Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Selasa, 14 Julai 2009

Umno Biadap Guna Sekolah Buat Ceramah Politik

Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu meluahkan rasa kesal ke atas Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu yang membenarkan Umno Bahagian Kubang Go to fullsize imagePasu menggunakan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunjang, Jitra Kedah untuk program ceramah isu-isu semasa berkaitan politik.

Naib Ketua Pemuda Pas Kubang Pasu, Kaman Jaapar berkata, Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu rasa kesal di atas tindakan tidak bermoral oleh Umno Kubang Pasu yang menggunakan sekolah sebagai tempat menganjurkan program ceramah politik’.



“Sejak bila Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pelajaran Malaysia benarkan parti politik gunakan sekolah untuk ceramah politik, soalnya.

Laporan yang diperolehi oleh Pemuda Pas Kubang Pasu, ceramah isu-isu semasa anjuran Umno Bahagian Kubang Pasu tersebut diadakan pada jam 2 petang, 11 Julai lalu (Jumaat). Penceramah utamanya ialah Ketua Umno Bahagian, Datuk Johari Baharom.

Kaman berkata, tindakan Umno Kubang Pasu menjadikan sekolah rendah Kebangsaan Tunjang sebagai tempat ceramah isu-isu politik menunjukkan bahawa sikap yang angkuh dan besar kepala serta tidak pernah menghormati peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan”..

“Bagi Umno, peraturan ataupun undang-undang yang menyekat mereka adalah tidak terpakai, sebaliknya hanya perlu dikenakan kepada parti politik lain yang tidak sehaluan dengan mereka semata-mata ataupun golongan rakyat yang tidak menyokong mereka, katanya.

“Orang jenis inikah…perlu kita hormati dan pilih’, katanya.

Sementara itu, AJK Pas Kubang Pasu, Zabedi Usop berkata, setahunya sekolah tidak boleh digunakan untuk aktiviti politik, kecuali sebagai tempat untuk pembuangan undi ketika pilihanraya. Itupun dengan kebenaran oleh pihak Kementerian berkaitan.

Katanya, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu di minta supaya menjalankan tugas dengan telus dan beretika, di samping memantau pihak pentadbiran sekolah-sekolah dalam bidangkuasanya supaya ia tidak menjadi alat kepada sesebuah parti politik”.

“Kami (Pas) tidak halang mereka membuat aktiviti politik dalam daerah ini, tapi mereka (Umno) perlulah menghormat sikit kepada peraturan yang ditetapkan, di samping janganlah guna sekolah untuk tujuan politik. Apakah Umno Kubang Pasu dah tak ada tempat lain lebih sesuai untuk mereka anjurkan ceramah politik, katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Pas Kubang Pasu akan menghantar surat kekesalan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Tunjang berhubung tindakan mereka membenarkan Umno Kubang Pasu mengadakan ceramah politik di situ.

Kaman berkata, kita harapkan pada masa depan, Umno Kubang Pasu tidak lagi biadap membelakangkan undang-undang mengadakan program politik di sekolah-sekolah”

1 ulasan:

ejenpukattunda berkata...

rasanya tidak salah. buat ceramah bukan cakap pasai politik. tp pasai org melayu...

Pengikut