Berita/Artikel/Isu Semasa Terkini

Rabu, 27 Februari 2008

Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kedah-PRU ke-12

’Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih’Negara Berkebajikan
“Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua”

Para Pengundi yang dihormati,Menuntut Demokrasi SebenarDemokrasi bukan hanya pilihanraya. Demokrasi sebenar semesti mendukungi keluhuran undang-undang, keadilan capaian maklumat dan media serta menjalankan proses and sistem pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.Sesungguhnya demokrasi sebenar mengizinkan rakyat dan pengundi untuk menentukan kerajaan yang mereka mahu. Pilihanraya yang bebas, adil dan bersih menjamin kehendak rakyat tertunai. Andainya pilihanraya dipenuhi penipuan, kepincangan dan ketidakadilan, maka ia menjadikan hasrat rakyat untuk mengecapi demokrasi sebenar kecundang.
PAS Komited, Meskipun Pilihanraya Tempang dan CurangPAS adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai keadilan sejagat. PAS terus akan menyertai pilihanraya meskipun ia curang dan tempang, bagi memperjuangkan keadilan dan membenteras kezaliman dalam proses ’semak-imbang’ yang dianjurkan oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub dalam ayat Surah Al-Baqarah: ayat 251.
”Kalaulah Allah tidak menolak dan mengimbangi kezaliman sesetengah manusia dengan golongan lain, maka rosak dan musnahlah seluruh muka bumi ini”.Sejak lebih 50 tahun, PAS telah membuktikan komitmen kami terhadap mempertahankan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan kesucian Islam, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran getir, rintangan dan ujian bersaing di atas padang politik yang tidak sama-rata.Justeru itu, PAS menawarkan Manifesto yang mengangkat tema ”Negara Berkebajikan” yang dibina di atas teras serta paksi ”Kerajaan Adil, Bersih dan Beramanah”.

Bagi khusus untuk negeri KEDAH, “Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua”

Manifesto Negeri PAS KEDAH
Dengan ini PAS menyeru sokongan dan penggemblengan tenaga seluruh lapisan masyarakat; parti-parti politik, kakitangan kerajaan, badan-badan bukan-kerajaan (NGO), wanita, golongan pemuda serta seluruh lapisan rakyat, merentasi pelbagai anutan agama, bangsa dan budaya, yang turut berasa bertanggungjawab terhadap nasib mereka serta masa depan negara yang dicintai, supaya bersama membuat perubahan bagi:Membela kebajikan rakyat dan kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra-alam.Melindungi keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan kewibawaan dan integriti institusi kehakiman.Mengembalikan amalan demokrasi tulen dan pilihanraya bebas, adil dan bersih.Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN di parlimen.Kesemua matlamat ini akan hanya dapat kita capai dengan melakukan perubahan dan pilihan bijak dalam pilihanraya umum ke-12 ini. Marilah sama-sama kita memainkan peranan kita sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan mempastikan wujud unsur ’semak-imbang’ yang berkesan dalam amalan demoikrasi di negara ini.Anda Mampu Mengubahnya!

Teras Pertama (Pentadbiran)
Memastikan sifar rasuah
Mengakaji semua elaun dan keistimewaan yg dinikmati oleh menteri besar serta exconya
Pemberian kontrak secara telus & adil
Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk kakitangan kerajaan.

Teras Kedua (Hal Ehwal Islam)Elaun Iman yg setimpal dengan peranan mereka
Mempercepat proses di mahkamah syariah

Teras Ketiga (Hak dan Kepentigan Non-Muslim)
menjamin peruntukan Perlembagaan mengenai hak kebebasan beragama
Melantik exco drpd wakil rakyat bukan Islam

Teras Keempat (Pendidikan)
Melancarkan program pendidikan komuniti
Menjadikan Kolej Insaniah sebagai pusat kecemerlangan

Teras Kelima (Ekonomi)
Menyediakan pelan tindakan yang realistic dan mengambil kira NCER.
Menubuhkan Institusi Ar-Rahn (pajak gadai Islam)

Teras Keenam ( Tanah & Hasil Negeri)
Memastikan setiap ambilan tanah utk kepentigan awam dan juga dibayar pampasan yg setimpal
Mengkaji semula cukai tanah dan menghapuskan cukai rumah kedai.

Teras Ketujuh (Pertanian)
Membangunkan Lembah Jerai sebagai Agro-Hub negeri
Mewujudkan skim perlindungan kepada golongan petani, nelayan dan penternak.

Teras Kelapan (Pembangunan Insan)

Teras Kesembilan (Pihak Berkuasa Tempatan)

Teras Kesepuluh (Pembangunan Dan Keperluan Kemudahan Asas

con’t Baca Seterusnya......

Isnin, 18 Februari 2008

Generasi Muda Perlu Tolak BN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius seruan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mahu generasi muda menyokong BN untuk kelangsungan pembangunan negara.

Bagi DPP Pusat, seruan dangkal Ketua Pemuda Umno ini jelas memperlihatkan kebimbangan mereka terhadap kebangkitan generasi muda yang mulai meluat dengan dasar-dasar BN yang menindas rakyat.

Lagipun, tidak ada satu sebab yang munasabah untuk generasi muda perlu mengekalkan BN setelah sebahagian kepentingan rakyat digadai oleh pemimpin BN demi kepentingan politik sempit mereka.


Cerita tentang kebobrokan pemimpin BN dalam menghancurkan masa depan negara sudah begitu banyak diperkatakan dan telah difahami oleh generasi muda.

Mereka telah melihat bagaimana dasar-dasar BN telah meruntuhkan jati diri golongan muda melalui aktiviti-aktiviti tidak sihat yang dianjurkan sendiri oleh Kerajaan BN.

Dalam masa yang sama, pemimpin BN terlibat dalam pelbagai skandal penyelewengan, salah laku, rasuah, seks haram dan lain-lain yang memberikan contoh buruk kepada generasi muda. Sedangkan golongan agama yang cuba membimbing generasi muda ‘digam’ bagi memastikan golongan muda terus terpinggir daripada kehidupan beragama serta dilalaikan dengan hiburan melampau.


Alasan Ketua Pemuda Umno bahawa Kerajaan BN telah berusaha melabur dalam pembangunan modal insan dan pendidikan adalah satu pembohongan. Memang semua kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan untuk rakyat.

Cuma Kerajaan BN sahaja yang membohongi rakyat, terutama generasi muda bahawa Malaysia mengamalkan pendidikan percuma, sedangkan bayaran yang dikenakan melebihi yuran biasa.

Di universiti, golongan mahasiswa yang bakal mewarisi kepemimpinan negara disekat pembinaan dan latihan kepemimpinan mereka melalui campur tangan politik BN.

Putera dan Puteri Umno berkeliaran di kampus-kampus mempengaruhi mahasiswa, tetapi kebebasan mahasiswa tersekat oleh AUKU yang digubal oleh Kerajaan BN.


DPP Pusat berpandangan bahawa sudah cukup untuk generasi muda melihat satu demi satu hak dan kebebasan rakyat dinodai oleh Kerajaan BN.

Kini bukan sahaja keruntuhan moral, rasuah dan penyelewengan yang berlaku di kalangan pemimpin BN, bahkan mereka juga telah menyelewengkan harta rakyat dengan mengagihkan kekayaan Negara kepada kroni dan anak menantu mereka.

Dalam masa yang sama, hak-hak yang dijamin kepada generasi muda seperti biasiswa, tanah rezab Melayu, peranan bahasa kebangsaan, kebebasan bersuara dan berhimpun, kebebasan mengamalkan agama dan sebagainya juga telah dicabul dan tergadai.

Pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk generasi muda menebus semula semua hak rakyat yang digadai oleh BN dengan menolak mereka dalam pilihan raya ini.


SALAHUDDIN HAJI AYUB

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Baca Seterusnya......

Khamis, 14 Februari 2008

SPR: Pengundian pada 8 Mac

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 24 Feb manakala pengundian pada 8 Mac, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di sini hari ini. Baca Seterusnya......

PM bubar Parlimen -- 15 bulan lebih awal dari tempoh tamat penggal ke-11

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa Rabu bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada tengah hari Rabu.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Semasa pengumuman itu yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya jentera BN telah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Senarai calon telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata bahawa BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi.

Pemerhati politik meramalkan pengundian akan diadakan pada awal bulan depan manakala hari penamaan calon dijangka diadakan dalam minggu terakhir bulan ini.

Ini berdasarkan amalan SPR sebelum ini yang menetapkan tempoh kempen berlangsung 10 hari sahaja pada beberapa pilihan raya umum lepas.

Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 1969, proses demokrasi itu berlangsung dalam tempoh 16 hingga 20 hari sahaja.

Pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, hari penamaan calon dan hari pengundian berlangsung dalam tempoh 17 hari dari tarikh pembubaran.

Sejumlah 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Pada pilihan raya umum 2004, sejumlah 219 kerusi Parlimen dipertandingkan tetapi kali ini terdapat pertambahan tiga kerusi Parlimen baru di Sarawak berikutan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu pada 2006.

Sebelum Parlimen dibubarkan, BN menguasai 199 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang 20 kerusi, iaitu DAP 12 kerusi, PAS enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Semasa menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar itu, Abdullah berkata kerajaan membubarkan Parlimen 15 bulan lebih awal kerana mahukan mandat baru bagi meneruskan usaha-usaha memajukan negara.

Perdana Menteri berharap para pengundi akan memberi sokongan yang besar kepada BN pada pilihan raya umum ke-12 ini untuk manfaat mereka.

"Saya berharap para pengundi akan faham isu-isu dalam negara, beri penilaian secara objektif dan beri undi kepada BN," katanya.

Abdullah yakin BN akan menang besar berdasarkan kepada prestasi kerajaan BN yang telah melaksanakan segala janjinya kepada rakyat.

Tambahan pula, katanya program-program yang dilaksanakan telah memberi manfaat kepada rakyat.

Abdullah berkata rekod BN adalah baik kerana dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.

Beliau berkata BN juga dapat meningkatkan nilai kejayaan negara dan mempunyai pengalaman mentadbir negara dengan berkesan.

Mengulas mengenai penafiannya semalam berhubung tarikh pembubaran Parlimen hari ini, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak boleh beri sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran Parlimen kerana Yang di-Pertuan Agong belum memperkenankannya lagi. Saya perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum saya boleh mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen."

Abdullah berkata tidak salah membubarkan Parlimen lebih awal sebelum mandatnya tamat. Mandat kerajaan BN berakhir pada 16 Mei 2009.

Perdana Menteri berkata pembubaran Parlimen tidak akan menjejaskan perayaan dan aktiviti masyarakat Cina yang masih merayakan sambutan Tahun Baru Cina.

Ditanya mengenai pemilihan tarikh 13 Feb untuk membubarkan Parlimen itu memberi makna tertentu, Abdullah berkata: "Tak payah ulaslah tu."

Angka 13 diketahui umum sebagai angka kegemaran Perdana Menteri.

Mengenai calon BN, Abdullah yang juga Pengerusi BN, berkata beliau belum menerima senarai calon yang lengkap setakat ini.

SPR sebelum ini telah menyatakan bahawa terdapat kira-kira 10.9 juta pemilih berdaftar, termasuk kira-kira 700,000 pengundi baru, yang layak mengundi pada pilihan raya umum kali ini.

Antara lain, SPR akan memperkenalkan peti undi lutsinar dan dakwat kekal dalam urusan pengundian pada pilihan raya umum ke-12. BERNAMA
Baca Seterusnya......

Rabu, 6 Februari 2008

Kes pengundi pos Dun Belantek, memang patut gambar Rashid dikoyak

Oleh Ikmal Umar,Kg Raja, Tunjang

Apabila saya membaca laporan berita Harakahdaily tentang konspirasi jahat lagi terkutuk SPR di bawah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (yang dikoyak gambarnya baru-baru ini oleh pimpinan Bersih) bagi mengalahkan calon PAS di DUN Belantek dan Parlimen Sik, Kedah, maka saya rasa Pengerusi SPR patut diberi reaksi lebih keras, yakni bukan sekadar gambarnya saja disepak ke dalam longkang.

DUN Belantek dipegang oleh wakil rakyat PAS manakala Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak hanya kalah beberapa ratus undi saja di Parlimen Sik dalam pilihan raya 2004.

Oleh kerana Umno Kedah begitu beria-ia mahu mengalahkan PAS di semua lima kerusi DUN maka tidak hairanlah jika segala kaedah buruk dan keji digunapakai untuk mencapai cita-cita politik itu.

Soalnya, bagaimana pula dengan sikap memihak SPR yang tidak malu-malu menjadi barua Umno-BN itu? Mungkin Rashid mahu menjadi pengerusi SPR pertama mendapat gelaran Tun?

Apakah Umno Kedah sudah cukup tertekan sehingga tiada kekuatan sendiri untuk berdepan dengan PAS sehingga mencari jalan belakang untuk mengatasi PAS dengan undi pos.

Dan inilah bukti bagaimana undi pos diperalatkan untuk memenangkan Umno-BN di tempat-tempat kritikal.

Khabarnya, Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang juga cuba dikalahkan di kawasan Dunnya, melalui strategi yang sama, iaitu meramaikan pengundi pos di Rhu Rendang.

Saya harap pihak PAS Kedah akan membawa isu 1031 pengundi pos di Dun Belantek itu ke peringkat nasional.

Biar seluruh negara dikejutkan dengan taktik dan konspirasi buruk SPR-Umno itu.

Biar kita telanjangkan modus operandi mereka selepas PAS Kedah disembelih hidup-hidup melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2002, yang kemudiannya menyaksikan Parlimen Yan, Kuala Kedah, Baling dan Pokok Sena dengan mudah ditawan BN selepas begitu ramai pengundi bukan Melayu dimasukkan ke kawasan berkenaan.

Ayuh PAS Kedah.

Isu ini mesti diberikan kefahaman kepada umum sekali gus menunjukkan bukti bagaimana undi pos diperalatkan untuk kepentingan survival BN, di samping membuktikan bahawa tuntutan Bersih untuk memansuhkan undi PAS cukup kena dengan masanya.


BERITA HARAKAH

SIK, 4 Feb (Hrkh) - Taktik kotor dan jahat SPR untuk memenangkan BN dalam pilihan raya terus menerus berlaku, terkini SPR mewartakan sebanyak 1031 pengundi di Daerah Mengundi 01 Kota Aur/DUN N23 Belantek/Parlimen P013 Sik, sekali pun ketika dipamerkan dalam DPT suku ke-3 2007 (Daftar Pemilih Tambahan) tidak menyenaraikan nama-nama tersebut.


"Ini langsung tidak mengikut prosedur SPR, sepatutnya hanya nama yang dipamerkan untuk proses bantahan boleh diwartakan, ini tidak berlaku di Kota Aur, 1031 nama itu langsung tidak disenaraikan ketika proses pameran dan bantahan, tetapi diwartakan selepas itu," tegas Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak.


Beliau menambah, strategi jahat ini adalah rancangan BN negeri ini yang terdesak untuk merampas kerusi Dun Belantek dari PAS dan cuba mempertahankan kerusi Parlimen Sik, ini adalah gambaran sebenar kedudukan BN Kedah yang terhimpit dengan berbagai-bagai isu dan terbeban dengan pelbagai kelemahan dan semakin terpinggir dari hati rakyat Kedah.


Mengikut DPI (Daftar Pemilih Induk) 2003 sehingga DPT ke-2 2007, SPR tidak pernah merekodkan senarai 1031 nama pengundi pos berkenaan, sehinggalah DPT 3 2007 dipamerkan, amat memelikkan SPR boleh mewartakannya dalam warta DPT 3 2007.
Dalam DPI 2006, bagi Daerah Mengundi tersebut hanya mempunyai 500 pengundi sahaja. Ustaz Azizan mendedahkan bahawa, 1031 pengundi pos anggota tentera ini dibawa dari dua kem iaitu Sungai Petani dan Gerik.


"Nama-nama yang terlibat adalah didapati dipindahkan dari dua unit tentera yang berpangkalan tetap di teampat lain iaitu A Kompeni 19 RAMD Sungai Petani (Kem Induk/Tetap di Sungai Petani) dan A Kompeni Bn 304 AW (Kem Induk di Gerik, Perak yang hanya beroperasi di sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur)," katanya.


Menurut Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Kedah, Kapt. (B) Mohd Zamri Ibrahim, sekarang ini, kem 19 RAMD Sungai Petani hanya mempunyai sebanyak 245 pengundi sedangkan ia kem utama dan mempunyai anggota berkeluarga, sedangkan pangkalan Kota Aur hanya kem persinggahan untuk latihan dan operasi tertentu untuk jangka masa pendek mempunyai jumlah pengundi melebihi 1000 orang.


Dalam penelitian itu juga mendapati ada dua nama pengundi wanita yang dipindahkan dari kem Gerik ke Kota Aur.


menurut Zamri, untuk askar wataniah memang ada anggota wanita, tetapi mereka tidak terlibat dalam operasi, jadi jika nama mereka juga dipindahkan ke Kota Aur, ini menunjukkan senarai nama ini hanya diambil secara rawak untuk meramaikan jumlah pengundi pos di sana.


Kerusi Parlimen Sik pada tahun 1999 dimenangi PAS melalui calon, Dato' Shahnon Ahmad, bagaimanapun ia kembali ke tangan BN dalam pilihan raya 2004 melalui kemenangan tipis 300 undi.


PAS Kedah juga telah membuat petisyen ke atas kemenangan itu dan mahukan kiraan semula dibuat kerana mempunyai cukup bukti berlaku penipuan dan dalam keputusan, Hakim tidak menolak berlakunya penipuan tetapi menolak kes itu atas alasan PAS tidak menuntut agar keputusan piliahn raya itu dibatalkan, membolehkan BN terus diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Sik.


Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sik, Sanusi Md. Noor telah membuat laporan polis di Balai Polis Sik pada 4 Februari lalu dan menurut Ustaz Azizan, pihaknya juga akan membuat aduan kepada BPR dan tidak teragak-agak untuk membawa kes penipuan ini ke mahkamah. -

Baca Seterusnya......

Pengikut