Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mac 2009

Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin Calon Parlimen Bukit Gantang

Menteri Besar Perak Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan. Iklan

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu. - azm _
Baca Seterusnya......

Khamis, 14 Februari 2008

SPR: Pengundian pada 8 Mac

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 24 Feb manakala pengundian pada 8 Mac, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di sini hari ini. Baca Seterusnya......

PM bubar Parlimen -- 15 bulan lebih awal dari tempoh tamat penggal ke-11

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa Rabu bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada tengah hari Rabu.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Semasa pengumuman itu yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya jentera BN telah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Senarai calon telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata bahawa BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi.

Pemerhati politik meramalkan pengundian akan diadakan pada awal bulan depan manakala hari penamaan calon dijangka diadakan dalam minggu terakhir bulan ini.

Ini berdasarkan amalan SPR sebelum ini yang menetapkan tempoh kempen berlangsung 10 hari sahaja pada beberapa pilihan raya umum lepas.

Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 1969, proses demokrasi itu berlangsung dalam tempoh 16 hingga 20 hari sahaja.

Pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, hari penamaan calon dan hari pengundian berlangsung dalam tempoh 17 hari dari tarikh pembubaran.

Sejumlah 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Pada pilihan raya umum 2004, sejumlah 219 kerusi Parlimen dipertandingkan tetapi kali ini terdapat pertambahan tiga kerusi Parlimen baru di Sarawak berikutan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu pada 2006.

Sebelum Parlimen dibubarkan, BN menguasai 199 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang 20 kerusi, iaitu DAP 12 kerusi, PAS enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Semasa menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar itu, Abdullah berkata kerajaan membubarkan Parlimen 15 bulan lebih awal kerana mahukan mandat baru bagi meneruskan usaha-usaha memajukan negara.

Perdana Menteri berharap para pengundi akan memberi sokongan yang besar kepada BN pada pilihan raya umum ke-12 ini untuk manfaat mereka.

"Saya berharap para pengundi akan faham isu-isu dalam negara, beri penilaian secara objektif dan beri undi kepada BN," katanya.

Abdullah yakin BN akan menang besar berdasarkan kepada prestasi kerajaan BN yang telah melaksanakan segala janjinya kepada rakyat.

Tambahan pula, katanya program-program yang dilaksanakan telah memberi manfaat kepada rakyat.

Abdullah berkata rekod BN adalah baik kerana dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.

Beliau berkata BN juga dapat meningkatkan nilai kejayaan negara dan mempunyai pengalaman mentadbir negara dengan berkesan.

Mengulas mengenai penafiannya semalam berhubung tarikh pembubaran Parlimen hari ini, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak boleh beri sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran Parlimen kerana Yang di-Pertuan Agong belum memperkenankannya lagi. Saya perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum saya boleh mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen."

Abdullah berkata tidak salah membubarkan Parlimen lebih awal sebelum mandatnya tamat. Mandat kerajaan BN berakhir pada 16 Mei 2009.

Perdana Menteri berkata pembubaran Parlimen tidak akan menjejaskan perayaan dan aktiviti masyarakat Cina yang masih merayakan sambutan Tahun Baru Cina.

Ditanya mengenai pemilihan tarikh 13 Feb untuk membubarkan Parlimen itu memberi makna tertentu, Abdullah berkata: "Tak payah ulaslah tu."

Angka 13 diketahui umum sebagai angka kegemaran Perdana Menteri.

Mengenai calon BN, Abdullah yang juga Pengerusi BN, berkata beliau belum menerima senarai calon yang lengkap setakat ini.

SPR sebelum ini telah menyatakan bahawa terdapat kira-kira 10.9 juta pemilih berdaftar, termasuk kira-kira 700,000 pengundi baru, yang layak mengundi pada pilihan raya umum kali ini.

Antara lain, SPR akan memperkenalkan peti undi lutsinar dan dakwat kekal dalam urusan pengundian pada pilihan raya umum ke-12. BERNAMA
Baca Seterusnya......

Rabu, 30 Januari 2008

Melaka: Rahim ramal peluang BN-Pembangkang 50-50



Oleh Muda Mohd Noor
Ehsan Malaysiakini.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meramalkan peluang yang seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Melaka dalam pilihanraya umum ke-12 akan datang.

"Kedua-dua pihak mempunyai peluang... BN 50, pembangkang 50. Ini ramalan saya," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di ibu negara semalam.

Abdul Rahim menjadi Ketua Menteri Melaka selama 12 tahun mulai April 1982 hingga14 Oktober 1994 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno Malaysia selepas didakwa terbabit dalam skandal seks tetapi beliau menafikan dakwaan tersebut.

"Jika mereka gembira dengan ekonomi, mereka akan sokong, jika mereka tidak gembira, mereka fikir sebaliknya. Mereka melihat apa yang ada pada hari ini, " katanya lagi.

Abdul Rahim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, sebenarnya, selain ekonomi, ada banyak isu lain lagi yang boleh mempengaruhi pengundi dalam pilihnaraya umum akan datang.

Katanya, untuk itu pemilihan calon perlu dibuat dengan berhati-hati kerana ia memainkan faktor penting untuk kemenangan parti mereka.

Faktor calon

"Sebanyak 60 peratus pengundi memilih faktor calon dan 40 peratus kerana parti. Ini fenomena yang berlaku hari ini.

"Dulu parti letak sesiapa sahaja akan menang tetapi kini telah berubah kerana faktor-faktor seperti generasi muda dan keadaan yang berbeza.

"Mereka melihat kepada keyakinan. Jika mereka yakin mereka sokong," katanya lagi.

Abdul Rahim berkata, beliau turut merasa gembira dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri sekarang yang meneruskan apa yang dilakukannya sebelum ini.

Katanya, Melaka hari ini telah mengembalikan semula kegemilangan yang dinikmati semasa Kesultanan Melaka dahulu.

Abdul Rahim juga berkata, Umno telah bersedia menghadapi pilihanraya umum di mana 191 bahagian Umno di seluruh negara diarah berbuat demikian.

'Perhimpunan haram'

Katanya, jentera penerangan bergerak lancar dengan mengadakan pelbagai majlis penerangan di seluruh negara bagi memastikan rakyat mendapat penerangan yang jelas mengenai isu-isu semasa.

Beliau berkata, banyak cabaran yang akan dihadapi oleh Umno dan BN bagi menjawab dan menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kali ini.

"Isu kenaikan harga barangan, kenaikan minyak dunia, koridor ekonomi perlu dijelaskan secara mendalam kepada rakyat.

"Kami juga menerangkan mengenai demontrasi haram yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam negara ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, jika kumpulan ekstremis menguasai negara ini, ia akan memusnahkan negara dan dasar rakyat kerajaan ialah memberi perlindungan kepada rakyat.

Pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) telah beberapa kali mengadakan perhimpunan bagi membantah perjalanan pilihnaraya yang didakwa tidak adil dan telus, selain kenaikan harga barangan
Baca Seterusnya......

Ahad, 27 Januari 2008

Pilihanraya awal: "Bukan faktor Anwar" Abdullah beritahu CNN

Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan merupakan faktor untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum ke-12 lebih awal. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, banyak perkara lain perlu di fikirannya sebelum memutuskan untuk mengadakan pilihan raya itu.

Pada masa sama, beliau berpendapat, rakyat negara ini sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

''Itu (Anwar) bukan dalam fikiran saya... banyak perkara lain yang perlu saya fikirkan sebelum memutuskan membubarkan Parlimen dan seterusnya menetapkan tarikh untuk pilihan raya,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam temuramah ringkas oleh saluran televisyen antarabangsa CNN secara langsung ketika beliau berada di Davos, Switzerland malam ini.

Abdullah ditanya mengenai spekulasi bahawa Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal disebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu boleh bertanding dalam pilihan raya sekiranya ia diadakan selepas bulan Mei ini.

MandatAbdullah menjelaskan antara faktor yang membuatkan sekiranya beliau mengadakan pilihan raya awal adalah kerana Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat yang baik daripada rakyat untuk membenarkan kerajaan menangani pelbagai isu pada masa depan.

"Ada terlalu banyak perkara, kami mesti menghadapi pelbagai isu pada masa depan, (oleh itu) mendapat mandat daripada rakyat adalah sangat baik," katanya.

Ditanya sama ada pilihan raya akan diadakan pada pertengahan Mac ini, Abdullah menjawab beliau tidak dapat menjawab soalan itu.

"Saya tidak boleh beritahu awak tarikhnya kerana saya belum lagi membubarkan Parlimen," katanya.

Kepada satu soalan mengenai kebangkitan ekstremis Islam, Abdullah sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berkata, isu kemiskinan, peratusan tinggi buta huruf dan kemunduran dalam negara-negara Islam perlu ditangani dalam usaha memerangi keganasan.
"Ia perlu ditangani kerana apabila seseorang itu miskin, ia berasa disisihkan, dihalang mendapat sesuatu dan sebab itu mereka melakukan pelbagai tindakan agar mendapat perhatian," katanya
Baca Seterusnya......

Sabtu, 12 Januari 2008

JKR diarah segerakan bayaran projek untuk biayai kempen BN

HAMPIR semua bersepakat bahawa tarikh pilihan raya umum ke-12 begitu dekat sekali. Ia bukan lagi diukur dalam tempoh "beberapa bulan", tetapi hanya tinggal "beberapa hari".
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tentu ada formula tersendiri bagi mengulangi kemenangan besar 2004, namun beliau kini tersepit kerana tarikh penting itu. yang dijangka sekitar Mac 2008, sukar dianjak lagi.
Antara persiapan paling penting Umno-BN sebelum Parlimen dibubarkan adalah menilai kemampuannya untuk membeli undi. Bukan rahsia lagi apabila kekuatan gabungan parti pemerintah amat bergantung kepada faktor kewangan yang melimpah. Dana politik Umno-BN mesti dipastikan penuh sebelum Abdullah boleh mencadangkan tarikh strategik supaya mandat baru dicari.
Tanpa bekalan dana yang mencukupi, jentera pilihan raya Umno-BN agak mustahil dapat digerakkan.
Segala-galanya memerlukan duit. Petugas dan penyokong parti hanya ghairah berkempen jika disogok dengan material termasuk penampal poster.
Justeru, kocek ahli-ahli parti harus berisi sebelum jentera kempen dilancarkan secara efektif. Ada tempat menyaksikan bendera dan sepanduk BN terperosok di bilik gerakan menjelang hari mengundi ekoran "wang lambat turun".
Ribuan juta belanja kempen
Soalnya, dari mana Umno-BN mendapatkan sumber kewangan dalam waktu sesingkat ini kalau bukan berpunca daripada khazanah kekayaan negara sendiri.
Belanja kempen BN bukannya kecil. Ia tidak diukur dalam jumlah puluhan juta ringgit lagi kerana "bisnes ini sudah melewati angka ribuan juta", termasuk untuk memastikan tiada suara protes dalam parti terhadap calon yang terpilih.
Lubuknya adalah wang pembayar cukai melalui perlaksanaan projek pembangunan secara rundingan terus. Saya pernah beberapa kali membangkitkan isu projek rundingan terus ini, termasuk membina Istana Negara baru.
Hasil pendedahan Harakah, kos pembinaan dapat dikurangkan, dari lebih RM1,100 juta kepada sekitar RM650 juta.
Menurut sumber, keuntungan projek rundingan terus begitu lumayan, sehingga 40 peratus kos keseluruhan, berbanding tender terbuka, sekitar 15-20 peratus sahaja.
Fast track
Petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat kian terserlah apabila Jabatan Kerja Raya, pada 14 Disember 2007, diarahkan untuk mengeluarkan Surat Setuju Terima atau Surat Tawaran kepada ratusan projek rundingan terus secara 'fast track'.
Diperingatkan bahawa semua Surat Tawaran itu hendaklah dikeluarkan sebelum akhir tahun 2007.

Ia bagi membolehkan bayaran pendahuluan dapat dibuat secepat mungkin kepada pihak kontraktor, dan dengan itu, bayaran politik untuk dana pilihan raya Umno-BN dapat dilunaskan segera.

Umum maklum bahawa bagi setiap projek yang diluluskan, sekurang-kurangnya 5 peratus dari kos keseluruhan projek akan dialirkan kepada orang-orang politik, khususnya yang rapat dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Maknanya, jika projek itu bernilai RM1 bilion, maka 'ufti' yang dipungut adalah RM50 juta. Kini projek bernilai kira-kira RM1 bilion merupakan perkara biasa dan tidak dilihat sebagai satu angka yang besar lagi.

Agak aneh apabila pihak JKR terpaksa tergesa-gesa mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor projek rundingan terus sedangkan kontraktor berkenaan belum pun mengemukakan cadangan teknikal dan semakan harga.
Manakala kos yang dirujuk adalah harga siling yang dibenarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU).Segala peraturan dilanggarNamun disebabkan keperluan tabung pilihan raya Umno-BN diisi, maka segala peraturan dan kelaziman dilanggar. Ini meningatkan kita kepada jaminan kosong Abdullah semasa mula-mula menjadi Perdana Menteri lebih empat tahun lalu bahawa beliau akan memilih kaedah tender terbuka dalam memilih kontraktor berwibawa.

Ketika heboh melancarkan projek di bawah RMK9, Abdullah, pada 7 Ogos 2006, sekali lagi menegaskan bahawa ia juga berasaskan "tender terbuka yang pemilihan syarikat pelaksananya dibuat berdasarkan cadangan pelaksanaan projek berdaya maju."

Semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep pada sidang Dewan Rakyat, 25 Jun 2007, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya. berkata pendekatan rundingan terus hanya dikhaskan untuk projek-projek tertentu yang memerlukan kepakaran dan kemahiran serta perlu disiapkan segera.

"Sebagai contoh, projek yang melibatkan pertahanan, kerana ia sulit serta memerlukan kepakaran tertentu atau perlu disiapkan segera," katanya.
Rundingan terus membawa padah
Dua hari sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Dato' Shahrir Abdul Samad berkata langkah kerajaan melaksanakan pembinaan bangunan berdasarkan konsep reka dan bina atau secara rundingan terus dikenal pasti sebagai punca mengapa bangunan kerajaan menghadapi masalah penyelenggaraan, daripada kebocoran paip kepada keretakan struktur.

Rundingan terus, kata Shahrir telah mewujudkan konflik kepentingan di antara juru perunding dan kontraktor pembinaan bangunan. "Jika ia dilaksanakan secara tender terbuka, check and balance di antara perunding dan kontraktor adalah lebih ketat," ujarnya.

Terbukti segalanya palsu. Abdullah tidak memegang kepada janjinya sendiri, malah menjadikan kantung kekayaan negara sebagai sumber utama untuk menjayakan jentera kempen Umno-BN dalam pilihan akan datang. Untuk pengetahuan, segala projek rundingan terus harus mendapat kelulusan Menteri Kewangan. Malah 'orang-orang Abdullah' sendiri mengutip 'cukai 5 peratus' daripada projek-projek berkenaan.
Projek tersebut langsung tidak berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan negara, mahupun memerlukan kemahiran dan kepakaran, atau perlu disiapkan segera.
Saya sebutkan beberapa projek rundingan terus yang cadangan harganya belum dikemukakan kontraktor tetapi diarahkan supaya Surat Tawaran dikeluarkan juga, agar bayaran politik untuk dana kempen Umno-BN dapat dilunaskan.
Jumlah semua projek berkenaan adalah RM2,900 juta.
Senarai projek untuk kempen BN?
Antaranya ialah empat projek naik taraf jalan bernilai RM75 juta, LHDN Cyberjaya (RM200 juta), JPJ Alor Star (RM50 juta), Intan Sarawak (RM41 juta), IKBN Kelantan (RM40 juta), Terminal Makanan Negara Kota Bharu (RM85 juta), UiTM Kepala Batas (RM80 juta), Universiti Malaysia Sabah (RM115 juta), Politeknik Mersing dan Banting (RM230 juta), Fakulti Pelancongan UUM Langkawi (RM238 juta), UIAM Janda Baik (RM289 juta), Kompleks Kementerian Dalam Negeri (RM130 juta), 6 projek berkaitan hospital (RM340 juta).

Selain itu, Surat Tawaran juga diarah untuk segera dikeluarkan bagi projek di peringkat penilaian dan penyemakan cadangan harga yang telah dikemukakan oleh kontraktor.
Sebanyak 15 projek terbabit yang membabitkan kos keseluruhan RM3.3 bilion, menurut harga yang dikemukakan oleh pihak kontraktor.
Antaranya ialah projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak HKL bernilai hampir RM1 bilion, selain cadangan naik taraf Jalan Persiaran Kuala Selangor, Shah Alam (RM101 juta).
Perang besar Mac depan
Walaupun tabung kempen BN akan digunakan sepenuhnya untuk membeli sokongan dalam pilihan raya ke-12, mengulangi taktik kotor dalam siri pilihan raya sebelum ini, namun jika aktivis pembangkang memberikan komitmen 100 peratus dalam "perang besar" yang dijangka Mac depan, dan merujuk pergolakan isu-isu semasa, Abdullah dipercayai berdepan situasi lebih sulit yang mungkin tidak diduganya
Baca Seterusnya......

Pengikut