Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Isnin, 27 Julai 2009

ARAHAN MENYERTAI PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA (MANSUH) PADA 1 OGOS 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat bersama NGO akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran untuk memansuhkan ISA pada tarikh dan maklumanberikut:-

Tarikh : 1 Ogos 2009 / 10 Sya’ban 1430 (SABTU)
Masa : 2.00 petang
Lokasi : Berkumpul di Masjid Jamek Kg Baru, Masjid Negara dan Sogo

seterusnya berarak ke Istana Negara (lokasi berhimpun
mengikut negeri akan dimaklumkan kemudian)
Seluruh pemuda di negeri-negeri diarah turun bersama-sama dalam perhimpunan tersebut.
Warna tema pada himpunan tersebut ialah “hitam merah”.



Baca Seterusnya......

CERAMAH MANSUH ISA PERINGKAT NEGERI KEDAH

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Tarikh : 27 Julai 2009/ Isnin
Masa : 9.30 malam
Tempat : Padang Awam Keda, Kupang, Baling, Kedah

Penceramah:
1. Ust Nasruddin Hassan Tantawi - Ketua Pemuda PAS Pusat
2. YB Dr. Mohd Hatta Ramli - Bendahari PAS Pusat
3. Ust Ahmad bin Yahya - Ketua Pemuda PAS Kedah
4. YB Ust Nasir Zakaria - Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah
5. Ust Osman Abd Hamid - Ketua Pemuda PAS Baling

SEMUA LAPISAN RAKYAT DIJEMPUT HADIR



Baca Seterusnya......

Selasa, 21 Julai 2009

Buang Sangkaan Buruk Kepada Perjuang Islam


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu kesal dengan tuduhan melulu ke atas kejadian bom yang berlaku di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton, Jakarta pagi jumaat 17 Julai yang mana telah mengakibatkan lapan nyawa dan mencederakan 50 lagi, termasuk 18 rakyat asing, melibatkan orang Islam. Islam agama yang mengajarkan penganutnya mencintai kedamaian dan persaudaraan. Tuduhan oleh pelbagai pihak pengeboman di Hotel JW Marriot melibatkan Jemaah Islamiyah boleh memburukkan prejudis orang bukan Islam dengan orang Islam. Dewan Pemuda menyeru kepada pihak berkuasa Indonesia membuat penyiasatan yang terperinci supaya kekusutan ini dapat dirungkai dengan sewajarnya



Baca Seterusnya......

Ahad, 19 Julai 2009

Konsert 60an, Festival Kedah Sejahtera Adalah Kerja Mungkar

Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu mendesak pihak penganjur Festival Kedah Sejahtera supaya membatalkan hasrat mengadakan Konsert 60an seperti yang dijadualkan pada 25 Julai depan.

“Walaupun tidak ketahui secara jelasnya siapakah penganjurnya, namun kerana ia telah diluluskan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Kedah di bawah pakatan rakyat sudah pasti ia menimbulkan pelbagai persoalan, kata seorang aktivis PAS.Festival Kedah Sejahtera tersebut akan berlangsung di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani pada 22-28 Julai depan.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu, Kaman Jaapar, “ kami rasa amat pelik dan terkejut.... bagaimana konsert 60an boleh diselitkan dalam acara Festival Kedah Sejahtera tersebut. Pada hal sebelum ini, PAS juga merupakan kumpulan ataupun parti yang mewakili rakyat menentang sebarang bentuk konsert yang bersifat melalaikan orang ramai”.

“Lebih memalukan..kami dari Dewan Pemuda kawasan-kawasan seluruh Kedah di minta untuk berkerjasama menyebarkan handbill-handbill tentang program tersebut kepada rakyat dalam kawasan masing-masing, katanya.

Katanya lagi, Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu telah memutuskan melalui Dewan Hariannya bahawa tidak mengedarkan handbill tersebut, di samping akan memboikot program Festival Kedah Sejahtera jika ia tidak mengikut lunas-lunas yang selari dengan ajaran Islam”.

Kaman berkata, walaupun tidak dinafikan ada juga program-program lain yang disediakan oleh penganjur di anggap baik serta berfedah kepada rakyat dan tidak melanggari ketetapan syarak, namun bukan bermakna program berunsur maksiat seperti itu boleh diadakan. Mencampur aduk antara tindakan baik dan tidak baik adalah sesuatu yang lari dari asas Islam”.

Sementara itu, Hj Hashim Abu berkata, Kerajaan Kedah tidak sepatutnya meluluskan ataupun tidak mengambil peduli langsung tentang program yang akan dijalankan. Sepatutnya sebelum mereka meluluskan sebarang program yang hendak dianjurkan oleh kerajaan ataupun pihak swasta hendaklah terlebih dahulu di lihat dari kacamata agama Islam”.

“Adalah kerajaan Kedah tidak ada peraturan-peraturan berkaitan hiburan supaya menjadi garispanduan oleh pihak penganjur, soalnya.

Katanya lagi, saya rasa amat kecewa dan malu, jika program konsert 60an ini diteruskan juga kerana ia boleh mencalarkan imej PAS sebagai sebuah parti yang memperjuang Islam, di samping ia gagal untuk membendung budaya yang tidak Islamik yang selama ini menjadi punca kerosakkan moral rakyat seperti yang dilaksanakan oleh Umno/Bn”, katanya.

Mengikut maklumat yang tertulis di dalam handbill yang diedarkan petang tadi bahawa pada 25 Julai akan diadakan Konsert 60an yang turut disertai oleh penyanyi di zaman tersebut yang terdiri A.Halim, L.Ramlie, J. Sham dan Live Band.

Hj Hashim menambah, dimanakah kewajarannya pihak penganjur Festival Kedah mengadakan program tersebut. Apakah mereka juga termasuk golongan yang masih keliru ataupun telah dikelirukan untuk membezakan yang mana satu hiburan yang dibenarkan oleh syarak ataupun sebaliknya”.

“Jangan kerana terdesak nak tarik orang ramai datang, pihak penganjur sudah terlupa antara yang halal dan haram. Mereka yang seperti ini perlu ditegur oleh Menteri Besar Kedah supaya ia tidak memalukan kerajaan dan PAS itu sendiri, katanya lagi.

Sementara itu Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu mendesak supaya pihak penganjur mengkaji semula semua program yang berunsur hiburan di Festival Kedah Sejahtera serta tampil memberi penjelasan tentang kewajaran mereka mengadakan konsert 60an tersebut.

“Kami (Dewan Pemuda) sama sekali tidak akan memberi kerjasama dan merestui program bersifat mungkar tersebut diteruskan, Kaman berkata.
Baca Seterusnya......

Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Terbakar,Mohon Sumbangan .

Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak telah terbakar pada jam 10.00 pagi tadi. Kebakaran melibatkan bangunan yang menempatkan Pejabat Pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir, bilik guru, perpustakaan, dan dua buah bilik darjah.Keseluruhan bangunan musnah. Turut musnah ialah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit dan mesin potostate yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dna kaunter serta beberapa buah almari dan 65 unit meja dan kerusi murid.

sebanyak 1 jentera bomba dari Guar Chempedak dan 14 jentera bomba sukarela termasuk dari bomba sukarela Bukit Pinang tiba bagi membantu usaha memadam kebakaran. Kebakaran dapat dikawal dengan baik dan bangunan surau dan asrama pelajar yang berada disebelah bangunan tersebut dapat diselamatkan. Pihak bomba menganggarkan kerugian sebanyak RM550 ribu.

Ketika kejadian Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Lembaga Tadbir sedang berada dalam pejabat melakukan kerja pentadbiran apabila diberitahu oleh beberapa orang murid tentang kepulan asap yang banyak dalam bilik darjah, beliau terus bergegas ke tempat tersebut dan mendapati api telah mula marak. Dalam kesempatan masa itu mereka mula meyelamatkan barang yang sempat dibawa keluar.

Pihak Lembaga tadbir telah mengadakan mesyuarat tergempat jam 1.00 petang tadi dan memutuskan memberi cuti kepada semua pelajar sehingga 27 Julai ini. Bagi menggantikan dua buah bilik darjah yang musnah pihak sekolah akan memasang khemah sebagai bilik darjah sementara. Pejabat sementara sekolah akan ditempat ditingkat bawah bangunan Tabung Haji yang bersebelahan dengan sekolah.

Pihak sekolah merayu sumbangan orang ramai supaya dapat menghulurkan bantuan segera bagi membeli kelengkapan bilik darjah yang musnah supaya pembelajaran dapat ditersuakn seperti biasa. Sebanyak 65 buah unit meja murid diperlukan , 2 unit white board diperlukan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah 012 4827563 atau Ust Mohamad Ismail, Setiausaha Lembaga tadbir 019 4227323.
Baca Seterusnya......

Selasa, 14 Julai 2009

TAHNIAH MANIK URAI PAS MENANG 65 UNDI

Sekalung terima kepada pengundi Manik Urai kerana masih memberi kepercayaan kepada kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz. Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu yakin Jentera Pilihanraya PAS Kelantan akan melakukan post-mortem atas kemenangan tipis PAS ke atas UMNO/BN.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu berazam akan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan UMNO/BN tersungkur di bumi Malaysia.



Baca Seterusnya......

Umno Biadap Guna Sekolah Buat Ceramah Politik

Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu meluahkan rasa kesal ke atas Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu yang membenarkan Umno Bahagian Kubang Go to fullsize imagePasu menggunakan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunjang, Jitra Kedah untuk program ceramah isu-isu semasa berkaitan politik.

Naib Ketua Pemuda Pas Kubang Pasu, Kaman Jaapar berkata, Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu rasa kesal di atas tindakan tidak bermoral oleh Umno Kubang Pasu yang menggunakan sekolah sebagai tempat menganjurkan program ceramah politik’.



“Sejak bila Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pelajaran Malaysia benarkan parti politik gunakan sekolah untuk ceramah politik, soalnya.

Laporan yang diperolehi oleh Pemuda Pas Kubang Pasu, ceramah isu-isu semasa anjuran Umno Bahagian Kubang Pasu tersebut diadakan pada jam 2 petang, 11 Julai lalu (Jumaat). Penceramah utamanya ialah Ketua Umno Bahagian, Datuk Johari Baharom.

Kaman berkata, tindakan Umno Kubang Pasu menjadikan sekolah rendah Kebangsaan Tunjang sebagai tempat ceramah isu-isu politik menunjukkan bahawa sikap yang angkuh dan besar kepala serta tidak pernah menghormati peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan”..

“Bagi Umno, peraturan ataupun undang-undang yang menyekat mereka adalah tidak terpakai, sebaliknya hanya perlu dikenakan kepada parti politik lain yang tidak sehaluan dengan mereka semata-mata ataupun golongan rakyat yang tidak menyokong mereka, katanya.

“Orang jenis inikah…perlu kita hormati dan pilih’, katanya.

Sementara itu, AJK Pas Kubang Pasu, Zabedi Usop berkata, setahunya sekolah tidak boleh digunakan untuk aktiviti politik, kecuali sebagai tempat untuk pembuangan undi ketika pilihanraya. Itupun dengan kebenaran oleh pihak Kementerian berkaitan.

Katanya, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu di minta supaya menjalankan tugas dengan telus dan beretika, di samping memantau pihak pentadbiran sekolah-sekolah dalam bidangkuasanya supaya ia tidak menjadi alat kepada sesebuah parti politik”.

“Kami (Pas) tidak halang mereka membuat aktiviti politik dalam daerah ini, tapi mereka (Umno) perlulah menghormat sikit kepada peraturan yang ditetapkan, di samping janganlah guna sekolah untuk tujuan politik. Apakah Umno Kubang Pasu dah tak ada tempat lain lebih sesuai untuk mereka anjurkan ceramah politik, katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Pas Kubang Pasu akan menghantar surat kekesalan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Tunjang berhubung tindakan mereka membenarkan Umno Kubang Pasu mengadakan ceramah politik di situ.

Kaman berkata, kita harapkan pada masa depan, Umno Kubang Pasu tidak lagi biadap membelakangkan undang-undang mengadakan program politik di sekolah-sekolah”

Baca Seterusnya......

Ahad, 12 Julai 2009

Pertentangan PAS - Umno Sentiasa Sengit

Oleh Nik Mohd Abduh Nik Abd Aziz

Walau apa pun isu mengenai perpaduan Melayu Islam di Malaysia galak ditimbulkan akhir – akhir ini, PAS dan UMNO tetap sebagai kawan dan lawan. Kedua – duanya adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan agama mereka sendiri, Islam, sejak negara mencapai kemerdekaan daridapa penjajahan barat yang telah berjaya memporak – perandakan kekuatan dan kejernihan akidah mereka.

Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua – duanya bersatu di dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika mereka bersatu dalam Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam.

Jika mereka keluar daripada Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang membawa obor Islam. Itu sunnah Allah agar ujianNya ke atas manusia kekal berlaku dan pengasingan golongan baik daripada golongan jahat terus – menerus berjalan.

Janganlah anda melihat PAS – UMNO sebagai pertembungan nafsu politik dan duniawi semata – mata. Ia pasti meletakkan anda di satu sudut yang menyukarkan dan memeningkan anda sendiri untuk memahami bagaimana ulama – ulama besar tanah air berjuang dan beristiqamah mempertahankan perjuangan PAS di masa susah atau senang.

PAS dan UMNO boleh bersatu, tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan oleh Tan Sri Harussani. Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik umat Melayu tertentu.

Dalam amalan demokrasi negara, pilihan raya adalah kemuncak perang ideologi semua parti politik yang terlibat. Itulah saat emas untuk setiap parti turun serapat dan sedekatnya kepada rakyat, menerang dasar dan menjawab setiap isu yang berbangkit. Justeru pilihan raya adalah panas di mana – mana.

PRK N41 Manek Urai sedang berlangsung di Kelantan, negeri Universiti Politik Terbuka Malaysia. Kita terpaksa menuruti takdir dan ketentuanNya bahawa penggal ini adalah penggal pilihan raya kecil yang paling acap dan berentetan berlaku dari satu negeri ke satu negeri. BN gagal menurutinya apabila enggan bertarung di Penanti dengan alasan paling rapuh pernah dikemukakan oleh mana – mana parti politik tanah air.

Biarlah politik terus berkocak. Ia mengocak kepala rakyat untuk berfikir lebih ligat dan cerdik. Politik mematangkan kehidupan manusia untuk menambah ilmu dan bertanggung jawab atas diri dan sekeliling. Tiada rugi UMNO dan PAS terus bertarung. Rugi adalah apabila PAS dan UMNO saling bersatu di atas kesamaran dan kepalsuan.

Politik zalim walaupun tampak gagah tetap gagal kemudiannya. Politik bersih walaupun sukar tetap dikasihi dan disayangi kemudiannya.

Di sisi PAS, setiap langkah dan jejak di Manek Urai adalah jihad dan dakwah yang diberkati. Senang dan sakit di Manek Urai adalah amal soleh yang diharap timbangannya di neraca Allah. Satu undi yang kekal adalah istiqamah dalam perjuangan rakyat Manek Urai. Satu undi yang baru adalah langkah kanan ke jalan yang lurus. Satu undi yang berpaling tadah adalah jenayah terhadap agama yang ditakuti kemurkaanNya.

Justeru tiada yang lebih baik selain berkampung di PRK N41 Manek Urai. Semoga Allah memberkati perjuangan pendukung PAS. Ayuh sahabat pejuang, kita lawan UMNO sehabis – habisnya!

http://nikabduh.wordpress.com/
Baca Seterusnya......

Sabtu, 11 Julai 2009

PPSMI KEMENANGAN MUTLAK UMNO/BN

Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri Pelajaran pemansuhan PPSMI secara berperingkat pada 2012 pada 8 Julai 09 mengambarkan ketidaksungguhan kerajaan UMNO/BN mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu peringkat nasional.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu yakin selepas 2012 dasar ini tidak akan dimansuhkan sekiranya PR tidak memerintah Malaysia. Mengapa 2012, kenapa tidak 2010? Julai 2002 Tun Mahathir lontarkan pandangan pengajaran sains dan mate perlu diajar dalam bahasa Inggeris dan Januari 2003 dilaksanakan terus dasar ini. Mengapa pemansuhan PPSMI mengambil masa 3 tahun untuk dimansuhkan.





Baca Seterusnya......

Isu Liwat - Kebangkitan Rakyat Tolak Umno/Bn

Oleh : Pembela

Pada 7 Julai saya dan beberapa teman bersempatan hadir di dalam program penjelasan isu lewat Anwar Ibrahim yang dianjurkan oleh PKR Kedah. Ia diadakan secara tertutup untuk kepimpinan parti-parti politik di peringkat akar umbi dari parti PAS-PKR-DAP dan beberapa NGO.

Para hadirin telah diberi taklimat oleh tiga orang penceramah iaiatu YB Ahmad Kassim, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, MP Sungai Petani dan pegumabela Anwar iaiatu saudaraSaiful.

Berdasarkan penerangan yang berikan oleh ketiga-tiga tokoh tersebut, bolehlah saya membuat kesimpulan bahawa isu liwat ini kepada beberapa perkara,

Pertama - Isu liwat yang dikaitkan dengan DSAI adalah suatu konspirasi berprofil tinggi oleh Umno/Bn untuk memusnahkan kerjaya politik DSAI.

Kedua - Untuk melemahkan kedudukan PR.

Ketiga - Mengalih fokus dan isu-isu lain dari perhatian rakyat, khususnya yang melibatkan kepincangan dilakukan oleh Bn/Umno

Keempat - Serang psikologi secara langsung ke atas DSAI

Walaupun umum ketahui bahawa beban bukti pihak yang menuduh tidaklah sekuat mana dan meragukan, namun proses prosiding mahkamah tetap diteruskan juga. Tujuan pihak menuduh ataupun pendakwaraya kes ini sukar dibaca dan dimergertikan secara tepat. Tetapi jika tujuan tersebut dibaca disebalik kehendak politik, jelaslah keempat-empat perkara di atas ada kebenarannya.

Perkara paling menarik untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang mengikuti perkembangan isu liwat ini ingin tahu ialah keputusan para hakim dalam kes ini. Bagi saya hanya ada dua jenis keputusan saja yang akan di buat oleh para hakim, aiitu, pertama, Anwar didapati bersalah dan keduanya Anwar tidak didapati bersalah.

Jika hakim mensabitkan dakwaan bahawa Anwar didapati bersalah sudah pasti keputusan yang di buat oleh hakim akan terus dipertikaikan bukan sahaja oleh pelaku politik tanah air malah melibatkan rakyat, khususnya penyokong DSAI dan PR. Ia sekali lagi mengheret institusi kehakiman ke kancah politik yang berakhir dengan ketidakpercayaan rakyat terhadapnya. Walaupun hukuman di atas kesalahan itu dibayar dengan ‘Penjara’ oleh insan bernama Anwar, namun pemenjaraan Anwar tidak mampu untuk memenjara kebangkitan rakyat yang pastinay semakin membenci Umno/Bn.

Pastinya PRU 13 akan datang rakyat terbanyak akan membuat perhitungan di atas kezaliman pemerintah Umno/Bn. Sesungguhnya ia amat menakutkan Umno/Bn itu sendiri.

Sebaliknya, jika keputusan hakim nanti bahawa Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan, bagaimana Umno/Bn nak letak muka mereka terutamanya pemain-pemain yang terlibat secara langsung dalam konspirasi ini. Pembebasan Anwar dari kes ini sudah pasti melonjak kebangkitan rakyat menolak Umno/Bn. Ia pasti mengukuhkan lagi kebencian rakyat yang berfikiran waras terhadap Umno/Bn. Ia juga meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa Anwar adalah mangsa satu konspirasi berprofil tinggi oleh mereka yang bacul dan takutkan kepada pengaruh Anwar. Begitu juga Saiful Bukhari, ikon kes isu liwat ini, ia pastinya hidup dalam keadaan yang amat tertekan yang mungkin boleh menjadi gila dan merana sepanjang hayat. .

Namun, kita sama-samalah menunggu proses perbicaraan kes ini diadakan nanti. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Yang Maha Berkuasa supaya kes ini menjadi senjata makan diri Umno/Bn dan pemain-pemainnya.
Baca Seterusnya......

Isnin, 6 Julai 2009

PRK MANIK URAI GENDANG SUDAH DIPALU

Perebutan kerusi DUN Manik Urai antara PAS dan UMNO sudah bermula selepas kedua-dua calon disahkan bertanding oleh SPR. Tuan Aziz mewakili UMNO manakala Mohd Fauzi mewakili PAS. Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu yakin PRK akan dijalankan secara aman. Bagi petugas-petugas PAS teruskan bekerja walauapapun terjadi. Kemenangan hak ALLAH dan sebagai petugas pastikan diri kalian tidak melakukan perkara yang ALLAH tidak suka. Selamat Berjuang dan pastikan kemenangan di pihak Islam. TAKBIR 3X




Baca Seterusnya......

NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU BUAT LAPORAN POLIS

Bandar Darulaman – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) sebuah badan kerajaan aktif di Kedah, tengahari kelmarin (5 Julai) yang diwakili oleh Presidennya dan Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu telah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, kononnya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah meluluskan meroboh kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina seperti yang dilaporkan oleh media online dan cetak.

Presiden Pembela, Ir. Mohd Jamal Nasir berkata, laporan polis di buat supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan ke atas Thomas Su selaku Pengerusi DAP Kedah/Perlis yang mendakwa MBAS telah meluluskan untuk merobihkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina yang disifatkan berbaur perkauman

Katanya, Pembela dan Pemuda Pas Kubang Pasu melihat ia suatu dakwaan yang berat dan dan berbaur perkauman. Ini kerana, dakwaannya tidak diserta dengan sebarang fakta dan bukti yang jelas.

Sehubungjan itu, Pembela mendesak supaya Thomas Su memberikan bukti secara ‘hitam-putih’ dan bertanggungjawab di atas dakwaannya tersebut.

Turut sama rombongan membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Kubang Pasu tersebut ialah Mohd Kaman Jaapar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu, dan beberapa AJK Dewan pemuda Pas Kubang Pasu serta Ahli Majlis Eksekutif Pembela.

Berdasar maklumat diperolehi Pembela, sejak kerajaan Kedah diambil alih oleh Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Menteri Besar, Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abdul Razak belum ada satu kes pun yang dilaporkan bahawa rumah ibadat kaum bukan Islam seperti kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina di sekitar Alor Setar dirobohkan, katanya..

Mohd Jamal berkata, dakwaan Pengerusi Dap Kedah/Perlis tersebut bersifat provokasi dan boleh disabitkan di bawah Akta Hasutan. Di samping ia bertujuan untuk mengalih perhatian golongan bukan Islam supaya tidak menyakini kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

“Dia (Thomas Su) cuba mengelirukan orang bukan Islam, khususnya Kedah dan Perak, katanya.

“Pembela nampak, Pengerusi Dap Kedah/Perlis ini cuba melakukan ‘serangbalas’ politik ke atas kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Hj Abd Razak, Menteri Besar Kedah di atas kekecewaan partinya mempertahankan tindakan MBAS merobohkan pusat sembelihan babi minggu lalu, katanya.

Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini, khususnya di negeri Kedah, maka Pembela mengambil ketetapan di dalam Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutifnya yang diadakan tengahari semalam supaya suatu laporan polis di buat pada kadar segera bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Di samping itu, Pembela juga mendesak Thomas Su memberhentikan kenyataan-kenyataan yang bersifat provokatif terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah kerana ia bukan sahaja mengeruhkan suasana politik, bahkan dibimbangi melarat sampai tercetus pergaduhan antara kaum dan agama.

Sehubungan itu, Pembela sekali lagi menegaskan akan berdiri teguh dibelakang kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, katanya lagi.

“Insyaallah… dalam masa terdekat Pembela akan berkerjasama dengan Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu menganjurkan forum untuk memberi penjelasan kepada masayarakat bukan Islam dalam daerah Kubang Pasu berhubung isu ini, katanya.

Sumber : Kedahlanie.blogspot.com
Baca Seterusnya......

Ahad, 5 Julai 2009

Karnival Makan Durian Memupuk Semangat Muhibbah

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan masyarakat setempat untuk memeriahkan karnival makan durian anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu. Dewan Pemuda juga terharu dengan kehadiran kaum Cina, India dan Siam yang dapat menerima PAS sebagai kerajaan yang memerintah di Kedah walaupun isu perkauman cuba dimainkan oleh UMNO/BN dan DAP Kedah. Masyarakat sudah boleh menilai siapakah yang layak diberikan amanah untuk mentadbir Kedah. Baca Seterusnya......

DAP KEDAH KENA CERMIN DIRI

Tindakan yang diambil oleh Pengerusi DAP Cawangan Kedah/Perlis Thomas Su untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah membuktikan niat sebenar DAP tidak ikhlas membantu memperkukuhkan kerajaan PR di Kedah. DAP tidak bersama ketika kerajaan PAS Kedah menghadapi dengan pelbagai dugaan yang terhasil dari tangan ghaib pihak pegawai tadbir negeri memburuk imej PAS di mata rakyat. Sepatutnya DAP perlu bebincang secara rakan kongsi dalam PR bukannya bertindak secara membabi buta. DAP cuba membangkitkan isu perkauman untuk meraih simpati politik atas isu MBAS meroboh rumah sembelihan babi. Bukankah DAP telah memperkenalkan konsep malaysian malaysian suatu ketika dahulu dan konsep ini bukan mewakili golongan cina sahaja. DAP harus sedar tindakan dari ADUN DAP Perak yang meruntuhkan kerajaan PR di Perak. DAP perlu tebus kesalahan ini demi maruah kerajaan PR di Perak dan di Kedah. Sehingga kini pemimpin PAS tidak bertindak membelakangi prinsip pemaufakatan dalam PR. YB Lim Kit Siang perlu berfikir dengan matang dalam menangani isu-isu yang boleh mengugat ikatan PR. Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu sentiasa berdiri teguh dengan tindakan yang diambil oleh YB Dato Seri Azizan Razak untuk menjaga kesejahteraan rakyat Kedah. Sekian dari SU Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu.



Baca Seterusnya......

Pengikut