Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Rabu, 16 September 2009

CERAMAH NUZUL QURAN : KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN PAS




CERAMAH NUZUL QURAN : KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN PAS

Pulau Pisang Jitra, Kedah. Ustaz Mohd Taib b. Ahmad mengingatkan para petugas, amilin dan aktivis PAS supaya menjadi Al Quran sebagai panduan untuk melaksanakan aktiviti dakwah di peringkat cawangan kawasan dan negeri dan meletakkan Islam ditempat yang tertinggi dalam setiap bidang kehidupan. Beliau juga menegaskan supaya jangan dibuai mimpi kemenangan PR di Kedah di bawah tadbiran Dato seri Azizan Razak dan kena berhati-hati dengan tindakan yang diambil supaya PAS tidak dipandang serong oleh masyarakat. Selain itu belau mengesa supaya perangai UMNO/BN jangan diikuti setelah PAS berjaya memerintah Kedah selama 18 bulan, “Kalau dahulu ceramah PAS diikuti dengan puluhan ribu orang tetapi kini hanya beberapa orang sahaja datang mendengarnya dan jangan jadi macam ceramah yang dianjurkan oleh UMNO. Ceramah Nuzul Quran dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu dengan kerjasama Urusetia Ihya Ramadhan PAS Kawasan Kubang Pasu. Dewan Pemuda telah membantu PAS Cawangan Pulau Pisang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat. Program tersebut juga disertai oleh YB Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap dan dalam ucapannyamenyeru ahli-ahli PAS berhati-hati dengan sentiment perkauman yang dimainkan oleh UMNO/BN untuk meraih sokongan orang Melayu diakar umbi. Beliau juga menegaskan bahawa UMNO/BN tidak relevan dengan perjuangan orang Melayu dan menanti masa untuk berkubur.






Baca Seterusnya......

Jumaat, 11 September 2009

PROGRAM SAHUR BERSAMA SAUDARA BARU II




Program Gerak Sahur Dewan Pemuda Bersama Aktivis PAS Kubang Pasu di Kg Telaga Batu.



Baca Seterusnya......

Isnin, 7 September 2009

Program Sahur Bersama Saudara Baru




Dewan Pemuda telah menganjurkan Program Singgah Sahur Bersama Saudara Baru. Objektif program untuk mengeratkan Saudara Baru dengan saf kepimpinan Dewan Pemuda dan bekerjasama dengan PEMBELA dan Pengerusi Persatuan Saudara Baru Kedah/Perlis Sdr. Ibrahim Lai. Rombongan seramai 20 orang disertai Ketua Pemuda, Setiausaha, Bendahari, AJK Dewan Pemuda, AJK PAS Kawasan Kubang Pasu, Pengerusi PEMBELA, SU Agung PEMBELA dan AJK PEMBELA. Rombangan pada 7hb Sept 09 (17 Ramadhan 1430H) itu singgah sahur di rumah Saudara Baru Pn. Norhayati bersama suami dengan panggilan mesra Abg Din. Baca Seterusnya......

Umno Tertekan Dan Terdesak!

Oleh Intan Abdullah

Ibarat senjata makan tuan itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan keadaan yang menimpa Umno dan parti-parti komponen BN mutakhir ini.ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution ketika diminta mengulas mengenai pergolakan dua parti utama BN iaitu MCA dan MIC.

"Dalam keadaan Umno mengharapkan MCA dan MIC untuk mendapatkan semula sokongan daripada masyarakat bukan Melayu kembali kepada BN, mereka pula hampir tenggelam dengan masalah dalaman masing-masing," katanya

Umno yang menurutnya kini dalam keadaan tertekan dan terdesak dengan masalah krisis kepercayaan dan kemerosotan sokongan ahli dan rakyat bergantung kepada kedua-dua parti komponen utama BN itu untuk mengembalikannya.

Namun, ahli parlimen Machang itu berpandangan daripada tiga asas parti perikatan itu Umno yang sahaja yang kelihatan seperti sedang bertahan.

Bagaimanapun katanya, ketika BN memainkan sentimen perkauman Melayu atau agama, belum tentu sokongan Melayu kembali kepada mereka.

"Tetapi dalam pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun ini analisa daripada keputusannya mendapati sokongan orang Melayu kepada Umno tidak bertambah.

"Ini membuktikan pendekatan yang mereka gunakan menyebabkan mereka kehilangan undi bukan Melayu kerana masyarakat bukan Melayu sekarang ini sudah boleh menilai sendiri tindakan Umno yang semakin ekstrim dan ini sekaligus menjauhkan lagi sokongan mereka," ujarnya.

Malangnya, Umno sekali lagi melakukan kesilapan apabila menyandarkan harapan kepada MCA dan MIC yang berada dalam krisis.

"Inilah dilema yang sedang dialami Umno," katanya lagi.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai masalah dalaman MCA, Saifudin berkata keadaan yang berkecamuk itu di kalangan pemimpin parti itu seperti retak menanti belah.

Jelasnya, pertikaian yang timbul antara pemimpin nombor satu dan dua parti itu memaksa satu mesyuarat agung luar biasa atau EGM diadakan dalam masa terdekat.

"tidak kira sama ada Chua Soi Lek atau Ong Tee Keat menang ia tidak akan mampu membendung perpecahan daripada terus berlaku.

"Keadaan ini memberi gambaran parti kedua komponen BN itu kini berada pada tahap yang paling buruk dan lemah," tegasnya.

Pada masa yang sama, Umno pula dianggap beliau tidak boleh memberikan nasihat bagi memulihkan masalah ini.

"Umno tiada kelayakan kerana sejarahnya sendiri menunjukkan bahawa bekas Timbalan Presidennya juga dipecat dengan alasan yang diada-adakan.

"Walaupun ada bukti tetapi dalam kes ini Umno tidak mempunyai kredibiliti moral untuk bercakap mengenai isu moral," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, keadaan ini memberikan pengajaran yang besar kepada Umno ketika mereka memberi gambaran kepada rakyat dengan cara menguasai media arus perdana.

"Umno menghadapi ujian kekalahan dalam tujuh pilihan raya kecil yang diadakan sebagai petanda menunjukkan rakyat tetap memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya BN yang berbangga dengan 14 parti komponennya berada dalam keadaan porak peranda apabila parti-parti utamanya mengalami krisis dalaman yang terburuk," tegasnya lagi.

Tambahnya, jika MCA menyaksikan pertembungan antara dua orang pemimpin utamanya, MIC pula mempunyai presiden yang paling lama memegang jawatan nombor satu parti itu sejak tahun 1979.
Baca Seterusnya......

Jumaat, 4 September 2009

SPR Perlu Berani Berubah

Oleh Jebat Sarawak

Sudah tibanya masanya pihak SPR selaku badan induk yang mengurus serta menjaga intergriti proses pemilihan wakil rakyat menjadikan apa yang terjadi kepada senario keluar parti sebagai salah satu tanggungjawab sepenuhnya yang harus dimiliki oleh pihak SPR.

Jika kita renung akan senario wakil rakyat yang menang pilihanraya tetapi mengambil langkah keluar parti yang diwakilinya tetapi terus kekal sebagai wakil rakyat nampaknya senario ini tidak memberi apa-apa kebaikan kepada pihak SPR. Malah tindakan wakil rakyat seperti ini seakan mempermainkan proses pilihanraya yang telah diusahakan dengan begitu rumit oleh pihak SPR.

Walaupun pihak SPR hanya bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu pilihanraya namun pihak SPR juga kini harus memperbaharui tugas dan tanggungjawab mereka dengan mengawal senario yang sungguh jijik di kalangan wakil rakyat ini. Di tinjau daripada aspek manapun tindakan keluar parti oleh wakil rakyat ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada pihak terbabit. Malah jika dinilai secara jujur dan penuh intergriti tindakan wakil rakyat yang keluar parti ini sesuatu yang melanggar amanah pengundi yang telah mengundi seterus memenangkan mereka. Sesungguhnya tindakan ini tidak adil kepada rakyat. Justeru itu untuk memastikan hak pengundi terjaga dan terjamin maka pihak SPR harus menangani perkara ini melalui kuasa yang ada pada mereka.

Demi menjamin proses pilihanraya Malaysia dihormati oleh semua pihak dan negara luar maka pihak SPR seharusnya mempunyai ketetapan khas bagi mengosongkan mana-mana kerusi wakil rakyat yang keluar parti atau melompat parti ini. Perkara ini bukanlah bermakna SPR cuba untuk menyekat kebebasan mana-mana pihak untuk memilih tapak perjuangan mereka tapi tindakan keluar parti setelah meneng pilihanraya adalah sesuatu yang buruk dan boleh mencemarkan peranan serta intergriti pihak SPR dalam menguruskan hal berkaitan pilihanraya dan wakil rakyat.

Tindakan keluar parti serta melompat parti sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjadi jalan terakhir untuk seseorang wakil rakyat menyelesaikan masalah dalaman dalam parti mereka. Seharusnya pihak SPR mempunyai undang-undang untuk mencegah mana-mana wakil rakyat daripada keluar parti yang diwakili mereka. Jika mereka mahu juga keluar parti maka kerusi yang dimenangi oleh mereka seharusnya dikosongkan. Dengan ini bererti seseorang wakil rakyat tidak semudah untuk menodai amanah pengundi sekaligus mencemarkan institusi pilihanraya di negara kita. Jika pihak SPR mampu melaksanakan peraturan ini sudah pasti perbuatan pecah amanah serta mengkhianati pengundi ini mampu disekat sekaligus institusi SPR sebagai badan yang mengawal sistem pilihanraya negara ini akan lebih dihormati dan disegani oleh rakyat serta masyarakat luar.

Menilai tindakan keluar parti oleh beberapa wakil rakyat seperti di Perak dan ADUN Lunas ini nampaknya intergriti seseorang wakil rakyat negara kita terlalu rendah sekali. Pihak wakil rakyat yang telah dipilih rakyat dengan penuh susah payah serta kesusahan pihak SPR menguruskan sesuatu pilihanraya itu seakan tidak mempunyai nilai apa-apapun kepada wakil rakyat ini. Segala kepercayaan rakyat selaku pengundi yang memilih mereka serta kredibiliti proses pilihanraya yang termaktub dalam Perlembagaan itu seakan sampah yang tidak mempunyai nilai apa-apa kepada wakil rakyat ini. Selain itu juga tindakan keluar parti ini seolah-olah pihak SPR tidak mampu mewujudkan sebuah sistem pilihanraya yang mampu membentuk serta melahirkan wakil rakyat yang bertanggungjawab kepada rakyat serta penuh intergriti.

Sesungguhnya tindakan keluar parti seperti yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat di Perak serta yang terbaru oleh ADUN Lunas ini adalah sesuatu tindakan yang cukup memalukan sistem demokrasi pilihanraya di negara kita. Tindakan ini benar-benar tindakan yang tidak bermoral dan bermaruah yang ada pada wakil rakyat tersebut. Jika senario ini tidak dibanteras sekarang maka mungkin suatu hari nanti akan ada wakil rakyat yang akan menjadi yo-yo serta katak sarkas dalam institusi wakil rakyat kita. Apa tidaknya seseorang wakil rakyat itu boleh keluar dan masuk sesuatu parti mengikut kehendak hati mereka. Jika mereka suka mereka menyertai parti tersebut. Jika tidak suka mereka akan keluar pula. Jika rasa berpengaruh mungkin mereka akan jadi bebas dan seterusnya akan menubuhkan PARTI KATAK. Sesungguhnya perkara ini boleh terjadi kerana intergriti wakil rakyat kini semakin rendah dan berkepentingan peribadi semata-mata. Potensi untuk menubuhkan PARTI KATAK ini pastinya cerah kerana banyak calon yang menunggu peluang untuk keluar parti yang mereka wakili sekarang. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai bergantung kepada nasib mereka dalam parti masing-masing.

Mana-mana parti tidak usahlah takut sekiranya pihak SPR mengenakan peraturan menyekat wakil rakyat keluar parti seterusnya mengosongkan kerusi mereka jika mereka keluar parti kerana sesiapa saja wakil rakyat boleh keluar parti jika mereka mahu. Samada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional perkara ini boleh terjadi. Tidak ada sesiapa boleh menghalangnya selagi tidak ada peraturan yang mencegah perbuatan HINA, BANGSAT DAN TIDAK BERMORAL ini. Demi menjaga intergriti serta mengangkat martabat SPR di mata rakyat maka sewajarnya pihak SPR perlu melaksanakan tanggungjawab ini dengan segera. Tidak guna adanya sistem pilihanraya atau memilih wakil rakyat jika wakil rakyat yang dipilih itu tidak menghormati sistem yang mengangkat mereka sebagai pemimpin.

SPR punya kuasa. SPR punya tanggungjawab. Dan SPR punya keupayaan untuk mengubah senario HINA, BANGSAT DAN TIDAK BERMORAL ini. Jangan jadikan SPR hanya tempat melahirkan wakil rakyat sebaliknya apa yang dilahirkan itu tidak memberi apa-apa makna kepada hak rakyat di sudut Perlembagaan. SPR harus bertanggungjawab membina dan membentuk sebuah institusi wakil rakyat yang lebih baik penuh intergriti kepada rakyat bagi diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Baca Seterusnya......

Bukti Umno politik sekular oportunis

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

DALAM akhbar Harakah baru-baru ini, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel bertajuk 'Sejak bila Umno tidak hina Islam'.

1. Ucapan Dato' Seri Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya: "(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan."


Ucapan Rais Yatim ini diterbitkan dalam Infoline Majlis Peguam.

2. Dato' Seri Nazri Aziz pernah secara terang-terang pada satu forum anjuran Majlis Peguam berkata, Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Di mana nak diletakkan pengesahan Allah SWT tentang taraf agama Islam melalui ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Deen (agama) yang diredai Allah hanyalah Islam?" Inna deen na in dalLah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali'Imran)

Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud "tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah" akan menjadi satu lafaz kosong. Ia boleh menukarkan "Asyhadu"; langsung tidak berfungsi.



Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia (Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.

Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam daripada benih kacukan. Islam daripada jenis palsu dan plastik.

Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.

Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham ateis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama?

Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas daripada segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi?

Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan?

Kubur Muslim dan 'non-Muslim' pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat Muslim pun apakah halal dibakar?

Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara Muslim/ 'non-Muslim' yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi.

Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.

Menyentuh tentang kenyataan Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam agama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan 'a complete way of life'. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan ritual semata-mata.

Agama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.

Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan Maulidurrasul atau sambutan Maal Hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa.

Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.

Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu.

Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur-adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah 'tiada dasar'.

Inilah juga alasannya; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam daripada baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu.

Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.

Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi.

Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam daripada tipu daya rakan-rakan kita daripada Umno ini?

Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, "Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (Surah Ibrahim: 41)
Baca Seterusnya......

Mahasiswa perlu merdekakan Diri

Oleh: Mohd Shafie Hashim

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh keramat bilamana Negara Malaysia yang tercinta ini telah merdeka setelah sekian lama di jajah oleh bangsa asing.Laungan ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj menutup sudah siri penjajahan kolonial-kolonial barat mahupun timur terhadap Malaysia.

Lain manusia lain tafsiraNnya tentang kemerdekaan . Setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dan dalam hal ini, kalaulah kita tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula , erti kemerdekaan pada mereka pula adalah bebas dari cengkaman kaum kapitalis dan dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

Kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis lain pula tafsiran mereka yang membawa maksud terlepas daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya.

Pada mereka, kemerdekaan memberI peluang seluas-luasnya untuk mereka mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Golongan kapitalis pula, memandang merdeka adalah menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Nah ,seterusnya bagaimana dengan kita ?

Setiap tahun Malaysia menyambutnya dengan perarakan sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa bersejarah ini. Slogan demi slogan di cipta bagi menunjukan betapa meriahnya sambutan hari bermakna ini.

Kibaran Jalur Gemilang juga menjadi rutin tahunan sebaik sahaja menjelang 31 0gos. Manakala pengamal media dan perfileman sibuk menghasilkan tayangan-tayangan yang mampu membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kesusahan negara ini mencapai kemerdekaan

Namun di celah-celah kemerdekaan ini wujud juga golongan-golongan yang tidak mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Kemeriahan malamnya di sambut dengan hiburan yang keterlaluan kononya inilah trend untuk membuktikan Malaysia merdeka khususnya di era globalisasi ini.

Tiba sahaja malam kemerdekaan , maka berpusu-pusulah manusia bertandang ke pusat Bandar, menanti saat 12 malam sambil mendengar dentuman meriam .

Remaja dengan gayanya, yang tua tidak ketinggalan. Hotel-hotel penuh dengan tempahan hingga ke subuh manakala botol-botol arak bergelimpangan seakan lupa bahawa arak ibu segala maksiat.

Beginikah membuktikan masyarakat Malaysia sudah merdeka ? Jawapannya tentulah tidak. Biarpun laungan kemerdekaan itu merupakan sejarah yang tidak boleh di padam namun hakikatnya kita masih terjajah .

Terjajah minda dengan pengaruh songsang dari luar sehingga menelanjangkan pakaian nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, hidup aman dan harmoni.

Mahasiswa Dan kemerdekaan

Dalam konteks mahasiswa pula pada saya belum lagi merdeka . Sejarah gerakan mahasiswa satu ketika dahulu menunjukan bahawa mereka benar-benar merdeka .

Merdeka dari sudut minda, personaliti dan tindakan. Era 60an -70 an menukilkan sejarah mahasiswa yang tampil dengan spirit yang menggerunkan banyak pihak samada di kalangan mahasiswa dan pemimpin negara sendiri.

Keberadaan mereka di rasai oleh semua pihak. Perjuangan mereka tidak retorik, ada sahaja perkara yang tidak betul merekalah menjadi jaguh bagi membetulkan keadaan .

Lihat sahaja bagaimana kehebatan mahasiswa dahulu di dalam isu kemiskinan di Baling , Isu Hamid Tuah dan banyak lagi. Perjuangan mereka tidak kenal erti takut, erti di penjara, melainkan di hadapan mereka hanya ada prinsip jelas bahawa yang hak tetap hak , manakala yang batil tetap batil.Yang benar perlu di tegakkan , manakala yang salah perlu di hapuskan sama sekali. Bagaimana pula kita hari ini.

AUKU menjajah Mahasiswa ??

Kewujudan Akta Universiti & kolej Universiti (AUKU ) 1975 telah merencatkan sebahagian besar mahasiswa dalam segenap aspek pada ketika itu . Mahasiswa kembali lesu serta tidak proaktif dalam berbincang dan berpencak seperti mahasiswa seblum Akta kuku besi itu wujud .

Walaubagaimanapun mahasiswa tetap bangkit meredah tembok yang kebal itu. Setiap tahun mahasiswa berjuang tanpa menghiraukan tembok di hadapan, bekal didikan yang mantap , tidak timbul lagi soal takut dengan tindakan polis, tindakan universiti dan sebagainya yang terkandung dalam akta draconian itu. Aksi demi aksi terus berlaku tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi.

Kesannya membawa mahasiswa berjaya mendesak kerajaan Malaysia meminda AUKU untuk di pinda kali ke kedua pada tahun 2008. Walaupun begitu, mahasiswa masih di telengkup dengan strategi permunian kalausa yang mengelirukan mahasiswa dalam memahami akta ini.

Pendek kata AUKU masih lagi merencatkan pada sesetengah pergerakan mahasiswa. Biarpun di pandang sebagai ketelusan pemimpin negara dalam menerima kebebasan mahasiswa bersuara , tetapi ianya hanya indah khabar dari rupa.

Namun , kekangan ini tidak menjadi masalah hanya bagi mereka yang berani menyepak AUKU ini seperti bola kerana sasaran mereka yang serius dengan perjuangan hanyalah ‘tiang gol’ di hadapan.

Tukar paradigma Kita

Justeru itu, sudah tiba masanya , pada sambutan kemerdekaan ini, mahasiswa perlu berani melakukan perubahan dalam meninggikan martabat mahasiswa itu sendiri.

Sampai bila kita masih mahu tunduk dengan satu sistem yang menjajah diri kita sendiri. Kita ada hak , tetapi kenapa kita membiarkan hak-hak kita di kawal oleh orang lain.

Akta yang di cipta bukan lagi penghalang utama kepada mahasiswa. Jangan pernah sama sekali merasakan diri di jajah sehingga terkunci mati tindakan kita untuk menjadi penyelamat ummat di tengah-tengah kepincangan yang ada.

Beranilah berubah, jika rakyat di luar sana berani mencabar kebatilan atas dasar kefahaman , kenapa kita mahasiswa masih lagi melakukan pertimbangan untuk berubah? .

Sesungguhnya kita tidak tahu sampai bila hayat hidup kita. Mungkin sesaat lagi kita menutup mata . Justeru dalam peluang yang dikurniakan ini, marilah sama-sama kita merdeka diri kita dari terus di jajah dan permainkan .

Berjuanglah untuk kebenaran, Bebaskan diri daripada di jajah. Selamat menyambut Hari kemrdekaan yang ke 52 buat seluruh mahasiswa yang berjuang untuk kebenaran. Student Power!

———-

*Penulis anti rasis ini suka menonton filem Kungfu Panda dan Gadoh sambil berkongsi pengalaman dan idea bersama rakan-rakan aktivis. Beliau kini ialah pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional merangkap Pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) disamping sebagai exco Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya.
Baca Seterusnya......

Umno kian terbelit dengan lingkaran sentimen perkauman ciptaannya

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

LOGIKNYA, apabila kita diberi petunjuk jelas tentang kehadiran Lailatulqadr - malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan - pada malam-malam ganjil di hari-hari sepuluh terakhir Ramadan, tentu tiada siapa yang akan meremehkannya.

Ya, apa sukarnya untuk menghidupkan malam dengan melakukan ibadah sepenuhnya hanya pada beberapa malam tertentu itu, sedangkan ganjarannya cukup luar biasa?

Namun realitinya, insan begitu mudah alpa dan leka, tawaran sehebat mana pun, jika tidak didahului dengan jiwa tauhid yang mantap dan latihan yang konsisten, maka pada saban tahun, segalanya akan berlalu begitu sahaja.

Saya cuba mengingatkan diri yang kerdil ini - berkali-kali - bahawa kita masih belum terlambat untuk merebut tawaran Ilahi itu. Ramadan, bulan di mana nafas orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada wangi kasturi. Bulan di mana setiap malamnya Allah akan membebaskan seratus ribu orang yang sebelumnya diwajibkan ke atas mereka neraka.

Justeru, penuhkanlah malam dan siangnya dengan al-Quran, istighfar, zikir, taubat, sedekah, solat sunat dan beribadah dengan khusyuk. Sucikanlah hati, mohonlah keampunan seikhlasnya, cantas segala keinginan syahwat, moga-moga Allah menerima amalan kita yang sedikit ini.

II.

Hari Jumaat bulan Ramadan adalah hari baik di bulan yang baik. Tapi pada hari itulah juga sekumpulan penduduk di Shah Alam mengarak kepala seekor lembu sambil melaungkan slogan provokatif dan mempamerkan ungkapan menghina.

Mereka membantah proses pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 21. Rupanya Ramadan 'tidak cukup' untuk melatih mereka agar bersifat sabar, menundukkan nafsu amarah dan melihat isu kontroversi itu dari gambaran lebih menyeluruh serta terpisah dari sentimen perkauman sempit yang ternyata cuba diapi-apikan pihak tertentu.

Lebih berbahaya apabila tindakan mengusung kepala lembu yang masih berdarah itu boleh ditafsirkan dari sudut penghinaan kepada amalan agama tertentu. Sebenarnya tidak sukar untuk menelah siapa dalang di belakang peristiwa yang sarat dengan agenda politik itu.

Malah jika diteliti perancangan Umno - dengan restu Presidennya, Najib Razak sendiri - untuk merampas kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun, banyak pihak bimbang jika sentimen keagamaan dieksploit semahu mungkin untuk menjayakan misi berkenaan. Umno di negeri termaju itu kian kelemasan selepas bertaraf pembangkang.

Umno sebenarnya dalam keadaan terhimpit. Malah pemimpin dan para strategisnya juga keliru untuk mencari jalan keluar. Selama ini Umno merasakan ia berjaya melalui propaganda perkaumannya, seperti selalu dikumandangkan dalam program-program anjuran BTN. Zaman sudah berubah. Senjata perkauman menikam dirinya sendiri.

Tetapi Umno ternyata begitu sukar untuk mengambil iktibar dan belajar dari sejarah kegagalannya dalam pilihan raya umum 2008. Bekalan intelektual dan kematangan fikiran pimpinannya boleh dipersoalkan.

Dalam keadaan pengundi Cina dan India semakin menjauhi BN terutama selepas kes kematian Teoh Beng Hock dan perarakan kepala lembu, ditambah jika 'permainan perkauman' Umno kali ini membelit dirinya, riwayat Umno-BN sebagai parti pemerintah dijangka berakhir dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, seperti yang selalu saya tekankan juga, pengundi Melayu harus seberapa segera disedarkan daripada terus dibuai keyakinan palsu terhadap Umno. Jelas terdapat kempen besar-besaran mahu meniupkan sentimen perkauman Melayu melalui beberapa isu di Selangor.

Pendedahan maklumat dan pengedaran berita yang lebih cepat dan tepat melalui media baru diharap dapat membantu menjernihkan tanggapan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

III.

Memang ia satu kejutan dan hadiah hari merdeka yang tidak sepatutnya. Kenaikan harga minyak biar sekecil mana pun pasti mempunyai kesan berantai yang cukup negatif kepada pengguna. Apatah lagi ia diumumkan menjelang hari perayaan dalam suasana kelembapan ekonomi yang masih ketara.

Sekali lagi, apakah Najib tidak mengambil iktibar daripada eksperimen buruk Abdullah Ahmad Badawi dahulu? Rakyat yang cukup perit dengan bebanan kenaikan kos sara hidup mengajar Abdullah melalui peti undi.

Keuntungan besar Petronas ternyata tidak dimanfaatkan untuk meningkatkan keperluan asas. Banyak projek (lihat saja di Terengganu) hanya untuk mengisi tembolok para kroni dan membawa masalah selepas disiapkan.

Semasa rakyat masih termangu-mangu dengan skandal PKFZ berbelas bilion ringgit, istana bekas menteri bernilai puluhan juta, projek membazir yang menghanguskan dana awam, tiba-tiba mereka hendak dibebankan lagi.

Saya menjangkakan rentetan slogan muluk Najib boleh menjerat lehernya sendiri, mengulangi mimpi ngeri Abdullah. Kini, rakyat berhak bertanya, siapa yang didahulukan dan siapa pula yang diutamakan?
Baca Seterusnya......

Pengikut