Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Selasa, 30 Jun 2009

JOM KITA MAKAN DURIAN

KARNIVAL MAKAN DURIAN 2009, DAERAH KUBANG PASU BERSAMA PEMIMPIN PAS
3HB JULAI 2009 .
JAM 5.00 PETANG
DI DATARAN DARULAMAN, JITRA
TETAMU KEHORMAT, DATUK MAHFUZ OMAR, NAIB PRESIDEN PAS

ANJURAN LAJNAH KEBAJUKAN DAN KEMASYARAKATAN SERTA LAJNAH BURUH DAN PETANI DAN NELAYAN DENGAN KERJASAMA DEWAN PEMUDA PAS KUBANG PASU

SEMUA DIJEMPUT HADIR
Baca Seterusnya......

Isnin, 29 Jun 2009

Mustapha Jual Tahi Minyak Di Manek Urai

Oleh: Shirzad Lifeboat

Hartawan minyak terkemuka dunia Jean Paul Getty pernah berkata: “Formula kejayaan. Bangkit awal, bekerja keras dan menemui minyak.”

Minyak penting. Minyak melincinkan kehidupan. Tak ada minyak, semua perkara menjadi tersendat-sendat dan tersangkut. Pada satu ekstrim, minyak boleh mewujudkan kekayaan.

Dan pada satu ekstrim lain, minyak boleh menyara hidup. Satu ketika dulu, mereka yang tidak ada pekerjaan dan tak memiliki sebarang kemahiran untuk melakukan sebarang pekerjaan memilih untuk menjual minyak urat di kaki lima.

Pada tahun 1959, apabila syarikat Malay Film Productions Ltd di Singapura menerbitkan filem Saudagar Minyak Urat memaparkan Allahyarham S. Kadarisman sebagai saudagar minyak yang didakwanya boleh mengubat macam-macam penyakit, saudagar minyak Amerika, Jean Paul Getty telah pun muncul sebagai manusia terkaya di dunia.

Ini kerana 10 tahun sebelumnya,pada tahun 1949, Getty telah membayar tunai sejumlah 9.5 juta dolar Amerika kepada Ibn Saud dan 1 juta dolar Amerika lagi setiap tahun untuk konsensi mencari minyak di tanah tandus berhampiran Kuwait dan Arab Saudi selama 60 tahun.

Setelah empat tahun masa berlalu dan sejumlah 30 juta dolar dibelanjakan, tidak ada setitik minyak pun yang terdapat di situ. Namun selepas tahun 1953, Getty berjaya menemui minyak dan mengeluarkan sebanyak 16 juta tong setahun dan mengumpulkan kekayaan yang tidak pernah dimimpikan orang lain.

Namun selicik-licik Getty menjalankan urusan perniagaan minyaknya, beliau tetap menghormati amalan perniagaan – jika anda mahu mencari dan menggali minyak dari kawasan yang dimiliki oleh orang lain, maka anda perlu membayar royalti atau apa sahaja bayaran yang perlu dibayar.


Begitupun di Malaysia, amalannya agak berbeza. Tuan punya kawasan telaga minyak hanya dibayar royalti sekiranya seluruh tanah tuan itu ditadbirkan oleh UMNO-BN. Misalnya royalti minyak yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Terengganu telah tidak dibayar apabila PAS memerintah negeri Darul Imam walaupun ia jelas melanggar perjanjian asal carigali.

Tentu sekali pelbagai kisah mengenai royalti minyak ini sudah menjadi sejarah yang sering diperkata dan dibangkitkan oleh semua pihak. Terdapat juga kisah bagaimana ketua pentadbir negeri Darul Iman dari UMNO hilang jawatan kerana dikatakan terkena sumpahan orang minyak. Sama ada cerita termakan sumpah ini benar atau tidak, sukar untuk diketahui.

Namun apapun, akibatnya kerajaan UMNO negeri itu ditimpa huru hara. Ada SMS ugutan yang ugut orang tertentu di kalangan ADUN mereka. Selain daripada itu ADUN mereka pula berbalah-balah dan tak ada kesafahaman walaupun menjadi ahli parti yang sama.

Bala terkini pula adalah menanggung aib apabila bumbung stadium yang menjadi kebanggaan pentadbir parti ini penggal lalu tiba-tiba runtuh menyembah bumi. Khabarnya stadium yang baru sempat menjadi gelaggang sebuah SUKMA telah didirikan dengan menggunakan sekelumit wang royalti. Menurut tinjauan pendapat, rakyat Terengganu rata-rata merasakan stadium baru ini bukanlah penting sangat. “Bukang dok ada stadium. Hok lama tu masih elok. Buat mengabih pitih je.”

Projek stadium ini sebenarnya penting untuk kerajaan UMNO Terengganu. Pertama, tampaklah kerajaan negeri di bawah pentadbiran parti itu telah menggunakan wang royalti minyak untuk melakukan sesuatu. Dan kedua, ramailah kuncu-kunci yang terdiri dari semua jenis kontraktor yang ada connection menumpang durian runtuh di bawah politik naungan atau political patronage yang diamalkan oleh UMNO-BN.

Apapun, siapa yang dapat untung dari wang royalti ini dan bagaimana ia diguna dan disalahgunakan oleh kerajaan UMNO Terengganu setidak-tidaknya menunjukkan adanya perjanjian mengenai royalti carigali minyak yang termeterai di antara Negeri Terengganu sebagai tuan punya kawasan carigali dengan Kerajaan Persekutuan sebagai pemilik Petronas, syarikat yang memiliki segala logistik dan teknologi untuk mengeluarkan minyak dari perut bumi dan dasar laut sebagaimana janji Arab Saudi dengan Jean Paul Getty.



Malangnya, di Kelantan kisahnya berlainan pula. Kerajaan Persekutuan selaku pemilik Petronas telah melakukan usaha carigali minyak di perairan Kelantan tanpa sebarang perjanjian dan justeru tanpa membayar sebarang royalti kepada kerajaan negeri (sila lihat Harakah edisi Isnin 22-25 Jun 2009).



Kisah penyamunan tarbus minyak ini pernah ditimbulkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan satu ketika dulu. Namun ia tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pemimpin UMNO yang mentadbirkan kerajaan Persekutuan.



Pada 16 Jun lalu Ahli Parlimen Macang Saiffudin Nasution Ismail sekali lagi membangkitkan perkara ini, kali ini di Parlimen lengkap dengan segala fakta, maklumat dan perangkaannya. Begitupun reaksi awal kerajaan UMNO-BN terhadap perkembangan terbaru ini adalah seperti lazimnya. Bagi pemimpin UMNO-BN di peringkat pusat, perkara yang dibangkitkan oleh Saifuddin serta Husam yang menuntut royalti RM1 bilion bagi kerajaan Negeri Kelantan hanyalah merupakan antara isu yang dibangkitkan di musim pilihan raya.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Datuk Mustapa Mohamed Kerajaan Pusat akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi. Bercakap kepada pemberita selepas satu perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan Umno dalam kawasan DUN Manek Urai, 21 Jun lalu, Mustapha berkata, “"Kami hendak buat persediaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan dapat diberi kepada rakyat.”

Begitupun umum dan pemerhati politik merasakan cita-cita Mustapha untuk menjadi hero UMNO Kelantan agak terlambat. Sekiranya ada perkara yang perlu dijelaskan mengenai isu royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan ini, maka Kerajaan Pusat yang ditadbirkan UMNO sudahpun berbuat demikian sejak lama dulu.

Tapi nampaknya, UMNO Kelantan mula merasa menggelupur apabila isu ini dibangkitkan semula menjelang pilihan raya kecil Manek Urai. Tanpa isu ini pun peluang UMNO untuk mengenepikan cabaran PAS adalah ibarat mencari sebatang jarum dalam selonggok rumput kering. Tetapi dengan kembalinya isu ini menghantui mereka, peluang UMNO menjadi seperti mencari sebatang jarum dalam sebuah padang bola.

Isu royalti minyak Kelantan akan dibangkitkan oleh kerajaan PAS pada bila-bila masa sekalipun, tak kira musim pilihan raya atau pun tidak. Justeru Mustapha tidak perlu menganggap ia sebagai isu bermusim.Sekiranya kerajaan Pusat menghormati hak rakyat Serambi Mekah dan mematuhi amalan biasa perniagaan, termasuk perniagaan mencari gali minyak sebagaimana yang dilakukan oleh Getty dengan kerajaan Arab Saudi, maka soal seperti ini tidak akan menjadi batu penghalang besar bagi UMNO mengemukakan cabaran bermakna dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang melihatkan negeri tersebut.

Namun, pada perkiraan akhir, UMNO tidak mahu PAS memiliki akses kepada dana yang banyak bagi memajukan negeri Kelantan kerana ini akan hanya menghanyutkan UMNO lebih jauh dari peluang mengambil peranan sebagai peneraju negeri tersebut.
Baca Seterusnya......

Golongan muda paling ramai muflis

Angkara kad kredit, 120 pemuda berusia di bawah umur 25 tahun di negara ini diisytihar muflis sejak 2005, mewakili hampir 10 peratus daripada jumlah yang diisytiharkan bankrap setiap tahun.

Sambil melahirkan kebimbangan dengan trend itu, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata jika tidak dibendung dibimbangi ia boleh menjejaskan perkembangan ekonomi negara.

Sekiranya lebih ramai warga muda diisytiharkan bankrap, negara akan kehilangan tenaga dan kepakaran mereka. Mereka dalam kategori umur itu sepatutnya baru memulakan kerjaya atau baru habis pengajian.

“Agak pelik kerana golongan semuda itu sudah bankrap kerana gagal mengurus penggunaan kad kredit sehingga menanggung hutang lebih RM30,000 (had minimum perisytiharan bankrap) hanya dalam satu kad,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Harian.

Beliau juga mendedahkan hanya kerana satu kad kredit, seorang pemegang kad kredit yang terlalu ghairah berbelanja terperangkap dalam jerat muflis selepas gagal menjelaskan tunggakan hutang mencecah lebih setengah juta ringgit.

Kes itu dilaporkan di Johor Bahru apabila pemegang kad jenis Diners Club itu berhutang lebih RM540,000 dan tersenarai dalam rekod Jabatan Insolvensi bersama 3,637 pemegang kad kredit di seluruh negara yang muflis dalam tempoh empat tahun lalu.

Perangkaan dari 2005 hingga Mei lalu menunjukkan 52 peratus daripada individu muflis berketurunan Cina atau seramai 1,907 orang, diikuti Melayu (36 peratus/1,301), India (11 peratus/391) dan lain-lain bangsa (Satu peratus/38).

Perangkaan Bank Negara pula menunjukkan sebanyak 11 juta kad kredit digunakan di seluruh negara sehingga April 2009 membabitkan had RM105.5 bilion dan dengan purata empat kad seorang, baki tertunggak belum dijelaskan setakat April lalu ialah RM22 bilion.

Abdul Karim berkata, lebih 50 peratus individu bankrap di kalangan pengguna kad kredit adalah mereka berusia bawah 44 tahun, iaitu usia yang masih diperlukan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar satu kajian dibuat berhubungnya selain menambahbaik dasar dan syarat memohon kad kredit supaya tidak semudah sekarang.

“Ketika ini mudah sangat nak dapat kad kredit… promosinya pula sangat hebat, sana sini ada ejen. Ini senario tidak sihat kerana meskipun kad kredit satu kemudahan, ia juga boleh mengundang kemudaratan seperti bankrap.

“Jangan nanti kerana terlalu mahu meningkatkan jumlah pengguna kad kredit, kita ada ramai rakyat yang bankrap hingga menimbulkan masalah kepada negara. Bank Negara perlu mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di negara lain,” katanya. -Berita Harian
Baca Seterusnya......

Manek Urai : PAS Jangan 'OVER CONFIDENT’

Oleh : Pembela

Semua orang dah tahu bahawa PRK Manek Urai akan diadakan awal bulan depan. Parti yang sungguh-sungguh nak amsuk bertandingpun, rakyat seluruh dunia dah tahu. Begitu juga tentang calon bertanding, kedua-dua parti telah memberi pertunjuk mereka masing-masing. Tujuannya untuk mendapatkan respon dari pengundi khususnya serta jentera parti masing-masing. Siapa menjadi calon akan dimuktamad dalam majlis pengisyitiharan yang akan di buat oleh pemimpin kedua-dua parti seperti tarikh, masa dan tempata yang telahpun diberitahu kepada rakyat sekalian

Menariknya, parti yang akan bertanding kali ini ialah dua musuh tradisi sejak zaman Negara ini mula dibenarkan menubuhkan parti lagi. Pas ditubuhkan (1951) dan Umno (1946). Calon bebas belum terdengar ada mana-mana pihak yang akan bertanding, termasuklah AKIM yang beribu pejabat di Pasir Puteh, Kelantan. Kira-kira 2-3 marhalah jauhnya opis parti nyamuk itu dengan Manek Urai.

Tak seperti Bukit Selambau yang memecah rekod sejarah PRK di Malaysia yang ditandingi oleh berbelas-belas calon bebas. Di mana, calon tersebut ada yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu, sebaliknya juga ada calon yang bertanding kerana memang mahu bertanding sebab dibenarkan. Malangnya, kesemua calon bebas tersebut bukan sahaja kalah, malah hilang wang pertaruhan. Difahamkan ada calon bebas tersebut yang kini terpaksa menanggung hutang kerana terpaksa berhutang untuk menyediakan keperluan dalam PRK Bukit Selambau tersebut. Hutang yang ditanggung, bukan lagi menjadi tanggunbgjawab orang lain, sebaliknya menjadi beban kepada dirinay sendiri.

Buat peringatan calon-calon bebas di masa akan datang, hayatilah bidalan ini, “Kalau takut ditelan ombak, jangan membina rumah di tepi pantai”. Begitulah juga, “Kalau tak pandai berlari, jangan menawarkan diri menjadi pelari”.

Berbalik kepada hal PRK Manek Urai tersebut. Dari pengamatan secara luaran, penulis melihat latarbelakang dan perkembangan politik mutakhir ini, peluang kemenangan memihak kepada kedua-dua calon yang akan bertanding. Walaupun, tidak dinafikan bahawa hampir 100 peratus ahli dan penyokong PAS dan PKR bukan sahaja di Manek Urai dan kelantan, malah seluruh tanah air, bahkan di seluruh dunia yang menyokong PAS/PR akan berkata bahawa Pas akan demikian memenangi kerusi tersebut. Tetapi perlu ingatkan bahawa ia bukanya suatu kenyataan mutlak. Mutlaknya ialah kuasa Allah SWT sahaja untuk memberi kemenangan kerusi tersebut kepada sesiapa dan bagaimana caranya.

Bagi saya, kenyataan demi kenyataan samada secara lisan atau bertulis mengatakan kerusi Dun Manek Urai akan menjadi milik Pas hanyalah tidak lebih sebagai perang psikologi untuk mempengaruhi pengundi di sana, di samping untuk melemahkan jentera Umno/Bn. Hakikatnya jika kita bertanya kepada puak-puak Umno/Bn, mereka juga optimis bahawa kerusi itu mampu mereka menangi kali ini. Sebab dan alasannya mereka sahaja yang ketahui. Kita cuma boleh agak, mungkin melalui kaji selidik yang mereka lakukan dan faktor-faktor lain yang memihak kepada mereka. Segala persiapan untuk memenangkan calon tersebut akan digunakan sepenuhnya.

Kebimbangan kita ialah sikap Pas yang terlalu over confident bahawa kerusi tersebut bakal partinya menang. Mungkin kerana ia mengambil kira Manek Urai adalah kerusi Pas serta kenyakinan trend pengundi masa kini yang tidak lagi mahu kepada Umno/Bn menjadi kerajaan.

Sesungguhnya, Umno/Bn tidak akan duduk diam untuk memberi kemenangan secara mudah kepada calon Pas di kerusi Manek Urai tersebut. Pastinya, kemenangan kedua-dua calon sudah memerlukan sejumlah bayaran yang besar samada dari segi kewangan, masa, tenaga jentera, strategi pilihanraya, taktik, tipu helah dan sebagainya untuk memenangkan calon masing-masing. Apa yang menarik perlu kita lihat dalam PRK Manek Urai kali ini ialah bagaimana Umno/Bn dan Pas menggunakan isu Kerajaan Perpaduan dalam kempen serang-balas untuk menarik sokongan pengundi masing-masing.

Walaupun isu Kerajaan Perpaduan telah ditutup rapat oleh Pas dan PR minggu lalu kerana sebab-sebab yang telah diperjelaskan, Umno/Bn akan menjadikan ia senjata paling tajam dan ampuh yang tidak mungkin boleh ditutup rapat oleh Pas, walaupun sebelah mata. Umno/Bn a sudah pasti akan memainkan isu Kerajaan Perpaduan di negeri yang Mursyidul Am Pas yang menjadi jaguh menentang idea yang dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Sejauh mana isu Kerajaan Perpanduan mampu mengambil tempat dalam kempen-kempen dalam bentuk ‘serang-balas’ oleh pemimpin kedua-dua parti tersebut belum boleh diukur lagi. Namun ia akan menjadi isu dalam kempen-kempen yang akan dijalankan.

Hakikatnya isu Kerajaan Perpaduan tersebut sedikit sebanyak mengoncang kestabilan dalaman Pas sejak akhir-akhir ini, terutamanya melibatkan kepimpinan peringkat tertinggi PAS yang juga merupakan pemain utama dalam kempen PRK Manek Urai tersebut..

Bagi penulis, isu ini tidaak semata-mata diangkat sebagai bahan kempen, sebaliknya boleh dijadikan senjata provokasi untuk memerangkapkan Pas samada dalam proses PRK Manek Urai ataupun kepimpinan parti dalam masa terdekat ataupun jangka panjang. Kebijaksaan kepimpinan Pas/PR dalam menguruskan isu ini amatlah dialu-alukan.

Di samping isu Kerajaan Perpaduan, persoalan calon juga penting sebagai penentu yang akan mempengaruhi pengundi di situ. Walaupun Pas maupun Umno/Bn mengumumkan bahawa mereka telah mengenalpasti calon terbaik untuk bertanding di Dun tersebut, jangan lupa bahawa calon-calon yang telah dicadangkan oleh peringkat parti masing-masing yang tidak terpilih akan memberi kesan dalam proses PRK yang berjalan nanti.

Perlu difahami bahawa, pengundi di Manek Urai bukan mahu calon yang parti mahukan. Sebaliknya meraka mahu calon (wakil rakyat) yang berperwatakan arwah wakil rakyat yang mengosongkan kerusi dun Manek Urai. Pengundi bukan semata-mata memilih calon kerana sentimen parti, sebaliknya mereka mahu kepada orang (wakil rakyat) seperti wakil rakyat lalu. Jika ini diberi keutamaan oleh kedua-dua parti ataupun salah satu parti yang bertanding, pasti ia akan memberi kelebihan kepada calon parti berkenaan untuk memenangi kerusi Dun tersebut. Soalnya, adakah calon yang bertanding mewakili Pas tersebut adalah orang seperti arwah tersebut. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh pengundi dan rakyat di Manek Urai.

Kegagalan Pas untuk menampilkan calon seperti arwah akan menyukarkan partinya untuk memenangi kerusi dun tersebut. Faktor lain hanya membantu ataupun sebagai tempelan semata-mata untuk mempengaruhi pengundi, di samping sebagai pelengkap memeriahkan lagi proses PRK Manek Urai tersebut.

Satu hal lagi, Pas perlu berhati-hati tentang tipu daya Umno/Bn yang sudah pastinya bukan kepalang.. Semangat dan keinginan untuk memenangi kerusi Dun tersebut di pihak Umno/Bn begitu tinggi sekali. Ia berdasarkan beberapa Faktor Menarik dan Faktor Menolak yang akan digunapakai oleh mereka nanti. Kemenangan kerusi Manek Urai buat Umno/Bn boleh dianggap sebagai WAJIB oleh pemimpin mereka. Jika ia dianggap WAJIB, maka kaedah memenangkan calon mereka di kerusi tersebut juga menjadi wajib. Kerana itu, Pas yang terlalu ‘over confident’.

Tetapi jika diamati terlalu banyak kenyataan oleh kepimpinan PAS dan PR tentang peluang kemenangan tersebut. Ia mat dibimbangi oleh kita yang berada di luar gelangang PRK tersebut. Kenyataan ini memberi kesan psikologi yang negatif kepada petugas parti PAS/ PR. Sebaliknya ia menjadi biasannya kepada Umno/Bn dalam bentuk ‘riverse psikology’ pula.

Secara teori dan anologinya, kenyataan over confident oleh pemimpin Pas/ dan PR adalah umpama memberi suntikan vaksin yang besifat antibiotik kepada kepada jentera dan petugas parti. Di mana, vaksin bersifat antibiotik yang diberi secara ‘over dose’, akhirnya akan memberi kesan sampingan yang sukar dikesan seperti hilang tumpu, berkerja secara sambil lewa, strategi yang tidak realistik, menumpukan isu-isu yang tidak memberi keutamaan kepada rakyat dan sebagainya.

Adalah lebih baik, pemimpin Pas /PR kurangkan kenyataan yang ‘over dose’ tersebut, sebaliknya bersungguh-sungguh turun ke lapangan ataupun padang bersama petugas dan jentera parti setempat bertemu rakyat (pengundi). Itulah yang rakyat harapkan. Rakyat mahu bertemu pemimpin parti yang bertanding. Rakyat suka kepada pemimpin yang tidak ego, tidak mementing status quo, tidak pandang geli atau hina kepada mereka dan memahami hati nurani mereka. Di samping, mendedahkan tentang kebobrokan Umno/Bn sebagai parti pemerintah secara berhemah dan boleh di terima oleh tahap akal dan pemikiran mereka. Tak usah nak cerita isu-isu yang mereka sendiri tak paham tentang perkara yang diperkatakan kerana ia tidak melibatkan kepentingan secara langsung kepada mereka. Kalaupun rasa mereka perlu tahu, cari lain waktu. Bukan waktu PRK ini, nanti mereka jadi serabut dan keliru.

Ingat ! Majoriti pengundi bukannya mengundi kerana isu, sebaliknya mereka mengundi kerana menyakini apa yang kita janjikan kepada mereka. Apa kebaikan yang wakil rakyat boleh buat kepada mereka.

Saya hampir yakin sepenuh hati bahawa pengundi Manek Urai akan memilih wakil rakyat mereka nanti adalah dikalangan yang memiliki kriteria seperti berikut. Boleh baca doa, baca talkin, baca khutbah, jadi imam solat jenazah, solat waktu, boleh datang makan kenduri bila di jemput, suka bertegur sapa bila berjumpa, tidak sombong, menghormati warga Manek Urai, tidak kedekut, tidak penting diri sendiri, tidak ambil kesempatan dapatkan balak dan projek, tidak sombong, ada masa bergaul dan berdamping dengan rakyat di kedai kopi, sedia memberi pertolongan bila diperlukan, melakukan apa yang diucapkan, diam dalam hal yang dia tak tahu, aktif buat program untuk rakyat dan memberi perhatian kepada rakyat tanpa memilih puak.

Paling penting, pengundi Manek Urai menuntut jawapan bahawa adakah mereka akan hidup dengan selesa, tenang dan selamat, apabila selesai saja PRK Manek Urai.

Selamat menjalankan tugas kepada jentera PAS/PR. http://warta-utara.blogspot.com/

Baca Seterusnya......

Si jahil Minta Ulamak bertaubat

Oleh: Mandor Spg Dian

TERBACA aku di dalam berita tadi yang melaporkan kenyataan TPM Mahyudin Yasin yang minta MB Kelantan Tuan Guru Hj Nik Aziz `minta maaf'' dengan Tuhan. Maksudnya tu dia minta Tuan Guru bertaubatlah tu di atas beberapa kenyataan Tuan Guru sebelum ini. Tuan Guru yang juga Mursyidul Am Pas sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan tentang kesesatan Umno dan ini menyebabkan beberapa pemimpin Umno `terluka' termasuk `kaki jilat' kaki Umno pun melebih-lebih pulak terasa macam Harussani tu

Sebagai pemimpin nombor dua dalam parti, adalah menjadi kewajipan kepada Mahyudin untuk membela Umno kerana jika tidak, siapa lagi nak membela parti reput itu? Sekali lagi saya ulangi betapa Umno berani setakat itu sahaja sedangkan cabaran untuk berdebat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz terhadap Najib sampai sekarang tidak berjawab. Tidak cukup dengan Mahyudin, MB Perak yang tidak diiktiraf majoriti ranyat Perak itu pun tidak malu bersuara dengan memohon agar rakyat tidak memperlecehkan Mufti kesayangannya Harussani kerana Harussani bukan orang politik. Tengok, betapa jelas Umno membezakan politik dan agama.

Jika benar Umno ingin mengasingkan agama dengan politik, mengapa pulak dibiarkan Harussani merepek tidak tentu hala tentang isu yang sepatutnya ditangani oleh orang-orang politik? Kalau sudah rasa beliau tu benar, tawarkan saja diri untuk mewakili Umno untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz. Berani ? Tidak usah haraplah sesiapa pun di dalam Umno yang berani berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz kerana Umno sejak dahulu tidak pernah mempamirkan keberanian secara terbuka. Kalau `debat olok-olok' tu adalah Umno buat, itu pun Umno tewas.
http://armormech.blogspot.com/
Baca Seterusnya......

Mitos perpecahan Melayu

Oleh Abu Firdaus

APABILA banyak orang Melayu menyokong Umno, maka dikatakan Melayu bersatu. Apabila banyak orang Melayu menyokong PAS dikatakan orang Melayu berpecah. Inilah mitos yang selalu dimainkan oleh pihak Umno untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada mereka.

Dalam demokrasi tidak timbul mana-mana kaum berpecah. Rakyat tanpa mengira kaum memilih mana-mana parti yang boleh berkhidmat untuk mereka secara jujur dan berkesan.

Untuk apa orang Melayu menyokong Umno jika parti itu dalam amalannya tidak jujur dan pentadbirannya tidak berkesan. Maka ia wajar beralih sokongan kepada parti lain yang berkesan, umpamanya PAS.

Kalau dikira dari sudut perpaduan, orang Melayu wajar bersatu menyokong PAS dan sekutu-sekutunya. Andai kata orang Melayu Perak banyak memberi sokongan kepada PAS dan sekutu-sekutunya, maka PAS muncul sebagai parti yang dominan.

Jika itu berlaku maka tidak timbul hujah DAP menerajui kerajaan negeri Perak. Apa yang berlaku di Perak, orang Melayu sebahagian besar masih menyokong Umno, tetapi pada waktu yang sama sudah ramai menyebelahi PAS dan sekutu-sekutunya.

Tidak semestinya baik

Namun begitu, ia tidak bermakna orang Melayu berpecah. Perpaduan tidak semestinya baik, seperti mana perpecahan tidak semestinya buruk. Kalau bersatu atas perjuangan yang baik, maka hasilnya adalah baik. Tetapi kalau bersatu atas perjuangan yang buruk, maka hasilnya buruk. Begitu juga dengan perpecahan.

Adalah mustahil untuk berlaku perpaduan yang mutlak. Manusia mempunyai pelbagai ragam termasuk pandangan dan sikap. Sudah tentu mereka mempunyai pandangan politik berbeza dan memberi sokongan kepada parti politik berlainan.

Dalam sejarah tidak pernah mana-mana bangsa memberi sokongan kepada sesebuah gerakan secara mutlak. Perpaduan mutlak tidak ada. Yang ada ialah kebanyakan atau majoriti sesuatu sokongan bangsa kepada mana-mana pihak. Itulah apa yang disebutkan sebenarnya sebagai perpaduan.

Mitos bahawa Melayu berpecah sering kali dikaitkan pula bahawa orang Cina bersatu. Kalau orang Melayu menyokong parti yang berlainan maka mereka dikatakan berpecah. Orang Cina menyokong parti berlainan tidak pula dikatakan berpecah.

Ini kerana orang Cina dikatakan bersikap bersatu dalam menghadapi isu-isu Cina seperti soal bahasa Cina, sekolah Cina, kebebasan beragama dan menolak Dasar Ekonomi Baru.

Tanggapan ini menggambarkan seolah-olah Melayu yang berlainan parti tidak bersatu dalam isu-isu Melayu. Apabila orang Melayu menyokong PAS dan KeADILan, maka dikatakan bahawa mereka dalam Pakatan Rakyat menolak isu-isu Melayu.

Sedangkan orang Melayu dalam PAS dan KeADILan tetap mendokong kepentingan Melayu, seperti memartabatkan bahasa Melayu dan hak memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu.

Secara umumnya orang Melayu, seperti juga orang Cina tetap bersatu dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Tetapi tentunya mereka berlainan pendapat khususnya dari segi pendekatan lebih-lebih lagi apabila mereka kecewa dengan kegagalan Umno.

Maka apabila sesebuah parti politik itu gagal, wajarkah mereka terus menyokong sesuatu kegagalan? Tentunya tidak.

Pendekatan sememangnya berbeza tetapi matlamat serupa. Suatu contoh jelas. Umno menyokong gagasan ketuanan Melayu. Tetapi dari segi pendekatan, mungkin itu tidak dicerminkan dan tidak berjaya sepenuhnya. Selain itu, gagasan ketuanan Melayu yang dipegang Umno ada unsur perkauman dan penindasan. Itu menurut sesetengah pandangan.

Gagasan ketuanan Melayu umpamanya bermaksud bahawa Malaysia berasal dan berasaskan kepada negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja-rajanya dan rakyatnya yang merupakan bangsa Melayu.

Atas perjalanan sejarah, ia menjadi negara moden Malaysia sebagai negara yang berasal dan berasaskan Melayu. Itu terlihat dalam perlembagaan Malaysia yang menetapkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri masing-masing dengan secara bersistem menjadi ketua negara bagi Malaysia.

Dukung Perlembagaan

PAS dan KeADILan mendukung Perlembagaan Malaysia. Begitu juga dengan DAP. Bermakna Pakatan Rakyat mendukung Perlembagaan Malaysia. Ketuanan Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan didukung oleh Pakatan Rakyat.

Tetapi bukan ketuanan Melayu yang bersifat perkauman dan meminggirkan kaum lain seperti mana yang difahamkan oleh sebahagian daripada orang Melayu yang menyokong Umno.

Dalam hal ini, ada dua fahaman lain yang dipegang oleh Pakatan Rakyat. Bagi DAP dan KeADILan ada gagasan yang disebut sebagai ketuanan rakyat. Sementara PAS pula mendukung ketuanan Islam.

Ketuanan rakyat dan ketuanan Islam juga tercermin dalam perlembagaan Malaysia. Ketuanan rakyat menunjukkan semangat demokrasi sementara ketuanan Islam meletakkan agama ini sebagai kepercayaan tertinggi bagi negara.

Adakah orang Melayu yang mempunyai pandangan berbeza dalam hal ini dikatakan berpecah? Banyak orang Umno turut menyokong ketuanan rakyat dan ketuanan Islam jika mereka diberi kefahaman mendalam. Ini kerana seperti ketuanan Melayu, ketuanan rakyat dan ketuanan Islam berada dalam jiwa orang Melayu. Melayu tidak berpecah dalam hal ini.

Dalam sejarah pun, Melayu mempunyai keragaman pandangan politik dan ia tidak bererti berpecah. Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) keluar daripada Umno, itu tidak bermakna Melayu berpecah. Mereka keluar daripada Umno antara lain kerana Umno tidak mahu memperjuangkan kemerdekaan.

Umno hanya mahu mengekalkan kedaulatan Melayu dalam naungan British. Tetapi itu tidak bermakna Melayu berpecah kerana kedua-dua pihak menjunjung kepentingan Melayu.

Walaupun nanti apabila orang Melayu bertambah sokongannya kepada Pakatan Rakyat, itu tidak bermakna orang Melayu bertambah berpecah. Malahan ia bermakna orang Melayu bertambah bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Umno adalah sebuah parti politik. Umno bukan Melayu sepenuhnya dan Melayu bukan Umno sepenuhnya. _
Baca Seterusnya......

Sabtu, 20 Jun 2009

Tasamuh Dalam Ikhtilaf.

Oleh:Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Tasaamuh bermaksud berlapang dada atau tolak ansur manakala ikhtilaf bermaksud perbezaan pandangan.

Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia, ia berlaku di kalangan para ambiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah , samada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat. Ikhtilaf berlaku dalam pelbagai keadaan samada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan sesaorang; namun ianya tidak pernah diangap negatif dalam sejarah para ulamak; sehingga terkeluar kata-kata masyhur “

Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat’ walaupun kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’, ( tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.

Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah masyhur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.

Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalah adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bilamana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.

Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab berjamaah, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang , diterima atau ditolak.

Sikap Tasaamuh ( berlapang dada ) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah “ dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu , Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui”. Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukuwwah dalam jamaah.

Kita punya pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, samada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan. Sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah. Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang ujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;

i. Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah,
ii. menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.

Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bilamana dia mengadap Allah diakhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak mempedulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah. Semoga Allah memelihara kita dari finah ini.
Baca Seterusnya......

AHLI PAS DIMINTA BERTENANG DAN TUNGGU ARAHAN RASMI

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Semua ahli Pas diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan Pas. Semua ini hendak menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis .

InsyaAllah Pas yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi kesemuanya ini. Kalau Umno/BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan dariapda qarun-qarun yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini InsyaAllah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli pas yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada Pas dan organisasinya. Kerana Pas adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. Pas ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno/BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa Pas hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa Pas hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Agung pada 17/6/2009 telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden . Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat dalam parti ia akan dibincang terlebih dahulu dalam parti. InsyaAllah segala keputusan yang diputuskan, akan kita sampai kepada semua pihak di peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas. Yakinlah firman Allah SWT”Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu”. Dan Sabda Rasulullah SAW “Berjamaah itu rahmat”

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih maka boleh kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Segala keputusan politik yang Pas buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi. Kita bertahlalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli Pas perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini, kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akbar rasmi harakah, harakah daily dan siasah. Supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabar penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.
Baca Seterusnya......

Ustaz Fathi Yakan: Ulama tarbiyah terkenal kembali ke rahmatullah

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad

Saya menerima berita sedih mengenai pemergian Ustaz Dr. Fathi Yakan menerusi kiriman SMS dari sahabat ikhwan di Beirut pada pagi Ahad lepas. Iklan

Beliau yang lahir pada tahun 1933 wafat pada usia 76 tahun setelah lama mengalami keuzuran. Beliau adalah ulama terkenal serata dunia dan juga merupakan antara penggerak awal gerakan Islam Ikhwan Muslimin di dunia Arab.

Beliau juga adalah merupakan satu-satunya pimpinan Ikhwan Muslimin yang amat rapat dengan pimpinan PAS. Dari Al-marhum Dato' Fadzil Nor kepada Dato' Sri Haji Abdul Hadi Awang kesemuanya banyak merujuk dan menerima tunjuk ajar dari 'Sheikhul Tarbiyah' yang agung ini.

Malah bagi setiap pimpinan PAS yang berkunjung ke Syria atau Lubnan tidak pernah melepaskan peluang untuk menziarahi beliau. Dari situlah kami diberi nasihat dan tunjuk ajar melalui pengalaman serta ilmu tarbiyah dan politik yang mendalam yang ada pada beliau.

Sifat rendah diri, sentiasa menghormati tetamu serta tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dan pengalaman menjadikan hubungan kami amat rapat dengan beliau.

Sheikh Fathi juga telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia dan menjadi tetamu khas PAS. Malah sepatutnya beliau sekali lagi menjadi tetamu PAS di Muktamar yang diadakan di Ipoh, Perak pada tahun lepas.

Walaupun semua persiapan telah di buat termasuk tempahan tikat kapalterbang, namun di saat akhir saya sendiri menerima panggilan telefon dari beliau yang menyatakan keuzuran untuk bersama di Muktamar PAS.

Ya, bila disebut sahaja nama Ustaz Fathi Yakan kepada masyarakat Malaysia maka akan teringat kita kepada puluhan buku-buku yang dikarang beliau dan yang paling terkenal adalah buku 'Apa Ertnya Saya Menganut Islam', 'Islam dan Cabaran Kini' serta 'Tuntutan Dakwah dan Pendakwah'.

Ulama terkenal ini amat disegani dan dihormati di seluruh pelusuk dunia kerana penulisan serta pemikiran beliau yang tajam dan bersifat semasa.

Beliau telah mengarang berpuluh-puluh buah kitab mengenai dakwah dan gerakan Islam dan ianya tersebar luas di serata dunia dan di terjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, bahasa Cina serta bahasa Tamil. Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah

Masih lagi segar di ingatan kenangan manis sewaktu saya bersama Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkunjung ke pejabat beliau di kota Tripoli di Selatan Lubnan setahun yang lalu.

Pejabat yang terletak di pinggir bandar Tripoli itu juga merupakan sebahagian daripada kampus Universiti Jinnan yang telah dibangunkan oleh beliau bersama isterinya sejak lebih daripada 15 tahun.

Kini universiti Jinnan berdiri tersergam indah dan telah berjaya menghasilkan ribuan graduan dari serata pelusuk dunia. Ustaz Fathi Yakan sewaktu kami berkunjung ke pejabat beliau dikelilingi oleh ratusan kitab-kitab dan buku-buku yang ditulis serta dirujuk oleh beliau setiap waktu.

Dalam pertemuan bersama Ustaz Fathi Yakan, beliau telah mengingatkan tentang tuntutan perjuangan serta cabaran yang sedang dihadapi oleh umat Islam serta dunia Islam.

Bagi Ustaz Fathi musuh-musuh Islam kini sedang meletakkan Islam ?dikandang orang salah? dan sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam dan kebangkitannya dengan apa cara sekalipun. Bagi beliau perkembangan yang sedang berlaku kini merupakan satu cabaran yang besar yang perlu ditanggapi oleh seluruh umat Islam dengan penuh kesabaran dan berhemah.

Ustaz Fathi juga mengingatkan umat islam bahawa musuh-musuh Islam tidak akan sedikitpun berdiam dengan perkembangan kesdedaran dan kebangkitan Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam.

Cabaran dan kebangkitan Islam di Palestin, Iraq. Afghanistan dan seluruh dunia Islam merupakan cabaran yang besar yang perlu dihadapi dengan penuh berhati-hati.

Sementara itu semasa berbincang soal politik dalaman Lubnan Ustaz Fathi Yakan menceritakan tentang percubaan Kuasa Besar Amerika Syarikat serta sekutu terdekatnya Zionis Israel yang berusaha untuk mengujudkan ketegangan dan perpecahan berlandaskan mazhab terutama di antara kelompok penduduk Sunni dan Syiah.

Namun demikian beliau menegaskan bahawa percubaan ini berjaya digagalkan kerana gerakan Islam di Lubnan telah bersatu menentang konspirasi jahat ini tanpa mengira mazhab.

Beliau dengan tegas menyatakan sokongan terbuka kepada gerakan pembebasan Hizbullah yang berjuang menentang penjajahan serta kekejaman zionis Israel. Apa jua percubaan untuk memecahbelahkan umat Islam serta rakyat Lubnan akan terus disanggah oleh umat Islam Lubnan sendiri.

Bagi Ustaz Fathi, situasi di Lubnan sekarang ini berada dalam keadaan yang amat kritikal. Pergolakan politik yang berterusan terutamanya di antaranya gerakan Hizbullah dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Fuad Sinora tidak menampakkan jalan penyelesaian.

Beliau mengingatkan akan bahaya campurtangan kuasa-kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat, Perancis serta sekutunya dalam politik dalaman Lubnan.

Apabila ditanya kenapakah beliau secara terbuka memberi sokongan kepada Hizbullah, Ustaz Fathi Yakan dengan tegas menyatakan bahawa, "kita bukan berhadapan dengan soal-soal yang remeh-temeh yang boleh memecahbelahkan umat islam sendiri tetapi kita berhadapan dengan musuh yang lebih besar iaitu Amerika Syarikat dan Zionis Israel yang sentiasa melakukan kezaliman terhadap umat islam di serata dunia."

Bagi beliau Hizbullah adalah sebahagian dari perjuangan Umat Islam menentang musuh yang besar ini. Beliau juga menegaskan bahawa penyelesaian kepada konflik politik Lubnan adalah dengan tidak membenarkan penglibatan mana-mana kuasa asing luar untuk turut campurtangan dalam menentukan masa depan politik Lubnan.

Perbincangan kami juga berkisar tentang persoalan konflik dunia Islam di bumi Palestin. Ustaz Fathi menyatakan bahawa gerakan Hamas yang menang dan berkuasa secara demokrasi sehingga kini tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya oleh dunia Barat.

Malah mereka terus ditekan dengan pelbagai bentuk sekatan politik dan ekonomi yang tidak berperikemanusiaan terutamanya terhadap penduduk Palestin yang menderita kekurangan makanan harian dan bahan perubatan.

Begitu juga usaha yang dilakukan bagi menyatukan kepimpinan politik Palestin tanpa mengira parti dan kelompok dengan membentuk sebuah ?kerajaan kesatuan? masih tidak di diiktiraf oleh Kuasa Besar Barat terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya.

Gerakan Hamas terus dilabelkan sebagai sebuah pertubuhan terroris serta pengganas walaupun mereka terlibat dan mendapat sokongan daripada rakyat melalui sistem demokrasi yang disanjung oleh kuasa barat sendiri.

Begitu juga dengan situasi terkini di Iraq. Ustaz Fathi melahirkan kesedihan beliau terhadap apa yang sedang berlaku di mana setiap hari ratusan rakyat yang terbunuh secara kejam akibat daripada penjajahan tentera Amerika dan sekutunya.

Yang lebih membimbangkan beliau lagi adalah usaha memecahbelahkan penduduk Iraq berlandaskan mazhab. Ini adalah diadu-dombakan dengan perancangan rapi yang dilakukan oleh penjajah Amerika Syarikat dan sekutunya Zionis Israel yang menghantar ratusan agen-agen Mossad untuk beroperasi di Irak.

Ustaz Fathi Yakan dengan tegas membantah serta mengutuk keras sebarang bentuk pertembungan dan pembunuhan berlandaskan fahaman mazhab yang sempit. Bagi beliau apa yang penting bagi rakyat Iraq adalah untuk berjuang bagi menghalau tentera-tentera penjajah dari bumi mereka sendiri.

Begitu juga usaha penguasaan tentera penjajah untuk membolot kekayaan hasil minyak Iraq perlu disekat dengan apa cara sekalipun. Bagi Ustaz Fathi Yakan, penyelesaian di Iraq adalah dengan mendesak tentera penjajah segera berundur dari bumi Iraq secara terhormat dan pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin masyarakat Iraq perlu kembali bersatu di atas landasan Islam yang sebenarnya.

Ustaz Fathi Yakan juga menyentuh tentang konflik yang sedang berlaku di Afghanistan dan juga di Chechenya. Sehingga kini ribuan umat Islam menjadi mangsa kepada kekejaman kuasa-kuasa besar yang angkuh.

Ini semua berlaku dalam suasana dunia Barat bercakap soal demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan tetapi di waktu yang sama mereka sendirilah yang sedang membunuh demokrasi di negara-negara Islam dengan melakukan pelbagai bentuk ketidakadilan dan bersikap ?double standard? apabila berhadapan dengan dunia islam.

Ustaz Fathi mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada dengan perancangan musuh-musuh Islam ini. Mereka kini dengan begitu mudah diatas nama ?menghapus pengganas? dan ?mengwujudkan keamanan? mereka seolah-olah di beri lesen menangkap dan membunuh mana-mana individu di serata dunia.

Di akhir pertemuan, Ustaz Fathi Yakan juga mengingatkan kami akan tiga cabaran besar yang dihadapi oleh gerakan Islam di serata dunia.

Pertamanya adalah cabaran dalam bentuk global di mana dunia Islam kini diserang dengan pelbagai tuduhan dan ancaman dengan meletakkan Islam dikandang orang salah.

Keduanya gerakan Islam di serata dunia akan terus ditekan tanpa mengira balas kasihan walaupun mereka menyerlahkan sikap yang sederhana serta terlibat secara terbuka dalam kancah politik dan demokrasi.

Ketiganya pertembungan yang sedang berlaku kini di antara gerakan Islam dan kuasa-kuasa barat bukan hanya pertembungan pemikiran tapi ianya lebih merupakan pertembungan tamadun yang amat mencabar.

Dr. Fathi Yakan juga mengingatkan agar setiap aktivis Islam sentiasa bersabar menghadapi ujian yang besar ini. Persiapan yang mendalam perlu dilakukan oleh semua aktivis Islam bagi menghadapi situasi baru ini.

Bagi beliau hanya dengan keimanan yang mendalam, persiapan ilmu yang cukup serta pengorbanan yang besar sahaja yang akan menjamin kemenangan serta masa depan gerakan Islam.

Ya, kenangan bersama Ustaz Fathi Yakan masih segar diingatan kami. Saya dapat mendengar nasihat-nasihat bernas dari seorang tokoh yang disegani di serata dunia.

Walaupun pada waktu itu beliau terlalu uzur tetapi masih terus bersemangat untuk berjuang menegakkan kebenaran Islam terutamanya melalui tulisan penanya yang tajam serta bernas.

Inilah peribadi seorang muraabi serta sheikh tarbiyah yang dirujuk oleh seluruh dunia Islam sehingga kini. Sifat rendah diri dan tawaduknya amat jelas sehingga terkesan kepada kami sehingga kini.

Semoga sheikh yang kami sayangi ini ditempatkan bersama para syuhadah. Selamat tinggal ya Sheikh. Al-Fatihah! - mks.

(Penulis adalah AJK PAS Pusat) _
Baca Seterusnya......

Ketidakstabilan politik: Jangan salahkan PAS

Oleh Shirzat Lifeboat

Ketidakstabilan sesebuah negara boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Kemelut politik, kemelesetan ekonomi, pengangguran tidak terkawal, pemberkasan mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah secara selektif, kehakiman tidak bebas adalah antara faktor penyumbang.

Namun dalam era di mana projek yang sepatutnya berkos tidak melebihi daripada RM2 bilion boleh membelon sehingga menjadi lebih RM12 bilion, ketidak-stabilan politik mengambil bentuk dan tanggapan luar cukup berbeza.

Ketidakstabilan politik juga bukan berpunca daripada satu faktor tunggal. Ia tercetus menerusi rantaian dan rangkaian peristiwa yang saling berkait. Cara paling awal menanganinya menuntut kerajaan yang memerintah melihat ke dalam secara jujur sebelum mengusulkan sesuatu secara rambang dan retorik.

Justeru apabila Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mukhriz Tun Mahathir berucap merasmikan sebuah kilang di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 9 Jun lalu, beliau seolah-olah berpura-pura atau terlupa buat seketika betapa beliau sedang berdiri-diri di tengah-tengah punca ketidak-stabilan politik itu sendiri.

Namun sudah tentu Mukhriz belum lagi menjadi seorang anggota Kabinet tatkala pakar pengurusan zon perdagangan bebas dunia, Jebel Ali Free Zone International (JAFZA) tiba-tiba menamatkan kontrak pengurusan PKFZ pada 2007.

Walau apa sekalipun sebab musabab JAFZA membatalkan perjanjiannya dengan Lembaga Pelabuhan Klang, ia memberikan isyarat awal betapa pelabur luar sudah mula merasa sangsi terhadap Malaysia sebagai hub FDI (pelaburan langsung luar) di rantau Asia.

Dalam lain perkataan, para pemain utama industri dunia tidak lagi melihat Malaysia sebagai sebuah negara FDI yang mampu menjana pulangan modal yang berbaloi atau setidak-tidaknya munasabah.

JAFZA bukanlah merupakan sebuah gergasi pengeluar cip elektronik atau barangan konsumer elektronik dunia.

Tetapi sebagai pengurus atau pengendali pelabuhan yang keempat terbesar di dunia dan menguruskan Pelabuhan Jebel Ali, pelabuhan ke-6 terbesar di dunia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Maktoum, lapangan terbang kargo terbesar di dunia ia sudah tentu secara tidak langsung berperanan sebagai mata dan telinga dunia pelaburan dan perdagangan antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada Pelabuhan Dubai yang mengendali 49 pangkalan marin, menguruskan sejumlah 46.8 juta TEU (twenty-foot equivalent unit), (unit persamaan kontena berukuran 20 kaki dalam pengangkutan intermodal) setahun merentasi tujuh benua serta menjadi pengurus dan perunding kepada pembangunan pelabuhan dan zon perdangangan di 31 negara, apa yang diputuskan oleh JAFZA menjadi panduan dan petunjuk kepada pemain utama pelbagai industri dunia dalam membuat keputusan FDI masing-masing.

Begitupun, dalam menjelaskan betapa pelabur asing tidak lagi melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil serta boleh menjamin pulangan pelaburan dalam jangka masa panjang, Mukhriz sudah tentu memilih untuk tidak menjelaskan bagaimana tindakan JAFZA menamatkan kontrak pengurusan PKFZ dan rentetan kemelut kewangan zon perdagangan bebas milik LPK itu turut menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan FDI di Malaysia.

Apabila ditanya kemungkinan para pelabur asing akan membuat pusingan-U dan kembali melabur di negara ini, Mukhriz sebaliknya memilih untuk melakukan 'political escapism' apabila mempersalahkan perhimpunan, perarakan dan demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh rakyat serta parti pembangkang dalam melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pelbagai isu dan kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan.

Dalam memberikan penjelasan sedemikian, Mukhriz terlupa betapa tindakan rakyat dan pembangkang yang sebegitu memperlihatkan kepada dunia luar bahawa kerajaan, sama ada tidak menyediakan ruang yang mencukupi untuk rakyat melahirkan kemusykilan mereka, tidak peka kepada tuntutan rakyat dan menafikan hak untuk berhimpun yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara serta konvensyen hak asasi manusia lain yang diguna-pakai di dunia dengan mewajibkan permohonan permit atau tindakan keras dan ganas daripada pihak penguasa undang-undang.

Memang benar seperti yang dikatakan oleh Mukhriz bahawa suatu ketika dulu Malaysia tidak pernah tersenarai dalam senarai negara-negara yang menghadapi keadaan ketidak-stabilan politik.

Begitupun beliau tidak menyebut betapa dengan pelbagai kesilapan dan kelemahan yang dilihat sebagai berpunca dari kerajaan Umno-BN, termasuk kemelut PKFZ serta manouvere politik yang tidak beretika lagi bersifat rakus yang dilakukan oleh parti pemerintah, keputusan-keputusan mahkamah yang dilihat sebagai bercanggah atau tidak selari dengan peruntukan undang-undang itu sendiri, kelembapan di pihak kerajaan dalam melakukan reformasi pentadbiran secara sahih dan kegagalan parti pemerintah melakukan pembersihan sepatutnya, maka penilaian terhadap Malaysia sudah tentu berubah.

Sebaliknya, Mukhriz hanya mengulangi hakikat yang diketahui umum bahawa dunia sedang memerhatikan kita, "hari ini, terdapat pelabur berpotensi yang mempunyai persepsi bahawa keadaan politik di Malaysia sama seperti negara lain yang mengalami ketidak-stablian. Ia timbul daripada mengikuti berita mengenai negara ini."

Namun, di sebalik semua ini Mukhriz tidak menjelaskan cara penyelesaian konklusif daripada pihak kerajaan yang dikuasai oleh Umno-BN. Sebaliknya beliau melihat satu-satu jalan bagi mengakhiri kemelut yang menjadi punca kepada ketidakstabilan politik ini ialah dengan mengandakan rundingan dengan PAS berlatar-belakangkan kenyataan Presiden Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bersedia membincangkan isu berkaitan kepentingan negara.

Kenyataan Mukhriz ini begitu senada dengan kebanyakan pemimpin Umno dalam mengharapkan penglibatan PAS menerusi satu-satu bentuk pakatan atau forum seolah-olah kehadiran PAS mampu menghasilkan satu keajaiban dan mengubah status from 'rag to riches' (daripada miskin menjadi kaya).

Dalam keghairahan menyusun strategi untuk mengembalikan dominasi Umno terhadap PAS seperti pasca pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1974, pemimpin Umno terlupa bahawa segala kestabilan politik yang kemudiannya menjadi asas kepada kemakmuran ekonomi termasuk kejayaan menarik FDI adalah kerana Umno dan PAS berada dalam uniti sebuah sistem demokrasi ? Umno-BN sebagai kerajaan yang peka dan PAS sebagai pembangkang yang kuat.

Namun kestabilan sedemikian mula dihimpit pelbagai masalah apabila peranan PAS sebagai, sama ada pihak yang melakukan 'check and balance' atau juga sebagai sebuah parti politik yang memiliki kekuatan diabai dan diperlekehkan oleh Umno.

Usaha ke arah satu penyatuan adalah baik lagi murni. Tetapi apabila penyatuan tersebut dilihat atau disyaki sebagai ada agenda lain yang mahu dicapai oleh Umno menerusi pintu belakang, maka ia hanya akan mengundang padah yang lebih dahsyat.

Andai kata PAS diketepikan semula apabila Umno membuang pendayung setelah sampai ke seberang, apa lagi yang tinggal dalam usaha mencapai kestabilan politik nanti? - lanh _
Baca Seterusnya......

Khamis, 11 Jun 2009

Polemik Kerajaan Perpaduan : Kenapa ?

Oleh : Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS


Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.


Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat. Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya.


Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan.


Namun bagi mengurangkan sedikit polemik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini. Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.


Asas pertama ialah At Taawun


Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat.


Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat.


Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?


Asas kedua ialah taqwa.


Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistem Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa.


Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti politik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat.


Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.


Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.


Asas ketiga ialah menolak al Ism


Kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat.


Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.


Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan.


Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.


Asas keempat ialah menolak al U'dwan


Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini.


Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.


Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara.


Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen gensterism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.


Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun.


Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.


Ketua Pemuda DPPKP: diharapkan dengan penjelasna ini akan dapat menenangkan sedikit hati-hati Ahli dan Penyokong Tegar PAS supaya kita akan dapat bersabar barang sedikit untuk sama2 mendengar apakah tindakan seterusnya oleh TGHH... wallahu`alam
Baca Seterusnya......

Isnin, 8 Jun 2009

Teks Ucapan Penangguhan Ketua DPPP : Ust Nasrudin Hasan Tantawi


Ucapan Penangguhan
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat 09/11


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله الواحد القهار العزيز الغفار مكوّر الليل على النهار
تذكرة لأولى القلوب و الأبصار تبصيرة لذوى الألباب و الإعتبار
أشهد أن لا إله الا الله البر الكريم الرؤوف الرحيم
و أشهد أن سيدنا محمدا عبده و رسوله و حبيبه و خليله
الهادي إلى صراط مستفيم و الداعي إلى دين قويم
صلوات الله و سلامه عليه و على سائر النبيين و آل كل و سائر الصالحين

Jazaakallah Khairan Jaza’ saya rangkapkan buat al Fadhil Sdr Pengerusi Tetap

Kekanda saya Al Fadhil
Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub

Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani
[ Timbalan Ketua DPPP ]

Al Fadhil Sdr Sabki Yusuf [ Naib Ketua DPPP ]
Yang berbahagia seluruh saff EXCO DPPP
Yang berbahagia wakil PAS Pusat ke muktamar DPPP & tetamu
Yang dihormati seluruh sidang muktamrin
Para pemerhati , wartawan dan semua yang hadhir
سلام الله عليكم و رحمته و بركاته dan salam sejahtera .


Ikhwah yang dirahmati Allah sekelian .

Hari ini kita menyaksikan satu lagi sejarah peralihan kepimpinan DPPP dan saya di taklif untuk menerajui amanah kepimpinan ini. Ianya berurutan dengan pengunduran bekas Ketua DPPP Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub setelah tiga sessi menerajui kepimpinan DPPP dengan penuh dedikasi dan berjaya melonjak prestasi DPPP ke suatu tahap yang tinggi kualiti dan hebat identity . [ berprestij ]

Hari ini beliau secara rasminya berundur dari DPPP untuk meneruskan ‘ pengembaraan ’ ke satu marhalah yang lebih tinggi dan penting demi menabur bakti buat perjuangan suci ini.

DPPP merakamkan setinggi – tinggi nilai penghargaan dan sebesar – besar tanda kebersamaan buat Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub yang telah memimpin dan membimbing kita semua sepanjang 3 sessi kepimpinan beliau . Semoga jasa budi beliau menjadi amal soleh yang diganjari Allah swt pahala berlipat ganda .

Ikhwah yang dihormati sekelian .

Taklif [ beban amanah ] ini bukan satu tasyrif [ kemuliaan ] , malah saya bukan yang terbaik . Bahkan telah sampai kepengetahuan saya kritikan yang mempertikai kemampuan saya untuk memimpin .

Mereka berhak untuk meragui keupayaan saya . Namun apa yang boleh saya sebut di sini , bahawa kita DPPP laksana sebuah bahtera penyelamat yang sedang menjalankan operasi menyelamat di tengah – tengah laut dalam lagi bergelombang .

Saudara ! jika dibiar saya keseorangan , usahkan belayar jauh , hanya untuk menaikan sauhnya sahaja , saya pasti tidak akan mampu .

Ikhwah yang dikasihi sekelian .

Sebagai ucapan sulung , di saat saya memikul taklif yang sangat berat ini , izinkanlah saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua rakan – rakan EXCO DPPP serta tidak ketinggalan para perwakilan yang rata – ratanya adalah pemimpin di negeri , kawasan dan cawangan .

….. dengan ucapan yang pernah diungkapkan oleh Saidina Abu Bakar as – Siddiq rha .

أيها الناس ! فإني قد وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و إن أسأت فقوموني الصدق أمانة و الكذب خيانة

Ucapan Umar bin Abdul Aziz rhm


أما بعد، فإنه ليس بعد نبيكم صلى الله عليه وسلم نبي، ولابعد الكتاب الذي أنزله كتاب، ألا ما أحل الله عزوجل حلال إلى يوم القيامة وما حرمه الله حرام إلى يوم القيامة ألا لست بقاض ولكني منفذ، ألا لست بمبتدع ولكني متبع، ألا إنه ليس لأحد أن يطاع في معصية الله عز وجل، ألا إني لست بخيركم ولكني رجل منكم غير أن الله جعلني أثقلكم حملا.


“Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu saw, dan tiada kitab lagi selepas kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadanya. Ingatlah! Apa-apa yang telah dihalalkan oleh ALlah Azzawajal tetap halal sehingga hari kiamat. Dan apa yang telah diharamkan oleh ALLah tetap haram sehingga hari kiamat. Ingatlah! Aku bukan seorang hakim (penghukum) tetapi pelaksana, Ketahuilah sesungguhnya aku bukan orang yang mereka-reka (mencipta) ajaran baru, tetapi hanyalah seorang pengikut ajaran ALlah dan RasuluLlah saw. Ketahuilah! Sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di antara kamu tetapi ALlah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas.”

Sahabat yang dihormati sekelian .

Perlu diketahui , selain dari amanah ini sangat berat dan sukar , saya telah mendapat ikrar dari sahabat saya dan sahabat kita semua , iaitu Al Fadhil ustaz Azman Syafawi dan saudara Sabki Yusuf al Baasuti untuk menjadi rakan ganding , mengemudi kepimpinan pemuda bersama seluruh saff EXCO DPPP yang dipilih dan dilantik serta tidak dikecualikan walau seorang pun dari perwakilan sekelian .

Marilah saudara , sehayun tangan selangkah kaki kita pacu perjuangan ini , kita redah segala cabaran dan kita serap segala tekanan .

… untuk maksud itu , pemuda mesti miliki sikap yang


· responsive terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat dan Negara .
· optimis terhadap kemenangan Islam yang kita dokong ,
· sensitive terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah

Pemuda PAS juga mesti menjadi lebih kuat dan tidak mengalah kepada kekuatan musuh .

Ramai orang tanya saya , sdr jadi ketua DPPP ni , boleh ker sdr nak lawan Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO?

… dengan tidak memandang rendah pada keupayaan musuh , suka saya tegaskan di sini bahawa agenda perjuangan kita jauh lebih besar dan tinggi dari sekadar untuk berdepan dengan Khairy .

Usahkan Khairy , bapa mertua dia pun kita lawan sebelum ini ! Saya nak beritahu perwakilan semua , percayalah , sekadar nak berdepan dengan pemuda UMNO ni , tak sempat pemuda pusat, boleh ke pemuda kawasan dulu !

Saudara ! Selagi mana Islam tidak menjadi asas perjuangan mereka dan selama mana Islam terus mendarah daging dan menjadi prinsip perjuangan kita , yakinlah ! kita akan mampu berdepan dengan mereka .

Kita berdepan dengan UMNO selama ini dan berjaya mengatasi mereka bukan dengan title juga tidak dengan material tetapi dengan

· aqidah perjuangan yang menunjang dalam jiwa kita ,
· Syakhsiyah yang mempamerkan indahnya akhlak & tingginya budi
· fikrah yang jelas lagi benar mengalahkan hujjah musuh .

Ingat bagaimana wasiat jihad Saidina Umar rha.


فإني آمرك وممن معك من الأجناد بتقوى الله على كل حال؛ فإن تقوى الله أفضل العدة على العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم؛ فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن بهم قوة؛ لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة. وإلا ننصر عليهم بفضلنا لن نغلبهم بقوتنا


Saudara Perwakilan yang dihormati sekelian .

Ketika menjawab persoalan yang diajukan kepada saya , bagaimana DPPP dengan kepimpinan yang baru ini akan menghadapi hari – hari mukanya ?

Saya menegaskan prinsip kepada pendekatan yang akan diambil ialah sebagaimana yang pernah disebut oleh Asy Syeikh Abu Hasan Ali An Nadawi :


الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع


Integrasi antara warisan tradisi yang soleh dengan penemuan baru yang bermanafaat .


Kita akan terus menyambung kerja – kerja yang belum selesai malah mempertautkan legasi kepimpinan terdahulu yang baik dengan pendekatan dan penemuan - penemuan baru yang akan kita laksanakan .

Sememangnya menjadi tanggungjawab kepada setiap pemimpin untuk memperkasakan DPP dari masa ke semasa , dengan melakukan transformasi dan juga persegaran kepada seluruh elemen pendekatan dan aktiviti DPP .

Namun kecemerlangan pemimpin dan segala gagasan mereka yang terdahulu tetap menjadi sandaran untuk kita mencipta sejarah gemilang di zaman kita pula . Inilah yang diajar oleh al Imam Malik rhm .


لا يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها


Tidak akan gemilang ummat akhir ini melainkan bersandar kepada pencapaian gemilang sebelumnya



Saudara ! DPPP kini telah berusia 56 tahun . Satu usia yang tiada siapa boleh mempersoalkan kematangannya , jauh sekali untuk menafikan pengalamannya berjuang di medan .

Satu usia yang cukup kaya dengan jasa dan baktinya , bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada rakyat dan Negara . Sebagai contoh :

1. Baru – baru ni , PASTI yang merupakan produk DPP telah menyambut Jubli Peraknya di Tawau Sabah kini mampu berbangga dengan 1640 buah sekolahnya di seluruh Negara .

Saya berharap Jabatan PASTI dengan produk barunya pula iaitu Kelas Fardhu Ain Harian KAFFAH akan terus membawa DPP gah berbakti kepada Negara .

2. Gagasan Kepimpinan Ulama’ , juga telah meraikan Jubli Peraknya baru – baru ini terus segar mendasari system kepimpinan parti sehingga hari ini . Secara langsung terus menobatkan peranan DPP sepanjang abad .

3. Jabatan AMAL sebagai sebuah badan beruniform milik DPP kini telah mencecah usia 18 tahun dengan keahlian berdaftar seramai 4100 dengan 2000 daripadanya adalah Amal Walad .

Insyaallah , saya telah dimaklumkan oleh Pengarahnya bahawa AMAL juga akan mengadakan satu Konvensyen AMAL peringkat Kebangsaan bagi melihat semula peluang dan ruang yang perlu di teroka lebih jauh oleh AMAL .

4. Akademi Kepimpinan Pemuda , produk terbaru DPP yang merupakan legasi mantan ketua DPPP Tuan Hj. Salahudin Ayyub . Baru berusia 2 tahun , masih bertatih dan berjalan jatuh .

Saya telah berjanji dengan Yb. Tuan Hj Salahudin Ayyub untuk memastikan AKP akan mampu berlari deras dan sekaligus berjaya menjuarai isu – isu kepimpinan dan apa yang lebih penting ialah melahirkan bakal – bakal pemimpin parti dan Negara yang berkaliber tinggi .

5. Kelab Penyokong Muda , juga antara produk DPP yang terlaris di pasaran . Bukan sahaja menambat hati rakan – rakan muda non muslim tetapi mula menarik perhatian dunia apabila PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang dulunya sering dimomokkan sebagai eksterim dan suka berkonfrantasi, kini mampu mengambil ruang di dalam hati non muslim .

Fenomena ini telah membuka medan baru dalam episode dakwah kita malah lebih mencabar kepada DPP . Tentu sahaja kita tidak bermaksud menjadikan Kelab Penyokong Muda sebagai alat memenuhi keperluan politik pilihanraya ,

…. sebaliknya kita berhasrat supaya Kelab Penyokong Muda mampu bergerak seiring , memahami dan mendokong cita – cita perjuangan Islam yang menjadi teras penglibatan kita di medan politik tanahair .

DPP masih mempunyai beberapa jabatan – jabatan lain yang berfungsi sebagai “back up striker” dan jentera pengukuhan dalaman DPP .

Saudara ! Apa yang telah kita miliki ini akan kita jaga sebaik mungkin disamping satu mekanisme akan diputuskan demi memastikan tunggakan tugas dan amanah perjuangan ini dapat ditunai dan dilangsaikan dengan baik dan cemerlang .

…. disamping kita akan memberikan komitmen tanpa tangguh untuk menjelaskan tanggungjawab semasa terhadap perjuangan yang kita dokong ini agar tiada tunggakkan baru.

Sdr Perwakilan sekelian !

Bukan sahaja di Semenanjung , pengukuhan organisasi DPP dan perluasan gerakkerja dakwah , insyaallah akan diperhebatkan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan . Saya kira sessi ini adalah sessi yang akan turut memberikan lebih tumpuan kepada Sabah , Sarawak dan Labuan .

Kita mahu Sabah , Sarawak dan Labuan menjadi Semenanjung ke 2 dan Projek Semenanjung 2 ini akan kita kaji satu mekanisme khusus bagaimana kita akan menjayakannya .

Penutup

Ikhwah yang dihormati sekelian .

Sebelum saya mengundurkan diri , marilah kita berjanji untuk merapatkan lagi saff perjuangan kita , agar DPP terus utuh dan gah di persada politik tanahair , dalam masa yang sama kita berupaya untuk memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa .

Saya tertarik dengan pesanan dan amanat Yb. Tn Hj. Salahudin Ayyub supaya jangan kita rosakkan pemuda dengan elemen – elemen perpecahan , sentiment sempit dan jumud , politik berpuak – puak dan jangan rosakkan dengan panggilan dan label – label yang dilemparkan oleh musuh kita , tetapi tampil dengan pemikiran yang segar , kuat dan kontemporari.

Saudara perwakilan sekelian ,

Kita pejuang bukan pemberontak . Kita pendakwah bukan penghukum . Responsive terhadap isu ummah tetapi tidak melatah terhadap provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab .

Kita hulurkan tangan membimbing biarpun lidah tegas menentang dan menegur kezaliman serta kemungkaran .

Insyaalah prinsip – prinsip ini akan meletakkan pemuda PAS terus dihormati oleh kawan dan lawan di sepanjang masa .

Saudara perwakilan sekelian .

Insyaallah , 15 hb June ini , DPPP akan bermesyuarat buat kali yang pertama bagi sessi 09/11 untuk melengkapkan carta dan mengemaskini struktur organisasi DPPP . Kemungkinan besar akan berlaku beberapa perubahan dalam pembinaan carta dan struktur organisasi DPPP yang akan kita maklumkan kemudian .

Saya percaya , transformasi akan bermula dari pengukuhan organisasi dan selepasnya kita akan segera mengadakan bengkel pemerkasaan hala tuju DPPP bagi sessi ini .

Doakan agar kita berjaya melakukan suatu yang terbaik untuk Islam dan DPP sebagai wadah perjuangan kita . Sementara itu , saya berjanji akan mengerahkan seluruh jiwa raga ini selama ia masih berfungsi dan sememangnya ia telah di waqaf kan demi membangunkan cita – cita besar perjuangan ini .

Sesungguhnya kepimpinan ini satu amanah . Sedikit kita silap melangkah , kita berdepan dengan kemurkaan Allah swt . [ saya tidak gerun dengan kritikan musuh , sebalik apa yang merisaukan saya ialah kritikan Allah swt ] Marilah kita mengambil iktibar dari apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw: [ riwayat imam muslim ]


عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.


dari Abi Zar telah berkata : Aku berkata kepada Rasulullah saw : Apakah engkau tidak memilih aku ? maka Rasulullah saw sampil menepuk kedua - dua bahuku kemudian berkata : Wahaia Abu Zar sesungguhnya engkau lemah sedang kepimpinan itu adalah amanah dan hari qiamat kelak adalah kehinaan dan penyesalan


Akhirnya , saya harap semua kita dapat bangun seketika sambil kita melaungkan kalimah takbir , tanda hormat mengiringi pengunduran penuh bergaya Mantan Ketua DPPP Tuan Hj. Salahudin Ayyub dan sebagai symbol restu buat beliau menyandang amanah baru sebagai Naib Presiden insyaallah .



Baca Seterusnya......

ISU MUZAKARAH PAS – UMNO


Kembali Kepada Prinsip Amal Islami.

oleh : Ketua DPPKP

Salam Perjuangan.....
Setelah sekian lama menyepi akhirnya hari ini, tergerak hati penulis untuk memberikan sedikit peringatan berkaitan isu "Kerajaan Perpaduan" yang diutarakan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. apa yang menyebabkan penulis untuk mengutarakan pandangan adalah apabila melihatkan terlalu ramai forumer2 & blogger2 dan ape2 lagi yang ingin menjadi juara dalam isu ini.
Sedangkan pada pandangan penulis, kebanyakan daripada mereka mengutarakan pandangan yang entah berasaskan daripada sumbar2 mana. Walahua`alam....


Sebenarnya, apa yang hendak diutrakan oleh penulis adalah petikan berkaitan tulisan Ketua DPPP Ust. Nasrudin Hassan Tantawi... sama2lah kita befikir dengan sebaik2nya demi kesejahteraan PAS.... Walahua`alam....

Muqaddimah.

Muzakarah PAS – UMNO tiba – tiba menjadi satu isu terhangat di pasaran politik tanahair hari ini . Ianya menutup isu kenaikan harga minyak malah menenggelamkan isu fitnah yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Mungkin ianya hanya buat seketika tetapi berjaya membuatkan pihak tertentu menarik nafas lega sementara mencari idea baru untuk terus membidik sasaran mahupun mencongak strategi bagaimana pelan bertindak selepas ini.

Kini giliran PAS menghadapi tempoh ujian saringan yang saya sendiri tidak tahu entah bagi kali yang ke berapa sepanjang PAS berada di medan perjuangannya. Tentu saja ujian saringan ini mahu atau tidak terpaksa dihadapi oleh PAS ( pemimpin dan ahlinya ) sehinggalah Allah memutuskan tempoh akhirnya. Demikianlah sunnatullah , firman Allah swt :

و لنبلونكم حتى نعلم المجاهدين منكم و الصابرين و نبلوا أخباركم

“ dan kami sengaja akan menguji kamu sehingga kami maklum ( siapakah ) orang yang benar – benar berjuang dikalangan kamu jua orang yang sabar dan kami mengatahui ( baik buruk ) keadaan kamu.”

Surah Muhammad : 31

Tahun Ujian

Tahun ini adalah tahun ujian (عام الإبتلاء ). Sebelum ini ujian melanda UMNO dan BN dengan prestasi buruk mereka dalam PRU ke 12 , kemudian ujian dihadapi pula oleh PKR dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di fitnah dan hari ini ujian menimpa PAS dengan isu Muzakarah / rundingan PAS – UMNO.

Pun begitu , sudahlah tentu kedudukan seorang pejuang atau parti yang memperjuangkan Islam dalam menghadapi ujian jauh berbeza dengan keadaan musuh Islam menghadapinya. Bagi seorang pejuang Islam , iman dan Islam yang ada pada dirinya meletakkan ia senantiasa dalam keadaan baik. Sabda Rasulullah saw :

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير و ليس ذلك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له و إن أصابته ضراء فكان خيرا له .

Dari Abi Yahya Suhaib bin Sinan Rha berkata : Rasulullah saw bersabda : Pelik sungguh urusan orang yang beriman . Sesungguhnya seluruh urusannya beroleh kebaikan dan tidaklah perkara demikian dianugerahkan kepada seseorang kecuali kepada orang yang beriman. Jika ia mendapat nikmat maka ia bersyukur maka syukur itu adalah kebaikan bagi dirinya dan jika ia ditimpa kesusahan maka ia sabar maka sabar itu adalah kebaikan bagi dirinya.”

Riwayat Imam Muslim

Skala ujian mungkin berbeza antara satu sama lain . Ujian kadang kala getir dan sukar untuk dihadapi, namun ada kalanya ujian yang melanda dirasakan mudah untuk kita mengurainya. Pada saya , mudah sukar kita “menjawab” ujian yang kita hadapi ini bergantung kepada tahap prestasi kita . ( Sejauh mana kita menguasai maklumat yang tepat , setakat mana pula penghayatan kita terhadap prinsip amal Islami yang kaya dengan disiplin seperti thiqah , ukhuwwah , syura dan sebagainya serta kadar mana graf iman kita terhadap aqidah perjuangan . )

Jika tahap prestasi maklumat , penghayatan amal Islami dan aqidah perjuangan itu berada pada tahap tinggi dan layak , maka besar mana pun ujian atau sukar mana pun ujian itu akan “dijawab” dengan mudah dan tenang.

Tetapi ,tanpa prestasi yang saya maksudkan tadi , ujian yang mudah malah semudah sifir satu dan dua pun akan dirasakan sukar dan payah untuk di”jawab” . Tidak mustahil ada yang akan mengambil sikap polos untuk melarikan diri dari menghadapi ujian seperti ini.

Apa yang pasti , melarikan diri dari ujian adalah orang yang gagal . Gagal dalam perjuangan ! markah mereka pastinya kosong sebab “kertas ujian” mereka tidak berjawab . Namun mereka yang menghadapi ujian akan berhadapan dengan dua kemungkinan . Samaada mereka berjaya dengan markah yang tinggi atau mereka gagal tetapi mereka tetap mempunyai markah meskipun rendah.

Spirit Rabitah .

Sebelum saya pergi lebih jauh dalam mengulas isu ini , suka terlebih dahulu saya mengajak diri dan semua sahabat pembaca sekelian untuk membaca , memahami dan menghayati setulusnya doa rabitah ini .

اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك و التقت على طاعتك و توحدت على دعوتك و تعاهدت على نصرة شريعتك فوثق اللهم رابطتها و أدم ودها واهدها سبلها و املأها بنورك الذي لا يخبوا و اشرح صدورها بفيض الإيمان بك و جميل التوكل عليك و أحيها بمعرفتك و أمتها على الشهادة في سبيلك إنك نعم المولى و نعم النصير

“ Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati – hati ini ( bayang seluruh pimpinan dan ahli PAS yang ikhlas berjuang ) telah berkumpul kerana mengasihiMu , bertemu untuk mematuhi perintahMu , bersatu memikul beban dakwahMu . Hati – hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu , maka eratkanlah hubungan ( kesatuan ) ini Ya Allah . Kekalkan kemesraan antara hati – hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati – hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu dan matikanlah pemilik hati – hati ini sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik – baik sandaran dan sebaik – baik penolong.”

Doa rabitah adalah amalan pagi petang para pemimpin dan ahli yang ikhlas dan tulus berjuang. Saya tidak percaya jika ada pimpinan dan ahli yang memahami disiplin amal Islami tidak mengamalkan doa ini. ( Tidak mengamalkan doa ini memungkin hati antara kita longgar dan mungkin mudah rungkai apabila berdepan dengan polemic antara kita )

Prinsip doa rabitah ialah kita berjamaah dan berjuang kerana cinta kita kepada agama Allah ( Islam ), ketundukan kita kepada perintah Allah , kesungguhan kita berdakwah , setia berjuang guna mendaulatkan syariat Allah maka eratkanlah hubungan antara kita. ( jangan benarkan ia retak apatah lagi belah )

Bertolak dari spirit ini , saya ingin mengajak semua pimpinan dan ahli PAS ketika sedang menghadapi isu Muzakarah PAS – UMNO ini kembali semula kepada prinsip amal Islami. Agar pandangan dan sikap kita dalam isu ini tidak dipengaruhi sentiment yang asing dari prinsip Amal Islami. Jauh sekali dari pengaruhi emosi yang mengaburi kebenaran maklumat , fakta dan nas.

Muzakarah / rundingan PAS – UMNO

Saya rasa tidak perlu lagi saya memanjangkan muqaddimah perbahasan melainkan saya sangat mengharapkan semua pihak , khasnya pimpinan sendiri dan amnya ahli di akar umbi masuk daerah perbahasan isu ini dengan semangat kasihkan agama , perjuangan yang ikhlas , jiwa yang tenang dan maklumat yang tepat .

Saya mengamati dan mempelajari serta mendalami isu ini maka saya melihat bahawa isu ini bukanlah suatu yang sangat berat dan besar . Tinggal lagi saya tidak nafikan ia agak sensitive. Lantaran itu menanganinya memerlukan langkah yang berhati – hati dan cermat.

Hari ini , setelah timbul isu pertemuan beberapa pimpinan PAS dengan pihak UMNO , orang nak tahu betul kah PAS nak masuk BN ? dari soalan seperti ini timbul pelbagai spekulasi , fitnah dan keadaan yang agak emosional .

Ada yang menangis menghubungi saya kerana tidak mahu PAS berunding dengan UMNO. Alasannya UMNO penipu , UMNO jahat dan UMNO zalim. Berunding dengan UMNO satu dosa dan satu pengkhianatan . UMNO akan perangkap kita .

Ironisnya saya melihat kebimbangan itu semua kerana mereka kasihkan parti. Mereka sayangkan parti yang telah sekian lama mengasaskan perjuangan Islam. Mereka tidak mahu PAS menyertai dan membuat sebarang perkongsian kuasa dengan UMNO . Tidak kurang yang mengugut akan keluar dari PAS jika PAS berunding dengan UMNO .

Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Ahli agak gelisah dengan perkembangan isu ini , tambahan pula media cukup aktif memainkan peranan melagakan dua pendapat yang berbeza dari dua tokoh yang bergelar Tok Guru dalam parti. Saya rasa inilah julung kali perbezaan besar yang mendapat liputan luas dari media terhadap dua tokoh besar ini.

Saya yakin 2 tokoh besar parti tersebut juga sangat sayang kepada parti yang memperjuangkan Islam ini. Malah merekalah rebah bangun mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS di saat sebahagian daripada kita belum pun menyertai PAS .

Bahkan sebahagiannya menyertai PAS kerana hasil dakwah dan perjuangan gigih tanpa henti dari kedua – dua tokoh hebat dan handal ini. 2 tokoh inilah gandingan perkasa memimpin gerakan meredah benteng fahaman secular yang sangat tebal menyelubungi pemikiran masyarakat disamping tidak dinafikan sumbangan serta pengorbanan tokoh – tokoh pimpinan yang lain .

Logiknya sayang kita kepada PAS tidak mengatasi sayangnya mereka ( 2 tokoh ini ) kepada PAS . Kita bimbang kalau – kalau PAS ditipu UMNO dengan rundingan tersebut dan kebimbangan itu hadhir dari rasa sayang kita kepada PAS .

Persoalannya , apakah Tok Guru Haji Hadi tidak sayangkan PAS ? sementelah pula beliau adalah Presiden PAS yang memikul tanggungjawab jamaah dan seluruh ahli . Saya tidak menjangkakan demikian.

Habis tu , kenapa Tok Guru Hj. Hadi nak berunding dengan UMNO ? mengadakan muzakarah dengan UMNO ? Bukan kah Tok Guru Nik Aziz tidak setuju ? Memang pelik ketentuan Ilahi namun itulah reality .

Tok Guru Hj. Hadi yang selama ini dilihat dan dilabel keras dan tegas tiba – tiba dilihat lembut dan mahu berunding dengan UMNO sementara Tok Guru Nik Aziz yang selama ini lembut dan banyak bertolak ansur tiba – tiba dilihat keras dan tegas terhadap UMNO.

Disinilah saya lihat ahli perlu tenang dan memberi peluang dan ruang penuh thiqah ( kepercayaan ) kepada Tok Guru Presiden dan Tok Guru Mursyidul am menangani isu ini serta pimpinan janganlah mengeluarkan kenyataan media yang menyanggahi antara satu sama lain .

Kita jangan cepat buat keputusan mendahului mereka. Jangan membuat kesimpulan cepat hanya berasaskan laporan bloggers dan juga websiters . Jauh sekali mengugut pimpinan bahawa mereka akan keluar PAS jika pimpinan atau Tok Guru Presiden terus bertindak dengan suatu yang mereka tidak boleh bersetuju.

Saya yakin dan percaya , rata – rata ahli yang cemas dan gelisah ini kerana mereka sayangkan PAS tetapi saya juga sangat yakin bahawa Tok Guru Presiden juga sangat sayangkan PAS demikian juga Tok Guru Mursyid Am.

Mereka berbeza pendapat tetapi mereka sangat sayangkan PAS . ( Saya kata begitu kerana melihat kepada keistiqamahan mereka dalam berjuang dan memimpin parti. Pengorbanan mereka cukup luar biasa yang tidak memungkinkan kita kata mereka tidak sayang PAS atau mahu mengkhianati PAS sehingga kita akan keluar PAS kalau Tok Guru Presiden terus berunding dengan UMNO.)

Ertinya mereka berbeza pandangan tetapi tidak bertelagah atau berbalah. Harapnya pimpinan dan ahli bawahan janganlah bertelagah dengan menganggap 2 tok guru ni pun bertelagah. Maka satu kumpulan declair bahawa mereka bersama Tok Guru Presiden dan satu kumpulan lagi declair bahawa mereka bersama Tok Guru Mursyid Am .

Kenapa tidak kita kata , kami bersama kedua – dua Tok Guru Presiden dan Mursyid Am ! sebab mereka bukan bertelagah pun , cuma berbeza dalam pandangan setuju dengan tidak setuju . Tok Guru Presiden setuju berunding dengan UMNO sementara Tok Guru Mursyid Am tidak bersetuju berunding dengan UMNO .

Pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat DPPP .

Perbezaan pandangan ini berasaskan hujjah masing – masing . Kebetulannya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam hampir 4 jam membahaskan isu ini dengan masing – masing membawa hujjah.

Persoalannya bagaimana kita nak selesaikan masaalah ini . Ianya tentu tidak selesai dengan satu pihak kata setuju dan satu pihak lain kata tidak setuju dan berhenti setakat itu. Keadaan ini akan terus membawa dilemma kepada ahli .

Dewan Pemuda PAS Pusat telah merumuskan perbincangan semalam dan mengambil keputusan bahawa DPPP setuju muzakarah atau rundingan diadakan dengan pihak UMNO bagi membincangkan masa depan Islam dan melayu yang rata – ratanya beragama Islam dan menjadi tonggak kekuatan Islam di Negara kita.
Bersama penegasan bahawa muzakarah atau rundingan itu tidak bermaksud PAS mahu menyertai UMNO atau masuk BN. Malah semangat nak bawa PAS masuk UMNO tidak pernah berbangkit . Apa yang timbul ialah kemungkinan – kemungkinan kerjasama atau tindakan bersama yang menguntungkan Islam dan ummat Melayu .

Kenapa setuju muzakarah ?

Untuk lebih jelas dan menjimatkan masa saya kerana apa yang saya nak tulis dan ulas disini telah pun terlebih awal ditulis dengan sangat jelas dan baik oleh al Fadhil Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, justeru itu sahabat pembaca sehingga ke takat ini mestilah membacanya bersekali dengan artikel al Fadhil Ustaz Nik Abduh di blognya http://nikabduh.wordpress.com/ di bawah tajuk Tahniah Presiden dan posting beliau yang terbaru bertajuk politik damai .

Dengan itu , Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengambil ketetapan untuk menegaskan bahawa perlunya pimpinan segera mengambil langkah penyelesaian dengan memanggil mesyuarat Khas lalu mengambil satu keputusan yang muktamad dan kemudiannya memanggil semua kepimpinan diperingkat kawasan untuk diberi penjelasan dan semua ahli dituntut dengar dan taat terhadap keputusan yang telah diputuskan kelak .

Sekali lagi saya harap sahabat – sahabat seperjuangan dipelbagai peringkat dan semua penyokong agar tenang dan tidak melatah dengan mainan media dan pengulas – pengulas bebas di media cyber. Berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan kita dengan memberi mereka hak memimpin dengan baik.



Baca Seterusnya......

Pengikut