Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Sabtu, 20 Jun 2009

Ustaz Fathi Yakan: Ulama tarbiyah terkenal kembali ke rahmatullah

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad

Saya menerima berita sedih mengenai pemergian Ustaz Dr. Fathi Yakan menerusi kiriman SMS dari sahabat ikhwan di Beirut pada pagi Ahad lepas. Iklan

Beliau yang lahir pada tahun 1933 wafat pada usia 76 tahun setelah lama mengalami keuzuran. Beliau adalah ulama terkenal serata dunia dan juga merupakan antara penggerak awal gerakan Islam Ikhwan Muslimin di dunia Arab.

Beliau juga adalah merupakan satu-satunya pimpinan Ikhwan Muslimin yang amat rapat dengan pimpinan PAS. Dari Al-marhum Dato' Fadzil Nor kepada Dato' Sri Haji Abdul Hadi Awang kesemuanya banyak merujuk dan menerima tunjuk ajar dari 'Sheikhul Tarbiyah' yang agung ini.

Malah bagi setiap pimpinan PAS yang berkunjung ke Syria atau Lubnan tidak pernah melepaskan peluang untuk menziarahi beliau. Dari situlah kami diberi nasihat dan tunjuk ajar melalui pengalaman serta ilmu tarbiyah dan politik yang mendalam yang ada pada beliau.

Sifat rendah diri, sentiasa menghormati tetamu serta tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dan pengalaman menjadikan hubungan kami amat rapat dengan beliau.

Sheikh Fathi juga telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia dan menjadi tetamu khas PAS. Malah sepatutnya beliau sekali lagi menjadi tetamu PAS di Muktamar yang diadakan di Ipoh, Perak pada tahun lepas.

Walaupun semua persiapan telah di buat termasuk tempahan tikat kapalterbang, namun di saat akhir saya sendiri menerima panggilan telefon dari beliau yang menyatakan keuzuran untuk bersama di Muktamar PAS.

Ya, bila disebut sahaja nama Ustaz Fathi Yakan kepada masyarakat Malaysia maka akan teringat kita kepada puluhan buku-buku yang dikarang beliau dan yang paling terkenal adalah buku 'Apa Ertnya Saya Menganut Islam', 'Islam dan Cabaran Kini' serta 'Tuntutan Dakwah dan Pendakwah'.

Ulama terkenal ini amat disegani dan dihormati di seluruh pelusuk dunia kerana penulisan serta pemikiran beliau yang tajam dan bersifat semasa.

Beliau telah mengarang berpuluh-puluh buah kitab mengenai dakwah dan gerakan Islam dan ianya tersebar luas di serata dunia dan di terjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, bahasa Cina serta bahasa Tamil. Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah

Masih lagi segar di ingatan kenangan manis sewaktu saya bersama Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkunjung ke pejabat beliau di kota Tripoli di Selatan Lubnan setahun yang lalu.

Pejabat yang terletak di pinggir bandar Tripoli itu juga merupakan sebahagian daripada kampus Universiti Jinnan yang telah dibangunkan oleh beliau bersama isterinya sejak lebih daripada 15 tahun.

Kini universiti Jinnan berdiri tersergam indah dan telah berjaya menghasilkan ribuan graduan dari serata pelusuk dunia. Ustaz Fathi Yakan sewaktu kami berkunjung ke pejabat beliau dikelilingi oleh ratusan kitab-kitab dan buku-buku yang ditulis serta dirujuk oleh beliau setiap waktu.

Dalam pertemuan bersama Ustaz Fathi Yakan, beliau telah mengingatkan tentang tuntutan perjuangan serta cabaran yang sedang dihadapi oleh umat Islam serta dunia Islam.

Bagi Ustaz Fathi musuh-musuh Islam kini sedang meletakkan Islam ?dikandang orang salah? dan sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam dan kebangkitannya dengan apa cara sekalipun. Bagi beliau perkembangan yang sedang berlaku kini merupakan satu cabaran yang besar yang perlu ditanggapi oleh seluruh umat Islam dengan penuh kesabaran dan berhemah.

Ustaz Fathi juga mengingatkan umat islam bahawa musuh-musuh Islam tidak akan sedikitpun berdiam dengan perkembangan kesdedaran dan kebangkitan Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam.

Cabaran dan kebangkitan Islam di Palestin, Iraq. Afghanistan dan seluruh dunia Islam merupakan cabaran yang besar yang perlu dihadapi dengan penuh berhati-hati.

Sementara itu semasa berbincang soal politik dalaman Lubnan Ustaz Fathi Yakan menceritakan tentang percubaan Kuasa Besar Amerika Syarikat serta sekutu terdekatnya Zionis Israel yang berusaha untuk mengujudkan ketegangan dan perpecahan berlandaskan mazhab terutama di antara kelompok penduduk Sunni dan Syiah.

Namun demikian beliau menegaskan bahawa percubaan ini berjaya digagalkan kerana gerakan Islam di Lubnan telah bersatu menentang konspirasi jahat ini tanpa mengira mazhab.

Beliau dengan tegas menyatakan sokongan terbuka kepada gerakan pembebasan Hizbullah yang berjuang menentang penjajahan serta kekejaman zionis Israel. Apa jua percubaan untuk memecahbelahkan umat Islam serta rakyat Lubnan akan terus disanggah oleh umat Islam Lubnan sendiri.

Bagi Ustaz Fathi, situasi di Lubnan sekarang ini berada dalam keadaan yang amat kritikal. Pergolakan politik yang berterusan terutamanya di antaranya gerakan Hizbullah dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Fuad Sinora tidak menampakkan jalan penyelesaian.

Beliau mengingatkan akan bahaya campurtangan kuasa-kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat, Perancis serta sekutunya dalam politik dalaman Lubnan.

Apabila ditanya kenapakah beliau secara terbuka memberi sokongan kepada Hizbullah, Ustaz Fathi Yakan dengan tegas menyatakan bahawa, "kita bukan berhadapan dengan soal-soal yang remeh-temeh yang boleh memecahbelahkan umat islam sendiri tetapi kita berhadapan dengan musuh yang lebih besar iaitu Amerika Syarikat dan Zionis Israel yang sentiasa melakukan kezaliman terhadap umat islam di serata dunia."

Bagi beliau Hizbullah adalah sebahagian dari perjuangan Umat Islam menentang musuh yang besar ini. Beliau juga menegaskan bahawa penyelesaian kepada konflik politik Lubnan adalah dengan tidak membenarkan penglibatan mana-mana kuasa asing luar untuk turut campurtangan dalam menentukan masa depan politik Lubnan.

Perbincangan kami juga berkisar tentang persoalan konflik dunia Islam di bumi Palestin. Ustaz Fathi menyatakan bahawa gerakan Hamas yang menang dan berkuasa secara demokrasi sehingga kini tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya oleh dunia Barat.

Malah mereka terus ditekan dengan pelbagai bentuk sekatan politik dan ekonomi yang tidak berperikemanusiaan terutamanya terhadap penduduk Palestin yang menderita kekurangan makanan harian dan bahan perubatan.

Begitu juga usaha yang dilakukan bagi menyatukan kepimpinan politik Palestin tanpa mengira parti dan kelompok dengan membentuk sebuah ?kerajaan kesatuan? masih tidak di diiktiraf oleh Kuasa Besar Barat terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya.

Gerakan Hamas terus dilabelkan sebagai sebuah pertubuhan terroris serta pengganas walaupun mereka terlibat dan mendapat sokongan daripada rakyat melalui sistem demokrasi yang disanjung oleh kuasa barat sendiri.

Begitu juga dengan situasi terkini di Iraq. Ustaz Fathi melahirkan kesedihan beliau terhadap apa yang sedang berlaku di mana setiap hari ratusan rakyat yang terbunuh secara kejam akibat daripada penjajahan tentera Amerika dan sekutunya.

Yang lebih membimbangkan beliau lagi adalah usaha memecahbelahkan penduduk Iraq berlandaskan mazhab. Ini adalah diadu-dombakan dengan perancangan rapi yang dilakukan oleh penjajah Amerika Syarikat dan sekutunya Zionis Israel yang menghantar ratusan agen-agen Mossad untuk beroperasi di Irak.

Ustaz Fathi Yakan dengan tegas membantah serta mengutuk keras sebarang bentuk pertembungan dan pembunuhan berlandaskan fahaman mazhab yang sempit. Bagi beliau apa yang penting bagi rakyat Iraq adalah untuk berjuang bagi menghalau tentera-tentera penjajah dari bumi mereka sendiri.

Begitu juga usaha penguasaan tentera penjajah untuk membolot kekayaan hasil minyak Iraq perlu disekat dengan apa cara sekalipun. Bagi Ustaz Fathi Yakan, penyelesaian di Iraq adalah dengan mendesak tentera penjajah segera berundur dari bumi Iraq secara terhormat dan pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin masyarakat Iraq perlu kembali bersatu di atas landasan Islam yang sebenarnya.

Ustaz Fathi Yakan juga menyentuh tentang konflik yang sedang berlaku di Afghanistan dan juga di Chechenya. Sehingga kini ribuan umat Islam menjadi mangsa kepada kekejaman kuasa-kuasa besar yang angkuh.

Ini semua berlaku dalam suasana dunia Barat bercakap soal demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan tetapi di waktu yang sama mereka sendirilah yang sedang membunuh demokrasi di negara-negara Islam dengan melakukan pelbagai bentuk ketidakadilan dan bersikap ?double standard? apabila berhadapan dengan dunia islam.

Ustaz Fathi mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada dengan perancangan musuh-musuh Islam ini. Mereka kini dengan begitu mudah diatas nama ?menghapus pengganas? dan ?mengwujudkan keamanan? mereka seolah-olah di beri lesen menangkap dan membunuh mana-mana individu di serata dunia.

Di akhir pertemuan, Ustaz Fathi Yakan juga mengingatkan kami akan tiga cabaran besar yang dihadapi oleh gerakan Islam di serata dunia.

Pertamanya adalah cabaran dalam bentuk global di mana dunia Islam kini diserang dengan pelbagai tuduhan dan ancaman dengan meletakkan Islam dikandang orang salah.

Keduanya gerakan Islam di serata dunia akan terus ditekan tanpa mengira balas kasihan walaupun mereka menyerlahkan sikap yang sederhana serta terlibat secara terbuka dalam kancah politik dan demokrasi.

Ketiganya pertembungan yang sedang berlaku kini di antara gerakan Islam dan kuasa-kuasa barat bukan hanya pertembungan pemikiran tapi ianya lebih merupakan pertembungan tamadun yang amat mencabar.

Dr. Fathi Yakan juga mengingatkan agar setiap aktivis Islam sentiasa bersabar menghadapi ujian yang besar ini. Persiapan yang mendalam perlu dilakukan oleh semua aktivis Islam bagi menghadapi situasi baru ini.

Bagi beliau hanya dengan keimanan yang mendalam, persiapan ilmu yang cukup serta pengorbanan yang besar sahaja yang akan menjamin kemenangan serta masa depan gerakan Islam.

Ya, kenangan bersama Ustaz Fathi Yakan masih segar diingatan kami. Saya dapat mendengar nasihat-nasihat bernas dari seorang tokoh yang disegani di serata dunia.

Walaupun pada waktu itu beliau terlalu uzur tetapi masih terus bersemangat untuk berjuang menegakkan kebenaran Islam terutamanya melalui tulisan penanya yang tajam serta bernas.

Inilah peribadi seorang muraabi serta sheikh tarbiyah yang dirujuk oleh seluruh dunia Islam sehingga kini. Sifat rendah diri dan tawaduknya amat jelas sehingga terkesan kepada kami sehingga kini.

Semoga sheikh yang kami sayangi ini ditempatkan bersama para syuhadah. Selamat tinggal ya Sheikh. Al-Fatihah! - mks.

(Penulis adalah AJK PAS Pusat) _
Baca Seterusnya......

Ketidakstabilan politik: Jangan salahkan PAS

Oleh Shirzat Lifeboat

Ketidakstabilan sesebuah negara boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Kemelut politik, kemelesetan ekonomi, pengangguran tidak terkawal, pemberkasan mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah secara selektif, kehakiman tidak bebas adalah antara faktor penyumbang.

Namun dalam era di mana projek yang sepatutnya berkos tidak melebihi daripada RM2 bilion boleh membelon sehingga menjadi lebih RM12 bilion, ketidak-stabilan politik mengambil bentuk dan tanggapan luar cukup berbeza.

Ketidakstabilan politik juga bukan berpunca daripada satu faktor tunggal. Ia tercetus menerusi rantaian dan rangkaian peristiwa yang saling berkait. Cara paling awal menanganinya menuntut kerajaan yang memerintah melihat ke dalam secara jujur sebelum mengusulkan sesuatu secara rambang dan retorik.

Justeru apabila Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mukhriz Tun Mahathir berucap merasmikan sebuah kilang di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 9 Jun lalu, beliau seolah-olah berpura-pura atau terlupa buat seketika betapa beliau sedang berdiri-diri di tengah-tengah punca ketidak-stabilan politik itu sendiri.

Namun sudah tentu Mukhriz belum lagi menjadi seorang anggota Kabinet tatkala pakar pengurusan zon perdagangan bebas dunia, Jebel Ali Free Zone International (JAFZA) tiba-tiba menamatkan kontrak pengurusan PKFZ pada 2007.

Walau apa sekalipun sebab musabab JAFZA membatalkan perjanjiannya dengan Lembaga Pelabuhan Klang, ia memberikan isyarat awal betapa pelabur luar sudah mula merasa sangsi terhadap Malaysia sebagai hub FDI (pelaburan langsung luar) di rantau Asia.

Dalam lain perkataan, para pemain utama industri dunia tidak lagi melihat Malaysia sebagai sebuah negara FDI yang mampu menjana pulangan modal yang berbaloi atau setidak-tidaknya munasabah.

JAFZA bukanlah merupakan sebuah gergasi pengeluar cip elektronik atau barangan konsumer elektronik dunia.

Tetapi sebagai pengurus atau pengendali pelabuhan yang keempat terbesar di dunia dan menguruskan Pelabuhan Jebel Ali, pelabuhan ke-6 terbesar di dunia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Maktoum, lapangan terbang kargo terbesar di dunia ia sudah tentu secara tidak langsung berperanan sebagai mata dan telinga dunia pelaburan dan perdagangan antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada Pelabuhan Dubai yang mengendali 49 pangkalan marin, menguruskan sejumlah 46.8 juta TEU (twenty-foot equivalent unit), (unit persamaan kontena berukuran 20 kaki dalam pengangkutan intermodal) setahun merentasi tujuh benua serta menjadi pengurus dan perunding kepada pembangunan pelabuhan dan zon perdangangan di 31 negara, apa yang diputuskan oleh JAFZA menjadi panduan dan petunjuk kepada pemain utama pelbagai industri dunia dalam membuat keputusan FDI masing-masing.

Begitupun, dalam menjelaskan betapa pelabur asing tidak lagi melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil serta boleh menjamin pulangan pelaburan dalam jangka masa panjang, Mukhriz sudah tentu memilih untuk tidak menjelaskan bagaimana tindakan JAFZA menamatkan kontrak pengurusan PKFZ dan rentetan kemelut kewangan zon perdagangan bebas milik LPK itu turut menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan FDI di Malaysia.

Apabila ditanya kemungkinan para pelabur asing akan membuat pusingan-U dan kembali melabur di negara ini, Mukhriz sebaliknya memilih untuk melakukan 'political escapism' apabila mempersalahkan perhimpunan, perarakan dan demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh rakyat serta parti pembangkang dalam melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pelbagai isu dan kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan.

Dalam memberikan penjelasan sedemikian, Mukhriz terlupa betapa tindakan rakyat dan pembangkang yang sebegitu memperlihatkan kepada dunia luar bahawa kerajaan, sama ada tidak menyediakan ruang yang mencukupi untuk rakyat melahirkan kemusykilan mereka, tidak peka kepada tuntutan rakyat dan menafikan hak untuk berhimpun yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara serta konvensyen hak asasi manusia lain yang diguna-pakai di dunia dengan mewajibkan permohonan permit atau tindakan keras dan ganas daripada pihak penguasa undang-undang.

Memang benar seperti yang dikatakan oleh Mukhriz bahawa suatu ketika dulu Malaysia tidak pernah tersenarai dalam senarai negara-negara yang menghadapi keadaan ketidak-stabilan politik.

Begitupun beliau tidak menyebut betapa dengan pelbagai kesilapan dan kelemahan yang dilihat sebagai berpunca dari kerajaan Umno-BN, termasuk kemelut PKFZ serta manouvere politik yang tidak beretika lagi bersifat rakus yang dilakukan oleh parti pemerintah, keputusan-keputusan mahkamah yang dilihat sebagai bercanggah atau tidak selari dengan peruntukan undang-undang itu sendiri, kelembapan di pihak kerajaan dalam melakukan reformasi pentadbiran secara sahih dan kegagalan parti pemerintah melakukan pembersihan sepatutnya, maka penilaian terhadap Malaysia sudah tentu berubah.

Sebaliknya, Mukhriz hanya mengulangi hakikat yang diketahui umum bahawa dunia sedang memerhatikan kita, "hari ini, terdapat pelabur berpotensi yang mempunyai persepsi bahawa keadaan politik di Malaysia sama seperti negara lain yang mengalami ketidak-stablian. Ia timbul daripada mengikuti berita mengenai negara ini."

Namun, di sebalik semua ini Mukhriz tidak menjelaskan cara penyelesaian konklusif daripada pihak kerajaan yang dikuasai oleh Umno-BN. Sebaliknya beliau melihat satu-satu jalan bagi mengakhiri kemelut yang menjadi punca kepada ketidakstabilan politik ini ialah dengan mengandakan rundingan dengan PAS berlatar-belakangkan kenyataan Presiden Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bersedia membincangkan isu berkaitan kepentingan negara.

Kenyataan Mukhriz ini begitu senada dengan kebanyakan pemimpin Umno dalam mengharapkan penglibatan PAS menerusi satu-satu bentuk pakatan atau forum seolah-olah kehadiran PAS mampu menghasilkan satu keajaiban dan mengubah status from 'rag to riches' (daripada miskin menjadi kaya).

Dalam keghairahan menyusun strategi untuk mengembalikan dominasi Umno terhadap PAS seperti pasca pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1974, pemimpin Umno terlupa bahawa segala kestabilan politik yang kemudiannya menjadi asas kepada kemakmuran ekonomi termasuk kejayaan menarik FDI adalah kerana Umno dan PAS berada dalam uniti sebuah sistem demokrasi ? Umno-BN sebagai kerajaan yang peka dan PAS sebagai pembangkang yang kuat.

Namun kestabilan sedemikian mula dihimpit pelbagai masalah apabila peranan PAS sebagai, sama ada pihak yang melakukan 'check and balance' atau juga sebagai sebuah parti politik yang memiliki kekuatan diabai dan diperlekehkan oleh Umno.

Usaha ke arah satu penyatuan adalah baik lagi murni. Tetapi apabila penyatuan tersebut dilihat atau disyaki sebagai ada agenda lain yang mahu dicapai oleh Umno menerusi pintu belakang, maka ia hanya akan mengundang padah yang lebih dahsyat.

Andai kata PAS diketepikan semula apabila Umno membuang pendayung setelah sampai ke seberang, apa lagi yang tinggal dalam usaha mencapai kestabilan politik nanti? - lanh _
Baca Seterusnya......

Khamis, 11 Jun 2009

Polemik Kerajaan Perpaduan : Kenapa ?

Oleh : Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS


Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.


Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat. Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya.


Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan.


Namun bagi mengurangkan sedikit polemik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini. Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.


Asas pertama ialah At Taawun


Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat.


Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat.


Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?


Asas kedua ialah taqwa.


Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistem Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa.


Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti politik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat.


Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.


Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.


Asas ketiga ialah menolak al Ism


Kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat.


Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.


Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan.


Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.


Asas keempat ialah menolak al U'dwan


Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini.


Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.


Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara.


Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen gensterism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.


Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun.


Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.


Ketua Pemuda DPPKP: diharapkan dengan penjelasna ini akan dapat menenangkan sedikit hati-hati Ahli dan Penyokong Tegar PAS supaya kita akan dapat bersabar barang sedikit untuk sama2 mendengar apakah tindakan seterusnya oleh TGHH... wallahu`alam
Baca Seterusnya......

Isnin, 8 Jun 2009

Teks Ucapan Penangguhan Ketua DPPP : Ust Nasrudin Hasan Tantawi


Ucapan Penangguhan
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat 09/11


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله الواحد القهار العزيز الغفار مكوّر الليل على النهار
تذكرة لأولى القلوب و الأبصار تبصيرة لذوى الألباب و الإعتبار
أشهد أن لا إله الا الله البر الكريم الرؤوف الرحيم
و أشهد أن سيدنا محمدا عبده و رسوله و حبيبه و خليله
الهادي إلى صراط مستفيم و الداعي إلى دين قويم
صلوات الله و سلامه عليه و على سائر النبيين و آل كل و سائر الصالحين

Jazaakallah Khairan Jaza’ saya rangkapkan buat al Fadhil Sdr Pengerusi Tetap

Kekanda saya Al Fadhil
Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub

Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani
[ Timbalan Ketua DPPP ]

Al Fadhil Sdr Sabki Yusuf [ Naib Ketua DPPP ]
Yang berbahagia seluruh saff EXCO DPPP
Yang berbahagia wakil PAS Pusat ke muktamar DPPP & tetamu
Yang dihormati seluruh sidang muktamrin
Para pemerhati , wartawan dan semua yang hadhir
سلام الله عليكم و رحمته و بركاته dan salam sejahtera .


Ikhwah yang dirahmati Allah sekelian .

Hari ini kita menyaksikan satu lagi sejarah peralihan kepimpinan DPPP dan saya di taklif untuk menerajui amanah kepimpinan ini. Ianya berurutan dengan pengunduran bekas Ketua DPPP Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub setelah tiga sessi menerajui kepimpinan DPPP dengan penuh dedikasi dan berjaya melonjak prestasi DPPP ke suatu tahap yang tinggi kualiti dan hebat identity . [ berprestij ]

Hari ini beliau secara rasminya berundur dari DPPP untuk meneruskan ‘ pengembaraan ’ ke satu marhalah yang lebih tinggi dan penting demi menabur bakti buat perjuangan suci ini.

DPPP merakamkan setinggi – tinggi nilai penghargaan dan sebesar – besar tanda kebersamaan buat Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub yang telah memimpin dan membimbing kita semua sepanjang 3 sessi kepimpinan beliau . Semoga jasa budi beliau menjadi amal soleh yang diganjari Allah swt pahala berlipat ganda .

Ikhwah yang dihormati sekelian .

Taklif [ beban amanah ] ini bukan satu tasyrif [ kemuliaan ] , malah saya bukan yang terbaik . Bahkan telah sampai kepengetahuan saya kritikan yang mempertikai kemampuan saya untuk memimpin .

Mereka berhak untuk meragui keupayaan saya . Namun apa yang boleh saya sebut di sini , bahawa kita DPPP laksana sebuah bahtera penyelamat yang sedang menjalankan operasi menyelamat di tengah – tengah laut dalam lagi bergelombang .

Saudara ! jika dibiar saya keseorangan , usahkan belayar jauh , hanya untuk menaikan sauhnya sahaja , saya pasti tidak akan mampu .

Ikhwah yang dikasihi sekelian .

Sebagai ucapan sulung , di saat saya memikul taklif yang sangat berat ini , izinkanlah saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua rakan – rakan EXCO DPPP serta tidak ketinggalan para perwakilan yang rata – ratanya adalah pemimpin di negeri , kawasan dan cawangan .

….. dengan ucapan yang pernah diungkapkan oleh Saidina Abu Bakar as – Siddiq rha .

أيها الناس ! فإني قد وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و إن أسأت فقوموني الصدق أمانة و الكذب خيانة

Ucapan Umar bin Abdul Aziz rhm


أما بعد، فإنه ليس بعد نبيكم صلى الله عليه وسلم نبي، ولابعد الكتاب الذي أنزله كتاب، ألا ما أحل الله عزوجل حلال إلى يوم القيامة وما حرمه الله حرام إلى يوم القيامة ألا لست بقاض ولكني منفذ، ألا لست بمبتدع ولكني متبع، ألا إنه ليس لأحد أن يطاع في معصية الله عز وجل، ألا إني لست بخيركم ولكني رجل منكم غير أن الله جعلني أثقلكم حملا.


“Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu saw, dan tiada kitab lagi selepas kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadanya. Ingatlah! Apa-apa yang telah dihalalkan oleh ALlah Azzawajal tetap halal sehingga hari kiamat. Dan apa yang telah diharamkan oleh ALLah tetap haram sehingga hari kiamat. Ingatlah! Aku bukan seorang hakim (penghukum) tetapi pelaksana, Ketahuilah sesungguhnya aku bukan orang yang mereka-reka (mencipta) ajaran baru, tetapi hanyalah seorang pengikut ajaran ALlah dan RasuluLlah saw. Ketahuilah! Sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di antara kamu tetapi ALlah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas.”

Sahabat yang dihormati sekelian .

Perlu diketahui , selain dari amanah ini sangat berat dan sukar , saya telah mendapat ikrar dari sahabat saya dan sahabat kita semua , iaitu Al Fadhil ustaz Azman Syafawi dan saudara Sabki Yusuf al Baasuti untuk menjadi rakan ganding , mengemudi kepimpinan pemuda bersama seluruh saff EXCO DPPP yang dipilih dan dilantik serta tidak dikecualikan walau seorang pun dari perwakilan sekelian .

Marilah saudara , sehayun tangan selangkah kaki kita pacu perjuangan ini , kita redah segala cabaran dan kita serap segala tekanan .

… untuk maksud itu , pemuda mesti miliki sikap yang


· responsive terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat dan Negara .
· optimis terhadap kemenangan Islam yang kita dokong ,
· sensitive terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah

Pemuda PAS juga mesti menjadi lebih kuat dan tidak mengalah kepada kekuatan musuh .

Ramai orang tanya saya , sdr jadi ketua DPPP ni , boleh ker sdr nak lawan Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO?

… dengan tidak memandang rendah pada keupayaan musuh , suka saya tegaskan di sini bahawa agenda perjuangan kita jauh lebih besar dan tinggi dari sekadar untuk berdepan dengan Khairy .

Usahkan Khairy , bapa mertua dia pun kita lawan sebelum ini ! Saya nak beritahu perwakilan semua , percayalah , sekadar nak berdepan dengan pemuda UMNO ni , tak sempat pemuda pusat, boleh ke pemuda kawasan dulu !

Saudara ! Selagi mana Islam tidak menjadi asas perjuangan mereka dan selama mana Islam terus mendarah daging dan menjadi prinsip perjuangan kita , yakinlah ! kita akan mampu berdepan dengan mereka .

Kita berdepan dengan UMNO selama ini dan berjaya mengatasi mereka bukan dengan title juga tidak dengan material tetapi dengan

· aqidah perjuangan yang menunjang dalam jiwa kita ,
· Syakhsiyah yang mempamerkan indahnya akhlak & tingginya budi
· fikrah yang jelas lagi benar mengalahkan hujjah musuh .

Ingat bagaimana wasiat jihad Saidina Umar rha.


فإني آمرك وممن معك من الأجناد بتقوى الله على كل حال؛ فإن تقوى الله أفضل العدة على العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم؛ فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن بهم قوة؛ لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة. وإلا ننصر عليهم بفضلنا لن نغلبهم بقوتنا


Saudara Perwakilan yang dihormati sekelian .

Ketika menjawab persoalan yang diajukan kepada saya , bagaimana DPPP dengan kepimpinan yang baru ini akan menghadapi hari – hari mukanya ?

Saya menegaskan prinsip kepada pendekatan yang akan diambil ialah sebagaimana yang pernah disebut oleh Asy Syeikh Abu Hasan Ali An Nadawi :


الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع


Integrasi antara warisan tradisi yang soleh dengan penemuan baru yang bermanafaat .


Kita akan terus menyambung kerja – kerja yang belum selesai malah mempertautkan legasi kepimpinan terdahulu yang baik dengan pendekatan dan penemuan - penemuan baru yang akan kita laksanakan .

Sememangnya menjadi tanggungjawab kepada setiap pemimpin untuk memperkasakan DPP dari masa ke semasa , dengan melakukan transformasi dan juga persegaran kepada seluruh elemen pendekatan dan aktiviti DPP .

Namun kecemerlangan pemimpin dan segala gagasan mereka yang terdahulu tetap menjadi sandaran untuk kita mencipta sejarah gemilang di zaman kita pula . Inilah yang diajar oleh al Imam Malik rhm .


لا يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها


Tidak akan gemilang ummat akhir ini melainkan bersandar kepada pencapaian gemilang sebelumnya



Saudara ! DPPP kini telah berusia 56 tahun . Satu usia yang tiada siapa boleh mempersoalkan kematangannya , jauh sekali untuk menafikan pengalamannya berjuang di medan .

Satu usia yang cukup kaya dengan jasa dan baktinya , bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada rakyat dan Negara . Sebagai contoh :

1. Baru – baru ni , PASTI yang merupakan produk DPP telah menyambut Jubli Peraknya di Tawau Sabah kini mampu berbangga dengan 1640 buah sekolahnya di seluruh Negara .

Saya berharap Jabatan PASTI dengan produk barunya pula iaitu Kelas Fardhu Ain Harian KAFFAH akan terus membawa DPP gah berbakti kepada Negara .

2. Gagasan Kepimpinan Ulama’ , juga telah meraikan Jubli Peraknya baru – baru ini terus segar mendasari system kepimpinan parti sehingga hari ini . Secara langsung terus menobatkan peranan DPP sepanjang abad .

3. Jabatan AMAL sebagai sebuah badan beruniform milik DPP kini telah mencecah usia 18 tahun dengan keahlian berdaftar seramai 4100 dengan 2000 daripadanya adalah Amal Walad .

Insyaallah , saya telah dimaklumkan oleh Pengarahnya bahawa AMAL juga akan mengadakan satu Konvensyen AMAL peringkat Kebangsaan bagi melihat semula peluang dan ruang yang perlu di teroka lebih jauh oleh AMAL .

4. Akademi Kepimpinan Pemuda , produk terbaru DPP yang merupakan legasi mantan ketua DPPP Tuan Hj. Salahudin Ayyub . Baru berusia 2 tahun , masih bertatih dan berjalan jatuh .

Saya telah berjanji dengan Yb. Tuan Hj Salahudin Ayyub untuk memastikan AKP akan mampu berlari deras dan sekaligus berjaya menjuarai isu – isu kepimpinan dan apa yang lebih penting ialah melahirkan bakal – bakal pemimpin parti dan Negara yang berkaliber tinggi .

5. Kelab Penyokong Muda , juga antara produk DPP yang terlaris di pasaran . Bukan sahaja menambat hati rakan – rakan muda non muslim tetapi mula menarik perhatian dunia apabila PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang dulunya sering dimomokkan sebagai eksterim dan suka berkonfrantasi, kini mampu mengambil ruang di dalam hati non muslim .

Fenomena ini telah membuka medan baru dalam episode dakwah kita malah lebih mencabar kepada DPP . Tentu sahaja kita tidak bermaksud menjadikan Kelab Penyokong Muda sebagai alat memenuhi keperluan politik pilihanraya ,

…. sebaliknya kita berhasrat supaya Kelab Penyokong Muda mampu bergerak seiring , memahami dan mendokong cita – cita perjuangan Islam yang menjadi teras penglibatan kita di medan politik tanahair .

DPP masih mempunyai beberapa jabatan – jabatan lain yang berfungsi sebagai “back up striker” dan jentera pengukuhan dalaman DPP .

Saudara ! Apa yang telah kita miliki ini akan kita jaga sebaik mungkin disamping satu mekanisme akan diputuskan demi memastikan tunggakan tugas dan amanah perjuangan ini dapat ditunai dan dilangsaikan dengan baik dan cemerlang .

…. disamping kita akan memberikan komitmen tanpa tangguh untuk menjelaskan tanggungjawab semasa terhadap perjuangan yang kita dokong ini agar tiada tunggakkan baru.

Sdr Perwakilan sekelian !

Bukan sahaja di Semenanjung , pengukuhan organisasi DPP dan perluasan gerakkerja dakwah , insyaallah akan diperhebatkan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan . Saya kira sessi ini adalah sessi yang akan turut memberikan lebih tumpuan kepada Sabah , Sarawak dan Labuan .

Kita mahu Sabah , Sarawak dan Labuan menjadi Semenanjung ke 2 dan Projek Semenanjung 2 ini akan kita kaji satu mekanisme khusus bagaimana kita akan menjayakannya .

Penutup

Ikhwah yang dihormati sekelian .

Sebelum saya mengundurkan diri , marilah kita berjanji untuk merapatkan lagi saff perjuangan kita , agar DPP terus utuh dan gah di persada politik tanahair , dalam masa yang sama kita berupaya untuk memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa .

Saya tertarik dengan pesanan dan amanat Yb. Tn Hj. Salahudin Ayyub supaya jangan kita rosakkan pemuda dengan elemen – elemen perpecahan , sentiment sempit dan jumud , politik berpuak – puak dan jangan rosakkan dengan panggilan dan label – label yang dilemparkan oleh musuh kita , tetapi tampil dengan pemikiran yang segar , kuat dan kontemporari.

Saudara perwakilan sekelian ,

Kita pejuang bukan pemberontak . Kita pendakwah bukan penghukum . Responsive terhadap isu ummah tetapi tidak melatah terhadap provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab .

Kita hulurkan tangan membimbing biarpun lidah tegas menentang dan menegur kezaliman serta kemungkaran .

Insyaalah prinsip – prinsip ini akan meletakkan pemuda PAS terus dihormati oleh kawan dan lawan di sepanjang masa .

Saudara perwakilan sekelian .

Insyaallah , 15 hb June ini , DPPP akan bermesyuarat buat kali yang pertama bagi sessi 09/11 untuk melengkapkan carta dan mengemaskini struktur organisasi DPPP . Kemungkinan besar akan berlaku beberapa perubahan dalam pembinaan carta dan struktur organisasi DPPP yang akan kita maklumkan kemudian .

Saya percaya , transformasi akan bermula dari pengukuhan organisasi dan selepasnya kita akan segera mengadakan bengkel pemerkasaan hala tuju DPPP bagi sessi ini .

Doakan agar kita berjaya melakukan suatu yang terbaik untuk Islam dan DPP sebagai wadah perjuangan kita . Sementara itu , saya berjanji akan mengerahkan seluruh jiwa raga ini selama ia masih berfungsi dan sememangnya ia telah di waqaf kan demi membangunkan cita – cita besar perjuangan ini .

Sesungguhnya kepimpinan ini satu amanah . Sedikit kita silap melangkah , kita berdepan dengan kemurkaan Allah swt . [ saya tidak gerun dengan kritikan musuh , sebalik apa yang merisaukan saya ialah kritikan Allah swt ] Marilah kita mengambil iktibar dari apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw: [ riwayat imam muslim ]


عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.


dari Abi Zar telah berkata : Aku berkata kepada Rasulullah saw : Apakah engkau tidak memilih aku ? maka Rasulullah saw sampil menepuk kedua - dua bahuku kemudian berkata : Wahaia Abu Zar sesungguhnya engkau lemah sedang kepimpinan itu adalah amanah dan hari qiamat kelak adalah kehinaan dan penyesalan


Akhirnya , saya harap semua kita dapat bangun seketika sambil kita melaungkan kalimah takbir , tanda hormat mengiringi pengunduran penuh bergaya Mantan Ketua DPPP Tuan Hj. Salahudin Ayyub dan sebagai symbol restu buat beliau menyandang amanah baru sebagai Naib Presiden insyaallah .



Baca Seterusnya......

ISU MUZAKARAH PAS – UMNO


Kembali Kepada Prinsip Amal Islami.

oleh : Ketua DPPKP

Salam Perjuangan.....
Setelah sekian lama menyepi akhirnya hari ini, tergerak hati penulis untuk memberikan sedikit peringatan berkaitan isu "Kerajaan Perpaduan" yang diutarakan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. apa yang menyebabkan penulis untuk mengutarakan pandangan adalah apabila melihatkan terlalu ramai forumer2 & blogger2 dan ape2 lagi yang ingin menjadi juara dalam isu ini.
Sedangkan pada pandangan penulis, kebanyakan daripada mereka mengutarakan pandangan yang entah berasaskan daripada sumbar2 mana. Walahua`alam....


Sebenarnya, apa yang hendak diutrakan oleh penulis adalah petikan berkaitan tulisan Ketua DPPP Ust. Nasrudin Hassan Tantawi... sama2lah kita befikir dengan sebaik2nya demi kesejahteraan PAS.... Walahua`alam....

Muqaddimah.

Muzakarah PAS – UMNO tiba – tiba menjadi satu isu terhangat di pasaran politik tanahair hari ini . Ianya menutup isu kenaikan harga minyak malah menenggelamkan isu fitnah yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Mungkin ianya hanya buat seketika tetapi berjaya membuatkan pihak tertentu menarik nafas lega sementara mencari idea baru untuk terus membidik sasaran mahupun mencongak strategi bagaimana pelan bertindak selepas ini.

Kini giliran PAS menghadapi tempoh ujian saringan yang saya sendiri tidak tahu entah bagi kali yang ke berapa sepanjang PAS berada di medan perjuangannya. Tentu saja ujian saringan ini mahu atau tidak terpaksa dihadapi oleh PAS ( pemimpin dan ahlinya ) sehinggalah Allah memutuskan tempoh akhirnya. Demikianlah sunnatullah , firman Allah swt :

و لنبلونكم حتى نعلم المجاهدين منكم و الصابرين و نبلوا أخباركم

“ dan kami sengaja akan menguji kamu sehingga kami maklum ( siapakah ) orang yang benar – benar berjuang dikalangan kamu jua orang yang sabar dan kami mengatahui ( baik buruk ) keadaan kamu.”

Surah Muhammad : 31

Tahun Ujian

Tahun ini adalah tahun ujian (عام الإبتلاء ). Sebelum ini ujian melanda UMNO dan BN dengan prestasi buruk mereka dalam PRU ke 12 , kemudian ujian dihadapi pula oleh PKR dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di fitnah dan hari ini ujian menimpa PAS dengan isu Muzakarah / rundingan PAS – UMNO.

Pun begitu , sudahlah tentu kedudukan seorang pejuang atau parti yang memperjuangkan Islam dalam menghadapi ujian jauh berbeza dengan keadaan musuh Islam menghadapinya. Bagi seorang pejuang Islam , iman dan Islam yang ada pada dirinya meletakkan ia senantiasa dalam keadaan baik. Sabda Rasulullah saw :

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير و ليس ذلك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له و إن أصابته ضراء فكان خيرا له .

Dari Abi Yahya Suhaib bin Sinan Rha berkata : Rasulullah saw bersabda : Pelik sungguh urusan orang yang beriman . Sesungguhnya seluruh urusannya beroleh kebaikan dan tidaklah perkara demikian dianugerahkan kepada seseorang kecuali kepada orang yang beriman. Jika ia mendapat nikmat maka ia bersyukur maka syukur itu adalah kebaikan bagi dirinya dan jika ia ditimpa kesusahan maka ia sabar maka sabar itu adalah kebaikan bagi dirinya.”

Riwayat Imam Muslim

Skala ujian mungkin berbeza antara satu sama lain . Ujian kadang kala getir dan sukar untuk dihadapi, namun ada kalanya ujian yang melanda dirasakan mudah untuk kita mengurainya. Pada saya , mudah sukar kita “menjawab” ujian yang kita hadapi ini bergantung kepada tahap prestasi kita . ( Sejauh mana kita menguasai maklumat yang tepat , setakat mana pula penghayatan kita terhadap prinsip amal Islami yang kaya dengan disiplin seperti thiqah , ukhuwwah , syura dan sebagainya serta kadar mana graf iman kita terhadap aqidah perjuangan . )

Jika tahap prestasi maklumat , penghayatan amal Islami dan aqidah perjuangan itu berada pada tahap tinggi dan layak , maka besar mana pun ujian atau sukar mana pun ujian itu akan “dijawab” dengan mudah dan tenang.

Tetapi ,tanpa prestasi yang saya maksudkan tadi , ujian yang mudah malah semudah sifir satu dan dua pun akan dirasakan sukar dan payah untuk di”jawab” . Tidak mustahil ada yang akan mengambil sikap polos untuk melarikan diri dari menghadapi ujian seperti ini.

Apa yang pasti , melarikan diri dari ujian adalah orang yang gagal . Gagal dalam perjuangan ! markah mereka pastinya kosong sebab “kertas ujian” mereka tidak berjawab . Namun mereka yang menghadapi ujian akan berhadapan dengan dua kemungkinan . Samaada mereka berjaya dengan markah yang tinggi atau mereka gagal tetapi mereka tetap mempunyai markah meskipun rendah.

Spirit Rabitah .

Sebelum saya pergi lebih jauh dalam mengulas isu ini , suka terlebih dahulu saya mengajak diri dan semua sahabat pembaca sekelian untuk membaca , memahami dan menghayati setulusnya doa rabitah ini .

اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك و التقت على طاعتك و توحدت على دعوتك و تعاهدت على نصرة شريعتك فوثق اللهم رابطتها و أدم ودها واهدها سبلها و املأها بنورك الذي لا يخبوا و اشرح صدورها بفيض الإيمان بك و جميل التوكل عليك و أحيها بمعرفتك و أمتها على الشهادة في سبيلك إنك نعم المولى و نعم النصير

“ Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati – hati ini ( bayang seluruh pimpinan dan ahli PAS yang ikhlas berjuang ) telah berkumpul kerana mengasihiMu , bertemu untuk mematuhi perintahMu , bersatu memikul beban dakwahMu . Hati – hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu , maka eratkanlah hubungan ( kesatuan ) ini Ya Allah . Kekalkan kemesraan antara hati – hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati – hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu dan matikanlah pemilik hati – hati ini sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik – baik sandaran dan sebaik – baik penolong.”

Doa rabitah adalah amalan pagi petang para pemimpin dan ahli yang ikhlas dan tulus berjuang. Saya tidak percaya jika ada pimpinan dan ahli yang memahami disiplin amal Islami tidak mengamalkan doa ini. ( Tidak mengamalkan doa ini memungkin hati antara kita longgar dan mungkin mudah rungkai apabila berdepan dengan polemic antara kita )

Prinsip doa rabitah ialah kita berjamaah dan berjuang kerana cinta kita kepada agama Allah ( Islam ), ketundukan kita kepada perintah Allah , kesungguhan kita berdakwah , setia berjuang guna mendaulatkan syariat Allah maka eratkanlah hubungan antara kita. ( jangan benarkan ia retak apatah lagi belah )

Bertolak dari spirit ini , saya ingin mengajak semua pimpinan dan ahli PAS ketika sedang menghadapi isu Muzakarah PAS – UMNO ini kembali semula kepada prinsip amal Islami. Agar pandangan dan sikap kita dalam isu ini tidak dipengaruhi sentiment yang asing dari prinsip Amal Islami. Jauh sekali dari pengaruhi emosi yang mengaburi kebenaran maklumat , fakta dan nas.

Muzakarah / rundingan PAS – UMNO

Saya rasa tidak perlu lagi saya memanjangkan muqaddimah perbahasan melainkan saya sangat mengharapkan semua pihak , khasnya pimpinan sendiri dan amnya ahli di akar umbi masuk daerah perbahasan isu ini dengan semangat kasihkan agama , perjuangan yang ikhlas , jiwa yang tenang dan maklumat yang tepat .

Saya mengamati dan mempelajari serta mendalami isu ini maka saya melihat bahawa isu ini bukanlah suatu yang sangat berat dan besar . Tinggal lagi saya tidak nafikan ia agak sensitive. Lantaran itu menanganinya memerlukan langkah yang berhati – hati dan cermat.

Hari ini , setelah timbul isu pertemuan beberapa pimpinan PAS dengan pihak UMNO , orang nak tahu betul kah PAS nak masuk BN ? dari soalan seperti ini timbul pelbagai spekulasi , fitnah dan keadaan yang agak emosional .

Ada yang menangis menghubungi saya kerana tidak mahu PAS berunding dengan UMNO. Alasannya UMNO penipu , UMNO jahat dan UMNO zalim. Berunding dengan UMNO satu dosa dan satu pengkhianatan . UMNO akan perangkap kita .

Ironisnya saya melihat kebimbangan itu semua kerana mereka kasihkan parti. Mereka sayangkan parti yang telah sekian lama mengasaskan perjuangan Islam. Mereka tidak mahu PAS menyertai dan membuat sebarang perkongsian kuasa dengan UMNO . Tidak kurang yang mengugut akan keluar dari PAS jika PAS berunding dengan UMNO .

Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Ahli agak gelisah dengan perkembangan isu ini , tambahan pula media cukup aktif memainkan peranan melagakan dua pendapat yang berbeza dari dua tokoh yang bergelar Tok Guru dalam parti. Saya rasa inilah julung kali perbezaan besar yang mendapat liputan luas dari media terhadap dua tokoh besar ini.

Saya yakin 2 tokoh besar parti tersebut juga sangat sayang kepada parti yang memperjuangkan Islam ini. Malah merekalah rebah bangun mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS di saat sebahagian daripada kita belum pun menyertai PAS .

Bahkan sebahagiannya menyertai PAS kerana hasil dakwah dan perjuangan gigih tanpa henti dari kedua – dua tokoh hebat dan handal ini. 2 tokoh inilah gandingan perkasa memimpin gerakan meredah benteng fahaman secular yang sangat tebal menyelubungi pemikiran masyarakat disamping tidak dinafikan sumbangan serta pengorbanan tokoh – tokoh pimpinan yang lain .

Logiknya sayang kita kepada PAS tidak mengatasi sayangnya mereka ( 2 tokoh ini ) kepada PAS . Kita bimbang kalau – kalau PAS ditipu UMNO dengan rundingan tersebut dan kebimbangan itu hadhir dari rasa sayang kita kepada PAS .

Persoalannya , apakah Tok Guru Haji Hadi tidak sayangkan PAS ? sementelah pula beliau adalah Presiden PAS yang memikul tanggungjawab jamaah dan seluruh ahli . Saya tidak menjangkakan demikian.

Habis tu , kenapa Tok Guru Hj. Hadi nak berunding dengan UMNO ? mengadakan muzakarah dengan UMNO ? Bukan kah Tok Guru Nik Aziz tidak setuju ? Memang pelik ketentuan Ilahi namun itulah reality .

Tok Guru Hj. Hadi yang selama ini dilihat dan dilabel keras dan tegas tiba – tiba dilihat lembut dan mahu berunding dengan UMNO sementara Tok Guru Nik Aziz yang selama ini lembut dan banyak bertolak ansur tiba – tiba dilihat keras dan tegas terhadap UMNO.

Disinilah saya lihat ahli perlu tenang dan memberi peluang dan ruang penuh thiqah ( kepercayaan ) kepada Tok Guru Presiden dan Tok Guru Mursyidul am menangani isu ini serta pimpinan janganlah mengeluarkan kenyataan media yang menyanggahi antara satu sama lain .

Kita jangan cepat buat keputusan mendahului mereka. Jangan membuat kesimpulan cepat hanya berasaskan laporan bloggers dan juga websiters . Jauh sekali mengugut pimpinan bahawa mereka akan keluar PAS jika pimpinan atau Tok Guru Presiden terus bertindak dengan suatu yang mereka tidak boleh bersetuju.

Saya yakin dan percaya , rata – rata ahli yang cemas dan gelisah ini kerana mereka sayangkan PAS tetapi saya juga sangat yakin bahawa Tok Guru Presiden juga sangat sayangkan PAS demikian juga Tok Guru Mursyid Am.

Mereka berbeza pendapat tetapi mereka sangat sayangkan PAS . ( Saya kata begitu kerana melihat kepada keistiqamahan mereka dalam berjuang dan memimpin parti. Pengorbanan mereka cukup luar biasa yang tidak memungkinkan kita kata mereka tidak sayang PAS atau mahu mengkhianati PAS sehingga kita akan keluar PAS kalau Tok Guru Presiden terus berunding dengan UMNO.)

Ertinya mereka berbeza pandangan tetapi tidak bertelagah atau berbalah. Harapnya pimpinan dan ahli bawahan janganlah bertelagah dengan menganggap 2 tok guru ni pun bertelagah. Maka satu kumpulan declair bahawa mereka bersama Tok Guru Presiden dan satu kumpulan lagi declair bahawa mereka bersama Tok Guru Mursyid Am .

Kenapa tidak kita kata , kami bersama kedua – dua Tok Guru Presiden dan Mursyid Am ! sebab mereka bukan bertelagah pun , cuma berbeza dalam pandangan setuju dengan tidak setuju . Tok Guru Presiden setuju berunding dengan UMNO sementara Tok Guru Mursyid Am tidak bersetuju berunding dengan UMNO .

Pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat DPPP .

Perbezaan pandangan ini berasaskan hujjah masing – masing . Kebetulannya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam hampir 4 jam membahaskan isu ini dengan masing – masing membawa hujjah.

Persoalannya bagaimana kita nak selesaikan masaalah ini . Ianya tentu tidak selesai dengan satu pihak kata setuju dan satu pihak lain kata tidak setuju dan berhenti setakat itu. Keadaan ini akan terus membawa dilemma kepada ahli .

Dewan Pemuda PAS Pusat telah merumuskan perbincangan semalam dan mengambil keputusan bahawa DPPP setuju muzakarah atau rundingan diadakan dengan pihak UMNO bagi membincangkan masa depan Islam dan melayu yang rata – ratanya beragama Islam dan menjadi tonggak kekuatan Islam di Negara kita.
Bersama penegasan bahawa muzakarah atau rundingan itu tidak bermaksud PAS mahu menyertai UMNO atau masuk BN. Malah semangat nak bawa PAS masuk UMNO tidak pernah berbangkit . Apa yang timbul ialah kemungkinan – kemungkinan kerjasama atau tindakan bersama yang menguntungkan Islam dan ummat Melayu .

Kenapa setuju muzakarah ?

Untuk lebih jelas dan menjimatkan masa saya kerana apa yang saya nak tulis dan ulas disini telah pun terlebih awal ditulis dengan sangat jelas dan baik oleh al Fadhil Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, justeru itu sahabat pembaca sehingga ke takat ini mestilah membacanya bersekali dengan artikel al Fadhil Ustaz Nik Abduh di blognya http://nikabduh.wordpress.com/ di bawah tajuk Tahniah Presiden dan posting beliau yang terbaru bertajuk politik damai .

Dengan itu , Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengambil ketetapan untuk menegaskan bahawa perlunya pimpinan segera mengambil langkah penyelesaian dengan memanggil mesyuarat Khas lalu mengambil satu keputusan yang muktamad dan kemudiannya memanggil semua kepimpinan diperingkat kawasan untuk diberi penjelasan dan semua ahli dituntut dengar dan taat terhadap keputusan yang telah diputuskan kelak .

Sekali lagi saya harap sahabat – sahabat seperjuangan dipelbagai peringkat dan semua penyokong agar tenang dan tidak melatah dengan mainan media dan pengulas – pengulas bebas di media cyber. Berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan kita dengan memberi mereka hak memimpin dengan baik.



Baca Seterusnya......

Pengikut