Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Memaparkan catatan dengan label Minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minyak. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2008

Hanya minyak boleh diturunkan, kata Anwar

Oleh Wartawan Malaysiakini


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaskan bahawa harga minyak boleh dikurangkan ekoran keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat minyak negara, Petronas.
"Selama lapan tahun saya menjadi menteri kewangan, harga selitar petrol hanyalah RM1.10.
Hanya sekali saya naikkan harganya sebanyak tiga sen tetapi diturunkan semula kepada harga lama bila saya dapati kerajaan mampu memberi subsidi, dan pada masa itu Petronas mencatat keuntungan kira-kira RM30 bilion setahun," katanya.
“Sekarang mereka untung RM70 hingga RM80 bilion setahun dan mereka mahu naikkan harga minyak," kata beliau dalam ceramahnya di Pantai Kundur dalam kawasan Parlimen Tangga Batu di Melaka.
Selain Pantai Kundur Anwar turut menyampaikan ceramahnya di kawasan perindustrian Cheng, juga dalam kawasan pilihanraya yang sama, dan di Paya Mengkuang dalam kawasan Masjid Tanah.
Di Paya Mengkuang, Anwar berucap kepada kira-kira 200 orang hadirin, sebahagian besarnya terdiri daripada penternak babi dan peniaga kecil.
Katanya, penduduk di situ telah menjalankan pekerjaan menternak babi sejak tiga hingga empat dekad yang lalu.Isu ternakan babiMenurutnya, jika langkah melindungi alam sekitar dapat dilakukan dengan baik, maka tidak perlu penternak babi di situ dihalang daripada meneruskan pekerjaan mereka selama ini.
“Jika mahu menghentikan ternakan babi di sini, anda mesti diberi kawasan alternatif. Islam tidak menghalang bukan Islam daripada mendapat punca pendapatan daripada pekerjaan yang telah mereka jalankan selama ini," katanya, disambut tepukan gemuruh para hadirin.Tahun lalu, kerajaan mahu menutup ladang ternakan babi di situ kerana mendakwa ia menjadi menjadi punca pencemaran akibat najis babi.
Bagaimanapun, ia mendapatkan tentangan hebat dari penternak terbabit, menyebabkan kerajaan terpaksa menghentikan tindakan tersebut dan memberi masa untuk mereka mengurangkan jumlah ternakan mereka.

Melaka dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN). Dalam pilihanraya 2004, BN memenangi kesemua kerusi Parlimen dan 26 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.
Bagaimanapun, para aktivis pembangkang yakin, dengan kedatangan Anwar berceramah di negeri tersebut, mereka akan dapat menembusi kubu-kubu kuat BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Baca Seterusnya......

Sabtu, 12 Januari 2008

Petrol naik RM2.60 selepas BN menang besar nanti


Oleh Ketua Perusuh
KADANG-KADANG kita boleh ketawa besar bilamana setiap ramalan yang kita buat menjadi kenyataan. Walaupun ramalan tidak sepatutnya dibuat namun sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari membuat beberapa ramalan. Tahun 2008 ini penuh dengan ramalan-ramalan yang muluk-muluk belaka.
Namun jangan lupa ada juga ramalan-ramalan yang mungkin perit untuk kita hadamkan.

Diawal ambang 2008, ramai yang menjangkakan bahawa harga petrol dan diesel akan dinaikkan oleh pihak Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co.
Malah telah ada cakap-cakap peringkat tinggi yang menunjukkan kecenderungan kearah meningkatkan harga minyak petrol dan diesel seiring dengan kenaikan harga bahan bakar tersebut dipasaran dunia.

Pada 2 Januari 2008, harga minyak mentah dunia telah cecah paras tertinggi USD$100 setong.
Bila kita nilaikan USD$100 setong ini pada Ringgit Malaysia, kita dapati ianya mencecah RM350 setong. Maka bukanlah terlalu mahal harga minyak mentah ini. Namun jangan terpedaya kerana harga ini hanyalah untuk minyak yang belum diproses.

Umum sedia maklum bahawa minyak petrol yang kita gunakan untuk kegunaan kenderaan kita selama ini adalah hasil daripada minyak yang diproses dari minyak mentah yang kita beli dari Timur Tengah.
Minyak hasil daripada pelantar minyak (lapangan minyak) tempatan pula kita jual kepada negara asing kerana minyak yang kita miliki adalah berkualiti tinggi (rendah kandungan sulfurnya) berbanding dengan minyak dari Indonesia dan Thailand.

Jadi sewajarnya harga minyak yang kita jual kepada negara asing adalah lebih tinggi daripada harga minyak yang kita beli dari Timur Tengah.
Namun itulah keuntungan kasar yang diperolehi oleh Petronas sebagai pemegang monopoli pasaran minyak di Malaysia.

Kini berbalik kepada persoalan utama iaitu adakah harga petrol dan diesel tempatan akan dinaikkan oleh pihak Kerajaan Malaysia setaraf dengan harga minyak mentah dipasaran dunia.
Ramai diantara kita yang beranggapan kerajaan Malaysia akan menaikkan harga bahan bakar ini seberapa segera.

Pandangan ini saya bantah kerana;

Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co memang tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel dalam jangkamasa yang terdekat ini kerana ianya akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat lebih dari 10% walaupun kenaikan harga bahan bakar ini tidak mencecah 2%.

Abdullah Ahmad Badawi tidak akan menaikkan harga bahan bakar ini sehingga selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun 2008 kerana elemen Pilihanraya Umum yang memungkinkan Barisan Nasional akan kecundang lebih dari 45% kawasan mereka jika Kerajaan Malaysia bertindak menaikkan harga bahan bakar.

Oleh yang demikian, adalah dijangkakan bahawa harga minyak petrol dan diesel serta barangan keperluan dan perkhidmatan tidak akan dinaikkan sebelum Pilihanraya Umum dijalankan. Namun jika keputusan Pilihanraya Umum menyebelahi Barisan Nasional dengan mandat yang besar maka kemungkinan harga petrol dan diesel pastinya akan dinaikkan lebih dari 10%.

Jangan terkejut jika anda dapati bahawa kenaikan harga petrol boleh mencecah RM2.60 sebelum suku kedua tahun 2009.
Jadi kepada semua, apa kata kita gunakan basikal dan papan lungsur (skate board) sebagai medium pengangkutan kita seharian. Ianya boleh menyihatkan badan dan seterusnya boleh menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya “Global Warming” dan efek rumah hijau.
Baca Seterusnya......

Pengikut