Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini
Isnin, 31 Januari 2011
HIMPUNAN 30K PEMUDA PAS MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN Himpunan 15 K pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukuran melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut. Mengikut rekod, Himpunan tersebut dihadiri seramai 12,600 peserta dari seluruh negara kecuali dari Johor dan Melaka (kerana musibah besar berlaku di duna negeri tersebut).Kini setelah 4 tahun berlalu Himpunan yang sama dirancang dengan jangkaan peserta yang lebih besar sekali ganda dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Ukurannya adalah seramai 10 orang pemuda yang didaftarkan melalui sistem Komuniti UKJ. Jika dikumpulkan sebanyak 3000 cawangan yang berdaftar, seramai 30,000 pemuda mampu dihimpunkan.Himpunan ini memerlukan pengorbanan yang besar serta komitmen yang tinggi dari semua Ahli jawatankuasa serta pimpinan bagi merealisasikannya. Sudah pasti, tujuan kehadiran peserta adalah untuk melihat kemampuan dan kekuatan pemuda di seluruh negara di samping menggempur Parlimen dan DUN yang disasarkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke 13 dan menambah motivasi petugas-petugas PAS di seluruh negara.
2.0 OBJEKTIF
2.1. Mengumpulkan kekuatan pemuda seramai mungkin sebagai persiapan menghadapi PRU ke 13.
2.2. Mempertahankan kerajaan negeri Kedah pada pilihanraya umum ke 13.
2.3. Menonjolkan pemuda PAS sebagai pendokong utama kerajaan negeri Kedah Darul Aman.
3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT
Tarikh : 19 Februari 2011 / bersamaan 16 Rabiulawal 1432 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 malam
Tempat : Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar – Sungai Petani, 06650 Simpang
Empat, Alor Setar, Kedah.
5.0 PESERTA
5.1. Ahli sistem Komuniti UKJ yang telah didaftarkan dan disenarai pendek dan bukan
Exco DPPK (Minimum 10 orang 1 cawangan x 3000 cawangan)
5.2. Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (Pemuda) = 100 setiap negeri
5.3. Exco DPPK (20 orang x 150 kawasan)5.4. Exco DPPN (15 orang x 14 negeri)
5.5. Exco DPPP ( 35 orang)Yuran Penyertaan : RM 10 seorang
12.0 PENUTUP
Semoga program ini mendapat sokongan yang padu dari semua pihak. Sesungguhnya kejayaan yang kita dambakan menuntut komitmen dan pengorbanan serta rasa kebersamaan yang tinggi seluruh ahli pemuda. Mudah-mudahan dengan segala usaha ini menjadi satu persiapan untuk kita menghadapi mehnah PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi. Hanya padaNya kita berserah dan hanya padaNya kita mohon pertolongan. Wallahu’alam.
ATURCARA PROGRAM
(19 Februari 2011 – SABTU)
PAGI 6.30 pagi – 9.30 pagi: Pendaftaran dan sarapan pagi
9.45 pagi : Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
9.50 pagi : Ketibaan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak,
Menteri Besar Kedah
10.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis- Nyanyian Lagu Negaraku,
Lagu PAS dan AMAL.
: Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah
: Ucapan Aluan Pengarah H30K
: Ucapan Ketua DPP Pusat
: Ucapan Perasmian Oleh : YAB Dato’ Seri Ustaz Hj Azizan
Abdul Razak – Menteri Besar Kedah.
11.00 pagi : Pidato Khas : Motivasi Pilihanraya Pemuda
Ybhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS
YB Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS
Ybhg Ustaz Idris Hj Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
YBhg Dato’ Abu Bakar Chik – AJK PAS Pusat
YBhg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat
PETANG
1.30ptg : Makan tengahari / Solat Zuhur
2.30 ptg : Program Anak Muda - KONSERT
4.00 ptg : Ucapan Penutup Oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa –
Timbalan Presiden PAS
5.00 ptg : Perlawanan Bolasepak Persahabatan Pasukan Pemuda PAS vs
Pasukan Bekas Pemain Bolasepak Kebangsaan
6.45 ptg : Rehat
MALAM
7.30 malam : Solat Maghrib dan Munajat Perdana bersama YAB Tuan Guru
Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
9.00 malam : Ceramah Umum
YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ybhg Ustaz Nasharuddin Mat Isa
YBhg Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
YAB Dato’ Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak
12.00 malam : Bersurai
p/s - sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan AJk Dewan Pemuda Pas Kawasan Kubang Pasu. penyertaan belia seluruh Kubang Pasu amat2 dialu2alukan untuk menjana kesinambungan pemerintahan Pakatan rakyat Kedah... Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. makluman juga yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 10/seorang... untk t-shirt dan makanan pada hari tersebut... Baca Seterusnya......
Ahad, 23 Januari 2011
Debat: Datuk Najib Jangan Jadi Lebai Malang
Oleh Idris Ahmad
Parti Islam SeMalaysia Pas mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak terimalah debat , jangan banyak helah dan cuba mengalih isu. Datuk Seri Anuar Ibrahim sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.
Sumber yang Pakatan Rakyat perolehi dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun. Memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.
Subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun.
Jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion, maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan. Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya. Sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana
Janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.
Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat. Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang. Tan Seri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan.
Manakala Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan.
Kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal menjawab soalan yang berbentuk fakta. Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit.
Pas yakin Datuk Seri Najib bimbang dengan kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.
Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu)
http://idrisahmad.wordpress.com/
Baca Seterusnya......
Isnin, 10 Januari 2011
Umno terjerat: Pindaan Perlembagaan 1994, dedah tembelang kemelut di Selangor -
Isnin, 3 Januari 2011
Ranjau Politik Sepanjang 2010
Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri
Jumaat, 31hb. Disember, 2010 hari terakhir tahun 2010 dan penutup tirai sedekad pada berada pada alaf baru ini. Lebih menarik lagi, hari ini juga diistiharkan cuti umum oleh kerajaan Persekutuan ekoran pasukan bolasepak Harimau Malaya menjadi johan AFF Suzuki Cup 2010 buat julung kalinya.
Ketika selesai menghantar anak mendaftar di sekolah berhampiran kediaman, Mohd Sayuti Omar (MSO) Ketua Pengarang Siasah menghubungi saya bertanyakan pandangan berhubung dengan edisi terbaru Siasah (bil. 0246; 31 Dis 2010 -06 Jan 2011) dan mengundang menjadi kolumnis akhbar ini seperti sebelum ini.
Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada pembaca Siasah dan juga selamat bertemu semula kepada peminat kolum Kalam Perantau ini. Rasanya hampir 3 bulan saya tidak menulis untuk kolum ini menyebabkan ada rasa kekok untuk menulis semula bagi kolum ini.
Ranjau Politik Sepanjang 2010
Buat permulaan, rasanya ada baik saya mencatatkan sepintas lalu pergolakkan politik tanahair sepanjang tahun 2010 yang penuh penuh warna warni. Seawal 2hb. Januari, 2010 lagi ADUN Tanah Rata (Bebas), Pahang menyertai parti Gerakan setelah gagal untuk menyertai MCA. Kemudian Datuk Sallehuddin Hashim pula meletakkan jawatan Setiausaha Agung PKR pada 7hb. Januari, 2010 dan seterusnya keluar parti tersebut beberapa hari kemudian.
Belum pun reda kekalutan pengunduran Setiuasaha Agong PKR secara mengejut, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pula melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang tetapi kekal sebagai ahli parti tersebut dan juga tidak mengosongkan kerusi parlimen Indera Mahkota.
Kekalutan dalam PKR berterusan bila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan keluar PKR dan meletak semua jawatan dalam parti berkenaan untuk menjadi Wakil Rakyat (Bebas) pada 12hb. Februari, 2010. Turut menyertai Zahrain menjadi Ahli Parlimen (Bebas) adalah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang Tan Tee Beng (1 Mac, 2010), Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak, Mohsin Fadhil Samsuri (3 Mac, 2010), Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin (dipecat PKR; 6hb. Mac, 2010) dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan (14hb. Mei, 2010) bagi membentuk Kaukus Ahli Parlimen Bebas menyokong BN.
Tamparan kepada PKR menjadi lebih parah lagi bila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno pada 28hb. Februari, 2010. Turut menyertai UMNO adalah ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah selepas lima (5) bulan keluar PKR dan menjadi Wakil Rakyat (Bebas) pro BN Selangor.
Begitu juga dengan bekas calon PKR diHulu Selangor, Dr. Halili Rahmat keluar PKR dan menyertai UMNO pada 19hb. April, 2010 menjelang pilihanraya kecil Hulu Selangor yang diadakan ekoran kematian Ahli Parlimen (PKR), Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia pada 25hb. Mac, 2010. PKR tewas dalam mempertahankan kerusi tersebut kepada calon BN (MIC) P. Kamalanathan.
Kegembiraan BN merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor tidak kekal lama bila calon DAP, Wong Ho Leng pula merampas kerusi Parlimen Sibu dari BN (SUPP) dalam satu pilihanraya kecil yang diadakan pada 16hb. Mei, 2010 ekoran kematian penyandang Datuk Robert Lau, Timbalan Menteri Pengangkutan.
Kegembiraan DAP tidak kekal lama bila parti tersebut juga turut kehilangan ADUN Malim Nawar, Perak Keshvinder Singh setelah beliau meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar DAP pada 15hb. Jun, 2010.
Begitu juga dengan PAS turut menghadapi kemuraman pada tahun 2010 bila calonnya Dr. Zulkifli Mohamad gagal mempertahankan kerusi DUN Galas kepada musuh tradisinya UMNO/BN pada pilihanraya kecil yang diadakan pada 4hb. November lalu.
Dalam satu lagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah pada hari yang sama, calon BN (PBS) Datin Linda Tsen menang mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah.
Selain kemelut dalaman parti-parti Pakatan Rakyat, parti komponen BN juga tidak sunyi dari kontroversi perebutan kuasa. Selain UMNO yang tak pernah sunyi dengan kemelut dalaman, beberapa parti komponen BN lain juga menghadapi kemelut yang berpanjangan terutama MCA, MIC, PPP dan Gerakan.
Kemelut MCA yang berpecah kepada 3 kumpulan dilihat berkahir setelah Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada bulan Oktober 2010 dimenangi oleh Chua Soi Lek, Timbalan Presiden yang bertanding kerusi Presiden mengalahkan dua bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat (penyandang) dan Ong Ka Ting (mantan Presiden). Kemenangan Chua Soi Lek mengakibatkan, Ketua Wanita MCA melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.
Krisis MIC memuncak bila Setiusaha Agung MIC, S Murugesan dipecat dari jawatannya dimana bekas Timbalan ketua Pemuda MIC, V. Mugelan melancarkan Gerakan Anti Samy (GAS) yang berakhir persaraan Samy pada akhirnya letak jawatan pada 6hb. Disember, 2010 setelah 31 tahun memimpin parti tersebut.
Kemelut parti PPP berakhir setelah Murugiah, Timbalan Menteri yang mendakwa turut menjadi Presiden parti berkenaan akhirnya keluar parti tersebut dan menyertai MIC. Kemelut dalam parti Gerakan menyebabkan bekas presiden, Lim Kheng Yeik mengambil tindakan melepaskan jawatan Penasihat Gerakan menjelang Mesyuarat Agung parti berkenaan pada bulan Oktober, 2010.
Selain itu, parti-parti yang berpangkalan di Sabah dan Sarawak juga tidak sunyi dari pergolakan. Bekas naib Presiden Parti Demokratik (LDP), Yun Fah telah berhijrah kepada parti Gerakan pada 14hb. Jun, 2010. Ianya diikuti oleh seorang lagi Naib Presiden LDP, Peter Phang yang turut menyertai Gerakan pada 1hb. September, 2010.
Di Sarawak pula, bekas ADUN Engkili, Teoh Heng Sang keluar dari parti SUPP pada 2hb. November, 2010. Sebelum itu UMNO turut kehilangan seorang pengasasnya di Sabah, Karim Ghani yang mengumum keluar parti tersebut pada 18hb. Oktober, 2010.
Datuk Zaid Ibrahim bekas calon PKR Hulu Selangor yang bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR turut meletakkan semua jawatan dalam PKR dan keluar PKR pada 16hb. Disember, 2010 dan kemudiannya menyertai parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan mengubahnya kepada parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) setelah mengambilalih parti AKIM dari kepimpinan terdahulu dalam satu Mesyuarat Agong Luar Biasa.
Sebelum mengakhiri tahun 2010, PR berjaya menganjurkan konvensyen ke-2 di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan tema, Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia. Sebelum itu, pada 5hb. Disember, 2010, BN turut mengadakan konvensyen BN di Wisma MCA, Kuala Lumpur untuk menerima keahlian bersekutu BN, tanpa menyertai mana-mana parti komponen.
http://kalamperantau.wordpress.com/
Baca Seterusnya......