh membantu pernafasan kita setiap hari.
Begitu juga dengan moral ia patut dipelihara bukan dibiarkan," terang Muntaz lagi.Berceramah sama dalam majlis itu ialah Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Malik Abul Kasim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Kedah, Ustaz Izzat Mohd Sauki.
Baca Seterusnya......

Pengikut