Oleh Mohd Rashidi Hassan
Dalam beberapa hari menjelang umat Islam menyambut Aidilfitri, sehin gga kini, polemik mengenai hukum hudud dibangkitkan semula, sehingga riuh rendah media massa memainkan isu ini.
 gga kini, polemik mengenai hukum hudud dibangkitkan semula, sehingga riuh rendah media massa memainkan isu ini.
Adakah  di kalangan kita, boleh menerima alasan, bahawa isu mengenai hukum  hudud ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan media massa yang dikuasai  kerajaan Umno-Barisan Nasional, kerana mereka kini sudah sedar dan  benar-benar ikhlas, bangkit untuk memperjuangan Islam?
Dan dengan  kesedaran ini juga Umno-BN akan bangkit melawan bermati-matian,  terhadap semua tentangan golongan bukan Islam terhadap hukum hudud?
Sudah  tentu tidak. Tujuan utama media pro Umno-BN membangkitkan isu ini hanya  satu sahaja. Iaitu mereka memang mahu memecahbelahkan perpaduan dan  kerjasama yang wujud di antara PAS dan DAP. Oleh sebab itu apabila DAP  menentang hudud, mereka akan bangkit dan memaki hamun DAP, tetapi  apabila MCA menentang hudud, Umno 'duduk menikus di belakang pintu'.
Jelas  kepada kita, Umno-BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam  Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP. Kerana Umno tahu, PAS dan  DAP merupakan tonggak yang kuat dalam Pakatan Rakyat.
Selama mana  PAS dan DAP berpadu, selama itulah Umno-BN takut untuk membubarkan  Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.
Maka,  media massa diarahkan oleh pemimpin Umno-BN untuk berusaha keras dan  cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini, dengan memainkan pelbagai isu  yang boleh menimbulkan pertentangan di antara kedua-dua pihak.
Agenda  setting mereka mudah. Jika pemimpin kedua-dua parti melatah dan  bergaduh, mudah mereka 'masuk jarum' untuk mencetuskan perbalahan dan  dalam masa yang sama memaparkan imej negatif di kalangan rakyat, bahawa  parti-parti Pakatan Rakyat tidak 'sekepala', oleh itu mereka tidak layak  diberikan kuasa untuk memerintah. Itu sahaja agenda Umno.
Oleh itu pemimpin PAS dan DAP khususnya, usaha melatah menurut 'agenda setting' yang dibentuk menurut acuan Umno.
Sebelum  ini, media pro-Umno memainkan isu DAP kafir harbi kerana menentang  hudud dan seolah-olahnya MCA yang bersekongkol dangan Umno adalah kafir  zimmi.
Apabila isu ini mendapat tentangan hebat rakyat dan MCA  dengan keras mengeluarkan kenyataan menentang hudud, pemimpin Umnpo  terdiam. Usaha mereka untuk memainkan sentimen agama dengan menuduh DAP  'jahat' tidak kesampaian kerana rakan baik mereka iaitu MCA, pun  sama-sama 'jahat' menentang Islam.
Isu sebenar ini di sini, bukan  soal DAP atau MCA. Mereka adalah golongan bukan Islam. Tidak pelik bagi  bukan Islam, yang menentang dilaksanakan hukum-hukum Islam.
Isu  asasnya di sini adalah kecelaruan tahap kefahaman Islam yang ada pada  pemimpin dan orang-orang Umno. Sejak dahulu lagi, direkodkan  beratus-ratus kenyataan pemimpin Umno yang berketurunan Melayu, yang  beragama Islam, menentang hukum-hukum ciptaan Allah dan  mempersenda-sendakan hudud.
Kenyataan dan cercaan itu mereka  buat, ketika Umno berada di puncak kuasa, yang terlalu hebat dan gah,  sehingga tidak boleh digugat oleh sesiapa pun.
Maka apakah hari  ini, apabila parti mereka sudah jatuh terjelepuk dan hampir terhumban ke  lubang gaung, baru mereka hendak sedar dan menerima hukum hudud sebagai  hukum yang wajib ditaati, diimani dan dilaksanakan sebagai seorang  Islam?
Sifat Umno ini berbeza dengan PAS. PAS konsisten dengan  perjuangan Islam sejak dahulu hingga hari ini. Tiada perubahan dalam  soal dasar, tiada kompromi dalam melaksanakan kehendak Allah yang  termaktub di dalam al-Quran.
PAS hanya mengubah pendekatan dan  strateginya, sesuai dengan keperluan politik semasa, selama mana ianya  bertepatan dengan garis panduan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Pemahaman  dan pegangan Islam inilah yang membezakan PAS dengan Umno. PAS  menjadikan politik sebagai platform untuk memperjuangkan Islam, manakala  Umno mempergunakan Islam sebagai platform untuk terus berkuasa.
Justeru, tiada jalan lain untuk menyelamatkan Islam, melainkan menurunkan Umno dari tampuk kuasa.     
Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini
Jumaat, 7 September 2012
Asas perbezaan sebenar PAS dengan Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan